JURNAL M9

8
JURNAL MINGGU KESEMBILAN AKTIVITI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MURID TAHUN 3 ARIF NAMA : NUR ‘AIN FATIHAH BINTI JUSOF NO. K/P : 910209-03-5080 UNIT : PISMP PENGAJIAN ISLAM & AL-QURAN JANUARI 2011 PERNYATAAN MASALAH Pada minggu kesembilan sesi praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah (Integrasi), Melaka saya mendapati pengajaran yang saya laksanakan tidak menyentuh Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid. Hal ini turut disedari oleh guru pembimbing, Puan Hjh Salwa bt Abu yang menyelia pengajaran saya sepanjang minggu kesembilan ini. Oleh hal yang demikian, saya memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan aktiviti-aktiviti pengajaran yang dapat menjana kemahiran berfikir aras tinggi murid khususnya murid tahun 3 Arif. Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia (2013), kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Justeru, kemahiran ini perlu dibiasakan sejak sekolah rendah lagi bagi memastikan produk yang dilahirkan sekolah mampu memberi sumbangan yang berguna terhadap diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Apatah lagi, dunia kini menuntut kita bersedia dan sentiasa terbuka untuk menimba ilmu pengetahuan bagi mendepani maklumat dan ilmu pengetahuan yang sering berubah. Kita turut diajukan soalan-soalan yang mencabar minda dan kritis dalam kehidupan seharian kita. Begitu juga dalam dunia pendidikan yang memerlukan kita menyoal soalan yang relevan kemudian disokong dengan fakta yang kukuh tentang sesuatu isu yang dinyatakan. Oleh itu, jelas di sini bahawa, sebagai

description

penulisan jurnal praktikum

Transcript of JURNAL M9

Page 1: JURNAL M9

JURNAL MINGGU KESEMBILAN

AKTIVITI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MURID TAHUN 3

ARIF

NAMA : NUR ‘AIN FATIHAH BINTI JUSOF

NO. K/P : 910209-03-5080

UNIT : PISMP PENGAJIAN ISLAM & AL-QURAN JANUARI 2011

PERNYATAAN MASALAH

Pada minggu kesembilan sesi praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan

Masjid Tanah (Integrasi), Melaka saya mendapati pengajaran yang saya

laksanakan tidak menyentuh Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid.

Hal ini turut disedari oleh guru pembimbing, Puan Hjh Salwa bt Abu yang

menyelia pengajaran saya sepanjang minggu kesembilan ini. Oleh hal yang

demikian, saya memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini dengan

menggunakan aktiviti-aktiviti pengajaran yang dapat menjana kemahiran

berfikir aras tinggi murid khususnya murid tahun 3 Arif.

Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia (2013), kemahiran

berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya

mencipta sesuatu. Justeru, kemahiran ini perlu dibiasakan sejak sekolah

rendah lagi bagi memastikan produk yang dilahirkan sekolah mampu

memberi sumbangan yang berguna terhadap diri mereka sendiri, keluarga,

masyarakat, agama dan negara. Apatah lagi, dunia kini menuntut kita

bersedia dan sentiasa terbuka untuk menimba ilmu pengetahuan bagi

mendepani maklumat dan ilmu pengetahuan yang sering berubah. Kita turut

diajukan soalan-soalan yang mencabar minda dan kritis dalam kehidupan

seharian kita. Begitu juga dalam dunia pendidikan yang memerlukan kita

menyoal soalan yang relevan kemudian disokong dengan fakta yang kukuh

tentang sesuatu isu yang dinyatakan. Oleh itu, jelas di sini bahawa, sebagai

Page 2: JURNAL M9

guru, kita perlu mempersiapkan masyarakat secara amnya, dan murid-murid

khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir aras tinggi bagi menghadapi

cabaran globalisasi. Hal ini disebabkan, Mohammad (1998) turut

mengatakan bahawa kemahiran pemikiran kritikal dan pemikiran konstruktif

perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Selain itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan aras

yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. Menurut Onosko & Newman

(1994), KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru,

menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan

sedia ada dan menjana maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau

menyelesaikan situasi rumit. Maka KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan

potensi minda untuk menangani cabaran baru. (Yee Mei Heong, et. al, 2011).

ANALISIS MASALAH

Memandangkan hal ini akan bertambah serius jika dibiarkan berlarutan, saya

cuba untuk mengenal pasti punca-punca masalah yang telah dinyatakan

sebelum ini. Saya cuba menganalisis masalah yang timbul dan

menghubungkaitkan masalah tersebut dengan resolusi yang telah ditentukan.

Antara soalan-soalan yang timbul apabila menganalisis masalah tersebut

ialah:

- Adakah soalan yang dilontarkan dapat menjana pemikiran murid-

murid?

- Adakah aktiviti yang dijalankan dapat merangsang Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid?

- Kenapakah aktiviti yang dijalankan tidak merangsang Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid?

- Apakah aktiviti yang sesuai bagi merangsang Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi (KBAT) murid?

- Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan sepanjang

aktiviti pengajaran berlangsung?

Page 3: JURNAL M9

- Adakah hanya saya sahaja yang menguasai keseluruhan

pengajaran?

Menurut Yahya Buntat & Norhusna Mohamed (2009) setiap manusia

menjalani proses berfikir. Namun jenis dan cara mereka berfikir adalah

berbeza-beza di antara individu yang lain. Kualiti serta buah fikiran yang

dihasilkan juga berbeza. Oleh itu, sebagai guru Pendidikan Islam, adalah

menjadi tugas kita untuk memastikan murid-murid berjaya menjalani proses

berfikir walaupun mereka dari kalangan murid lemah melalui kepelbagaian

aktiviti KBAT, soalan-soalan aras tinggi dan penggunaan bahan bantu

mengajar yang sesuai lebih-lebih lagi penggunaan multimedia atau ICT. Hal

ini turut disetujui oleh Mohd Aris (2007) yang melihat bahawa kaedah

pengajaran berbantukan komputer memberi kesan yang amat

memberangsangkan terhadap pencapaian murid. (Rafiza Abdul Razak &

Maryam Abdul Rahman, 2013).

Walau bagaimanapun, menurut Thornton (1982), para pendidik kurang

berminat untuk menjalankan aktiviti yang kreatif di dalam bilik darjah

disebabkan beberapa perkara. Antaranya, ialah kawalan kelas dan

penggunaan masa. Oleh itu, para guru perlu bijak memainkan peranan dan

menggunakan segala ruang bagi merangsang kemahiran berfikir murid.

Perkara ini turut disokong oleh pendapat Perkins (1993) yang mencadangkan,

“Teaching is less about what the teacher does than about what the teacher

gets the students to do. The teacher must arrange for the students to think

with and about the ideas they are learning for an extended period of time, so

that they learn their way around the topic” (Perkins, 1993, m.s 31).

Malahan, menurut N.S Rajendran (2001), terdapat banyak faktor yang

menghalang guru untuk menjana KBAT murid. Salah satu daripada faktor

tersebut ialah cara pengajaran guru yang memonopoli sesi pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam erti kata lain, guru hanya

menggunakan pendekatan berpusatkan guru yang membantutkan minda

Page 4: JURNAL M9

murid untuk menyoal apatah lagi berfikir secara kritikal. Hal ini perlu

dielakkan oleh para pendidik kerana perkara ini akan menyebabkan minda

murid-murid tertutup dan tidak berkembang. Oleh itu, murid tidak mampu

untuk melangkah ke peringkat seterusnya iaiatu peringkat aplikasi seperti

mana yang dinayatakan oleh Bloom dalam 6 tahap pemikiran Taksonomi

Bloom.

CADANGAN

Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah mengambil langkah awal dan

merangka tindakan-tindakan susulan. Antara langkah awal yang telah saya

ambil adalah :

- Mengutarakan soalan-soalan aras tinggi semasa sesi penerangan

dilaksanakan.

- Memaparkan paparan gambar yang merangsang murid untuk bersoal

jawab dengan guru.

- Memastikan aktiviti KBAT tidak menggunakan masa yang panjang dan

sesuai dijalankan di dalam kelas.

- Menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan bahan

Manakala, tindakan susulan yang saya ambil ialah :

- Berbincang dengan guru dan pensyarah pembimbing mengenai

aktiviti KBAT yang sesuai digunakan bagi sesuatu pengajaran.

- Memasukkan unsur penyerapan bidang Pendidikan Islam lain dan

rentasan subjek lain dalam pengajaran

- Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang

minda murid untuk berfikir.

- Membina aktiviti yang merangsang KBAT murid.

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana bilik

darjah yang merangsang murid untuk turut serta dalam keseluruhan proses

pembelajaran. Hal ini bermaksud, murid-murid seharusnya terlibat secara

Page 5: JURNAL M9

langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dari mula hingga akhir.

(Bereiter & Scardamalia, 1987). Oleh itu, guru haruslah menerima

penglibatan murid-murid yang aktif supaya mereka menerima pengalaman

yang bermakna melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, menurut N.S Rajendran (2001),guru harus menukar amalan

penagajaran mereka di dalam kelas. Hal ini adalah bagi memastikan

kemahiran KBAT murid-murid dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini

adalah disebabkan, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tidak boleh

dipandang mudah kerana pemikiran sebegini diperlukan bagi tujuan

mengelakkan kesilapan, berfikir, meningkatkan pemikiran secara kreatif dan

kritis, memperkembangkan daya intelek, dan merealisasikan wawasan 2020.

Penggunaan soalan juga merupakan salah satu cara guru

menyampaikan kandungan pengajarannya kepada murid-murid. Malahan

menurut Zamri Mahamod & Nor Razah Lim (2011), soalan-soalan yang

dikemukakan berpotensi untuk membantu murid untuk mencapai keupayaan

kognitif optimum. Melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam

proses pembelajaran danpengajaran (P&P), guru dapat mendedahkan murid

menggunakan pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang

diperoleh dan kemudiannya menggunakan maklumat tersebut untuk

penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun, penyoalan guru perlu

dirancang dengan baik bagi menepati penggunaan soalan dalam P&P yang

berkesan. Bagi merangsang kemahiran KBAT murid, guru boleh

menggunakan soalan untuk mencabar pemikiran murid atau menimbulkan

perasaan ingin tahu dan minat murid pada awal pengajaran hinggalah

membawa kepada menajwab soalan yang dikemukakan oleh guru. (M.

Mojibur, 2010). Sebagai contoh, ketika mengajar bidang Aqidah : Beriman

kepada Hari Akhirat, selain soalan-soalan secara langsung, saya juga

mengutarakan soalan-soalan di luar tajuk tetapi masih mempunyai kaitan

dengan tajuk yang diajarakan seperti soalan yang berkaitan dengan malaikat.

Page 6: JURNAL M9

Seterusnya, soalan tersebut digarap dan dikaitkan dengan tajuk yang diajar

bagi merangsang pemikiran aras tinggi mereka.

TEMPOH PENYELESAIAN

1 APRIL 2014 hingga 11 APRIL 2014

TINDAKAN SUSULAN

Setelah melaksanakan langkah awal, saya perlu meneruskan lagi dengan

menjalankan tindakan susulan agar aktiviti pengajaran yang dijalankan dapat

menjana minda murid. Selain itu, segala aktiviti yang saya jalankan selari

dengan keperluan murid dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti

yang digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian

Pendidikan Guru (BPG) iaitu komponen-komponen Kemahiran Berfikir

meliputi :

a) Pemikiran kritis

b) Pemikiran kreatif

c) Menyelesaikan masalah

d) Membuat keputusan

e) Kemahiran belajar

Page 7: JURNAL M9

SENARAI RUJUKAN

Lim, Z. M. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan dalam Pengajaran

Guru Bahasa Melayu : Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu, 1-15.

Malaysia, K. P. (2012). Kreativiti dan Inovasi. Putrajaya: Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohamed, A. H. (n.d.). Penggunaan Kemahiran Berfikir di Kalangan Pelajar

dalam Persekitaran Perisian Geometri Interaktif. 1st International

Malaysian Educational Technology Convention, 1-10.

Mohamed, S. Z. (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir

Kreatif dalam Pengajaran Karangan Deskriptif dan Karangan Imaginatif

dalam Kalangan PelajarTingkatan 4. Universiti Sains Malaysia (pp. 10-

30). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mohamed, Y. B. (2009). Aplikasi Pemikiran Kreatif dan Kritis dalam

Pengajaran Guru-guru Teknikal bagi Matapelajaran Teknikal di

Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor. Jurnal Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia, 1-7.

Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Kesediaan

Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Seminar

Poster "Warisan-Pendidikan-Wawasan", 1-13.

Sukiman Saad, N. S. (Vol2 No.1). Pengajaran Kemahiran Berfikir : Persepdi

dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengjaran dan Pembelajaran di

Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 1-19.

Yee Mei Heong, J. M. (2009). Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Marzano dalam Penjanaan Idea. 1-10.

Zainudin Hassan, T. S. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di

Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institit

Perguruan Batu Lintang, 2-9.

Page 8: JURNAL M9