JURNAL MINGGU 1

16
Bilangan Jurnal : 1/12 Minggu Praktikum : Minggu 1 Tarikh Peristiwa Kejadian : 5/1 – 22/1/2015 Tajuk Jurnal : Masalah murid pasif 1. Masalah / Peristiwa Hari ini (18 Januari 2015) saya telah menghadapi masalah berkaitan sebilangan kecil murid yang pasif dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran bersama rakan-rakan yang lain. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif pembelajaran kerana saya sukar memastikan sama ada mereka faham atau tidak. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya mencampurkan pelajar lelaki dengan perempuan dalam satu kumpulan. Situasi sekolah agama yang membataskan pergaulan lelaki dengan perempuan telah memberi kesan kepada pergaulan di dalam kelas walaupun hanya untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Pelajar-pelajar yang pasif ini berasa sangat tidak selesa sekaligus menjejaskan proses –proses pembelajaran sehingga tidak mahu bercakap atau memberi idea. 3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya perlu mengasingkan kumpulan lelaki dan perempuan supaya semua pelajar dapat memberi perhatian kerjasama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. b) Saya akan meminta bimbingan dan nasihat guru pembimbing dan pensyarah pembimbing bagi menyelesaikan masalah ini. c) Bagi memastikan kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan sentiasa memberi fokus kepada pelajar-pelajar tersebut dan sentiasa memberi motivasi serta galakan. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan murid yang baik adalah perlu dalam memastikan

description

JURNAL PRAKTIKUM

Transcript of JURNAL MINGGU 1

Bilangan Jurnal : 1/12Minggu Praktikum : Minggu 1Tarikh Peristiwa Kejadian : 5/1 22/1/2015Tajuk Jurnal : Masalah murid pasif

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (18 Januari 2015) saya telah menghadapi masalah berkaitan sebilangan kecil murid yang pasif dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran bersama rakan-rakan yang lain. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif pembelajaran kerana saya sukar memastikan sama ada mereka faham atau tidak.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya mencampurkan pelajar lelaki dengan perempuan dalam satu kumpulan. Situasi sekolah agama yang membataskan pergaulan lelaki dengan perempuan telah memberi kesan kepada pergaulan di dalam kelas walaupun hanya untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Pelajar-pelajar yang pasif ini berasa sangat tidak selesa sekaligus menjejaskan proses proses pembelajaran sehingga tidak mahu bercakap atau memberi idea.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya perlu mengasingkan kumpulan lelaki dan perempuan supaya semua pelajar dapat memberi perhatian kerjasama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.b) Saya akan meminta bimbingan dan nasihat guru pembimbing dan pensyarah pembimbing bagi menyelesaikan masalah ini.c) Bagi memastikan kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan sentiasa memberi fokus kepada pelajar-pelajar tersebut dan sentiasa memberi motivasi serta galakan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan murid yang baik adalah perlu dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif yang dirancang tidak dapat dicapai secara keseluruhan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 2/12Minggu Praktikum : Minggu 2Tarikh Peristiwa Kejadian : 25/1 29/1/2015Tajuk Jurnal : Kerosakan Komputer dan Kelemahan Internet

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (29 Februari 2015) saya telah menghadapi masalah berkaitan komputer makmal yang gagal beroperasi dengan baik. Beberapa buah komputer gagal digunakan. Lebih ramai pelajar terpaksa berkongsi komputer berbanding sebelum ini tambahan pula capaian internet yang sangat perlahan. Disebabkan ini, proses pengajaran dan pembelajaran gagal dilaksanakan dengan sempurna sekaligus sukar untuk mencapai objektif.

2. Analisis

Masalah ini timbul adalah disebabkan oleh komputer yang tidak diselenggara dengan baik disebabkan oleh Juru Teknik yang telah dipindahkan ke sekolah lain. Selain itu, kekerapan penggunaan komputer juga menjadi punca kerosakkan. Selain itu, jadual penggunaan kmputer juga tidak disediakan. Oleh yang demikian, penggunaannya berlaku secara terus-menerus oleh pelajar dan guru tanpa mengira masa. Seterusnya, capaian internet bagi kawasan sekolah saya juga amat terhad. Oleh yang demikian, seringkali berlaku kesukaran dalam mengakses maklumat daripada internet.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Menyediakan jadual penggunaan Makmal Komputer secara sistematik supaya penggunaan komputer dapat digunakan secara optimum.b) Meminta bantuan juru teknik daripada Pusat Kegiatan Guru atau sekolah-sekolah yang berhampiran untuk menyelenggara komputer.c) Meminta pembantu makmal komputer untuk memantau penggunaan komputer terutamanya pelajar.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana pembelajaran di dalam makmal merupakan sebuah inovasi dalam pendidikan,. Oleh yang demikian saya akan memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 3/12Minggu Praktikum : Minggu 3Tarikh Peristiwa Kejadian : 1/2 5/2/2015Tajuk Jurnal : Masalah murid tiada keyakinan

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (1 Februari 2015) saya telah menghadapi masalah berkaitan sebilangan kecil murid yang tiada keyakinan dalam menyampaikan maklumat atau menyumbang idea. Disebabkan itu, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana murid yang takut untuk berkomunikasi bersama rakan sekumpulan dan tampil di hadapan kelas. Situasi ini amat merisaukan jika berlarutan kerana pelajar tidak akan memperoleh kemahiran komunikasi.

2. Analisis

Masalah ini berlaku kerana hanya pelajar yang sama kelihatan tampil menyumbang idea dan menyampaikan maklumat di hadapan kelas. Pelajar yang lain hanya menunggu idea yang disampaikan oleh rakan. Saya juga mendapati bahawa saya sebagai guru tidak member perhatian serius tentang perkara ini. 3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya akan membuat pemantauan berterusan dan memfokuskan pelajar yang tiada keyakinan semasa perbincangan kumpulan dan semasa menyampaikan maklumat di hadapan kelas. b) Selain itu, saya akan menghantar pelajar-pelajar berkenaan untuk sesi kaunseling bersama kaunselor sekolah untuk meningkatkan keyakinan.c) Saya akan mendapatkan bantuan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing disamping berbincang bersama

Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan murid yang baik adalah perlu dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif yang dirancang tidak dapat dicapai secara keseluruhan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 4/12Minggu Praktikum : Minggu 4Tarikh Peristiwa Kejadian : 8/2 12/2/2015Tajuk Jurnal : Murid kurang Kreatif

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini, saya dapat mengenalpasti satu masalah yang berkaitan dengan hasil tugasan pembelajaran pelajar yang kurang kreativiti terutamanya dalam menghasilkan puisi. Puisi yang dihasilkan hanya menggunakan ayat-ayat biasa dalam setiap baris sajak yang dicipta. Hal ini telah mengakibatkan kesukaran untuk mencapai objektif pembelajaran. 2. Analisis

Hal ini berlaku kerana kosa kata murid berada pada tahap sederhana. Hal ini berlaku kerana pelajar kurang membaca semasa di rumah mahupun di sekolah memandangkan sekolah saya tidak mempunyai perpustakaan untuk dijadikan tempat murid membaca. Pelajar juga gagal membina ayat yang puitis kerana mereka kurang menggemari puisi sama ada moden mahupun tradisional.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya akan mengadakan kempen mencintai puisi dalam Persatuan Bahasa Melayu di sekolah saya.b) Saya akan menggalakan pelajar membaca dengan memberi penekanan terhadap Program Nilam di sekolah.c) Saya juga akan mengadakan aktiviti pengukuhan mendeklamasi dan menghayati puisi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh sepanjang tahun kerana aktiviti membaca seharusnya dilaksanakan sepanjang tahun. Dengan membaca dan penghayatan terhadap puisi akan melahirkan kosa kata yang luas dalam kalangan pelajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 5/12Minggu Praktikum : Minggu 5Tarikh Peristiwa Kejadian : 18/1 22/1/2015Tajuk Jurnal : Masalah mendeklamasikan puisi

1. Masalah / Peristiwa

Pada 19 Januari 2015, saya telah mendapati bahawa 70 peratus pelajar di dalam kelas saya gagal mendeklamasikan sajak dengan baik sama ada daripada segi intonasi mahupun nada. Pelajar juga gagal menggunakan vokal yang lantang semasa menyampaikan puisi. Disebabkan ini, penghayatan terhadap puisi gagal diwujudkan.

2. Analisis

Saya berjaya mengenalpasti punca masalah ini iaitu tiada bahan bacaan berunsurkan komponen sastera di sekolah. Selain itu, Persatuan Bahasa Melayu juga tidak pernah menganjurkan program berunsurkan sastera. Hal ini telah mewujudkan masalah murid dalam mendeklamasi puisi dengan baik. 3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya akan berbincang dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk mewujudkan sebuah program berunsurkan puisi dalam Peringkat Sekolahb) Saya juga akan menyarankan kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk menyertai Pertandingan Mendeklamasi Puisi anjuran PPD dan JPNc) Saya juga akan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Komponen Sastera di dalam kelas saya terutamanya berkaitan puisi supaya pelajar akan mendapat pendedahan tentang Sastera.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Seterusnya, saya akan memastikan supaya program berunsurkan sastera akan diwujudkan di sekolah saya sepanjang tahun supaya para pelajar akan sentiasa didedahkan dengan sastera yang semakin pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia sekaligus dapat memastikan objektif pembelajaran akan tercapai.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 6/12Minggu Praktikum : Minggu 6Tarikh Peristiwa Kejadian : 22/2 26/2/2015Tajuk Jurnal : Masalah Kekurangan Masa

1. Masalah / Peristiwa

Pada 22 Februari 2015, saya telah menghadapi masalah berkaitan pengurusan masa bagi kelas saya. Sepatutnya kelas saya bermula pada pukul 12.10 hingga 1.30 tengah hari, tetapi saya hanya dapat memulakan pengajaran dan pembelajaran pada pukul 12.20 iaitu lewat 10 minit. kerana guru pada kelas sebelummya melanjutkan kelas sehingga 10 minit melebihi masa yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan saya kekurangan masa untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pengajaran seperti yang teleh dirancang.

1. Analisis

Masalah ini berlaku kerana guru pada kelas sebelummya melanjutkan kelas sehingga 10 minit melebihi masa yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan saya kekurangan masa untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pengajaran seperti yang teleh dirancang. Walaupun saya telah sedia menunggu di hadapan kelas, guru tersebut masih lagi melengahkan masa pengajaran beliau. Saya tidak dapat menambah waktu kelas saya lebih 10 minit kerana akan mengganggu masa guru yang seterusnya. 1. Cadangan Tindakan Susulan1. Saya perlu berbincang dengan guru tersebut supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa-masa akan datang.1. Saya juga akan memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya masalah ini masih berlaku.1. Saya juga akan berpesan kepada pelajar-pelajar saya supaya mengingatkan guru-guru semasa masa mereka telah tamat supaya proses pengajaran dan pembelajaran saya dan guru-guru lain tidak akan terganggu.

1. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa sangat penting demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan berlangsung dengan baik dan menepati masa yang telah ditetapkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 7/12Minggu Praktikum : Minggu 7Tarikh Peristiwa Kejadian : Tajuk Jurnal : Murid Terlalu Bising Ketika Melakukan Aktiviti Berkumpulan Dan Tidak Memberikan Kerjasama Dalam Kumpulan

1. Masalah / Peristiwa

Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah murid terlalu bising ketika aktiviti berkumpulan diadakan. Masalah ini berlaku terhadap murid Tingkatan 2. Perkara ini menjadi masalah kepada saya kerana aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti melukis gambarajah dan bukannya yang melibatkan pembentangan.Jadi bagi saya ini merupakan perkara yang terlalu seronok bagi murid-murid yang melakukan aktiviti dalam kumpulan. Kadangkala mereka turut bersembang-sembang dan bergurau-senda sehingga menimbulkan kebisingan yang melampau. Teori Pilihan (1988, 1997) ada menyatakan bahawa Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia(diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan). Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan empat keperluan, iaitu : i.keperluan memiliki(memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama guru)ii.keperluan terhadap kuasa atau pengaruh(mempunyai rasa diperlukan, disedari kehadirannya oleh orang lain, dan rasa ingin bersaing)iii.keperluan terhadap kebebasan(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan kemahiran membuat keputusan mereka sendiri)iv.keperluan untuk berseronok

2. Analisis

Masalah saya ini berlaku pada kelas tingkatan 2. Kelas lain yang diajar oleh saya masih terkawal kebisingannya walaupun mereka sedang melakukan aktiviti di dalam kumpulan. Jadi masalah murid yang terlalu bising ketika aktiviti kumpulan dijalankan perlulah ditangani segera. Terdapat juga pelajar yang bermain dan tidak menolong rakan mereka melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sebahagian daripada mereka tidak memberikan kerjasama dalam kumpulan dan leka bermain serta bergurau senda. 3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya memberikan amaran dengan tegas agar mereka merendahkan sedikit penggunaan suara dan mengawal tahap kebisingan mereka. Saya juga merekodkan kesalahan mereka di dalam buku displin kelas. Jika kumpulan mana yang melakukan kebisingan yang berulang,maka mereka akan dibawa untuk berjumpa dengan guru kaunseling untuk tindakan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa sangat penting demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan berlangsung dengan baik dan menepati masa yang telah ditetapkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 8/12Minggu Praktikum : Minggu 8Tarikh Peristiwa Kejadian : Tajuk Jurnal : Masalah Murid Leka

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu keenam P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut disiplin murid iaitumurid bersikap leka di dalam kelas.2. Analisis

Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat aktiviti di dalam kelas. Terdapat rakan kumpulan yang tidak memberikan kerjasama dalam kumpulan.mereka leka berbual kosong dan membuat kerja matapelajaran lain semasa guru mengajar dan semasa aktiviti kumpulan. 3. Cadangan Tindakan Susulan1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik. Juga menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam menghasilkan karya yang terbaik.2. Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas. Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik untuk kepuasan diri mereka sendiri dan akan menampalnya di dinding belakang kelas.3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan serta menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang telah diperuntukkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 9/12Minggu Praktikum : Minggu 9Tarikh Peristiwa Kejadian : Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa

1. Masalah / PeristiwaPada minggu kesepuluh P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah yang sama seperti di minggu yang keenam iaitumasalah penggunaan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kelemahan tertentu. Hal ini menimbulkan masalah untuk mencapai objektif, khususnya objektif perlaksanaan apresiasi di hujung proses penghasilan tugasan. AnalisisMasalah ini timbul dalam langkah penghasilan, iaitu murid telah mengambil masa yang lama untuk menghasilkan tugasan. Hal ini berlaku kerana murid tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedua ada tentang teknik dan aktiviti. 2. Cadangan Tindakan Susulan1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik.

2. Saya akan melihat semula aktiviti yang hendak dirancang perlulah mencukupi masa yang ditentukan, bagi mencapai keseluruhan objektif termasuk sesi apresiasi.

3. Saya juga mungkin akan menggunakan masa (5 minit) yang diperuntukkan untuk membuat set induksi untuk terus memperkenalkan aktiviti (aktiviti-aktiviti tertentu). Tetapi saya perlu menyediakan BBM (contoh karya dari guru) yang menarik sehingga boleh menarik minat murid dan sekaligus mereka tahu apakah aktiviti yang akan dilakukan pada sesi P&P tersebut.

3. Tempoh Masa Tindakan SusulanSemasa membuat RPH, saya akan memikirkan tentang kemungkinan perkara yang boleh mengganggu ketetapan masa. Jadi saya perlu lebih prihatin terhadap kemampuan atau tahap penerimaan dan menguasaan murid. Saya juga boleh mengambil langkah menyediakan saiz hasil tugasan pada saiz yang lebih kecil tetapi masih mampu menguji penguasaan murid terhadap teknik yang diajarkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.

Bilangan Jurnal : 10/12Minggu Praktikum : Minggu 10Tarikh Peristiwa Kejadian : Tajuk Jurnal : Masalah murid nakal

1. Masalah / PeristiwaMasalah yang telah saya hadapi semasa memasuki kelas pada minggu ini ialahmasalah murid yang nakal.Walaupun telah ditegur guru berulang kali dan didenda, namun mereka tetap menujukkan sikap degil mereka dan langsung tidak menghormati guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Apabila guru mengajar di hadapan, mereka gemar membuat bising dan bermain sesama mereka. AnalisisMasalah ini timbul kerana murid-murid tiada rasa hormat kepada guru. Masalah ini berpunca daripada didikan ibu bapa mereka sendiri yang tidak tahu menghormati orang laindan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mereka.2. Cadangan Tindakan Susulana.)Saya akan cubamengubah sikapmereka yang kurang ajar kepada seorang yang pandai menghormati orang lain, terutamanya orang yang lebih tua seperti guru dan ibu bapa.b.)Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripadagurudan pensyarah pembimbingdi samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain tentang cara yang mudah dan sesuai untuk membentuk sahsiah yang baik di kalangan murid yang kurang mendapat didikan daripada ibu bapa.

3. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalamtempoh lima minggu kerana masalah ini bukanlah satu masalah yang kecil dan memerlukan masa yang agak panjang untuk diselesaikan. Selain menjurus ke arah masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, masalah ini juga boleh menjurus ke arah masalah disiplin yang mana akan membawa kepada masalah yang lebih besar jika dibiarkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :.Nama :.... Nama :.Tarikh :.... Tarikh :.