Jurnal minggu 11

4
AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 BIL. JURNAL : MINGGU KESEBELAS TARIKH : 8 APRIL- 13 APRIL 2013 PENDAHULUAN Murid pendidikan khas adalah kanak-kanak yang sangat istimewa dan memerlukan perhatian penuh daripada ibu bapa, guru dan masyarakat. Namun insan yang paling bermakna di dalam kehidupan mereka ialah ibu bapa mereka sendiri. Tanpa kasih sayang yang ada di antara ibu dan bapa, tidak akan lahirlah seorang anak ke atas dunia ini. Begitulah juga halnya apabila anak itu telah lahir, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak kerana mereka adalah anugerah dari Allah S.W.T. tidak kira sama ada anak itu normal ataupun istimewa. Kanak-kanak yang rasa disayangi akan mematuhi segala nasihat yang diberi oleh ibu bapa dan guru mereka. Namun apabila mereka kekurangan kasih sayang, kanak-kanak ini akan cenderung menggunakan cara mereka sendiri untuk mencari lebih perhatian daripada orang-orang sekeliling. Sehingga hari ini, sebenarnya masih banyak ibu bapa yang tidak dapat menerima akan hakikat bahawa mereka mempunyai anak istimewa. Setiap dari kita seharusnya memahami dan menerima bahawa kanak-kanak istimewa ini sebenarnya adalah jauh lebih mulia dan bermakna dan tidak sepatutnya diabaikan. 1

Transcript of Jurnal minggu 11

Page 1: Jurnal minggu 11

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

BIL. JURNAL : MINGGU KESEBELAS

TARIKH : 8 APRIL- 13 APRIL 2013

PENDAHULUAN

Murid pendidikan khas adalah kanak-kanak yang sangat istimewa dan memerlukan

perhatian penuh daripada ibu bapa, guru dan masyarakat. Namun insan yang paling

bermakna di dalam kehidupan mereka ialah ibu bapa mereka sendiri. Tanpa kasih

sayang yang ada di antara ibu dan bapa, tidak akan lahirlah seorang anak ke atas

dunia ini. Begitulah juga halnya apabila anak itu telah lahir, ibu bapa perlu

memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak kerana

mereka adalah anugerah dari Allah S.W.T. tidak kira sama ada anak itu normal

ataupun istimewa.

Kanak-kanak yang rasa disayangi akan mematuhi segala nasihat yang diberi

oleh ibu bapa dan guru mereka. Namun apabila mereka kekurangan kasih sayang,

kanak-kanak ini akan cenderung menggunakan cara mereka sendiri untuk mencari

lebih perhatian daripada orang-orang sekeliling. Sehingga hari ini, sebenarnya masih

banyak ibu bapa yang tidak dapat menerima akan hakikat bahawa mereka

mempunyai anak istimewa. Setiap dari kita seharusnya memahami dan menerima

bahawa kanak-kanak istimewa ini sebenarnya adalah jauh lebih mulia dan bermakna

dan tidak sepatutnya diabaikan.

1

Page 2: Jurnal minggu 11

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

MASALAH / PERISTIWA :

Pada minggu ini, pengurusan tingkah laku masih diteruskan seperti biasa. Murid

telah tahu apabila tibanya waktu rehat, dia perlu mengambil bekalan makanan,

duduk di meja makan, dan membaca doa sebelum makan.

Namun murid masih memerlukan arahan daripada guru. Saya terpaksa

mengulang arahan beberapa kali memandangkan murid ini mempunyai daya

tumpuan yang lemah. Kadang-kadang saya juga perlu bertegas semasa memberi

arahan kepada Faiz kerana dia tidak mahu mengikut arahan guru.

Kemahiran makan murid masih agak lemah terutamanya apabila terpaksa

makan mi goreng menggunakan sudu biasa. Saya berpendapat adalah lebih mudah

jika murid ini makan mi goreng menggunakan garfu. Murid ini tidak mempunyai

masalah kemahiran motor halus yang teruk tetapi mempunyai kemahiran imbangan

yang agak lemah. Oleh sebab itu kadang-kadang makanan di atas sudu yang

dipegang oleh murid ini boleh tertumpah kerana dia tidak boleh memegang sudu

dengan seimbang.

Daripada segi sikap, saya dapati bahawa sikapnya tidak banyak berbeza

daripada minggu sebelumnya. Sikapnya yang suka berlari keluar dan menekan hon

kereta guru masih diamalkan..

Seperti yang telah saya nyatakan pada minggu lepas, saya mula menjalankan

teknik shaping. Saya masih meneruskan teknik ini dan disertai dengan arahan lisan.

2

Page 3: Jurnal minggu 11

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

ANALISIS

Arahan yang berulang kali adalah normal kepada murid-murid berkeperluan khas. Ia

boleh disebabkan beberapa faktor seperti murid mempunyai daya tumpuan yang

lemah, murid mempunyai daya ingatan yang lemah, dan gangguan daripada

persekitaran,

Masalah memegang sudu dengan seimbang akan menyebabkan makanan

sentiasa tertumpah apabila seseorang hendak makan. Murid sepatutnya diajar

memegang sudu dengan betul sebelum mula diajar untuk makan. Oleh itu saya

berpendapat bahawa selepas ini, saya akan mengambil masa 5-7 minit setiap kali

waktu makan murid untuk melatihnya memegang sudu dengan betul.

Bagi masalah suka berlari keluar kelas pula, murid ini sebenarnya hanya

inginkan perhatian dari semua orang. Saya dapati murid ini sedar tindakannya itu

salah tetapi dia sengaja melakukannya kerana mahu menarik perhatian orang lain.

Apabila guru-guru tidak menfokuskan dirinya dan melakukan sesuatu kerja, murid ini

akan mula mencari perhatian dengan melakukan perkara yang salah

CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN

Saya mengambil keputusan untuk melatih murid dengan lebih tegas kerana jika

terlalu berlembut, murid ini akan mengambil kesempatan terhadap guru dan sentiasa

mempamerkan bahawa dia tidak mampu.

Bagi masalah memegang sudu dengan seimbang pula, saya akan melatih murid

memegang sudu dengan betul setiap kali sebelum mula mengajar makan dengan

betul. Bagi lain-lain perkara, saya akan meneruskan segala perkara menurut

perancangan yang telah dibuat.

3

Page 4: Jurnal minggu 11

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

KESIMPULAN

Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan atas kejadian yang

berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan ingin diri dalam keadaan

sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, dan sosial. Justeru, terdapat insan yang

dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria

lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental, emosi dan sosial. Pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikut norma

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.

Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka

mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi

dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………. …………………

(AZLIZA BINTI MOHAMED)

4