JURNAL MINGGU 2

2
JURNAL MINGGU 2 Masalah Setelah 2 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Pendidikan muzik, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses pengajaran. Analisis masalah Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar. Cadangan

Transcript of JURNAL MINGGU 2

Page 1: JURNAL MINGGU 2

JURNAL MINGGU 2

Masalah

Setelah 2 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

bagi matapelajaran Pendidikan muzik, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir

murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam

kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan

guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri.

Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam

mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru

dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang

pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak

kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang

pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan

murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap

proses pengajaran.

Analisis masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali

terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti

bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang

kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah

bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi

kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan

menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara

faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-

murid yang kurang berminat untuk belajar.

Page 2: JURNAL MINGGU 2

Cadangan

Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa

perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau

diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan

pembelajaran yang disarankan seperti melakuakan corak kepimpinan demokratik.

Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran

berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik. Untuk

menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga

disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan.

Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti

pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

Tindakan susulan

Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam

mengendalikan P&P dengan berkesan. Saya akan cuba menggunakan kaedah

peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan

dalam usaha mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Catatan

Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru

seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat

mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan

bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan

perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi

tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan

proses P&P berkesan.