JURNAL MINGGU KEDUA

4
JURNAL MINGGU KEDUA TARIKH: 21 JULAI 2013 – 25 JULAI 2013 MASALAH: Minggu ini, saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid- murid Tahun 1, 4 dan 5. Ini merupakan kali pertama saya mengajar murid Tahun 1 untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani. Pada mulanya, saya agak tertekan untuk mengawal mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran kerana masih terdapat murid lelaki yang tidak mahu turut serta semasa aktiviti dijalankan. Murid tersebut sentiasa ditemani oleh ibunya sama ada P&P di dalam kelas ataupun di luar kelas. Saya terpaksa membazirkan sedikit masa P&P untuk memujuk murid tersebut untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti yang telah saya rancangkan untuk Pendidikan Jasmani pada hari ini. Namun, usaha saya ini tidak berhasil kerana murid tersebut berdegil tidak mahu mendengar pujukan saya. Saya juga diberitahu, ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke padang sekolah untuk aktiviti PJ bersama saya. Walaupun begitu, dia masih melakukan aktiviti seperti melompat di luar kawasan aktiviti. Selain itu, pada hari Selasa pula, selepas aktiviti memanaskan badan Tahun 5 Cemerlang, murid-murid lelaki lebih berminat untuk bermain aktiviti bebas berbanding apa yang telah saya rancangkan. Oleh itu, saya memberikan mereka bermain futsal di gelanggang futsal yang telah disediakan. Manakala, murid perempuan pula, saya telah menjalankan beberapa aktiviti seperti belalang belatuk dan pukul berapa datuk harimau . Pada pendapat saya, saya gagal untuk menarik perhatian murid lelaki untuk bersama-sama melakukan aktiviti yang telah dirancangkan. Namun, pada hari Khamis, murid Tahun 4 Cemerlang sangat seronok dalam mempelajari teknik-teknik asas permainan hoki. Saya telah mendedahkan kepada mereka beberapa teknik asas bermain hoki bermula dengan cara berdiri sambil memegang kayu hoki dengan betul, cara hayunan dan menolak bola serta cara untuk menggelecek bola berhalangan menggunakan skital. Ini merupakan kali pertama mereka mempelajari permainan hoki selain hanya pernah tengok atlet-atlet negara beraksi di dalam televisyen. Ada seorang murid perempuan tidak mahu membuat aktiviti yang senang. Setelah ditanya sebab, dia hanya

description

pktikl

Transcript of JURNAL MINGGU KEDUA

Page 1: JURNAL MINGGU KEDUA

JURNAL MINGGU KEDUA

TARIKH: 21 JULAI 2013 – 25 JULAI 2013

MASALAH:

Minggu ini, saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama

murid- murid Tahun 1, 4 dan 5. Ini merupakan kali pertama saya mengajar murid

Tahun 1 untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani. Pada mulanya, saya agak

tertekan untuk mengawal mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran kerana

masih terdapat murid lelaki yang tidak mahu turut serta semasa aktiviti dijalankan.

Murid tersebut sentiasa ditemani oleh ibunya sama ada P&P di dalam kelas ataupun

di luar kelas. Saya terpaksa membazirkan sedikit masa P&P untuk memujuk murid

tersebut untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti yang telah saya rancangkan

untuk Pendidikan Jasmani pada hari ini. Namun, usaha saya ini tidak berhasil kerana

murid tersebut berdegil tidak mahu mendengar pujukan saya. Saya juga diberitahu,

ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke padang sekolah untuk aktiviti PJ

bersama saya. Walaupun begitu, dia masih melakukan aktiviti seperti melompat di

luar kawasan aktiviti.

Selain itu, pada hari Selasa pula, selepas aktiviti memanaskan badan Tahun 5

Cemerlang, murid-murid lelaki lebih berminat untuk bermain aktiviti bebas

berbanding apa yang telah saya rancangkan. Oleh itu, saya memberikan mereka

bermain futsal di gelanggang futsal yang telah disediakan. Manakala, murid

perempuan pula, saya telah menjalankan beberapa aktiviti seperti ‘belalang belatuk

dan ‘pukul berapa datuk harimau’. Pada pendapat saya, saya gagal untuk menarik

perhatian murid lelaki untuk bersama-sama melakukan aktiviti yang telah

dirancangkan.

Namun, pada hari Khamis, murid Tahun 4 Cemerlang sangat seronok dalam

mempelajari teknik-teknik asas permainan hoki. Saya telah mendedahkan kepada

mereka beberapa teknik asas bermain hoki bermula dengan cara berdiri sambil

memegang kayu hoki dengan betul, cara hayunan dan menolak bola serta cara

untuk menggelecek bola berhalangan menggunakan skital. Ini merupakan kali

pertama mereka mempelajari permainan hoki selain hanya pernah tengok atlet-atlet

negara beraksi di dalam televisyen. Ada seorang murid perempuan tidak mahu

Page 2: JURNAL MINGGU KEDUA

membuat aktiviti yang senang. Setelah ditanya sebab, dia hanya menggelengkan

kepada. Rupa-rupanya, murid ini sakit kepala ketika aktiviti dijalankan tanpa

memberitahu kepada guru keadaannya walaupun telah ditanya beberapa kali. Ini

akan menimbulkan masalah sekiranya murid tersebut pengsan dan sebagainya.

Di samping itu, pada minggu ini, saya telah dinilai oleh guru pembimbing untuk

subjek major iaitu Kemahiran Hidup. Semasa memberi penerangan, saya terlupa

perkara penting untuk dikongsikan bersama murid. Hal ini telah menyebabkan saya

sedikit menggelabah semasa bercakap didepan.

ANALISIS:

Idea yang lebih berkesan perlu saya fikirkan untuk menarik murid Tahun 1 yang

sentiasa ditemani oleh ibunya supaya dapat berdikari dengan keadaan tempat

belajar tanpa ditemani oleh ibunya. Selain itu, kemungkinan aktiviti yang telah

dirancang kurang menarik minat murid lelaki Tahun 5. Malah, saya perlu lebih peka

dengan keadaan fizikal dan mental murid-murid supaya tidak ada murid yang

mengalami kesakitan, kecederaan dan sebagainya.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI:

Antara cadangan yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:

a) Saya perlu memikirkan cara untuk memastikan Syarul turut sama

menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani selagi saya masih menjalani latihan

praktikum di sekolah ini. Mungkin ada beberapa sebab, kenapa dia tidak

mahu melibatkan diri semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan sebelum

ini. Oleh itu, saya perlu menyelidik terlebih dahulu keadaan sebenar sebelum

mengambil tindakan yang seterusnya.

b) Perancangan yanglebih menarik perlu difikirkan untuk menarik minat murid-

murid Tahun 5 supaya melakukan aktiviti bersama-sama dengan guru.

Contohnya, saya perlu lebih tegas semasa memberikan arahan supaya

mereka mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Jika terdapat murid

Page 3: JURNAL MINGGU KEDUA

yang tidak mahu melibatkan diri, mungkin kaedah mendenda seperti membuat

lompat bintang 5 kali boleh dilaksanakan.

c) Keselamatan murid amat dititikberatkan semasa menjalani aktiviti Pendidikan

Jasmani kerana keselamatan murid adalah tanggungjawab setiap guru yang

mengajar pada waktu P&P.

d) Saya perlu lebih bersedia dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan.

Mungkin dengan tulisan nota-nota kecil dan peta minda mampu membantu

saya semasa mengajar di dalam kelas.

TEMPOH MASA:

Beberapa minggu yang masih ada ini, masih sempat saya membuat beberapa

penambahbaikan untuk mengatasi masalah-masalah yang sedang saya hadapi.

Saya boleh merujuk kepada guru yang pernah mengajar mereka sebelum ini untuk

membantu saya dalam menyelesaikan masalah diatas.

PENILAIAN KEJAYAAN:

Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing untuk memberikan bimbingan dan

penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada guru-guru

lain di sekolah. Pandangan mereka sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam

membuat penambahbaikan pada masa akan datang.

TINDAKAN SUSULAN:

Saya akan mencipta aktiviti yang menarik supaya murid-murid dapat memberikan

tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu pagi. Disamping itu,

saya perlu menasihati murid-murid supaya menghormati proses pengajaran dan

pembelajaran yang sedang berlangsung dengan mengadakan interaksi dua hala

dengan murid-murid. Malah, saya perlu lebih peka akan kesihatan dan keselamatan

murid-murid supaya tidak ada murid yang sakit ataupun cedera semasa sesi P&P.