MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard...

97
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 8 NOVEMBER 2019 (JUMAAT) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Transcript of MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard...

Page 1: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

8 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

Page 2: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

2

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

8 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

Kandungan Muka Surat

KEHADIRAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT 4 - 6

SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan Lisan No. 55 – Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai

Loon) 7

Soalan Lisan No. 56 – Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela

Binti Ariffin) 13

Soalan Lisan No. 57 – Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees

A/L Muniandy) 15

Soalan Lisan No. 58 – Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh

Choon Aik) 16

Soalan Lisan No. 59 – Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun

Kit) 21

Soalan Lisan No. 60 – Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew

Khim) 23

Soalan Lisan No. 62 – Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel

Gooi Zi Sen) 26

Soalan Lisan No. 63 – Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab

Bin Mohd Ishaq) 29

Soalan Lisan No. 64 – Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli

Bin Ibrahim) 31

PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH

YAB. KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1) 33

Page 3: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

3

Kandungan Muka Surat

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN

TAHUN 2020

YB. Timbalan Ketua Menteri II mengambil bahagian dalam sesi

penggulungan.

34

YB. Timbalan Ketua Menteri I mengambil bahagian dalam sesi

penggulungan.

49

DEWAN DITANGGUHKAN

DEWAN DISAMBUNG SEMULA

YB. Timbalan Ketua Menteri I menyambung sesi penggulungan. 57

YAB. Ketua Menteri mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

70

PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2020

87

USUL PENUBUHAN AKAUN AMANAH PERUBATAN NEGERI PULAU PINANG OLEH YB. TIMBALAN KETUA MENTERI II

92

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) mohon penjelasan berkaitan usul penubuhan Akaun Amanah Perubatan

Negeri Pulau Pinang

94

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd

Noor) mengambil bahagian dalam perbahasan usul

95

YB. Timbalan Ketua Menteri II membuat penggulungan ke atas

usul penubuhan Akaun Amanah Perubatan Negeri Pulau Pinang

96

UCAPAN PENGANGGUHAN OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

96

DEWAN DITANGGUHKAN

Page 4: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

4

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

Tarikh : 8 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah

Pulau Pinang. HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua

Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin

Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I /

Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

9. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

10. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

11. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

12. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai

Bakap

13. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

14. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

15. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

16. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

17. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

18. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

Page 5: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

5

Bil. Nama Ahli Kawasan

19. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

20. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

21. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

22. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

23. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

24. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

25. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

26. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

27. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

28. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

29. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

30. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

31. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

32. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

33. YB. Heng Lee Lee Berapit

34 YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

35. YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

36. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

37. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

2. YB. Lim Guan Eng Air Putih

3. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

4. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

Page 6: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

6

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A

PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.

HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Dato’ Norazmi Bin Mohd. Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR

Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan

Negeri

Page 7: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

7

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi.

Setiausaha Dewan:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.

Timbalan Setiausaha Dewan:

Bacaan Doa.

Setiausaha Dewan:

Soalan lisan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Selamat Pagi Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Silakan, Yang Berhormat Machang Bubuk.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan 55.

No. 55 Bencana alam yang disebabkan oleh kenaikan paras air laut akan

menjadi peristiwa tahunan.

(a) Terangkan implikasi projek tambakan laut terhadap kenaikan

paras air laut di Pulau Pinang;

(b) Apakah alternatif sumber Kerajaan Negeri selain daripada

tambakan laut; dan

(c) Terangkan inisiatif kerajaan dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai Bandaraya low carbon.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat dari Machang Bubuk. Saya minta izin

untuk menjawab soalan 55.

Kenaikan paras air laut secara umumnya, berpunca daripada perubahan iklim climate change, dan kesan pemanasan global iaitu global warming. Implikasi

kenaikan paras air paras laut akibat daripada penambakan di Pulau Pinang, adalah sangat minimum berbanding faktor lain yang berbentuk global seperti perubahan

iklim dan pemanasan global.

Pada masa yang sama, kerja-kerja penambakan laut juga merupakan satu proses mitigasi menghadapi kenaikan paras air, khususnya bagi negeri atau

negara berpulau island state. Kerajaan Negeri sentiasa komited, dalam memastikan supaya projek-projek tambakan laut tidak membawa kesan negatif

terhadap alam sekitar termasuk, menjadi penyebab kenaikan paras air laut.

Page 8: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

8

Justeru itu, setiap projek tambakan laut yang dilaksanakan di Pulau Pinang adalah tertakluk kepada kelulusan Laporan Environment Impact Assessment (EIA)

di bawah Akta Kualiti Alam Sekeling 1974, Act 127.

Sumber utama pendapatan Kerajaan Negeri, adalah daripada tiga sumber

utama iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terima Hasil Bukan Cukai. Hasil Cukai adalah terdiri daripada Cukai Tanah, Cukai Parit, Cukai Taliair dan Cukai Hiburan.

Manakala Hasil Bukan Cukai, adalah terdiri daripada Bayaran Licence, Bayaran Pendaftaran dan Permit, Perkhidmatan dan Bayaran Perkhidmatan

Perolehan daripada jualan barangan, sewaan, keuntungan pembayaran dan perolehan perlabuhan pelaburan serta denda dan hukum.

Bagi Bukan Hasil Laut, Hasil Bukan Hasil pula. Selain daripada peruntukan

daripada Kerajaan Persekutuan, terdapat punca pendapatan lain iaitu pulangan baik perbelanjaan dan terimaan dari agensi-agensi kerajaan. Sumber pendapatan

Kerajaan Negeri bagi tambakan laut, setakat ini hanya berdasar anggaran, kerana kerja-kerja tambakan belum dimulakan.

Inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjadi Pulau Pinang, satu bandaraya low carbon

adalah:

(i) Memperkenalkan Dasar Perancangan Utama iaitu DPU 5.4 bagi

Mengawalkan Pencemaran Alam Sekitar Melalui Teknologi Hijau Melalui Carbon City Framework (LCCF) dan penyediaan Rancangan

Struktur Negeri Pulau Pinang 2030;

(ii) Melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca mulai 1 haribulan Jun 2016, bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjaga

keseimbangan ekosistem. Dan pada masa yang sama, meningkatkan kadar kitar semula sisa pepejal di Negeri Pulau Pinang

kepada 43% pada tahun 2018, berbanding dengan 18% pada tahun 2018;

(iii) Program Pengurusan Hutan Secara Lestari dengan mengekalkan

kawasan hutan sedia ada di Negeri Pulau Pinang, sebagai menyerap karbon termasuk hutan darat dan hutan paya laut seluasnya

5,100.93 hektar bagi hutan simpanan kekal;

(iv) Melaksanakan program penanaman sebanyak 275,000 pokok di seluruh Negeri Pulau Pinang, daripada tahun 2008 sehingga

Disember 2018 sebagai langkah pengurusan karbon. Juga termasuk 137,193 pokok bakau yang telah ditanam, sejak tahun 2008 bagi

menjaga kestabilan ekosistem kawasan persisiran pantai serta memastikan hutan paya laut terus dipelihara;

(v) Memperkenalkan Pensijilan Pejabat Hijau Pulau Pinang (Penang

Green Office Certification) sebagai inisiatif mengurangkan pelepasan karbon dan jimatkan tenaga;

Page 9: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

9

(vi) Melaksanakan Car-Free Day dengan menyediakan laluan trek basikal, bertujuan dengan perkasakan aktiviti berbasikal di samping

mengurangkan pelepasan karbon dari kenderaan melalui aktiviti rekreasi dan riadah;

(vii) Menjalin kerjasama dengan organisasi antarabangsa Global Environment Centre, United Nation Environment Programme dan Climate and Clean Air Coalition bagi melaksanakan projek perintis

seperti Short Lived Carbon, Short Lived Climate Pollutant (SLCP) yang merupakan satu salah satu penyumbang pelepasan karbon;

(viii) Memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) dan Bridge Express Shuttle Transport Transit (BEST), bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping

menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam, dan sekali gus mengurangkan pelepasan karbon kenderaan persendirian

di jalan raya;

(ix) Mulakan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF), oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menjadi Pulau Pinang sebagai bandar

rendah karbon; dan

(x) Merancangkan pembinaan jajaran Bayan Lepas Light Rail Transit, bagi

menambahkan perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang, serta mengurangkan carbon footprint di Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri memang komited, dan akan terus melaksanakan lebih banyak usaha-usaha ke arah memastikan matlamat Penang2030, Focused, Green, Smart State that Inspires the Nation tercapai.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Terima kasih, Sungai Puyu. Soalan tambahan. Terima kasih Sungai Puyu. Saya, saya, saya cuma nak tanya kepada Sungai Puyu, soalan tambahan

saya iaitu satu research yang telah dibuat oleh The Centre for Governance and Political Studies Cent-GPS, telah meng alarm memberi satu amaran yang

menunjukkan bahawa ada sembilan bandar-bandar di negara Malaysia akan tenggelam dalam masa 30 tahun.

Kajian itu dibuat melalui Shutter Radar Topography Mission (SRTM)

model. So, dan termasuk ada, ada sebab di mana ibu kota Jakarta yang akan dipindah ke Kalimantan Barat, disebabkan mereka rasa 50 tahun yang akan

datang 2050, Jakarta akan tenggelam.

Maka, saya nak tahu sejauh manakah Kerajaan Negeri melihat kepada perkara itu. Dan apa persiapan yang kita telah buat. Dan sama ada tambakan

laut yang kita buat itu, pulau-pulau baru yang kita buat itu nanti 30 tahun yang akan datang juga, akan mengalami ditenggelam oleh perubahan iklim yang begitu

merupakan crisis itu. So, minta penjelasan daripada Sungai Puyu.

Page 10: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

10

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Dato’ Yang di-Pertua, water far is on level. Iaitu kata air diseluruh air di

Negeri Pulau Pinang, kemungkinan satu hari akan sampai di Kanada. That’s why we say, water far is on level. Apabila ambil kata bahawa, ada sembilan bandar di

di Malaysia, kemungkinan akan tenggelam. Itu adalah old develop area, di mana mereka pada masa itu kekurangan-kekurangan pengkuatkuasaan atau undang-undang. Di mana apabila ada apa pembinaan sepatutnya, kena ada berapa tinggi

daripada paras laut. How many feet above the sea level?

Sepatutnya kami lihat, kalau ada dimana tempat dimana mereka tebus

tanah sebelum satu tapak boleh diguna untuk pakai, mereka kehendak berapa tahun untuk stabilizing atau this, this what we call settling. Akan tetapi pada kini, kami ada banyak teknologi yang baru, dimana mereka akan menggunakan

membrane dan lain-lain.

Juga kita ambil kira, bahawa kena diversion of hydro flow. Itu amat

penting. Diversion hydro flow, macam mana supaya hydro flow boleh mengelakkan dia datang dengan terus wind breaker dan lain-lain. Itu semua ambil kira, dan ini adalah semua dikandungi di EIA.

Dan sini Pulau Pinang amat gembira, amat gembira apabila kami buat SPT 2 iaitu kata kali pertama di seluruh Malaysia, adalah yang komprehensif sekali. Di

mana EIA, kami telah jemput semua Pengarah-Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar seluruh Malaysia berkumpul di Pulau Pinang. Dimana mereka dalam

satu workshop, semak satu demi satu apa yang telah dicadangkan.

Dan mereka mengeluarkan satu dasar dan juga garis panduan, macam mana untuk ini tambakan laut, sea reclamation. We are proud, Kerajaan Negeri

adalah kerajaan yang pertama di seluruh Malaysia yang mengadakan garis panduan begitu. Dan disana saya ada, saya ada hadir di workshop itu, semua

Pengarah-Pengarah Jabatan Alam Sekitar di Malaysia mengatakan this is the way forword. Dan saya amat gembira, Pulau Pinang lagi lead in this field.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga Machang Bubuk. Saya amat

tertarik dengan soalan yang dibangkitkan oleh Machang Bubuk. Dan juga ramai rakan-rakan yang lain, berkaitan dengan tambakan laut dan juga kesan ataupun apa yang akan berlaku kepada hasil tambakan laut. Ini yang telah disenaraikan,

yang telah diberikan oleh pihak-pihak yang tertentu termasuklah pihak profesional, NGO Alam Sekitar dan sebagainya. Apa yang saya dengar jawapan

Page 11: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

11

tadi memang pihak Kerajaan Negeri akan, tadi dan sebelum ini Kerajaan Negeri akan meneruskan projek tambakan laut sama ada PSR dan lain-lain.

Cuma saya nak kepastian daripada pihak Sungai Puyu sama ada Kerajaan Negeri melihat kesan dan impak yang bakal berlaku. Dan mungkin melihat dari

segi kaedah penyelesaiannya, mungkin dah ada dan Kerajaan Negeri akan meneruskan projek tambakan laut ini dengan mengambil kira isu dan masalah dan penyelesaian-penyelesaian kepada isu dan masalah dan juga penyelesaian

dalam menghadapi kesan dan impak yang mungkin bakal berlaku jika diteruskan tambakan laut. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang daripada Sungai Dua. NGO saya hormati, NGO saya rela mendengar akan tetapi jikanya mereka telah

melampau, adakah kami nak bincang? Bukan kami tak mahu bincang. Iaitu kata jika kami buat laporan-laporan hari tu macam di tv, mereka menunjuk bahawanya, oh! tambakan laut, ni tangkapan ikan sudah kurang. Dia tunjuk

banyak ikan mati di Sungai Udang. Habis dia tunjuk gambar di mana? Dia tunjuk di Teluk Bahang, dia tunjuk di lain-lain tempat. We will sincere suggestion. Kami

rela mendengar apa-apa kerana tiap-tiap hari kami sedang belajar. We are prepare to learn from another but be sincere, jangan kerana anda ingat apa, ikut

apa saja. Kami kena rasional, kena rasional. Mengapa kami terpaksa ada ni tambakan laut? Why do we create a new island? It’s also because of Barisan Nasional. You know why? Geo-politics. Kesesakan lalu lintas di George Town

tidak boleh diselesaikan. You created apa? Rural urban migration. Dan kerajaan ini kena seimbang, balance and development, balance, sustainable and

development by having rural urban migration. With urban rural migration, semua orang di Negeri Pulau Pinang baru berfaedah. Bukan satu pihak saja tetapi semua orang itu penting, kepentingan semua orang amat penting kerana dasar Kerajaan

Negeri Pulau Pinang, no one will be left behind in any development. Development akan bawa. Memang ada yang akan orang kata affected, ada yang benefited, so

kami mesti look into pros and cons and the benefits. The benefits untuk bukan untuk satu kaum, ataupun satu orang, atau satu pihak tapi overall, untuk Negeri Pulau Pinang. Itu mesti dasar. Saya mengakui ada yang akan be affected. It’s

not 100% kata baik. Ada sedikit sebanyak keburukan. Keburukan in terms of apa? Bolehkah diatasi? Itulah cara kami buat keputusan. Dan untuk orang kata,

we are still going ahead, itu tak betul. We wanted to go ahead subjected to approval, subjected to we are able to this on the terms and condition in lines. All this is subjecting but if you ask, ya kami ingin move, tapi ingin move, dia ada

undang-undang, dia ada keadaan-keadaan. We have to respect and we respect that.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Sila.

Page 12: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

12

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak tahu, adakah keputusan SPC tentang tambakan laut ataupun

sebagai lagi satu yang terbaru, yang saya diberitahu akan dimuktamadkan pada 19 November ini ialah Rancangan Struktur Negeri, tentang sebagai contohnyalah,

the rezoning of Paya Bakau, Penaga yang 492 ekar tu kepada projek ZIA jadi, jadi yang saya, adakah keputusan SPC ini mengambil kira pendapat ataupun pendapat pakar daripada Jabatan Geosains? Itu soalan dia dan saya tengok dalam

Penangites Oktober 2019 ni, dia mengatakan yang carbon sinks dalam mangrove yang dari ni, Malaysia ialah yang ketiga besar di dunia. Jadi soalan dekat sini

mengikut Penang Institute, carbon revenue yang boleh dijanakan ialah RM21.8 to RM26 billion. So adakah faktor-faktor ini diambil kira semasa keputusan dibuat oleh SPC berkenaan dengan tambakan laut ataupun RSN untuk rezone Paya Bakau

Penaga kepada projek ZIA?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih, sila Sungai Puyu.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Dato’ Yang di-Pertua, apakah carbon trading? Kita semua mesti faham,

apa carbon trading. Di Malaysia, sehingga kini yang mana negeri ada the carbon baseline. Sudah buat belum? Kalau tidak buat, macam mana you boleh info in

carbon trading? Oleh demikian, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Perhutanan pada kininya telah bincang dengan semua Pejabat Daerah, semua stakeholder di mana

kami telah ingin dan cadangkan apa-apa yang pada kini ada hutan bakau hendak diwartakan sebagai hutan simpanan. Bila kami wartakan sebagai hutan simpanan itulah ada jadi satu baseline. Kemudian apa yang sudah terlebih, iaitu kata seperti

di Penaga, di Kuala Muda, sentiasa jika ada buat ukuran, bertambah-tambah, kalau tidak, kalau kami tidak ada data di data baseline, apa yang tambah? Kami

tidak boleh buat carbon trading. We have to get data baseline pada hari ini, jumlah begitu akan dikekalkan oleh Kerajaan. Lebih punya, kita boleh carbon trading. Itulah carbon trading. Adakah faktor-faktor ini diambil kira apabila

mereka buat kenyataan? Memang jika kami kira it’s worth, dia kata it’s worth tetapi it’s worth itu boleh pergi jual tak? Cucu saya pada saya it’s worth billion,

can I sell my cucu? Tak boleh…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sungai Puyu ringkaskan.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya sudah ringkaskan. Saya nak bagi satu contoh.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Semalam sudah ada penggulungan pun sudah sebut.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Baik, terima kasih.

Page 13: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

13

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Seterusnya saya persilakan sekali lagi Penanti, sila.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Okey, soalan saya, saya just nak bacakan supaya sebab ramai orang

confuse bila, oh! Tak payah bacakan ya? Okey, 56.

56.

No. 56. Lebih 72% penduduk Penanti tinggal di kampung diservis

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT). Walaupun pendapatan PDTSPT

RM140,000,000.00–RM175,000,000.00 setahun tetapi peruntukan potong pokok RM50,000.00 pada tahun 2019.

(a) Apakah akta/polisi bertulis Majlis Bandaraya Seberang

Perai (MBSP) untuk mengeluarkan kampung termasuk padang awam dari servis pembersihan am dan potong

rumput?

(b) Apakah penyelesaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat juga. Bahagian yang sudahpun dalam penggulungan boleh

elakkan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Ya boleh, boleh. Ini lain tapi saya ingat bagi manfaat Penanti, terima kasih atas soalan yang menanyakan berkenaan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah berkenaan pendapatan yang di, hasil yang diperolehi setahun

berbanding dengan peruntukan yang diberi kepada pemotongan dan pokok dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dato’ Speaker, kutipan hasil

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah pada tahun 2018 adalah sebanyak RM63,343,732.67 manakala sehingga bulan September 2019 kutipan hasil yang diperolehi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah

adalah berjumlah RM49,003,484.05.

Setakat bulan September 2019 Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri telah

menyalurkan peruntukan berjumlah RM80,000.00 kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah untuk pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan tanah kerajaan terbiar, pokok merbahaya dan projek kecemasan di

daerah. Peruntukan tersebut disalurkan berdasarkan kepada keperluan dan permohonan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Penyaluran

peruntukan ini adalah tertakluk kepada keperluan sebenar Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah selaras dengan amalan pengurusan kewangan secara berhemah, optimal value for money…(dengan izin), tidak membazir dan

berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Sekiranya terdapat tambahan keperluan tersebut, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah

Page 14: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

14

boleh mengemukakan permohonan peruntukan tersebut dari Kerajaan Negeri dengan justifikasi yang kukuh.

Berkenaan dengan soalan (a) yang ditanya, sama ada akta ataupun polisi bertulis dari MBSP untuk mengeluarkan kampung termasuk padang awam dari

servis pembersihan am dan potong rumput. Jawapannya adalah tidak ada setakat ini. Berkenaan soalan apakah penyelesaian Pihak Berkuasa Tempatan yang lain, jawapannya adalah Dato’ Speaker, semakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan

lain yang berjiran dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai mendapati PBT seperti Majlis Daerah Kerian, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Perbandaran Kulim dan

Majlis Perbandaran Sungai Petani tidak menyediakan perkhidmatan pembersihan am iaitu pemotongan rumput dan cuci parit dalam kawasan kampung sebagaimana yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai. Sekian.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan. Saya tanya berkenaan dengan pendapatan Pejabat Daerah SPT

berdasarkan kepada akaun kewangan yang kita dapat di sini. Tapi tahun ni, saya tengok hasil tu tidak diberi, hanya beberapa mukasurat yang dicampurkan. Kalau berdasarkan dengan penyata kewangan yang dulu, berdasarkan 2014 yang saya

nampak ialah RM175 juta dan dari segi laporan kewangan, jadi kalau dah turun, saya nak tanya kenapa dah ada berlaku penurunan pendapatan? Dan lagi satu,

masa soalan lisan yang dijawab oleh EXCO Datok Keramat, Datok Keramat kata MBPP di sebelah Pulau mengadakan servis tiga kali seminggu untuk pembersihan

am di kampung dan juga pemotongan rumput dan pokok di kampung. Jadi dan tidak ada polisi bertulis untuk MBSP. Jadi kalau MBPP, boleh mengamalkan dan menjaga kelestarian dan kebersihan kampung, kenapa tidak MBSP sebab tidak

ada polisi ataupun akta yang mengeluarkan kampung dari, dari pembersihan, dari apa, perkhidmatan MBSP. Especially sekarang ni MBSP setiap inci daripada

Seberang Perai sudah jadi bandaraya.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey, sila.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Yang pertama berkenaan dengan pendapatan yang diperolehi Pejabat

Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Soalan yang ditanya menjurus kepada tahun 2019 dan oleh yang demikian, saya beri angka ataupun apa yang diperolehi tahun sudah dan juga sehingga bulan September tahun ini. Di dalam soalan Yang

Berhormat, of course ada dinyatakan secara am pendapatan antara RM140 juta RM175 juta, that’s your question and then just now on your tambahan, ada disebut

ini adalah pada tahun 2014. That is your tambahan just now. So berkenaan mengapa ada penurunan saya boleh buat penyemakan dan beri kepada Yang Berhormat tapi seperti mana saya nyatakan, rekod kita menunjukkan Pejabat

Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah 2018, RM63.3 million and as of today or rather September 2019, RM49 million and the berkenaan soalan yang ditanya

tadi mengapa MBSP tidak boleh buat servis yang ataupun perkhidmatan seperti mana MBPP buat, saya rujuk semula secara ringkas jawapan saya kepada soalan saya berkenaan sememangnya telah pun menyatakan bahawasanya memang

MBSP ada sediakan perkhidmatan di kawasan kampung yang mana secara ringkas Dato’ Speaker, adalah menjalankan kerja-kerja pembersihan awam seperti

Page 15: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

15

pungutan sampah domestik untuk tong komunal, pukal dan kebun di kawasan kampung mengikut jadual dan keperluan, menjalankan kerja-kerja pembersihan

jalan pemotongan rumput dan pembersihan parit tepi jalan bagi jalan-jalan kampung yang mempunyai kelebaran 8 hingga 14 kaki mengikut jadual dan

keperluan, membangunkan infrustruktur dan kemudahan awam seperti penaiktarafan jalan, longkang dan bagunan am mengikut keperluan dan pemasangan lampu dan sebagainya dan juga lain-lain perkhidmatan pembersihan

am iaitu jalan parit, pokok dan landskap di kawasan-kawasan kampung.

Ini berlainan seperti mana dalam soalan pokok yang ditanya dengan Majlis-

majlis Bandaraya ataupun perbandaran lain yang berdekatan seperti mana saya nyatakan. Dan kita memang kita akan teruskan menyediakan perkhidmatan kepada kampung so that be very clear I don’t want any confusion that our PBTs

do not service the kampung areas, thank you very much.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih silakan Bagan Dalam.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 57.

No. 57. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengenal pasti kawasan dari Jalan Heng Choon Thien ke Jalan Jeti Lama, Jalan

Bagan Luar ke Jalan Dato’ Ahmad Said sebagai Zon Seni dan Budaya Seberang Perai.

(a) Apakah komitmen Kerajaan Negeri dalam membangunkan Zon Seni dan Budaya tersebut?

(b) Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan geran

tahunan untuk pembangunan Zon Seni dan Budaya tersebut?

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Terima kasih Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan 57. Kerajaan Negeri memang telah melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sebagai agensi

pelaksanaan untuk komited membangunkan kawasan dari Jalan Heng Choon Thien ke Jalan Jeti Lama dan Jalan Bagan Luar ke Jalan Dato’ Ahmad Said dan

MBSP juga sedang mempertimbangkan cadangan penjenamaan kawasan tersebut sebagai Zon Seni dan Budaya.

Bagi meningkat dan menyokong nilai Seni dan Budaya Kerajaan Negeri juga

telah menganjurkan beberapa program dan aktiviti di kawasan tersebut seperti Butterworth Fringe Festival di Jalan Jeti Lama dan Penang Arts Week di Padang

Dataran Pemuda Merdeka. Program-program yang dianjurkan telah mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan di Pulau Pinang dan telah menarik ramai pengunjung ke kawasan tersebut.

Dan sememangnya Kerajaan Negeri akan terus merancangkan program-program atau aktiviti-aktiviti Seni dan Budaya untuk zon tersebut pada tahun

yang akan datang. Untuk soalan (b) Kerajaan Negeri akan melalui MBSP dan

Page 16: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

16

agensi-agensi lain untuk merancang dan mengawal pembangunan kawasan bagi meningkatkan seni dan budaya Pulau Pinang di kawasan tersebut. Selain itu

Kerajaan Negeri juga akan meneruskan penganjuran program kesenian dan kebudayaan, antaranya Butterworth Fringe Festival yang akan diadakan dan

Bagan Dalam adalah dialu-alukan untuk menghantar program atau cadangan idea bagaimana hendak membangunkan kawasan tersebut dan beserta bajet program tersebut dan ini akan dibentang dan dikaji oleh pihak BKN dan Kerajaan Negeri

bersedia untuk merealisasikan Zon Seni dan Budaya di kawasan tersebut, terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Paya Terubong kerana menjawab dan tetapi apa yang

saya lihat adalah agensi Kerajaan Negeri untuk promosi pelancongan seperti PGT mendapat amaun yang banyak dalam kalau tak silap saya RM16 juta untuk

promosi pelancongan di Pulau Pinang. Adakah sebahagian daripada itu akan dikhususkan untuk Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk mempromosi kawasan-kawasan seperti di Butterworth ini dan adakah Kerajaan Negeri boleh

menyediakan geran tetap tahunan untuk katakan ada pembinaan pintu gerbang di Jalan Bagan Dalam dan juga di jalan pintu gerbang di Jalan Jeti Lama untuk

dijadikan Little India dan juga Zon Budaya Seni Butterworth. Terima kasih.

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):

Memang pejabat saya mempunyai satu idea untuk merangkakan satu blueprint untuk mewujudkan atau untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai memanglah satu kawasan seni dan budaya untuk Seberang Perai dan

untuk mengenai isu itu arch bolehlah akan dikaji dan dipertimbangkan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih saya ingin sila Bukit Tambun.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Soalan saya soalan nombor 58.

No. 58. Adakah kerajaan telah mengenal pasti punca kejadian-kejadian kematian ikan ternakan dalam sangkar dan tindakan

penyelesaian?

(a) Apakah status tindakan penyelesaian kelicikan air dari tapak pelupusan sampah Pulau Burung?

(b) Apakah status loji kumbahan najis khinzir yang berpusat di Perkampungan Valdor?

(c) Bagaimanakah kerajaan menangani pencemaran sungai oleh najis ternakan pada ketika ini?

Page 17: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

17

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Yang Berhormat Yang di-Pertua izinkan saya menjawabkan soalan 58.

Sebagaimana makluman Yang Berhormat, kes kematian ikan dan ternakan dalam sangkar yang berlaku di beberapa kawasan Negeri Pulau Pinang khususnya di

perairan Teluk Bahang dan Sungai Udang, Nibong Tebal dikenal pasti berpunca dari faktor-faktor berikut, pengaliran sisa ammonia daripada darat ke laut yang menyebabkan kepekatan ammonia terlarut meningkat. Ia sekaligus mengalakkan

phytoplankton tumbuh dengan cepat dan mengakibat pengasingan antara ikan dan ternak yang dengan phytoplankton untuk udara dalam air terutama pada

waktu malam iaitu kata the BOD.

Kawasan ternak sangkar telah mencapai tahap melebih kapasiti dari tahap yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan kerana terdapat sesetengah pengusaha

menambah bilangan sangkar tanpa kebenaran yang menyumbang kepada kepadatan kawasan berkenaan. Amalan akuakultur yang tidak mematuhi piawaian

oleh penternak melalui pengendalian yang tidak bersih dan sistematik mengakibatkan tiada kawalan pencegahan penyakit yang membawa kepada kematian ikan dan mendakan hasil buangan makanan ikan yang telah lama

terkumpul di dasar sangkar juga menyumbangkan kepada kematian ikan. Apabila arus dalam air terutamanya berlaku ribut atau tempias taufan seperti Lekima

melanda laut di sekitar Pulau Pinang, mendakan makanan tersebut akan naik seterusnya menyebabkan kandungan ammonia dalam air

meningkat menyebabkan kematian iaitu kata COD.

Menyedari akan faktor-faktor tersebut, tindakan penyelesaian oleh Kerajaan Negeri mengatasi isu kematian ikan dalam sangkar adalah seperti

berikut. Cadangan untuk menempat kawasan ternakan ikan dalam sangkar di lokasi yang sesuai dan strategik pada kini tapak yang mereka ada hadnya tak

sampai 10 meter too shallow.

Pelaksanaan program pemutihan secara berperingkat melibatkan pengusaha sangkar tidak berlesen. Memastikan penternak ikan dalam sangkar

mengamalkan Good Aquaculture Practice melakukan pemantauan kualiti air secara berkala melibatkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan dan Pusat

Kajian Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia atau SIMEC.

Cadangan untuk melaksanakan kajian bagi mewujudkan data asas data baseline kualiti air di perairan Pulau Pinang dengan kerjasama SIMEC Universiti

Sains Malaysia (USM). Berhubung status tindakan penyelesaian kelicikan air dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya

Seberang Perai dan Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan perkara-perkara berikut, membinakan Leachate Treatment Plant (LTP) berkapasiti 200 meter padu bagi memproses leachate yang terhasil dari operasi Fasa 3 dan tapak sedia ada

Fasa 1 Fasa 2.

Melakukan leachate recirculation di kolam takungan leachate dan parit

perimeter dengan mengepamkan semula air leachate ke atas tapak bagi mengawalkan paras air leachate. Melakukan leachate recirculation di kolam takungan air leachate dan perimeter bund dengan mengepam semula air leachate

ke atas tapak pelupusan bagi mengawalkan paras leachate.

Page 18: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

18

Membuat pengukuran perimeter bund dengan menanam cerucuk bakau bagi mengelakkan ianya pecah dan melakukan limpah leachate. Memantau kualiti

air di kawasan tali air, sungai dan laut melalui laporan kualiti air yang dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar setiap bulan dan melakukan pemantauan harian 24

jam dengan menempatkan kakitangan MBSP bagi pengawasan keadaan di tapak.

Sebagai makluman Yang Berhormat, loji kumbahan najis khinzir berpusat

yang dimaksudkan Yang Berhormat adalah merujuk kepada cadangan Projek Stesen Janakuasa 1 Megawatt Electricity Berasas Biogas Sisa Ternakan di

Kampung Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang. Kawasan SPS, Pulau Pinang mempunyai potensi ekonomi untuk membangunkan sebagai nod pertumbuhan (growth node) ekonomi baharu yang berfungsi daripada pelengkap

kepada kemajuan pesat yang sedang dialami oleh di Negeri Pulau Pinang.

Bagi mencapai matlamat tersebut, isu pencemaran bau dari ladang

ternakan khinzir di kawasan Kampung Valdor, SPS perlu diatasikan dengan kaedah penyelesaian yang terbaik dengan mengambil kira seimbang antara kepentingan sumber pendapatan penternak, kelangsungan bekalan makanan food

security dan kesan kepada alam sekitar.

Pada masa ini, operasi ternakan khinzir ke Kampung Valdor mempunyai

populasi mencecah hampir 90,000 ekor yang diusahakan secara individu mahupun berkelompok oleh penternak yang menetap di kampung tersebut. Majoriti

penternak di kawasan ini tidak mempunyai sistem amalan ternakan yang teratur dalam menguruskan pembuangan sisa kumbahan yang dihasilkan. Sisa kumbahan ternak disalur tanpa kawalan ke dalam saliran perparitan yang menyebabkan

pencemaran air dan bau yang tidak berkesudahan di kawasan SPS.

Bagi mengatasi permasalahan ini, Syarikat Timeless Green Sdn. Bhd. yang

mempunyai kepakaran dalam pembangunan inovasi teknologi tenaga yang membaharui atau renewal energy telah menunjuk minat untuk membangunkan sebuah stesen janakuasa 1 Megawatt elektrik berasas biogas sisa ternak di

Kampung Valdor, SPS. Projek ini dilihat berdaya saing memandangkan terdapat sisa kumbahan yang dihasil daripada ternak khinzir di Kampung Valdor, SPS yang

boleh digunakan untuk penjanaan tenaga elektrik. Perlaksanaan cadangan projek oleh syarikat tersebut diyakini mampu untuk menyelesaikan isu pencemaran bau dan air yang sekian lama dihadapi di Daerah SPS.

Berdasarkan perancangan asal, projek dijadualkan beroperasi pada April 2019. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek terpaksa melalui proses

penjadualan semula atas keperluan pematuhan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dalam proses penyediaan laporan Environmental Impact Assessment (EIA). Pihak perunding EIA projek sedang

dalam tindakan akhir bagi penyiapan dan penyerahan laporan akhir EIA kepada Jabatan Alam Sekitar pada Disember 2019.

Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius terhadap isu pembuangan sisa-sisa ternakan yang menyebabkan pencemaran sungai. Sehubungan ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah

menubuhkan task force bagi mengatasi isu-isu pencemaran laut, sungai dan pantai. Peranan task force adalah untuk menangani isu-isu pencemaran di punca

pollution at source yang menyebabkan pencemaran laut, sungai dan pantai. Task

Page 19: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

19

force ini diurusetiakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang dan dianggotai oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang, Pejabat-

pejabat Tanah dan Daerah, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Veterinary, Jabatan

Pertanian, Suruhanjaya Perkhidmatan Air dan Indah Water Konsortium. Bagi menyelesaikan jangka pendek khususnya bagi isu pelepasan sisa ternakan, Kerajaan Negeri melalui jabatan JPS Pulau Pinang dengan kerjasama ahli-ahli task

force telah mengambil pendekatan berikut:

• Memantau secara berterusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di setiap

ladang seperti mengeluarkan notis;

• Mengenakan kompaun, pembatalan licence dan tindakan mahkamah terhadap ladang yang melanggar syarat oleh PBT;

• Menyasar penyiasatan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinary Department Pulau Pinang;

• Mengenalkan punca buangan ladang di sungai serta mengarahkan penternak untuk menghentikan buangan sisa secara terus direct discharge kepada sungai.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sungai Puyu, jawapan panjang lagi?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Lagi panjang. Kena bagi telitilah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey sila cepat.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Mengarahkan supaya sisa ternakan disalirkan ke sisa kumbahan ladang sedia ada yang dirawat. Effective Microbes yang dibekalkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Veterinary Department bagi mengurangi isu pencemaran bau di ladang ternakan yang dikenal pasti boleh pihak jabatan. Supaya bacaan biological oxygen demand (BOD) tidak melebihi 50PPM bagi melepaskan sisa ladang dan

direkodkan bacaan BOD melebihi 50ml digantung permit permintaan ternakan. Pemantauan kualiti air sungai secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar bagi

memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan lebih piawaian yang ditetapkan.

Sebagai kaedah penyelesaian jangka pendek panjang dalam isu

pembuangan sisa-sisa penternakan ini menyebabkan pencemaran sungai, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau

Pinang pada 24 haribulan November 2016. Enakmen ini mewajibkan penternakan untuk menaikkan taraf ladang sedia ada kepada Modern Pig Farming yang mempunyai empat kriteria utama iaitu ladang tertutup, zon penampanan jarak

200 meter, zero discharge and good animal husbandary practice. Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

Page 20: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

20

Pada masa ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang sedang dalam peringkat akhir menyiapkan peraturan di bawah Enakmen Penternakan Babi

beserta Peraturan-peraturan Lesen Penternakan Babi 2018 untuk diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Habis dah? Sila. Soalan tambahan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Dato Speaker. Soalan tambahan pertama tentang penternakan ikan dalam sangkar. Kita sedia maklum pada tahun 2018 kita ada 29,000 tan metrik

dikeluarkan dan melibatkan nilai borong sebanyak RM551 juta setahun. Berdasarkan alasan-alasan yang diberi oleh Yang Berhormat Sungai Puyu tadi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkan zon

penternakan ikan sangkar yang baru dan juga memberi bantuan sistem ternakan yang lebih canggih?

Soalan kedua tentang ternakan loji kumbahan tadi. Memang projek ini saya juga terlibat pada peringkat awal bersama Yang Berhormat Sungai Puyu sejak 2015. Apakah masalah sebenar yang telah berlanjutan selama empat tahun dan

pada ketika ini saya dimaklumkan Jabatan Alam Sekitar tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas lepasan influence dan JPS pula tiada pasukan

penguatkuasaan. Oleh itu bagaimanakah Kerajaan Negeri akan menangani masalah ini?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Memang pada kini tapak di sangkar ikan memang terlampau padat kerana ada banyak yang tidak dapat kebenaran. Mereka telah tambah-tambah di situ.

Dan kedalaman tidak cukup dalam dan arus air pun kena ambil dikira. Jika kami melihat pada laporan-laporan tarikh, masa, di mana ikan mati semua adalah

semasa waktu malam dan juga naptime. Ini telah menunjuk bahawa apabila gerakan air ni ada terlampau tenang iaitu kata oksigen demand waktu-waktu malam oleh plankton growth akan kurangkan oksigen dalam air. Bag of oxygen.

Dissolve oxygen. Di sini juga di penternak ikan sangkar, mereka kena ambil orang kata be more discipline. Jangan ada lebih dari apa yang kemampuan iaitu kata

over, over density the hedges.

Memang Kerajaan Negeri sedang buat kajian tetapi kajian kami juga kena ambil kira bahawa jika kami pindah tempat yang baru, jika tapak itu adalah

tempat nelayan tangkap ikan itu juga tidak boleh dibenarkan. Jikanya tapak-tapak itu laluan kapal-kapal itu pun tidak dibenarkan. Oleh yang demikian ini ada satu

proses yang kena hadap teliti. Kalau tak teliti satni oleh PAC yang diketuai oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Dua akan bersoal lagi. So kami akan telitikan ikan semua. Dan untuk biogas facility di Valdor, ini ada satu yang baru di mana apabila

kami submit EIA, mereka kurang faham. Terpaksa setiap kali ada dapat soalan, saya kena bagi penjelasan soal seolah-olah saya ada competent submittance

person saya kata pada dia orang. Iaitu jika pada kini semua jadi orang kata semua sudah jadi, close house farming di mana dalam semua dia punya dia punya kontena di sana terus salur pada itu station biogas. Iaitu kata tidak dikeluarkan.

Holding area direct switch part into the factory. Itu akan kurangkan semua. Dan

Page 21: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

21

dengan ini juga mereka boleh kurangkan air dengan gunakan moden house farming. Ini semua ada diambil kira. Dan saya juga percaya minggu bulan depan

iaitu ia tukar Disember 2019 apa-apa soalan-soalan yang ditanya dapat dijawab dan diterima pakai dan berharaplah bahawa pada tahun depan kami boleh mula

dengan pembinaan MBSP juga sedia untuk bagi bantuan supaya diserahkan dia punya pelan-pelan dan boleh mula pembinaan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Saya bagi lagi satu lagi Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih. Soalan saya berkaitan dengan pusat rawatan sampah di Pulau Burung. Apa yang saya faham fasa tiga masih belum dilaksanakan sepenuhnya setelah sekian lama. Saya ingat mungkin melebihi tiga empat tahun

lebih. Tapi sampai sekarang masih belum dilaksanakan sebab fasa satu dan dua dah penuh, dah terlalu padat. Jadi kenapakah dia tak dilaksanakan segera?

Masalah apa peruntukan ka apa ka?

Dan keduanya apakah tindakan pihak PBT dalam menyelesaikan isu kelewatan oleh syarikat yang terlibat dalam melaksanakan Fasa 3 ini? Pusat

rawatan sampah Fasa 3 di Pulau Burung. Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Masalah yang dihadapi oleh pengusaha tapak pelupusan sampah untuk yang fasa tiga adalah bahawa masalah zoning di mana mereka kehendak satu

buffer zone kerana berdekatan sana ada satu sekolah dan ada kampung. Kampung Byram. So di sana satu perbincangan dengan penghuni-penghuni di sana telah dapat satu kefahaman dan juga dengan sekolah. Dan EIA ini tidak dapat kelulusan

kerana tanpa tanpa persetujuan dan kefahaman daripada penduduk-penduduk di sana mereka enggan nak bagi EIA. Tetapi mereka telah bagi kelulusan dan akan

terus pembinaan. So we have settled all the problems dan kalau boleh bulan Disember next year Januari 2020 kami akan mula untuk pindah sampah di sana dan juga untuk leachate fasa satu dan dua akan pam di sana untuk rawatan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Pulau Tikus. Sila.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 59.

No. 59. Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap keberkesanan

penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Rukun Tetangga,

Komuniti Harapan Malaysia dan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kepada individu dan masyarakat?

Page 22: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

22

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pulau Tikus telah bertanya mengenai

keberkesanan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung MPKK, Rukun Tetangga, Komuniti Harapan Malaysia dan

Pasukan Peronda Sukarela kepada individu dan masyarakat. Pandangan Kerajaan Negeri penubuhan unit-unit komuniti tersebut seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Rukun Tetangga (RT) ataupun Komuniti Harapan Malaysia

(KHM) dan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sangatlah memberi banyak faedah dan berkesan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat. MPKK adalah sebuah

organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. Penubuhan MPKK sangat berkesan untuk membantu bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan menyelaras pembangunan fizikal dan sosial ekonomi di samping

menyampaikan dasar-dasar serta bantuan kerajaan kepada penduduk.

Manakala Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang

bertujuan untuk membantu dalam membangun dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program in hampir sama seperti neighbourhood watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Peranan utama RT ialah

menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota

kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli masyarakat setempat di kawasan kejiranan tersebut. Ianya juga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan

perumahan terutama pada waktu malam.

Komuniti Harapan Malaysia pula adalah penjenamaan semula daripada Komuniti Satu Malaysia dulunya. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia mendapat maklum balas daripada masyarakat terhadap rancangan-rancangan radio dan televisyen

Malaysia di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Objektif utama ditubuhkan ialah menjadi Rakan Strategik Jabatan Penyiaran di peringkat akar umbi, memperkasakan jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum

dan meningkatkan kefahaman serta penghayatan dasar-dasar kerajaan.

Manakala PPS pula ditubuhkan bagi membantu masyarakat dalam

kesusahan dan kecemasan ketika banjir, kebakaran dan kemalangan. Walau bagaimanapun ianya diberhentikan sekarang oleh sebab tidak Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk terus dijalankan. Sekian terima kasih.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Soalan tambahan. Masih saya ingin bertanya adakah sekarang ada tambah

banyak jawatankuasa kerana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sudah dalam satu pasukan tetapi adakah kita Kerajaan Negeri ada hasrat untuk menggabungkan sesetengah jawatankuasa untuk lebih efektif untuk masa akan

datang?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Saya kira Ahli Yang Berhormat Pulau Tikus merujuk kepada MPKK.

Page 23: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

23

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Bukan sahaja MPKK sebab Rukun Tetangga, KHM semua pun sudah datang

dari Kerajaan Persekutuan. Saya rasa adakah Kerajaan Negeri ada hasrat untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk menggabungkan sesetengah

jawatankuasa-jawatankuasa?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Buat masa ini unit-unit komuniti tersebut diselia oleh pihak-pihak yang

berbeza. Macamnya MPKK adalah di bawah Kerajaan Negeri, RT di bawah Jabatan Perpaduan, dan fungsinya agak sedikit, ada sedikit berbezalah dan apa nama, jadi

unit-unit tersebut pada masa sekarang boleh bergerak mengikut fungsi masing-masing di mana MPKK ini kalau kita lihat lebih banyak bergerak sebagai sebahagian daripada State Government Delivery System, membantu ADUN dan

juga pejabat daerah di dalam melaksanakan program-program di kampung-kampung. Dan MPKK yang terdiri daripada masyarakat itu sendiri, jadi

penghubung rakyat dan juga ADUN serta pejabat daerah.

Manakala Rukun Tetangga itu dia adalah persatuan seperti persatuan penduduk, jadi dia mempunyai role yang agak sedikit berbeza daripada MPKK dan

aktivitinya juga ada perbezaan. Jadi saya rasa dia tidak perlu digabungkan, dia boleh bergerak dengan fungsi masing-masing dan memberi sumbangan mengikut

penubuhan, tujuan penubuhan masing-masing.

YB. Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih. Sungai Pinang.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim)

Terima kasih Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 60.

No. 60. Pusat Jagaan Warga Tua

(a) Senaraikan jumlah pusat-pusat yang berlesen/tidak berlesen.

(b) Apakah garis panduan/SOP pengoperasian ditetapkan oleh Kerajaan Negeri/Persekutuan? Nyatakan.

(c) Adakah latihan kursus tertentu berkenaan ilmu dan teknik menjaga warga tua diwajibkan oleh pengusaha.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, saya minta izin untuk menjawab soalan 60. Untuk maklumat Yang

Berhormat, terdapat sebanyak 20 pusat jagaan warga emas yang berlesen dan sebanyak 46 buah pusat warga emas yang tidak berlesen di negeri Pulau Pinang. Perincian senarai pusat jagaan seperti di Lampiran A yang akan diberikan kepada

Yang Berhormat selepas sesi soalan Lisan ini selesai. Garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pengoperasian pusat jagaan warga

emas adalah melalui Akta Pusat Jagaaan 1993.

Page 24: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

24

Setiap pusat jagaan yang ditubuhkan hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu JKM sebagaimana peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993

Akta 506. Akta ini digubalkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan dan bagi

perkara yang berkaitan demi menentukan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penghuni diutamakan. Selain akta tersebut, JKM juga turut mengguna pakai garis panduan penubuhan pusat jagaan serta Peraturan-

peraturan Pusat Jagaan 1994. Terdapat dua jenis pusat jagaan iaitu Pusat Jagaan Berkediaman dan Pusat Jagaan Harian. Pusat Jagaan Berkediaman ditafsirkan

sebagai mana-mana premis di mana empat (4) orang atau lebih bukan saudara diterima untuk jagaan sebagai penghuni-penghuni di dalamnya. Pusat Jagaan Harian ditafsirkan sebagai premis di mana empat (4) orang atau melebihi bukan

saudara diterima untuk jangka bagi satu tempoh yang lebih 3 jam sehari, di antara terbit matahari sehingga matahari terbenam dan beroperasi selama sekurang-

kurangnya tiga hari seminggu.

Syarat-syarat bagi penubuhan pusat jagaan warga emas adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM atau Pendaftar Pertubuhan ROS,

mematuhi standard minimum JKM serta mendapat sokongan atau kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan

Kesihatan, minimum yang ditetapkan oleh JKM bagi pengoperasian pusat jagaan warga emas adalah seperti berikut: Nisbah satu orang, nisbah satu orang penjaga

dengan 8 orang warga emas dan nisbah satu orang penjaga dengan 4 warga emas yang berpenyakit atau terlantar. Penjaga warga emas atau bukan mesti berumur 18 ke atas. Mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu kata 3 meter

persegi untuk warga emas; menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang, jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan

penghuni; pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni. Menyediakan dan menyelenggarakan rekod-rekod di pusat jagaan dan menjaga kebersihan dan

keselamatan di dalam dan di luar premis pusat jagaan. Prosedur pemohon berdaftar pusat jagaan adalah dibuat melalui Pejabat Kebajikan yang berhampiran

dan borang permohonan adalah percuma. Permohonan pendaftaran pusat jagaan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 21 hari bekerja setelah sijil perakuan mendaftar pusat jagaan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri

berkenaan. Bayaran pendaftaran yang dikenakan sebanyak adalah RM50.00.

Berdasar garis panduan penubuhan pusat jagaan yang dikeluarkan oleh

Jabatan Kebajikan Masyarakat, seorang pengendali dan kakitangan yang dilantik oleh sebuah pusat jagaan hendak terlatih atau mempunyai pengalaman dalam penjagaan penghuni yang diterima. Pengendali dan penjaga wajib menghadiri

kursus yang diiktiraf oleh JKM yang dikendalikan oleh pengendali khusus yang bertua, misalnya …(gangguan):

YB. Yang di-Pertua Dewan:

Yang bertauliah.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Misalnya kursus caregiver....(gangguan).

Page 25: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

25

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bertauliah.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Bertauliah dan kursus caregiver dan kursus pengendalian pusat jagaan. Di

antara agensi yang bekerjasama dengan JKM adalah pengendalian kursus bagi para pengendali pusat jagaan adalah Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan iaitu MKPM atau Institut Sosial Malaysia, ISM.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Sungai Puyu.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

Soalan Tambahan. Terima kasih kepada YB. Sungai Puyu. Daripada jawapan yang diberi iaitu masih terdapat 46 pusat jagaan warga tua yang tidak

berlesen, dan inilah saya memang sangat bimbang bahawa sama ada adakah pemantauan daripada mana-mana pihak terhadap mereka yang tidak berlesen ini.

Lagi satu iaitu terdapat kadar bayaran yang tidak, berlainan, memandangkan perkhidmatan yang berlainan, maka adakah kerajaan bercadang untuk mengawal kadar bayaran itu supaya ia lebih berpatutan dari segi bayaran itu. Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Ahli Yang Berhormat, ini adalah satu soalan yang kami kena menelitikan

iaitu kata apabila orang berniaga, dia harus ambil lesen. Tindakan-tindakan telah diambil bukan hanya oleh JKM di mana kami telah senaraikan mereka, kami telah

turun padang untuk bincang pada mereka, nak bantu pada mereka, ada yang tidak ingin. Dan ini juga kami tak boleh, ada berapa operasi bersepadu dengan pihak berkuasa tempatan untuk ambil tindakan pada mereka. Untuk kawalan

harga memang ini kami, cadangan ini baik, kami akan panjangkan kepada kementerian iaitu kata untuk Perdagangan Dalam Negeri untuk bincang perkara

ini. Dan saya percaya bahawanya dalam mesyuarat-mesyuarat yang akan datang bersama dengan Timbalan Perdana Menteri di mana mereka juga adalah untuk jaga keluarga ini isu akan juga dibincangkan. Dan satu isu juga kami nak bincang

adalah bahawa kena ada undang-undang di mana anak-anak adalah bertanggungjawab dan mereka kena menjaga para ibu-bapa, so this Parenting Act

we will look into it.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB.Azrul Mahathir bin Aziz):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Page 26: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

26

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB.Azrul Mahathir bin Aziz):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan utama saya adalah sama ada pusat

jagaan warga emas ini diberikan geran bantuan tahunan oleh kerajaan?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Kebanyakan pusat jagaan adalah daripada pihak swasta. Pihak swasta mereka ada yang direct NGO atau organisasi keagamaan di mana mereka bagi jagaan yang percuma seperti Kang Shiang, ada yang lain-lain. Oleh yang

demikian, geran ini memang untuk yang di mana yang mereka seperti Silver Jubilee Home dan lain-lain. Memang kami buat kajian dan akan memohon

daripada Kerajaan Pusat di mana Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab, they will give annual geran.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Soalan seterusnya. Soalan 61 dari Permatang Pasir, Permatang Pasir tidak berada dalam Dewan, soalan dilangkah. Saya ingin

persilakan Pengkalan Kota.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen):

Terima kasih YB. Dato’ Spekar. Soalan Pengkalan Kota soalan ke 62.

No. 62. Projek Perumahan Rakyat (PPR).

(a) Apakah hala tuju Kerajaan Negeri terhadap PPR susulan

daripada pengumuman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menangguhkan projek tersebut.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh):

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada rakan saya dari Pengkalan Kota yang bertanyakan tentang hala tuju Kerajaan Negeri terhadap PPR, setelah

pengumuman kementerian untuk menangguhkan projek tersebut. Dan sebenarnya saya telah pun dalam…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ya, ringkaskan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh):

Seperti mana semua tahu saya telah pun nyatakan keutamaan kita adalah untuk membekalkan perumahan yang mampu dimiliki di negeri Pulau Pinang dan sasaran kita selaras dengan visi Pulau Pinang2030 adalah sebanyak 180,000 unit

pelbagai iaitu kos rendah, kos sederhana rendah dan pelbagai jenis mampu milik di mana setakat ini 102,000 telah pun kita capai di mana ada yang telah pun

dibina, ada dalam peringkat pembinaan dan ada yang telah diluluskan untuk pembinaan.

Secara khusus pada PPR, setelah PRU 14 kita telah sememangnya

mengenal pasti satu bidang tanah di Jelutong iaitu Lot 1142, Lot 1143 dan Petak

Page 27: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

27

A Seksyen 1 kepada kementerian untuk dipertimbangkan dibina satu PPR di situ. Dan pada asalnya mereka setuju di mana pegawai-pegawai dari kementerian

sememangnya telah turun untuk melihat kesesuaian tapak tersebut. Namun demikian seperti mana saya nyatakan baru-baru ini, tidak sebulan pun, satu

pengumuman dibuat di mana setiap Kerajaan Negeri dimaklumkan tentang penjenamaan semula PPR di mana ia akan dilakukan melalui Request for Proposal kepada pihak swasta yang ingin membina dan mereka cadangkan ia dijual di

antara RM90,000 hingga RM300,000 seperti mana saya nyatakan semalam kita tak setuju dengan itu. RFP kita setuju, that’s not the issue, tetapi harga kita tak

setuju. Kita lebih suka kalau boleh kaedah sewa beli seperti mana saya nyatakan untuk menangani keadaan ini, sementara perbincangan diadakan dengan Kerajaan Pusat. Selain daripada tapak ini seperti mana saya nyatakan semalam

juga, selain daripada Jelutong, kita telah mengenal pasti tapak lain di semua daerah di negeri Pulau Pinang iaitu di Lot 8741 Jalan Mayang Pasir Mukim 12,

Daerah Barat Daya, PT 741 Hujung Batu, Butterworth, Daerah Seberang Perai Utara, Lot 1061 hingga 1065, 1072 hingga 1078 dan 1084 hingga 1088 di Kampong Tongkang Mukim 14, Seberang Perai Tengah dan Lot 20841, 20842,

20843 Mukim 13 di Batu Kawan, Daerah Seberang Perai Selatan. Kerajaan Negeri berpandangan penyediaan rumah PPR terutamanya di kawasan Pulau masih perlu

mengambil kira senarai menunggu sehingga Oktober 2019 yang berjumlah 1051 orang Dato’ Speaker dan kita akan mengadakan seperti mana saya nyatakan

perbincangan lanjut dengan kementerian berhubung dengan perkara ini. Pecahan bilangan menunggu adalah, Daerah Timur Laut 769, Daerah Barat Daya 7, Daerah Seberang Perai Utara 61, Daerah Seberang Perai Tengah 204, Daerah Seberang

Perai Selatan 9, dan mana saya nyatakan kita lebih akan beri perhatian kepada penggunaan kaedah rent-to-own kerana di dalam Belanjawan juga ini saya tidak

sebut dalam gulungan saya.

Selain daripada pengumuman baru ini iaitu penjenamaan semula PPR kepada RFP, ada harga dia. Di dalam Belanjawan Negara 2020 yang diumumkan

Menteri Kewangan tempoh hari, juga dicadangkan RM10 bilion Dato’ Speaker akan diperuntukkan untuk rancangan-rancangan rent-to-own di seluruh Negara

Malaysia di mana daripada RM10 bilion itu, RM3.0 billion akan dijamin oleh Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun, saya ingin sebut di sini Dato’ Speaker, ia keputusan atau pun pengumuman itu RM10 bilion adalah untuk hartanah atau pun

perumahan unit-unit rumah sehingga RM500,000. Itu pun saya tidak begitu setuju, apabila saya ada perbincangan dengan Menteri Kewangan, dia telah

menyatakan boleh ada perbincangan dengan Menteri Perumahan kerana kalau kita ada RM10 billon untuk rent-to-own, the whole idea is because golongan yang hendak dibantu ini tidak dapat pinjaman bank. That’s the objective of having the

RM10 billion to rent-to-own, so golongan yang tidak dapat pinjaman bank ini adalah golongan berpendapatan rendah yang tidak dapat mampu pun sehingga

RM500,000. So saya telah nyatakan dan Menteri Kewangan secara perinci bersetuju minta saya bincang dengan Menteri Perumahan di mana saya kata tumpuan RM10 bilion itu patut pada kos rendah, kos sederhana rendah. Di Pulau

Pinang kita ada satu jenis mampu milik iaitu RM150,000, sebelum kita pergi kepada produk-produk lebih mahal. Sekian Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Page 28: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

28

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datuk Keramat. Sememangnya tentang isu PPR ini memang kita umum dimaklumkanlah

perkara ini telah, Negeri Pulau Pinang telah di anak tirikan daripada pembekalan PPR ini sejak tahun 2008 di mana kita masih ingat di tapak tanah di Jelutong tu, saya masih ingat sebelum Pilihanraya Umum, terdapat lawatan tapak yang

sepatutnya dibuat oleh Kementerian Perumahan…(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat, soalan tidak perlu berulang-ulang, saya telah tegur beberapa kali.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

I come to my soalan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila. Cepat.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Yang mereka nak buat lawatan tapak tetapi telah dibatalkan pada saat-

saat terakhir. Tapi kini Menteri KPKK kini telah pun turun padang ke tapak tersebut. Jadi soalan saya tentang kaedah RFP yang dicadangkan oleh KPKT

tersebut, memandangkan tapak tanah itu sebenarnya merupakan sebahagian tanah kerajaan ini, jadi sekiranya kaedah RFP ini dicadangkan oleh kementerian,

mungkin saya nak dapat jawapan daripada Yang Berhormat Datuk Keramat. Sebenarnya kalau kaedah RFP ini mungkin pihak Kerajaan Negeri pun boleh melaksanakan ia juga. Mungkin saya minta pandangan tentang isu ini.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):

Dato’ Speaker, kaedah RFP ini sememangnya sekarang juga digunakan di

mana kita projek-projek Kerajaan Negeri yang diselia oleh pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kita akan buka RFP kepada tapak-tapak yang kita ada, developer atau pun pemaju akan datang so we are going to I think the

suggestion by the Minister is that we use that kaedah because PPR Dato’ Speaker, originally apa yang berlaku, kita negeri kenal pasti tanah dan Pusat akan keluar

wang untuk bina dan serah kepada Negeri untuk kita manage.

That is the old procedure, but I think because of the financial situation to be very honest, that the Federal Government is facing now, that’s why they had

to come out with these at the Federal level. Dan of course saya bersetuju dengan rakan sekerja saya pada waktu itu just the night before, previous, before the GE-

14 the night before they are supposed to come, they cancelled it without giving any reason, they even postponed it I wouldn’t understood but then unfortunately didn’t happen. But coming to your questions Dato’ Speaker, apa yang dinyatakan

tentang apakah formula RFP yang kita akan guna, saya percaya seperti mana saya nyatakan, ada dua perkara dalam pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat

Zuraida yang kebetulannya besok saya akan jumpa dia, dia akan turun ke Penang.

Page 29: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

29

So I would ask her a few questions. The first part on RFP we have no issue, the second part is the issue. So yang kelima-lima tanah yang telah pun kita kenal

pasti, kita akan teruskan untuk pembinaan mungkin bukan PPR Dato’ Speaker, iaitu kerana PPR full loan rental sepanjang hayat tetapi mungkin kaedah RTO

(rent-to-own) which I think is better, better for the purchaser, the person who come. So tomorrow Dato’ Speaker, saya akan ada perbincangan selanjutnya dengan Yang Berhormat Zuraida. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat, saya masih boleh jemput

Yang Berhormat Bertam.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Speaker, soalan Bertam soalan nombor

63.

No. 63. Pelan tindakan Penang2030 merupakan satu perancangan

yang baik dan memberi manfaat yang besar kepada penduduk Pulau Pinang.

(a) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan

perancangan dan maklumat mengenai Penang2030 disampaikan secara efektif kepada penduduk Pulau

Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya masih boleh jawab soalan ini daripada Yang Berhormat Bertam. Visi Penang2030 adalah visi Kerajaan Negeri yang perlu dihayati, diserap dan diterjemahkan oleh setiap lapisan institusi

pentadbiran Kerajaan Negeri termasuklah jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan. Usaha ini telah dilakukan melalui pelbagai sesi penerangan dan sesi

libat urus sepanjang tahun 2019. Antaranya termasuk sesi yang melibatkan Ahli EXCO, Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan di peringkat Negeri dan Persekutuan, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan,

pihak berkepentingan, pegawai kerajaan Gred 29 ke atas, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan sebagainya.

Sesi-sesi berkenaan telah menjelaskan makluman dan hala-tuju Visi Penang2030 dengan tujuan supaya pihak-pihak yang terlibat dapat menjadi medium untuk menyampaikan makluman kepada penduduk Pulau Pinang. Setiap

inisiatif strategik juga diketuai oleh seorang Champion EXCO dan seorang Champion Officer. Untuk memastikan perancangan bagi setiap inisiatif dapat

dilaksanakan. 19 bengkel untuk setiap inisiatif strategik dalam Visi Penang2030 telah bermula dan dijangka akan berakhir pada Disember tahun ini. Input bengkel ini akan diterjemah melalui program, projek atau pun polisi yang akan

dilaksanakan di dalam jangka masa yang ditetapkan. Di samping itu, usaha-usaha Kerajaan Negeri akan diteruskan lagi dengan mengadakan sesi libat urus bersama

pelbagai bidang industri pada masa depan.

Page 30: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

30

Kerajaan Negeri juga dalam proses mengguna pakai dashboard yang akan memantau prestasi atau kemajuan program dan projek di bawah visi dan strategik

inisiatif ini. Pelbagai aktiviti komuniti juga akan diadakan di seluruh Pulau Pinang pada masa depan supaya penduduk dapat memahami visi ini. Pasukan

Penang2030 juga giat mengadakan pameran di acara kerajaan atau pun swasta untuk menjelaskan visi ini. Antaranya termasuk Pesta Pulau Pinang yang akan datang, yang sudah lalu, Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan sempena The

International Malaysia Thailand Growth Triangle Programme yang diadakan baru-baru ini. Sehubungan itu, media sosial, Ketua Menteri dan Penang2030 juga aktif

membawa berita-berita yang berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri dalam menjayakan visi ini. Namun, aktiviti, promosi dan penyebaran makluman akan dijalankan dengan lebih aktif pada tahun hadapan melalui pelbagai medium

publisiti seperti media sosial, media cetak dan media elektronik dan sebagainya kerana setelah bengkel kita dapat pengisian yang lebih lengkap dan dapat

dikongsikan dengan masyarakat dan lain-lain stakeholders. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

Satu lagi soalan tambahan. Yang Berhormat Padang Kota, terima kasih atas

penjelasan mengenai cara penyampaian Visi Penang2030. Soalan tambahan saya adalah apakah langkah-langkah dan pendekatan Kerajaan Pulau Pinang untuk

memastikan Visi Penang2030 mencapai objektif yang diimpikan memandangkan visi ini akan memakan masa lebih kurang lagi 11 tahun. Terima kasih.

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Yang Berhormat Bertam yang selalu prihatin tentang Penang2030 vision. Seperti mana saya katakan di bawah 4 tema teras, ada 4

strategic initiative bagi 1 teras, maksud ada 16 strategic initiative dan di bawah setiap inisiatif ada seorang EXCO akan menjadi champion EXCO untuk melaksanakan apa juga program yang digubalkan di bawah strategik ini dan ada

seorang pegawai yang dilantik sebagai Champion Officer. Maka setelah pengisian program, dasar atau projek, dengan timeline ditetapkan untuk pelaksanaan. Maka

melalui dashboard yang disediakan, kita dapat memantau perjalanan setiap dasar, program, mahupun projek yang dirancangkan dalam strategic initiative yang dipimpin oleh EXCO berkenaan supaya EXCO berkenaan dapat melihat

perlaksanaannya dan melapor balik kepada MMK dari semasa ke semasa supaya MMK dan Kerajaan Negeri tahu tentang kelangsungan mana-mana program di

bawah strategic initiative berkenaan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Saya masih ada 3 minit. Saya persilakan Yang Berhormat

Sungai Acheh.

Page 31: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

31

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 64.

No. 64. Apakah sebab utama pencemaran sungai dan laut di kawasan SPS?

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengawal dan membanteras pencemaran yang dibuat bagi melindungi ekosistem laut dan ternakan darat serta sangkar yang

berdekatan yang menggunakan punca air luat di kawasan SPS?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan nombor 64. Sebagai makluman Yang Berhormat, salah satu punca utama yang dikenalpasti

menyebabkan pencemaran sungai dan laut di kawasan Seberang Perai Selatan adalah disebabkan oleh aktiviti penternakan khinzir dari kawasan perkampungan

Valdor. Selain itu, terdapat juga punca-punca sampingan lain yang turut menyumbang kepada pencemaran sungai dan laut di SPS yang dipercayai berpunca dari aktiviti perladangan, pelepasan efluen dari kawasan perumahan dan

industri berkepadatan tinggi.

Sehubungan itu, selaras dengan matlamat Penang2030 melalui inisiatif

strategic Continue to Improve Public Safety and Cleanliness di bawah tema Increase Liveability to Enhance Quality of Life, Kerajaan Negeri sememangnya

menyasarkan untuk meningkatkan tahap kebersihan termasuk memperbaiki kualiti sungai-sungai yang terdapat di Negeri Pulau Pinang amnya dan di SPS khususnya. Tindakan Kerajaan Negeri dalam mengawal dan membanteras

pencemaran sungai dan laut dilaksanakan melalui pendekatan-pendekatan berikut:

(a) Memperkasakan fungsi Jawatankuasa Task Force Pencemaran Sungai & Laut di peringkat negeri dengan kerjasama pihak Persekutuan bagi merancang dan menetapkan sasaran serta hala tuju bagi menangani

masalah sungai tercemar;

(b) Pemantauan secara berterusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan

Perkhidmatan Vaterinar di setiap ladang ternakan serta mengeluarkan notis, mengenakan kompaun, pembatalan lessen dan tindakan mahkamah bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh

PBT;

(c) Cadangan pelaksanaan Projek Stesen Janakuasa 1 Megawatt Elektrik

Berasaskan Biogas Sisa Ternakan di Kampung Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS) Pulau Pinang bagi pengalihan diversion sisa kumbahan ternakan dari disalurkan terus ke sungai;

(d) Memastikan permohonan kemajuan berkaitan dengan sungai dan pantai mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS) seperti berikut;

Page 32: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

32

(i) Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);

(ii) Erosion dan Sediment Control Plan (ESCP);

(iii) Garis panduan pembangunan berhadapan sungai; dan

(iv) Intergated Shoreline Management Plan (ISMP)

(e) Mengenakan syarat-syarat perlesenan oleh PBT kepada pengusaha-pengusaha peniaga seperti mematuhi ketetapan untuk memasang perangkap minyak;

(f) menyediakan kolam loji takungan rawatan air berdasarkan persampelan air buangan berdasarkan bagi tujuan pemantauan. Bagi

memastikan setiap permohonan bangunan berdekatan sungai yang diterima mengikut garis panduan dan undang-undang yang tertakluk di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS);

(g) Mengenakan hak standard yang lebih ketat bagi melepaskan kumbahan dari projek-projek tertakluk kepada Laporan Penilaian

Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) iaitu terletak di kawasan yang menjadi tumpuan orang awam untuk aktiviti rekreasi kepada Standard A. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekliling (Kumbahan)

tahun 2019;

(h) Memastikan pelepasan efluan daripada kilang-kilang sentiasa

mematuhi hak piawai yang ditetapkan dengan mewajibkan setiap premis melantik individu yang berwibawa competent person (dengan

izin) yang ditauliah oleh JAS dan telah melalui program pensijilan kompetensi untuk mengendalikan sistem pengolahan efluan di premis masing-masing;

(i) Memantau kualiti air sungai secara berkala oleh JAS bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran

jikanya bacaan parameter kualiti air yang dikesan melebihi piawai yang ditetapkan.

(j) Cadangan pelaksanaan kajian bagi mewujudkan data akses, data

baseline…(dengan izin) kualiti air di perairan Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Kajian Samudera dan Pantai Universiti Sains

Malaysia.

Ahli Yang Berhormat, sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu pembuangan sisa ternakan yang menyebabkan pencemaran sungai

Dewan Undangan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih

Page 33: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

33

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB Zulkifli Bin Ibrahim):

Ada soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, maaf satu jam tiga puluh minit

telah…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB Zulkifli Bin Ibrahim):

Sikit ja sikit ja soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti. Ahli-Ahli yang Berhormat 1 jam 30 minit untuk soalan lisan sudah

tamat, bagi soalan-soalan yang tidak sempat di jawab saya minta Yang Amat Berhormat Ketua Menteri meberi jawapannya secara bertulis kepada ahli yang bertanya selaras dengan Subperaturan 26(7) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyarat

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ahli-Ahli Yang Berhormat kita masih dalam sesi pergulungan.

YAB Ketua Menteri:

Ya, saya sebelum itu Dato’ Yang di-Pertua selaras dengan Peraturan 6A (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang saya

mohon supaya masa persidangan hari ini 8 November, hari Jumaat tidak akan ditangguhkan sehingga semua urusan mesyuarat selesai.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat kita ada masa yang secukup-cukup. Dipersila

saya perlu sokongan atas usul.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Saya sokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat Ketua Menteri telah mengemukakan usul di

bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 8 November 2019, hari Jumaat iaitu tidak akan ditangguhkan sehingga semua urusan mesyuarat diselesaikan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan:

“Ya”.

Page 34: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

34

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang tidak bersetuju boleh kata “Tidak”. Tiada bantahan.

Usul dipersetujui.

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ingin persilakan yang ingin mengambil

bahagian di dalam sesi pergulungan. Sila Perai.

YB Timbalan Ketua Menteri II:

Terima kasih Yang di-Pertua, saya ingin menjawab semua-semua soalan

yang telah ditimbulkan semasa perbahasan. Soalan pertama adalah bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Bertam tentang tindakan susulan bagi

sekolah-sekolah negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Untuk makluman Yang Berhormat Bertam, saya telah menerima surat

daripada Menteri Pendidikan baru-baru ini memohon agar Kerajaan Negeri dapat membantu sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan triple C.

Susulan itu saya akan mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak sekolah untuk memahami kekangan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah yang masih belum mempunyai CCC untuk menilai second isu ini

dalam tempoh masa yang terdekat. Dan saya pun telah membalas surat daripada Menteri Pendidikan. Jadi isu ini tak jadi masalah besar apabila kita mendapat

kerjasama daripada PBT dan juga Jabatan Pendidikan Negeri dan saya rasa mungkin saya rasa kita ada satu ni platform untuk menyelesaikan masalah di

mana sekolah-sekolah ini belum dapat CCC ini dan kerjasama selepas kemenangan apa ni Pakatan Rakyat pada pilihan raya lepas kerjasama amat baik sekali dan kerjasama ini saya rasa begitu, begitu effective. Bukan macam dulu

kan, dulu ni saya tidak dibenarkan masuk sekolah jadi ini zaman ini lain, zaman adalah satu pembaharuan harap bahawa pemuafakatan UMNO dengan Pas ini

tidak jadi, tidak berhasil masa depan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

YB. minta laluan. Terima kasih atas keyakinan yang tinggi bahawa CCC

akan diselesaikan.

YB Timbalan Ketua Menteri II:

Silakan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Terima Kasih YB atas keyakinan yang tinggi bahawa CCC ini akan

diselesaikan pemasalahannya. Cuma saya khuatir jika keyakinan kita tu tak sampai. Apa yang sedang berlaku sekarang ni KKTM di Balik Pulau sedang dalam

proses untuk mendapatkan CCC daripada PBT tetapi pelbagai masalah yang timbul sehingga sekarang pon masih tak selesai lagi untuk kediaman asrama mereka. Jadi saya berharap jika Kerajaan Negeri ataupun PBT dapat memudahcarakan

supaya dapat CCC ini dan asrama mereka tu dapat digunakan.

Page 35: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

35

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

YB Timbalan Ketua Menteri II:

Ya, apa ni Bayan Lepas saya rasa saya ingat selepas sesi Dewan, apa ni

saya akan panggil satu mesyuarat diwakili oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan PBT bagaimana kita akan tangani masalah ini. Saya rasa saya memang serius tentang isu ini dan saya harap dapat kerjasama dari semua pihak. Saya memang

faham apa ni masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah yang belum dapat CCC. Kalau belum dapat CCC saya rasa you tidak boleh adakan apa ni, beroperasi ini

dan darjah-darjahnya dia sebagainya tak ada insurans dan sebagainya. Saya memang pandang serius perkara ini dan saya lagi apa ni pejabat saya saya bersedia supaya kita perlu tangani masalah ini dan saya rasa lama tidak ditangani.

Okey. Terima kasih.

Soalan kedua Yang Berhormat Bayan Lepas. Ini soalan Bayan Lepas juga

bertanya tentang status tanah bersebelahan Sekolah Kebangsaan Sungai Batu dan tanah yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Rajawali, Bayan Lepas. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang telah di jawab dalam

soalan bertulis, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah memohon peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina padang tambahan di sekolah

Sungai Batu pada tahun 2019. Namun permohonan peruntukan tersebut tidak diluluskan. Permohonan peruntukan akan dikemukakan semula pada tahun 2020.

Pada tanah di Rajawali pula, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah melaporkan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian tentang pencerobohan tanah tersebut oleh pengusaha kebun yang berkenaan. Selain itu

unit pembangunan, JPNPP juga telah membuat permohonan untuk membela Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah kebangsaan Sungai Tiram di bawah

Rancangan Malaysia Ke -11 dan masih mnunggu kelulusan dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Minta laluan, ada kesilapan sikit ataupun kekeliruan. Apa yang saya sentuh dalam perbahasan saya bukan mengenai sekolah menengah yang terdapat di

Sungai Batu, yang sekolah menengah tu, Sekolah Menengah Teluk Kumbar yang saya sentuh sekarang ni adalah Sekolah Rendah Sungai Batu bersebelahan dengan sekolah menengah dan isunya bukan padang bola, yang sekolah

menengah tu isu padang bola yang saya tengah bangkitkan dalam Sidang DUN yang lepas. Yang saya bangkitkan sekarang ada tanah betul-betul di sebelah

Sekolah Rendah Sungai Batu yang apa tu jalan masuk dia, bersebelahan yang tidak dimanfaatkan hanya ada pokok durian, pokok pisang dan sebagainya, yang itu maksud saya dan Sekolah Sungai Batu, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu

langsung tidak ada padang untuk aktiviti. Untuk makluman.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Dia akan dibetulkan nanti. Saya teruskan soalan ketiga Yang Berhormat Jawi mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan tambahan kepada sekolah untuk menambah kuota ujian saringan air kencing sebagai

program pencegahan dadah. Manakala Yang Berhormat Batu Lancang

Page 36: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

36

mengesyorkan agar Kerajaan Negeri melaksanakan program untuk mengurangkan masalah dadah dalam kalangan pelajar. Pada masa kini Kerajaan

Negeri tidak mepunyai rancangan untuk menyalurkan peruntukan tambahan kepada sekolah untuk ujian tersebut atas sebab kekangan kewangan. Untuk

makluman berdasarkan statistik yang diperolehi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bilangan penagih dadah di negeri Pulau Pinang telah menunjukkan penurunan yang ketara bagi tempoh 2015 hinga 2018 seperti

berikut, Pada tahun 2015, 3,784; 2016, 3,549 bilangan. 2017 2,077. 2018, 1,043.

Jadi tambahan lagi langkah-langkah pencegahan dadah berikut sedang

dilaksanakan disekolah.

(a) Pendidikan Pencegahan

• Pendidikan pencegahan menubuhkan Kelab Pendidikan Jenayah dan

Dadah,

• lorong sudut bilik sumber pendidikan pencegahan dadah,

• Program Lima Minit dan

• Program Sambutan Antidadah Peringkat Sekolah.

(b) Program Intervensi adalah seperti berikut :

• Ujian saringan air kencing yang dikendalikan oleh AADK.

• Mengadakan sesi kaunseling sebanyak 12 sesi kepada murid yang

didapati positif ujian

• Mengadakan konsultasi ibu bapa murid yang didapati positif ujian

dan

• Jika positif ujian air kncing kali kedua, murid tersebut akan dirujuk kepada Pusat Cure & Care AADK.

Soalan keempat, silakan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima Kasih. Saya cuma nak sentuh sikit ataupun nak tanya berkaitan dengan isu dadah di sekolah. Memang perkara ini semakin hari semakin serius tentang penagihan dadah tentang pengedaran dadah di sekolah sekolah dan

daripada laporan yang diterima daripada AADK memang dapat sebilangan ataupun sebahagian pelajar yang terlibat dengan dadah. Makna air kencingnya

positif dengan dadah.

Saya mohon pandangan daripada, supaya isu dadah ini kita pandang serius di peringkat sekolah dan kalau boleh saya cadangkan saya minta pandangan

supaya satu slot, satu subjek menyentuh tentang bahaya dadah ni kita tanamkan daripada sekolah rendah lagi. Supaya dia benci dadah ni macam dia benci benda

yang tak boleh buat dia takut dengan dadah ni dia tak mau sentuh dadah ni. Kita tanamkan ini daripada dia sekolah rendah lagi. Kita jadikan sebagai satu larangan ataupun sebagai satu subjek dalam persekolahan.

Page 37: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

37

YB Timbalan Ketua Menteri II:

Okey. Sungai Dua, Ketua Pembangkang. Caranya saya rasa baik sekali

sebab masuk dalam kurikulum sekolah rendah, tak payah sekolah rendah, tadika. Awal-awal kita mulakan. Ini seperti mana kursus-kursus mengenai alam sekitar

juga saya rasa mungkin ada mungkin saya pun tidak tau, mungkin ada diserapkan dalam korikulum sekolah rendah, sekolah menengah kebangsaan dan sebagai. Memang saya amat setuju dengan pandangan sebab ini penting diawal-awal ini

kita apa ni memberi pendedahan bahawa bahayanya dadah dan sebagainya. Jadi bukan saja di peringkat sekolah saya rasa dadah ni merupakan satu bahaya satu

punca racun masyarakat di pelbagai sektor.

Jadi pencegahan ini amatlah yang penting dan saya rasa kita memang tidak berkompromi apabila kita memerangi isu masalah dadah negara mahupun sekolah

ataupun dimana-mana tempat. Dan isu ini di mana di bagi pendedahan ini saya rasa ini memang satu yang saya rasa begitu penting. Tapi ini saya rasa misi ini

sepatut apa dibincangkan di kabinet dan juga di Kementerian Pendidikan. Di mana isu ini bukan membenteras dadah sahaja tapi bagi pendedahan pada pelajar-pelajar bahawa perkara ini tidak boleh disentuh. Dari segi kesedaran ini saya rasa

amat penting bukan pencegahan sahaja. Pencegahan itu actually ultimate.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):

YB. Seberang Perai boleh saya mencelah sedikit? Tentang AADK boleh tak saya suggest setiap tahun AADK bagi satu kuota kepada setiap sekolah untuk check air kencing so I mean the guru yang in charge untuk panggil apa guru yang

disiplin. Guru disiplin. So mungkin AADK boleh bagi satu kuota mungkin 30-50 untuk setiap sekolah. So AADK akan masuk untuk check air kencing setiap sekolah

for form four, form five, form three.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Batu Lancang, dari segi prinsip kita boleh menerima untuk pencegahan dan

sebagainya. Tapi dari segi pelaksanaan ini saya rasa ini terserah kepada sekolah berkenaan. And mungkin mereka yang tau bagaimana atau apa waktu

melaksanakan itu dan dari segi itu saya bukan pakar. Ini kita bagi hak kepada sekolah-sekolah atau badan berkenaan yang sebenarnya bertanggungjawab tentang isu dadah ini.

Saya apa ni sambung soalan keempat berkaitan pertanyaan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir tentang langkah alternatif yang akan diambil oleh

Kerajaan Negeri untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam tidak terjejas sekiranya Kerajaan Persekutuan mengecilkan saiz perkhidmatan awam negeri? Berdasarkan kawalan saiz perkhidmatan awam, Jabatan Pendidikan Awam

hanya jawatan kosong yang tidak pernah diisi dalam tempoh dua tahun akan dihapuskan dan tidak melibatkan perbelanjaan perjawatan awam sedia ada. Oleh

yang demikian penyampaian perkhidmatan tidak akan terjejas kerana penyampaian perkhidmatan tersebut diagihkan kepada jawatan yang telah diisi.

Page 38: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

38

Soalan kelima. Yang Berhormat Sungai Dua telah memohon supaya Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu kekurangan peluang perkerjaan dan

pengangguran serta meningkatkan kemahiran graduan di Pulau Pinang. Dalam pada itu, Yang Berhormat Batu Uban dan Seri Delima juga mencadangkan

Kerajaan Negeri dapat meningkatkan program TVET dalam kalangan anak muda dan di peringkat sekolah. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, keadaan pengganguran

Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018 dicatatkan 2.2% begitu rendah sekali. Mungkin terendah kalau kita bandingkan dengan negeri lain ataupun juga purata

dari peringkat kebangsaan iaitu kadar kedua terendah berbanding negeri lain di Malaysia. Saya rasa ini mungkin ini boleh dipersoalkan.

Peratusan ini menunjukkan bahawa Pulau Pinang tidak berdepan dengan

masalah pengangguran yang sering berbanding dengan negeri-negeri lain. Cuma apa yang dihadapi mungkin dari pengetahuan saya adalah mereka yang tukar

kerja. Mereka mahu adakan mobility kerja supaya apabila pengalaman saya macam agensi-agensi kerajaan seperti kita ambil PDC ataupun PBA dan sebagainya memang kita dapat ramai yang mohon kerja. Tapi kebanyakkan

majoriti yang memohon ada kerja lain. So jadi sangat-sangat kurang ada yang tidak ada kerja memohon. Kebanyakan saya ingat lebih 50% sorry 95% memang

ada kerja supaya mau cari mobility naik dalam karier.

So jadi saya rasa isu masalah saya sendiri bayangkan tidak ada masalah

pengganguran bukan begitu serius sekali dengan apa ni negara lain. Tetapi apa, apa yang kita apa pandang serius adalah bagaimana kita akan bagi menyediakan program-program macam ni saya akan sentuh kemudian. Program apa ni STEM

(Science, Technology, Engineering and Mathematics) yang telah kita mulakan apa ni tiga (3) tahun yang lepas. Di mana kita membuat satu dasar di mana kita

bekerjasama dengan pihak swasta. Syarikat-syarikat besar supaya sebab kita rasa Pulau Pinang Kerajaan Negeri tidak ada kepakaran apa ni tentang kekangan kewangan. Tapi apabila kita buat kerjasama dengan pihak swasta terutama

daripada dari industri dan sebagainya, saya rasa kita memang boleh jalankan program-program STEM ini secara berkesan. Saya rasa memang dari segi ini kita

berdepan dengan negeri-negeri lain oleh kerana kita adalah satu falsafah di mana kerjasama antara pihak swasta dengan Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri ini berbuat dasar kita menyediakan kerangka tapi kita minta apa ni pihak swasta

terutama dari sektor industri terutama dari syarikat industri syarikat-syarikat besar supaya mereka memberi kepakaran kepada kita. Macam kita ambil baru-

baru ni kita ada program sains, science exhibition ni. Satu yang saya rasa kita tak pernah ada di Malaysia tapi ada di Pulau Pinang.

Kita ada Penang Science Cluster yang sebenarnya buat program-program

TVET di sekolah-sekolah. Mungkin tahun depan tahun depan dengan bantuan apa ni penambahan modal daripada Kerajaan Negeri, kita akan buat maker slide di

sekolah-sekolah yang tertentu. Senarai ini mungkin kita sudah ada menerima kemudian diputuskan oleh Penang Science Cluster. Bukan semua sekolah tapi sebelum kita mulakan ada juga sekolah-sekolah yang sudah mulakan program

apa itu STEM, TVET dan sebagainya. Jadi ada sedikit salah anggapan di sini. Kita bukan apa ni menyediakan pekerja untuk kilang-kilang. Tidak. Ini bukan jangka

panjang. Apa yang kita mahu kita mendedahkan supaya pelajar-pelajar daripada peringkat bawah ni ada minat dalam sains dan teknologi. Sebab kita rasa bahawa angka-angka yang kita dapat sekarang ini mungkin tidak apa ni tidak memberi

kesan kita sebab kita ada penurunan daripada mereka yang ambil sains dan

Page 39: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

39

teknologi. Saya pun tidak tau sama ada ini dalam sekolah samada ini masalah di sekolah, pengajaran di sekolah. Saya tidak kenal. Tapi kita rasa apabila kita bagi

program TVET ni dan bagi menunjukkan bahawa sains ini adalah sains ini adalah sedikit berbeza dari apa yang kita belajar di sekolah-sekolah melalui nota, dalam

karier dan sebagainya, saya rasa mungkin kita boleh menanamkan minat sains dan teknologi di kalangan pelajar.

Saya rasa dengan apa ni dengan izinkan we can make a difference. Jadi

jangka panjangnya kita menyediakan apa ni kepakaran di kalangan apa ni pelajar-pelajar yang boleh masuk dalam industri-industri yang ada nilai yang tinggi dan

sebagainya.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang):

Dato Speaker, boleh saya?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ya, sila.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang):

Tentang pengganguran. Yang Berhormat Perai. Seperti kita tahu kita memang menggalakkan anak-anak muda kita untuk memasuki atau kerja dengan

kerajaan. Akan tetapi proses employment process itu selalunya mengambil masa jangka masa yang agak panjang. Contohnya, di Majlis Bandaraya sekiranya ada

sebarang kekosongan untuk engineer atau arkitek, apabila seseorang telah datang temuramah dan telah disenaraikan sebagai satu calon atau bakal menjadi sebagai

pegawai untuk kerja tersebut, proses tu yang mereka kena tunggu untuk melalui medical check-up, proses surat tawaran dan sebagainya mungkin kadang kala mengambil mungkin tiga (3) bulan. Bayangkan sekiranya saya adalah satu calon

yang bagus, saya nak tunggu sampai tiga (3) bulan untuk mendapatkan kerja tersebut. Macam mana saya nak tunggu? Tentu apabila pihak swasta ada

kekosongan yang lebih bagus lagi, saya akan terus pergi ke sana.

So apakah Yang Berhormat Perai untuk menyelesaikan isu-isu ini walaupun telah tertakluk kepada JPA. Tapi apakah langkah yang boleh kita untuk minimize

kan jangka panjang penungguan ini. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Pengkalan Kota kan? Oh sorry, Air Itam. Terima kasih kepada soalan. Saya rasa satu soalan yang saya rasa baik sekali. Ini ada dua (2) ini apa ni pengaruh sektor swasta dan sektor kerajaan. Saya rasa itu terpulang kepada mereka yang

mana dia mau pilih. Sektor swasta ataupun sektor. Balik kepada isu ini proses yang lama di PBT ini, now sekarang ini saya selepas apabila kita amalkan satu

dasar, dasar pengambilan Kerajaan Negeri pada tahun 2009 di mana kita memang berdasarkan kepada pengambilan yang seimbang. Pengambilan yang seimbang ini termasuklah agensi-agensi kerajaan termasuk juga sektor PBT di Seberang dan

juga di Pulau. Dan juga PDC dan lain-lain agensi di mana pengambilan in mesti berdasarkan keseimbangan. Jadi apabila kita ada dasar ini, selepas itu apa ni

susulan daripada dasar itu adalah di mana tiap-tiap memang saya secara dalam perjawatan Jawatankuasa PDC dan juga PBA, tapi dengan PBT ini sebab undang-

Page 40: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

40

undang tidak benarkan Kerajaan Negeri untuk terlibat secara langsung dalam PBT. Maka saya tidak boleh duduk dalam perjawatan PBT sama ada MBPP ataupun

MBSP.

Jadi ada masalah juga. So untuk mengelakkan masalah ini supaya kita

memerlukan kita melicinkan proses pengambilan pekerja dari segi dasar kita keseimbangan maka saya minta PBT ini suruh proses mulakan tiga (3) bulan sekali mereka datang jumpa sama saya menunjukkan apa jawatan kosong, siapa

mohon, macam mana dia orang dia shortlist dan sebagainya maka ini shortlist dan sebagainya. Maka ini fokus akhir apa yang mereka pilih. So benda ni kita ada

juga apa kata apani kata ni transparency pengambilan.

Tapi soalan tadi dari Air Itam ada tentang proses lama. Ini memang ada proses lama. Mungkin kita belum jumpa lagi. Mungkin kita ada jumpa lagi

mensyuarat dengan PBT, wakil-wakil PBT, dan selepas apa ni DUN ini di mana saya akan mengambil isu ini masa sebab mereka, mereka akan tunggu lama.

Kenapa? Bolehkah kita akan mengurangkan masa? Itulah saya rasa memang itu satu cadangan yang baik. Ini saya rasa Datok Keramat ada juga di sini PBT di mana kita mengurangkan masa. Saya ingat itu bukan masalah besar kita mau jadi

lagi efisien. Lebih efisyen supaya boleh tau mereka apa ini bakal apa ini pekerja-pekerja ini supaya mereka dapat peluang dan juga mengurangkan masa. Boleh

dibuat. Tapi cumanya ini saya menerangkan apa dasar Kerajaan Negeri sebab kita mesti ada dasar. Mungkin saya rasa akan tindakan kita mungkin jadi adhoc sebab

dasar ini kita selalu bergantung pada apa dasar Kerajaan Negeri. Ini lah apa yang kita bawa pada tahun 2009. Dasar keseimbangan pengambilan kerja.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila sambung. Sambung.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Sambung? Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk mempelbagaikan peluang pekerjaan di Negeri Pulau Pinang seperti berikut. Saya tidak mahu

bincang panjang lebar melalui Invest Penang, melalui Global Service GBS, CAT - Creative, Accelerator and technology, ini adalah apa itu agensi-agensi atau pun

cara-cara supaya kita akan memberi peluang kepada bakal pekerja-pekerja kita….(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta penjelasan. Terima kasih Dato Speaker. Yang Berhormat Perai, ini berkenaan dengan pekerja-pekerja yang bekerja di PBT khususnya di MBSP. Ada

ramai lebih kurang yang Pekerja Rendah Awam yang dipanggil wira-wira oren. Kebanyakkan daripada mereka adalah pekerja kontrak. Contract for service yang diperbaharui dua (2) tahun. Saya faham logiknya sebab dia nak tengok

performance sebelum menetapkan mereka tetapi ada pekerja-pekerja yang berkerja di bawah contract of service ini sudah lebih lapan (8) tahun, sepuluh

tahun belum dapat diserap masuk dalam perkhidmatan tetap. Ada tak apa-apa cara sebab ini merupakan kebajikan mereka apabila katakan tiba-tiba dia menghadapi apa-apa kemalangan dan dia tidak boleh, kontrak dia tidak

disambung dan sebagai satu kerajaan yang mengambil kira kebajikan pekerja,

Page 41: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

41

ada tak rancangan masa depan katakan dia punya kerja dia punya performance okey dalam lapan (8) tahun, ke enam (6) tahun dia automatically dia akan diserap

ke jawatan tetap di MBSP dan juga MBPP. Sekian terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Terima kasih kepada Bagan Dalam. Saya rasa inilah bukan kali pertama Bagan Dalam telah kemukakan. Bagan Dalam seorang yang serius. Dia seorang pro level, pro level maka saya mengalu-alukan soalan begini dan itu adalah

sesuatu isu yang saya rasa kita perlu tangani. Apabila sebab PBT in mereka ini tertakluk kepada keputusan JPN. JPA sorry. JPA tetapkan kriteria sebab apabila

kita ambil pengambilan pekerja-pekerja am, dan kemudian dia akan jadi pekerja tetap dalam PBT. Dia mesti mempunyai kredit dalam Bahasa Melayu di peringkat SRP, SPM. SPM dan kebanyakan mereka tidak ada kredit SPM. Ini termasuk juga

apa ini daripada masyarakat bukan melayu dan juga melayu. So apabila tidak ada kredit dalam SPM maka you tidak boleh disahkan dalam. Dan jadi bekas apa ni

Ketua Menteri masa itu, so kita memang dalam suatu organisasi itu di mana kalau kalau samada kita mau ambil mereka kalau kita mau ambil mereka kemudian mereka disahkan dalam pekerjaan ini mereka tidak ada itu kredit dalam SPM. So

jadi kita buat satu peruntukan supaya mereka akan ambil melalui kontrak. So maka apa yang disebutkan oleh Bagan Dalam mereka lapan (8) tahun kontrak.

Memang saya rasa ini satu yang tidak adil kepada mereka. Saya rasa apakah jalan keluar apabila inilah peruntukan inilah apa ni requirement oleh JPA. So jadi ini

saya rasa saya belum bincang perkara ini dengan mungkin saya mahu bincang dengan apa ni Datuk Keramat tentang ini yang apa saya katakan conundrum, tidak ada penyelesaian. So timbul balik tapi kita mungkin mau minta JPA supaya

apa ni melonggarkan sebab ini adalah pekerja-pekerja orang Malaysia, pekerja tempatan. Lapan (8) tahun mereka tak ada percuma, mereka dapat gaji sahaja.

Tak ada apa-apa hak lagi. So ini saya rasa suatu yang, yang kita rasa tidak, yang kita pun apa ni tak puas hati. Tapi ni adalah daripada syarat daripada JPA.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Maka kita perlu tangani tu.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Perai, sambung.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Kerajaan Negeri turut menyokong perkembangan kemahiran tenaga dan

mempertingkatkan daya saing tenaga kerja Negeri Pulau Pinang melalui pemekasaan pembelajaran Sains, Teknologi, Engineering, Mathematic (STEM) dan TVET di Negeri Pulau Pinang dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti yang

saya sebutkan tadi, Penang Science Cluster yang sangat aktif tentang program Mentor International Science Fair, Science Café, Initiative Coding dan juga baru-

baru ini Mecha Lab. Dan juga Penang Tech Dome di KOMTAR, kemudian kita ada juga kerjasama antara Penang STEM dengan juga Jabatan Pendidikan Negeri

Page 42: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

42

Pulau Pinang, maka banyak inisiatif telah dimulakan dan juga Penang Cruise Development Center yang telah wujud sebelum kita wujudkan Penang Science,

STEM ini. Jadi inilah...(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ya, sila.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak tanya samada program yang, peruntukan yang diberikan kepada

Tech Dome untuk program STEM di luar bandar akan, peruntukan itu akan diteruskan sebab sebagai contohnya Tech Dome buat program di KADUN-KADUN seperti Penanti untuk 3D printing. Sebab 3D printing tidak diajar di sekolah-

sekolah dan kalau nak, saya rasa tu suatu program yang sangat baik. Sebab kita tak nak macam yang sekarang ni kalau semua pusat-pusat STEM banyak,

kebanyakannya di Pulau. Jadi macam kita nak kesaksamaan bersama kan. Lagi satu program, selain daripada PSDC. Saya nak mohon juga jika Kerajaan Negeri boleh juga bantu kami ADUN-ADUN yang mempunyai program-program untuk

pelajar-pelajar yang tak ada SPM. Hanya boleh mengira dan menulis. Tetapi so far macam program yang saya dah buat untuk orang-orang yang tak ada SPM

pun, kita hantar ke kelas robotics selama tiga setengah bulan, lepas tu kita bagi jaminan kerja di syarikat-syarikat automation. Dan walaupun dia tak ada SPM,

after one year dia still dapat gaji RM2,500.00, RM2,600.00. Saya rasa itu satu keadaan yang baik sebab kalau tidak, macam tadi kita ada bincang juga masalah dadah. Masalah dadah disebabkan oleh orang-orang tak ada kerja, macam-

macam jadi, pengedar dadah dan di kampung-kampung dan di luar bandar, you know di sebelah, sebelah Seberang la.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya harap kerajaan akan melihat sepenuhnya in term of STEM and all that.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila, Perai.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ahli daripada Penanti dan saya rasa memang saya menerima cadangan ini dan saya rasa peruntukan Kerajaan Negeri kepada kluster-kluster STEM ini akan

diteruskan tapi mungkin jangka panjang kita juga minta mereka cari dana sendiri dari pihak swasta dan sebagainya. Tapi dana yang saya rasa yang kita telah dijanji ini akan tidak dihentikan sama juga seperti Tech Dome, Penang Science Cluster,

pusat matematik dan sebagainya.

Page 43: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

43

Jadi kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pihak swasta ini adalah berdasarkan kepada perjanjian awal di mana kita akan bagi seed

money, seed money tapi mereka tidak boleh harapkan semua kepada Kerajaan Negeri.

Jadi saya rasa, saya memang setuju daripada Ahli Penanti bahawa apabila pelajar-pelajar ini walaupun mereka tidak ada kelulusan SPM, mungkin tidak ada kelulusan daripada SRP, malah apabila mereka mempelajari satu kepakaran,

kepakaran dan sebagainya, mereka boleh dapat gaji yang lebih. Tidak semestinya mereka ini sekarang ikut sama ada USPR, saya rasa tidak perbincangan mengenai

SPM semua ini jadi macam arkid sekarang. Cuma ni apabila mereka dapat macam PSDC juga. Dia ambil kursus ini. Mereka tidak, apa ni, memastikan mereka mesti ada SPM, tidak. Maka macam mana dia punya attitude, attitude kemudian kita

juga telah sokong beberapa pelajar secara moral PSDC dan mereka keluaran mereka walaupun tidak ada SPM. Apabila mereka keluar daripada dua (2), tiga

(3) tahun, mereka dapat gaji yang RM2,000 lebih.

Hari ini, ini memang telah dibuktikan. So jadi janganlah kita begitu ghairah dengan SPM. Memang kita tidak katakan bahawa SPM tidak perlu, perlu juga. Tapi

apakah kita akan buat kepada mereka yang tidak ada SPM? Adakah mereka ini gagal dalam kehidupan mereka? Adakah gagal dalam mereka? Tidak. Saya rasa

apabila kita bagikan mereka satu formula yang lain, saya rasa mereka boleh jadi apa ni, boleh berjaya. Jadi inilah kita pegang kepada bukan, saya sebernarnya

khusus kepada mereka, bukan saja B40. Saya katakan B40 ni bukan begitu, saya kata B50, B60, mereka yang ada di paras bawah, dalam kemiskinan. Inilah kita rasa kita mau mengambil perhatian. Sebab itu saya rasa even macam pusat-pusat

komuniti center dan sebagainya mereka pun mungkin melalui jalan buntu, mereka tidak tau ada kekurangan pelajar, kekurangan dana daripada Kerajaan Pusat dan

sebagainya, mereka juga, kita juga mengalami masalah. Mungkin saya akan adakan perjumpaan dengan semua ini pusat-pusat komuniti lah, ILP dan sebagainya supaya kita cari, supaya saya, memang, saya minat supaya kita buat

satu pencantuman antara ini kolej-kolej kerajaan dengan pihak swasta supaya bagaimana pihak swasta akan bantu mereka.

Ini saya rasa mungkin peluang ini ada sekarang, bukan macam dulu. So dengan itu, saya rasa kita boleh memberi satu, beri idea baru kepada kolej-kolej kerajaan yang telah ditubuhkan selama ini dan mereka betul-betul mengalami

masalah-masalah kekangan kewangan, mengalami kekurangan pelajar. Mereka tak ada pelajar. Pelajar tak minat. Bukan pelajar, saya tanya adakah pelajar tak

minat ataupun saya rasa tak minat ataupun mereka tak minat dengan kursus-kursus yang dijalankan. Ini saya rasa kita perlu mengambil kiralah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey. Terima kasih Perai.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Okey.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Habis?

Page 44: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

44

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Tak, tak.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

40 minutes masa.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Sekejap, sekejap. Ini akhirlah. Mungkin ada beberapa soalan. Soalan 6. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Seri Delima tentang penerapan

aspek arts dan STEM, STEAM dalam STEAM - Science, Technology Engineering Arts and Mathematic, dengan mengambil kira murid aliran sains tingkatan 4 dan

5 di sekolah-sekolah Negeri Pulau Pinang yang dicatatkan hanya 31%. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa terdapat keperluan yang lebih mendesak untuk mempromosikan STEM berbanding dengan bidang kesenian dalam kalangan murid

sekolah untuk memastikan kebolehpasaran employability murid kemudian.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan dengan

cadangan untuk melahirkan murid yang bersifat holistik dan kemahiran. Tapi janganlah isu ini, STEM atau STEAM. Saya rasa kedua-dua boleh digunakan. Apabila katakan STEM, kita tidak menolak apa tu, kesenian Tidak. So jadi ini apa

yang dikatakan STEM atau STEAM ini saya rasa tidak ada satu perbezaan yang ketara lah. Cuma ini ada hilang satu A dalam STEM saja. So nak tambah A,

bertambah. Kesenian juga penting dan saya amat stuju dengan pandangan Seri Delima bahawa kesenian sangat penting juga. Kita tidak boleh menolak kesenian

apabila kita ini mengejar sains dan teknologi. Kesenian penting, sejarah penting, aspek sosial penting juga.

Soalan ke 7, Yang Berhormat Telok Bahang telah memohon maklumat

terperinci tentang sektor apakah yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan serta pendidikan tenaga buruh yang menganggur di Pulau Pinang.

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan statistik di Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan jawatan kosong baharu mengikut sektor dan profil pendidikan tenaga buruh yang menganggur di negeri Pulau Pinang pada tahun 2018 adalah

seperti berikut; pembuatan: bilangan jawatan kosong baru yang diwujudkan adalah 2905, perkhidmatan: 9,213, pembinaan: 5049, pertanian, perhutanan dan

perikanan: 856, dan jumlah 43,023. Dan pencapaian pendidikan tenaga buruh yang menganggur di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018 adalah pencapaian pendidikan, pendidikan rendah : 800, menengah : 10,700, tertaian :7,200.

Jumlahnya adalah 18,600.

So jadi isu pengangguran ini bukanlah masalah yang besar di Negeri Pulau

Pinang seperti mana saya telah maklumkan. Paling rendah sekali 20.2. Tapi apa yang kita nampak sebagai pengangguran adalah mobility pekerja daripada satu sektor ke sektor lain ataupun mobility ke atas. Soalan ke 8, Yang Berhormat

Sungai Dua..(gangguan).

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

Minta laluan.

Page 45: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

45

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ya, sila.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

Terima kasih Dato’ Speaker dan juga YB. Perai. Saya mengucapkan syabas

kepada Kerajaan Negeri kerana jumlah penganggurannya adalah sangat-sangat minimum. Dua (2) hari yang lepas ada laporan nasional mengatakan bahawa terdapat lebih kurang 600,000 peluang pekerjaan dan ramai graduan ini dia

memilih pekerjaan. Itu adalah dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia. Mungkin saya boleh minta sedikit penjelasan daripada YB. Perai.

Dan yang kedua moving forward. Kita tau Pulau Pinang akan ada banyak lagi pelaburan FDI daripada negara-negara luar dan juga Industri 4.0 ini. Maka adakah Pulau Pinang mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk sektor

tenaga mahir dan juga separuh mahir untuk menampung permintaan yang tinggi? Itu saja. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ni ahli daripada Batu Uban ya. Saya tidak mahu komen apa-apa tentang Menteri Sumber Manusia. Mana dia dapat angka itu saya no comment. Saya

komen dia kata saya anti Kementerian Sumber Manusia. Baru-baru ini mereka rasa saya menyokong MTUC bukan Kementerian Sumber Manusia. So saya tidak

mau komen sebab saya tidak tahu asasnya. Tapi soalan ini adakah kepakaran ini cukup untuk industri-industri akan berlabur? Tak cukup. Sebab itu kita galakkan

ini science, STEM project. Macam-macam kita galakkan. Sebab kita mahu menyediakan pelajar-pelajar kita. Jangan bila you datang tanya sama saya, adakah apa ni kepakaran untuk permintaan industri-industri yang bertapak di

Pulau Pinang? Kita tak ada kemahiran. Sebab kemahiran kita, kemahiran purata di Malaysia adalah lebih kurang 32%. Pulau Pinang mungkin ada sedikit lebih,

33%. So kita kemahiran di Pulau Pinang ini saya rasa bukanlah satu yang memberi keyakinan kepada kita. 32, 33%. Dengan ini, macam mana kita boleh, apa ni, memenuhi keperluan multinational. Sebab itu kita perlu tenaga pekerja yang

mahir dan saya ingat kebanyakan syarikat-syarikat besar pun, dia pun tidak mengambil pekerja-pekerja asing. Ada yang ambil 15%, ada yang 20%. Baru ni

tanya Micron berapa dia ambil pekerja-pekerja asing, dia kata 15 hingga 20%. Ada syarikat yang tidak

ambil langsung. Syarikat-syarikat yang tidak mengambil pekerja asing adalah

syarikat-syarikat yang semata-matanya memberi perhatian kepada kepakaran. Kepakaran yang khususnya pekerja tempatan. Jadi, saya rasa jawapan kepada

Batu Uban ini we don’t have this expertise. Belum lagilah. Sebab itu kita galakkan, cepat-cepat kita galakkan. Science exhibition, STEM project lah. Dengan itulah supaya kita menanam minat, kalau tiada, akhir sekali kita terpaksa bergantung

kepada pekerja asing. Pekerja asing tidak ada kemahiran, adapun itu pun separuh yang berkemahiran. Dan inilah dilema kita di Pulau Pinang dan saya berharap

bahawa kita akan terus mempercepatkan proses ini, Program Sains Teknologi di sekolah. Mungkin kita mula dengan kindergarten, tadika, sekolah rendah, sekolah kebangsaan. Terima kasih.

Page 46: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

46

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sambung atau dah habis, Prof? Tekan mic.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Speaker, Yang Berhormat Sungai Dua telah memohon perincian tentang

statistik bilangan pekerjaan yang dipenuhi oleh pekerja tempatan dan pekerja asing di Pulau Pinang. Bedasarkan survey tenaga buruh yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Jumlah bilangan penduduk berkerja di Pulau Pinang

daripada tahun 2018 adalah 830,800 orang yang terdiri daripada 715,000 warganegara dan 115,800 orang bukan warganegara.

Soalan yang kesembilan, Yang Berhormat Pulau Tikus telah bertanya tentang bilangan graduan yang telah mendapat pekerjaan melalui Pusat CAT - Career Assistance and Talent Centre. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak

penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga September 2019 secara keseluruhannya seramai 11,875 orang telah berdaftar sebagai pemohon

pekerjaan di mana sebanyak 6,513 pemadanan jawatan telah dijalankan. Walau bagaimanapun, Pusat CAT tidak mempunyai pecahan bilangan graduan, fresh graduates yang terlibat dalam pemadanan jawatan tersebut.

Soalan yang terakhir, soalan sepuluh. Yang Berhormat Pengkalan Kota telah mengesyorkan agar Kerajaan Negeri melaksanakan kajian impak Teknologi

Revolusi Perindustrian Keempat khususnya keatas golongan yang kurang celik teknologi. Seperti kita sedia maklum, 4IR merupakan suatu fenomena global yang

tidak dapat dielakkan. Perkembangan dalam 4IR akan mengubah cara hidup manusia dan membentuk semula landskap pekerjaan yang memerlukan set kemahiran yang baharu selari dengan peredaran teknologi. Kita mesti sedar

bahawa peralihan ke arah 4IR dengan kadar yang segera bukanlah suatu pilihan sekiranya kita tidak mahu ketinggalan dalam zaman gelombang revolusi global

ini.

4IR akan mewujudkan pelbagai cabang perniagaan baharu yang memerlukan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi dengan penggunaan

automasi semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif pendidikan dan latihan kemahiran STEM seperti

yang saya sebut tadi. Jadi dengan itu….(gangguan).

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Minta penjelasan sikit. Tentang yang last part itu. Terima kasih Yang

Berhormat Perai atas jawapan yang diberikan. Sememangnya kita tahu lah usaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program latihan khususnya

kepada tenaga kerja kita tapi golongan yang saya sebut semasa perbahasan saya tadi adalah berhubung dengan warga-warga yang mungkin umurnya tinggi sikit, adalah mungkin susah sikit untuk kita menjalankan latihan kepada mereka

misalnya seperti mana contoh yang saya petik adalah persatuan jual surat khabar yang kebanyakan mereka sudah hampir bersara dah tapi isu dia memang dengan

perkembangan teknologi ini telah menjejaskan perniagaan mereka (dengan izin)…actually nothing we can really do tapi kita cumanya saya harap kalau boleh Kerajaan Negeri memberi perhatian khususnya kita dalam kajian khususnya

impak tentang revolusi teknologi maklumat ini.

Page 47: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

47

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Memang ada juga beberapa percubaan sekarang supaya oleh kerana kita

bergantung kepada pekerja asing dan sebagainya, ada usaha juga supaya kita latih pekerja yang sudah bersara. Ada usaha juga yang saya pun telah berjumpa

mereka dua (2) kali. Bagaimana mereka akan dapat mereka yang bersara yang ada pengalaman dan sebagainya. Soalan tadi mungkin saya rasa dalam konteks itu macam mana mereka yang buat perniagaan yang tradisional yang tidak

bercorak teknologi tinggi dan sebagainya. Ini saya rasa satu cabaran yang saya rasa kita perlu tangani dan bagaimana kita akan mengambil kira tentang mereka

tentang kebajikan mereka. Ini satu cabaran dan saya rasa saya tidak ada apa-apa jawapan sampai sekarang. Tapi ini perlu ditangani mungkin saya rasa apabila kita masyarakat ini menjadi lebih berteknologi dan sebagainya dan inilah di antara lain

dari segi sosial yang kita perlu tangani untuk kita menyelesaikan sebab ini saya rasa perkembangan teknologi ada jugalah cerita yang baik dan juga pahit.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Sedikit sahaja Yang Berhormat Perai. Sedikit sahaja berhubung dengan isu yang sama. Tadi saya bangkitkan contoh penjual-penjual surat khabar ini, mereka

telah kehilangan mata pencarian akibat perkembangan teknologi. Mungkin saya ada satu cadangan samada mungkin kita boleh mengecaskan satu levi ke atas

surat khabar digital ini seperti Malaysia Kini yang mempunyai langganan Malaysia Inside yang mempunyai langganan untuk mengenakan satu surcharge untuk kita

subsidise kepada penjual-penjual surat khabar ini sebab mereka merupakan direct competition. Mungkin cara ini adalah satu cara kita boleh membantu tenaga kerja ataupun dengan izin pekerjaan yang telah disingkirkan akibat daripada arus

perkembangan teknologi.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Pengkalan Kota, perkara ini saya rasa sekarang surat khabar, hard copy siapa yang baca sekarang? Memang kurang sekarang. Semuanya online. Kita ada handphone. Kita boleh baca semua sekarang. So, ini satu pekerjaan yang akan

hakis berdasarkan perkembangan teknologi. So, cuma soalan tadilah. Bagaimana kita menangani masalah mereka. Apa yang jadi kepada mereka dan sebagainya.

Saya tidak ada jawapan tapi ini satu yang kita perlu, kita mengira sebab sekarang surat khabar-surat khabar hard copy semua saya rasa mungkin tidak boleh dijual sebab semuanya dah menjadi online. Jadi itu yang kita akan hadapi. Ya Penanti.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya tidak pasti di bawah portfolio Padang Kota ataupun Perai. Berkenaan

dengan keperluan Pegawai-Pegawai Kewangan dan juga gred Pegawai Teknikal di Pejabat Daerah SPT. Saya tengok disebabkan sekarang ini kita di bawah satu kerajaan maknanya sekarang ini Pengurusan Projek Pembangunan juga dilakukan

oleh pegawai-pegawai di Pejabat Daerah. Dan tapi staf dia masih sama, dan in fact Pegawai Kewangan telah kurang, Penghulu pun dah kurang, macam kita

sekarang di Pejabat Daerah SPT ada 8 KADUN…(gangguan).

Page 48: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

48

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Penanti. Saya nak nasihat kalau soalan yang begitu spesitifik mengapa

tidak bangkit sewaktu perbahasan? Sekarang sudah usul.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya tahu sebab masa kita bahas itu saya diberi masa setengah jam saja jadi saya tak sempat….(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Atau soalan tanya, bila?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan ini saya pernah buat tapi jawapan ini macam tidak memuaskan. Jadi saya, sebab sekarang ini bila Pejabat Daerah juga menjaga projek pembangunan untuk Parlimen, ICU dan mereka lebih banyak duit jadi adakah Kerajaan Negeri di

bawah Perai ataupun Padang Kota akan berjumpa dengan SPA dapatkan pegawai-pegawai ini sebab kalau tanpa pegawai ini kita tidak boleh buat projek-projek

pembangunan macam banjir yang berlaku di Penanti, banjir lumpur semua itu. Tak cukup pegawai.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ya, sudah, faham.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ini mengenai pekerjaan saya boleh jawab secara umum saja. So, saya rasa kalau ada keperluan supaya dengan dana-dana adakah keperluan mereka untuk

menambah kerani-kerani dan sebagainya.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Bukan kerani maknanya gred untuk Pegawai Teknikal dan juga Pegawai

Kewangan.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ini satu yang dibangkitkan sekarang dan saya rasa belum ambil perhatian tentang isu ini saya rasa kita ada saluran lain di mana perkara ini timbul dan dapat satu jawapan yang lebih munasabah. I can’t answer you that actually in detail lah

dengan itu Speaker saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Perai. Saya ingin persilakan Pinang Tunggal.

Page 49: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

49

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Yang di-Pertua Dewan, Yang

Amat Berhormat Pengkalan Kota, Ahli-Ahli EXCO, Ahli-Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ke atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan sepanjang Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri

Pulau Pinang yang Keempat Belas. Terutama sekali bagi menjawab isu-isu yang disentuh di bawah porffolio saya MMK, Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama

Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat.

Terima kasih juga saya rakamkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang melibatkan portfolio tersebut.

Saya menyambut baik ucapan yang Amat Berhormat Ketua Menteri ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran

Pembangunan 2020 pada 1 November yang lalu dengan bertemakan “Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”.

Ingin juga saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh masyarakat Pulau Pinang disemua peringkat yang sentiasa menyokong visi Kerajaan Negeri menerusi

Penang2030, Negeri Pintar, Hijau Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara yang kini mula digerakkan ke peringkat akar umbi. Sesungguhnya adalah

diharapkan dengan usaha dan perancangan rapi serta penglibatan setiap golongan masyarakat, visi Kerajaan Negeri untuk membangunkan Pulau Pinang secara mampan dan menjadi sebuah negeri pintar serta inklusif akan menjadi kenyataan.

Saya mulakan dengan menyentuh perkara-perkara yang di bawah Hal Ehwal Agama Islam. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama

Islam ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang terus komited dalam memelihara kepentingan Agama Islam di mana keseluruhannya sebanyak RM60.05 juta diperuntukkan untuk tahun 2020. Daripada jumlah ini,

sebanyak RM11.09 juta disediakan di bawah Maksud Pembangunan bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di mana ini adalah termasuk penerusan pembiayaan dua

(2) buah masjid iaitu Masjid Kampung Banggol yang pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua dan Masjid Sungai Nibong Besar yang sekarang ini dalam tempoh awal pembinaan.

Selain itu, peruntukan bagi pembinaan baharu sekolah-sekolah agama rakyat turut disediakan. Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri telah memulakan

proses pembinaan sekolah agama baharu iaitu Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim dengan peruntukan berjumlah RM2.4 juta dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru Daerah Timur Laut dengan peruntukan RM1.0

juta.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua

Menteri kerana mengekalkan bajet untuk bantuan tahunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat, sumbangan Ex-Gratia guru-guru KAFA, bayaran saguhati pegawai masjid dan bayaran khas bonus kepada guru KAFA, Sekolah Agama Rakyat,

Pondok-pondok, Madrasah Tahfiz, Tadis, program-program rasmi keagamaan peringkat negeri dan peringkat MMK Agama.

Page 50: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

50

Salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi membangunkan umat Islam keluar dari kemunduran adalah dengan mengoptimumkan instrumen wakaf yang dari

sejak zaman berzaman menjadi nadi penting ekonomi umat Islam. Ini sejajar dengan usaha pembangunan wakaf yang telah digerakkan di beberapa negara

termasuk antaranya di Bosnia, Turki, Singapura, dan yang paling hampir dengan kita adalah di Selatan Thailand. Di mana di wilayah Pattani, Selatan Thailand, Professor Dr. Ismail Lutfi telah pun membangunkan sebuah bandar satelit wakaf

yang dinamakan Madinatussalam. Di dalamnya terdapat perusahaan, tempat bekerja, masjid dan juga gedung-gedung perniagaan. Di situ juga terdapat sebuah

universiti iaitu universiti wakaf pertama rantau ini iaitu Universiti Islam Fathoni. Di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang merupakan pemegang amanah bagi harta wakaf di Pulau

Pinang telah mengorak langkah untuk membangunkan harta wakaf dengan menubuhkan Wakaf Pulau Pinang (WPP) iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam

Pulau Pinang yang mana skop bidang teras syarikat adalah bertujuan:

(i) Menjalankan tanggungjawab membangun dan menguruskan harta wakaf sama ada harta alih atau harta tak alih dan harta yang diserahkan oleh

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang termasuk menjalankan pelaburan, penyelidikan dan penguatkuasaan ke atas tanah tersebut.

(ii) Menjalankan kerja-kerja promosi dan publisiti bagi mengumpul dan menambah Dana Wakaf tunai Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan lain-

lain bentuk wakaf.

(iii) Melaksanakan polisi Majlis Agama Islam berkaitan pengurusan wakaf dan hartanah dan mencadangkan polisi dan inovasi baru berkaitan

pembangunan wakaf dan hartanah.

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, semenjak itu, pembangunan wakaf

di Pulau Pinang rancak dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Ini terbukti apabila beberapa projek ikonik wakaf memberikan impak kepada masyarakat Islam seperti Pembangunan Wakaf Setee Aishah di Seberang Jaya

dan juga Pembangunan Wakaf Mohamed Hashim iaitu projek pembangunan dua (2) blok pangsapuri terdiri daripada 68 unit, 11 tingkat di atas tanah Wakaf

Mohamed Hashim bin Haji Abdullah di atas Lot 192, Seberang Jaya, seluas 1.142 ekar telah disiapkan pada 26 September 2018 dengan kos pembangunan berjumlah RM20 juta. Pangsapuri ini telah mula diduduki pada bulan Oktober

2018. Pada tahun yang sama pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Zakat, Wakaf & Haji (JAWHAR) dan pihak JKR sebagai agensi

pelaksana telah melantik pihak kontraktor untuk membangunkan tapak Tanah Wakaf Siti dan Hajjah Norijah di atas Lot 1093 & 1094, Sungai Nibong, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang seluas 1.571 ekar. Kerja pembinaan 77 unit

pangsapuri 14 tingkat dan empat (4) unit kedai ini telah siap pada 25 April 2018 dengan peruntukan sejumlah RM28 juta. Pangsapuri ini mula diduduki pada bulan

Oktober 2018. Usaha membangunakan harta wakaf tidak terhenti sekadar itu, projek-projek yang sedang dalam pembinaan pula adalah seperti berikut:

(i) Pembinaan Pangsapuri An-Nur Teluk Air Tawar dengan kerjasama Zakat,

Wakaf & Haji (JAWHAR) dan juga JKR sebagai agensi pelaksana telah melantik pihak kontraktor untuk membangunkan tanah berimilik kerajaan

ini di atas Lot 6247 & 6249, Mukim 7, Daerah SPU seluas 2.53 ekar. Pembinaan ini melibatkan dua (2) blok 8 dan 12 tingkat dengan 152 unit

Page 51: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

51

rumah disediakan. Pada ketika ini kerja-kerja pembinaan hampir siap dan dijadualkan siap pada Januari 2020 untuk mula diduduki.

(ii) Pembangunan Tanah Wakaf Setee Aishah Fasa 2 bersama pihak UDA melalui usahasama antara Majlis Agama Islam dan UDA telah dilantik untuk

memajukan Taman Wakaf Setee Aishah (Fasa 2) di atas tanah Wakaf Setee Aishah Lot 200, 252 & 3117, Seberang Jaya seluas 7.32 ekar. Pelan Tatasusunan Projek dengan cadangan 384 pangsapuri 10 tingkat, 101 unit

Rumah Pangsa Kos Rendah, 13 unit kedai, 20 unit ruang pejabat, sebuah surau dan dewan serbaguna telah disediakan oleh pihak UDA. Dengan

anggaran kos pembangunan sejumlah RM186 juta, projek ini telah dilancarkan pada 18 Ogos 2019 yang lalu.

Seterusnya pembangunan wakaf ini juga tidak akan sama sekali

mengenepikan golongan kurang berkemampuan. Sebagai contoh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang juga akan membangunkan projek di atas Lot 1396 &

1606, Wakaf Sheikh Eusoff, Seksyen 5, Jalan Air Itam, Daerah Timur Laut. Pembangunan ini merangkumi 391 unit pangsapuri kos sederhana rendah, 1,305 unit pangsapuri kos sederhana, 14 unit kedai, 56 unit kedai pejabat, 66 unit pusat

penjaja, surau, dewan dan rumah anak yatim. Projek ini dijangka bernilai RM150 juta. Sebuah lagi projek pembangunan wakaf untuk membantu umat Islam dari

kelompok B40 adalah perumahan kos sederhana rendah di atas Lot PT 32, Seksyen 3, Bandar George Town, Daerah Timur Laut. Projek ini adalah projek

pembangunan perumahan sebanyak 114 unit rumah sederhana rendah di dalam kota raya George Town. Selain itu juga, pihak Majlis Agama Islam akan melaksanakan cadangan pembinaan atas Lot 496, Mukim 4, Bagan Lalang iaitu

bangunan rumah kedai yang dijangka mampu memberikan pulangan sekurang-kurangnya sebanyak RM25 juta dan cadangan pembangunan 400 unit rumah di

atas Lot 208, Seksyen 2, Butterworth, Seberang Perai Utara.

Dalam masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri menerusi MAINPP akan terus melihat potensi baru dalam pembangunan wakaf ini seperti menggunakan konsep

Wakaf Al Isthismar iaitu Wakaf Pelaburan seperti yang dilakukan di Selatan Thailand dan Wakaf Ardhul Mawat iaitu wakaf menghidupkan tanah yang

terbengkalai atau tidak diusahakan. Usaha pembangunan wakaf ini juga akan dioptimumkan dengan penggunaan teknologi terkini seperti block chain yang membolehkan sebuah lejar digital mengandungi usaha niaga dikongsi dan

diedarkan tanpa pergantungan terhadap badan pusat. InsyaAllah dengan bantuan semua pihak termasuk pakar dan ahli akademik, akan mampu menjadikan Pulau

Pinang yang mempunyai inventori tanah wakaf yang agak besar sebagai Hub Wakaf Antarabangsa.

Dato’ Yang di-Pertua, di dalam usaha atau gagasan membangun khairat

ummah, bagi pembangunan umat Islam di Pulau Pinang kita telahpun…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Soalan tambahan berkaitan dengan wakaf. Selesai dah wakaf?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Selesai.

Page 52: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

52

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Cuma saya ada dua, tiga perkara saya

nak penjelasan dengan pembangunan tanah wakaf. Pertama, adakah pembangunan tanah wakaf ini diurus sepenuhnya oleh syarikat wakaf yang telah

diwujudkan dari segi perancangan, pelaksanaan, pemilihan kontraktor mungkin. Adakah diuruskan oleh syarikat yang diwujudkan ataupun pihak wakaf memerlukan, melibatkan GLC ataupun syarikat-syarikat milik kerajaan yang lain

seperti di Wakaf Settee Aishah saya rasa melibatkan UDA. Dan mungkin juga akan melibatkan PDC dalam pelaksanaan kerana apa yang merisaukan kita bila

melibatkan agensi ini, mereka merupakan agensi yang akan menitikberatkan keuntungan ataupun hasil yang lebih menguntungkan. Dan mungkin akan membebankan pembeli-pembeli yang akan terlibat. Kedua, dari segi syarat

wakaf. Wakaf ini dia kalau tanah-tanah wakaf yang mempunyai syarat, wakaf keluarga, wakaf mungkin umum yang lain, dan mungkin tak melibatkan wakaf

khusus. Khusus ni dia akan melibatkan wakaf masjid, khusus untuk masjid, kubur dan sebagainya.

Bagi wakaf yang terlibat tadi, wakaf yang umum tu, wakaf keluarga ni,

adakah ianya akan memberi satu penekanan juga kepada pembeli-pembeli ini. Pembeli itu adakah akan difokuskan kepada golongan yang terlibat seperti

orang-orang Islam sahaja ataupun terbuka kepada pihak-pihak lain, pihak kaum lain untuk membeli tanah, apa rumah wakaf yang berkaitan, yang di atas tanah

wakaf yang berkaitan.

Ketiga tentang, ini orang kampung tanya isu pembinaan hospital. Hospital Islam. Hospital yang telah dibentangkan ke dalam Dewan dan saya rasa mungkin

telah dibuat apa pelancaran ataupun dah diluluskan. Kedudukan terkini sebab hospital ni amat penting dan saya pernah bincangkan dulu untuk kita buat khusus

untuk orang-orang Islam. Mungkin bersalin dan sebagainya untuk umat Islam, muslimah yang akan lebih memberi kebaikan dan juga ruang kepada orang-orang Islam. Dan ini telah, kita nak tahu status dia, status sehingga mana pelaksanaan

ini. Dan bagi rumah Telok Ayer Tawar ni, satu lagi. Rumah yang di Telok Ayer Tawar, rumah yang di bawah JAWHAR ni yang usahasama dan dilaksanakan

bawah peruntukan JAWHAR, yang saya tahu terbengkalai agak lama, tertangguh agak lama kerana masalah kontraktor. Kontraktor dan tadi dimaklumkan bahawa hampir siap. Sama ada dia ada dua blok, hampir siap satu tu, dah siap, yang satu

lagi? Satu lagi belakang Caltex tu masih belum siap sepenuhnya. Dan agak lama masanya. Dan rumah ini saya nampak kosnya agak, harganya agak tinggi. Saya

ingat RM300, RM200,000 lebih. Dan adakah ada cadangan untuk dibuat secara rent-to-own untuk memudahkan pembeli di kalangan orang yang agak kurang berkemampuan. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Banyak soalan.

Page 53: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

53

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sekaligus empat.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Baik. Soalan pertama, adakah Wakaf Sdn Bhd akan melaksanakan

semua projek-projek wakaf Pulau Pinang. Jawapannya, buat masa sekarang, Wakaf Sdn Bhd ini baru ditubuhkan. Dan kemampuannya adalah terhad. Dan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan ini memerlukan

kepakaran. Jadi saya ingat, syarikat-syarikat pembangunan pun akan menggunakan lebih efisyen dan lebih economic untuk menggunakan kepakaran

luar daripada mengadakan kepakaran dalaman. Jadi wakaf, MAINPP akan mengambil approach tersebut menilaikan keperluan untuk mengadakan kepakaran dalaman ataupun outsource. Jadi untuk sekarang, kita outsource kan,

approach wakaf, approach Majlis Agama Islam adalah dengan outsource kepakaran daripada apa nama, penyedia-penyedia kepakaran di luar.

Jadi kemudian, tentang syarat-syarat wakaf tu. Untuk melaksanakan sesuatu projek wakaf, semuanya kita akan rujuk kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa untuk menentukan apa yang boleh, apa yang tak boleh, kan, dan syarat-syarat

itu akan di interpret oleh Jawatankuasa Fatwa. Dan synchronize kan cadangan development ataupun pembangunan yang nak dibuat tu. Juga dan di situ akan

ditentukan siapa yang boleh beli, siapa yang tak boleh beli, siapa yang boleh sewa, siapa yang tak boleh sewa. Banyak mana akan diperuntukkan kepada orang-

orang, akan ditentukan di dalam mesyuarat teknikal yang akan dibuat. Dan untuk tiap-tiap projek, dia berbeza-beza dari satu projek ke satu projek. Hospital Islam saya kurang maklumat at the moment. Saya mohon untuk berikan apabila saya

dapat maklumat daripada pihak yang bertanggungjawab. Cumanya saya difahamkan. Sekarangnya pembinaan terhenti sekejap. Itu sahaja yang saya

boleh untuk menunggu kelulusan COW daripada Majlis Bandaran. Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Permohonan COW daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Maksudnya kelulusan pelan telah siap. Financial strength pun apa telah

siap cuma menunggu untuk mulakan pembinaan di tapak. Kemudian sama juga dengan rumah Telok Ayer Tawar dijangka siap Januari. Yang saya maklum

sebahagiannya akan diserahkan kepada pihak-pihak yang telah dikenalpasti kan. Daripada tanah wakaf Jalan Mengkuang dan beberapa tempat lain lagi ya. Saya juga akan substantiate detail kan perkara ini kepada Yang Berhormat Sungai Dua

dan Penanti ya. Baik saya teruskan…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan pasal wakaf. Saya pernah tanya soalan ni di dalam soalan bertulis beberapa kali tapi saya just nak tahu apakah status terkini tanah wakaf Al Masriah di Kuala Mengkuang sebab jawapan yang dulu kata RFP telah

dikeluarkan. Jadi saya nak tahu apa status terkini sebab saya kalau macam ADUN dah tanya banyak soalan tentang isu tanah wakaf sebab saya akan bagi soalan

sebab diminta oleh MPKK dan penduduk jadi tiba-tiba bila dapat tahu kata tender ataupun RFP telah dikeluarkan tetapi kita orang semua tak tahu sebab soalan yang saya tanya tu MPKK dan penduduk nak mintak buat tempat latihan, tempat

berniaga semuanya tetapi bila RFP dikeluarkan yang apa yang kita dapat tahu ialah orang yang menang RFP tu dia nak buat perumahan.

Page 54: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

54

Jadi saya nak tanya kenapakah dah tahu yang MPKK dan penduduk tempatan sendiri berminat tentang tanah wakaf Al Masriah di Kuala Mengkuang

tu kenapa kami tidak diberi tahu sebagai ADUN dan juga MPKK tidak diberi tahu sebagai masyarakat tempatan.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Dato’ Yang di-Pertua saya minta maaf tidak ada maklumat tentang perkara ini.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Saya selalu kata yang spesifik tu selalunya bukan platform sekarang.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Saya akan cuba.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti EXCO akan bagi jawapan.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Bagi jawapan bertulis. Baik, Dato’ Yang di-Pertua. Saya teruskan dengan Gagasan Membangun Khairat Ummah. Bagi pembangunan umat Islam di Pulau Pinang kita telah mengagaskan agenda Gagasan Membangun Khairat Ummah

yang menekankan empat elemen pembangunan iaitu, IQ-Memugar Budaya Ilmu, EQ- Mencontohi akhlak Rasulullah SAW, SQ-Memantapkan aqidah dan amalan

kerohanian, PQ - Mengamalkan budaya hidup sihat.

Tumpuan dalam bidang pendidikan ini tidak hanya sekadar untuk mencapai

kecemerlangan namun juga akan memberikan tumpuan khusus kepada anak-anak kita yang lemah dan tercicir disebabkan desakan hidup yang daif agar mereka juga dapat keluar dari kedaifan dan kemiskinan. Berdasarkan kepada

itulah maka, ketika sidang Dewan yang lepas, saya telah mencetuskan idea untuk menubuhkan KAFA Menengah sebagai salah satu usaha melengkapkan sistem

pendidikan Islam dari peringkat rendah hingga menengah. Penubuhan KAFA Menengah ini adalah mengambilkira beberapa justifikasi seperti berikut:

(i) Pengajian Kelas Asas Fardhu AIN (KAFA) Menengah adalah merupakan

pendidikan alternatif kepada murid (sekolah menengah) yang tidak berpeluang mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama (SMKA) ataupun Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di peringkat negeri atau persekutuan.

(ii) Murid tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan harian (SMK) pada

ketika ini hanya diajar Pendidikan Islam sebanyak 2 jam 40 minit manakala murid tingkatan 1-3 hanya mendapat Pendidikan Islam sebanyak 4 jam

sahaja dalam 5 hari persekolahan, yang mana jumlah tersebut adalah dikira tidak mencukupi bagi membentuk kefahaman yang jelas berkaitan hukum dan masalah-masalah khusus yang melibatkan ibadah harian, akhlak,

aqidah dan sebagainya.

Page 55: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

55

Pelaksanaan KAFA Menengah ini merupakan nilai tambah di luar waktu sekolah bagi membina jati diri murid yang soleh dan solehah. Projek perintis KAFA

Menengah adalah berstatus sebagai program imarah masjid dan jalur pengurusan dan pentadbirannya berada di bawah pengelolaan sepenuhnya pentadbiran

masjid. Sebagai projek perintis KAFA Menengah ini, hanya sebanyak 4 buah masjid telah memulakan program dengan jayanya pada awal bulan Ogos yang lepas. Masjid-masjid yang terlibat adalah,

(i) Masjid At- Taqwa Taman Bertam Indah

(ii) Masjid Jamek Al-Hidayah, Lahar Tiang

(iii) Masjid Jamek Nurussaadah, Lahar Tabot

(iv) Masjid Jamek Simpang Empat, Permatang Buloh

Ke semua masjid tersebut berada dalam Daerah SPU, di

bawah Pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kepala Batas. Pada tahun hadapan projek ini akan diluaskan ke seluruh Negeri Pulau Pinang dengan sasaran awal

tiga (3) buah masjid akan mulakan program di setiap daerah menjadikan 22 buah KAFA Menengah di seluruh Negeri Pulau Pinang. KAFA Menengah ini adalah kesinambungan Pendidikan Islam dari KAFA rendah. Penyertaannya terbuka

kepada pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan umur 13 hingga 17 tahun yang bermastautin di qaryah masing-masing. Pada masa ini, pengambilan pelajar

dihadkan maksimum 40 orang setiap masjid.

Sebagai permulaan KAFA menengah ini akan melaksanakan kurikulum

sepenuhnya subjek seperti pendidikan akhlak, ulum dan tafsir Al-Quran, pendidikan syariah tafsir hadis akan diberikan keutamaan. Selain itu, unsur-unsur kemahiran individu seperti kemahiran berpidato/munazarah juga diberikan

penekanan tambahan. Dengan mengambil kira perlaksanaan KAFA Menengah ini hanya tiga (3) hari dalam seminggu, dengan tempoh 2 jam 30 minit, maka murid

sekolah menengah yang mengikuti KAFA Menengah akan mendapat tambahan masa ilmu agama ini sebanyak 7 jam 30 minit setiap minggu.

Pada Mesyuarat Majlis Munaqasyah Hal Ehwal Islam dan Mesyuarat

Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam lepas pada bulan Oktober 2019 pihak JAKIM telah diminta untuk mengkaji pelaksanaan

program KAFA Menengah. Kita mengharapkan supaya KAFA menengah ini dapat dilaksanakan oleh JAKIM seperti mana KAFA rendah di seluruh negara. Dengan itu, ia dapat menyediakan sistem pendidikan agama yang lebih konprehensif dan

tersusun kepada pelajar-pelajar remaja antara umur 13-17 tahun tadi.

Dato’ Yang di-Pertua, saya pindah kepada menjawab soalan-soalan.

Pertamanya daripada, soalan daripada YB. ADUN Sungai Dua di dalam perbahasan. Yang Berhormat, mengenai syor supaya pengasingan bajet untuk pembangunan dan pembayaran gaji dan emolumen kakitangan agar lebih jelas.

Bagi Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, bajet yang telah diluluskan bagi tahun 2020 untuk tujuan pembayaran emolumen adalah RM13,976,810.00

manakala bagi tujuan pembangunan adalah RM11,092,010.00.

Mengenai isu Pembangunan Tanah Wakaf di mana ruang diberikan kepada PDC ini yang saya telah jawabkan tadi, Tak apa lah saya ulang, sebab ini spesifik

Page 56: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

56

kepada PDC. Pihak Majlis Agama Islam (MAINPP) pernah berusaha mendapatkan kerjasama PDC bagi membantu majlis dalam merencanakan pembangunan

hartanah wakaf di negeri ini memandangkan PDC sedia mempunyai pasukan kerja yang berkeupayaan dan Majlis Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. masih diperingkat

awal penubuhannya dan perlu digandingkan dengan lain-lain agensi yang saya sebutkan tadi.

Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB. ADUN Sungai Dua juga dan

beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Sepertimana yang saya telah sebutkan. Isu pembangunan Masjid Sungai Nibong Besar yang juga bersangkutan dengan

isu pembinaan jajaran LRT serta isu tanah perkuburan sedia ada. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar adalah di atas Lot 3423 dan Lot 10067 Daerah Timur Laut di mana masjid ini terletak di antara

laluan Jalan Sultan Azlan Shah dan cadangan jalan Transit Aliran Ringan. JKR telah sediakan satu pelan untuk saya tunjukkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Dia orang

bersusah payah sediakan pelan maka saya tunjukkan. Kalau Tuan Yang di-Pertua dapat lihat di sini ini adalah jalan, Jalan Lintang Nipah di mana laluan LRT asal yang dicadangkan. Sebenarnya laluan LRT itu bukan fix lagi di sini pun malah ini

satu option dan di sini juga adalah option. Option yang pertama, di sini option yang kedua. Ataupun ini yang pertama ini kedua. Sekarang ini option ini yang di

nasihatkan oleh MOT maka apabila kita nak laksanakan masjid ni kita nampak mungkin ada sedikit kekusutan lah di sini ini bila kalau dicadangkan LRT di

sini. Lebih baik kita letakkan LRT bersama-sama sehala berdekatan dengan jejantas highway Jalan Sultan Azlan Shah. Jadi kita bersetuju dengan MOT dan juga pihak perunding LRT. Maka kita cuba apa, susun semula kan kedudukan

masjid yang nak dibina tu. Supaya lebih selesa, ya. Dengan tidak mengorbankan kedudukan asal masjid. Kalau Yang di-Pertua tengok, yang biru adalah kedudukan

asal masjid. Jadi masjid yang tapak masjid yang dicadangkan sekarang, masih lagi di atas kedudukan masjid asal.

Bila disebut masjid asal ni maksudnya tambahan kepada masjid asal itu

tidak lah dikira sebagai masjid asal. Itu adalah tambahan masjid asal dan tambahan itu dibuat tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam.

Sebab semakan dengan Majlis Agama Islam ataupun jabatan tidak ada kelulusan ataupun permohonan dibuat untuk menambah dan sebahagian daripada tambahan kepada Masjid Sungai Nibong Besar yang dirobohkan itu adalah terletak

di dalam tanah reserve, tanah reserve jalan, ya. Tanah reserve kerajaan di mana sebahagian daripada tanah reserve itu akan digunakan untuk laluan LRT jadi

dengan mengambilkira kan ke semua fakta-fakta tersebut Majlis Agama Islam berpendapat adalah lebih baik laluan LRT itu kita sokong yang di depan sini dan kita anjak sedikit masjid kita supaya ada ruang lah untuk buffer dan lain-lain lagi.

Dan juga kita untuk tujuan tu jugak sebahagian daripada reserve jalan, Lorong Nipah ni. Kita pohonkan untuk diserahkan kepada masjid sebagai kawasan

tambahan sebabnya masjid ni juga diperlukan sedikit reorientation untuk mentepatkan dengan arah kiblat yang betul. Sebab semasa JKR ataupun pereka bentuk, mereka bentuk yang pelan yang susun atur yang pertama tu, arah kiblat

tu sedikit tersasar daripada yang sebenarnya. Jadi reorientation tapak masjid itu menyebabkan sebahagian besar tapak masjid itu terpaksa dikeluarkan dan

dimasukkan ke dalam jalan Lintang Nipah tadi. Saya ingat …(gangguan).

Page 57: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

57

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti tunjuk di…(gangguan).

Timbalan Ketua Menteri I:

Di luar.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Boleh faham secukup-cukupnya. Saya nak sambung selepas sembahyang Jumaat. Apa nama itu nanti kita sambung. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya nak

tangguhkan mesyuarat dan kita bersidang semula jam 3.00 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Dewan bersidang semula pada jam 3.00 petang.

Setiausaha Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, dewan bersidang semula. Saya minta Pinang

Tunggal untuk sambung, sila.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Izinkan saya untuk menyambung penggulungan saya. Saya ingat, saya nak wrap-up Sungai Nibong

Besar.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan apa nama apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua. MAIPP dengan ini telah membuat

keputusan, untuk menerima cadangan dan meneruskan pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar ini. Setelah kita mengambil kira, apa yang dicadangkan;

(i) Jajaran LRT tidak memasuki tanah kawasan kubur, dan juga tidak memasuki tanah wakaf walaupun sedikit;

(ii) Bangunan masjid yang baru terletak di atas sebahagian besar tapak

bangunan masjid yang lama. Maksudnya tapak yang sama; dan

(iii) Di dalam menyelesaikan isu ini, semua fatwa ataupun syarat-syarat fatwa

telah pun diikuti dan tempatnya, semua isu-isu teknikal, masalah-masalah tanah, pemaritan, services telah pun diselesaikan.

Page 58: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

58

Maka, MAIPP membuat keputusan untuk meminta JKR teruskan dengan pembinaan, meneruskan semula dengan pembinaan projek Masjid Sungai Nibong

Besar ini. Dan pihak JKR, telah memohon masa untuk membuat pindaan susun atur. Dan dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Januari

nanti. Saya ingat, we raise our case lah.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah):

Penjelasan sikit. Terima kasih atas penjelasan yang telah diberi oleh Pinang

Tunggal, berkaitan dengan pembinaan semula Masjid Sungai Nibong. Atas apa yang telah dijelaskan tadi, dan juga pelan yang telah ditunjuk. Cuma saya nak

minta sikit lagi penjelasan berkaitan dengan Jalan Teluk Nipah, disebelah belakang ataupun dihadapan mehrab yang dikatakan Tanah Lot 10067 tu, yang dikatakan akan diberi kepada masjid yakni diwakafkan di bawah Majlis Agama Islam. Jadi,

lot itu adakah telah digazetkan ataupun belum. Mohon sikit penjelasan.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Lot 10067, adalah tanah wakaf. Apa yang dimaksudkan disini, adalah sebahagian daripada Jalan Lintang Nipah, sebahagian sahaja tidak semua ya. Kita cuma perlu mengambil dalam dia punya side table sahaja yang terlibat dengan

pembinaan masjid ini. Dan ianya telah pun dibawa ke dalam Jawatankuasa Tanah, dan telah diluluskan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Sedikit sahaja, Pinang Tunggal. Tentang isu Masjid Sungai Nibong,

memang perkara ni menjadi rungutan ataupun bantahan daripada pihak masjid, pihak kariah masjid dan juga jawatankuasa. Kerana usaha-usaha yang dibuat oleh pihak masjid, untuk membina semula masjid di tapak asal, setelah

dipersetujui daripada pihak awal, perbincangan awal sebelum perubahan jajaran.

Maknanya selepas perobohan, baru berlaku perubahan. Itu yang menjadi

isunya. Cuma setelah diperjelaskan, kita nak supaya benda ni diselesaikan. Saya mohon pandangan daripada Pinang Tunggal, kalau boleh setelah mengambil kira segala perkara, benda ni sebelum dimulakan pada Januari 2020. Selesaikan

masalah ini, dengan pihak kariah. Bincang, buat majlis lagi sekali, jelaskan. Sebab kalau ikut ni, memang tak dak ruanglah untuk untuk dihentikan

ataupun dipinda balik. Ada ruang lagi tak? Ke dah, dah confirmed. Jadi, kalau dah tidak ada ruang langsung dah untuk perbincangan, mohon diberikan penjelasan kepada pihak-pihak yang terlibat, tentang isu-isu yang, yang

berbangkit supaya mereka puas hati dan tidak ada masalah.

Cuma apa yang dibangkitkan itu bagi saya, ada juga rasionalnya yang perlu

di perlu diambil kira diberi perhatian. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Kita telah mengambil kira semua pandangan-pandangan, daripada

berbagai-berbagai pihaklah termasuklah pihak NGO, yang bagi kita bukanlah mewakili anak-anak kariah pun kan. Kita kenal orang-orang yang terlibat, mereka

terdiri daripada pihak-pihak diluar kariah sebenarnya.

Page 59: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

59

Jadi, untuk memuaskan hati ataupun apa nama pandangan semua orang, adalah mustahil. Maka kita Majlis Agama Islam sebagai custodian, penjaga

kepada semua tanah-tanah wakaf dan juga yang menjaga apa nama pentadbiran agama Islam di Negeri Pulau Pinang, kita perlu membuat keputusan supaya projek

ini tidak lagi, tergendala ya.

Jadi, bagi kita projek ini telah pun kita selesaikan secara yang terbaik, dan penyelesaian yang kita capai ini, adalah terbaik untuk semua pihak, ya. Untuk

LRT mendapatkan laluan yang sempurna dihadapan. Untuk masjid, mendapat apa nama susun atur yang lebih baik, ya. Dan saya ingat untuk orang ramai pun

kan, dia yang ternanti-nanti pembinaan ini dapat diteruskan, saya rasa mereka akan gembira bila melihat kerja-kerja pembinaan dapat diteruskan semula.

Ruang untuk berbincang lagi, ruang untuk membuat pindaan-pindaan

seterusnya memang, sentiasa terbuka. Tetapi sekiranya itu dilakukan, bermakna masih akan berlaku kelewatan kan selepas ini. Dan jadi kita tak mau lagi perkara

tu berlaku, saya ingat apa yang telah kita laksanakan di sini telah pun memenuhikan pandangan-pandangan dan juga permintaan daripada semua pihak.

Baik, saya teruskan. Dengan yang seterusnya, adalah apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua juga, iaitu mengenai Halal. Syor

supaya memberi perhatian kepada maklumat senarai syarikat penghantar makanan. Saya ingat benda ni telah pun disentuh oleh Batu Maung, jadi saya

ingat tak perlu saya ulang sekali lagilah.

Dan seterusnya, mengenai kawasan kubur di Sungai Dua. Juga yang dikemukakan oleh YB. Sungai Dua. Pihak MAIPP telah pun mengenalpasti lima

(5) lot yang sesuai, untuk dijadikan sebagai kubur di kawasan ni. Dan pihak kita sedang berusaha untuk apa nama, memperolehilah tanah-tanah ini untuk

dijadikan kubur. Mungkin tahun depan kita akan kemukakan cadangan, supaya ia boleh di acquired untuk dijadikan tanah-tanah kubur.

Dan untuk Masjid Sungai Lokan, saya telah membuat lawatan bersama

dengan YB. Sungai Dua pada 18 April. Memanglah, kita dapati masjid itu berkeadaan yang tidak berapa selamat. Dan kita akan mencadangkan supaya

masjid ini dibina semula, dengan proses biasalah. Sekarang di kawasan tu, kita telah pun mencadangkan supaya Masjid Sungai Puyu dibina semula. Dan maka, cadangan pembinaan Masjid Sungai Puyu telah pun diluluskan oleh ICU.

Bagi soalan daripada Pantai Jerejak, supaya penggunaan kutipan zakat untuk membiayai pelajar cemerlang di kalangan anak Melayu Islam, untuk

melanjutkan pelajaran dalam course bidang profesional.

Untuk makluman, Zakat Pulau Pinang telah pun membiayai pelajar cemerlang di kalangan anak Melayu Islam, golongan asnaf untuk melanjutkan

pelajaran dalam kursus/bidang profesional. Antaranya ialah melalui kerjasama pintar dengan Malaysian Professional Accountancy Centre (MyPac), bagi

melahirkan Akauntan.

Kumpulan pertama seramai empat (4) orang pelajar dari Pulau Pinang, sedang mengikuti kursus Association of Chartered Certified Accountants tahun ini,

dan akan menamatkan pengajian dalam tempoh empat (4) tahun. Bilangan

Page 60: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

60

pelajar-pelajar bagi tahun mengikuti kursus ini, akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

ZPP juga sedang meneroka peluang kerjasama dengan lebih banyak institusi pengajian tinggi bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional di

kalangan anak Melayu Islam Pulau Pinang dengan memberi keutamaan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Matlamat di sebalik pembiayaan seperti ini, pastinya bagi melahirkan

pembayar-pembayar zakat baharu, setelah pelajar-pelajar ini menamatkan pengajian mereka dan menceburi bidang pekerjaan.

Seterusnya, apa yang disentuh oleh YB. ADUN Permatang Berangan. Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk memberikan elaun kepada orang yang mandi jenazah kan, kerana tugas ini bukanlah tugasan bersifat

rutin sama ada harian, mingguan atau bulanan. Kalau kita bagi bulanan nanti, kita macam doakan supaya orang mati tiap-tiap hari pula.

Cadangan untuk memberikan elaun ini juga, perlu kepada penelitian kerana memerlukan peruntukan yang agak besar. Tambahan pula pada masa ini, terdapat pakej bayaran tertentu dalam pengurusan jenazah yang turut melibatkan

orang yang memandikan jenazah. Bagi jenazah tiada waris, Zakat Pulau Pinang ada menyediakan peruntukan bantuan. Manakala, elaun dan imbuhan bulanan

kepada petugas masjid atau imam, Bilal dan Siak, telah sedia dibayar oleh MAIPP.

Seterusnya saya menyambut baik syor YB ADUN Bertam, supaya Guru

KAFA yang cuti bersalin dibayar elaun bulanan seperti biasa. Cadangan ini, InsyaAllah, akan diangkat kepada Jawatankuasa Pelaksanaan KAFA Persekutuan melalui mesyuarat-mesyuarat kita dengan mereka pada tahun

depan. InsyaAllah.

Mengenai isu penyebaran fahaman bukan Islam kepada orang Islam, telah

saya sentuhkan banyak pada perbahasan sebelum ni. Jadi, saya ingat saya tak perlu sentuhkan lagi.

Kepada soalan daripada YB. ADUN Bayan Lepas, untuk mewujudkan

kemudahan wifi di semua masjid dan surau, amatlah diterima baik. Kerajaan Negeri sememangnya sangat menggalakkan agar semua masjid di Pulau Pinang,

bergerak seiring dengan kemajuan teknologi semasa, termasuklah menggunakan menggunapakai aplikasi digital sebagai salah satu kaedah pemberian sumbangan, dan juga penyediaan kemudahan wifi untuk masyarakat setempat. Galakkan ini

telah pun disahut oleh berapa masjid, dan InsyaAllah akan terus berkembang luas ke masjid-masjid seluruh Negeri Pulau Pinang.

Untuk seterusnya cadangan Zakat Pulau Pinang menyampaikan zakat kepada golongan asnaf sempena sambutan Ramadhan dalam bentuk baucer tunai seperti yang disuarakan oleh ADUN Bagan Dalam.

YB. Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Pinang Tunggal.

Page 61: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

61

Ahli Kawasan Bayan Lepas (Mohd Azrul Mahathir bin Aziz):

Mohon laluan Dato’, dalam perbahasan saya, saya ada menyentuh

mengenai betapa perlunya masjid turut juga terlibat dengan dunia digital, yang mana saya syorkan supaya masjid-masjid, surau dan termasuklah pondok-pondok

tahfiz dan sebagainya menyediakan e-wallet, snap and pay dan sebagainya supaya fund ataupun sumbangan yang dapat itu dapat merancakkan lagi pembangunan Islam di negeri Pulau Pinang. Malah, untuk meningkat atau

menaiktarafkan lagi masjid-masjid dan surau. Apa komen Dato’?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Cadangan yang baik, sudah dijalankan beberapa buah masjid di Pulau Pinang. Majid At Taqwa misalnya, kita dah buat dah lebih setahun dah kita ada facility itu dan saya nampak ada beberapa buah masjid lain juga mempunyai

facility yang sama dan Insya Allah kita akan perluaskan idea ini ke masjid-masjid yang lain dan terutama sekali masjid-masjid yang ramai dikunjungi oleh pelawat-

pelawatlah sebab untuk fasiliti yang sebegini e-wallet selalunya digunakan oleh orang yang singgah bukan anak kariah sendiri.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (Mohd Azrul Mahathir bin Aziz):

Ada sedikit tambahan lagi, ada menyentuh mengenai sumbangan zakat Pulau Pinang dalam bidang pendidikan dan sebagainya memandangkan

engineering, engineer yang Muslim tak sampai 2,000 di Pulau Pinang. Adakah satu inisiatif daripada Zakat Pulau Pinang untuk menampung kos-kos bahagian

kejuruteraan ini untuk memajukan apa itu asnaf ataupun umat Islam di Negeri Pulau Pinang?

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Pada masa ini kita belum lagi ada cadangan untuk membuat perkara-perkara tersebut. Apa yang kita ada hanyalah di peringkat diploma, ada program

zakat dengan PSDC untuk khusus-khusus teknikal yang dianjurkan oleh PSDC melalui dengan kerjasama kilang-kilang. Setakat itu baru pada masa ini. InsyaAllah kita akan…(gangguan).

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB Nor Hafizah binti Othman):

Mohon mencelah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang

Berhormat Pinang Tunggal. Saya ingin bertanya dengan lebih jelas lagi penjelasan tentang WiFi di Sekolah Agama Rakyat dan juga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Dalam perbahasan saya, saya ada menyebut supaya pihak Exco

memberikan penjelasan tentang prosedur terperinci bagaimana SAR dan SABK boleh memohon melalui Majlis Agama Islam ataupun pihak yang berkenaan untuk

pemasangan WiFi di sekolah-sekolah berkenaan dan saya juga inginkan penjelasan berapakah sekolah yang telah dibekalkan dengan pemasangan WiFi tersebut. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Buat pada masa ini kita tidak ada program itu lagi cuma kalau nak

memohon sumbangan boleh tetapi one-off lah permohonan itu. Walau

Page 62: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

62

bagaimanapun, boleh memohon dengan skim-skim yang dibuat oleh Kerajaan Negeri, ada WiFi yang dibuat oleh ADUN kawasan dan juga MPKK.

Baik, seterusnya saya teruskan dengan zakat, seperti yang dicadangkan oleh YB. ADUN Bagan Dalam buat masa ini kita tidak berhasrat lagi untuk memberi

sumbangan zakat melalui tunai ataupun baucer disebabkan oleh pada masa-masa lepas ada pengalaman pemberian dalam bentuk baucer ataupun tunai itu agak berisiko untuk disalahgunakan oleh penerima dan tak tahan lama, macam itulah

maksudnya. Jadi, buat masa sekarang Zakat Pulau Pinang tidak bercadang menukarkan kaedah pemberian bantuan Ramadan dalam bentuk baucer tunai lagi

mungkin akan dipertimbangkan untuk masa-masa hadapan dengan tambahan daripada apa yang diberikan sekarang.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB Satees A/L Muniandy):

Dato’ Pinang Tunggal, saya nak just tanya saja perbezaan. Sebab saya pada masa sekarang untuk musim persekolahan zakat memang ada beri bantuan untuk

pelajar-pelajar fakir miskin melalui baucer tunai yang mereka boleh tukar baucer itu kalau saya tak silap di Mydin, saya pernah di kawasan saya pernah juga. So saya minta kalau boleh mungkin boleh limit barangan dia, apa barangan yang

boleh dibeli tetapi itu akan lebih bermakna. Itu pandangan saya lah kalau boleh diambil kira. Thank you.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Terima kasih untuk baucer kita berikan untuk pakaian sekolah sahaja

sekarang dan tapi sumbangan yang lain itu berbentuk barangan namun kita akan mengkaji apa yang dicadangkan. InsyaAllah kalau ianya kita rasakan perlu dilaksanakan sebegitu, boleh dilaksanakan sebegitu mungkin akan menjadi

sesuatu daripada kaedah kita pada masa akan datang. InsyaAllah.

Mengenai status tauliah Masjid Terapung Bagan Dalam yang dibina oleh

Penang Port, ianya merupakan sebuah suraulah, masih lagi sebuah surau belum mendapat status masjid lagi. Untuk tujuan solat Jumaat, sekarang tidak dibenarkan, masih belum dibenarkan lagi disebabkan terdapatnya beberapa buah

masjid yang berdekataan walaupun agak jauh, masjid yang terdekat adalah Masjid Abdul Kadir, Masjid Telaga Air. Masjid berkenaan juga masih mampu

menampung kapasiti Jemaah untuk solat Jumaat.

Baik, seterusnya saya akan menyentuh MMK Pembangunan Industri…(gangguan).

Ahli Kawasan Bayan Lepas (Mohd Azrul Mahathir bin Aziz):

Minta laluan Dato’ sebelum ke MMK yang lain sebab dalam perbahasan

saya, saya ada menyentuh mengenai KAFA juga yang mana jumlah pelajar Melayu Islam, sekolah rendah sahaja 72,500 manakala peluang hanya diberikan kepada 35,000 sahaja. Jadi saya sendiri menerima rungutan banyak anak-anak kita yang

tak dapat peluang untuk masuk ke kelas KAFA. Dalam masa sama juga, saya mohon supaya MMK Agama ataupun MAIPP dan sebagainya supaya dapat

berurusan dengan JPN untuk melibat urus bagaimana untuk memenuhi keperluan anak-anak kita ini.

Page 63: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

63

Kemudian, saya juga menerima rungutan juga daripada guru-guru KAFA ataupun Ikatan Guru KAFA, peruntukan untuk mereka menjalankan aktiviti-

aktiviti mereka, kebanyakannya mereka ini mengadu terpaksa guna duit poket sendiri untuk membuat program-program memberdayakan anak-anak KAFA ini.

Mohon penjelasan jika Kerajaan Negeri telah ada satu allocation, mungkin ambil daripada RM60.5 juta itu untuk bantu penyelia KAFA atau guru KAFA ini untuk terus lagi meningkatkan mutu kejayaan mereka.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Pendidikan KAFA ini adalah dilaksanakan secara optional kita faham

jumlahnya 35,000 daripada 70,000 itu kemungkinan juga shortfall ataupun perbezaan yang besar itu disebabkan oleh selalunya penuntut darjah 6 tidak enrol untuk KAFA disebabkan pada masa KAFA dijalankan mereka terlibat dengan kelas-

kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah. Jadi, selalunya selepas UPSR, ada juga kelas-kelas diwujudkan untuk murid-murid tahun 6, jadi mungkin jumlahnya

akan lebih bertambahlah daripada 35,000.

Dan berkenaan dengan allocation untuk aktiviti-aktivi tambahan di KAFA memanglah MAINPP tidak menyediakan begitu banyak tetapi ada juga disalurkan

kepada KAFA-KAFA yang memohon dan ada juga sumbangan yang disalurkan kepada Persatuan Guru-Guru Kafa untuk diadakan aktiviti-aktiviti

memperkasakan kapasiti, building dan lain-lain lagi. Cumanya mungkin keperluan itu tidak mencukupi untuk apa yang mereka inginkan. Mungkin ada guru-guru

ataupun sekolah-sekolah yang terlalu aktif.

Okey, saya ingat saya teruskan kepada MMK Pembangunan dan Industri. Jawatankuasa MMK Pembangunan Industri telah memainkan peranannya untuk

menyediakan dasar dan perancangan keseluruhan aktiviti serta proram yang berkaitan dengan pembangunan industri di Pulau Pinang.

Dalam hubungan ini, beberapa program telah dilaksanakan pada tahun 2019 bertujuan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat perindustrian yang berdaya maju.

Memandangkan sebanyak 98.5% syarikat yang ditubuhkan di Malaysia adalah terdiri daripada syarikat berstatus Small Medium Enterprise (SME) iaitu

berjumlah 900,000 syarikat dan daripada jumlah itu, sebanyak 67,000 syarikat SME atau 7.4% ditubuhkan dan beroperasi di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah menumpukan usaha untuk menarik pelabur-pelabur Industri Kecil dan Sederhana.

Antara program inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelaburan dalam SMI dan SME di Pulau Pinang adalah seperti

berikut:-

• Menubuhkan pusat SMART iaitu SME Market Advisory, Resource & Training – SMART Centre yang ditubuhkan sebagai titik hubungan usahawan dan

perniagaan SME untuk mendapat khidmat nasihat dan maklumat perniagaan terkini dan inisiatif seperti penyenaraian direktori atas talian

(online directory listing), bengkel pembangunan keupayaan (capability building workshop) dan sesi pemadanan perniagaan (business matching events) juga membantu mengembangkan perniagaan mereka. Setakat

Oktober 2019, pusat ini telah membantu dalam pemberian bantuan nasihat kepada 1,412 syarikat, 589 pasangan syarikat Berjaya dipadankan

Page 64: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

64

(business matching) dalam pemadanan perniagaan, menganjurkan 80 bengkel pembangunan dan seminar sejak penubuhannya pada Jun 2010;

• Membangunkan Pusat SME Pulau Pinang di Kawasan Perindutrian Bayan Lepas oleh PDC berobjektif membantu usahawan-usahawan baru dan sedia

ada bagi mengurangkan kos operasi mereka dengan menyediakan ruang operasi dengan kadar sewa bersubsidi. Kadar sewa bermula dari RM1.50 kaki persegi sebulan dan kemudahan yang disediakan termasuk lif, bilik

mesyuarat, bilik pantri, lif kargo, kamera pengawasan dan ruang utiliti;

• Menempatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) secara berkelompok

dengan pembinaan perkampungan-perkampungan IKS di Kawasan Perindustrian Batun Kawan dan Bukit Minyak. Perkampungan IKS ini bermatlamat untuk mewujudkan rantaian bekalan yang kukuh den lengkap

dan membantu membentuk hubungan antara IKS dengan syarikat multinasional. Sebanyak 22 ruang IKS berbentuk berkembar (semi-D), 43

unit ruangan jenis teres, dus (2) unit jenis bungalow dan lapan (8) jenis kluster bertempat di Kawasan Perindustrian Batu Kawan dan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak;

• Menyediakan dana ‘The Penang i4.0 seed fund’ yang menawarkan pembiayaan sehingga RM250,000 untuk membantu syarikat tech start up

yang mempunyai produk dan perkhidmatan teknologi inovatif untuk mencapai pengkomersialan. Selain itu, perkhidmatan tambah nilai seperti

mentorship dan linkages juga turut disediakan setakat Oktober 2019, sebanyak RM3.2 juta telah diagihkan kepada 27 syarikat tech start-up yang layak;

• Membina sebuah bangunan empat (4) tingkat di Fasa 4, Taman Perindustrian Bayan Lepas yang dikenali sebagai Penang SME Centre yang

bertujuan sebagai pusat inkubasi dan menyediakan ruang kilang kepada pengusaha-pengusaha IKS yang tidak mampu milik premis sendiri. Subsidi sewa yang diberikan dapat mengurangkan beban kos perniagaan dan

meningkatkan daya saing IKS di pasaran antarabangsa;

• Membangunkan projek SME Village di atas tanah seluas 150 ekar di Taman

Perindustrian Batu Kawan dengan menyediakan unit-unit untuk kilang siap bina dan plot-plot tanah berkeluasan kecil bagi menampung permintaan daripada pengusaha IKS baru dan sedia ada; dan

• Penubuhan Penang Automation Cluster (PAC) di atas tanah seluas lima (5) ekar di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP). Ia merupakan one-stop

metal component supply chain yang bertujuan untuk membantu IKS tempatan untuk mempertingkatkan daya saing dalam industri automatif. Projek tersebut mendapat sokongan daripada MIDA dan insentif untuk

membantu IKS tempatan, untuk mempertingkatkan daya saing dalam industri automatif. Projek tersebut mendapat sokongan daripada MIDA dan

insentif akan diberikan kepada penyewa IKS yang beroperasi di PAC.

Di samping itu Kerajaan Negeri mendapat kerjasama baik daripada agensi-

agensi Persekutuan seperti SME Corp, MIDA, PERDA dan lain-lain lagi dalam usaha

merancakkan lagi industri pembangunan SME dan SMI di Pulau Pinang. Kepada

apa yang dibangkitkan oleh YB. ADUN Sungai Dua mengenai menaik taraf

Page 65: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

65

ekonomi bagi pendapatan isi rumah, terutamanya usahawan industri asas tani dan

pembangunan projek Industri Kecil dan Sederhana, saya ingat apa yang saya

sebutkan tadi, pembangunan SME, SMI itu telah pun dapat menjawab apa yang

dibangkitkan oleh YB. Sungai Dua.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor):

Cuma saya tekankan di situ untuk kita memberi tambahan pendapatan

kepada penduduk. Kalau Industri Kecil Sederhana dia kebanyakannya industri yang besar, kita nak industri kecil di kampung, di kawasan kampong, Industri

Asas Tani atau industri kecil, kalau boleh industri kecil sederhana ini menjadi payong kepada industri kecil di kampung. Maknanya dia buat benda-benda, perkara-perkara, industri kecil kampung ini boleh jadi feeder kepada industri kecil

sederhana, kenal pasti projek itu untuk di buat di kampung-kampung, industri di kampung-kampung.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Terima kasih Sungai Dua. Saya kira banyak juga inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh agensi-agensi lain seperti MARA, koperasi dan banyak lagi agensi-

agensi yang telah pun menjalankan inisiatif-inisiatif yang sebegitu. Namun pihak Kerajaan Negeri, saya berpandangan mungkin akan projek-projek MPKK akan

dapat kita initiate kan, atau laksanakan pada masa-masa akan depan, pada masa depan.

Mengenai syor YB. ADUN Pantai Jerejak supaya IKS di Pulau Pinang boleh

menempatkan produk mereka di ruang niaga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, satu pandangan atau pun cadangan yang baik, kita boleh promosi

Buy Penang Product dengan syarat harga yang kompetitif, produk berkualiti, halal serta persembahan atau pun presentation yang baiklah. Ini boleh kita usahakan, InsyaAllah.

Saya menyambut baik cadangan ini, untuk makluman Yang Berhormat, Pulau Pinang sememangnya mempunyai pelbagai produk IKS yang berkualiti.

Sehubungan itu saya akan meneliti cadangan tersebut bersama agensi yang terlibat khususnya dengan pihak Malaysia Airport Holdings Berhad.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor):

Yang di-Pertua, saya nak tambah sedikit. Saya tak pasti sama ada yang kapal-kapal pelancong yang mendarat, yang berlabuh di sini, dekat sini, dia ada

ruang-ruang industri, ruang-ruang gerai ataupun booth yang boleh kita buat di sana. Kita buat macam di negara luar bila kapal masuk ada industri, jualan-jualan hasil produk negeri Pulau Pinang di situ, hasil produk usahawan di situ. Sama ada

buat tak lagi, dulu saya pernah cadangkan supaya dibuat di situ, jadi pelancong yang datang dia terus beli produk usahawan yang kita letakkan, produk Pulau

Pinang yang kita letakkan di kawasan berhampiran jalan keluar. Sebab kapal berlabuh dia akan keluar ke kawasan luar untuk beli barang, pusing Pulau Pinang dan sebagainya. Kalau boleh kita bincang dengan Penang Port untuk kita buat di

situ satu.

Page 66: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

66

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Kita ambil maklumlah cadangan itu, saya ingat sekarang ini mungkin facility

itu belum wujud lagi dan pelancong-pelancong dibawa ke tempat lainlah untuk aktiviti serupa. Seterusnya untuk perindustrian juga, apa yang dikemukakan oleh

YB. ADUN Bukit Tambun, setakat bulan Oktober 2019, PDC mempunyai tanah industri seluas lebih kurang 752 ekar iaitu di Taman Perindustrian Batu Kawan, Penang Science Park, Penang Science Park North dan Penang Science Park South.

Melalui trend penjualan tanah industri bagi tahun-tahun sebelum ini dijangka tanah perindustrian PDC yang sedia ada mencukupi bagi memenuhi permintaan

untuk tempoh lima (5) tahun yang akan datang. Selain itu PDC juga mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan perindustrian baru untuk ditawarkan kepada pelabur tempatan dan asing.

Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan sekalian, kebelakangan ini isu mengenai perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China yang bermula

pada Januari 2018 kini telah berlarutan selama hampir dua (2) tahun menjadi topik perbincangan di kalangan para pembuat dasar, pelabur dan pemain industri. Dalam Dewan ini pun ada soalan yang dikemukakan berkenaan hal tersebut.

Persoalan sama ada isu ini memberi impak kepada iklim pelaburan negara amnya dan Pulau Pinang khususnya menjadi persoalan kepada kerajaan dan pemain

industri sendiri. Isu ini juga telah dibangkitkan oleh YB. ADUN Air Putih dalam perbahasannya dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia secara amnya dan Pulau Pinang secara khususnya mempunyai ekonomi terbuka yang dipacu oleh pertumbuhan eksport juga tidak terkecuali menerima tempias daripada perang

dagang ini. Secara keseluruhannya, Pulau Pinang dijangka akan terkesan dengan pertumbuhan sektor pembuatan global yang dijangka lebih perlahan. Pulau Pinang

yang mempunyai pengalaman perindustrian selama lebih 47 tahun dengan kekuatan dalam bidang elektrikal dan elektronik dijangka menerima impak positif daripada peralihan pelaburan dan peralihan kapasiti pembuatan ini. Ini dapat

dibuktikan di mana sektor pembuatan Pulau Pinang telah mencatatkan peningkatan dari segi jumlah eksport sebanyak 1.2% bagi tempoh Januari hingga

Ogos 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Selain itu Pulau Pinang muncul sebagai negeri yang mencatatkan pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan yang tertinggi di Malaysia sebanyak RM9.2 bilion berbanding

RM5.8 bilion bagi keseluruhan tahun 2018. Di mana 93% daripada jumlah pelaburan tersebut adalah dalam industri E&E. Menurut Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia, MIDA, pelaburan ini akan membawa 11,484 peluang pekerjaan baru untuk Pulau Pinang.

Di samping itu juga investPenang menerima peningkatan dalam bilangan

pertanyaan daripada syarikat-syarikat asing untuk menubuhkan operasi di Pulau Pinang terutamanya syarikat-syarikat dari Negara China. Bagi tempoh Januari

hingga September 2019 Invest Penang telah mengadakan pertemuan dengan 108 syarikat yang menunjukkan minat untuk menubuhkan operasi di Pulau Pinang berbanding dengan 71 pertemuan pada tempoh yang sama tahun lepas. Oleh

yang demikian, perang perdagangan ini bukanlah menjadi penghalang bagi menjana perkembangan ekonomi menerusi kemasukan pelaburan terutamanya

dalam bidang teknologi baru seperti pengkomersialan 5G, percambahan Industri 4.0, Internet of Things, Articial Intelligence, Autonomous Driving dan sebagainya. Dengan sokongan rantaian bekalan tempatan, local supply chain yang teguh,

Page 67: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

67

bakat kemahiran, infrastruktur yang mantap serta pakej insentif yang menarik Pulau Pinang akan tetap menyerlah sebagai destinasi pilihan untuk kemasukan

pelaburan asing berkualiti serta berimpak tinggi yang berpotensi untuk terus merangsang ekonomi negeri ini.

Usaha serta tindakan berterusan terus dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Invest Penang bagi memastikan Pulau Pinang terus menjadi pilihan pelabur dalam keadaan iklim pelaburan dunia yang ada sekarang, di antaranya

adalah seperti berikut: Satu, sentiasa berhubung dengan syarikat-syarikat multinasional yang beroperasi di Pulau Pinang dalam meningkatkan pesanan dan

projek baru di Pulau Pinang melalui lencongan perdagangan, trade diversion serta menggalakkan syarikat-syarikat asing untuk membentuk usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan.

Dua, memberi fokus dalam menarik pelaburan berkualiti baru dari syarikat multi nasional yang mempunyai kilang yang beroperasi di Negara China seperti

contoh, menganjur International Electronic Elite Forum and Run (IEEFR) 2019 bersama ShenZen Terminal Electronics Manufacturing Association (STEMA) di negeri Pulau Pinang pada 16 Ogos 2019 sebagai platform kepada peserta dari

kedua-dua negara memahami keupayaan dalam pembuatan elektronik dan teknologi serta peluang perniagaan di negeri ini.

Dan ketiga, Kerajaan Negeri turut berusaha untuk menarik pelabur dari Asia Selatan khususnya India ke Pulau Pinang melalui kerjasama dengan Komuniti

Usahawan Negara India dengan mempromosi peluang dan promosi potensi pelaburan yang sedia ada di Pulau Pinang. Syarikat Teknologi Maklumat di India mempunyai kemahiran dan kepakaran terutamanya dalam industri global

business services, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan perisian pengkomputeran (software development) yang dapat mewujudkan

peluang pekerjaan bernilai tinggi. Pada masa kini pelaburan dari segi reka bentuk, pembangunan perisian dan IT dari Negara India kian meningkat di Pulau Pinang. Usaha ini adalah sejajar dengan syor yang dibuat oleh YB. Bagan Dalam. supaya

Kerajaan Negeri dapat menggiatkan perdagangan dengan negara Asia Selatan seperti India bagi menarik lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi ke Pulau

Pinang.

Selain itu pelbagai insentif yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2020 dijangka akan membantu Pulau Pinang untuk menarik lebih

banyak pelaburan berkualiti serta mengwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Di antaranya, pakej pelaburan istimewa sehingga RM1.0 bilion bagi

menarik pelaburan Syarikat-syarikat Fortune 500 dan Unicorn dalam sektor berteknologi tinggi, pembuatan kreatif dan berteknologi tinggi, pakej galakan pelaburan sehingga RM1.0 bilion bagi syarikat tempatan yang layak, insentif cukai

bagi menggalakkan lagi aktiviti bernilai tinggi dalam sektor E&E dan saluran khas bagi menarik pelaburan dari Negara China.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, seterusnya saya akan sentuh tentang MMK Perhubungan Masyarakat. Dalam semangat Penang2030 bagi memperkasakan penglibatan masyarakat awam yang merupakan salah satu teras

Penang2030, MMK Perhubungan Masyarakat di bawah saya memastikan MPKK berperanan sebagai agensi yang melibatkan komuniti dan rakyat supaya terlibat

terus secara aktif dalam memajukan kawasan mereka. MPKK adalah agensi terawal berhadapan untuk menyelesaikan masalah rakyat. MPKK untuk sesi 2019

Page 68: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

68

hingga 2020 sebanyak 300 MPKK telah ditubuhkan, penambahan sebanyak 70 MPKK baru dapat ditubuhkan selaras dengan Kementerian Pembangunan Luar

Bandar. Fungsi utama MPKK adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek dan program di kawasan masing-masing.

Bagi menambah keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT telah membentuk 14 MPKK di Kampong Baru Cina. Ini adalah usaha yang dilaksanakan semenjak

zaman pentadbiran lalu. Untuk makluman Dewan yang mulia, jumlah peruntukan elaun yang telah diperuntukkan kepada MPKK dan juga KPKT adalah daripada

MPKK KPLB pada tahun 2019 adalah seperti berikut: Daripada Kementerian KPLB, RM5,023,850.00 dan daripada Kerajaan Negeri RM3,794,200.00. Manakala jumlah peruntukan elaun MPKK KPKT sebanyak RM81,200.00 daripada KPKT dan

daripada Kerajaan Negeri RM33,600.00.

Akhir-akhir ini isu perpaduan kaum sering dibincangkan di kalangan

masyarakat sama ada di media arus perdana mahu pun media sosial. Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silatulrahim

dan musnah perpaduan masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Dalam usaha untuk

memperkukuhkan perpaduan antara kaum bagi mewujudkan integrasi Nasional, MMK Perhubungan Masyarakat bersama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional telah mengadakan program seperti Minggu Perpaduan, Forum antara Agama dan Semarak Merdeka adalah untuk memupuk semangat muhibah, kesefahaman, patriotisma, kepelbagaian budaya, adat resam dan agama di

kalangan masyarakat. Kawasan Rukun Tetangga, KRT juga yang berjumlah 518 di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan juga merupakan agen penyelesaian

masalah rakyat bagi mewujudkan kesejahteraan sosial. Dalam meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti melalui peranan yang dimainkan oleh Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela dengan kaedah memantau dan

mengawasi kawasan kejiranan supaya kekal berada dalam keadaan selamat dan memastikan penduduk dalam komuniti rasa selamat. Di samping itu, langkah-

langkah berikut perlu diberi tumpuan.

Penekanan kepada mencegah dan memulihkan situasi apabila berlakunya isu melibatkan sensitiviti kaum dan agama di kawasan tertentu hendaklah

diambil tanggungjawab segera oleh semua agensi yang terlibat dalam menjaga keharmonian kaum. Penekanan kepada program-program pengukuhan serta

pendidikan perpaduan yang boleh dimainkan serta disemarakkan oleh semua lapisan peringkat seperti kerajaan, swasta, NGO, industri dan pertubuhan. Kerajaan Negeri akan menyelaraskan program dan kerjasama antara MPKK,

KRT, Persatuan Penduduk, Komuniti Harapan dan NGO-NGO lain dalam usaha meningkatkan tahap keharmonian dan kesejahteraan rakyat di seluruh Negeri

Pulau Pinang.

Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka

dan lalai serta memandang remeh akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak

kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa

Page 69: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

69

cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh

tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak, InsyaAllah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

Yang Berhormat ADUN Bertam mencadangkan ahli MPKK dipilih dan dilantik mengikut kawasan DUN dan bukan mengikut pencalonan parti. Setakat ini tiada cadangan untuk melantik ahli MPKK mengikut kawasan DUN. Kawasan

MPKK memang telah sedia ada dan pelantikan Ahli Jawatan Kuasa MPKK telah diputuskan dan dipersetujui oleh komponen Parti Pakatan Harapan dipilih

mengikut kuota parti. Mengenai MPKK yang gagal menjalankan tugas atau tanggungjawab mereka, sekiranya ada aduan dan terbukti selepas siasatan, tindakan disiplin yang berupa amaran akan dikeluarkan dan sekiranya masih

gagal ADUN kawasan boleh mencadangkan untuk ditukar.

Yang Berhormat ADUN Penanti mencadangkan supaya ahli MPKK diberi

kemudahan SOCSO dan insuran. Cadangan ini akan diteliti di peringkat Jawatankuasa MMK dan sekiranya didapati boleh dilaksanakan ianya akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam,

Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat. Saya juga ingin mengucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah bersara

bermula hari ini. But I will be seeing a lot of him, saya satu taman dan pernah menjadi jiran sebelah rumah pun.

Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri di sebelah saya dan semua ketua jabatan dan agensi negeri yang

banyak membantu menjayakan dasar di bawah portfolio saya khususnya dan Kerajaan Negeri amnya. Saya turut ingin menzahirkan penghargaan atas

sumbangan semua penjawat awam di negeri ini, tidak kira daripada Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Persekutuan.

Perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk

saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio Hal Ehwal Agama

Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat agar dapat merealisasikan aspirasi ke arah Penang2030 Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga yang Menginspirasikan Negara. Saya tak perlu pantun lagi.

Sekian, terima kasih saya mohon menyokong. Assalamualaikum W.B.T.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Pinang Tunggal. Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin sebelum mempersilakan Padang Kota. Ahli-ahli Yang Berhormat saya cuma menerima dua (2) Yang Berhormat yang memaklum bahawa tidak dapat hadir

pada hari ini dan juga kebetulan dua (2) Ahli Yang Berhormat yang merangkap menteri di Parlimen. Yang lain saya sila kalau di luar sana sila masuk sebelum

Page 70: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

70

Yang Amat Berhormat berucap dalam penggulungan beliau. Sila, saya ingin persilakan.

YAB. Ketua Menteri:

Yang Berhormat dato’ Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan yang saya

hormati. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

Belanjawan 2020 Negeri Pulau Pinang yang bertemakan ‘Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama’.

Kesungguhan serta komitmen yang telah dipamerkan dalam sesi perbahasan termasuklah isu-isu yang dibangkitkan telah memperlihatkan keprihatinan Ahli-ahli Dewan terhadap keluh kesah rakyat di kawasan masing-

masing. Saya berharap sikap positif ini akan terus berkekalan supaya tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan seikhlas hati

berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) sepertimana yang telah diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.

Prestasi perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tahun 2019.

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli dari Sungai Dua Ketua, Pembangkang mengenai prestasi perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri

sehingga 30 September 2019 yang rendah, adalah semata-mata bertujuan untuk mencapai belanjawan lebihan seperti yang direkodkan saban tahun sejak 2008,

adalah kurang tepat. Kerajaan Negeri tidak menafikan sehingga suku ketiga tahun ini, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri hanya mencapai prestasi perbelanjaan sebanyak RM404.21 juta daripada belanjawan yang berjumlah

RM901.19 juta iaitu sebanyak 44.85% sahaja. Secara idealnya, peratus perbelanjaan sehingga suku tahun ketiga harus mencapai 75%. Walau

bagaimanapun, Kerajaan Negeri mempunyai alasan yang kukuh untuk menjelaskan peratus perbelanjaan mengurus perbelanjaan mengurus yang agak rendah tersebut.

Untuk makluman Dewan, dalam Belanjawan 2019 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM230 juta bagi tujuan caruman ke Kumpulan Wang

Amanah Pembangunan Negeri bagi melaksanakan projek-projek pembangunan negeri. Caruman ini dilakukan mengikut keperluan akaun amanah tersebut, mengikut prestasi projek yang dilaksanakan dan tidak semestinya dilakukan

secara sekaligus oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri mengakui bahawa terdapat beberapa projek

pembangunan berimpak tinggi di bawah Rancangan Tebatan Banjir yang mengalami kelewatan jika dibandingkan dengan jadual sebenar projek dan ini menyumbang kepada prestasi perbelanjaan pembangunan tahun 2019 yang

masih rendah. Kelewatan ini disebabkan oleh proses pengambilan balik tanah yang terlibat dengan projek-projek RTB ini yang mengambil masa untuk

diselesaikan. Anggaran peruntukan pengambilan balik tanah bagi projek RTB untuk tahun ini yang masih belum dibelanjakan dianggarkan berjumlah RM38.5 juta.

Page 71: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

71

Namun begitu, bagi kebanyakan projek-projek pembangunan kecil yang lain, proses perolehan telah selesai dilakukan dan dijangka prestasi perbelanjaan

pembangunan negeri pada suku keempat tahun ini akan terus meningkat. Selain daripada peruntukan bagi caruman pembangunan ini, belanja mengurus

Kerajaan Negeri yang masih menunjukkan prestasi perbelanjaan yang rendah kerana masih ada projek dalam kajian semula oleh pihak Kerajaan Negeri. Antaranya ialah Program Penang Sihat yang telah dibajetkan peruntukan pada

tahun ini, turut ditangguhkan dengan mengambil kira penindihan dengan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam yang telah diperkenalkan dan

dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan mengambil kira perkara ini, pihak Kerajaan Negeri dijangka akan

mempunyai penjimatan di dalam belanja mengurus pada tahun ini namun Kerajaan Negeri akan memastikan peruntukan yang dibajetkan dibelanjakan

secara optimum tanpa mengabaikan hasrat dan objektif yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri sentiasa memberi fokus kepada pembangunan agama Islam di negeri ini. Sepertimana yang dinyatakan dalam Belanjawan

Tahun 2020, peruntukan bagi memperkasakan agama Islam adalah berjumlah RM60.05 juta dan tidak dinafikan ianya merangkumi belanjawan mengurus

berjumlah RM32.46 juta bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah dan satu (1) lagi jabatan yang baru

ditubuhkan iaitu Jabatan Pendakwaan Syariah. Peruntukan berjumlah RM27.59 juta pula adalah bagi tujuan projek pembangunan, bantuan pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat, bayaran elaun guru KAFA, bayaran saguhati pegawai

masjid dan lain-lain bayaran berkaitan agama Islam.

Untuk makluman Yang Berhormat Ketua Pembangkang, belanjawan

mengurus bagi jabatan-jabatan yang berkaitan agama Islam ini telah meningkat dari RM13.30 juta pada tahun 2008 kepada RM32.46 juta pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak RM19.16 juta atau 144.06 peratus dalam tempoh 13

tahun. Peningkatan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperluaskan dan meningkatkan perkhidmatan berkaitan agama Islam yang

ditawarkan oleh jabatan-jabatan ini serta belanjawan mengurus tersebut wajar diambilkira sebagai sebahagian belanjawan untuk memperkasakan agama Islam di Negeri Pulau Pinang.

Ada cadangan agar diwujudkan sumber hasil baharu, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mencari sumber hasil yang baharu untuk meningkatkan

kutipan hasil negeri. Di antara beberapa langkah bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

(i) Pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara. Pelaksanaan cukai

petak telah berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun ini di Negeri Pulau Pinang. Sebelum pelaksanaan ini, Pihak Perbadanan Pengurusan bertanggungjawab

untuk menjelaskan bayaran cukai petak bagi bangunan berstrata, berdasarkan keluasan tanah induk atau motherlot. Tetapi selepas pelaksanaan cukai petak ini, setiap pemilik petak perlu menjelaskan

bayaran cukai petak kepada Pentadbir Tanah, berdasarkan keluasan petak dan petak aksesori masing-masing. Anggaran kutipan selepas pelaksanaan

cukai petak adalah sebanyak RM11,129,425.00, berbanding kutipan cukai tanah sedia ada di bawah motherlot yang berjumlah RM5,311,790.00.

Page 72: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

72

Pelaksanaan cukai petak ini dijangka meningkatkan hasil Kerajaan Negeri dalam cukai petak sebanyak dua (2) kali ganda.

(ii) Pengkelasan tanah desa kepada tanah bandar ini Ahli Bukit Tambun minatlah. Pembangunan pesat yang berlaku telah mengubah beberapa

kawasan desa seperti Bandar Bertam dan Batu Kawan menjadi maju dan berkembang setaraf dengan bandar. Bandar-bandar sedia ada seperti dinyatakan dalam kaedah 14 Peraturan Tanah Negeri telah diwartakan pada

tahun 1966 iaitu 53 tahun yang lalu. Justeru, Pasukan Task Force di setiap Pejabat Daerah dan Tanah telah diwujudkan bagi mengkelaskan semula

tanah-tanah desa yang telah dibangunkan menjadi bandar di seluruh Negeri Pulau Pinang dan meminda cukai-cukai tanah desa kepada cukai tanah bandar. Pembentangan awal berkenaan cadangan sempadan semula

bandar-bandar sedia ada dan bandar-bandar baharu telah dilaksanakan oleh pentadbir-pentadbir tanah pada 14 Oktober tahun ini. Hasil Kerajaan

Negeri melalui kutipan cukai tanah dijangka akan bertambah sekiranya dikenakan pada kadar tanah bandar kelak dengan anggaran kasar berjumlah RM52 juta bagi 170 ribu lot yang terlibat.

(iii) Task Force Interim Register (IR) status Task Force tukar ganti hakmilik Interim Register kepada hakmilik Kanun Tanah Negara, setakat ini

masih dalam peringkat pengwujudan standard operation procedure. Itu satu isu yang agak panjang sebab Kanun Tanah sudah wujud sejak tahun

1966, 50 tahun perkara ini tidak dapat diselesaikan iaitu pemindahan dari IR kepada hakmilik. Jadi, kita ambil tindakan untuk menangani isu ini. Anggaran jangka masa untuk menyiapkan sepenuhnya proses tukar ganti

hakmilik IR adalah di antara 3 hingga 5 tahun mengikut kerumitan isu atau masalah kategori IR tersebut. Apabila siap sepenuhnya proses tukar ganti

hak milik IR, Kerajaan Negeri akan mendapat hasil dalam bentuk kemas-kini cukai tanah dan pengembalian tanah kepada pihak kerajaan bagi tanah selain daripada tanah beri milik. Walau bagaimanapun, hasil yang akan

dapat dijana oleh Kerajaan Negeri masih belum dapat dianggarkan memandangkan Task Force ini masih di peringkat untuk menyediakan SOP

tukar ganti.

(iv) Pengkuatkuasaan kutipan tunggakan hasil. Selain daripada inisiatif baharu yang dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Negeri juga sentiasa meneruskan

usaha untuk menigkatkan kutipan tunggakan hasil seperti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini. Kerajaan Negeri telah

menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyelesaikan isu tunggakan hasil dengan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang terutamanya bagi tunggakan cukai tanah dan sewaan Rancangan

Perumahan Awam. Namun dalam melaksanakan penguatkuasaan ini, Kerajaan Negeri juga prihatin dengan keadaan ekonomi yang lembap dan

membenarkan bayaran secara ansuran kepada pemilik cukai tanah dan penyewa perumahan awam yang tertunggak. Pengurangan peruntukan pembangunan kerajaan bagi tahun 2020. Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan

Negeri telah menyediakan peruntukan pembangunan bagi tahun 2020 berjumlah RM269.34 juta berbanding RM306.38 juta pada tahun 2019 iaitu

kurangnya berjumlah RM37.04 juta atau 12%.

Page 73: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

73

Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pasir, bajet pembangunan untuk projek-projek pembangunan ini dirancang dan disemak dengan teliti

dengan mengambil kira kepentingannya serta impak kepada masyarakat. Kerajaan Negeri tidak akan mengabaikan kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang

dengan mengurangkan jumlah projek-projek pembangunan di Negeri ini. Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kini sudah ditadbir oleh kerajaan yang sama dan ini memberi sedikit kelebihan kepada

Kerajaan Negeri di mana beberapa peruntukan yang kurang diterima sebelum ini daripada Kerajaan Persekutuan telah mula disalurkan semula kepada Kerajaan

Negeri. Antara peruntukan tambahan yang disalurkan adalah bagi penyelenggaraan jalan-jalan negeri, pembaikan dewan-dewan di bawah selenggaraan Pejabat Daerah, pembaikan rumah rakyat termiskin dan lain-lain.

Contohnya, peruntukan untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri yang diterima oleh Kerajaan Negeri di bawah MARRIS bagi keseluruhan tahun 2018

adalah berjumlah RM114.10 juta. Tetapi bagi tahun ini, setakat 31 Oktober, Kerajaan Negeri telah menerima RM147.04 juta bagi tujuan yang sama iaitu sudah tambah RM33 juta. Kerajaan Negeri amat menghargai peruntukan-peruntukan

yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dan berharap ianya akan berterusan malahan meningkat lagi pada masa yang akan datang dengan

mengambil kira terimaan Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Negeri telah memperuntukkan belanjawan bagi projek-projek pembangunan negeri dengan

teliti agar tidak berlaku pertindihan sumber peruntukan ke atas projek yang sama. Selain itu, peruntukan pembangunan yang dibajetkan di bawah kebanyakan jabatan adalah hampir sama atau meningkat berbanding tahun 2019 kecuali

penurunan peruntukan di bawah Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Kewangan Negeri. Pengurangan peruntukan di

bawah jabatan ini adalah mengambil kira beberapa projek khas negeri dan kos yang tinggi telah pun dilaksanakan pada tahun 2019 dan tidak keperluan dibajetkan semula pada tahun 2020. Oleh yang demikian, penjelasan ini

diharapkan dapat menjawab persoalan Yang Berhormat Permatang Pasir berkaitan peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri tahun 2020 yang kurang

berbanding 2019.

Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan tahun 2018 adalah berjumlah 69.23%, tak sampai

70% pun tetapi Kerajaan Negeri masih berjaya melaksanakan 99.4% dari projek yang dirancangkan dengan perbelanjaan tak sampai 100%, 69% kita siap 99.4%

projek yang dirancangkan (Ahli Dewan menepuk meja) seperti mana Yang Berhormat Air Putih pun memberi penjelasan yang sama tempoh hari. Pencapaian peratus pelaksanaan projek yang tinggi tetapi dengan peratusan perbelanjaan

yang rendah ini dapat dicapai dengan mengambil kira kaedah perolehan secara tender terbuka dan telus serta selaras dengan dasar Cekap, Akauntabiliti, Telus

(CAT) yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri.

Kajian semula Dato’ Yang di-Pertua, tentang pemberian di bawah Program i-Sejahtera telah dimaklumkan dalam ucapan Belanjawan tahun yang lepas.

Sebelum ini, di mana Kerajaan Negeri akan mengkaji semula program-program i-Sejahtera untuk memastikan bantuan disalurkan kepada penerima yang benar-

benar memerlukan dan tidak berlaku pertindihan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi kumpulan sasar yang sama. Berdasarkan kajian yang dilakukan, Kerajaan Negeri mendapati bayaran Program Pelajar Emas adalah

bertindih dengan bantuan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan iaitu

Page 74: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

74

Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan Program Rancangan Makanan Tambahan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah

memutuskan untuk tidak meneruskan bayaran bagi Program Pelajar Emas di bawah Program i-Sejahtera pada tahun 2019 dengan mengambil-kira golongan

sasar ini telah pun menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dikaji oleh Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa untuk memastikan kebajikan pelajar-pelajar sekolah di Negeri Pulau

Pinang sentiasa terpelihara. Ini pun ada tambahan peruntukan kepada sekolah-sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri dari RM3.0 juta kepada RM5.0 juta. Ini

secara langsung akan memperbaiki infrastruktur dan kemudahan di sekolah-sekolah.

Situasi ekonomi telah pun diberi penjelasan panjang lebar oleh Yang

Berhormat Timbalan Ketua Menteri I dan saya percaya itulah keadaan yang kita hadapi namun kita percaya kita akan terus dapat menangani segala isu dan

menjadi ekonomi kita mampan dan bertumbuh dengan kadar yang ditetapkan.

Dato’ Yang di-Pertua, tadi saya telah menyatakan kita dapat juga kelulusan projek-projek daripada Kerajaan Persekutuan dan di bawah RMK-11 rolling plan

ke-4 bagi tahun 2020, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah meluluskan 152 projek dengan peruntukan berjumlah RM614.428 juta kepada Negeri Pulau

Pinang. Itu pun jauh banyak daripada peruntukan daripada negeri. Senarai ada di sini. So we have 614 million worth of projects approve for next year oleh Kerajaan

Persekutuan (Ahli Dewan menepuk meja). Antara projek-projek baru, ada yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjung Bunga berhubung dengan tebatan banjir. Antara projek-projek baharu yang diluluskan untuk pelaksanaan tahun

2020 adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Dua Besar di Batu Uban, Timur Laut. Pembinaan blok tambahan Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk tujuan

perolehan tanah dulu dan projek kemudian, naik taraf dan baik pulih Depo Imigresen George Town, pembinaan jambatan di Sungai Kerian dan jejambat merentasi persimpangan Universiti Sains Malaysia, Klinik Kesihatan Bayan Lepas,

Klinik Kesihatan Jenis 3 di Bandar Tasik Mutiara, SPS dan pembinaan jalan menghubungkan Jalan Bukit Pancor ke laluan Persekutuan 1, SPS.

Bagi Rancangan Malaysia ke-12, dokumen-dokumen berkaitan permohonan masih lagi disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan dijangka akan dibentangkan pada Sidang Parlimen pada suku kedua tahun 2020. Bagi

permohonan projek-projek baharu untuk Negeri Pulau Pinang di bawah RMK-12 pula, Kerajaan Negeri dalam tindakan pengumpulan input-input dan senarai

projek dari semua jabatan negeri dan juga persekutuan dan saya harap apa yang dihasratkan oleh Ahli-ahli Dewan dalam perbahasan dapat diambil-kira dalam mengemukakan senarai kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Buat masa ini,

antara projek yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri untuk diangkat kepada Kerajaan Persekutuan seperti mana yang dibentangkan semasa Roadshow RMK-

12 kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi adalah projek Urban Regenerations, pembinaan projek rumah rakyat dan rumah transit belia, Penang Care Center iaitu pusat jagaan kanak-kanak, naik taraf kompleks-kompleks sukan, projek

pembinaan laluan khas basikal, galeri arkeologi Guar Kepar, projek eyes on the street CCTV, waste to energy project, pembaikan tanah runtuh di Taman Rimba

Bukit Mertajam, Ceruk Tok’kun. Kita harap dapat peruntukan yang secukupnya untuk menjalankan pembaikan tetapi ini permohonan sajalah. Saya pun macam Ahli Dewan. Ahli Dewan mohon kepada Kerajaan Negeri, kami pohon kepada

Kerajaan Persekutuan. Sama-sama susah. Sama-sama berjuang. Dan projek-

Page 75: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

75

projek tebatan banjir dan projek-projek LRT Komtar ke Bayan Lepas. Mengenai pembangunan tanah yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan untuk

makluman kepada Dewan yang mulia ini perancangan pembangunan tanah yang dijalankan haruslah selari dengan dasar rancangan struktur dan cadangan

rancangan tempatan yang mana perkara ini adalah bersandarkan undang-undang yang sedia ada.

Pada masa ini Negeri Pulau Pinang telah mewartakan RSN Pulau Pinang

2030 dan di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Seberang Perai terdapat Deraf Rancangan Tempatan bagi mengawal pembangunan kawasan di

bawah kawalan kedua-dua PBT tersebut.

Secara umumnya, pembangunan tanah Kerajaan Negeri di Pulau Pinang boleh dibahagikan kepada tiga (3) kelompok utama seperti berikut,

(i) Tanah-tanah kerajaan yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan secara khusus dan diberimilik kepada Perbadanan Pembangunan

Pulau Pinang atau PDC. Kebanyakan tanah yang diberimilik kepada PDC adalah tanah pengambilan balik. Tapak ini kemudiannya diberimilik kepada PDC dengan dikenakan bayaran premium nominal

dan bayaran khas. Pelupusan tanah kepada PDC adalah bagi dua (2) tujuan iaitu pertamanya bagi maksud perindustrian dan merupakan

tujuan yang paling utama, manakala keduanya adalah bagi tujuan perumahan dan perniagaan. Pemberimilikan tanah kerajaan kepada

PDC ini dilaksanakan apabila PDC mengambil inisiatif dengan menilai prospek tanah Kerajaan Negeri yang berkaitan berdasarkan nilai tanah semasa dan potensi pembangunan yang terdapat pada

hartanah tersebut. Usaha dalam mengenalpasti tanah-tanah terbiar/ kosong yang tidak dibangunkan, rundown dan tidak kompetitif

dijalankan bersama pihak Pentadbir Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan. Melalui kaedah di atas, kajian terperinci akan dilaksanakan dalam memastikan projek yang dicadangkan mampu

memberi impak positif kepada Kerajaan Negeri.

(ii) Tanah-tanah kerajaan tidak memiliki perancangan khusus untuk

dibangun. Perancangan pembangunan bagi tanah dalam kelompok ini dilaksanakan melalui dua (2) kaedah, pertamanya melalui pemberimilikan kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang atau

(CMI). CMI secara kebiasaannya akan berkolaborasi dengan pihak swasta yang berminat untuk membangunkan tanah yang dikenal

pasti agar pulangan hasil yang optimum dapat diperolehi Kerajaan Negeri bagi tanah tersebut. Tanah yang dimiliki oleh CMI ini digunakan untuk tujuan kediaman, tempat letak kenderaan, tapak

menara telekomunikasi, taman awam dan perniagaan.

Keduanya, melalui permohonan daripada pelabur-pelabur yang

berminat. Ini adalah kaedah yang sering diamalkan yang mana pihak pelabur akan mengenal pasti lokasi tanah kerajaan yang bersesuaian untuk dibangunkan dan seterusnya memohon untuk pemberimilikan

daripada Pihak Berkuasa Negeri. Kerajaan Negeri akan mendapat pulangan melalui bayaran premium dan cukai tanah yang dikenakan.

Page 76: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

76

(iii) Tanah kerajaan yang diperolehi melalui perampasan iaitu pelucut hak disebabkan kegagalan membayar cukai tanah atau pelanggaran

mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Tanah kerajaan dalam kumpulan ini akan dilupuskan apabila terdapat pemohonan daripada mana-mana pihak yang berminat untuk memilikinya. Namun, keutamaan pemberimilikan akan

diberikan kepada tuan punya tanah yang terdahulu sekiranya terdapat permohonan.

Berkaitan inisiatif dan dasar yang telah dibuat bagi pembangunan tanah kerajaan di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri antaranya telah mewujudkan polisi berkaitan penempatan setinggan yang mana tumpuan Kerajaan Negeri dalam

perkara ini melibatkan golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah kediaman disebabkan faktor harga rumah yang mahal. Bagi menangani masalah

ini, Kerajaan Negeri membantu golongan sasar ini dengan menawarkan tanah kerajaan untuk dilupuskan melalui Lesen Pendudukan Sementara atau (LPS) sama ada bagi tujuan kediaman atau pun perniagaan. Langkah ini diambil

memandangkan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat yang terlibat adalah rendah berbanding sekiranya tanah ini diberimilik. Selain menguntungkan

golongan sasar yang terlibat, ianya juga memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri walaupun tak banyak disebabkan tanah kerajaan yang ada digunakan

secara ekonomik dan mampu menjana hasil pulangan kepada Kerajaan Negeri melalui pembayaran yang dibuat oleh rakyat yang terlibat berbanding sekiranya tanah tersebut tidak diusahakan.

Keutamaan kepada pemegang-pemegang LPS yang lama bagi tujuan kediaman yang mana mereka diberi disarankan untuk memohon pemberimilikan

tanah kerajaan yang diduduki dengan harga yang berpatutan. Berhubung projek Pembangunan Coastal Resort & Spa…(gangguan).

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Minta penjelasan, terima kasih Ketua Menteri. Cuma tadi berkaitan dengan LPS ini saya nak dapat satu kepastian adakah LPS ini juga diberi kepada tujuan

perniagaan sebab tadi dalam ucapan Ketua Menteri kata untuk LPS yang kita tahu memang untuk kediaman memang ada tetapi perniagaan yang boleh ada keuntungan adakah kita juga akan memberikan LPS kepada mereka?

YAB. Ketua Menteri:

Memang tidak digalakkan tetapi ada kes-kes tertentu yang di mana pemilik

TOL menjalankan sedikit perniagaan contoh, di Clan Jetty misalnya sepatutnya TOL untuk kediaman katakan di Chew Jetty. Sekarang Chew Jetty adalah tumpuan pelancong mereka mungkin ada jual sedikit souvenir dan sebagainya. Jadi kita

akan mengenakan charge yang lebih tinggi sekiranya ada kegiatan perniagaan di samping kediaman. Tetapi memang tidak digalakkan untuk tujuan perniagaan

tetapi untuk menangani satu isu jawatankuasa tanah pernah memberi kelulusan dan mengenakan cas tambahan.

Page 77: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

77

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan, tanah TOL hanya untuk orang-orang yang tak ada tanah

kan. Orang-orang miskin yang tak ada tanah untuk buat rumah dan ia perlu direnew setiap tahun. Right?

YAB. Ketua Menteri:

Setiap permohonan akan disemak oleh pegawai dari pejabat tanah dan daerah memang semakan ini termasuk menghubungkan Jabatan Penilaian, Pihak

Berkuasa Tempatan untuk memastikan sama ada pemohon memiliki harta di negeri ini ataupun semakan dengan Pejabat Perumahan Negeri sama ada

pemohon sudah ada ditawarkan rumah awam atau lain-lain jenis rumah. Memang tapisan dibuat untuk memastikan orang yang sudah memiliki harta tidak akan diberi kelulusan TOL.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Lagi satu jadi untuk kawasan yang memang kalau mangsa-mangsa banjir

dia ada tanah tapi rumah dia sentiasa asyik hujan ja banjir macam di Tanah Liat dan di Mengkuang Titi semua tu ada bolehkah macam Kerajaan Negeri bagi kalau nak cari sendiri memang susahlah. Kalau nak tentukan tanah yang ada boleh

diberi pada mangsa-mangsa banjir yang terlampau selalu sangat kena banjir?

YAB. Ketua Menteri:

Kes ini adalah spesifik mungkin Pengarah Tanah dan Galian, dan Pejabat Daerah SPT boleh membantu mengenal pasti kalau ada tanah-tanah kerajaan di

sekitar itu untuk menempatkan semula melalui TOL. Itu perlu dikaji oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah. Saya memberi jawapan kepada Yang Berhormat Bayan Lepas tentang menukar tanah seluas 105 ekar di Balik Pulau untuk projek

perumahan yang berskala besar, Kerajaan Negeri merasakan cadangan pembangunan projek perumahan ini adalah terkeluar daripada tujuan asal

pengambilan tanah tersebut iaitu untuk hub pendidikan.

Tambahan pula masih ada prosiding mahkamah berhubung dengan tanah ini iaitu tanah di Lot 10317, Mukim 6, Jalan Pondok Upeh, Daerah Barat Daya

(DBD) di mana tuan tanah asal telah mencabar pihak Kerajaan Negeri atas mengapa tanah ini dipindah milik kepada CMI. Jadi kita masih menunggu bicara

di mahkamah.

Isu pengangkutan, Kerajaan Negeri mengambil maklum atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap pelbagai isu di bawah portfolio pengangkutan

yang meliputi pelbagai projek mega seperti Pelan Induk Pengangkutan (PIP), Projek Tambakan Penang South Reclamation (PSR), Lapangan Terbang

Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), perkhidmatan water taxi dan perkhidmatan pengangkutan awam bas percuma CAT.

Pertamanya untuk PIL 1, berkenaan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Penaga, didapati pihak pembangkang sedang mengkitar semula soalan-soalan lama mungkin disebabkan tiada isu-isu baru untuk dibangkitkan.

Soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu selama beberapa tahun ini kini diulangi lagi dan Kerajaan Negeri sudah pun memberikan jawapan

Page 78: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

78

melalui pelbagai sesi sidang media dan kenyataan akhbar sebelum ini. Walau bagaimanapun, saya akan sekali lagi menjawab isu-isu ini.

Pembinaan PIL 1 akan dibuat melalui tender terbuka agar Kerajaan Negeri mendapat tawaran dan nilai yang terbaik bagi projek tersebut. PIL 1 yang

panjangnya 19.5km tidak boleh dibandingkan dengan lebuhraya lain kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tidak ada pada projek yang lain. Reka bentuk PIL 1 secara at-grade telah diminimumkan dan rekabentuk bertingkat dan terowong

telah diperkenalkan untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar. Daripada keseluruhan panjang PIL 1 sejauh 10.1km panjang atau 52% adalah terowong

manakala 7.6km atau 39% adalah bertingkat dengan ketinggian 31 meter untuk meminimakan pemotongan bukit dan hanya 1.8km atau 9% adalah embankment. Bilangan dan saiz terowong-terowong ini adalah tiga (3) kali lebih besar daripada

landasan kereta api seperti projek Laluan Rel Pantai Timur yang disebutkan oleh Yang Berhormat Penaga.

PIL 1 juga memberi jambatan kabel penahan sepanjang 250 meter dengan ketinggian 31 meter, bertujuan untuk meminimakan impak sosial dan alam sekitar serta jejambat di kawasan-kawasan bukit dan bandar yang didiami penduduk.

Perlu difahami juga bahawa skop kerja dan kepakaran teknikal ini tidak boleh dibandingkan dengan projek-projek lain malah kaedah tender terbuka akan

digunakan untuk memastikan projek PIL 1 dilaksanakan dengan nilai yang terbaik. Kadangkala apa yang kita baca dalam surat khabar melibatkan kos-kos tertentu,

apakah Yang Behormat Penaga sedar atau tidak adakah kos yang dimaksudkan termasuk kos pengambilan tanah? Itupun satu perbelanjaan yang amat besar. Tetapi apa yang dianggarkan oleh pihak Kerajaan Negeri termasuk juga anggaran

pengambilan tanah.

Dakwaan berkenaan dengan PIL 1 hanya boleh meredakan kesesakan jalan

raya untuk 7 hingga 10 tahun selepas projek tersebut siap sepenuhnya adalah tidak benar. Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci yang telah diluluskan tidak mempunyai data mengenai hal ini. PIL 1 dilihat akan menjadi

pelengkap kepada semua komponen lain di dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), seperti LRT, projek 3 jalan utama, monorail dan tram untuk

menyediakan infrastruktur pengangkutan yang menyeluruh untuk Pulau Pinang.

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa projek lebuhraya ini sangat diperlukan pada masa hadapan bagi mengalihkan dan mengurangkan kesesakan

trafik di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Ee dan Jalan Masjid Negeri, Pengkalan Weld, Jalan Jelutong dan Jalan Sultan Azlan Shah. Kerajaan Negeri percaya

pembinaan lebuh raya masih perlu dilaksanakan meski pun terdapat perancangan pelaksanaan LRT kerana peralihan daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam sahaja tidak berupaya menyelesaikan masalah kesesakan

lalu lintas di Pulau Pinang. Malah perubahan ini tidak boleh dijangka akan berubah dalam tempoh masa yang pendek.

Ini adalah kerana pertambahan kenderaan persendirian tidak dapat dielakkan sepenuhnya walaupun kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dipertingkatkan dan penambahan bilangan penduduk serta pembangunan baru

akan memerlukan perhubungan jalan-jalan baru dengan jalan-jalan yang sedia ada. Oleh yang demikian, jalan-jalan masih perlu dibina atau dinaiktaraf untuk

menampung peningkatan dalam aktiviti perniagaan, perkhidmatan serta pekerjaan.

Page 79: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

79

Kita tidak boleh mengasingkan satu komponen PTMP daripada komponen yang lain dan mendakwa komponen ini akan gagal. PTMP secara keseluruhannya

adalah satu pelan jangka masa panjang. Setiap komponen akan melengkapi satu sama lain untuk membentuk satu infrastruktur pengangkutan yang

menghubungkan semua kawasan penting di Pulau Pinang, termasuk Seberang Perai. Pelan induk ini akan dilaksanakan dalam beberapa fasa.

Mengenai LRT. Infrastruktur pengangkutan adalah perkhidmatan awam

yang tidak bermotifkan keuntungan. Hampir kesemua sistem pengangkutan rel bandar di dunia adalah perkhidmatan awam yang disubsidi oleh pihak kerajaan.

Sistem LRT ini akan diwujudkan dalam satu pelan pembangunan yang berorientasikan pengangkutan untuk memastikan hasil kutipannya boleh menampung kos operasi, selain dari penjualan tiket.

Unjuran penumpang LRT Bayan Lepas sebanyak 42 juta adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila kita kata 42 juta maksud

pada kini ada permintaan ridership 42 juta dan kita bina satu sistem untuk memenuhi 42 juta ridership tetapi ini adalah satu anggaran unjuran sehingga 2050. Di mana dijangka ada 42 juta ridership dan ini menjadi satu sasaran yang

berjangka panjang. Mungkin dalam lima (5) tahun pertama, mungkin kita boleh capai 10 juta ridership. Lima (5) tahun lagi, mungkin 20 juta ridership. Bukan

pada satu hari kita boleh mencapai 42 juta ridership. Sebab projek rel adalah projek berjangka panjang. Yang Berhormat pun ada menggunakan London Tube,

London system. Sedarkah London system sudah berusia 150 tahun? Bayangkan orang putih pada 150 tahun sudah memikirkan membina MRT di tempat mereka. Jadi, satu rail system dijangka akan boleh digunakan kalau tidak 150 tahun,

mungkin 100 tahun atau 50 tahun sekurang-kurangnya. Maka unjuran adalah untuk mencapai dalam tempoh 50 tahun dan bukan ridership pada kini. Kini

memang tak ada ridership sedemikian. Tetapi kalau kita tidak bina, maka tidak ada satu sistem pengangkutan.

Berkenaan dengan unjuran di bawah senario nisbah modal mungkin pada

permulaannya 10% dan meningkat secara progresif sehingga 40% dan untuk tahun 2027; unjuran penumpang tahunan adalah 7 juta apabila siap dengan

pendapatan RM20 juta untuk tahun 2032; unjuran penumpang tahunan adalah 16 juta dengan pendapatan sebanyak RM50 juta. Berdasarkan unjuran terkini bagi kos operasi & penyelenggaraan (O&M), pada tahun 2027; kos adalah sebanyak

RM32 juta dan pada tahun 2032; kos adalah RM40 juta. Defisit pada tahun pertama operasi dianggarkan sebanyak RM11 juta dan dijangka akan

menghasilkan lebihan (surplus) pada tahun ke-5 ke atas. Itulah satu anggaran dan unjuran berdasarkan kepada kes-kes di tempat-tempat lain.

Pengangkutan awam termasuk perkhidmatan kereta api adalah

perkhidmatan awam, di mana capital expenditure harus ditanggung oleh kerajaan. Pelaksanaan pengangkutan awam yang lestari seperti yang terdapat di bandar-

bandar maju yang ada pull and push factors yang perlu dilaksanakan, termasuk harga kenderaan persendirian dan perhubungan first and last mile. Satu contoh ialah sistem London, yang masih digunakan walaupun sudah 150 tahun dan masih

dibiayai oleh kerajaan tersebut.

Model transit yang berjaya seperti di Singapura bergantung kepada

sokongan kerajaan kalau cuma bergantung kepada tiket, iklan memang tak cukup untuk menampung operasi. Mungkin operasi boleh capai tetapi nak dapat balik

Page 80: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

80

CAPEX memang susah. Kalau cuma guna pertimbangan ini, maka memang sistem rel tidak dapat dibina. Jadi, dimananya peranan kerajaan. Itu sebab peranan

kerajaan adalah amat penting untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang sememangnya tidak menjanjikan pulangan tetapi kalau CAPEX boleh dibiayai

oleh kerajaan, OPEX mungkin boleh dilihat dari segi perkhidmatan oleh pengusaha yang dilantik. Pengusaha cuma bertanggungjawab atas operasi sahaja dan tak perlu bertanggungjawab untuk membayar CAPEX. Maka, ianya satu kaedah yang

lebih mampan berbanding dengan sebuah syarikat perlu tanggung CAPEX dan perlu tanggung operasi. Saya rasa operasi pun tidak semestinya dia boleh dapat.

Jangan kata CAPEX. Jadi, kalau tak menggunakan peranan kerajaan, mana-mana kerajaan untuk membiayai capital expenditure, maka susah untuk melaksanakan projek-projek pengangkutan awam.

Kerajaan Negeri melalui Penang Transport Master Plan berhasrat membina infrastruktur yang memberi perkhidmatan kepada pengguna pengangkutan awam

dan pengguna kenderaan persendirian. Di samping menggalakkan 40% penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan Negeri juga perlu menyediakan jaringan jalan raya yang baik bagi kegunaan pengguna kenderaan persendirian

yang masih ada 60%.

Kita nak sasarkan, 40% public transport, maksudnya 60% private vehicle.

Jadi, ada NGO merasakan you bina satu LRT cukup. Mengapa mau bina jalan lagi. Seolah-olah LRT boleh memenuhi 100% permintaan. Tak mungkin berlaku, baik

di Hong Kong yang ada 90% public transport, jalan baru masih dibina. Di Singapura ada 60% pengangkutan awam, pada hari ini jalan-jalan, lebuh raya-lebuh raya baru masih dibina.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-ahli Yang Berhormat, sementara Yang Berhormat Padang Kota

teruskan ucapan, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran julung kali Dato’ SUK yang baharu, Dato’ Abdul Razak bin Jaafar. (Ahli Dewan menepuk meja). Sila sambung.

YAB. Ketua Menteri:

Saya tahu ada orang dibelakang saya, yang support.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sentiasa di belakang Yang Amat Berhormat.

YAB. Ketua Menteri:

Saya mengalih kepada PSR. PSR adalah pelan transformasi, selepas dengar ucapan mungkin ada sikit idea apakah cabaran Negeri Pulau Pinang. Adalah pelan

transformasi bagi 50 tahun yang akan datang. Pertumbuhan penduduk akan bergantung kepada tarikan sesuatu destinasi atau lokasi. Pada tahun 70-an, jumlah penduduk Pulau Pinang hanya 776,000 sahaja. Kini, jumlah penduduk

Pulau Pinang telah mencecah 1.77 juta orang, iaitu kenaikan 128% dalam tempoh 50 tahun. Dari mana datangnya pertumbuhan penduduk yang 128% ini? Dari

Pulau Pinang sendiri, semestinya dan dari negeri-negeri jiran kita. Kerajaan Negeri perlu merancang masa depan pada ketika ini demi menjaminkan kelestarian Pulau

Page 81: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

81

Pinang di masa depan. Kita menganggarkan apabila siapnya PSR, mungkin ada 2.34 juta atau 3 juta NGO mempersoalkan. Tetapi anggar menunjukkan dalam 50

tahun, populasi Negeri Pulau Pinang dari 776,000 sudah tambah 1 juta orang. Kalau dari 2020 hingga 2050 mungkin kita pun lihat tambahan, kalau tidak 1 juta

mungkin 500,000 hingga 700,000. Itu memang melihat pertumbuhan yang dapat kita saksikan.

Oleh yang demikian, infrastruktur pengangkutan kita perlu cekap dan land

bank di Pulau Pinang tidak mencukupi untuk kegunaan generasi akan datang. Dakwaan bahawa kepadatan penduduk di pulau yang ditambak tidak sesuai

didiami, juga tidak benar. Unjuran kepadatan penduduk optima bagi pulau tambakan itu adalah lebih kurang sama dengan kepadatan di Pengkalan Kota iaitu 20,000, 1 kilometer persegi. Pengkalan Kota tetap menjadi satu lokasi yang

meriah dan menarik untuk dihuni dan dilawati khususnya ada wakil rakyat yang cun. Saya merujuk kepada Ahli Parlimen. Membandingkan kepadatan penduduk

Pulau Pinang dengan bandar raya lain seperti London adalah tidak realistik. Bandaraya London mempunyai ciri-ciri dinamiknya yang berbeza.

Yang Berhormat Penaga juga boleh merujuk kajian mengenai unjuran

penduduk di bandar-bandar utama, seperti yang dilakukan oleh Global Cities Institute di University Ontario, dan unjuran oleh Greater London Authority untuk

mendapat maklumat yang lebih realistik.

Persoalan Yang Berhormat Kebun Bunga sama ada PSR akan dijadikan

tempat awam atau diswastakan pula, hak milik kawasan tambakan adalah tertakluk kepada perjanjian yang akan ditandatangani di antara kerajaan dengan pihak pelabur.

Untuk Projek PSR, ianya merupakan satu projek Kerajaan Negeri di mana Kerajaan Negeri akan memiliki semua kawasan yang ditambak. Kerajaan Negeri

akan menetapkan Pelan Induk PSR, dan semalam kita pun sudah mengumumkan, hari Rabu, kita sudah mengumumkan Master Plan Design Competition supaya kita boleh mendapat konsep yang menarik sekali, yang dapat mewujudkan nilai

kepada tanah-tanah. Plot-plot pembangunan akan dijual kepada pihak-pihak yang berminat berdasarkan jenis pembangunan yang ditetapkan oleh Kerajaan

Negeri. Hasil pendapatan daripada jualan tersebut akan digunakan untuk pembangunan Negeri Pulau Pinang, termasuk membiayai Penang Transport Master Plan.

Selain daripada membiayai Penang Transport Master Plan, projek PSR memainkan peranan penting untuk pembangunan masa hadapan di mana PSR

akan membentuk sebuah hub perkhidmatan dan pembuatan antarabangsa yang teguh dengan menjana lebih 300,000 pekerjaan baharu dan seterusnya memantapkan ekonomi Pulau Pinang. Melalui projek ini, dijangka pelaburan

dalam bidang baharu akan meningkat dan mendapat merealisasikan impian untuk rakyat hidup di dalam persekitaran yang bersih, hijau, selamat dan penggunaan

rangkaian pengangkutan bersepadu serta memiliki peluang pendidikan dan pekerjaan.

Mengenai water taxi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit dan

Bagan Dalam. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan ini dan sememangnya pihak Kerajaan Negeri pun sudah buat pengumuman tetapi kita masih menunggu

keputusan-keputusan untuk melaksanakan perkhidmatan water taxi yang

Page 82: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

82

sememangnya menjadi satu cadangan yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Mengenai Pakej 2 Jalan Pintasan Air Itam ke

Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, saya tidak bercadang mengulanginya sebab Yang Berhormat EXCO Tanjung Bunga telah memberi penjelasan terhadap projek

ini.

Perkhidmatan Bas yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri, pihak Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan perkhidmatan bas di

Pulau Pinang. Dan bersama dengan Rapid Penang sedang mengenal pasti masalah dan bersedia untuk membuat penambahbaikan terutama terhadap

operasi bas. Penambahbaikan terhadap jadual bas pada waktu malam juga akan dibincangkan bersama Rapid Penang untuk ditambahbaik, termasuk dengan mengambilkira laluan jalan-jalan utama di kawasan sekolah.

Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan inisiatif subsidi bas melalui Pas Mutiara My50 yang juga boleh

dinikmati oleh golongan B40 termasuk pelajar sekolah. Berhubung cadangan pemberian subsidi tambahan kepada pelajar sekolah, ianya perlu diteliti dengan lebih terperinci agar subsidi ini betul-betul bermanfaat kepada semua

pelajar. Dan kini, Unit Pengangkutan telah sedang menjalankan proses pemantauan dan penilaian prestasi operasi laluan 12 bas percuma CAT dengan

mengguna, mengadakan sesi focus group discussion dengan ahli-ahli wakil rakyat dan komuniti di laluan-laluan berkenaan.

Cadangan penggunaan bas mini yang sedang juga sedang diperhalusi oleh Rapid Penang dan Prasarana Malaysia Berhad. Buat masa ini, cadangan menggunakan bas mini di Pulau Pinang masih di dalam peringkat kajian oleh Rapid

Penang. Ujian percubaan laluan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk menentukan kesesuaian bas mini. Rapid Penang juga sedang mengkaji

penggunaan bas mini di beberapa laluan terpilih di Lembah Klang. Ujian percubaan laluan sedang dijalankan selama tiga (3) bulan. Berdasarkan data dan maklumbalas daripada kajian ini kelak, pertimbangan ujian percubaan ini boleh

dilanjutkan di Pulau Pinang.

Berkaitan cadangan Yang Berhormat Bukit Tambun agar satu terminal bas

dibangunkan di kawasan SPS, ini bukan satu perkara yang baru dan saya berharap permintaan ini dapat realisasikan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengenai komunikasi dan

penerangan. Secara umumnya, agihan Buletin Mutiara adalah tertakluk…(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta penjelasan Yang Amat Berhormat. Dato’ Speaker, terima kasih. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, mengenai perkhidmatan bas

percuma, saya telah cadangkan kalau boleh diperluaskan pada bas-bas sekolah dan daripada sebahagian daripada RM15 juta itu boleh diperuntukkan kepada bas-

bas sekolah untuk mengangkat para pelajar di kawasan-kawasan yang sering mengalami kesesakan seperti di jalan utama, di hadapan Free School, Jalan Air Itam dan juga di kawasan-kawasan Seberang di mana kesesakan itu menjadi satu

masalah pada waktu puncak. Adakah apa-apa respon mengenai permintaan itu? Terima kasih.

Page 83: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

83

YAB. Ketua Menteri:

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Dalam. Pihak Kerajaan

Negeri akan menimbang cadangan berkenaan walaupun bukan cadangan yang baharu. Mengenai Buletin Mutiara, edarannya adalah tertakluk kepada beberapa

faktor termasuk jenis penempatan kawasan berkenaan, populasi majoriti dan berdasarkan permintaan daripada organisasi tertentu dalam kawasan itu. Selain edaran dari rumah ke rumah di kawasan penempatan, Buletin Mutiara turut

diedarkan di pejabat kerajaan, swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan, institusi pengajian termasuk sekolah-sekolah berdasarkan permintaan semasa. Dulu wakil

rakyat seperti Timbalan Ketua Menteri II tak boleh masuk sekolah, Buletin Mutiara pun tak boleh masuk sekolah. Sekarang bolehlah. Dan memang ada permintaan dari sekolah, pusat-pusat khidmat, masjid dan lain-lain.

Sebagai makluman kepada Yang Berhormat Bayan Lepas, syarikat yang dilantik adalah mengikut proses ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan ia dipantau

oleh pihak-pihak berkenaan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan yang tidak diingini. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan diangkat untuk siasatan pihak Bahagian Penerangan Kerajaan

Negeri tentang kemungkinan Buletin Mutiara disalahgunakan. Justeru kita berharap bahawa wakil rakyat dan juga pihak-pihak lain dapat bersama kongsi

serta menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan bagi tindakan lanjut pihak pentadbiran. Ini adalah kerana amat penting naskah penerbitan Kerajaan Negeri

sampai kepada kumpulan sasaran agar polisi-polisi Kerajaan Negeri dapat dikongsi oleh seluruh rakyat negeri ini. Selain cetakan penerbitan, platform secara talian Buletin Mutiara turut diperkasakan dari semasa ke semasa demi

sebaran maklumat-maklumat terkini. Semua laporan yang dimuatnaik adalah yang terkini dan dipelbagaikan dengan laporan khas terutamanya dalam

mengetengahkan pencapaian Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi penerbitan video serta info grafik khas yang dipaparkan di laman-laman sosial sebagai panduan semua pihak.

Di samping itu, di bawah MMK Komunikasi juga, turut dianjurkan program-program penerangan berbentuk perpaduan dan sosial memfokuskan kepada

komuniti setempat tanpa mengira latar belakang lapisan masyarakat dari semasa ke semasa. Sebagai tambahan, saya ingin berkongsi dengan Dewan ini mengenai situasi terkini ancaman siber di Pulau Pinang. Dari tempoh 1 Januari 2019 hingga

31 Mei, laporan statistik insiden keselamatan siber mencatatkan 21 kes dengan hanya membabitkan jenis insiden penghosan perisian merbahaya (malware

hosting) daripada enam jenis insiden keselamatan siber yang tersenarai. Justeru, dalam kita berjinak-jinak dengan media sosial terutamanya dalam menggunakan ia sebagai saluran penyebaran maklumat, semua pihak perlu memahami ancaman

keselamatan yang dibawanya. Ancaman keselamatan adalah seiring dengan pembangunan negara dan ia merupakan satu bidang yang luas serta

dinamik. Justeru, saya menyeru supaya semua pihak meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kesedaran berhubung keselamatan siber demi mengekalkan keharmonian di Negeri Pulau Pinang.

Dato’ Yang di-Pertua, mengenai 68 janji manisfesto Kerajaan Pakatan Harapan. Ini nampaknya merupakan regular report card kepada Dewan tentang

setakat mana janji pilihan raya telah ditunaikan. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menepati 43 janji manifesto, 20 sedang dilaksanakan, dua (2) ditangguhkan selepas kajian semula, manakala tiga (3) manifesto memerlukan kelulusan

Page 84: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

84

daripada Kerajaan Persekutuan. Antara manifesto yang telah ditetapi adalah menghadkan jawatan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal sahaja, melantik

Ketua Pembangkang sebagai Pengerusi PAC, peruntukan RM150 juta untuk melaksanakan projek tebatan banjir, peruntukan RM15 juta untuk perkhidmatan

bas percuma dan lain-lain lagi. Manakala antara manifesto yang sedang dilaksanakan adalah projek tiga lebuh raya utama dan terowong dengan Pakej 2 iaitu lebuh raya dari Bandar Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu telah

pun dimulakan pada 31 Oktober, pelaksanaan projek Penang Transport Master Plan, pemasangan 20,000 tiang lampu LED menjelang tahun 2020, mewujudkan

Penang Arts District dan lain-lain. Dua (2) manifesto yang ditangguhkan ialah Program Penang Sihat dan bantuan kos sara hidup RM1,000.00 kepada kaum wanita dan ibu dari keluarga berpendapatan kurang dari RM2,000.00 sebulan

kerana terdapat pertindihan dengan program-program yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Program MySalam dan Peka

B40.

Manakala, manifesto yang melibatkan persetujuan Kerajaan Persekutuan dan masih dalam tindakan Kerajaan Negeri adalah menuntut pengagihan hasil

cukai yang saksama, memohon kebenaran supaya Kerajaan Negeri dapat meluluskan hak milik kekal untuk rumah kos rendah dan sederhana rendah secara

percuma dan pembangunan sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia di negeri ini.

Dato’ Yang di-Pertua, ada dua, tiga isu lagi, berhubung dengan pembangunan hotel di Bukit Bendera, Kerajaan Negeri mengambil maklum atas petisyen yang telah digerakkan oleh pihak NGO berhubung dengan pembangunan

hotel di Bukit Bendera. Sememangnya Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan produk pelancongan yang berkualiti dan persekitaran yang kondusif

demi keselesaan dan menarik lebih ramai pelancong tempatan mahupun antarabangsa ke Bukit Bendera. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga peka dengan keperluan untuk melindungi keindahan semula jadi flora dan fauna

di Bukit Bendera. Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri akan meneliti semula konsep pembangunan banglo-banglo di atas Bukit Bendera dengan

pembangunan low-density, eco-friendly boutique hotel melalui pelawaan RFP. Selain itu, komponen pembangunan akan berpandukan kepada Sustainable Development Goals atau SDG selaras dengan MoU yang telah dimenterai antara

Kerajaan Negeri iaitu CMI dengan pihak United Nation Habitat untuk pembangunan mampan.

Perpustakaan Digital Pulau Pinang. Ramai wakil rakyat di dalam Dewan ini telah memuji inisiatif dan kejayaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan Perpustakaan Digital Pulau Pinang atau Penang Digital Library yang pertama dan

satellite PDL di setiap daerah dan terkini dengan pelancaran Digital Library Batu Maung pada 2 November 2019 di Daerah Barat Daya. Manakala, Digital Library

Butterworth telah siap 85 peratus dan dijangka dirasmikan pada awal tahun 2020.

Selaras dengan saranan Yang Berhormat Air Putih berkenaan Revolusi

Industri 4.0 dan jalur lebar 5G, CMI dengan kerjasama Syarikat Keysight Technologies dan Huawei akan membangunkan sebuah makmal IoT berinovasi

yang menggabungkan Artificial Intelligent dan Virtual Reality sebagai pusat pembelajaran di Penang Digital Library Fasa 2. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat KOMTAR untuk penyediaan Perpustakaan Digital di KOMTAR, pihak

Page 85: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

85

Kerajaan Negeri akan meneliti sama ada di UTC yang akan disiap operasi pada pertengahan tahun akan datang, satu sudut akan disediakan untuk tujuan ini

sebab kita tahu bahawanya UTC akan dapat menarik ramai pengunjung yang memerlukan perkhidmatan pihak Kerajaan Persekutuan khususnya dan mungkin

perkhidmatan Digital Library secara berskala lebih kecil boleh disediakan dan pihak bertanggungjawab akan teliti.

Saiz Perkhidmatan Awam dapat perhatian daripada Yang Berhormat

Permatang Pasir seperti mana saya nyatakan dalam ucapan apa yang berlaku tidak akan membabitkan penjawat awam yang sedia ada dan cuma pengurangan

dari kekosongan yang wujud dan memandangkan dalam zaman digital maka dengan pengguna pelbagai teknologi pintar, Data Raya, Data Analitik, Data Terbuka dan sebagainya maka penjawat awam dapat memberi perkhidmatan

yang lebih cekap dengan menggunakan teknologi baru ini.

Indeks Kemakmuran, isu yang terakhir. Kerajaan Negeri telah

menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan UN Habitat pada 6 Oktober tahun lepas dan saya bersama delegasi Kerajaan Negeri telah menghadiri Persidangan Pertama United Nation’s Human Settlements Programme

atau UN Habitat di Nairobi, Kenya pada bulan Mei 2019. UN Habitat akan berkolabrasi untuk penyediaan serta pelaksanaan Indeks Kemakmuran

Bandaraya atau City Prosperity Index CPI bagi menilai impak sesuatu projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selaras dengan Sustainable Development Goals

(SDGs) dan New Urban Agenda (NUA) agar dapat mencapai Visi Penang2030.

Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan bagi Persidangan Dewan Undangan Negeri….(gangguan).

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Minta laluan. Terima kasih Yang Amat Berhormat telah sampai ke

penghujungnya. Cuma dalam perbahasan saya, saya menyentuh betapa perlunya UTC di Daerah Barat Daya, mungkin ada apa tu perancangan di masa-masa akan datang sebab sekarang ni semua urusan rasmi berada di Timur Laut. Jika boleh

dilaksanakan di masa-masa akan datang, hanya cadangan untuk kemudahan di sana. Itu saja.

YAB. Ketua Menteri:

Yang Berhormat perlu minta bukan UTC, RTC yang perlu diminta, Rural Transformation Center, ya. So, kalau urban dia tidak akan lulus. Pihak Kerajaan

Negeri akan ambil maklum cadangan Yang Berhormat supaya RTC boleh juga diwujudkan. Satu RTC memang diwujudkan di SPS. Sudah tutup, tak mampan.

Sudah tutup di Seberang Perai Selatan memang ada RTC tetapi tidak lagi beroperasi.

Jadi sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan bagi persidangan

Dewan Undangan Negeri kali ini, saya benar-benar berharap agar Belanjawan 2020 yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri ini akan berjaya mencapai tema

“Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama” yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini juga, izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua barisan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Page 86: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

86

Negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, jentera Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, sektor swasta dan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang

yang selama ini bersama-sama mendokong aspirasi Kerajaan Negeri dan membolehkan kejayaan demi kejayaan dikecapi bersama.

Akhir sekali, saya juga ingin menyeru kepada seluruh rakyat di negeri ini agar sentiasa bersatu-padu, berganding bahu dan hormat-menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sesungguhnya, keharmonian yang dikecapi

oleh rakyat ketika ini sangat mahal harganya dan wajib dipertahankan sampai bila-bila.

Sekian, Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Kota. Ahli-ahli Yang Berhormat

saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi penggulungan yang telah pun ditamatkan

sebentar tadi.

Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 dibacakan bagi kali yang kedua.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Ya.”

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Sebulat suara Rang Undang-Undang diterima dan dipersetujui.

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk bagi perkhidmatan

tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan di dalam

Jawatankuasa Perbekalan.

Setiausaha Dewan:

“Jadual”.

Page 87: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

87

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.01 – Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan

RM176,506,552.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM176,506,552.00 sahaja untuk Kepala B.01 adakah menjadi sebahagian

daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.02 – Pejabat Tanah dan Galian – RM11,303,388.00 sahaja.

Bahawanya jumlah wang sebanyak RM11,303,388.00 sahaja untuk Kepala B.02 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.03 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut – RM7,090,384.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM7,090,384.00 sahaja untuk Kepala B.03 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.04 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya –

RM6,624,098.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM6,624,098.00 sahaja untuk Kepala B.04 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.05 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Seberang Perai Utara – RM8,227,000.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM8,227,000.00 sahaja untuk Kepala B.05 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

Page 88: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

88

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.06 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Seberang Perai Tengah

– RM8,231,048.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM8,231,048.00 sahaja untuk Kepala B.06 adakah menjadi sebahagian daripada

Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.07 – Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Seberang Perai Selatan

– RM6,526,044.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM6,526,044.00 sahaja untuk Kepala B.07 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.08 – Jabatan Pengairan dan Saliran – RM41,722,901.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM41,722,901.00 sahaja untuk Kepala B.08 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.09 – Jabatan Perhutanan – RM3,769,041.00 sahaja. Bahawanya

jumlah wang sebanyak RM3,769,041.00 sahaja untuk Kepala B.09 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.10 – Jabatan Taman Botani – RM5,227,380.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM5,227,380.00 sahaja untuk Kepala B.10 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

Page 89: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

89

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.12 - Jabatan Keja Raya – RM38,382,017.00 sahaja. Bahawanya

jumlah wang sebanyak RM38,382,017.00 sahaja untuk Kepala B.12 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.13 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam – RM20,707,270.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM20,707,270.00 sahaja untuk Kepala B.13

adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.14 – Jabatan Kebajikan Masyarakat – RM10,726,220.00 sahaja.

Bahawanya jumlah wang sebanyak RM10,726,220.00 sahaja untuk Kepala B.14 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.15 – Jabatan Perancang Bandar dan Desa – RM4,825,996.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM4,825,996.00 sahaja untuk Kepala

B.15 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.16 – Jabatan Kewangan Negeri – RM381,835,140.00 sahaja.

Bahawanya jumlah wang sebanyak RM381,835,140.00 sahaja untuk Kepala B.16 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

Page 90: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

90

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.17 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar - RM6,556,690.00 sahaja.

Bahawa sejumlah wang sebanyak RM6,556,690.00 sahaja untuk Kepala B.17, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.18 Jabatan Pertanian - RM8,507,895.00 sahaja. Bahawa sejumlah wang sebanyak RM8,507,895.00 sahaja untuk Kepala B.18, adakah menjadi sebahagian

daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.19 Jabatan Mufti - RM2,903,506.00 sahaja. Bahawa sejumlah

wang sebanyak RM2,903,506.00 sahaja untuk Kepala B.19, adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kepala B.20 – Jabatan Kehakiman Syariah - RM7,762,970.00 sahaja. Bahawa sejumlah wang sebanyak RM7,762,970.00 sahaja untuk Kepala B.20,

adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang ini baru. Kepala B.21 – Jabatan Pendakwaan Syariah -

RM1,083,610.00 sahaja. Bahawa sejumlah wang sebanyak RM1,083,610.00 sahaja untuk Kepala B.21 adakah menjadi sebahagian daripada Jadual?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

Setiausaha Dewan:

Fasal 1

Page 91: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

91

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Fasal 1, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

Setiausaha Dewan:

Fasal 2

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Fasal 2, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-Undang bernama‚ Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi

tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Tajuk penuh dan fasal yang mengundangkan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Dewan bersidang semula.

YAB. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 telahpun dipertimbangkan sefasal

demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali ketiga serta diluluskan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang

Undang-Undang dibacakan bagi kali ketiga serta diluluskan. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan “Ya”.

Page 92: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

92

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Semua setuju.

Setiausaha Dewan:

Enakmen Perbekalan Tahun 2020. Maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali

ketiga dan diluluskan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seterusnya masalah yang kita hadapi sekarang adalah Usul yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

yang berbunyi “Bahawa Dewan ini meluluskan perbelanjaan sebanyak RM269,342,435.00 yang tertera dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2020 yang

dibentangkan sebagai Risalah Dewan Bilangan 7 Tahun 2019 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah diguna bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Permohonan bagi tahun 2020 itu”.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang setuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan:

“Ya.”

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui dengan semua setuju.

Setiausaha Dewan:

Usul daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Perai.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Dipersilakan Perai.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Tuan Yang di-Pertua bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan penubuhan

Akaun Amanah Perubatan Negeri Pulau Pinang dengan mengambil kira asas-asas seperti berikut :

(a) Kerajaan Negeri akan membuat penyaluran peruntukan untuk pembayaran perbelanjaan kemudahan perubatan dan jumlah

Page 93: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

93

penyaluran adalah berdasarkan prestasi perbelanjaan yang akan dipantau oleh Kerajaan Negeri; dan

(b) Akaun Amanah Perubatan Negeri Pulau Pinang ini akan digunakan bagi tujuan terimaan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan bayaran

perbelanjaan kemudahan perubatan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, Perintah Am Bab F, Perubatan tahun

1974 menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah

layak diberi kemudahan perubatan secara percuma di hospital/klinik kerajaan. Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan oleh seorang pegawai atau pesara perkhidmatan awam Persekutuan atau ahli keluarga

mereka yang berkelayakan tidak dapat diperolehi di hospital/klinik kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh diperolehi di hospital/klinik agensi swasta

atas tanggungan kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009. Perintah Am Bab F ini juga lain-lain Perintah

Am adalah terpakai untuk penjawat awam di Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri

(Saraan) 1980 menetapkan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri adalah layak diberi kemudahan rawatan dan perubatan serta bayaran wad

secara percuma di hospital di hospital/klinik kerajaan.

Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, pada masa ini peruntukan yang digunakan bagi membiayai bayaran kemudahan perubatan yang tidak dapat

diperolehi di hospital/klinik kerajaan melibatkan Anggota Pentadbiran, ADUN, mantan ADUN, Penjawat Awam Negeri termasuk ahli keluarga dan pesara negeri

adalah daripada peruntukan Bajet Mengurus di bawah B.16 Jabatan Kewangan Negeri di mana setiap permohonan yang diluluskan akan diuruskan pembayaran oleh Seksyen Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tuntutan kemudahan perubatan ini hendaklah dibayar dalam tahun kewangan semasa dengan menggunakan peruntukan tahun semasa, namun

begitu tuntutan kemudahan perubatan ini didapati tidak dikemukakan dalam tahun semasa terutamanya dari golongan pesara atas pelbagai sebab. Antaranya ialah jumlah tuntutan yang kecil dan dikumpul sebelum dikemukakan untuk

bayaran dan pemohon menetap di luar Pulau Pinang. Perkara ini adalah diluar kawalan pentadbiran PSUKPP dan bayaran perlu dibuat di bawah arahan

perbendaharaan AP58(a). Bayaran di bawah AP58(a) merujuk kepada bayaran yang memerlukan kebenaran khas bagi membayar perbelanjaan mengurus yang dikemukakan pada tahun semasa berkaitan dengan pertanggungan yang kena

bayar pada atau sebelum hujung tahun kewangan yang sama.

Pentadbiran PSUKPP telah mendapat teguran daripada Jabatan Audit

Negara cawangan Negeri Pulau Pinang berikutan bilangan permohonan bayaran perubatan yang diluluskan di bawah AP58(a) yang tinggi sejak tahun 2012 hingga 2018. Di mana sebelum bayaran ini dapat diselesaikan dalam tahun semasa dan

dibayar dalam tahun kewangan berikutnya disebabkan kelewatan permohonan yang diterima terutama dari golongan pesara.

Page 94: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

94

Pembayaran di bawah AP58(a) yang tinggi ini menerminkan kelemahan pengurusan kewangan di pentadbiran PSUKPP. Sehubungan dengan itu, bagi

menggelakkkan pembayaran di bawah AP58(a) ini berulang dimasa hadapan, maka Akaun Amanah Perubatan Negeri Pulau Pinang Di Bawah Seksyen 10, Akta

Tatacara Kewangan 1957 dicadang ditubuhkan dan perlu mendapatkan kelulusan Dewan Undangan Negeri. Penubuhan Akaun Amanah ini tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan kepada Kerajaan Negeri serta bertujuan untuk

mengakaunkan segala terimaan daripada peruntukan Kerajaan Negeri dan bayaran berkenaan kemudahan perubatan melibatkan Anggota Pentadbiran,

ADUN, mantan ADUN, Penjawat Awam Negeri dan Pesara Negeri.

Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, kertas cadangan penubuhan Akaun Amanah Perubatan Negeri Pulau Pinang telahpun dibentangkan dalam Mesyuarat

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan 31 tahun ini pada 18 Oktober 2019 dan disahkan pada hari yang sama selaras dengan peraturan kewangan yang

sedang berkuatkuasa. Saya mengangkat usul penubuhan Akaun Amanah Perubatan Negeri Pulau Pinang untuk perhatian, pertimbangan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Saya perlukan sokongan atas usul.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Sungai Puyu. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita dalam sesi perbahasan atas usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kawasan Perai. Maka

saya ingin menjemput sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan atas usul ini.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Dato‘ Speaker, saya ada beberapa pertanyaan. Yang pertama ialah berkaitan dengan usul ini. Satu kertas cadangan yang telah diluluskan oleh Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak dibekalkan kepada Ahli-Ahli Backbencher dan perkara ini juga kita tidak ada maklumat yang teperinci seperti apa yang

disebutkan oleh Ahli Perai. Tak ada apa-apa risalah dalam Sidang DUN ini. So, saya harap sekiranya pihak barisan EXCO ada apa-apa usul bolehlah untuk memberi taklimat atau bagi kita semua supaya kita boleh melibatkan diri dengan

lebih mendalam tentang apa yang dicadangkan. Bagi saya, saya rasa sedikit confuse sebab kita tidak tahu apa latar belakang, rasional dia, so adalah baik

sekiranya Perai pada masa akan datang atau selepas ini sebab kita tidak tahu apa yang sudah berlaku sebab ini pun akan Akaun Amanah ini juga akan dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri. So, apakah keperluan untuk menubuhkan lagi

satu akaun yang baru lagi.

So, itu semua yang saya harap dapat penjelasan yang terperinci daripada

Ahli Kawasan Perai dan saya harap pada masa akan datang, jika Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri nak mendapatkan kelulusan daripada Sidang DUN ini bolehlah

Page 95: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

95

bagi kita lebih awal tentang isi kandungan dan maklumat-maklumat berkenaan usul tersebut. Sekian, terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Perai, sila. Tiada? Siapa yang ingin ambil bahagian boleh bangun sahaja.

Kalau tak ada, saya. Sila Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato‘ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya

ingin mengambil bahagian sedikit sahaja dalam perbahasan tentang cadangan kepada Perai berkaitan dengan Penubuhan Akaun Amanah Perubatan Negeri Pulau

Pinang. Bagi anggota Kerajaan Negeri termasuklah mungkin pesara-pesara. Kita memerlukan bayaran perubatan ataupun mendapat selain daripada perubatan hospital kerajaan, klinik kerajaan, kita perlu juga terlibat dengan mungkin ke IJN

dan sebagainya memerlukan kos perubatan bagi anggota kerajaan yang kurang berkemampuan, yang memerlukan kos yang agak tinggi. Jadi ini amat perlu bagi

anggota-anggota kerajaan dan juga pesara-pesara dan sebagainya dan mungkin sebelum ini kita menggunakan sumber direct daripada Kerajaan Negeri untuk membiayai dan asas untuk kita tubuhkan tabung ini, tabung amanah ini, akaun

amanah ini adalah untuk kita salurkan kewangan dalam satu akaun amanah untuk memudahkan kita menguruskan urusan pembayaran dan sebagainya tanpa

melalui satu bentuk red-tape ataupun birokrasi dalam kita nak menjelaskan pembayaran.

Maknanya setiap tuntutan yang terlibat akan terus kepada satu jawatankuasa dan menggunakan kewangan akaun amanah. Ini akan memudahkan pesara kerajaan dan juga anggota kerajaan yang amat memerlukan

dalam kuantiti yang, keadaan yang cepat, yang segera, kalau sakitnya kronik dan sebagainya, dia perlu segera. Jadi ini amat baik. Saya menyokong untuk faedah

semua anggota dan ini yang saya katakan di sini. Saya menyokong apa yang perlu dibuat untuk faedah kepada semua. Sekian, terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya just ada satu soalan ya. So selalunya kalau kita buka akaun amanah macam Perparitan, kita ambil dari pemaju kan? Kan pemaju dia bayar RM50,000 per ekar. So Akaun Amanah Perubatan ini datang dari mana? Oh! bajet.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Tadi Yang Berhormat tak dengar?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

I like totally macam YB., orang-orang lainlah. Kita orang macam, a bit terkejut kot. Saja nak tau jelah, tabung amanah ini datang dari mana? Kot sapa-

sapa nak bagi duit ke.

Page 96: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

96

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya rasa akaun ini untuk mempermudahkan lagi

urusan yang bersabitlah. Dan ini saya lihat adalah satu penstrukturan akaun saja. Aktiviti ini pun berlaku sekarang cuma dengan teguran daripada Audit, maka

ditubuhkan satu akaun khas untuk mempermudahkan dan perkasakan lagi, bayaran dan seterusnya. Maka saya lihat perlu masa untuk buat penggulungan, sila Yang Berhormat Perai.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Ya, terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih kepada juga Machang

Bubuk yang telah bangkit isu tentang tidak ada maklumat yang cukup dan ini perlu diedarkan sebelum ini dan sebagainya. Tapi cuma saya rasa ini bukan satu yang kontroversi. Ini secara langsung adalah satu penubuhan akaun amanah

supaya berdasarkan kepada Audit, Laporan Audit supaya apabila kita satukan apa ini, akaun ini, saya rasa proses pembayaran ini lebih licin, lebih, so jadi dan apa

yang berlaku sekarang ini adalah mungkin dia, apa dikatakan, overlap satu tahun ke tahun kemudian. Jadi ini jadi satu masalah kepada proses apa ni, penyimpanan akaun dan sebagainya. Apabila kita satukan akaun ini saya rasa, ini isu ini,

birokrasi ini tak jadi so ini, berdasarkan teguran daripada Audit, kita menubuhkan amanah ini dan bajet ini sepertimana dikatakan oleh Penanti, bajet adalah bajet

kerajaan.

So jadi saya rasa, itu salah satu usaha, saya rasa ini memang ternyatalah

satu usaha yang saya rasa lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Jadi saya juga sampai Ketua Pembangkang sokong sebab mungkin itu jadi penyokong, jadi peralihan dari sana ke sini. Jadi Yang di-Pertua, itulah maklumat yang saya beri,

perlu diberikan dan saya rasa inilah bukan satu yang kontroversi, satu proses di mana kita melicinkan proses pembayaran kepada ADUN, bekas ADUN dan

keluarganya supaya mereka dapat menikmati, apa ini, perubatan ataupun apa ni, kesihatan. Jadi terima kasih dan saya terus menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang sempat berbahas atas usul ini. Terima kasih kepada Perai yang telah pun buat penggulungan. Ahli-ahli

Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul daripada Yang Berhormat Ahli Kawasan Perai yang berbunyi seperti berikut;

“Bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan penubuhan Akaun Amanah

Perubatan Negeri Pulau Pinang dengan mengambil kira asas-asas seperti berikut:

(a) Kerajaan Negeri akan membuat penyaluran peruntukan untuk pembayaran,

perbelanjaan, kemudahan perubatan dan jumlah penyaluran adalah berasaskan prestasi perbelanjaan yang akan dipantau oleh Kerajaan Negeri dan;

(b) Akaun Amanah Perubatan Negeri Pulau Pinang ini akan digunakan bagi tujuan terimaan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan bayaran

perbelanjaan kemudahan perubatan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang”.

Page 97: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/NOVEMBER... · 2 laporan persidangan mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan undangan

97

Ahli-Ahli yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan:

“Ya”.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui sebulat suara.

YAB. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya

Dewan ini ditangguhkan sekarang.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat

sokongan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima

kasih di atas kerjasama semua sepanjang perjalanan persidangan Dewan ini. Dengan ini Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan

kelak. Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 5.40 petang.