Jurnal Minggu Praktikum

3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal : Pertama Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 13 April 2015 – 17 April 2015 Tajuk Jurnal : Ujian Diagnostik 1. Masalah / Peristiwa Masalah utama yang dihadapi pada minggu pertama ialah dari segi pengurusan ujian diagnostik. Kurangnya pengalaman dalam membina soalan diagnostik di samping masalah pengurusan kelas menjadi kekangan dan masalah di sepanjang minggu. Ujian diagnostik dijalankan untuk satu kelas sahaja pada satu masa sedangkan kelas lain sedang mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran menyebabkan keadaan agak bising dan murid saya kurang memberi tumpuan ketika menjalani ujian tersebut. Saya juga terpaksa memberi penerangan berkali-kali sebelum ujian berkenaan dijalankan. Selain itu, saya juga harus memberikan komitmen kepada tugasan lain di sekolah seperti menghadiri taklimat panitia dan menyediakan laporan taklimat panitia. Di samping itu, saya juga terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Khamis bermula jam 1.15 petang. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi gangguan kepada saya di dalam pelaksanaan tugasan berkaitan praktikum. 2. Analisis Masalah pengurusan ujian diagnostik timbul kerana kurangnya pengalaman saya di dalam membina soalan ujian tersebut. Agak teragak- agak sama ada soalan yang dibina itu bersesuaian dengan aras murid atau sebaliknya. Saya juga teragak-agak sama ada soalan tersebut bersesuaian dengan masa yang diperuntukan. Di awal pelaksanaan ujian, saya telah berpesan kepada murid untuk menyediakan alat tulis yang mencukupi

description

minggu1

Transcript of Jurnal Minggu Praktikum

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal

:Pertama

Minggu Praktikum

:Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian:13 April 2015 17 April 2015

Tajuk Jurnal

:Ujian Diagnostik

1. Masalah / Peristiwa

Masalah utama yang dihadapi pada minggu pertama ialah dari segi pengurusan ujian diagnostik. Kurangnya pengalaman dalam membina soalan diagnostik di samping masalah pengurusan kelas menjadi kekangan dan masalah di sepanjang minggu. Ujian diagnostik dijalankan untuk satu kelas sahaja pada satu masa sedangkan kelas lain sedang mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran menyebabkan keadaan agak bising dan murid saya kurang memberi tumpuan ketika menjalani ujian tersebut. Saya juga terpaksa memberi penerangan berkali-kali sebelum ujian berkenaan dijalankan.Selain itu, saya juga harus memberikan komitmen kepada tugasan lain di sekolah seperti menghadiri taklimat panitia dan menyediakan laporan taklimat panitia. Di samping itu, saya juga terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Khamis bermula jam 1.15 petang. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi gangguan kepada saya di dalam pelaksanaan tugasan berkaitan praktikum.

2. Analisis

Masalah pengurusan ujian diagnostik timbul kerana kurangnya pengalaman saya di dalam membina soalan ujian tersebut. Agak teragak-agak sama ada soalan yang dibina itu bersesuaian dengan aras murid atau sebaliknya. Saya juga teragak-agak sama ada soalan tersebut bersesuaian dengan masa yang diperuntukan. Di awal pelaksanaan ujian, saya telah berpesan kepada murid untuk menyediakan alat tulis yang mencukupi sebelum menduduki ujian.Ternyata pesanan saya kurang mendapat perhatian daripada murid dan mereka kurang bersedia dengan kelengkapan alat tulis yang mencukupi. Sehubungan dengan itu, terdapat segelintir murid yang mengambil masa agak lama untuk mengasah pensil menyebabkan masa terbuang begitu sahaja.3. Cadangan/tindakan susulan

Saya perlu pandai merancang dan membahagikan masa dengan baik sebelum melaksanakan aktiviti ujian diagnostik supaya ianya berjalan dengan lancar. Memahami situasi dan keadaan murid yang memerlukan lebih perhatian dan kesabaran Merancang aktiviti pembelajaran secara berkumpulan di mana murid diletakkan di dalam kumpulan berdasarkan keputusan ujian diagnostik (streaming) Tujuan aktiviti pembelajaran bersesuaian dengan aras pengetahuan dan pemahaman murid berkenaan.4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba menyelesaikan permasalah pengawalan kelas ini dalam masa seminggu. Bantuan dari guru pembimbing dalam bentuk nasihat amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini. Tugasan-tugasan lain di peringkat sekolah juga saya perlu selesaikan dalam tempoh terdekat kerana laporan penataran KSSR tersebut perlu dihantar PPD pada minggu hadapan.Disemak oleh Guru Penasihat/Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :