Jurnal permainan tradosional

15
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU CONGKAK Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia

Transcript of Jurnal permainan tradosional

Page 1: Jurnal   permainan tradosional

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

CONGKAK

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman

Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama

pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak

dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda

percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic

menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini

Jordan. 

Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang

sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah

getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan

congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.

Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak

lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari

kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-

dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan

pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada

tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu

jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu

mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga

buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil

buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka

permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan

pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia

dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga

pihak lawan mengaku kalah.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:48 AM 0 pendapat

PERMAINAN TRADISIONAL CINA

MAHJONG

Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将,

pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untuk

empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa

Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun:

Page 2: Jurnal   permainan tradosional

Mājan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi

yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian

juga sebagai permainan komputer.Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari

samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan

melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.

Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah membangunkan

permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan

permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang

mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang

diturunkan oleh Confucius. Zhōng ( 中 , harfiah tengah) Merah, Fā ( 發 , harfiah kemakmuran) Hijau, Bái ( 白 , harfiah putih)

Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini.

Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada 中国 (zhōngguó) — nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga

mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud

burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan

Confucius sebagai pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan

permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang

disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí (葉子), secara

harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa

dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah

sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah

mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori

menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan

tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah

mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di

bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini

diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang

sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan,

permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina.

Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur

Kantonis.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:28 AM 0 pendapat

PERMAINAN TRADISIONAL INDIA

KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional

India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan

meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa

Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan

Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga

kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu

Page 3: Jurnal   permainan tradosional

permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan

adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi

pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit

setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada

pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak

lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan

meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan

tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan

meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya

sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan

meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah

di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar,

pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala

semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi

akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri

daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:12 AM 6 pendapat

PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG

Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat

keseronokan, mengisi masa lapang

ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara

berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu

diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang

kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga

kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan

sekarang akan dibincangkan selepas ini.

Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang

melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan

dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk

memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer

yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan

hubungan antara manusia seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan

pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau

tidur semata-mata untuk bermain permainan tersebut.

Page 4: Jurnal   permainan tradosional

Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang berunsur ganas

seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang mendapat

sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan

minda golongan orang muda zaman ini.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:59 AM 0 pendapat

KESIMPULAN

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang

sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi

semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran

zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak

mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak,

layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh

diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan

silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara

warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut

sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan

menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka

hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga

juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi

memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang…

Page 5: Jurnal   permainan tradosional

PENGENALAN

NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI CA 08059 

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:46 AM 1 pendapat

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

NAJIHAH YAAKOB CA 08116 

Sepak Raga Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa

sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk

Page 6: Jurnal   permainan tradosional

lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:22 AM 0 pendapat

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:16 AM 1 pendapat

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

NASIHA AMIRA ZAINAL ABIDIN CA 08046 

Mahjong Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:54 AM 1 pendapat

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:35 AM 0 pendapat

Xiang Qi

Page 7: Jurnal   permainan tradosional

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:31 AM 0 pendapat

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya

mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:16 AM 0 pendapat

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

SITI NASUHA AZMAN CA08064 

Kho-kho 'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana

seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah

Page 8: Jurnal   permainan tradosional

menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 6:49 AM 0 pendapat

Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. 

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga. 

Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. 

Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. 

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan. 

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk

Page 9: Jurnal   permainan tradosional

1 malaysia idqak menghapuskan identiti kaum

SEBAGAI sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berusaha memantapkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Pelbagai kegiatan berkaitan dengan pembentukan bangsa atau negara dilaksanakan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Para pemimpin pelbagai kaum dan agama berganding bahu membentuk satu negara berwawasan dan aman. Hasil persefahaman, gabungan idea dan aktiviti, akhirnya gagasan 1Malaysia menjadi slogan perjuangan kerajaan.

Gagasan 1Malaysia berdasarkan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama. Ia bukan satu perancangan untuk menghapuskan identiti kaum dan agama. Rakyat Malaysia sepatutnya memahami usaha kerajaan membentuk satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warga negara yang menganut pelbagai budaya dan agama, bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama.

Kerajaan ingin memperkukuhkan polisi dan dasar di mana setiap keperluan asas dan infrastruktur untuk masyarakat dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat bandar atau luar bandar. Pelbagai kementerian ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikan setiap perancangan dan program dapat dilaksanakan secara progresif dan proaktif.

Kerajaan Malaysia lebih menumpukan perhatian kepada pembentukan bangsa bercirikan identiti budaya dan agama yang pelbagai. Ini merupakan salah satu ciri tamadun yang dibina oleh umat Islam ketika berada dalam era tamadun yang gemilang. Dalam sebuah empayar Islam, masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai budaya dan tradisi hidup dengan aman bersama masyarakat bukan Islam yang amat berbeza agama dan budaya.

Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk mengintegrasikan budaya dan agama setiap kaum dalam negara ini menjadi satu agama atau budaya warga negara Malaysia. Tindakan begini bertentangan dengan fitrah ajaran Islam dan ciri tamadun dalam Islam. Urusan berkaitan dengan rumah ibadah dan hal-hal keagamaan adalah urusan peribadi setiap kaum. Kerajaan hanya menumpukan perhatian kepada perpaduan kaum.

Setiap kementerian yang ditubuhkan mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Oleh itu, setiap individu yang diberi kuasa untuk mengeluarkan peruntukan dan merancang aktiviti bagi kepentingan masyarakat perlu memahami bidang kuasa masing-masing supaya sikap dan tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan dasar dan objektif kementerian.

Setiap individu yang memegang teraju kepimpinan negara sepatutnya memahami gagasan 1Malaysia secara menyeluruh supaya kegiatan dan tindakan mereka tidak menjejaskan prinsip dan definasi konsep tersebut. Mereka merupakan orang yang mencerminkan dasar dan polisi negara. Kejahilan dalam memahami konsep 1Malaysia menjadi faktor utama menyebabkan individu tertentu sering bertindak bertentangan dengan pengertian konsep tersebut. Perkara ini berlaku akibat terlalu ghairah untuk mendapat sokongan masyarakat tertentu dan pujian daripada pucuk pimpinan negara sehingga terlupa asas dan hukum-hakam Islam berhubung dengan akidah Islam.

Gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan negara mempunyai batas dan kriteria tertentu yang mana ia tidak akan menjejaskan akidah dan keyakinan umat Islam terhadap kesucian agama Islam. Perkara ini sepatutnya difahami para pemimpin supaya tindak tanduk mereka tidak menghakis keyakinan rakyat dan umat Islam bahawa gagasan 1Malaysia hanya menumpukan perhatian kepada aspek pembentukan negara.

Page 10: Jurnal   permainan tradosional

Perkara berkaitan dengan keadilan dan kesaksamaan dalam menikmati kekayaan negara dan pembinaan tamadun yang unik dan pelbagai merupakan ciri tamadun Islam yang dikenali sebagai unity in diversity.

Jika gagasan 1Malaysia dianggap sebagai satu usaha untuk mengintegrasikan kaum dan agama dalam perspektif yang liberal, maka usaha tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana setiap agama mempunyai batas dan aspek toleransi tertentu. Agama Islam amat prihatin dalam aspek keteguhan akidah Tauhid dan toleransi terhadap agama lain.

Hak-hak yang diperuntukkan kepada umat Islam oleh kerajaan perlu disalurkan kepada umat Islam untuk menyemarakkan agama Islam, bukan menggunakan peruntukan tersebut bagi kepentingan politik individu tertentu sehingga terkeluar daripada batas akidah Islam. Bidang kuasa yang diberikan oleh kerajaan kepada institusi yang menerajui hal ehwal umat Islam sepatutnya tidak disalahgunakan bagi kepentingan politik kerana ia merupakan satu amanah yang berat bagi menyemarakkan syiar Islam.

Malaysia merupakan negara Islam yang menuju ke arah tamadun Islam di rantau Asia. Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan bagi menaikkan syiar dan dakwah Islam tanpa mengenepikan kebebasan beragama kepada masyarakat bukan Islam. Kekuatan dan keteguhan agama Islam bergantung kepada usaha dan kegigihan institusi agama Islam dan masyarakat Islam.

Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai peruntukan dan kemudahan kepada institusi agama Islam dan umat Islam. Justeru berusaha dan proaktif menyemarakkan agama Islam bukan hanya menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan politik sehingga tidak menghiraukan batas akidah dan syariah Islam.

KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama

di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga

merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya

termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Orang Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..

Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..

Permainan : congkak, gasing, wau..

Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..

Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji

Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..

Kepercayaan : Agama Islam

Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..

Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..

Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.

Permainan : catur cina

Alat muzik : gitar bulan, dram,

Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan

Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..

Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian

Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..

Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,

Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..

Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya

Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam

Page 11: Jurnal   permainan tradosional

Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam

Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini

sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan

berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan

mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri

mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,

mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam,

iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama

mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

Terdapat banyk suku di Malaysia. Antaranya:-

Suku Bajau

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan

Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau

adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir

pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini

masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.

Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan

kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat

Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan

di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan

menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum

Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan

kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga

didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa

Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Suku Momogun Rungus

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah

pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau

sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.

Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk

asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun,

Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek

moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang

telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.

Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas

hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu,

Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah

penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus

Page 12: Jurnal   permainan tradosional

yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek

moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.

Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata

terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata

"momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun

Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu

"AGAMA" dan "LABUS".

AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada

"boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".

LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang

bermakna "keluar".

Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan

moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari

hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang

lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam

serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan,

Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai

Dayak Laut atau Dayak Dusun.

Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak

Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan

bahasa Momogun.

Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di

dunia.

Suku Brunei

Salah satu bangsa Melayu

Suku Tidong

Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.

Suku Tombonuo

Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.

Suku Iban

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada

jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya

menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-

temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan

kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran

dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.