Jurnal Reflektif Kit Pengajaran

download Jurnal Reflektif Kit Pengajaran

of 2

Transcript of Jurnal Reflektif Kit Pengajaran

  • 8/2/2019 Jurnal Reflektif Kit Pengajaran

    1/2

    JURNAL REFLEKTIF PENGALAMAN MENYEDIAKAN MAGIC LIGHT

    KIT

    NAMA : SITI PUSPA BINTI MOHD KAMSANNO K/P : 680116-01-6226NO METRIK : 1CSN1106065

    Menghasilkan Kit Pengajaran merupakan pengalaman dan cabaran baru bagi

    saya kerana sebelum ini kebiasaannya saya hanya menggunakan cd, carta atau

    model sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Pada mulanya, saya dan ahli kumpulan merancang beberapa konsep untuk

    menyediakan Kit Pengajaran tetapi akhirnya kami sepakat memilih Kit Pengajaran

    Magic Light Kit yang dicadangkan oleh rakan sekumpulan iaitu Khoo Siew Luang

    berdasarkan kepentingannya kepada guru Sains menyampaikan pengajaran Sifat-

    Sifat Cahaya dan lebih penting murid dapat menguasai objektif pengajaran yang

    dirancang. Sebelum ini, Guru-guru Sains Tahun 5 mungkin hanya menggunakan cd,

    carta atau lampu picit yang baterinya sudah kehabisan kuasa. Dengan terciptanya

    Magic Light Kit ini masalah seperti ketiadaan bateri dapat di atasi kerana Magic

    Light Kit menggunakan kuasa elektrik dan penggunaannya dapat meningkatkan

    keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Oleh itu, saya bercadang

    menyediakan sendiri Magic Light Kit untuk digunakan di sekolah saya nanti.

    Kekuatan Magic Light Kit ialah materialnya mudah ditempah. Tambahan

    pula, ia amat mudah digunakan di mana semua bahan yang perlu telah disediakan

    di dalamnya. Selain itu, Magic Light Kit mudah disimpan kerana ianya berbentuk

    kotak, saiznya yang sesuai dan ringan.

    Melalui perbincangan dan perancangan yang sistematik, Magic Light Kit

    dapat disiapkan pada masa yang dirancang walaupun terdapat beberapa masalah

    semasa menyiapkannya terutamanya dalam pemasangan mentol dan suis elektrik

    yang mana bantuan juruteknik elektrik diperlukan. Masalah lain ialah kesukaran

    mencantum sisi permukaan dan penggunaan gam gajah yang boleh merosakkan

    permukaan kit. Ada juga bahagian.-bahagian kit yang mudah tertanggal.

    Penggunaan gam yang sesuai dan berkualiti dapat mengatasi masalah tersebut.

  • 8/2/2019 Jurnal Reflektif Kit Pengajaran

    2/2

    Magic Light Kit dapat disiapkan dengan kuat dan kukuh berkat komitmen yang

    tinggi dalam kalangan ahli kumpulan.

    Kesimpulannya, tugasan ini membantu saya menjadi seorang guru yang

    berkesan dan akan sentiasa merancang untuk memberi pengajaran yang terbaik

    untuk disesuaikan dengan gaya pembelajaran.