Jurnal reflektif.docx

7
Jurnal reflektif Di sesebuah sekolah tandas menjadi tempat yang sangat penting kepada murid, guru dan kakitangan sekolah. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh mana – mana pihak. Terutamanya pembersihan kawasan tandas ini perlu diambil kira oleh pihak sekolah supaya dapat mewujudkan persekitaran yang nyaman dan ceria. Sebenarnya, tempat ini menjadi tempat untuk membersihkan diri, dan bersalin pakaian. Boleh juga dikatakan tandas merupakan tempat yang dikunjungi oleh murid – murid, guru – guru di sekolah dan kakitangan sekolah sekurang – kurangnya sekali dalam sehari. Oleh sebab itu, tandas perlu dikekalkan dengan baik dan standard yang tinggi. Disini kebersihan dan keindahan tandas amat penting supaya kuman tidak mudah merebak. Dalam persepsi saya setiap orang yang menggunakan kemudahan tandas adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan. Projek yang saya telah jalankan bagi membentuk kawasan tandas sekolah saya bersih dan indah ini telah membuahkan hasil yang baik. Dengan pelaksanaan projek ini memberi kesedaran kebersihan dan keindahan tandas kepada para guru dan pelajar. Dalam meneliti bangunan – bangunan dan kawasan persekitaran sekolah didapati keceriaan dan kebersihan tandas sekolah saya tidak begitu memuaskan. Perkara ini menjadi rasa tidak puas hati dalam diri saya dan saya mula untuk berusaha membuat sesuatu yang baru dalam meningkatkan lagi keceriaan tandas sekolah. Oleh sebab itu, selaku guru Kesihatan saya

Transcript of Jurnal reflektif.docx

Page 1: Jurnal reflektif.docx

Jurnal reflektif

Di sesebuah sekolah tandas menjadi tempat yang sangat penting kepada

murid, guru dan kakitangan sekolah. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh mana –

mana pihak. Terutamanya pembersihan kawasan tandas ini perlu diambil kira oleh

pihak sekolah supaya dapat mewujudkan persekitaran yang nyaman dan ceria.

Sebenarnya, tempat ini menjadi tempat untuk membersihkan diri, dan bersalin

pakaian. Boleh juga dikatakan tandas merupakan tempat yang dikunjungi oleh murid

– murid, guru – guru di sekolah dan kakitangan sekolah sekurang – kurangnya sekali

dalam sehari. Oleh sebab itu, tandas perlu dikekalkan dengan baik dan standard

yang tinggi. Disini kebersihan dan keindahan tandas amat penting supaya kuman

tidak mudah merebak. Dalam persepsi saya setiap orang yang menggunakan

kemudahan tandas adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan kebersihan dan

keindahan.

Projek yang saya telah jalankan bagi membentuk kawasan tandas sekolah

saya bersih dan indah ini telah membuahkan hasil yang baik. Dengan pelaksanaan

projek ini memberi kesedaran kebersihan dan keindahan tandas kepada para guru

dan pelajar. Dalam meneliti bangunan – bangunan dan kawasan persekitaran

sekolah didapati keceriaan dan kebersihan tandas sekolah saya tidak begitu

memuaskan. Perkara ini menjadi rasa tidak puas hati dalam diri saya dan saya mula

untuk berusaha membuat sesuatu yang baru dalam meningkatkan lagi keceriaan

tandas sekolah. Oleh sebab itu, selaku guru Kesihatan saya telah mengajurkan satu

akvitivi khidmat masyarakat iaitu projek “Tandas Bersih dan Indah’. Projek ini telah

dijalankan selama satu minggu supaya kerja pembersihan dan keceriaan dijalankan

dengan sepenuhnya.

Tambahan pula, semasa menjalankan projek membersihkan tandas ini

dengan guru – guru dan murid sekolah, saya amat gembira dan rasa berpuas hati

kerana dapat membuat sesuatu projek yang bermanfaat kepada pihak sekolah.

Dalam pada ini saya telah mengambil pelbagai langkah dengan AJK projek ini bagi

mewujudkan tandas yang bersih dan selesa menggunakannya. Antaranya ialah

Page 2: Jurnal reflektif.docx

guru-guru sekolah SJK(T) Ladang Elaeis telah mengecat dan melukis mural di

bahagian luar tandas. Selain itu, saya juga telah membuat jadual pembersihan

tandas supaya tugasnya dijalankan dengan lancar. Saya berasa gembira kerana

guru – guru sekolah saya begitu rajin dan besemangat dalam menjalankan projek ini

dengan jayanya. Mujur ada rakan sekerja saya yang membantu untuk menjayakan

projek khidmat masyarakat ini. Sebelum, memulakan projek ini saya telah

menyediakan kertas kerja dengan bantuan Guru Besar dan PIBG sekolah untuk

mencari bantuan modal bagi membeli barang – barang untuk kerja – kerja

pembersihan tandas sekolah dijalankan dengan baik dan sistematik. Sebelum

memulakan projek ini, saya juga telah memberi taklimat kepada guru-guru dan

murid-murid menngenai kerja – kerja pembersihan dan keceriaan.

Selain daripada itu, semasa menjalankan projek pembersihan tandas ini kerja

– kerja seperti menampal gambar tanda menunjukkan tandas lelaki dan tandas

perempuan telak dilekat pada pintu tandas supaya dapat dilihat dengan lebih jelas.

Selain itu, guru juga telah melekatkan sifir di bahagian dalam pintu tandas supaya

murid dapat membaca dan menghafalnya sementara menggunakan tandas.Selain

itu, telah menghiaskan tandas dengan bunga yang hidup dalam pasu. Peruntukkan

yang diberi dapat juga digunakan untuk memasang paip dan singki berdekatan

dengan tandas bagi memudahkan dan menggalakkan murid mencuci tangan

selepas menggunakannya. Sebelum ini, murid menggunakan singki yang terletak

berdekatan dengan makmal yang agak jauh sikit daripada tandas. Pemasangan

singki ini telah memudahkan murid-murid untuk mencuci tangan.

Selain itu, saya juga berasa terharu dengan guru – guru dan murid-murid

yang dapat memberi komitmen yang baik untuk melaksanakan kerja dalam projek

‘Tandas Bersih dan Indah’. Mereka telah mengeluarkan pelbagai idea-idea yang

kreatif semasa melakukan kerja penambahbaikan tandas. Mereka juga berasa

berpuas hati dengan pelaksanaan projek seperti ini. Dengan berbincang dengan

mereka saya mendapat thu bahawa projek seperti ini menanamkan sikap yang

positif dalam kalangan guru-guru dan murid-murid SJK(T) Ladang Elaeis. Melalui

aktiviti khidmat masyarakat ini guru telah mendidik amalan penggunaan tandas dan

Page 3: Jurnal reflektif.docx

dapat membentuk sikap yang terpuji. Projek tandas ini dapat membuka minda setiap

orang murid yang terlibat. Saya juga berasa berbangga kerana melalui aktiviti ini

para murid dapat mencurahkan bakti dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah

yang tercinta ini.

Dari segi refleksi individu dalam membentuk generasi yang akan datang,

antara pengalaman yang diperolehinya iaitu individu tersebut mendapat pengalaman

baru dalam menyediakan dan menceriakan tandas sekolah. Individu tersebut dapat

meningkatkan lagi semangat kerjasama antara rakan – rakan apabila melibatkan

secara aktif dalam aktiviti seperti ini. Sebagai contoh apabila, melukis mural di

dinding tandas akan membantu individu tersebut dapat menonjolkan bidang

keseniannya secara langsung. Tambahan pula, individu akan berasa bangga apabila

dipanggil untuk menjayakan projek pembersihan tandas ini. Secara tidak langsung,

nilai – nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan individu. Ini membentuk individu

yang rajin dan berkhidmat untuk masyarakat pada masa yang akan datang.

Untuk refleksi ibu dan bapa, ibu bapa berasa gembira dengan projek

pembersihan dan keceriaan tandas ini. Dengan ini, ibu bapa berpendapat bahawa

keceriaan sesebuah sekolah akan ditingkatkan dan dapat juga berlakunya

kerjasama antara semua pihak apabila menjalankan aktiviti khidmat masyarakat

seperti ini. Selain itu, melalui projek ini ibu bapa berpendapat bahawa anak –anak

mereka dapat memahami kepentingan kebersihan dan keindahan tandas .

Sekiranya tandas tidak diuruskan dengan baik, pelbagai penyakit berjangkit akan

dihidapi oleh pengguna seperti taun, demam kepialu, cirit-birit dan jangkitan cacing.

Selain itu, sekiranya tandas tidak diberi penjagaan yang khusus ianya akan menjadi

tempat pembiakan atau gangguan serangga terutamanya lalat. Tandas merupakan

tempat untuk kita membuang sisa makanan dan minuman dalam badan. Pada masa

yang sama, tandas dapat membantu pengguna menjaga kesihatan diri. Sehubungan

itu, ibu bapa berpuas hati dengan projek ini dapan menjadikan keadaan tandas

yang bersih dan menyenangkan.

Page 4: Jurnal reflektif.docx

Manakala refleksi dari seorang anak pula, dia berasa bangga kerana dapat

melibatkan diri dalam projek “Tandas Bersih dan Indah’. Penglibatan seorang anak

sebenarnya amat penting dalam menjayakan projek seperti ini. , projek ini dapat

mengamalkan satu nilai persahabatan di antara-murid-murid. Projek tandas bersih

dan indah ini dapat memberi banyak manfaat kepada sekolah. Dapat juga

memupuk semangat kerja berpasukan di antara anak – anak. Sebenarnya,

seseorang anak berpendapat iaitu dengan melibatkan diri membersihkan kawasan

tandas dapat juga meningkatkan kebersihan dan keindahan standard tandas

sekolah. Ini juga merupakan satu pengalaman yang berharga untuk semua anak

yang terlibat bagi menunjukkan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan

tandas yang bersih. Melalui projek ini juga dapat melahirkan anak yang seimbang

dari segi JERIS.

Saya juga mendapat respon refleksi dari ahli masyarakat majmuk di negara

kita berkaitan projek ini adalah sesuatu projek yang menghubungkan hubungan

silaturahim antrara masyarakat. Antaranya, kakitangan sekolah iaitu kerani dan

pengawal keselamatan yang berbangsa Bumiputra berpendapat bahawa projek ini

membantu menceriakan lagi kawasan sekolah. Bukan sahaja dari segi menceriakan

sahaja manakala ia juga dapat mewujudkan suasana yang nyaman dan memupuk

nilai – nilai moral yang tinggi terdapat pihak pentadbir dan kakitangan sekolah.

Mereka juga berasa rasa gembira kerana dapat turut sertai dalam projek ini.

Kegunaan tandas sekolah ini bukannya digunakan oleh guru dan murid yang

berbangsa India sahaja manakala ia turut digunakan oleh kakitangan sekolah yang

berbangsa Melayu. Dengan ini, pembersihan tandas amat memerlukan dan projek

seperti ini Mewujudkan tandas sekolah yang lebih bersih dan indah untuk

menyedarkan warga sekolah dan juga pentingnya pelbagai kemudahan di kawasan

sekolah.

Akhir sekali, refleksi terakhir yang saya perolehi dari seorang guru di SJK(T)

Ladang Elaeis adalah beliau berpendapat bahawa projek ini membantu semua pihak

memperoleh manfaat seterusnya memenuhi dan mencapai matlamat 3K. Guru juga

lebih mengatakan bahawa wujudnya pula iklim yang kondusif serta identiti sekolah

Page 5: Jurnal reflektif.docx

sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. Tambahan pula, sifir yang

ditampal di belakang pintu tandas membantu murid menghafal dan mengingat

kembali sifir yang diajar di dalam bilik darjah. Beliau berpendapat idea ini merupakan

suatu idea yang inovatif yang membantu meningkatkan pencapaian murid dalam

subjek Matematik. Guru juga tidak menafikan bahawa projek seperi ini mewujudkan

dan meningkatkan kejasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga

sekolah.

Oleh itu, kita semua masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab

dalam membentuk suasana tandas yang ceria di sesebuah sekolah. Sekiranya kita

tidak merancang dan membbersihkannya kesan yang buruk yang akan ditimpa

susah untuk dilalui. Dengan projek seperti ini secara tidak langsungnya, semua

pihak menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan projek seperti ini.