Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah...
description
Transcript of Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah...
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4
Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata
Pelajaran Matematik.
1.0 Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4
terhadap mata pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan
pertama, soal selidik minat murid, pemerhatian tidak berstruktur terhadap
murid dan guru terlibat serta temu bual murid dan guru Matematik terlibat.
Hasil tinjauan awal menunjukkan keputusan ujian bulanan pertama
(PKSR 1) murid darjah 4 Venus adalah paling rendah berbanding murid
daripada darjah 4 yang lain. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik kelihatan tidak
menyeronokkan, murid mengharapkan semua jawapan dari persoalan
aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) seperti dalam keadaan terkongkong dengan
berdasarkan buku teks semata-mata. Soal selidik daripada murid
menunjukkan 81 peratus responden merasakan minat terhadap mata
pelajaran tersebut semakin menurun. Perancangan kajian tindakan
difokuskan bagi meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran
Matematik dengan menjalankan aktiviti “Kad Interaktif Bernombor”.
Murid telah didedahkan kepada aktiviti “Kad Interaktif Bernombor”
selama 2 minggu mulai tarikh 3 Ogos 2009 sehingga 14 Ogos 2009 bagi
meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran
Matematik. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan kefahaman
serta minat murid terhadap mata pelajaran Matematik selepas aktiviti
“Kad Interaktif Bernombor” dijalankan.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 1
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
1.2 Penyataan Masalah
Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan Ujian Bulanan Pertama
(PKSR 1) dalam bulan Mac 2009, Peperiksaan Pertengahan Tahun
(PKSR 2) dalam bulan Mei 2009 dan Ujian Bulanan (PKSR 3) dalam
bulan Ogos telah memberikan tamparan hebat pada kewibawaan guru
Matematik Darjah 4 Venus. Perasaan kecewa, sedih dan pelbagai lagi rasa
perasaan negatif mula menyusuri guru Matematik kelas ini. Berdasarkan
ujian bulanan yang terbaru iaitu PKSR 3 telah dijalankan pada bulan Ogos
2009, daripada 27orang murid Darjah 4 Venus, hanya 3.70 peratus (1
orang murid) sahaja yang lulus dengan C, manakala 26 orang murid (96.3
peratus) Darjah 4 Venus kebanyakannya gred D dan E. Kami memberikan
tumpuan kepada murid Darjah 4 Venus kerana didapati kumpulan murid
ini berada di tahap kelulusan mereka paling rendah pada ketiga-tiga ujian
yang telah dijalankan di sekolah tersebut.
KelasPKSR 1 (Mac 2009)
A B C D E
4 Jupiter 1 20 12 3 -
4 Neptun - 2 15 15 1
4 Venus - - - 5 22
KelasPKSR 2 (Mei 2009)
A B C D E
4 Jupiter 13 15 8 - -
4 Neptun - 4 21 8 -
4 Venus - - - 9 18
KelasPKSR 3 (Ogos 2009)
A B C D E
4 Jupiter 12 16 8 - -
4 Neptun - 5 22 6 -
4 Venus - - 1 15 11
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 2
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Jadual 1: Analisis PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3 Bagi 4 Kelas Darjah 4 Sek.Keb Balok, Kuantan.
Maklum balas yang kami terima dari guru Matematik dan Guru Kelas
Darjah 4 Venus dalam temu bual yang telah diadakan ialah:
a) Murid tidak memahami isi kandungan buku teks kerana
buku teks di dalam Bahasa Inggeris.
b) Murid hanya mengharapkan semua jawapan dari latihan
dan soalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) daripada
guru sahaja.
c) Murid tidak memberi tumpuan di dalam kelas kerana tidak
memahami apa yang diucapkan oleh guru.
d) Murid seolah-olah tidak berminat atau hilang minat
mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)
mata pelajaran Matematik.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 3
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Kami telah mencadangkan kepada guru mata pelajaran Matematik untuk
mengatasi masalah yang mereka hadapi berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan namun kreativiti serta tindakan guru agak kurang
memberangsangkan. Keseluruhan pendapat memperlihatkan murid tidak
ada minat kerana sukar menguasai Bahasa Inggeris. Kami telah memberi
cadangan penggunaan kaedah Kad Interaktif Bernombor ketika
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan selepas pemerhatian
dilakukan setelah PKSR 3 diadakan. Mengikut pemerhatian ini, guru
didapati lebih gemar mengajar di dalam kelas dengan berpandukan Buku
Teks serta tidak menggunakan alat bantuan mengajar yang lain. Ini
menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran
Matematik menjadi bosan dan tidak menarik. Lebih menyedihkan, apabila
keadaan menjadi kelam kabut dan menghuru-harakan proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P & P). Perjalanan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) berjalan seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ untuk
menghabiskan sukatan pelajaran.
Kami rasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan
ini. Pada pandangan kami, keadaan tekanan yang tidak terkawal dari guru
dan murid boleh mendatangkan akibat yang amat negatif dalam proses
pendidikan. Kami telah menjalankan temu bual dengan murid Darjah 4
Venus secara rawak dan tidak formal mengenai proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) Matematik.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 4
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Maklum balas yang kami terima dari murid adalah seperti berikut:
a) “kami suka matematik, tetapi sejak cikgu ajar dalam
Bahasa Inggeris kami hilang minat.”
b) “kami tak tahu apa yang cikgu hendak dan apa yang buku
matematik hendak.”
c) “Bosan di dalam kelas, mengantuk dengar cikgu cakap.”
Pelbagai perkataan negatif yang keluar daripada kebanyakan mulut murid
yang kami temui. Mereka seolah-olah merasakan belajar Matematik satu
perkara yang terpaksa dan tidak menyeronokkan lagi. Markah rendah yang
diperoleh dalam ujian seolah-olah mengurangkan minat mereka untuk
mempelajari mata pelajaran Matematik dengan seronok dan tanpa tekanan.
Lantas, kami merasakan sebelum perkara ini sampai ke tahap kritikal, satu
kajian tindakan dengan bermatlamat agar kefahaman terhadap mata
pelajaran ini meningkat serta minat pelajar terhadap mata pelajaran
tersebut tidak semakin menurun. Kami juga ingin memperlihatkan kepada
guru Matematik Darjah 4 Venus bahawa pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) boleh dipelbagai dengan pelaksanaan Kad Interaktif
Bernombor.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 5
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman asas
Matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
serta minat murid Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan
Balok, Kuantan Pahang terhadap mata pelajaran
Matematik.
1.3.2 Objektif Khusus
i. Murid dapat memahami cara menggunakan Kad
Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Matematik.
ii. Murid dapat menggunakan Kad Interaktif untuk
menyelesaikan kemahiran-kemahiran asas
Matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab.
iii. Guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai
salah satu alat bantu mengajar dalam pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 6
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
iv. Untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran
Matematik dengan menggunakan Kad Interaktif.
v. Meningkatkan tahap penguasaan asas mata
pelajaran Matematik melalui Kad Interaktif.
1.4 Soalan kajian
a. Apakah tahap minat murid-murid Darjah 4 Venus
terhadap mata pelajaran Matematik?
b. Apakah sikap belajar murid Darjah 4 Venus terhadap
matapelajaran Matematik?
c. Adakah dengan menggunakan Kad Interaktif pencapaian
terhadap mata pelajaran Matematik di kalangan murid
Darjah 4 Venus akan meningkat?
d. Apakah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid
Darjah 4 Venus dalam matapelajaran Matematik?
1.5 Definisi Konsep
1.5.1 Murid
Murid merujuk kepada 27 orang murid Darjah 4 Venus,
Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan yang telah dijadikan
sampel untuk kajian tindakan ini.
1.5.2 Guru Matematik
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 7
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Merujuk kepada guru Matematik kelas tersebut yang akan
menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor sebagai
bahan & cara di dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran
(P & P)
1.5.3 Guru Kelas
Merujuk kepada guru kelas Darjah 4 Venus yang
menyokong tindakan guru Matematik dalam meningkatkan
kemahiran asas penguasaan Matematik khususnya operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi.
1.5.4 Matematik
Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai "ratu
kepada sains (ilmu pengetahuan)". Matematik selalunya
didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai
corak struktur, perubahan dan ruang atau dalam erti kata
lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik
juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan
struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik.
Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa
perbualan dan penulisan dengan kosa kata dan tatabahasa
yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami
hubungan fizikal dan konsep.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 8
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Albert Einstein pula menyatakan "sejauh mana
hukum-hukum matematik merujuk kepada realiti, maka
tiada kepastian baginya; dan sejauh mana kepastian wujud
bagi hukum-hukum tersebut; ia tidak merujuk kepada
realiti." Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada
konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, perubahan
dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya.
Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis
kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang,
melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik,
daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian
bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-
ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan
untuk merumuskan tekaan-tekaan kemungkinan baru dan
mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat
yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.
1.5.5 Kad Interaktif
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan
pengguna untuk berinteraksi dengan media yang
disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa
yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju
masing-masing semasa berinteraksi.
Kad Interaktif merupakan kepingan kad-kad manila kecil
yang di depannya dilekatkan gambar untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan berkesan (Gambarajah 1).
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 9
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Gambarajah 1: Contoh Kad Interaktif
1.6 Kepentingan Kajian
Kami telah berbincang dengan guru kelas dan guru matematik
mengenai masalah ini. Kedua-dua guru ini menggalakkan dan
memberi laluan positif kepada idea kami untuk penggunaan kad
interaktif bernombor pada proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P & P) yang akan dijalankan untuk kelas tersebut.
Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh
menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap
sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat kami kaedah pengajaran
guru Matematik tersebut boleh diperbaiki dari semasa ke semasa
mengikut profil kecerdasan murid di dalam kelas namun
kehilangan minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya
pada diri seorang murid khususnya dan sekolah amnya. Kami
yakin jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman serta
minat murid terhadap mata pelajaran ini atau sekurang-kurangnya
mengekalkan minat sedia ada. Selain daripada itu, guru Matematik
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 10
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
kelas tersebut dapat pula meneruskan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) menggunakan pelbagai pendekatan di dalam
kelas dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid
Darjah 4 Venus dalam mata pelajaran Matematik.
Jelaslah di sini bahawa kajian ini amat penting dari sudut
pembelajaran kerana ianya memberikan peluang kepada murid
untuk lebih memahami dan meminati mata pelajaran ini. Apabila
murid dapat menguasai asas matematik ini, maka teknik ini dapat
membantu murid untuk menguasai ke peringkat yang lebih tinggi.
Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu dalam proses
pengajaran kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid
berinteraksi antara satu sama lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat
menarik perhatian murid ketika proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) dijalankan.
Lantaran itu, kami telah merangka satu kaedah iaitu penggunaan
Kad Interaktif Bernombor dengan melibatkan seluruh murid
Darjah 4 Venus dan guru Matematik kelas tersebut. Tumpuan
tindakan saya adalah pada murid Darjah 4 Venus. Keadaan ini
disebabkan oleh perkara berikut:
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 11
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
a) Peratus kelulusan dalam PKSR 1, PKSR 2, & PKSR 3 paling
rendah dibandingkan dengan kelas darjah 4 yang lain.
b) Penguasan terhadap matematik amat penting bagi persediaan
menghadapi UPSR pada 2 tahun lagi.
c) Perlu mengekalkan minat dan menambahkan kefahaman murid
agar proses pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)
di dalam kelas oleh guru matematik lebih mudah disesuaikan.
1.7 Tempat Kajian
Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, 26100 Kuantan, Pahang Darul
Makmur.
1.8 Populasi dan Sampel Kajian
Semua murid Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan
Pahang iaitu sampel seramai 27 orang sebagai responden bagi memberi
peluang semua murid menyertai aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini.
Darjah 4 Venus mempunyai 12 orang murid perempuan dan 15 orang
murid lelaki berumur 10 tahun.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 12
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
1.9 Batasan Kajian
Mungkin keputusan tidak dapat mencukupi semua perkara atau boleh
memberi penyelesaian kepada semua perkara atau boleh memberi
penyelesaian kepada semua soalan berkaitan. Batasan-batasan boleh
wujud disebabkan oleh instrument, metodologi, pelaksanaan, masa,
logistik, kewangan, sampel dan kaedah analisis.
Selepas melalui proses kajian ini, kami mendapati beberapa
batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan. Antara batasannya adalah:
a. Masa
Dalam tempoh masa yang terhad, kami tidak dapat
menyempurnakan kepada sampel yang lebih ramai.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 13
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
b. Pengalaman
Oleh kerana kami tidak mempunyai pengalaman dalam
membuat kajian, menjadikan ianya batasan terhadap
kajian ini.
c. Keseragaman
Oleh kerana kajian ini berbentuk eksperimen yang
mana hanya satu kelas yang menggunakan Kad
Interaktif ini manakala kelas yang lain menggunakan
strategi pembelajaran tradisional. Jadi, hasil kajian ini
adalah tidak menyeluruh kepada semua murid darjah 4.
1.10 Kaedah Kajian dan Tinjauan Masalah
Sebelum memulakan kajian ini, kami juga telah menjalankan kajian
terhadap minat murid Darjah 4 Venus terhadap mata pelajaran Matematik.
Kajian telah menggunakan soal selidik untuk dijawab oleh kesemua
murid.
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan
pemerhatian, analisis peperiksaan pertengahan tahun dan ujian bulanan
kedua, temu bual dan soal selidik.
1.10.1 Pemerhatian
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 14
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan cara tidak
berstruktur. Kami memerhatikan perubahan tingkah laku
murid, “body language” dan pergerakan sebelum
mengikuti aktiviti Kad Interaktif Bernombor dan selepas
mengikuti aktiviti. Sebelum aktiviti dijalankan pelajar
kurang bermaya menjalani proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) mata pelajaran Matematik,
pergerakan murid di dalam aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) lambat dan “body language”
menunjukkan keadaan yang tidak berminat. Guru mata
pelajaran Matematik kelas ini sering terjerit-jerit atau
mengulang-ulang arahan semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P).
Kebanyakan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)
dihabiskan dengan proses mengawal pelajar yang
melakukan kerja-kerja lain dari arahan Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) mata pelajaran Matematik. Hanya
segelintir murid sahaja yang mendengar arahan tetapi
pergerakan begitu pasif dengan mengikut sahaja arahan
guru. Tiada wajah keseronokan murid dalam situasi
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Matematik. Guru
Matematik kelas ini tiada kesempatan waktu untuk
merangka kreativiti menghindarkan wajah-wajah tidak
bermaya murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P & P). Keseluruhan Pengajaran dan Pembelajaran
(P & P) berlangsung secara teori di dalam kelas. Murid
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 15
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
lebih banyak diarahkan menjawab soalan-soalan
berdasarkan Buku Teks Matematik dan kebanyakan murid
bergantung sepenuhnya kepada jawapan guru kerana
kurang mahir menggunakan operasi matematik untuk
menjawab soalan. Untuk menghindarkan tekanan
berpanjangan, guru Matematik ini hanya menggunakan
kaedah “spoon feeding” kepada murid. Memenuhkan
ruang-ruang di dalam Buku latihan telah mendatangkan
kepuasan pada guru dan murid, walaupun hakikat
kefahaman proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)
telah terpinggir. Penggunaan Buku Teks tidak
memberangsangkan. Penggunaan bekalan ICT (kadang
kala) yang ada hanya dapat merangsang pelajar untuk
menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) ala
kadar sahaja.
1.10.2 Analisa PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3
Graf 1 menunjukkan analisis PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3
menunjukkan keputusan yang tidak memuaskan. Daripada
27 orang murid Darjah 4 Venus, hanya 3.70 peratus
(1 orang murid) sahaja yang lulus dengan C, manakala 15
orang murid (55.5 peratus) mendapat gred D dan 11 orang
murid (40.7 peratus) mendapat gred E. Kami akan
menganalisis peningkatan prestasi akademik murid
berdasarkan ujian pos yang akan dijalankan selepas
aktiviti Kad Interaktif Bernombor.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 16
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
A B C D E0
2
4
6
8
10
12
14
16
Bilangan murid berdasarkan gred pada PKSR 3
Bilangan murid
Graf 1: Keputusan PKSR 3 (Ogos 2009)
1.10.3 Ujian Pra dan Pos
Ujian Pra dan Ujian Pos diberikan kepada kumpulan
sasaran untuk mengesan sejauh mana murid dapat
mengenal pasti cara menggunakan operasi nombor
(penggunaan terhadap opersai tambah, tolak, bahagi, dan
darab). Soalan hanya meminta murid menyelesaikan
masalah pengiraan ringkas yang melibatkan operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi. Ujian ini untuk
memperlihatkan kepada murid bahawa penguasaan
terhadap operasi pengiraan amat penting. Ujian Pos
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 17
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
diberikan selepas murid menjalani aktiviti Penggunaan
Kad Interakrif Bernombor selama 2 minggu. Set soalan
Ujian Pos merupakan set soalan yang sama dengan Ujian
Pra.
1.10.4 Soal Selidik Minat
Jenis Soal Selidik Dikotomus digunakan dalam soal
selidik bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap
pernyataan minat serta kesukaran responden terhadap mata
pelajaran Matematik dengan menggunakan skala pengukur
“Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik telah disediakan
dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum
balas murid mengenai minat mereka terhadap mata
pelajaran Matematik sebelum aktiviti Penggunaan Kad
Interaktif Bernombor dijalankan.
1.10.5 Temu Bual
Proses temu bual dilakukan kepada responden sebelum
dan selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor
dijalankan bagi mendapatkan komen menyeluruh aktiviti.
Temu bual dijalankan kepada guru Matematik, guru kelas
tersebut dan guru matematik kelas lain. Teknik temu bual
secara tidak berstruktur bagi meneroka idea atau perasaan
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 18
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
informan. Hasil temu bual dengan guru Matematik
tersebut yang terlibat sebelum aktiviti Penggunaan Kad
Interaktif Bernombor dijalankan dalam kelas sewaktu
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan,
guru tersebut menyatakan tiada masa menjalankan aktiviti
yang lebih menarik di dalam kelas.
2.0 Dapatan Kajian
2.1 Latar Belakang/ Demografi sampel
Kami telah memilih Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan
Pahang. Kelas ini mempunyai murid iaitu seramai 27 orang. Ini adalah
kerana peratusan ujian bulanan yang telah diadakan rendah berbanding
kelas darjah 4 yang lain. Selain itu, tahap penguasaan terhadap asas
matematik bagi kelas ini adalah kurang dan sangat lemah. Darjah 4 Venus
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 19
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
mempunyai 12 orang murid perempuan dan 15 orang murid lelaki.
Peringkat umur mereka ialah 10 tahun.
2.2 Tindakan yang dijalankan
Sebelum melaksanakan aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor ini,
kami telah mentadbir soal selidik kefahaman dan minat murid terhadap
mata pelajaran Matematik. Kami juga telah memberikan taklimat kepada
guru Matematik 4 Venus dan guru kelas tersebut mengenai perlaksanaan
dan persiapan aktiviti. Sebelum aktiviti dijalankan, satu ujian pra telah
diadakan bagi melihat tahap kefahaman murid.
Tindakan yang dijalankan semasa aktiviti penggunaan Kad Interaktif
Bernombor merupakan kaedah memahami asas matematik iaitu operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi berdasarkan tugasan yang diberikan.
Arahan setiap tugasan dan latih tubi di sampaikan oleh guru matematik
melalui lisan dan satu salinan bertulis di atas kertas A4 untuk semua
murid.
Pada permulaannya guru matematik telah membahagikan 27 orang murid
kepada 6 kumpulan kecil di mana satu kumpulan mempunyai 4 orang ahli
dan 1 kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) ini dijalankan secara berkumpulan agar murid-
murid dapat membantu antara mereka ketika soalan diajukan. Proses
membimbing berdasarkan rakan sekelas digunakan agar murid-murid
senang berinteraksi sesama mereka.
Setiap murid yang berjaya menyelesaikan latihan atau latih tubi tugasan
dengan kadar yang segera akan diberi hadiah sebagai motivasi. Jadi secara
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 20
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
tidak langsung, murid akan berlumba-lumba untuk memahami sekaligus
menyelesaikan latih tubi yang diberikan. Aktiviti ini dilakukan secara
berkumpulan. Namun begitu, bagi murid yang tidak berjaya, hadiah
saguhati juga diberikan sebagai tanda penghargaan.
Dalam penggunaan Kad Interaktif ini, kami telah membina beberapa
langkah untuk guru mata pelajaran Matematik mengikutinya. Terdapat
tiga langkah yang harus diikuti dalam proses penggunaan Kad Interaktif
bernombor ini. Langkah pertama ialah, guru hendaklah membahagikan
murid-murid di dalam kelas. Selepas kumpulan telah dibahagikan, aktiviti
menggunakan Kad Interaktif Bernombor dimulakan dengan menulis
nombor-nombor dan dilekatkan pada kad manila. Para pelajar juga
dikehendaki menulis dan menampalkan operasi seperti tambah, tolak,
bahagi dan juga darab pada kad manila.
Seterusnya, langkah kedua ialah murid-murid hendaklah menggunakan
kreativiti mereka dengan melukis dan mewarnakan imej-imej yang dipilih.
Sebagai contoh, lukisan kereta. Dan langkah terakhir ialah murid-murid
hendaklah merujuk soalan-soalan yang diberikan oleh guru dan
menggunakan hasil-hasil kad interaktif yang mereka lakukan sebelum ini
dan menampal mengikut kehendak soalan-soalan. Pelajar juga hendaklah
menulis dan menampal jawapan yang betul pada kad manila tersebut
(Gambarajah 2).
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 21
Langkah Pertama
Selepas kumpulan telah dibahagikan, aktiviti menggunakan Kad Interaktif Bernombor dimulakan dengan menulis nombor-nombor dan dilekatkan pada kad manila. Para pelajar juga dikehendaki menulis dan menampalkan operasi seperti tambah, tolak, bahagi dan juga darab pada kad manila.
Langkah Kedua
Langkah seterusnya adalah dengan melukis
dan mewarnakan imej-imej yang dipilih.
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Gambarajah 2: Carta Aliran Penggunaan Kad Interaktif Bernombor
Selepas tamat aktiviti penggunaan Kad Interaktif Bernombor, Ujian Pos
telah dijalankan kepada responden. Soalan Ujian Pos sama dengan soalan
Ujian Pra bagi mengurangkan bias. Peningkatan kelulusan responden
dalam Ujian Pra memperlihatkan keberkesanan aktiviti Kad Interaktif
Bernombor terhadap peningkatan kefahaman dan minat responden pada
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 22
Langkah Pertama
Selepas kumpulan telah dibahagikan, aktiviti menggunakan Kad Interaktif Bernombor dimulakan dengan menulis nombor-nombor dan dilekatkan pada kad manila. Para pelajar juga dikehendaki menulis dan menampalkan operasi seperti tambah, tolak, bahagi dan juga darab pada kad manila.
Langkah Kedua
Langkah seterusnya adalah dengan melukis
dan mewarnakan imej-imej yang dipilih.
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
mata pelajaran Matematik. Temubual dengan responden selepas aktiviti
Kad Interaktif Bernombor dijalankan untuk melihat sejauh mana
peningkatan minat responden terhadap mata pelajaran Matematik selepas
menjalani aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Temubual ini juga
merupakan refleksi kepada aktiviti Kad Interaktif Bernombor.
2.3 Data-data kajian
2.3.1 Analisis Pemerhatian
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 23
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Berdasarkan pemerhatian kepada responden, guru Matematik kelas
tersebut & guru kelas selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif
Bernombor dijalankan didapati :
2.3.1.1 Murid
a) Murid seronok mengikuti setiap aktiviti
Penggunaan Kad Interaktif Bernombor.
b) Murid teruja untuk menggunakan kad Interaktif
bernombor untuk operasi tambah, tolak, darab &
bahagi.
c) Murid lebih berkeyakinan untuk bertanya soalan
kepada guru bagi menyelesaikan masalah
bernombor yang dikemukakan dalam aktiviti
Penggunaan Kad Interaktif Bernombor.
d) Murid berinteraksi sesama sendiri dengan aktif bagi
menyelesaikan masalah bernombor yang
dikemukakan dalam aktiviti Penggunaan Kad
Interaktif Bernombor.
e) Murid boleh membuat kumpulan sendiri dan
berbincang dengan aktif bagi aktiviti Penggunaan
Kad Interaktif Bernombor yang memerlukan
penyelesaian secara kumpulan.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 24
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
f) Murid yang berjaya kepada setiap peringkat aktiviti
seronok menerima hadiah sebagai motivasi dan
ganjaran.
g) Murid telah memberikan kerjasama dan menjalani
aktiviti bersama dengan seronok.
h) Menambahkan ikatan yang positif dalam mencapai
matlamat yang positif.
2.3.1.2 Guru Matematik dan Guru Kelas
a) Guru Matematik kelas tersebut melibatkan diri
dengan aktif dalam aktiviti Penggunaan Kad
Interaktif Bernombor.
b) Guru Panitia Matematik & guru kelas memberikan
pujian di atas perlaksanaan aktiviti Penggunaan Kad
Interaktif Bernombor yang dapat mengembangkan
potensi positif di kalangan murid terhadap aplikasi
matematik.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 25
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
2.3.2 Analisa Ujian Pra & Ujian Pos
Jadual 2 dan Graf 2 menunjukkan peningkatan kelulusan pelajar
pada Ujian Pos dibandingkan dengan Ujian Pra. Walaupun Ujian
Pra dan Ujian Pos hanya menguji tajuk-tajuk tertentu dan asas
matematik, namun peningkatan ini memperlihatkan kemampuan
pelajar menguasai sesuatu proses P & P apabila mereka
didedahkan dengan keseronokan aktiviti. Kebolehan pelajar
menguasai tajuk dalam sukatan pelajaran dapat ditingkatkan
dengan minat mereka terhadap subjek. Jadual 3 dan Rajah 1 juga
menunjukkan peningkatan pelajar pada setiap gred keputusan ujian
pra dan ujian pos.
GredUjian Pra Ujian Pos
Bil Murid Peratus Bil Murid Peratus
A - 0% - 0%
B - 0% 2 7.4%
C - 0% 15 55.6%
D 15 55.6% 10 37.0%
E 12 44.4% - 0%
Jumlah 27 100% 27 100%
Jadual 2: Keputusan Ujian Pra (sebelum aktiviti) dan
Ujian Pos (selepas aktiviti)
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 26
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
A B C D E0
5
10
15
20
25
Ujian PosUjian Pra
Graf 2: Keputusan Ujian Pra (sebelum aktiviti) dan
Ujian Pos (selepas aktiviti).
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 27
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
2.3.3 Analisa Soal Selidik
Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 3 di bawah, menunjukkan
keputusan soal selidik selepas kaedah penggunaan Kad Interaktif
Bernombor di kelas 4 Venus. Soalan nombor 15 ingin
mendapatkan maklumat tentang sama ada penggunaan Kad
Interaktif dapat menarik minat murid-murid terhadap mata
pelajaran Matematik. Keputusan dari soal selidik mendapati
bahawa 93 peratus murid-murid daripada kelas 4 Venus lebih
berminat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan
Kad Interaktif berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah tradisi atau kaedah biasa.
Daripada Soalan 16, kami mendapati bahawa penggunaan Kad
Interaktif benar-benar membantu murid-murid kelas 4 Venus
untuk menyelesaikan masalah asas Matematik. Ini adalah kerana
96 peratus daripada murid-murid kelas 4 Venus mengatakan
mereka bersetuju bahawa penggunaan Kad Interaktif membantu
mereka dalam menyelesaikan masalah asas Matematik.
Hasil keputusan Soalan 17 di dalam borang soal selidik kami
mendapati 96 peratus daripada murid-murid kelas 4 Venus lebih
memahami mata pelajaran Matematik dengan menggunakan Kad
Interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
menunjukkan bahawa, penggunaan Kad Interaktif Bernombor ini
benar-benar menarik perhatian murid-murid kelas 4 Venus dan
seterusnya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka
di dalam kelas.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 28
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Analisa daripada Soalan 18 mendapati murid-murid kelas daripada
4 Venus, sekiranya mereka diberi peluang membuat pilihan,
sebanyak 85 peratus murid-murid kelas 4 Venus ingin mempelajari
mata pelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara Kad Interaktif. Hasil daripada soalan kaji
selidik ini menunjukkan bahawa sekiranya diberi peluang
membuat pilihan, murid-murid lebih cenderung kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran dengan pilihan penggunaan Kad
Interaktif.
Keputusan daripada borang soal selidik Soalan 19 pula
menunjukkan bahawa penggunaan Kad Interaktif membolehkan
murid-murid kelas 4 Venus lebih berkeyakinan dalam
menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik. Sebanyak
93 peratus murid-murid mengatakan bahawa hasil kaedah
penggunaan Kad Interaktif membolehkan mereka lebih
berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran
Matematik berbanding kaedah tradisi dan biasa.
Keputusan Soalan 20 borang soal selidik menunjukkan bahawa
dengan menggunakan Kad Interaktif, sebanyak 89 peratus
murid-murid kelas 4 Venus mengatakan bahawa mereka dapat
lebih menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Ini membuktikan bahawa
penggunaan Kad Interaktif dapat membolehkan murid-murid lebih
menumpukan perhatian dalam kelas.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 29
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
NO SOALAN YA TIDAK
15Anda rasa lebih minat, selepas guru anda menggunakan Kad Interaktif semasa pengajaran mata pelajaran Matematik.
25(93%)
2(7%)
16Kad Interaktif ini benar-benar membantu anda dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik.
26(96%)
1(3%)
17Adakah anda lebih memahami mata pelajaran matematik ini dengan menggunakan Kad Interaktif?
26(96%)
1(3%)
18Jika diberikan peluang, adakah anda ingin mempelajari semua mata pelajaran menggunakan Kad Interaktif?
23(85%)
4(15%)
19Kad Interaktif membuatkan saya lebih berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik.
25(93%)
2(7%)
20Dengan menggunakan Kad Interaktif, saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas.
3(11%)
24(89%)
Jadual 3: Soal Selidik Minat Pelajar Darjah 4 Venus terhadap Subjek Matematik selepas guru menggunakan kaedah Kad Interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (n=27)
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 30
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Soalan 15 Soalan 16 Soalan 17 Soalan 18 Soalan 19 Soalan 200
5
10
15
20
25
30
YaTidak
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 31
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Rajah 3: Hasil Keputusan Soal Selidik Soalan 15 hingga Soalan 20
daripada borang soal selidik kajian.
2.3.4 Analisa Aktiviti Melalui Kaedah Temu Bual
Jadual 4 menunjukkan respons positif terhadap aktiviti Kad
Interaktif Bernombor. Sebanyak 63.0% responden merasa sangat
seronok dan gembira mengikuti aktiviti ini. Manakala 37.0 %
responden hanya gembira dengan aktiviti ini. Namun ianya tidak
menghalang responden untuk memahami apa yang disampaikan
oleh guru. Responden mengatakan mereka dapat belajar matematik
dalam aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Mereka juga dapat
mempelajari asas matematik melalui aktiviti ini. Kesemua
responden semakin bertambah minat mempelajari mata pelajaran
Matematik dan mereka mahukan aktiviti Kad Interaktif Bernombor
dilakukan lagi.
Item Bilangan Murid Peratus
Sangat seronok 17 63.0%
Seronok 10 37.0%
Tidak seronok - 0%
Jumlah 27 100%
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 32
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Jadual 4: Analisa respons murid terhadap aktiviti melalui
temu bual
3.0 Perbincangan
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu, iaitu pada awal
bulan Ogos 2009 sebelum cuti persekolahan. Semasa kami menjalankan kajian ini
kami telah memasukkan unsur motivasi dan kemahiran memahami asas
matematik. Bagi menjayakan kajian ini kami amat memerlukan kerjasama semua
pihak. Perancangan yang rapi diperlukan sebelum kajian dijalankan.
Kebanyakan aktiviti di dalam Kad Interaktif Bernombor dijalankan pada waktu
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) matematik Darjah 4 Venus. Sepanjang
aktiviti Kad Interaktif Bernombor terdapat beberapa latih tubi atau latihan yang
perlu diselesaikan oleh murid. Jumlah murid yang berjaya menyelesaikan latih
tubi yang diberikan juga meningkat dari sehari ke sehari. Walaupun begitu murid
yang tidak dapat menyiapkan latih tubi yang diberikan mengikut masa yang
ditetapkan akan diberi pilihan untuk menyiapkan latih tubi tersebut atau kumpulan
murid tersebut akan dikenakan penalti atau denda.
Untuk meransang murid memahami dan meminati mata pelajaran Matematik ini,
aktiviti menguji semangat murid dijalankan semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) iaitu guru memberi peluang kepada murid untuk
menggunakan kad Interaktif Bernombor di hadapan kelas dan menerangkannya
kepada rakan murid yang lain. Jadi proses komunikasi dua hala antara murid
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 33
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
dengan murid dan murid dengan guru dapat dilaksanakan, tambahan pula, aktiviti
ini meningkatkan keyakinan murid dalam menguasai mata pelajaran Matematik.
Kami mendapati penyertaan murid pada setiap latih tubi atau latihan yang
diberikan amat memberangsangkan. Kesemua latih tubi yang diberikan ketika
waktu pengajaran matematik dapat disiapkan dengan jayanya. Proses
perbincangan dalam kumpulan memberi peluang kepada murid untuk membantu
antara satu sama lain. Perkongsian ilmu matematik dapat memberikan impak
positif kerana ini akan menambahkan daya ingatan terhadap apa yang dipelajari.
Berdasarkan pemerhatian kami aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini berjaya
meningkatkan minat Murid Darjah 4 Venus terhadap mata pelajaran Matematik.
Tambahan pula pemahaman murid terhadap mata pelajaran ini telah meningkat
berdasarkan ujian pos yang telah dijalankan. Murid rasa seronok dan gembira
mengikuti pembelajaran aktif seperti Kad Interaktif Bernombor. Keadaan ini
memang bersesuaian dengan usia dan tenaga yang dimiliki oleh murid darjah 4.
Kebanyakan murid ini merupakan murid yang mudah merasa bosan di dalam
kelas akibat hanya mendengar sahaja atau mengikut arahan secara pasif. Mereka
memerlukan aktiviti yang merangsang pemikiran mereka dan menggunakan
tenaga mereka. Jika kita tidak mengasah pemikiran mereka ke arah sesuatu yang
positif maka mereka akan menggunakan pemikiran mereka ke arah memikirkan
aktiviti negatif.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 34
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Keseluruhan aktiviti Kad Interaktif Bernombor merupakan satu kaedah
Pembelajaran Aktif.
Aktiviti Kajian Tindakan ini telah dapat memenuhi aspek berikut:
i. Memotivasikan murid untuk belajar dan minat terhadap mata pelajaran
Matematik;
ii. Meningkatkan perolehan Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir
murid;
iii. Mempersembahkan fakta dan pengetahuan dalam mata pelajaran
Matematik; dan
iv. Memperlihatkan sikap positif murid dalam menghadapi kegagalan.
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang
agak ketara. Aktiviti Kad Interaktif Bernombor merupakan aktiviti yang dapat
memenuhi kehendak murid yang kebanyakan bersifat kinestatik mengikut
klasifikasi Howard Gardner. Penumpuan yang tinggi dalam aktiviti yang
dijalankan bagi mencapai matlamat aktiviti menjadikan pelajar tidak
menumpukan pemikiran mereka kepada perkara-perkara luar dari aktiviti yang
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 35
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
sedang dijalankan. Pemikiran mereka menumpu kepada mencapai objektif
aktiviti, di samping mengejar ganjaran dan motivasi.
Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah Kad Interaktif Bernombor dapat
meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Mereka juga
memperoleh kemahiran belajar Matematik secara tidak langsung dan dapat
menggunakan pendekatan kontekstual pada sesuatu konsep asas matematik.
Aktiviti ini dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman
terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) lebih ceria dan menyeronokkan.
Melalui kajian ini juga, kami dapati aktiviti seperti ini sebenarnya lebih menarik
minat murid. Ini dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti Kad Interaktif
Bernombor di mana mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti.
Walaupun aktiviti tersebut agak padat, namun murid Darjah 4 Venus lebih
bersemangat untuk belajar. Aktiviti begini juga lebih menggalakkan murid
menggunakan kelima-lima deria dan merasai sendiri pengalaman melihat dan
menyentuh seperti yang diperlukan dalam kemahiran memerhati. Pengalaman itu
juga lebih mengekalkan pemerhatian mereka berbanding dengan hanya
mendengar guru mengajar.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 36
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
Kami juga merasa terharu apabila guru kelas Darjah 4 Venus dan guru panitia
Matematik memberi sokongan, galakan serta bantuan bagi menjalankan aktiviti
ini. Kami juga mendapati murid sentiasa bersifat ingin tahu untuk mencari
penyelesaian masalah dalam setiap latih tubi atau latihan yang diberikan.
4.0 Kesimpulan dan Cadangan
Kami berharap agar aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini dapat membantu murid
meminati Matematik serta membantu guru-guru matematik yang lain untuk
meneruskan kreativiti mereka di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P & P) Matematik di dalam kelas, seterusnya membantu peningkatan prestasi
akademik yang memuaskan di Peperiksaan Akhir Tahun 2009 dan seterusnya
UPSR 2011. Kami dapati guru matematik kelas ini dan murid Darjah 4 Venus
lebih berkeyakinan untuk meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P & P)Matematik. Murid sentiasa menginginkan aktiviti Kad Interaktif
Bernombor dilakukan semula dan mereka telah mencuba menggunakan konsep
aktiviti ini pada peringkat yang lebih tinggi bagi mata pelajaran Matematik.
Kami mencadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
i. Guru-guru matematik digalakkan mengubahsuai kaedah Kad
Interaktif Bernombor dalam pendekatan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P) di dalam kelas - kelas tertentu terutamanya
kelas sederhana.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 37
“Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik”
ii. Menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor bagi mengulang
kaji sesuatu topik dalam sukatan mata pelajaran Matematik.
iii. Menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) bagi menguasai sesuatu
konsep Matematik dengan lebih berkesan.
iv. Guru-guru Matematik boleh menggunakan kaedah Kad Interaktif
Bernombor pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas,
panitia atau sekolah.
Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi minat guru dan minat murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P & P) Matematik. Semoga minat pelajar dan guru dalam aktiviti ini boleh
menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P & P) Matematik yang lebih menyeronokkan dan berkesan, seterusnya
menjadikan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) yang perlu disesuaikan dengan kemajuan
sains dan teknologi masa kini.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat) 38