KAD LAPORAN PELAKSANAAN PELAN INDUK...

download KAD LAPORAN PELAKSANAAN PELAN INDUK …library.perdana.org.my/Digital_Content/Articles/000004/PELAKSANAAN... · rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang

If you can't read please download the document

Transcript of KAD LAPORAN PELAKSANAAN PELAN INDUK...

  • KAD LAPORAN PELAKSANAAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

    PENGENALAN

    Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan pada 31 Mac 2006 iaitu

    rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan

    memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini

    merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara

    yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga yang

    bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan

    berpandangan jauh. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi

    Nasional, dan dua daripada lima teras tersebut iaitu teras kedua dan teras ketiga

    yang menyatakan peranan pendidikan secara langsung.

    Untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah RMKe-9, KPM telah

    menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (PIPP) yang

    merupakan pelan pelaksanaan dan telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

    pada 16 Januari 2007. Pelan ini menggariskan enam teras utama bagi menjayakan

    Misi Nasional dalam RMKe-9. Dalam PIPP ini, enam teras strategik diberi tumpuan

    iaitu i) membina negara bangsa yang, ii) membangunkan modal insan, iii)

    memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v)

    memartabatkan profesion keguruan serta vi) melonjakkan kecemerlangan institusi

    pendidikan yang sedia ada. Pelaksanaan PIPP menggunakan dua pendekatan iaitu

    i)menyelesaikan tugas yang belum selesai untuk menyamaratakan medan

    persaingan; dan ii) melonjakkan kecemerlangan pendidikan dengan menjana

    kecemerlangan institusi pendidikan. Sesungguhnya, bagi melaksanakan PIPP, KPM

    perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Merintis Pembaharuan : Satu Misi Nasional. Kejayaan PIPP memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada semua

    pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM. Segala pelaksanaan

    program/projek perlu dilaksanakan secara telus dan terbuka kerana setiap individu

    berhak terhadap pendidikan. Oleh itu, KPM telah mengenal pasti indikator prestasi

    1

  • utama (KPI) untuk setiap teras bagi memudahkan pemantauan pelaksanaan.

    Berlandaskan ini serta pengagihan siling peruntukan yang terbesar kepada

    pendidikan, KPM komited dalam menyediakan kad laporan prestasi, dua kali setahun.

    Kad Laporan ini menerangkan secara amnya pencapaian KPM semenjak pelancaran

    RMKe-9 sehingga Jun 2007 yang meliputi tiga aspek utama iaitu i) pembangunan

    infrastruktur, ii) penggubalan dasar baru dan penambahbaikan dasar sedia ada serta

    iii) laporan mengenai program-program yang dilaksanakan dan pencapaian semenjak

    PIPP dilancarkan sehingga Jun 2007.

    PENCAPAIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN DALAM RMKE-9

    Dalam RMKe-8, KPM telah menerima peruntukan dengan siling RM22.66 bilion

    untuk pendidikan, sementara dalam RMKe-9, KPM menerima peruntukan dengan

    siling RM23.198 bilion bagi melaksanakan 17, 179 projek pembangunan. Projek

    baru berjumlah 16,735 dengan siling RM20.704 bilion dan projek sambungan RMKe-

    8 berjumlah 444 dengan siling RM2.494 bilion. Daripada keseluruhan dalam RMKe-

    9 ini 96.67 peratus projek adalah di bawah pembiayaan peruntukan pembangunan

    dan 3.33 peratus adalah pembiayaan Private Finance Initiatives (PFI). KPM

    membiayai projek pembangunan pendidikan dengan peruntukan siling RM17.087

    bilion, Jabatan Kerja Raya melaksanakan dengan peruntukan Siling RM6.071 bilion

    dan JPPS melaksanakan dengan peruntukan siling sebanyak RM38.8 juta (

    Perincian projek seperti di LAMPIRAN 1).

    Sehingga Jun 2007, projek baru RMKe-9 yang siap dan sedang dibina ialah 4639

    (27.7%) daripada jumlah keseluruhan projek. Bagi projek sambungan RMKe-8,

    projek yang siap ialah 432 (97.2%). Selain itu, tambahan RM2.6 bilion telah

    diperuntukkan bagi 9,355 projek berimpak tinggi bagi melonjakkan pendidikan luar

    bandar. (Jadual Pencapaian Mengikut Program seperti di LAMPIRAN 2).

    Menyedari kepentingan pendidikan aliran lain sebagai asas perpaduan dan

    pembangunan ekonomi negara, KPM juga tidak mengabaikan pembangunan

    2

  • pendidikan anak-anak yang bersekolah di SJKC, SJKT dan Sekolah Agama Rakyat

    serta Sekolah Agama Negeri. Oleh sebab ini, YB Menteri Pelajaran berserta

    Timbalan Menteri Pelajaran telah pun berjaya menempatkan semula 9 buah SJKC di

    kawasan yang padat dengan masyarakat Cina serta meluluskan permohonan

    pembinaan dua buah SJKC baru. Sekolah yang telah ditempatkan semula ialah

    SJKC Keat Hwa (K) Alor Setar, SJKC Thourbun, Kluang, SJKC Poi Lam, Ipoh, SJKC

    Rasa, Hulu Selangor, SJKC Yong Peng, SJKC Ladang Bradwell, Siliau, Negeri

    Sembilan, SJKC Eng Leng (Lumut), SMJK Por Thay (Pulau Pinang) dan SJKC

    Chung Hua, Selangor (masih dalam permintaan untuk ditempatkan semula).

    Manakala dua buah sekolah baru tersebut ialah SJKC Tun Tan Siew Sin di

    Puchong, Selangor dan SJKC Kulai 2 di Johor. Selain itu, SJKT Ladang Sungai

    Salak Siliau yang menumpang di SJKT Bandar Springhill telah diluluskan

    pemindahan ke bandar Lukut. KPM juga telah memperakukan ubah suai/naik taraf

    beberapa SJKT di seluruh negara.

    Selain ini, siling peruntukan bantuan modal bagi sekolah-sekolah tersebut juga

    mendapat peruntukan tambahan daripada RM50juta dalam RMKe-8 kepada

    RM100juta dalam RMKe-9. Sehingga kini, sebanyak RM37.57 juta telah diberikan

    kepada sekolah bantuan kerajaan termasuk SJKC sebanyak RM17.89juta, SJKT

    sebanyak RM7.08juta dan Sekolah Mubaligh sebanyak RM11.87juta, manakala

    Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sebanyak RM733ribu. Selain itu, KPM juga telah

    memperlihatkan kejayaan dalam usaha mendaftar Sekolah-sekolah Agama Rakyat

    /Negeri dengan KPM yang dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

    Sekolah-sekolah ini akan mendapat semua kemudahan seperti yang diperoleh oleh

    sekolah bantuan kerajaan yang lain seperti guru-guru terlatih, emolumen guru, PCG

    murid dan peruntukan pengurusan. Sehingga ini, sebanyak 119 buah sekolah

    agama rakyat /negeri di seluruh negara telah pun mendaftar sebagai SABK dan

    seramai 4545 guru sekolah-sekolah tersebut telah diserap sebagai kakitangan

    kerajaan dan mendapat gaji berdasarkan skim pendidikan yang sedia ada.

    Manakala bilangan murid yang mendapat kemudahan pendidikan ialah seramai

    29597 orang termasuk peringkat rendah dan menengah.

    Walaupun, KPM telah berjaya melaksanakan beberapa projek pembangunan

    pendidikan, masih terdapat projek-projek yang dirancang tidak dapat dilaksanakan

    3

  • dengan sepenuhnya kerana masalah-masalah seperti mendapat tapak dan lokasi

    yang sesuai.

    PEMANTAPAN DASAR - DASAR PENDIDIKAN SEDIA ADA DAN PELANCARAN DASAR-DASAR BARU

    Selain daripada melaksanakan pembangunan fizikal, KPM telah juga mengambil

    inisiatif untuk menentukan sokongan dan penambahbaikan kepada dasar-dasar

    sedia ada bagi memastikan pembangunan pendidikan yang dirancang dalam PIPP

    2006 2010 dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Senarai penuh dasar

    pendidikan dan program yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri

    semenjak tahun 2006 adalah seperti di LAMPIRAN 3.

    Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa dasar baru yang telah

    dihasilkan dan memberi impak kepada pendidikan adalah seperti berikut:

    1. Menangani Gejala Disiplin ( 26 April 2006)

    Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya program dan aktiviti

    menangani gejala disiplin murid di sekolah dilaksanakan dengan peruntukan

    sebanyak RM6,114,000 dan usaha menangani gejala disiplin murid di

    sekolah bekerjasama dan mendapat bantuan daripada semua kementerian

    dan agensi kerajaan bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di

    kalangan murid sekolah.

    KPM amat prihatin tentang gejala sosial dan masalah disiplin yang semakin

    meningkat dalam dan luar sekolah menyebabkan KPM telah mengambil

    tindakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala

    Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap di peringkat JPN dan PPD/G. Hasilnya

    kes disiplin pelajar telah berkurangan daripada 2.27 peratus pada tahun 2006

    kepada 2.10 peratus pada Jun 2007. Penglibatan murid dalam kes jenayah,

    disiplin dan salah laku telah juga berkurangan daripada 0.03 peratus pada

    4

  • tahun 2006 kepada 0.02 peratus pada Jun 2007. Selain itu, JPN dan

    PPD/PPG di seluruh negara telah mewujudkan program permuafakatan

    dengan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak

    Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan termasuk PIBG bagi

    membantu melaksanakan tindakan yang lebih holistik dalam menangani

    masalah disiplin murid.

    2. Memperkukuhkan Daya Saing Sekolah-Sekolah Antarabangsa Malaysia di

    Rantau Asia

    (10 Mei 2006)

    Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk meningkatkan penyertaan

    warganegara Malaysia mengikuti pengajian di sekolah-sekolah antarabangsa

    tidak melebihi 40 peratus daripada enrolmen pelajar yang diluluskan. Ini

    diharapkan menjana pertumbuhan sekolah-sekolah antarabangsa selain

    menarik pelabur asing ke negara ini. Dengan cara ini, kerajaan dapat

    mengelakkan daripada pengaliran mata wang ke luar dan pada masa yang

    sama, dapat mengelakkan berlaku brain drain di kalangan tenaga kerja.

    3. Bertanding Untuk Kerusi Lembaga Kerja UNESCO, Di Persidangan Agung UNESCO Ke-34, Oktober 2007 ( 6 Oktober 2006)

    Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Malaysia bertanding kerusi

    Lembaga Kerja UNESCO bagi tempoh 2007 hingga 2011 semasa

    Persidangan Agung UNESCO ke-34 pada bulan Oktober 2007 dengan

    pencalonan Y.B. Menteri Pelajaran sebagai calon Malaysia dalam Lembaga

    Kerja UNESCO. Peruntukan sebanyak RM150,000 bagi melaksanakan

    persediaan strategi-strategi melobi kerusi Lembaga Kerja UNESCO di

    Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM), Paris, Peranchis sepanjang

    tahun 2006 dan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk melaksanakan

    program dan aktiviti melobi oleh setiap Jawatankuasa Kecil Tetap,

    Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan PPTM pada tahun

    2007 telah diluluskan. Peruntukan geran tahunan SKUM dinaikkan daripada

    RM100,000 kepada RM900,000 bagi melaksanakan semua program dan

    5

  • aktiviti SKUM mulai tahun 2007, dan supaya seorang Atase Sains

    ditempatkan di PPTM ke UNESCO

    4. Merapatkan Jurang Pendidikan Melalui TV Pendidikan (6 Disember 2006)

    Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penyiaran TV melalui web

    sebagai salah satu usaha merapatkan jurang digital. Penyiaran TV pendidikan

    melalui web juga akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran, selain dapat menangani masalah penjadualan siaran yang

    kurang sesuai dengan jadual persekolahan.

    5. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Dan e-integrasi Di

    Sekolah

    (10 Januari 2007)

    Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan

    sebanyak RM25,879,620 untuk program RIMUP dan e-integrasi KPM. Selain

    itu, mesyuarat ini telah meluluskan struktur baru bagi memantapkan program

    RIMUP supaya dapat menyubur dan mempertingkatkan semangat kerjasama

    antara kaum dilaksanakan secara terancang dan sistematik dalam

    mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional yang bermula di peringkat

    sekolah. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM15.8 juta digunakan untuk

    pembiayaan program RIMUP manakala RM10 juta lagi adalah untuk

    pembiayaan e-Integrasi yang akan dikendalikan oleh Yayasan Kemajuan

    Sosial Malaysia (YKS). e-Integrasi merupakan interaksi secara virtual dalam

    RIMUP yang menggunakan platform ICT bagi memupuk hubungan dan

    persefahaman murid pelbagai kaum secara tidak formal. Program rintis e-

    Integrasi yang melibatkan 527 buah sekolah rendah bermula Jun 2007 ini.

    Selain itu, sehingga Jun 2007, sebanyak 250 sekolah menengah telah

    menubuhkan Kelab Rukun Negara dengan keahlian seramai 100,000 orang

    murid.

    6. Penganjuran Program Rangkaian Sekolah ASEAN Malaysia pada 26 Ogos

    hingga 1 September 2007. ( 20 Jun 2007)

    6

  • Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan supaya usaha mewujudkan rangkaian

    kerjasama di antara sekolah-sekolah di Malaysia dengan sekolah-sekolah di

    kalangan negara anggota ASEAN merupakan sebahagian daripada inisiatif

    pengantarabangsaan KPM melalui kegiatan kokurikulum. Sebelum ini telah

    pun wujud rangkaian sekolah-sekolah di Malaysia dengan sekolah-sekolah

    luar negara melalui pelbagai kegiatan kokurikulum seperti sukan, pasukan

    beruniform, kebudayaan dan lain-lain. Bagi memperkukuhkan rangkaian

    tersebut terutama sekolah-sekolah di kalangan negara anggota ASEAN, KPM

    telah mengemukakan satu Memorandum Jemaah Menteri untuk

    menganjurkan Program Rangkaian Sekolah-sekolah Malaysia Asean

    sempena sambutan Kemerdekaan ke 50 pada 26 Ogos hingga 1

    September 2007 dan cadangan tersebut telah pun diluluskan.

    7. Langkah-Langkah Menangani Ketidakseimbangan Keperluan dan Penawaran

    Guru

    (12 Julai 2006 )

    Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan untuk meningkatkan

    kerjasama dan penyelarasan di antara KPM dan KPT dalam;

    Penyediaan unjuran keperluan guru yang komprehensif secara bersama

    meliputi keperluan guru dan pensyarah untuk sekolah, kolej matrikulasi,

    kolej komuniti dan politeknik

    Pengagihan program latihan perguruan antara Institut Pendidikan Guru

    (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). IPG akan melatih untuk

    melatih guru untuk prasekolah dan sekolah rendah, manakala IPTA akan

    memberikan fokus untuk melatih guru untuk sekolah menengah, kolej

    matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik

    Penetapan prosedur yang standard bagi proses pemilihan calon guru dan

    pelantikan jawatan, serta

    Peningkatan pertukaran kepakaran dan penyelidikan

    Pada masa yang sama, Mesyuarat Jemaah Menteri juga telah meluluskan

    syor untuk meningkatkan norma perjawatan guru iaitu daripada nisbah 1.5n

    7

  • kepada 1.7n. sebagaimana terkandung dalam memorandum yang sama.

    Norma perjawatan sedia ada ialah 1.5n iaitu 1.5 orang guru bagi setiap kelas

    telah diguna pakai sejak tahun 1982 dan sudah tidak lagi dapat memenuhi

    keperluan semasa. Peningkatan norma perjawatan guru ini akan dapat

    mengurangkan jumlah waktu mengajar guru dan sekali gus membolehkan

    para guru lebih fokus dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah. Kelulusan ini juga adalah sejajar dengan cadangan

    yang terkandung dalam Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru

    (TTG) yang disediakan oleh sekumpulan Pasukan Petugas Khas TTG KPM

    pada bulan Februari 2006.

    8. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan ( 4 Oktober 2006)

    Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Akta Dewan Bahasa dan

    Pustaka (DBP) 1959 dipinda bagi membolehkan DBP diberi kuasa

    membetulkan mana-mana kesalahan atau salah guna bahasa Kebangsaan

    yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

    9. Pemberian Peruntukan Khas Kepada Ahli Parlimen Bagi Meningkatkan

    Penyampaian Perkhidmatan Dan Kebajikan Warga Sekolah, Kementerian

    Pelajaran ( 27 Jun 2007)

    Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan pemberian peruntukan kepada

    Ahli-ahli Parlimen untuk bersama-sama menjayakan agenda pendidikan di

    kawasan masing-masing. Selain itu, mesyuarat ini juga meluluskan

    pewujudan Majlis Permuafakatan PIBG di peringkat Parlimen dalam usaha

    menyemarakkan penglibatan PIBG.

    Selain dasar-dasar baru yang mendapat kelulusan Jemaah Menteri, terdapat juga

    dasar-dasar baru yang telah diperkenalkan dalam PIPP. Antaranya dalam usaha

    memperkasakan sekolah kebangsaan, usaha telah dilaksanakan untuk menjadikan

    sekolah kebangsaan pilihan utama masyarakat Malaysia. Mulai Januari 2007,

    sebanyak 100 buah SK telah menawarkan Bahasa Cina (BC) dan 60 buah SK

    menawarkan Bahasa Tamil (BT) sebagai projek rintis dengan menggunakan tiga

    8

  • Model Pengajaran. Projek rintis ini bertujuan untuk mendapatkan model terbaik bagi

    melaksanakan penawaran keduadua bahasa tersebut sepenuhnya pada tahun

    2008. Bilangan murid yang sedang mengikuti kelas BC di SK seramai 1908 orang

    dan kelas BT seramai 668 orang. Daripada segi peluasan program j-QAF pula,

    sehingga Jun 2007, sebanyak 3,686 SK telah mengadakan kelas j-QAF melibatkan

    618,439 orang murid Islam.

    Dalam usaha membina negara bangsa yang mempunyai kecintaan terhadap seni

    warisan dan budaya bangsa, KPM telah mewujudkan dua buah Sekolah Seni di

    Johor dan Sarawak. Sekolah sekolah diwujudkan dengan menumpang di SMK

    Mohd Khalid dan SMK Tun Abang Hj Openg bermula dengan pengambilan pelajar

    Tingkatan 1. Pelajar di sekolah ini akan mengambil semua mata pelajaran teras

    PMR serta pilihan dalam empat bidang Seni iaitu Pendidikan Seni Visual, Seni

    Muzik, Seni Teater dan Seni Tari. Pewujudan Sekolah Seni telah memberi peluang

    kepada pelajar yang berbakat dalam seni untuk mengembangkan keupayaan

    mereka dalam bidang kesenian. Sehubungan itu, pelajar lepasan sekolah seni akan

    berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sijil, diploma dan Ijazah di jabatan

    dan agensi di bawah KeKKWA seperti Akademi Seni dan Warisan Negara

    (ASWARA), serta Institut Kraf Tangan Malaysia. KPM telah pun mengenal pasti

    tapak untuk pembinaan dua buah sekolah seni di Wilayah Pembangunan Iskandar

    Nusajaya di Johor dan di Santubong, Sarawak. Peruntukan untuk pembinaan

    Sekolah Seni dalam RMKe-9 ialah sebanyak RM 43.9 juta dan masih dalam

    peringkat perancangan. Satu Jawatankuasa Bersama KPM-KeKKWA telah dibentuk

    bagi menyemarakkan kegiatan kebudayaan dan kesenian serta memperkasakan

    kewujudan sekolah seni.

    PROGRAM PROGRAM PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN Bagi memastikan program-program dalam PIPP dilaksanakan dengan lancar, KPM

    telah pun mengenal pasti tumpuan dan keutamaan kepada teras tertentu bagi setiap

    bulan. Fokus mengikut bulan adalah seperti berikut :

    Bulan Program Yang Dilaksanakan

    9

  • Januari Pelancaran PIPP

    Februari Merapatkan Jurang Pendidikan

    Mac Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

    April Pembestarian Sekolah

    Mei Memartabatkan Profesion Keguruan

    Jun Membangunkan Modal Insan

    Julai dan Ogos Membina Negara Bangsa

    September Pendidikan Khas dan Mata Pelajaran Vokasional

    Oktober j-QAF, SAR dan Sek. Agama Negeri, Sek.

    Bantuan Modal, Sek. Swasta dan Sek.

    Antarabangsa

    November Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

    Disember Memperkasakan SK - Kad Laporan 2

    Walau pun, tumpuan dan keutamaan diberikan kepada teras tertentu mengikut

    bulan, KPM tetap melaksanakan agenda pendidikan serta teras-teras lain mengikut

    perancangan.

    Bulan Januari - Pelancaran PIPP

    Pada 16 Januari 2007, PIPP telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di

    Putrajaya International Convention Center (PICC). Majlis pelancaran ini telah dihadiri

    oleh pihak-pihak berkepentingan seperti wakil wakil Exco Pendidikan Negeri,

    tokoh-tokoh pendidikan, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kesatuan Guru dan

    warga KPM. Majlis ini merupakan platform pertama bagi memperkenalkan dan

    seterusnya menyebar luas perancangan dan pelan tindakan KPM untuk tempoh lima

    tahun yang akan datang.

    Selain majlis pelancaran, KPM juga telah mengerakkan langkah meningkatkan

    kefahaman dan penghayatan pihak berkepentingan mengenai PIPP. Ini bermula

    dengan Perutusan Tahun Baru oleh YB Menteri Pelajaran pada 18 Januari 2007. Di

    10

  • samping itu, seminar dan bengkel penerangan telah dimulakan pada 17 Januari

    2007 kepada semua PPD/PPG seluruh negara.

    Ceramah serta roadshow PIPP juga telah diberikan kepada kumpulan guru, guru

    besar, pengetua dan pegawai di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat

    Pelajaran Daerah/Gabungan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kelab Penyokong

    Kerajaan, Kesatuan Guru dan Badan Bukan Kerajaan bagi memastikan PIPP dapat

    difahami dan dihayati dengan jelas di peringkat pelaksana dan pihak berkepentingan.

    Sehingga kini, lebih 30 ceramah/taklimat telah diberikan tentang PIPP. Di samping

    menyampaikan taklimat mengenai PIPP, ceramah tersebut juga merupakan platform

    terbaik untuk KPM mendapat input tentang pelaksanaan PIPP pada peringkat negeri

    bagi tujuan penambahbaikan. Bagi menghebahkan dan mendapatkan input daripada

    orang ramai, PIPP juga telah dimuat turun ke Laman Web KPM (www. moe.gov.my).

    Bulan Februari - Merapatkan Jurang Pendidikan

    Bulan ini KPM telah memberi fokus usaha untuk merapatkan jurang pendidikan.

    Agenda merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar adalah penting

    kerana melibatkan jumlah sekolah yang besar iaitu sebanyak 5077 buah sekolah

    daripada 7513 buah sekolah rendah dan 792 dari 2045 sekolah menengah di

    kawasan luar bandar. Memandangkan pentingnya pembangunan pendidikan luar

    bandar, KPM telah bekerjasama dengan National Implementation Task Force (NITF)

    untuk menambah baik serta mendapat peruntukan tambahan di bawah Projek

    Berimpak Tinggi NITF.

    Lanjutan daripada kerjasama ini, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Program

    Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar di Pulau Bum-bum pada 16 Februari

    2007. Semasa pelancaran ini, tambahan RM2.6 bilion telah diperuntukkan di bawah

    Projek Berimpak Tinggi untuk merapatkan jurang pendidikan di kawasan luar bandar

    dan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak. Pembangunan infrastruktur ini

    akan memberi manfaat kepada 2.2 juta pelajar dan 14,000 guru di kawasan

    pedalaman.

    11

  • Teras ini juga memberi penekanan kepada pendidikan Orang Asli dan Kaum Penan.

    Sebanyak 6 program outreach telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana

    Menteri bagi memantapkan pendidikan murid-murid Orang Asli dan Penan supaya

    mereka tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan kebangsaan. Antara program

    yang telah dijalankan ialah Program Sekolah Angkat IPG Sekolah Orang Asli dan

    Program Mendefinisi Semula Sistem Persekolahan Orang Asli dan Penan supaya

    pendidikan yang diberikan lebih bersesuaian dengan budaya kehidupan kedua-dua

    kaum ini.

    Bagi memastikan murid di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat

    pendidikan yang berkualiti dan setanding dengan pendidikan di kawasan bandar,

    usaha bagi menentukan guru-guru terlatih dan mengikut opsyen dapat terus

    ditempatkan di kawasan berkenaan juga diberi perhatian. Untuk ini, dua buah Institut

    Pendidikan Guru (IPG) iaitu IPG Miri dan IPG Keningau telah dikhususkan melatih

    guru untuk bertugas di kawasan pedalaman. Sehingga kini, setiap IPG telah

    mengambil 100 orang pelatih guru untuk tujuan tersebut. Selain itu, YAB Perdana

    Menteri juga telah bersetuju untuk memberi elaun khas mengikut lokasi dan tahap

    kesusahan (EKMLTK) antara RM 500 hingga RM1500 berdasarkan jarak dan tahap

    kesulitan kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman yang

    membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM187 juta. Pada masa ini,

    sebanyak 12033 guru dan kakitangan sokongan telah dikenal pasti untuk mendapat

    elaun ini dan dibayar mulai Mei 2007. Elaun Balik Kampung (EBK) sekali setahun

    telah juga diluluskan untuk guru-guru di pedalaman.

    Bagi memastikan usaha merapatkan jurang digital dari segi akses kepada

    kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan murid dan

    guru di luar bandar dan pedalaman dapat ditingkatkan, tumpuan diberikan kepada

    penyediaan infrastruktur, perisian dan latihan. Daripada 1,579 projek makmal

    komputer, 110(7%) siap dan 724(40%) sedang dibina. Daripada 2,252 projek Pusat

    Akses, 1,260(56 %) siap dan 742(33%) sedang dibina. Dengan siapnya projek-projek

    ini, bilangan murid yang dapat manfaat daripada makmal komputer seramai 29,800

    orang dan Pusat Akses seramai 342,300 orang.

    12

  • Bulan Februari ini memperlihatkan KPM mempakej semula program-program bantuan

    di bawah skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Selain itu, KPM

    juga telah meningkatkan kadar bantuan makanan asrama dan Rancangan Makanan

    Tambahan (RMT) supaya murid dapat makanan lebih seimbang, segar dan

    berkhasiat. Kadar bantuan makanan asrama meningkat daripada RM6.70 kepada

    RM12.00 di Semenanjung Malaysia, daripada RM4.15 kepada RM12.00 - RM13.00 di

    Sabah dan daripada RM9.19 kepada RM12.00- RM3.00 di Sarawak. Kadar makanan

    mentah di Sarawak meningkat daripada RM4.00 kepada RM7.11. Kadar RMT pula

    meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.80 di Semenanjung Malaysia dan daripada

    RM1.35 kepada RM2.05 di Sabah dan Sarawak. Lebih 280,000 murid mendapat

    manfaat makanan asrama dan 550,000 murid mendapat manfaat RMT.

    Sejajar tema PIPP, yakni merintis pembaharuan, pelbagai pendekatan baru telah

    dirintis dalam usaha menangani masalah jurang pendidikan ini. Dalam usaha

    menangani masalah sekolah kurang murid di kawasan pedalaman, KPM telah

    merintis pembinaan sekolah-sekolah kabin sebagai alternatif kepada sekolah-sekolah

    konvensional. Sekolah kabin yang lebih mobile diharap dapat mengatasi masalah di

    kawasan mempunyai kemudahan persekolahan tetapi kurang murid. Selain dari

    sekolah kabin, KPM juga telah merintis usaha untuk menangani masalah bekalan

    elektrik 24 jam dengan lebih holistik dan menyeluruh. Usaha pembekalkan tenaga

    elektrik menggunakan teknologi Solar Diesel Hybrid kepada 276 sekolah akan

    diadakan dengan kerjasama antara KPM dengan Kementerian Tenaga, Air dan

    Komunikasi.

    Jadual 1 : Pembekalan Kemudahan Asas

    Kemudahan Asas Rancang Siap

    Bekalan Elektrik 24

    jam

    728 432

    Bekalan Air Bersih 153 141

    Bulan Mac - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

    13

  • Agenda melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan

    pendekatan kedua dan teras ke enam dalam PIPP. Dalam melonjakkan

    kecemerlangan institusi pendidikan, strategi dengan pemberian lebih kuasa

    autonomi kepada sekolah telah dikenal pasti. Fokus bagi bulan Mac dimulakan

    dengan usaha mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada pihak-pihak

    berkepentingan melalui penganjuran bengkel autonomi sekolah kluster pada 19

    hingga 20 Mac 2007. Berdasarkan maklum balas serta pandangan pihak

    berkepentingan ini, KPM telah mengumumkan kuasa-kuasa autonomi am yang

    bakal dinikmati oleh sekolah-sekolah yang terpilih dalam kelompok cemerlang ini.

    Dalam usaha melonjakkan kecemerlangan sekolah-sekolah ini, sebuah

    Jawatankuasa Panel Penasihat yang terdiri daripada 11 ahli panel yang pakar dalam

    pelbagai bidang telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan untuk memastikan

    pemilihan sekolah cemerlang dibuat secara telus dan mempunyai kredibiliti. Tugas

    pertama Lembaga Penasihat adalah untuk mengenal pasti 30 buah sekolah

    cemerlang dalam kelompok masing-masing. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah

    yang dirasakan terbaik dan mampu dijadikan contoh di kalangan jenis sekolah

    masing-masing. Senarai sekolah cemerlang yang terpilih dari setiap kelompok

    berserta niche areas yang dikenal pasti oleh sekolah sendiri seperti yang ditunjukkan

    dalam Jadual 2. Majlis Pengumuman 30 sekolah yang terpilih ini telah

    disempurnakan oleh YB Menteri Pelajaran pada Mac 2007. Selain menasihati

    kaedah pemilihan sekolah, Lembaga Penasihat ini juga telah mengambil initiatif

    untuk melihat contoh di negara lain dalam usaha memantapkan lagi program kluster

    cemerlang ini. Sebagai permulaan, Lembaga telah pun mengenal pasti pandangan

    dan pengalaman dari Singapura, melalui lawatan yang telah diadakan pada 20

    hingga 23 Mei 2007.

    KPM juga telah mengorak langkah untuk menentukan kepimpinan di peringkat

    sekolah terus perkasa agar mampu melaksanakan agenda melonjakkan

    kecemerlangan sekolah cemerlang yang terpilih dalam kelompok masing-masing.

    Oleh yang demikian, KPM telah pun merangka usaha sama dengan universiti-

    universiti terkemuka di dunia bagi mengadakan latihan dan kursus untuk

    Pengetua/Guru Besar sekolah tersebut. Sebagai permulaan KPM telah

    menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kingss College London pada

    14

  • 30 Mac 2007 bagi menjalin kerjasama dalam melaksanakan program latihan

    kepimpinan kepada Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah cemerlang. Mereka

    yang telah dipilih akan mengikuti latihan kepimpinan di Kings College London dan

    ditempatkan secara sandaran di sekolah-sekolah di Britain selama dua bulan mulai

    Oktober 2007.

    JADUAL 2 : SENARAI SEKOLAH CEMERLANG DAN NICHE AREAS

    Bil Nama Sekolah Niche Areas

    1. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (B), WP Putrajaya

    Wind Orchestra/Rugby

    2. Kolej Islam Sultan Alam Shah (B),

    Selangor

    Perbahasan/Public speaking

    3. Kolej Tunku Kurshiah (B), Negeri

    Sembilan

    Perbahasan/ English language/school band

    4. Kolej Melayu Kuala Kangsar (B), Perak

    Kepimpinan, Rugby dan basket ball

    5. SMS Tengku Muhammad Faris Petra (B), Kelantan

    Perbahasan, Bola sepak

    6. SMK Penang Free (B), Pulau

    Pinang

    Pancaragam, Krikit, Hoki dan Bola sepak

    7. SKM (P) Sri Aman (B), Selangor Kepimpinan, Entrepreneurship merentasi kurikulum

    8. SMK Aminuddin Baki (B), WP

    Kuala Lumpur

    Renang, Bola Baling, Catur dan Bola jaring

    9. SMK Sultanah Asma (B), Kedah Sukan, Bola jaring

    10. SMK Sultan Sulaiman (B),

    Terengganu

    Olahraga dan Bola sepak

    11. SMK Abdul Rahman Talib (B), Pahang

    Program tahfiz, soft ball, kuiz sejarah dan memanah

    12. SMK Derma (B), Perlis Lawn Ball, Enhancement in Math & Science

    13. SMK Gunung Rapat (B), Perak Bowling, Olahraga, Rugby, Equestarian, Taekwando, Silat gayong

    14. SMK Victoria (B), WP Kuala

    Lumpur

    School band, Rhetorika, Polo Air dan English drama

    15. SMK St John (B), WP Kuala

    Lumpur

    Memanah, Hoki, Pancaragam, Old Boys Association

    16 SMK Convent Bukit Nanas Language (drama), Public speaking & Debate

    15

  • Bil Nama Sekolah Niche Areas

    (Mision, B), WP Kuala Lumpur

    17. SMT Tawau (B), Sabah ICT, Bola jaring, Unit Berunifom, Pertahanan awam

    18. SMT Tuanku Jaafar (B), Negeri

    Sembilan

    Inovasi dan kreativiti

    19. SMKA Sheikh Abdul Malek(B), Terengganu

    Tafsir Al-Quran, Perbahasan

    20. SMKA Sharifah Rodziah, (LB) Melaka

    Nasyid, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis

    21. SMKA Al-Mashoor (L) (B), Pulau Pinang

    Kokurikulum-aktiviti persatuan hingga ke peringkat antarabangsa

    22. SK Zainab 2 (B), Kelantan Perbahasan, Language (English)

    23. SK Sri Gaya (B), Sabah Sukan-larian, Bola jaring

    24. SK Infant Jesus Convent (Mision,

    B), Johor

    Language (English), Public speaking

    25. SK Sultan Idris 2 (LB), Perak Sukan- olahraga, Perbahasan

    26. SK Pengkalan Tereh (LB), Johor Renang

    27. SK Ulu Lubai, Sarawak Bahasa Inggeris dan Sukan

    28. SJK(Cina) Keat Hwa, Kedah Language (Bahasa Cina)

    29. SJK(Tamil) Simpang Lima, Selangor

    Bola sepak, Choral Speaking, memanah

    30. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Pulau Pinang

    Inovasi

    Bulan April - Pembestarian Sekolah

    Bulan April memberi fokus kepada pelaksanaan dua program utama iaitu Program

    Pembestarian Sekolah, serta usaha pemantapan dan penjenamaan semula 88 buah

    sekolah bestari. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah

    pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti

    pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan sekolah serta kompetensi

    guru. Program ini melibatkan usaha melengkapkan semua sekolah KPM dengan

    infrastruktur, perkakasan, perisian dan aplikasi, latihan guru serta pengurusan

    perubahan yang bersesuaian dan mencukupi.

    16

  • YAB Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Seminar Antarabangsa Sekolah

    Bestari yang melibatkan 250 delegasi dari 24 buah negara termasuk wakil UNESCO,

    Bank Dunia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    (UNDP) pada 16 April 2007. Selain itu, Pameran Pendidikan Pertubuhan

    Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris

    telah diadakan pada 2 April hingga 6 April 2007 memberi fokus pada perkembangan

    ICT dalam bidang pendidikan tempatan.

    KPM akan memantapkan pelaksanaan 88 buah Sekolah Bestari supaya dapat

    dijadikan model dan penanda aras ke arah membestarikan kesemua 10,000

    sekolah. Melalui usaha pemantapan dan penjenamaan semula ini, diharapkan 88

    buah Sekolah Bestari berkenaan boleh dijadikan showcase dan rujukan kepada

    masyarakat dunia. KPM telah bekerjasama dengan Multimedia Development

    Corporation (MDeC) bagi menyediakan instrumen untuk mengukur tahap sekolah

    bestari yang menepati star ranking berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk

    penjenamaan semula dan penandaarasan bagi pemantapan sekolah-sekolah

    tersebut. Bagi membantu mempercepatkan usaha pembestarian sekolah, KPM

    telah menggalakkan kerjasama dengan pihak ketiga di luar KPM. Sehingga ini

    sebanyak 13 syarikat swasta telah melibatkan antaranya Intel Electronics (M) Sdn.

    Bhd, Mypresto.com Sdn. dan Advanced Micro Devices (AMD) dalam program

    perkongsian pintar yang membantu secara langsung inisiatif pembestarian sekolah

    yang melibatkan sebanyak 549 buah sekolah angkat.

    Dalam Seminar Pembinaan Negara Melalui ICT anjuran KPM-UNESCO-USM,

    Malaysia telah diberi pengiktirafan terhadap aplikasi ICT dalam sistem pendidikan

    kerana Malaysia merupakan antara negara di rantau Asia Pasifik yang berjaya

    memajukan ICT secara bersepadu dalam pendidikan. Seminar ini telah dirasmikan

    oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran 1 pada 27 Jun 2007 di Pulau Pinang.

    Antara inisiatif yang telah dilaksanakan dalam Pembestarian Sekolah adalah seperti

    berikut :

    Meningkatkan Jalur Lebar bagi Sekolah Bestari dari 1 Mbps kepada 4 Mbps

    17

  • Peruntukan tambahan RM72 juta bagi mewujudkan sebanyak 1,600 pusat

    akses

    Peruntukan RM82 juta untuk kelengkapan tele persidangan, kemudahan

    telefon satelit dan faks tanpa talian di lebih 5,800 sekolah luar bandar dan

    pedalaman

    Peruntukan RM72 juta untuk menyediakan 5 unit PC bagi setiap kelas

    prasekolah

    Peruntukan RM113 juta untuk penyediaan perisian kursus bagi guru dan

    murid

    Perluasan akses SchoolNet kepada semua sekolah termasuk SABK

    Aplikasi Sistem Maklumat Murid menggunakan teknologi Thin Client bagi

    menyediakan maklumat dalam talian.

    SKM dan sekolah pedalaman disediakan makmal komputer menggunakan

    konsep kabin.

    Menyediakan TV Pendidikan berasaskan Web

    Menggunakan MyGfl sebagai one-stop portal untuk kesemua isi kandungan

    mata pelajaran.

    Mengelompokkan sekolah Orang Asli dan Penan dengan menggunakan

    sidang video untuk i) perkongsian pengetahuan berasaskan pengajaran dan

    pembelajaran, ii) perkongsian data dan iii) meningkatkan pencapaian dengan

    berkongsi maklumat antara satu sama lain.

    Senarai penuh pencapaian program Pembestarian Sekolah sehingga Jun 2007

    adalah seperti di LAMPIRAN 4.

    Bulan Mei - Memartabatkan Profesion Keguruan

    KPM sentiasa berusaha memartabatkan profesion keguruan supaya kekal dihormati

    bersesuaian dengan peranan penting para guru dalam pembangunan modal insan.

    Sehubungan itu, tiga komponen utama diberi penekanan dalam teras ini iaitu kualiti

    guru, kerjaya guru dan kebajikan guru.

    18

  • KPM melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memastikan setiap guru bukan

    sahaja terlatih dengan kemahiran asas pedagogi, namun mempunyai minat yang

    mendalam, menguasai kandungan subjek, memiliki kreativiti untuk membolehkan

    proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung dalam keadaan menarik

    dan berkesan. Pendekatan ini dilaksanakan melalui pemantapan latihan pra dan

    dalam perkhidmatan. Program latihan perguruan telah diberi penambahbaikan

    dalam pelbagai aspek seperti mengetatkan syarat dan kriteria pengambilan guru.

    Calon-calon guru akan melalui proses saringan seperti M-TeST (Malaysian

    Teachers Selection Test), pencapaian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), temu

    duga, ujian kesihatan, tapisan keselamatan dan mendapat kecemerlangan

    pencapaian akademik. Mulai tahun 2007, KPM telah mengenakan syarat tambahan

    untuk Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) dan Kursus

    Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

    Bagi KPLSPM, antara syarat baru ialah syarat umum 6 kredit termasuk mendapat

    kepujian dalam Sejarah selain Bahasa Malaysia, penglibatan aktif dalam ko-

    kurikulum, temu duga berkumpulan dan ujian bertulis Bahasa Inggeris, Cina, Tamil

    dan Arab untuk calon pengkhususan bidang bahasa. Setiap program pula

    mempunyai syarat khas masing-masing seperti untuk Program Pelajar Cemerlang

    (PPC), calon perlu mendapat minimum 7A dalam SPM termasuk A1 atau A2 bagi

    subjek Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

    Manakala bagi program KPLI, calon mesti mempunyai ijazah sarjana muda yang

    tepat dengan program perguruan yang dipohon selain mengambil kira prestasi

    pencapaian akademik di peringkat SPM iaitu 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia.

    Selain itu, proses saringan tambahan meliputi ujian amali dan ujian bertulis bahasa

    bagi bidang pengkhususan berkaitan.

    KPM dengan kerjasama Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) telah

    mengadakan Seminar Antarabangsa bertema Pendidikan Guru: Dulu, Kini dan

    Untuk Masa Depan pada 28 hingga 30 Mei 2007 yang dihadiri oleh 600 pemimpin

    pendidikan, ahli akademik, pensyarah, pengetua, guru besar, guru dan peserta dari

    institusi pendidikan dalam dan luar negara. Dalam ucap utama merasmikan seminar

    tersebut, YB. Menteri Pelajaran telah menerangkan pelbagai strategi dan

    19

  • pendekatan yang digerakkan oleh KPM dalam memantapkan kualiti guru di

    Malaysia.

    Selain usaha mengetatkan syarat kemasukan calon guru, KPM juga sedang dalam

    peringkat akhir menyediakan Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai rujukan

    piawaian kualiti guru di seluruh negara. SGM berperanan sebagai sistem amaran

    awal supaya guru sendiri peka terhadap keperluan untuk melaksanakan usaha

    pengukuhan, peningkatan dan pemantapan ilmu, kemahiran serta personaliti. SGM

    mengandungi dua komponen khusus iaitu komponen standard (nilai dan amalan

    profesional keguruan, pengetahuan dan kefahaman berkaitan bidang keguruan serta

    kemahiran p&p) dan komponen keperluan (latihan meliputi kelayakan memasuki

    program dan latihan, penaksiran dan penilaian, kolaborasi, infrastruktur dan

    infostruktur). SGM akan dirintis kepada guru-guru novice di sekolah-sekolah sekitar

    Lembah Klang pada bulan Ogos 2007. Inisiatif ini sejajar dengan saranan yang

    dikemukakan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan ketika

    melancarkan Perayaan Hari Guru 2007 yang menyarankan para guru agar sentiasa

    mencari nilai tambah diri dengan terus belajar dan menambah ilmu untuk menjadi

    guru yang kekal relevan dengan tuntutan zaman.

    Bersesuaian dengan agenda tersebut juga, KPM telah menambah jumlah biasiswa

    bagi para guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah lanjutan merangkumi

    peringkat Sarjana dan Kedoktoran di bawah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

    Semasa Majlis Menjunjung Budi Terima Kasih Cikgu yang berlangsung pada 10

    Mei 2007, YB. Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa untuk tahun 2008, KPM

    telah menyediakan 620 biasiswa iaitu peningkatan sebanyak 42 peratus berbanding

    jumlah yang ditawarkan pada tahun 2007. Jumlah ini melibatkan 445 tempat untuk

    pengajian di peringkat Sarjana dan selebihnya 175 tempat dikhaskan untuk

    peringkat Kedoktoran. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 75 tempat ditawarkan

    untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Penawaran biasiswa ke luar negara ini

    adalah untuk bidang-bidang baru dan spesifik yang tidak terdapat di institusi

    pengajian tinggi awam tempatan dan bidang-bidang sedia ada yang masih kurang

    kepakaran tempatan. Peluang ini terbuka kepada semua guru tertakluk kepada

    syarat yang ditetapkan dan kesesuaian bidang yang ditawarkan dengan opsyen dan

    pengkhususan ijazah pertama mereka.

    20

  • Selain daripada memberi ruang dan peluang pembangunan profesionalisme untuk

    para guru, pertambahan ini adalah untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar bagi

    Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Aminuddin Baki (IAB). KPM

    mengunjurkan peningkatan keperluan pensyarah akan berlaku khususnya dengan

    naik taraf Maktab Perguruan kepada IPG dan pembukaan kampus baru IAB di Nilai,

    Negeri Sembilan. Butiran pertambahan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

    adalah seperti LAMPIRAN 5.

    Pada masa ini, KPM sedang mengkaji gerak kerja susulan dalam usaha

    pemantapan latihan perguruan hasil menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada IPG

    seperti yang telah diisytiharkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri pada 6 Mei

    2006. Antara langkah yang sedang dilaksanakan adalah menyediakan draf pindaan

    kepada Akta Pendidikan 1996 bagi membolehkan YB Menteri Pelajaran

    menganugerahkan ijazah kepada lepasan IPG. Pindaan Akta ini dijangka akan dapat

    dibentangkan di Parlimen pada tahun ini. Selain IPG, KPM juga bercadang untuk

    menaik taraf bahagian yang bertanggungjawab dalam aspek latihan perguruan iaitu

    Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Aminuddin Baki (IAB). Langkah ini

    melibatkan pendekatan untuk memperkemas struktur dan fungsi bahagian

    berkenaan serta menyediakan unjuran keperluan tenaga kerja. Pendekatan ini juga

    amat penting untuk menyelaraskan peranan dan fungsi BPG, IAB dan IPG dalam

    melaksanakan pelbagai program latihan.

    Seiring dengan hasrat tersebut, pada 1 Mei 2007, YB. Menteri Pelajaran telah

    mengumumkan bahawa KPM akan mengemukakan kertas cadangan kepada

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan sebuah jabatan khusus di

    KPM yang bukan hanya melihat kepada aspek latihan guru semata-mata, tetapi juga

    turut melihat kepada aspek pembangunan profesionalisme keguruan secara

    keseluruhannya. Ini meliputi bidang pengurusan IPG dan IAB, pembangunan staf,

    penyelarasan pelbagai bentuk latihan, hal ehwal pelatih dan guru selain daripada

    pelaksanaan tugas utama dalam bidang pendidikan guru.

    KPM juga telah mendapat kelulusan peruntukan khas sebanyak RM40 juta daripada

    Kementerian Kewangan pada Februari 2007 bagi melaksanakan program latihan

    khas dalam perkhidmatan. Di antara fokus utama program latihan ini adalah untuk:

    21

  • a) menjalankan latihan berterusan bagi pemimpin dasar dan pemimpin institusi

    pendidikan memupuk perpaduan rakyat, semangat cinta negara dan integrasi

    nasional;

    b) meningkatkan keupayaan dan peningkatan ilmu pengetahuan dan

    kompetensi pelajar melalui kepimpinan modal insan, intelek dan

    pembelajaran sepanjang hayat;

    c) memperkasakan sekolah kebangsaan melalui pemantapan kepimpinan

    Pengetua dan Guru Besar ;

    d) merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap

    keupayaan pelajar dengan meningkatkan keupayaan kepimpinan sekolah;

    e) meningkatkan profesionalisme perguruan dengan memperkasa peranan

    Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk menilai dan melatih sumber tenaga

    pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik; dan,

    f) memastikan kepimpinan teguh dan berkesan dalam usaha untuk

    melonjakkan kecemerlangan pendidikan dan institusi pendidikan dengan

    memantapkan pelbagai latihan kepimpinan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).

    Selain itu, KPM telah memperkenalkan program Coaching and Mentoring kepada

    Pengetua/Guru Besar Sekolah. Pada 3 Mei 2007, YB. Menteri Pelajaran telah

    menyampaikan watikah kepada seramai empat orang Pengetua Cemerlang JUSA C

    yang telah bersara untuk menjadi Perunding Kanan Latihan bagi memimpin

    Pengetua/Guru Besar ke arah kecemerlangan kepimpinan sekolah. Dari aspek

    prasarana fizikal latihan, sehingga 2007, sebanyak 8 buah IPG sedang dalam

    proses naik taraf sepenuhnya dan sebanyak tiga buah IPG akan dijadikan Teaching

    School bagi memantapkan latihan perguruan. KPM juga telah menyediakan kertas

    konsep pembangunan Kompleks Pendidikan Nilai di Negeri Sembilan yang bernilai

    RM1.3 bilion di atas tapak keluasan 728.22 hektar. Kompleks ini akan dibangunkan

    berorientasikan profesion keguruan yang antara lain akan menempatkan Kampus

    Induk IPG, Kampus Tambahan Institut Aminuddin Baki (IAB), Pusat Latihan Bahasa

    Inggeris (ELTC), Kuarters Pendidikan dan Institut Pendidikan Khas.

    Program Pengantarabangsaan Latihan Perguruan juga telah diperkenalkan sebagai

    usaha ke arah meningkatkan kualiti latihan perguruan di IPG dan sekali gus

    mendapat pengiktirafan antarabangsa. Selain penambahan jumlah penghantaran

    22

  • pelajar Program B.Ed TESL, program-program baru yang telah dan akan

    dilaksanakan dalam masa terdekat adalah Program bersama Beijing Foreign Studies

    University dalam Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua dan Program Kolaborasi

    Sarjana Muda Pengajaran Sekolah Rendah yang melibatkan kerjasama dengan 9

    buah Universiti Luar Negara. Selain itu, KPM juga telah merintis kerjasama dengan

    University Franche-Comte, Perancis untuk Program Bahasa Perancis.

    KPM telah merintis sejarah baru dalam pengantarabangsaan latihan guru dengan

    melatih guru-guru dari Aceh, Indonesia dan Selatan Thailand. Selain itu, bagi

    memantapkan pendidikan Islam di peringkat antarabangsa, YAB Perdana Menteri

    telah mengumumkan untuk menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam

    (IPPI) pada Oktober 2006. Fungsi IPPI adalah untuk menjalankan penyelidikan dan

    pembangunan pendidikan bagi membangunkan semula kegemilangan tamadun

    Islam di peringkat antarabangsa.

    Laluan kerjaya juga diberi keutamaan dengan meningkatkan kuota Pengetua dan

    Guru Cemerlang dengan peluasan Skim Pengetua Cemerlang, Guru Cemerlang dan

    pewujudan skim baru Guru Besar Cemerlang. Bagi Pengetua Cemerlang sebanyak

    10 jawatan diperuntukkan untuk JUSA C, seramai 200 untuk DG54, seramai 400

    untuk DG52, manakala untuk guru cemerlang sebanyak 24 untuk Gred Khas C,

    seramai 100 untuk DG54, seramai 250 untuk DG52, seramai 1000 untuk DG48 dan

    seramai 4000 untuk DG44 dan bagi Guru Lepasan Diploma 800 jawatan untuk

    DGA34, dan 3200 untuk DGA32. JPA juga telah meluluskan lapisan gred baru

    DGA38 bagi jawatan Guru Besar Cemerlang. Dalam tempoh lima tahun disasarkan

    sebanyak 1700 jawatan DGA38 akan diisi. Butiran pertambahan kuota bagi skim-

    skim ini adalah seperti di LAMPIRAN 6.

    YAB Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein

    Onn sempena pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007.

    Yayasan ini akan berfungsi untuk menjaga segala aspek kebajikan dan

    pembangunan guru seperti bantuan khairat, bencana kecemasan, pendidikan anak-

    anak dan pembangunan profesionalisme keguruan. Geran awal sebanyak RM100

    juta telah diluluskan oleh pihak kerajaan untuk yayasan ini selain menggabungkan

    keupayaan sedia ada yang dimiliki oleh entiti-entiti guru sedia ada seperti Kumpulan

    Wang Simpanan Guru (KWSG) dan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

    23

  • Bulan Jun - Membangunkan Modal Insan

    Bulan Jun memberi fokus kepada pembangunan Modal Insan. Seperti mana

    saranan YAB Timbalan Perdana Menteri semasa Majlis Penutupan Gala

    Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. KPM sedar akan pentingnya pendidikan yang

    menyeluruh yang menekankan kepada dua tonggak utama iaitu i) pemikiran secara

    kritis dan kreatif dan ii) pembentukan karakter. Dalam usaha pembentukan karakter

    pelajar, fokus diberi kepada usaha menghidupkan dan meningkatkan penerimaan

    semua pihak akan pentingnya aktiviti kokurikulum.

    Bagi menggerakkan penglibatan lebih aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum, KPM

    telah menggandakan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan.

    KPM bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

    (MeCD) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) bagi

    memperkasakan pengurusan koperasi sekolah di seluruh negara. KPM juga

    bercadang untuk mengenengahkan konsep koperasi sekolah ke luar negara,

    terutama di kalangan negara ASEAN supaya pengalaman pelajar dikongsi rakan

    sebaya. Sehingga ini, sebanyak 1,887 sekolah menengah telah mempunyai

    koperasi sekolah. Program usahawan muda diperkenalkan di sekolah dengan

    kerjasama MeCD. Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan, kemahiran dan

    ilmu berkaitan keusahawanan kepada pelajar. Setakat ini seramai 13500 pelajar dari

    566 sekolah menengah telah menyertai program berkenaan dengan jumlah syarikat

    ditubuhkan sebanyak 560 buah.

    Daripada segi pemuliharaan alam sekitar, KPM bersama Kementerian Sumber Asli

    dan Alam Sekitar, Kempen Hari Pokok Sedunia telah dilancarkan di SK Bukit

    Damansara yang bertujuan untuk memupuk rasa kecintaan kepada alam sekitar.

    Semua sekolah di seluruh negara telah diarah menanam sekurang-kurangnya tiga

    batang pokok sebelum September 2008 sebagai sokongan kerajaan dan rakyat

    Malaysia kepada kempen ini.

    Tahun ini, KPM bersama Kementerian Pengajian Tinggi juga telah mula

    melaksanakan syarat 10 peratus penglibatan ko-kurikulum sebagai salah satu syarat

    untuk pelajar memasuki IPTA. KPM juga telah memperkenalkan borang penilaian

    24

  • yang standard bagi pengiraan markah kokurikulum pelajar. Penilaian ini

    menggunakan konsep dan format baru iaitu sekurang-kurangnya rekod dua tahun

    prestasi pelajar diambil kira. KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

    bersetuju bahawa penilaian prestasi kokurikulum pelajar adalah berasaskan dua

    bidang terbaik daripada tiga bidang yang disertai iaitu badan beruniform,

    persatuan/kelab dan sukan/permainan pada setiap tahun persekolahan.

    Dalam usaha melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan inovatif, KPM juga telah

    meluaskan kerjasama dengan pihak profesional dalam menentukan kurikulum yang

    relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Pada 25 Jun yang lepas,

    majlis persefahaman di antara KPM dengan badan-badan profesional perakaunan;

    ACCA dan LCCI, telah ditandatangani. Di bawah memorandum persefahaman ini,

    pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan diberi pengecualian menduduki kertas 1

    dan kertas 2 bagi Level 1 ACCA sementara untuk LCCI pula, mereka dikecualikan

    menduduki Level 1 dan Level 2. Memorandum persefahaman itu juga melibatkan

    penglibatan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang akan melihat kepada sistem serta

    proses pentaksiran mata pelajaran tersebut bersama-sama dengan badan-badan

    profesional.

    PIPP juga telah memberi pengukuhan kepada program Kebersihan, Kesihatan dan

    Keselamatan (3K) dengan mewujudkan kerjasama KPM dengan pelbagai pihak.

    KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Induk 3K yang bertanggungjawab dalam

    bidang-bidang seperti keselamatan murid, bencana alam, keselamatan fizikal

    sekolah dan asrama, sosial /persekitaran dan lokasi sekolah, CCTV dan fungsi

    kontraktor keselamatan di sekolah. Selain itu, jawatankuasa ini juga

    bertanggungjawab menyediakan garis panduan mengatasi dan membersihkan

    persekitaran sekolah selepas banjir, aspek kebersihan kantin dan pengendalian

    makanan, kontraktor kebersihan dan pengusaha bas sekolah. Jawatankuasa ini

    juga telah mengadakan beberapa siri lawatan untuk melihat mangsa banjir serta

    mewujudkan pasukan petugas khas atau flying squad untuk memantau kebersihan

    dan kualiti makanan di kantin di seluruh negara. KPM juga bercadang untuk

    menganjurkan Seminar Pengurusan Dan Kualiti Makanan Untuk Pengusaha Kantin

    dan Pengetua/Guru Besar serta penyelia asrama pada bulan ini.

    25

  • Pelancaran Projek Kijang Emas Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSM), Kelantan

    pada 21 Jun 2007 melihatkan komitmen dan kesungguhan KPM dalam agenda

    sukan prestasi tinggi. Untuk menyokong agenda ini KPM akan membina tiga lagi

    sekolah sukan membabitkan kos RM240 juta dalam usaha melahirkan lebih ramai

    jaguh sukan negara. Tiga sekolah sukan yang dirancang dibina di Perlis, Pahang

    dan Sabah sebagai tambahan kepada Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) dan

    Sekolah Sukan Bukit Jalil. Cadangan pembinaan sekolah sukan tersebut telah

    dihantar kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan yang dipengerusikan oleh

    YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tambahan sekolah sukan

    bertujuan untuk membolehkan KPM membahagikan setiap sekolah mengkhususkan

    sukan tertentu dengan setiap mengendalikan tidak lebih 16 jenis sukan. Pada masa

    ini, KPM akan menaik taraf SSBP dan SSBJ yang membabitkan kos RM13.4 juta.

    Ketika merasmikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Malaysia

    (PBSM) ke 117 pada 24 Jun 2007, YB Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa KPM

    sedang mengkaji kemungkinan memasukkan kemahiran pertolongan cemas dalam

    sukatan pelajaran dan kokurikulum bagi melengkapkan 5 juta pelajar dengan

    pengetahuan dan teknik ketika berhadapan kecemasan dan kemalangan di rumah.

    Sehingga kini seramai 271,957 pelajar sekolah menengah dan 34, 897 murid

    sekolah rendah menjadi ahli PBSM. Manakala sebanyak 1,628 sekolah menengah

    dan 741 sekolah rendah menawarkan PBSM sebagai aktiviti kokurikulum. YB

    Menteri juga mencadangkan agar aktiviti sebegini diperluaskan lagi di sekolah

    rendah.

    KPM juga telah menganjurkan Gala Kokurikulum Kebangsaan 2007 di Pusat

    Kokurikulum JPNS, Negeri Sembilan pada 28 Jun 2007 yang melibatkan seramai

    1150 pelajar dari pelbagai latar belakang mempamerkan kebolehan masing-masing

    dalam pelbagai cabang kokurikulum seperti kawad kaki unit beruniform,

    kebudayaan, silat, tae kwan do dan pancaragam. Daripada jumlah tersebut, 460

    orang adalah terdiri daripada ahli-ahli Kelab Rukun Negara yang telah pun

    memulakan perkhemahan sejak 24 Jun 2007. Gala ini yang merupakan kemuncak

    kepada sambutan Bulan Kokurikulum itu telah dirasmikan oleh YAB Timbalan

    Perdana Menteri.

    26

  • Selaras dengan matlamat KPM untuk menyediakan peluang untuk mendalami seni

    dan warisan berkaitan dengan muzik, satu pertandingan Wind Orchestra Sekolah

    Berasrama Penuh Kali ke 9 telah diadakan. Dalam pertandingan tersebut, Sultan

    Alam Shah telah menjadi johan. Penawaran pendidikan muzik di SBP sebagai

    wadah untuk membangunkan potensi pelajar dalam bidang seni. Sehingga kini

    sebanyak 179 buah sekolah menengah telah menawarkan Pendidikan Muzik dan

    seramai 13500 pelajar telah mengikuti pelajaran tersebut. 85 peratus sekolah

    rendah dan 90 peratus sekolah menengah telah menubuhkan kelab berkaitan

    kesenian dan menganjurkan aktiviti muzik secara berkumpulan. Selain itu, KPM

    turut menganjurkan Konsert Diraja Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai

    showcase terhadap penglibatan pelajar dan warga pendidikan untuk menghargai

    seni dan warisan budaya negara.

    Semasa melancarkan Program Bijak Menabung Kerjasama KPM dan Bank Rakyat

    di SMK Paloh pada 22 Jun 2007, YB Menteri Pelajaran menegaskan bahawa

    usaha bagi melahirkan masyakarat yang mempunyai jati diri pada masa akan

    datang, akan dilaksanakan dengan mempakejkan semula program kokurikulum.

    Selain itu, KPM akan mengeluarkan garis panduan untuk menyelaras program

    kokurikulum untuk kegunaan semua pihak yang terlibat.

    PENUTUP

    Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan Malaysia, tumpuan bukan

    saja diberikan kepada perkembangan pendidikan dalam negara tetapi juga pada

    peringkat antarabangsa. Langkah ini adalah perlu dan amat signifikan pada masa ini

    bagi menyediakan generasi masa hadapan Malaysia yang lebih kompetitif, holistik,

    berketerampilan serta mampu bersaing di peringkat global. Untuk tujuan itu, KPM

    telah memperkenalkan inisiatif pengantarabangsaan pendidikan yang merangkumi

    segala usaha yang dijalankan bagi meletakkan pendidikan Malaysia setaraf dengan

    pendidikan negara-negara maju. Maklum balas yang diperoleh daripada pertemuan-

    pertemuan dua hala dan juga pelbagai hala menjurus kepada pengiktirafan daripada

    negara lain bahawa Malaysia telah pun mengamalkan amalan terbaik best

    27

  • practices dalam beberapa cabang bidang pendidikan dan mampu dijadikan rujukan

    oleh negara luar.

    Pengiktirafan terhadap peranan Malaysia dalam bidang pendidikan oleh Pertubuhan

    Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) sewaktu Mesyuarat Majlis

    SEAMEO ke 42 di Bali, Indonesia pada bulan Mac 2007 dan oleh Pertubuhan

    Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sewaktu

    rangka lawatan YB Menteri Pelajaran ke Perancis pada bulan April 2007

    memperkukuhkan inisiatif Kementerian Pelajaran untuk meletakkan pendidikan

    Malaysia di platform antarabangsa. Sehubungan itu, Pameran Meraikan 50 Tahun

    Kejayaan Pendidikan Malaysia telah berjaya diadakan di Ibu Pejabat UNESCO

    sempena lawatan kerja tersebut.

    Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia mendapat pengiktirafan daripada International

    Bureau of Education di Geneva apabila digunakan menggubal kurikulum Pendidikan

    Islam di Aghfanistan. Selain itu, Thailand juga telah memohon Malaysia membantu

    menggubal kurikulum Pendidikan Islam dan latihan perguruan di Selatan Thailand.

    Sebagai permulaan, seramai 100 orang guru agama dari Selatan Thailand akan

    dihantar ke Malaysia bagi mengikuti latihan jangka pendek Penggunaan Media Dalam

    Pendidikan Islam. Selain itu, seramai 60 orang pelajar dari Selatan Thailand juga akan

    ditempatkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor dan

    SMAP Labu, Negeri Sembilan bagi menyambung pengajian yang dibiayai oleh

    Kementerian Pelajaran.

    Buat pertama kalinya, lawatan rasmi YB Menteri Pelajaran ke Republik Rakyat China

    pada bulan Mei 2007 telah menyingkap lembaran baru sejarah perhubungan dua hala

    Malaysia-China dalam bidang pendidikan. Ianya merupakan titik permulaan kepada

    lebih banyak perkongsian pengalaman dan bertukar pandangan berhubung

    pembangunan sekolah sukan, sekolah seni dan juga bidang pendidikan khas.

    KPM telah memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan pendidikan pada

    peringkat kebangsaan dan antarabangsa, namun masih banyak bidang yang

    memerlukan tumpuan dibangunkan. KPM tidak dapat melaksanakan segala

    pembaharuan tanpa sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Menjadi

    28

  • harapan KPM supaya semua individu, agensi dan kementerian di luar KPM dapat

    bekerjasama bagi menyokong agenda pendidikan seperti yang dirancang kerana

    pendidikan adalah tanggungjawab bersama.

    29

  • LAMPIRAN 1 PENCAPAIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR RMKE-9 SEPERTI PADA 30 JUN 2007

    STATUS PELAKSANAAN

    BINA PROGRAM/PROJEK

    PROJEK DLM

    PERINGKAT

    PERANCANGAN

    SERAH SURAT TAWARAN

    DALAM PEMBINA

    AN

    JUMLAH

    SIAP

    PROJEK DIRANCANG DLM RMKE-

    9

    Pendidikan Prasekolah 1,087 208 8 216

    1,323 2,626

    Pendidikan Rendah 1,262 17 24 41

    192 1,495

    Pendidikan Menengah 703 7 25 32

    176 911

    Sekolah Sukan 5 0 0 -

    - 5

    Sekolah Berasrama Penuh 8 1 29 30

    54 92

    Kolej Matrikulasi 8 0 0 -

    1 9

    Pendidikan Teknik dan Vokasional 23 0 0 -

    - 23

    Maktab Perguruan 22 2 0 2

    2 26

    Rumah Guru 476 0 1 1

    9 486

    Asrama Sekolah Harian 321 0 0 -

    - 321

    Pejabat Pendidikan 116 0 0 -

    - 116

    Bantuan Modal* 1 1 1 1

    Sistem Pengurusan dan Pentadbiran

    7 0 0

    -

    - 7

    Pendidikan Khas 2,386 976 2 978

    113 3,477

    Pusat Perkembangan Kurikulum* 6 6 6 6

    Bahagian Teknologi Pendidikan 9 0 0 -

    - 9

    Dewan Bahasa dan Pustaka 4 0 0 -

    - 4

    Institut Aminuddin Baki 3 0 1 1

    - 4

    Lembaga Peperiksaan Malaysia 3 0 1 1

    - 4

    Pembangunan Sukan Sekolah 943 0 0 -

    - 943

    Ubahsuai Naik Taraf Sekolah Rendah

    2,435 0 0

    5 2,440

    Ubahsuai Naik Taraf Sekolah Menengah 946 0 1

    1

    - 947

  • PENCAPAIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR RMKE-9 SEPERTI PADA 30 JUN 2007

    STATUS PELAKSANAAN

    BINA PROGRAM/PROJEK

    PROJEK DLM

    PERINGKAT

    PERANCANGAN

    SERAH SURAT TAWARAN

    DALAM PEMBINA

    AN

    JUMLAH

    SIAP

    PROJEK DIRANCANG DLM RMKE-

    9

    Ubahsuai Naik Taraf P. Teknik dan Vokasional

    56 0 0

    -

    - 56

    Ubahsuai Naik Taraf Maktab Perguruan

    19 0 0

    -

    - 19

    Ubahsuai Naik Taraf Sokongan Pendidikan

    597

    0 0

    -

    4

    601

    Sokongan Pendidikan Pelbagai 1 0 409 -

    - 1

    Pemb. Prog. Luar Bandar Sabah dan Sarawak

    1,597 0 0

    409

    77 2,083

    Program Pembestarian Sekolah* 4 4 4 4

    Pembelian Tanah 1 0 0 -

    - 1

    Pengkomputeran Pengajaran Pembelajaran

    4 0 0

    2

    5 11

    Institut Terjemahan Negara 6 0 0 -

    - 6

    Kompleks Pelajaran Nilai 1

    -

    - -

    - 1

    JUMLAH KESELURUHAN RMKe-9

    12,096

    1,226

    603

    1,823

    2,816 16,735

    SAMBUNGAN RMKe-8 12 432 444JUM KESELURUHAN 12,096 1,226 603 1,835 3,248 17,179* Program seperti dalam jadual Bab 3 PIPP telah dipecahkan kepada sub - projek

  • LAMPIRAN 2

    DATA PROJEK RMKe-8 DAN RMKe-9 RMKe-8 RMKe-9

    BIL. PROJEK OUTPUT BIL. PROJEK SILING (RM JUTA) PROGRAM/PROJEK

    BARU TAMBAHAN

    GANTIAN

    USNT

    JUM JUM. KELAS ENROL MEN

    BIL. GURU

    KOS B LB Jumlah B LB Jumlah

    Pendidikan Prasekolah 2,198 2,198 2,888

    66,658

    2,888

    167,265,277

    491

    2,135

    2,626

    66.4

    260.9

    327.3

    Pendidikan Rendah 650 936

    304

    1,890

    10,056

    203,403

    36,569

    7,595,343,778

    343

    1,152

    1,495

    1,386.4

    2,737.

    8

    4,124.2

    Pendidikan Menengah 644 533

    85

    1,262

    13,900

    193,211

    20,125

    9,808,824,046

    360

    551

    911

    1,949.5

    2,571.

    7

    4,521.2

    Sekolah Sukan 2 2

    52

    1,050

    156

    2,805,566

    5

    5

    256.4

    256.4

    Sekolah Berasrama Penuh 19 13

    32

    570

    17,100

    969

    756,330,600

    59

    33

    92

    402.0

    300.0

    702.0

    Kolej Matrikulasi 1 1

    1,473,049,242

    3 6

    9

    143.7

    405.7

    549.4

    Pendidikan Teknik dan Vokasional

    15

    37

    52

    300

    13,674

    2,101

    645,354,672

    23

    577.0

    Maktab Perguruan 3 21

    24

    385,241,700

    26

    509.0

    Rumah Guru 628 274

    297

    1,199

    2,820,472,598

    80

    406

    486

    145.5

    563.7

    709.2

    Asrama Sekolah Harian 180 141

    180

    501

    48,150

    1,301,349,566

    40

    281

    321

    176.4

    1,183.

    5

    1,359.9

    Pejabat Pendidikan 76 1

    77

    217,760,000

    68

    48

    116

    244.7

    176.8

    421.5

    Bantuan Modal

  • LAMPIRAN 2

    DATA PROJEK RMKe-8 DAN RMKe-9 RMKe-8 RMKe-9

    BIL. PROJEK OUTPUT BIL. PROJEK SILING (RM JUTA) PROGRAM/PROJEK

    BARU TAMBAHAN

    GANTIAN

    USNT

    JUM JUM. KELAS ENROL MEN

    BIL. GURU

    KOS B LB Jumlah B LB Jumlah

    450 38,087,490 1 100.0

    Sistem Pengurusan dan Pentadbiran

    4

    4

    297,041,618

    7

    331.8

    Pendidikan Khas 1 1

    10

    300

    83

    11,500,000

    811

    2,666

    3,477

    236.9

    179.0

    415.9

    Pusat Perkembangan Kurikulum

    184

    184

    274,724,000

    6

    427.8

    Bahagian Teknologi Pendidikan

    21

    21

    147,576,702

    9

    158.0

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    10

    10

    81,519,034

    4

    27.0

    Institut Aminuddin Baki 2

    2 21,017,891

    4

    310.0

    Lembaga Peperiksaan Malaysia

    -

    4

    26.6

    Pembangunan Sukan Sekolah

    -

    467

    476

    943

    89.1

    71.0

    160.1

    Ubahsuai Naik Taraf Sekolah Rendah

    766

    766

    1,895,914,877

    394

    2,046

    2,44

    0

    116.7

    606.

    1

    722.8

    Ubahsuai Naik Taraf Sekolah Menengah

    381

    381

    199,496,101

    378

    569

    947

    173.2

    335.

    9

    509.1

    Ubahsuai Naik Taraf P. Teknik dan Vokasional

    9

    9

    4,192,929

    56

    56

    22.0

    22.0

  • LAMPIRAN 2

    DATA PROJEK RMKe-8 DAN RMKe-9 RMKe-8 RMKe-9

    BIL. PROJEK OUTPUT BIL. PROJEK SILING (RM JUTA) PROGRAM/PROJEK

    BARU TAMBAHAN

    GANTIAN

    USNT

    JUM JUM. KELAS ENROL MEN

    BIL. GURU

    KOS B LB Jumlah B LB Jumlah

    Ubahsuai Naik Taraf Maktab Perguruan

    -

    19

    50.2

    Ubahsuai Naik Taraf Sokongan Pendidikan

    51

    51

    15,335,375

    157

    444

    601

    57.9

    91.5

    149.4

    Sokongan Pendidikan Pelbagai

    -

    1

    203.0

    Pemb. Prog. Luar Bandar Sabah dan Sarawak

    5,214 5,214

    5,178,094,959

    2,083

    2,08

    3

    1,14

    7.5

    1,147.

    5

    Program Pembestarian Sekolah

    87

    87

    1,254,586,191

    4

    204.0

    Pembelian Tanah 37

    37 319,766,126

    1

    300.0

    Pengkomputeran Pengajaran Pembelajaran

    4,256

    9,146

    13,402

    2,264,624,030

    11

    1,509.0

    Institut Terjemahan Negara

    -

    6

    16.9

    Kompleks Pelajaran Nilai

    -

    1

    200.0

    JUMLAH KESELURUHAN

    9,018

    7,170

    10,012

    1,207

    27,857

    27,776

    543,546

    62,891

    37,177,274,368

    3,71

    2

    12,896

    16,7

    35

    5,466.

    8

    10,631.1

    21,048

    .2

  • LAMPIRAN 3

    SENARAI MEMORANDUM/NOTA DARIPADA MENTERI PELAJARAN TAHUN 2006

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    1.

    8 Mac 2006

    Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara Yang Ke-41 Dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN Yang Kedua, Singapura 21-23 Mac 2006

    Jemaah Menteri mengambil maklum

    /

    2.

    5 April 2006

    Perlantikan Sekretariat ASEAN School Sports Council 2006-2007

    Jemaah Menteri bersetuju dengan

    (i) Perlantikan Kementerian Pelajaran sebagai Sekretariat ASEAN School Sports Council (ASSC) bagi tahun 2006-2007

    (ii) Peruntukan sebanyak RM81,600 bagi melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Sekretariat ASSC bagi tahun 2006-2007

    /

    3.

    26 April 2006

    Menangani Gejala Disiplin Di Sekolah

    Jemaah Menteri bersetuju supaya: (i) Kementerian Pelajaran menyusul

    pandangan-pandangan, cadangan-cadangan dan penjelasan di perenggan (a).

    (ii) Program dan aktiviti menangani gejala disiplin murid di sekolah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM6,114,000; dan

    /

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    (iii) Usaha menangani gejala disiplin murid di sekolah mendapat kerjasama dan bantuan daripada semua kementerian dan agensi kerajaan bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di kalangan murid sekolah.

    4.

    10 Mei 2006

    Memperkukuhkan Daya Saing Sekolah-Sekolah Antarabangsa Malaysia di Rantau Asia.

    Jemaah Menteri bersetuju dengan kaedah-kaedah berikut supaya Sekolah-Sekolah Antarabangsa Malaysia lebih berdaya saing iaitu : (i) dilaksanakan kawalan ke atas

    penubuhan sekolah antarabangsa seperti di perenggan 18 Memorandum.

    (ii) Dilaksanakan perubahan dasar ke atas kemasukan pelajar warganegara Malaysia ke sekolah antarabangsa seperti di perenggan 20 Memorandum; dan

    (iii) Diberi insentif kepada sekolah-sekolah antarabangsa seperti di perenggan 22 Memorandum.

    /

    5.

    12 Julai 2006

    Memorandum Bersama Daripada Menteri Pelajaran Dan Menteri Pengajian Tinggi Menangani Ketidakseimbangan Antara Keperluan Dan Penawaran Guru Bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Negara.

    Jemaah Menteri bersetuju dengan: (i) pandangan-pandangan dan cadangan-

    cadangan di perenggan (a)(vi), (viii), (xi), (xii), (xiv), (xvi), (xviii), (xxi) dan (xxii); dan

    (ii) langkah bersama yang akan diambil oleh Kementerian Pelajaran dan

    /

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    Kementerian Pengajian Tinggi di perenggan-perenggan 17 dan 18 Memorandum untuk menangani ketidakseimbangan di antara keperluan dan penawaran guru tertakluk kepada persetujuan di perenggan (b)(i).

    7.

    6 September 2006

    Projek Rancangan Malaysia Kesembilan Kementerian Pelajaran Yang Akan Ditender.

    Jemaah Menteri bersetuju : (i) dengan cadangan dan penjelasan di

    perenggan (a)(vi) dan (ix); dan (ii) supaya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

    ( SJKC), Putra Heights,Selangor yang akan dibina melalui kaedah PFI dinamakan SJKC Tun Tan Siew Sin, sempena nama bekas Menteri Kewangan dan bagi mengenang jasa mendiang kepada negara.

    /

    8.

    27 September 2006

    Projek Rancangan Malaysia Kesembilan Kementerian Pelajaran Yang Telah Diserah Untuk Dilaksanakan Oleh Jabatan Kerja Raya.

    Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa Jabatan Kerja Raya melaksanakan dengan peruntukan Siling RM6.071 bilion

    /

    9.

    4 Oktober 2006

    Bertanding Untuk Kerusi Lembaga Kerja UNESCO, Di Persidangan Agung UNESCO Ke-34, Oktober 2007

    Jemaah Menteri bersetuju: (i) supaya Malaysia bertanding kerusi

    Lembaga Kerja UNESCO bagi tempoh 2007 hingga 2011 semasa Persidangan Agung UNESCO ke-34

    /

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    pada bulan Oktober 2007; (ii) dengan pencalonan Y.B. Menteri

    Pelajaran sebagai calon Malaysia dalam Lembaga Kerja UNESCO ;

    (iii) dengan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi melaksanakan persediaan strategi-strategi melobi kerusi Lembaga Kerja UNESCO di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM), Paris, Peranchis sepanjang tahun 2006, peruntukan sebanyak RM600,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti melobi oleh setiap Jawatankuasa Kecil Tetap, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan PPTM pada tahun 2007;

    (iv) supaya peruntukan geran tahunan SKUM dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM900,000 bagi melaksanakan semua program dan aktiviti SKUM mulai tahun 2007, seperti di Lampiran A Memorandum; dan

    (v) supaya seorang Atase Sains ditempatkan di PPTM ke UNESCO

    4 Oktober 2006 Memorandum Bersama Daripada Menteri Pelajaran dan Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Langkah-Langkah Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

    Jemaah Menteri bersetuju Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 dipinda bagi membolehkan DBP diberi kuasa membetulkan mana-mana kesalahan atau salah guna bahasa

    /

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    Kebangsaan yang dilakukan oleh mana-mana pihak

    10.

    11 Oktober 2006

    Memorandum Bersama Daripada Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi Sesi Percambahan Minda Mengenai Dasar Pelajaran Dan Pengajian Tinggi Bersama Pelajar-Pelajar Pasca-Siswazah Di United Kingdom, Perasmian Nottingham Games Dan Lawatan Kerja Ke Dublin, Ireland, 1 7 November 2006

    Jemaah Menteri bersetuju:

    (i) supaya Y.B. Menteri Pelajaran dan Y.B. Menteri Pengajian Tinggi dengan disertai oleh Y.B. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri Sesi Percambahan Minda Mengenai Dasar Pelajaran dan Pengajian Tinggi bersama pelajar-pelajar pasca-siswazah di United Kingdom, perasmian Nottingham Games dan lawatan kerja ke Dublin, Ireland dari 1 hingga 7 November 2006; dan

    (ii) dengan perbelanjaan sebanyak RM740,180 yang ditanggung oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, sementara perbelanjaan Y.B. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditanggung oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    11. 29 November 2006

    Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel Ke 16, Cape Town, Afrika Selatan, 8-15 Disember 2006

    Jemaah Menteri bersetuju (i) supaya Y.B. Menteri Pelajaran

    dengan menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel ke-16 di Cape Town, Afrika Selatan dari 8 hingga 15 Disember 2006; dan

    (ii) supaya Y.B. Menteri Pelajaran dikecualikan daripada menghadiri acara-acara tamat pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII dan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII pada 12 dan 13 Disember 2006.

    /

    12.

    6 Disember 2006

    Merapatkan Jurang Pendidikan Melalui TV Pendidikan

    Jemaah Menteri bersetuju supaya:

    (i) disiarkan rancangan TV Pendidikan melalui web mulai 1 Januari 2007; dan

    (ii) tidak disambung perkhidmatan penyiaran rancangan TV Pendidikan melalui ASTRO mulai 1 Januari 2007

    /

    13.

    20 Disember 2006

    Memorandum Bersama Daripada Menteri Pelajaran dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan

    Jemaah Menteri menimbangkan Memorandum Bersama daripada Menteri Pelajaran dan Menteri Pembangunan

    /

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    Masyarakat Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Sosial

    Wanita, Keluarga dan masyarakat dan (a) mengambil maklum dan (b) bersetuju dengan pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial di Malaysia.

    14.

    10 Januari 2007

    Pelaksanaan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan dan e-Integrasi di Sekolah

    Jemaah Menteri bersetuju:

    (i) dengan pandangan-pandangan dan cadangan di perenggan (a):

    (ii) supaya program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan dan e-Integrasi dilaksanakan dis ekolah-sekolah

    (iii) dengan peruntukan pelaksaan program dan aktiviti sebanyak RM25,879,620; dan

    (iv) supaya usaha menyubur dan mempertingkatkan semangat kerjasama antara kaum dilaksanakan secara terancang dan sistematik dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional yang bermula di peringkat sekolah.

    /

    15.

    17 Januari 2007

    Laporan Status Pelaksaan Projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) Kementerian Pelajaran Malaysia

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    16.

    2 Mac 2007

    Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara Yang Ke-42 Dan Mesyuarat Menteri Pelajaran Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara Ke-2 Mulai 13 Hingga 16 Mac 2007 Di Bali, Indonesia

    Jemaah Menteri bersetuju

    (i) supaya Y.B. Menteri Pelajaran dengan diiringi serta 5 orang pegawai kanan Kementerian Pelajaran dan seorang pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi menghadiri Persidangan Majlis Southeast Asia Ministers of Education Organisation yang ke-42 dan Mesyuarat Menteri Pelajaran ASEAN ke-2 dari 13 hingga 16 Mac 2007 di Bali, Indonesia; dan

    /

    17.

    7 Mac 2007

    Menghadiri Pertandingan Antarabangsa 3rd Formula One (F1) Technology Challege Di Melbourne, Australia Dari 12 19 Mac 2007

    Jemaah Menteri bersetuju

    (i) supaya Y.B Timbalan Menteri Pelajaran dan delegasi menghadiri acara Pertandingan Antarabangsa 3rd International Formula One Technology Challenge, Melbourne, Australia dari 12 hingga 18 Mac 2007; dan

    /

    18.

    21 Mac 2007

    Lawatan Kerja YB. Menteri Pelajaran Ke Negara Perancis Dan Switzerland Pada 31 Mac 8 April 2007

    /

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    19.

    18 April 2007

    Masalah Pengisian Kuarters Institusi Pendidikan (KIP)

    Jemaah Menteri bersetuju

    (i) supaya Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan dan JPA bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung cadangan supaya elaun ITP bagi pegawai-pegawai yang menduduki KIP dipotiong sebanyak 50% sahaja dan membentangkan hasil perbincangan tersebut untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri

    (ii) supaya syarikat/jabatan bekalan air negeri membuat bacaan meter secara berasingan mengikut unit KIP;

    (iii) supaya jerji keselamatan dan temapt letak kereta berbumbung dijadikan sebagai spesifikasi piawaian untuk rumah guru; supaya ditukarkan KIP kepada kegunaan-kegunaan lain seperti asrama, pusat latihan dan sebagainya;

    (iv) supaya diserahkan KIP tertentu kepada Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri untuk ditawarjan kepada

    /

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    kakitangan Kerajaan di jabatan-jabatan lain; dan

    (v) supaya dipajakkan KIP tertentu kepada pihak swasta.

    20.

    11 April 2007

    Lawatan Kerja YB. Timbalan Menteri Pelajaran Ke Itali Dan United Kingdom Pada 16 24 Apirl 2007

    /

    21.

    18 April 2007

    Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara Yang Ke-42 Dan Mesyuarat Menteri Pelajaran Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara Ke-2 Mulai 13 Hingga 16 Mac 2007 Di Bali, Indonesia

    Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa YB Menteri Pelajaran dilantik sebulat suara Naib Presiden SEAMEO dan Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan Majlis SEAMEO Ke -43 pada 2008.

    /

    22.

    9 Mei 2007

    Lawatan Kerja YB. Menteri Pelajaran Ke Republik Rakyat China Pada 19 25 Mei 2007

    Jemaah Menteri bersetuju supaya Y.B. Menteri Pelajaran dengan delegasi Malaysia mengadakan lawatan ke RRC dari 19 hingga 25 Mei 2007;

    /

    /

    23.

    27 Jun 2007

    Mesyuarat Tidak Formal Menteri-Menteri Pelajaran Asean, 30 Ogos 1 September 2007, Putrajaya

    Jemaah Menteri meluluskan untuk mengadakan Mesyuarat Tidak Formal Menteri- Menteri Pelajaran ASEAN dan meraikan sambutan Ke 50 Tahun Kemerdekaan.

    24.

    20 Jun 2007

    Penganjuran Program Rangkaian

    Jemaah Menteri meluluskan untuk

  • LAMPIRAN 3

    BIL

    TARIKH DIBENTANGK

    AN

    MEMORANDUM

    /NOTA/MEMORANDUM BERSAMA

    KEPUTUSAN

    T1

    T2

    T3

    T4

    T5

    T6

    Sekolah-Sekolah Asean Malaysia, 26 Ogos 1 September 2007, Kuala Lumpur

    mengadakan Penganjuran Program Rangkaian Sekolah-Sekolah Asean Malaysia, 26 Ogos 1 September 2007, Kuala Lumpur dan meraikan sambutan Ke 50 Tahun Kemerdekaan.

    25.

    27 Jun 2007

    Pemberian Peruntukan Khas Kepada Ahli Parlimen Bagi Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Dan Kebajikan Warga Sekolah, Kementerian Pelajaran

    Jemaah Menteri telah meluluskan pemberian peruntukan khas kepada ahli Parlimen bagi meningkat penyampaian perkhidmatan dan kebajikan warga Sekolah KPM.

  • LAMPIRAN 4

    STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH

    1. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah

    pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan

    kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan

    pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.

    2. Program Pembestarian Sekolah melibatkan usaha untuk melengkapkan

    semua sekolah-sekolah KPM dengan infrastruktur, perkakasan, perisian

    dan aplikasi, latihan guru serta program pengurusan perubahan (change

    management) yang bersesuaian dan mencukupi.

    3. Program Pembestarian Sekolah melibatkan penyelarasan 6 inisiatif ICT

    utama KPM iaitu :

    Makmal Pengkomputeran

    Akses Internet Jalur Lebar SchoolNet

    Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

    Inggeris (PPSMI)

    TV Pendidikan

    Pusat Akses

    88 Sekolah Bestari

    4. Dalam melaksanakan program Pembestarian Sekolah, KPM

    menggunakan pendekatan pertama PIPP iaitu untuk menyelesaikan

    tugas-tugas yang masih belum selesai seperti untuk mengadakan akses,

    memastikan ekuiti dan merapatkan jurang. Pada waktu yang sama, KPM

    akan memantapkan pelaksanaan 88 buah Sekolah Bestari yang

    merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana (flagship) di dalam

    Koridor Raya Multimedia (MSC) dan projek rintis Sekolah Bestari telah

    dimulakan pada tahun 1999 hingga 2002 dengan kerjasama Multimedia

    Development Corporation (MDeC). Usaha pemantapan dan penjenamaan

  • LAMPIRAN 4

    semula adalah selaras dengan pendekatan kedua iaitu me