Kadar Tindak Balas Suhu

download Kadar Tindak Balas Suhu

of 4

Transcript of Kadar Tindak Balas Suhu

  • 8/10/2019 Kadar Tindak Balas Suhu

    1/4

    MANUAL EKSPERIMENKAEDAH SATU

    Tajuk : Kesan suhu ke atas kadar tindakbalas

    Hasil pembelajaran : Dalam unit ini pelajar dapat merekabentuk eksperimen untuk menentukan

    kesan suhu ke atas kadar tindak balas

    Bahan dan radas: Larutan natrium tiosulfat 0.2 moldm -3, asid sulfurik 1.0 moldm -3, kertas putih yangbertanda X di bahagian tengah, silinder penyukat 50cm 3, silinder penyukat 10cm 3, kelalang kon100cm 3, jam randik, thermometer, penunu Bunsen, kasa dawai dan tungku kaki tiga.

    Arahan kepada murid:

    A) Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta langkah-langkah seperti berikut:

    1. Dengan menggunakan silinder penyukat 50cm 3, sukat 50cm 3 larutan natrium tiosulfat.

    Tuangkan larutan ke dalam kelalang kon yang diletakkan di atas kertas putih bertanda X.2. Catatkan suhu larutan natrium tiosulfat.3. Sukat 5cm 3 asid sulfurik dengan menggunakan silinder penyukat 10cm 3.4. Tuang larutan asid sulfurik ke dalam kelalang kon yang mengandungi larutan natrium

    tiosulfat dan goncangkan. Pada masa yang sama mulakan jam randik.5. Perhatikan tanda X. Hentikan jam randik sebaik sahaja tanda X tidak kelihatan. Catatkan

    masa dalam jadual.6. Ulangi langkah 1-5 dengan meningkatkan suhu larutan natrium tiosulfat sebanyak 5 oC

    sebanyak empat kali.7. Plotkan graf:

    a. Suhu melawan masab. Suhu melawan 1/masa

    B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tulis laporan eksperimen yangmengandungi perkara-perkara berikut:

    1) Tujuan2) Pernyataan Masalah3) Hipotesis4) Pemboleh ubah

    a) Manipulasi

    b) Bergerakbalasc) Dimalarkan

    5) Prosedur eksperimen6) Penjadualan data (berdasarkan keputusan eksperimen, plotkan graf)7) Analisis data8) Kesimpulan eksperimen

    C) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan berikut:1) Susu menjadi masam dengan cepat apabila dibiarkan terdedah kepada udara pada

    suhu bilik. Sebaliknya susu masih segar sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.Mengapakah fenomena ini terjadi? Jelaskan.

  • 8/10/2019 Kadar Tindak Balas Suhu

    2/4

    LEMBARAN TUGASAN KADAR TINDAK BALAS (SUHU)KAEDAH DUA

    Tajuk : Kesan suhu ke atas kadar tindakbalas

    Hasil pembelajaran : Dalam unit ini pelajar dapat merekabentuk eksperimen untuk menentukan

    kesan suhu ke atas kadar tindak balas.

    Situasi Pencetus Idea Murid:

    Puan Zainab telah mengadakan majlis hari jadi anaknya. Tetamu yang ramai menyebabkan air sirapyang disediakan tidak mencukupi. Puan Zainab terpaksa menyediakan semula air dalam keadaantergesa-gesa. Cadangkan satu cara untuk Puan Zainab menyediakan air sirap dengan cepat.

    A) Berdasarkan situasi di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan radasberikut:

    Larutan natrium tiosulfat 0.2 moldm -3, asid sulfurik 1.0 moldm -3, kertas putih yang bertanda

    X di bahagian tengah, silinder penyukat 50cm3, silinder penyukat 10cm

    3, kelalang kon

    100cm 3, jam randik, thermometer, penunu Bunsen, kasa dawai dan tungku kaki tiga.

    B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tulis laporan eksperimen yangmengandungi perkara-perkara berikut:

    1) Tujuan2) Pernyataan Masalah3) Hipotesis4) Pemboleh ubah

    a) Manipulasib) Bergerakbalasc) Dimalarkan

    5) Prosedur eksperimen6) Penjadualan data (berdasarkan keputusan eksperimen, plotkan graf)7) Analisis data8) Kesimpulan eksperimen

    C) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan berikut:

    1)

    Selain daripada kaedah di atas, bagaimanakah lagi Puan Zainab boleh lakukan untukmenyediakan air sirap dengan cepat.

    2) Susu menjadi masam dengan cepat apabila dibiarkan terdedah kepada udara padasuhu bilik. Sebaliknya susu masih segar sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.Mengapakah fenomena ini terjadi? Jelaskan.

  • 8/10/2019 Kadar Tindak Balas Suhu

    3/4

    JAWAPAN

    Tujuan: Mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas

    Pernyataan Masalah: Bagaimanakah suhu larutan natrium tiosulfat mempengaruhi kadar tindakbalas?

    Hipotesis: Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar tindak balas

    Pemboleh ubah

    a) Manipulasi: Suhu larutan natrium tiosulfatb) Bergerakbalas: Kadar tindak balasc) Dimalarkan: Kepekatan larutan natrium tiosulfat dan asid sulfurik

    Prosedur eksperimen

    1) 50cm 3 larutan natrium tiosulfat disukat dengan menggunakan silinder penyukat 50cm 3.

    Larutan tersebut dituang ke dalam kelalang kon yang diletakkan di atas kertas putihbertanda X.

    2) Suhu larutan natrium tiosulfat dicatat.3) 5cm 3 asid sulfurik disukat dengan menggunakan silinder penyukat 10cm 3.4) Larutan asid sulfurik dituang ke dalam kelalang kon yang mengandungi larutan natrium

    tiosulfat dan digoncang. Pada masa yang sama jam randik dimulakan.5) Tanda X diperhatikan. Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda X tidak kelihatan.

    Masa dicatatkan dalam jadual.6) Langkah 1-5 diulangi dengan meningkatkan suhu larutan natrium tiosulfat sebanyak 5 oC

    sebanyak empat kali.7) Graf diplotkan:

    a. Suhu melawan masab. Suhu melawan 1/masa

    Penjadualan data (berdasarkan keputusan eksperimen, plotkan graf)

    Suhu ( oC)Masa(s)

    1/masa (s -1)

    Analisis data:

    Masa (s) 1/Masa (s -1)

    S u h u

    l a r u t a n

    n a t r i u m

    t i o s u

    l f a t

    o

    S u h u

    l a r u t a n

    n a t r i u m

    t i o s u

    l f a t

    o

  • 8/10/2019 Kadar Tindak Balas Suhu

    4/4

    Kesimpulan eksperimen

    Hipotesis diterima. Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar tindak balas.

    Soalan KBAT

    1) Selain daripada kaedah di atas, bagaimanakah lagi Puan Zainab boleh lakukan untukmenyediakan air sirap dengan cepat.

    Selain menggunakan air panas (suhu tinggi), Puan Zainab boleh menggunakan gulahalus dan mengacaunya.

    2) Susu menjadi masam dengan cepat apabila dibiarkan terdedah kepada udara padasuhu bilik. Sebaliknya susu masih segar sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.Mengapakah fenomena ini terjadi? Jelaskan.

    Susu menjadi masam dengan cepat pada suhu bilik kerana tindak balas bakteriaterhadap susu lebih cepat berbanding di dalam peti sejuk. Dalam suhu rendah,bakteria berada dalam keadaan tidak aktif.