Kaedah

4
Kaedah-kaedah Pentaksiran Rajah 1: Kaedah pentaksiran Secara umumnya terdapat 3 kaedah pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Pemerhatian merupakan kaedah pentaksiran yang paling subjektif kerana kaedah ini bergantung kepada sikap peribadi dan emosi seseorang penilai. Sesuatu yang dirasakan baik oleh seseorang penilai tidak semestinya baik bagi seorang penilai yang lain. Oleh yang demikian, kaedah pemerhatian dikatakan merupakan kaedah pentaksiran yang paling tidak adil. Walau bagaimanapun, pemerhatian ini boleh dilakukan melalui tingkah laku murid ataupun sahsiahnya, kemahiran-kemahiran murid dan juga hasil kerja murid seperti lukisan dan buku skrap murid.

Transcript of Kaedah

Page 1: Kaedah

Kaedah-kaedah Pentaksiran

Rajah 1: Kaedah pentaksiran

Secara umumnya terdapat 3 kaedah

pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan

penulisan. Pemerhatian merupakan kaedah

pentaksiran yang paling subjektif kerana

kaedah ini bergantung kepada sikap

peribadi dan emosi seseorang penilai.

Sesuatu yang dirasakan baik oleh

seseorang penilai tidak semestinya baik

bagi seorang penilai yang lain. Oleh yang

demikian, kaedah pemerhatian dikatakan

merupakan kaedah pentaksiran yang paling

tidak adil. Walau bagaimanapun,

pemerhatian ini boleh dilakukan melalui

tingkah laku murid ataupun sahsiahnya,

kemahiran-kemahiran murid dan juga hasil

kerja murid seperti lukisan dan buku skrap

murid.

Kaedah pentaksiran yang seterusnya

Page 2: Kaedah

adalah kaedah lisan. Pentaksiran secara

lisan ini hendaklah dijalankan berdasarkan

satu rubrik yang standard supaya

keobjektifan kaedah ini dapat

dipertingkatkan. Contohnya, rujuk situasi

1 di bawah.

Situasi 2 Rubrik

Azmi menduduki ujian lisan di Miri pada 5

oktober 2010. Azmi hanya berjaya mendapat

gred B. Azmi tidak berpuas hati dengan

keputusan ujian tersebut kerana berpendapat

bahawa penilai tersebut bersikap pilih kasih.

Oleh yang demikian, Azmi mengambil

keputusan untuk mengambil ujian tersebut

sekali lagi di Miri. Setelah menduduki ujian

tersebut, Azmi masih mendapat gred yang

sama iaitu B.

Gred Spesifikasi

A Calon dapat menerangkan

sesuatu dengan jelas dan tepat

serta menggunakan gaya badan

dan intonasi yang baik dan

sesuai.

B Calon dapat menerangkan

sesuatu dengan jelas dan tepat.

C Calon dapat menerangkan

sesuatu dengan jelas tetapi

kurang tepat.

Daripada situasi 1 di atas, dapat

disimpulkan bahawa ujian lisan yang

diduduki oleh Azmi ini mempunyai

Page 3: Kaedah

keobjektifan yang tinggi kerana ujian

tersebut ditadbir berdasarkan kepada

rubrik yang telah ditetapkan. 

Pentaksiran secara lisan ini boleh ditadbir

dengan beberapa cara. Antaranya ialah

antara murid dengan guru di mana guru

akan mengemukakan soalan dan murid

menjawab soalan tersebut atau guru

memberikan satu tajuk kemudian murid

menceritakan tentang tajuk tersebut.

Pentaksiran secara lisan juga boleh ditadbir

antara murid dengan murid. Ini dijalankan

dengan memberi sesuatu tajuk

perbincangan kepada murid-murid

kemudian murid-murid yang terlibat

membincangkan tajuk tersebut. Cara

pentaksiran secara lisan yang terakhir

adalah murid dengan bahan pembelajaran

di mana guru memberikan sesuatu bahan

pembelajaran kepada murid contohnya

sekeping gambar bersiri dan murid

dikehendaki untuk menceritakan gambar

Page 4: Kaedah

tersebut. Kaedah pentaksiran yang ketiga

ialah kaedah penulisan. Kaedah penulisan

merupakan kaedah pentaksiran yang sering

digunakan dan ditadbirkan sebagai

peperiksaan di sekolah. Ini kerana kaedah

ini merupakan kaedah yang paling mudah

ditadbir dan diuruskan. Selain itu, satu

jumlah calon yang besar dapat diuji pada

satu-satu masa tertentu.

"Tidak kira apakah kaedah pentaksiran

yang digunakan, yang penting tindakan

susulan dilakukan berdasarkan skor

pentaksiran" 

~Great Teacher Tan~

Posted by Tommy Tan at 5:46 AM