KAEDAH BMM_KKP1

10
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU [BMM 3173] Dy_boy 2.0 LIMA KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU Kaedah merupakan satu cara atau prosedur yang digunakan oleh guru untuk menjalankan sesuatu tugas pengajaran. Bidang pendidikan bahasa mengangga sesuatu kaedah pengajar itu dirancang dan dijalankan untuk mencapai o pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Tambahan lagi, konsep kaedah adalah lebih konkrit kerana merujuk kepada sesuat cara atau prosedur yang diatur dan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Kebiasaannya, sesuatu kaedah pengajaran dilaksanakan untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran, sebagaimana juga sesuatu pendekatan pengajaran itu dicipta untuk memperkukuhkan lagi sesuatu teori bahasa. Di samping itu, Edward M. nthony !"#$%& mendefinisikan kaedah sebagai satu ikhtiar keseluruha dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. 'uraian ini bermakna kaedah(kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berlandaskan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. )leh itu di sini kita akan membincangkan beberapa kaedah pengajaran Bahasa Melayu serta cara menggunakan kaedah(kaedah tersebut. ntaranya ialah seperti Kaedah *atural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah )ral(ural dan Kaedah +inguistik. 2.1 Ka!a" Na#$%a& Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif. ni jug berlaku dalam kaedah tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu. Kae melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan ma dengan mesej. Merujuk buku yang bertajuk Kaedah -engajaran Bahasa Melayu ekolah /endah, hasil karya Tuan 0ah Tuan 1usof -hD, kaedah natural juga dikenali seba pendekatan psikologi, fonetik, baharu, terus, analitik dan tiruan. Kaedah natu merupakan kaedah yang berasaskan kepada penggunaan bahasa dalam situasi 'alaman 23

description

untuk rujukan pelajar

Transcript of KAEDAH BMM_KKP1

ENGLISH LANGUAGE (ACADEMIC)

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU [BMM 3173]Dy_boy

2.0 LIMA KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kaedah merupakan satu cara atau prosedur yang digunakan oleh guru untuk menjalankan sesuatu tugas pengajaran. Bidang pendidikanbahasa menganggap sesuatu kaedah pengajar itu dirancang dan dijalankan untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Tambahan lagi, konsep kaedah adalah lebih konkrit kerana merujuk kepada sesuatu cara atau prosedur yang diatur dan dijalankan oleh guru di bilik darjah.Kebiasaannya, sesuatu kaedah pengajaran dilaksanakan untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran, sebagaimana juga sesuatu pendekatan pengajaran itu dicipta untuk memperkukuhkan lagi sesuatu teori bahasa.Di samping itu, Edward M. Anthony (1963) mendefinisikan kaedah sebagai satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berlandaskan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran.Oleh itu di sini kita akan membincangkan beberapa kaedah pengajaran Bahasa Melayu serta cara menggunakan kaedah-kaedah tersebut. Antaranya ialah seperti Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah Oral-Aural dan Kaedah Linguistik.

2.1 Kaedah Natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif. Ini juga berlaku dalam kaedah tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu. Kaedah ini melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna dengan mesej.Merujuk buku yang bertajuk Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, hasil karya Tuan Jah Tuan Yusof PhD, kaedah natural juga dikenali sebagai pendekatan psikologi, fonetik, baharu, terus, analitik dan tiruan. Kaedah natural juga merupakan kaedah yang berasaskan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komuniti seperti yang berlaku dalam pendekatan-pendekatan tradisional. Dalam masa yang sama, kaedah ini menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu. Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dengan mesej kerana penguasaan bahasa hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam sasaran yang dituturkan.Seterusnya, kaedah natural juga melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa, iaitu pertama penguasaan dan kedua, pembelajaran. Bagi aspek yang pertama, iaitu penguasaan. Penguasaan merupakan cara semula jadi yang terlaksana sama seperti kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu melalui cara pemahaman dan penggunaan bahasa untuk tujuan komunikasi yang bermakna.Manakala, pembelajaran pula melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa diperkembangkan dan berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan. Pengajaran formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pembetulan kesalahan dapat diatasi dengan perkembangan peraturanyang telah dipelajari.Bersesuaian dengan itu, Kamarudin Hj. Husin (1997) telah memberi pandangan bahawa kaedah natural merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kaedah natural ini menekankan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat.Selanjutnya, berdasarkan pandangan Mok Soon Sang (2004), dalam bukunya, Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, beliau ada menyatakan bahawa dalam kaedah ini, terdapat beberapa aspek yang harus dipertimbangkan. Dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P), kaedah ini bermula pada tahap mudah dengan bertanya murid tentang apa yang ada di sekitar mereka atau daripada gambar mudah.Pada peringkat early productions, pelajar bertindak balas terhadap soalan pendek, perbualan, memenuhkan tempat kosong, menerangkan grafik mudah seperti peta perjalanan, jadual dan sebagainya. Dalam kelas, guru akan memberi input dan memberi klu supaya pelajar dapat mentafsir input dan guru harus menjadikan suasana kelas konduktif untuk pengajaran.2.1.1 Prosedur Kaedah Natural

Berikut merupakan bagaimana caranya pendekatan natural digunakan untuk menciptakan satu input yang komprehensif. Pada mulanya pelajaran dimulakan dengan TPR (Total Physical Response). Mulakan arahan yang mudah seperti pusing ke kanan, berdiri, angkat tangan dan sebagainya. Kemudian guru menggunakan TPR untuk mengajar nama bahagian tubuh dan memperkenalkan nombor dan urutan. Misalnya, letak tangan kanan atas perut dan letak tangan kiri di atas tangan kanan. Bilang 1 hingga 5 kemudian tepuk tangan sebanyak 5 kali.Seterusnya mengajarkan nama-nama dalam kelas dan lakukannya melalui arahan. Misalnya, tulis tarikh hari ini di sudut kanan sebelah atas papan putih dan jumlah murid yang hadir ditulis di sudut kiri bahagian atas papan putih. Selain itu juga, dengan menggunakan alat visual, misalnya gambar majalah untuk memperkenalkan perbendaharaan kata yang baharu. Akhir sekali dengan menggunakan beberapa gambar dan meminta murid menunjukkan gambar yang sedang diceritakan.

2.2 Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Kaedah ini dikenali juga sebagai Kaedah Nahu Tradisional atau kaedah klasik. Kaedah ini diajarkan untuk membolehkan murid memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini memberikan penekanan kepada kemahiran menulis dan bukan bertutur. Oleh itu kaedah ini tidak mementingkan fonetik, sebaliknya mementingkan ejaan dan penulisan. Rumusan tatabahasa dijelaskan dengan terperinci.Kaedah ini menetapkan bahawa dalam pengajaran perbendaharaan kata diberikan pada awal sesi pengajaran. Terjemahan dianggap satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharaan kata. Kata-kata diberika dalam bentuk yang terasing daripada konteks. Kata-kata disusun dalam bentuk ayat mengikut undang-undang atau hukum-hukum tatabahasa dan hukum-hukum ini dihafaz untuk menguasainya.Berdasarkan kaedah tatabahasa terjemahan, pelajar-pelajar boleh memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Di samping itu, pelajar-pelajar dapat menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Perkembangan kaedah ini bermula sejak tahun 1960-an apabila ahli linguistik iaitu Laurent Metzger (Kamarudin Hj. Husin, 2004) mula mengkaji bahawa bahasa itu adalah satu sistem dan bukan semata-mata perkataan.Apabila guru mempraktikkan kaedah ini kepada murid-murid, guru dapat melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan atau penggunaan bahasa dalam peperiksaan. Selain itu, jika guru menggunakan kaedah ini juga, guru dapat membentuk pelajar-pelajar supaya membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan pelajar menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.Tambahan lagi, terdapat beberapa teknik pengajaran yang disarankan. Salah satu teknik yang diperkenalkan ialah pelajar-pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu terdahulu. kemudian, guru akan memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan diikuti dengan memberi contoh kepada mereka.Mengikut Mok Soon Sang (2004) pula, beliau mengatakan kaedah ini dirancang dengan tujuan memberi kemahiran menulis, dan bukannya kemahiran bertutur. Pendek kata, kaedah ini tidak mementingkan sebutan. Terdapat beberapa tujuan kaedah ini digunakan, iaitu untuk melatih pelajar supaya mengkaji dan menghuraikan bahasa. Unsur-unsur bahasa yang dikaji dalam sesuatu pengajaran bahasa merupakan ayat-ayat yang terpisah daripada konteks penggunaan. Pelajar juga diajar tentang unsur-unsur kekecualian dalam sesuatu bahasa supaya mereka tidak membuat sebarang kesalahan mengenai unsur-unsur tersebut.2.2.1 Prosedur Pelaksanaan Pengajaran Menggunakan Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Mula-muala murid diperkenalkan dengan undang-undang atau hukum-hukum tatabahasa. Guru memberikan penerangan tentang hukum-hukum tatabahasa diikuti dengan contoh-contoh. Murid perlu menghafaz hukum-hukum atau rumus0rumus tatabahasa supaya tidak berlaku kesilapan Kemudian murid-murid diberikan senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafaz. Pembelajaran dalam bahasa kedua senarai perbendaharaan kata dipasangkan dengna makna dalam bahasa kedua tersebut. Murid-murid diminta membina ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata berdasarkan hukum-hukum atau rumus-rumus tatabahasa yang dipelajari.

2.3 Kaedah Terus

Merujuk buku yang bertajuk Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, karya Tuan Jah Tuan Yusof PhD, dipercayai kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmaer (1920-1935). Mereka adalah individu yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan kaedah ini kepada umum. Kaedah ini dikatakan serupa dengan kaedah tentera sehingga menyebabkan kaedah ini ditolak oleh Michael Fries, iaitu seorang Profesor Linguistik dari Universiti Michigan yang memperkenalkan kaedah Audio-Lingual.Kaedah ini kadang kala dikenali sebagai Kaedah Askar. Hal ini menyebabkan tentera atau pelatih yang dipilih mestilah mempunyai kualiti yang membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa berjalan dengan lancar seperti sikap, dorongan, umur, keupayaan dan motivasi. Kaedah ini juga melibatkan latih tubi secara intensif melalui guru bahasa yang terdiri daripada penutur bahasa ibunda dab ditiru untuk mengajar Pasukan Sukarelawan Amerika untuk mempelajari bahasa asing.Namun begitu, kaedah ini adalah lebih moden berbanding kaedah terjemahan kerana kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar daripada ilmu psikologi kanak-kanak. Kaedah ini juga sesuai dan digalakkan untuk digunakan sebagai pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang sudah diketahui oleh murid-murid. Dalam kaedah terus juga, bahasa sasaran digunakan hingga menyebabkan pengajaran perkataan dijalankan dengan menggunakan benda-benda atau objek konkrit, melalui gambar dan sebagainya ataupun melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu tidak konkrit. Manakala, pengajaran tatabahasa dilaksanakan melalui tunjuk cara dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai dan relevan.Bersesuaian dengan itu, fakta-fakta yang dirujuk daripada buku yang bertajuk Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, karya Tuan Jah Tuan Yusof PhD sangat disokong oleh fakta-fakta yang terdapat dalam buku yang bertajuk Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Di mana, dalam buku ini, kaedah terusdipercayai mempunyai objektif untuk membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran secara lebih efektif.Selain itu, dipercayai juga kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudiannya melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Dalam masa yang sama, kanak-kanak juga mempelajari bahasa ibunda dengan cara mendengar, meniru serta mengulangi perlakuan bahasa yang didengari oleh mereka. Kaedah tersebut dikenali sebgai kaedah semula jadi.2.3.1 Empat Asas Kaedah Terus Disampaikan

1) Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan perkataan atau sebaliknya perkataan dengan ayat.2) Pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada3) Harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak atau murid-murid melalui soalan-soalan yang dirancang sebagai ransangan.4) Pengajaran haruslah berpandukan kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

Menurut Abdullah Hassan (1984), pengajaran dimulakan dengan lisan, dengan tunjuk cara dan gambar-gambar atau objek yang konkrit dan murid menghafalnya dan mencuba mengikutnya. Untuk tujuan tersebut, saiz kelas mestilah kecil dan pengajaran dijalankan secra intensif, iaitu lima hingga enam jam sehari. Walau bagaimanapun pengajaran secara intensif boleh dikurangkan. Latih tubi dilaksanakan dalam kaedah ini untuk membolehkan murid menguasai sebutan dan membiasakan telinga mereka dengan sistem bahasa tersebut dan menyerapkan rumus-rumus bahasa dalam bentuk pola-pola ayat tersebut.

Menyoal

DemonstrasiPerbincangan

ProjekContoh Kaedah Terus Yang PentingKuliah/Syarahan

KesPerbahasanSumbang saran

2.4 Kaedah Oral-Aural

Kaedah Oral-Aural ini didefinisikan sebagai kaedah yang membolehkan murid-murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca serta kemahiran menulis. Selain itu, murid-murid juga dapat mempelajari mengenai kebudayaan asing melalui pengalaman bahasa yang dipelajari. Hal ini disebabkan kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis.Tambahan lagi, kaedah ini digunakan melalui penggunaan dialog untuk dihafaz dan diikuti seperti ajukan. Latih tubi serta dialog yang dijalankan adalah untuk memberi penekanan kepada penggunaan intonasi yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu.Alat pandang dengar turut digunakan secarameluas. Ditambah lagi dengan bahan-bahan untuk aktiviti menyebut dan membaca disusun rapi dan diajarkan secara induktif mengikut pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata turut diberikan kepada murid secara beransur-ansur dan juga dipengaruhi oleh kegunaannya. Hal yang demikian akan membantu murid-murid untuk lebih mendalami lagi bahasa dan dapat menyelami penggunaan bahasa dari segi penggunaan kosa kata yang betul. Secara tidak langsung, kaedah ini dapat melatih murid-murid untuk menjadi lebih yakin semasa berada di khalayak ramai.Setelah murid berjaya untuk menguasai kemahiran membaca, latihan akan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada peringkat permulaan, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari dan kemudianbaharullah latihan menulis bebas dibenarkan. Bersesuaian dengan itu, menurut buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Abdullah Hassan (1976) mengatakan bahawa permulaan latihan menulis itu dikawal melalui bahan-bahan yang dipelajarinya. Setelah itu, baharulah diikuti dengan latihan menulis secara bebas yang diberikan kepada muri-murid.Sehubungan itu, Kamarudin Hj. Husin (1997) turut menyokong konsep yang diutarakan mengenai kaedah dengarsebut di atas. Beliau menyatakan kaedah oral-aural atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan secara diolag untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya buka penutur jati bahasa yang diajar itu.Dalam masa yang sama, menurut Kamarudin Hj. Husin, alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah diperlajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.Seterusnya, berdasarkan laman sesawang (www.potralpendidikan.com), terdapat juga objektif pengajaran dalam kaedah oral-aural ini. Kaedah ini membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam hal ini, mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan sebagai asas pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.2.4.1 Prosedur Perlaksanaan Pengajaran Kaedah Oral-Aural

Pelajaran dimulakan dengan dialog-dialog tertentu. Dialog ini dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz. Guru memperdengarkan sebutan penutur jati atau sebutannya, iaitu guru itu sendiri melalui pita rakaman, kemudian murid-murid diminta menyebut rangkai-rangkai kata selepas model atau contoh sehingga sebutan mereka menjadi lancar.Proses pembelajaran mengikut kaedah ini adalah merupakan aktiviti kumpulan. Pada peringkat awal mereka berlatih bersama-sama, kemudian dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kalau terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan, murid-murid akan dibimbing untuk diperbetulkan. Seterusnya mereka diminta mengulang-ulangkan sebutan yang betul itu.Daripada sebutan-sebutan itu tadi dijadikan dialog. Setelah dialog diketahui, latih tubi dilaksanakan pada pola-pola ayat berdasarkan struktur-struktur dan menjadi aktiviti yang penting. Beberapa jenis latih tubi digunakan dalam aktiviti ini. Apabila murid-murid telah mencapai kebolehan untuk menghasilkan sesuatu struktur baharulah mereka diberikan teks yang merupakan kesimpulan am daripada pola-pola struktur yang telah diubah. Seperti mana yang dibincangkan di atas, hanya setelah murid-murid menguasai struktur-struktur asas baharulah mereka dibenarkan membaca bahan-bahan bacaan. Latihan menulis akan dilakukan kemudian setelah murid-murid boleh membaca sebagai aktiviti susulan dalam prosedur pelaksanaan dalam pengajaran dan pembelajaran.2.5 Kaedah Linguistik

Kaedah linguistik merupakan salah satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik melalui pembandingan di antara dua bahasa, iaitu bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sana ada bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa asing yang lain.Pengetahuan mengenai bahasa murid-murid harus tertumpu pada bentuk dan fungsi bahasa itu, di samping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Pendek kata, kaedah ini menekankan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui murid. Merujuk buku tersebut lagi, kaedah linguistik juga lebih mengutamakan bentuk daripada makna.Bersesuaian dengan itu, terdapat beberapa teori dan teknik menganalisis bahasa yang dirumuskan oleh beberapa ahli bahasa yang diperoleh hasil daripada pemerhatian-pemerhatian mereka terhadap bahasa. Menurut Dr. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain (1970), ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai bahasa yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam pengkajian sains-sains yang lain seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan metode-metode yang tertentu.Sehubungan dengan itu, Ferdinand de Saussure (1913) yang merupakan orang yang pertama menekankan bahawa linguistik bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang-pukang susunannya tetapi merupakan unit-unit yang tersusun menurut struktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri.Melalui kaedah ini juga, guru memulakan pengajaran dengan mengajar pelajar cara membunyikan perkataan. Menurut Samsuri (1972), beliau menyatakan bunyi-bunyi bahasa itu dipindah melalui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat itu berubah dalam proses penghasilannya kepada aspek yang lebih kompleks. Walaupun penghuraian linguistik mengenai bahasa yang sama tidak serupa, namun, ahli bahasa tetap merupakan orang yang berkebolehan untuk menuliskan tatabahasanya dan selok-belok bunyi bahasa.2.5.1 Cara Menggunakan Kaedah Linguistik

Cara mengajar kaedah ini ialah guru boleh memulakan pengajaran dengan mengajarkan sebutan bunyi perkataan yang mempunyai persamaan dengan bahasa yang baharu dipelajari. Kemudian guru akan membuat latih tubi membunyikan perkataan-perkataan yang mempunyai perbezaan dengan bahasa baharu tersebut yang mana kadang-kadang perbezaan tersebut menimbulkan kerumitan untuk mempelajarinya. Sekiranya guru ingin mengajar mengenai perbendaharaan kata, guru hendaklah memulakan dengan peringkat yang mudah atau senang dahulu manakala bagi pengajaran struktur ayat pula hendaklah dimulakan dengan struktur ayat yang mempunyai kesamaan dengan bahasa yang baharu. Halaman |3