kaedah menemuduga

20
1 1.0 Pengenalan. Kemahiran menemuduga dan memerhati adalah salah satu kemahiran yang amat penting pada setiap penemuduga atau Kaunselor dalam sesebuah sesi. Kemahiran merujuk kepada kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan pengetahuannya serta ia berbeza di antara seseorang individu dengan individu yang lain. Kaunselor merujuk kepada orang yang membantu dan menolong dalam proses menemuduga itu sendiri. Dalam proses menolong ini, kaunselor harus memikirkan segala aspek perhubungan agar menjadi suatu hubungan yang berkesan. Seseorang kaunselor yang mempunyai kemahiran yang baik dalam melakukan temuduga akan berjaya menarik minat klien untuk bekerjasama dengan kaunselor. Ini akan menjadikan kerja seorang penemuduga menjadi lebih mudah. Kemahiran yang baik juga akan memudahkan kaunselor untuk mendapatkan maklumat daripada klien. Keadaan ini akan memudahkan proses rawatan terhadap klien. Menurut Shertzer dan Stone (1974), menegaskan bahawa kaunseling adalah satu proses interaksi yang membolehkan individu ini memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil untuk masa depannya. Klien pula merupakan seorang individu yang datang menemui seseorang kaunselor dengan tujuan untuk menceritakan atau meluahkan perasaan yang dialami oleh klien tersebut. Kemahiran-kemahiran yang sering digunakan dalam sesi menemuduga adalah seperti kemahiran memparafrasa, mengemukakan soalan sama ada soalan terbuka atau tertutup, membuat ringkasan, kemahiran memberi galakan dan fokus. Kemahiran-kemahiran inilah yang akan digunakan oleh kaunselor dalam melakukan temuduga. Secara umumnya kemahiran memparafrasa merujuk kepada pengulangan, kemahiran mengemukakan soalan sama ada terbuka

description

cara-cara kaedah menemuduga dalam bidang kaunseling

Transcript of kaedah menemuduga

Page 1: kaedah menemuduga

1

1.0 Pengenalan.

Kemahiran menemuduga dan memerhati adalah salah satu kemahiran yang amat penting pada

setiap penemuduga atau Kaunselor dalam sesebuah sesi. Kemahiran merujuk kepada kebolehan

untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan pengetahuannya serta ia berbeza di antara

seseorang individu dengan individu yang lain. Kaunselor merujuk kepada orang yang membantu

dan menolong dalam proses menemuduga itu sendiri. Dalam proses menolong ini, kaunselor

harus memikirkan segala aspek perhubungan agar menjadi suatu hubungan yang berkesan.

Seseorang kaunselor yang mempunyai kemahiran yang baik dalam melakukan temuduga akan

berjaya menarik minat klien untuk bekerjasama dengan kaunselor. Ini akan menjadikan kerja

seorang penemuduga menjadi lebih mudah. Kemahiran yang baik juga akan memudahkan

kaunselor untuk mendapatkan maklumat daripada klien. Keadaan ini akan memudahkan proses

rawatan terhadap klien. Menurut Shertzer dan Stone (1974), menegaskan bahawa kaunseling

adalah satu proses interaksi yang membolehkan individu ini memahami diri dan situasinya.

Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu

itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil untuk masa depannya. Klien

pula merupakan seorang individu yang datang menemui seseorang kaunselor dengan tujuan

untuk menceritakan atau meluahkan perasaan yang dialami oleh klien tersebut.

Kemahiran-kemahiran yang sering digunakan dalam sesi menemuduga adalah seperti

kemahiran memparafrasa, mengemukakan soalan sama ada soalan terbuka atau tertutup,

membuat ringkasan, kemahiran memberi galakan dan fokus. Kemahiran-kemahiran inilah yang

akan digunakan oleh kaunselor dalam melakukan temuduga. Secara umumnya kemahiran

memparafrasa merujuk kepada pengulangan, kemahiran mengemukakan soalan sama ada terbuka

Page 2: kaedah menemuduga

2

atau tertutup merujuk kepada kehendak yang diingini oleh kaunselor, membuat ringkasan iaitu

kaunselor merumus kembali apa yang dikatakan oleh klien, memberi galakan merujuk kepada

nada kaunselor dan juga kemahiran memfokus iaitu kepada soalan tertentu. Setiap kemahiran di

atas saling bergantungan antara satu sama lain kerana setiap kemahiran ada peranannya sendiri.

Semakin banyak kemahiran yang digunakan bermakna semakin banyak peluang sesuatu sesi

kaunseling atau temuduga untuk berjaya.

2.0 Parafrasa

Kemahiran memparafrasa adalah satu komponen asas yang menunjukkan kefahaman kaunselor

akan niat dan mesej yang ingin ditolong. Memfarafrasa juga, adalah kaedah menyatakan

kefahaman kaunselor tentang mesej yang disampaikan oleh klien untuk menguji kefahaman itu.

Selain itu juga parafrasa boleh diertikan sebagai maklum balas kepada klien tetapi dalam

bentuk yang pendek, jelas dan tepat (mizan Adilah Ibrahim & halimatun Halaliah Moktar,2005).

Keadaan ini bermaksud kaunselor perlu merumuskan isi-isi penting yang dinyakan oleh klien

dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk menyemak kefahaman kaunselor berkaitan masalah

yang klien sampaikan. Sekiranya parafrasa yang diberikan oleh kaunselor tepat dengan mesej

yang disampaikan oleh klien, keadaan ini akan menyebabkan klien akan memberi reward atau

ganjaran seperti “betul” atau “yes” dan klien akan meneroka isu dengan lebih mendalam. Berikut

terdapat beberapa contoh parafarasa berdasarkan dialog pada bahagian lampiran antara hasan

(klien) dan En. Hakim (kaunselor).

Page 3: kaedah menemuduga

3

Hasan : “entahlah saya pun tak tahu kenapa saya ambil syabu, yang saya ingat mula-

mula saya tak ambil pun barang tu, tapi kawan-kawan saya yang ajar. Saya

ikutlah”.

En. Hakim : “anda rasakan pengaruh rakan-rakan anda yang menyebabkan anda terdorong

untuk mengambil syabu “.

Hasan : “hmm.. ya”.

Daripada situasi diatas kaunselor telah menukar persepsi tentang apa yang diucapkan

oleh klien kepada pernyataan yang lebih mudah, tepat serta relevan. Situasi tersebut juga

menggambarkan perasaan iaitu “anda rasakan pengaruh rakan-rakan anda yang menyebabkan

anda terdorong untuk mengambil syabu”. Daripada petikan tersebut “terdorong”

menggambarkan perasaan klien untuk menggambil syabu. Dalam usahab menggambarkan

perasaan, kaunselor juga harus melihat air muka, gerak badan, dengan nada suara dan lain-lain,

kerna ini penting dalam menggambarkan perasaan yang sedang dialami. Ketepatan dalam

membuat farafrasa terhadap mesej yang disampaikan oleh klien akan menyebabkan klien

memberi gajaran seperti “hmm.. ya” yang terdapat pada situasi diatas.

3.0 Soalan terbuka dan tertutup.

Salah satu kemahiran asas dalam kemahiran menemuduga adalah kemahiran mengemukakan

soalan.ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu soalan terbuka dan juga soalan tertutup. Kedua-dua

bentuk soalan tersebut memberi kesan yang tersendiri dalam sesi menemuduga untuk

menentukan kejayaan atau kegagalan sesi selanjutnya. Menurut “Dictionary of contemporary

Page 4: kaedah menemuduga

4

England’(1987) mendefinisikan “soalan” adalah merupakan alat terpenting seseorang kauselor

untuk mendapatkan maklumat daripada klien.

Soalan terbuka juga dikenali sebagai tidak berstruktur, soalan jenis ini biasanya tidak

diiringi dengan sebarang jawapan-jawapan altenatif untuk dipilih oleh klien. Individu diberi

kebebasan untuk menjawab soalan dengan cara yang tersendiri atau kata lain soalan ini

memerlukan jawapan yang mempunyai huraian yang panjang. Berikut beberapa contoh situasi

yang menggambarkan jenis soalan terbuka.

En. Hakim : “Pernahkah kamu terfikir untuk tidak mengambilnya lagi?”.

Hasan : “Pernah saya mahu berhenti, saya tidak mahu mengambilnya lagi dan saya

pernah berhenti”.

Merujuk kepada situasi diatas , kaunselor tersebut menggunakan perkataan “pernah”

untuk menggalakkan klien bercerita dengan lebih dalam akan dunianya. Keadaan ini akan

memudahkan serta melicinkan lagi proses komunikasi selanjutnya. Soalan terbuka juga dapat

membantu kaunselor mengenal pasti maklumat-maklumat yang kliennya tahu dan mengetahui

maklumat apakah yang diperlukan oleh klien tersebut dalam menghadapi masalah itu. Selain dari

itu soalan jenis ini juga menggalakkan perkembangan kognitif dan daya fikir, dalam situasi

tersebut, hasan menceritakan kepada En. Hakim tentang usahanya untuk berhenti. Keadaan ini

akan menyebabkan secara tidak langsung klien meluahkan dunianya secara menyeluruh.

Page 5: kaedah menemuduga

5

Soalan tertutup pula lebih dikenali sebagai soalan berstruktur. Soalan ini diiringi oleh

satu senarai jawapan altenatif dimana klien dikehendaki memilih satu jawapan sahaja. Berikut

adalah contoh soalan tertutup seperti yang terdapat dilampiran.

En. Hakim : “Baiklah, jadi daripada apa yang cikgu tanya tadi, kamu mengakui kamu terlibat

dengan syabu sebab kamu terpengaruh dengan kawan-kawan kan”.

Hasan : “ya..”

Daripada situasi diatas kaunselor cuba menjuruskan topik perbualan klien kepada hanya

satu bidang permasalahan yang benar-benar menjadikan klien terpengaruh. Keadaan ini meminta

klien memberikan jawapan yang ringkas. Klien mungkin akan menjawab “ya”, “ada” dan lain-

lain. Soalan ini juga soalan yang disertakan oleh jawapan terus. Penggunaan soalan tertutup

adalah bertujuan untuk mengecilkan skop perbualan kepada topik tertentu, dimana kaunselor

akan memusatkan topik pertanyaan kepada satu bahagian yang khusus sahaja. Selain itu juga,

soalan jenis ini adalah untuk menghalang klien daripada menyeleweng daripada topik utama

yang dibincangkan. Antara kelemahan soalan tertutup ini ialah tidak menggalakkan

perkembangan kognitif serta kurang dari sudut penerokaan dari klien secara mengeluruh.

4.0 Ringkasan atau summarizing.

Membuat ringkasan adalah mempunyai maksud yang sama dengan membuat rumusan.

Kemahiran ini memerlukan kaunselor mengulang semula masalah yang diceritakan oleh klien

dalam bahasa yang lebih ringkas tetapi padat (Abdul Ghani Sulaiman,2003). Kemahiran

merumus perlu bagi membantu kaunselor mengingat semula dan mengulang semula apa yang

Page 6: kaedah menemuduga

6

dikatakan oleh klien. Ini bertujuan menunjukkan semua maklumat yang dinyatakan oleh klien

kepada keunselor telah difahami atau monolong klien melihat, mengamati dan mungin juga

menilai fakta-fakta yang ada padanya. Ringkasan amat penting dalam sesi menemuduga kerana

untuk menentukan bahawa kefahamannya sama dengan kefahaman klien. Kemahiran ini jika

dibandingkan dengan kemahiran parafrasa ianya tidak menunjukkan perbezaan yang banyak.

Contoh ringkasan yang telah dibuat oleh kaunselor berdasarkan teks.

En. Hakim : “Baiklah.. Cikgu dapat simpulkan terdapat pelbagai perasaan yang kamu hadapi

ketika ini, iaitu marah, takut dan persaan tidak puas harti dan sebagainya. Ok,

perasaan marah yang pertama ialah kamu marah disebabkan layanan ibu bapa

kamu yang tidak adil”.

Berdasarkan teks diatas, kaunselor (En. Hakim) membuat rumusan secara farafrasa yang

lebih Tepat. Keadaan ini dapat menjelaskan perkongsian maklumat antara kaunselor dan klien

dalam bentuk yang lebih bersepadu. Klien akan dapat mendengar kembali kata-katanya dan

menilai semula pandangannya terhadap situasinya. Untuk membuat ringkasan seorang kaunselor

perlu memberikan perhatian kepada nada, emosi, tingkahlaku dan riak muka yang ditinjukkan

oleh klien. Sekiranya perkara tersebut dapat dibaca oleh kaunselor dengan baik, bermakna

ringkasan yang dibuat oleh kaunselor adalah tepat. Kemahiran ini juga akan membantu kaunselor

untuk mengumpul masalah klien dalam bentuk pecahan supaya kaunselor dapat mengenalpasti

jumlah masalah klien yang sebenarnya. Ini juga bertujuan mengelakkan perbincangan setiap

masalah yang dikemukakan oleh klien tertinggal atau tersisih.

Page 7: kaedah menemuduga

7

5.0 Galakkan.

Galakkan adalah satu kemahiran yang penting dalam menemuduga. Kemahiran menggalak juga

dikenali sebagai kemahiran memberikan dorongan minima. Kemahiran ini merujuk kepada

kemahiran memberikan suatu tindak balas spontan yang sedikit sama ada secara verbal atau non-

verbal dari klien atau penemuduga kepada kaunselor kepada klien yang sedang bercerita atau

berkongsi dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini bermakna semasa klien sedang bercerita kaunselor

cuba menunjukkan bahawa apa yang diceritakan oleh klien telah difahami oleh kaunselor.

Kemahiran galakkan boleh digunakan pada mana-mana peringkat dalam sesi kaunseling. Akan

tetapi terdapat beberapa ketika di mana kemahiran dorongan ini sangat berkesan digunakan dan

ada juga ketika dimana ianya tidak sesuai digunakan. Berikut contoh galakkan yang digunakan

dalam prosos temuduga yang terdapat pada lampiran.

En. Hakim : “hmmm... ceritakan lagi...”

Situasi diatas adalah adalah tindak balas biasa yang digunakan oleh kaunselor semasa sesi

kaunseling berlaku untuk menggalakkan klien untuk terus bercakap malah dapat menggalakkan

daripada wujudnya halangan-halangan dalam sesi kaunseling. Selain dari itu juga galakan

menggunakan tindak balas secara non verbal seperti “menganggukkan kepala” juga adalah satu

kemahiran yang digunakan dalam proses galakkan. Keadaan ini juga akan memberi kesan yang

positif kepada klien bahawa kaunselor menghormati dan bersedia untuk mendengar apa yang

ingin disampaikan. Galakan boleh dikatakan kemahran terpenting kepada penemuduga bagi

menggalakkan klien untuk terus bercakap.

Page 8: kaedah menemuduga

8

6.0 fokus

Kemahiran memberi fokus menolong kaunselor menumpukan perbincangan kepada sesuatu hal

yang klien fikir berfaedah untuk diterokai (Mansur Abdullah,1993). Ianya digunakan semasa

klien mula bercakap yang tidak tentu arah dan kelihatan seolah-olah tidak mempunyai tumpuan.

Kemahiran memfokus juga membolehkan secara langsung melihat percakapan kelayan yang

dinyatakan dan dikehendakinya. Berdasarkan teks perbualan tersebut pada lampiran salah satu

contoh fokus yang ada dalam perbualan itu adalah seperti yang dikemukakan oleh En. Hakim

iaitu:

En. Hakim : “semua ada?.. maksudnya tu kamu pernah dimarah dan dipukul? Boleh kamu

ceritakan sedikit mengenainya”.

Daripada situasi diatas, penemuduga mengfokuskan tentang kata kunci permasalahan

iaitu “dimarah dan dipukul”. Kaunselor akan memilih satu perkataan atau frasa yang ringkas

daripada percakapan klien dan mengulangnya dengan tanda soalan atau dengan penekanan

seperti yang terdapat pada contoh lampiran diatas. Fokus ini dikemukakan oleh klien agar dapat

menggalakkan klien bercerita dengan lebih lanjut tentang sesuatu topik. Tujuan-tujuan

memfokus adalah untuk menekankan sesuatu peranan atau idea daripada himpunan ajaran yang

bercorak intelektual, selain itu untuk menolong klien berdampingan dengan perasaan-

perasaanya.

Page 9: kaedah menemuduga

9

7.0 Penutup.

Kelima-lima kemahiran di atas sebenarnya mempunyai cara yang tersendiri dalam pengendalian

sesuatu kes. Bagi kaunselor atau penemuduga, perlulah mempunyai pengatahuan serta

kemahiran yang luas dalam menjalankan sesi menemuduga, semakin banyak kemahiran yang

digunakan oleh mereka semasa proses temuduga dijalankan, agar dapat menuju kepada matlamat

yang dikehendaki bersama serta dapat melicinkan proses menemuduga itu lebih bermakna.

Penemuduga yang berpengalaman biasanya mempunyai kemahiran-kemahiran yang boleh

diaplikasikan dalam proses temuduga, manakala bagi penemuduga yang baru pula, pengetahuan

yang luas tentang kamahiran-kemahiran dalam menemuduga adalah amat penting dalam

membantu mereka. Dalam teks perbualan pada bahagian lampiran juga menunjukkan sebenarnya

terdapat banyak kemahiran yang telah digunakan oleh penemuduga bagi mengendalikan kes

tersebut.

8.0 Penilaian.

Hasil rawatan yang diberikan oleh kaunselor adalah dikatakan baik kerana mendapati klien dapat

berkerjasama dalam memberi maklumat tentang dirinya dengan seelesa. Dalam teks perbualan

dilihat terdapat banyak kemahiran-kemahiran yang digunakan. Antara kemahiran yang sering

digunakan dalam teks perbualan tersebut adalah kemahiran menggunakan soalan terbuka.

Kemahiran jenis ini amat berhasil dalam menggalakkan perkembangan kognitif dan daya fikir

klien agar masalah klien dapat diterokai dengan lebih jauh dan mendalam.

Page 10: kaedah menemuduga

10

9.0 Rujukan.

Abdul Ghani Sulaiman. (2003). Kemahiran asas kaunseling.(Cetakan pertama). Tanjung Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mohtar. (2005). Kaunseling

individu. Apa dan bagaimana .(Edisi kedua). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mansur Abdullah. (1993). Kaunseling teori, proses dan kaedah.(Edisi kedua). Selangor: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Page 11: kaedah menemuduga

11

10.0 Lampiran.

Dalam teks perbualan ini, En. Hakim merupakan seorang kaunselor , klien berliau adalah Hasan yang

terlibat dalam penyalahan penggunaan dadah iaitu syabu. En. Halim yang lebih disenangi dengan gelaran

“cikgu” membuat sesi menemuduga keatas hasan.

En Hakim :Selamat pagi...selamat datang dan apa khabar? Macam mana kamu hari ini, masih dibilik

hukum lagi.

Hasan :Ya

En. Hakim :Masih lagi dibilik hukum, dari pertemuan yang pertama hingga kehari ini masih lagi

dibilik hukum.

Hasan : masih

En Hakim :oh... baiklah Hasan. Hari ini kamu sudah berjanji mahu memberitahu cikgu kan?, jadi,

sebelum tu, cikgu mahu tahu apa aktiviti yang hasan telah buat satu minggu yang lain.

Hasan :Tiada apa-apalah. Dibilik hukuman sahaja

En.Hakim :oh...kalau tiada apa-apa. Apa yang telah kamu lakukan dibilik hukum pasal satu minggu

yang lalu. Mungkin ada cerita-cerita yang menarik, cuba cerita sikit.

Hasan :Tiadalah, diam-diam saja.

En. Hakim :Baiklah, jadi hari ini, cikgu mahu tanya bagaimana perasaan kamu didalam bilik hukum,

ok kah juga.

Hasan : o.k juga.

En. Hakim :Hasan, cuba ceritakan sedikit kepada cikgu, apa masalah kamu paling utama yang kamu

rasa, cuba ceritakan.

Page 12: kaedah menemuduga

12

Hasan :Tiadalah, mana ada, biasa saja.

En. Hakim :Biasa saja, cikgu mahu bawa bincangkan tentang masalah kamu yang dulu tu, O.klah

hasan, cuba cerita seedikit bagaimana masalah kamu dulu yang menyebabkan kamu

masuk ke sini, cuba ceritakan balik. Cikgu mahu dengar sekali lagi, apa sebenarnya yang

berlaku sehinggakan kamu dibawa masuk ke Sekolah Tunas Bakti ini. Kamu rasa-rasa

apa yang telah kamu buat, apa kejadian yang sebenarnya. Cikgu pun mahu tahu juga.

Macam mana sehingga kamu masuk sini. Apa kes sebenarnya?

Hasan :Kes syabulah.

En. Hakim :o.klah, kes syabu, mesti ada penyebabnya, bila kamu mula-mula terlibat dengan kes

syabu ini, cuba ceritakan.

Hasan :Emmm...ya.

En.hakim :sejak bila kamu mula-mula terlibat dengan kes syabu.

Hasan :Tahun lepas.

En. Hakim :Tahun lepas, selain kes syabu, ada kes-kes lain lagi pada masa itu?

Hasan :Tiadalah.

En. Hakim :Kes syabu pada masa tu kamu dengan siapa?

Hasan :Dengan kawan-kawan.

En. Hakim : Dengan kawan-kawan, ingat lagi macam mana kamu ambil syabu. Berapa lama sudah

kamu ambil syabu?

Hasan :Baru saja , tahun lepas.

Page 13: kaedah menemuduga

13

En. Hakim :Tahun lepas?. Sekarang ni sudah bulan Jun, bilakan mula-mula masuk ke sini?

Hasan :bulan dua, saya masuk ke sini.

En. Hakim :Ah.....bulan dua, kamu kena tangkap bulan bila?

Hasan :bulan 11 (november).

En. Hakim :bulan 11, mula-mula kamu ambil syabu tahun berapa?

Hasan :Tahun ini juga (2003).

En. Hakim :Tahun 2003 lah. O.k, mula-mula kamu ambil syabu bulan berapa?

Hasan :bulan 9 (September)

En. Hakim :bulan 9 kamu kena tangkap, dengan siapa masa tu? Dengan kawan-kawan ker?

Hasan :Dengan kawan-kawanlah, dia tunggu diluar, saya masuk dalam pergi beli.

En. Hakim :o.k, cikgu mahu tanya, apa sebenarnya yang menyebabkan kamu ambil syabu?

Hasan : entahlah saya pun tak tahu kenapa saya ambil syabu, yang saya ingat mula-mula saya

tak ambil pun barang tu, tapi kawan-kawan saya yang ajar. Saya ikutlah.

En. Hakim :anda rasakan pengaruh rakan-rakan anda yang menyebabkan anda terdorong untuk

mengambil syabu.

Hasan :Emm..ya

En. Hakim :Masa tu kamu kerja dimana?

Hasan :Sama dengan kawan-kawan saya, sama saya punya pakcik.

Page 14: kaedah menemuduga

14

En. Hakim :o.k, bila ambil syabu, macam mana kawan-kawan bawa, terus kamu ikut atau macam

mana?

Hasan :Mula-mula saya tidak tahu, tapi lama-lama dia paksa saya, saya ikutlah.

En. Hakim :bila kamu ambil barang tu, macam mana? Kamu kerja apa tadi tu?

Hasan :Angkat air minuman.

En. Hasan :ohh.. yang bawa tu sama-sama angkat air minuman juga?

Hasan :Tidaklah, yang itu lain.

En. Hakim :Lain?

Hasan :ya..lain.

En. Hakim :lain macam mana? Semasa kamu ambil barang tu, ada sesiapa yang tahu?

Hasan :Tak ada.

En. Hakim :Dari segi keluarga, adakah kamu masih tinggal lagi bersama dengan ibubapa kamu?

Hasan :Masih

En. Hakim :dari segi layanan pula, macam mana layanan mereka terhadap kamu?

Hasan :o.klah, biasa-biasa saja.

En. Hakim :ok...Cuma kamu ceritakan sedikit, macam mana yang ok tu? Cikgu mahu tanya saja.

Adakah dia layan kamu bagus atau tidak. Pernahkah dia rotankamu.

Hasan :marah (ya)....rotan pernah, semua pernah.

Page 15: kaedah menemuduga

15

En. Hakim :semua ada?.. maksudnya tu kamu pernah dimarah dan dipukul? Boleh kamu ceritakan

sedikit mengenainya.

Hasan :Dia rotan, dia marahlah, kadang-kadang saya rasa, saya tidak diberi kasih sayang.

En. Hakim :Tidak diberi kasih sayang? , siapa yang kamu rasa tidak sayang kamu? Mama atau

papa?.

Hasan :kedua-dualah.

En. Hakim :kalau kamu dirumah, kamu rasa kamu kena sayang atau disayangi?

Hasan :Tidak tahulah. Saya rasa pun biasa saja tu.

En. Hakim :kalau bapa kamu marah, adakah dia marah bersebab atau tiada sebab.

Hasan :Dia marah kalau saya buat yang tidak tentu.

En. Hakim :ohh....kalau-kalau kamu buat dia tidak tentu, dia marah?

Hasan :Hmmm.. ya

En. Hakim :Bapa kerja apa?

Hasan : security guard di Pasir gudang.

En. Hakim :mama kerja apa?

Hasan :mama tak kerja, dia suri rumah sepenuh masa.

En. Hakim :ohhhh.. adik-adik kamu macam mana? Adakah ada perbezaan dari corak layanan

terhadap kamu.

Hasan :sama saja.

Page 16: kaedah menemuduga

16

En. Hakim :Mama dengan papa selalu bergaduh ke?

Hasan :kadang-kadang saja.

En. Hakim :kadang-kadang saja. Selalu kalau mereka bergaduh pasal apa?

Hasan :Tidak tahulah.

En. Hakim :Kamu tidak ingat lagi...yang kamu ingat?

Hasan : Tidaklah, aku lupa sudah.

En. Hakim :Baiklah, jadi daripada apa yang cikgu tanya tadi, kamu mengakui kamu terlibat dengan

syabu sebab kamu terpengaruh dengan kawan-kawan kan.

Hasan :ya....

En. Hakim :Kedua dari segi hubungan ibubapa, kamu katakan hubungan kamu dengan ibu bapa

kamu ok saja. Tapi kamu rasakan kamu pernah dimarahi oleh ibu bapa. Jadi bila cikgu

tanya sebab apa kamu tidak beritahu cikgu. Sekarang cikgu mahu fokus kepada syabu,

kamu tahu yang syabu itu adalah dadah?

Hasan :Tahu.

En. Hakim :Pernahkah kamu terfikir untuk tidak mengambilnya lagi?.

Hasan :Pernah saya mahu berhenti, saya tidak mahu mengambilnya lagi dan saya pernah

berhenti.

En. Hakim :pernah? Berapa lama tu?

Hasan :Dekat 3 bulan dulu, kira tidak mahu ambil benda (syabu) lagi. Saya tidak jalan-jalan

lagi, saya hanya duduk dirumah sahaja.

Page 17: kaedah menemuduga

17

En. Hakim :Hmm.. ceritakan lagi..

Hasan :saya tidak tahu macam mana boleh ambil benda tu balik, saya pun tidak tahu.

En. Hakim :kamu kata 3 bulan ya....kamu kena tangkap bulan 10, maksudnya kamu berhenti 3 bulan

tu bila?

Hasan :Lama sudah.

En. Hakim :maksudnya bukan tahun lepas lah tu.

Hasan :Memang tahun lepas tapi bukan 10 (bulan oktober) begitu....

En. Hakim :ok..bila kamu berhenti, apa yang kamu terambil lagi.

Hasan :Terikut-ikut kawanlah. Kawan bawa, saya ikutlah

En. Hakim :dalam ambil syabu tu, macam mana kamu boleh beli syabu, berapa harga dia?

Hasan :10 Ringgit

En. Hakim :10 ringgit. Jadi dari segi duit pula, macam mana kamu dapat wang tersebut?

Hasan :kawan saya yang suruh beli.

En. Hakim :emmm.. o.k, lepas tu, bila kawan suruh kamu beli, kenapa kamu seorang sahaja yangb

kena tangkap?

Hasan :kawan-kawan saya jauh dengan saya pada masa tu. Bila saya jalan disana sudah ada

polis.

En. Hakim :oh...cuba kamu ceritakan pada cikgu ketika itu, pada masa itukan kamu ketagih, jadi

kalau kamu tidak ambil satu hari, macam mana perasaan kamu, adakah kamu boleh

tahan?

Page 18: kaedah menemuduga

18

Hasan :Tidak. Tapi kawan saya yang bawa saya setiap minggu.

En. Hakim :jadi kalau setiap minggu , macam mana kamu hendak kerja?

Hasan :pada masa tu, saya dah tak kerja lagi.

En. Hakim :Dimana kamu hisap selalu?

Hasan :sama kawan saya.

En. Hakim :Maksud kamu dirumah kawan kamu.

Hasan : ya

En. Hakim :hmmm. Kamu tak buat kerja lain lagi untuk kamu dapatkan duit. Bapa kamu tak cari

kamu kah?

Hasan :bapa saya biasa saja, sebab dia dah biasa dengan perangai saya ni.

En. Hakim :maksud kamu, bapa kamu dah biasa lihat kamu hisap syabu?

Hasan :Bukan, maksud saya dia dah biasa dengan perangai saya, kalau saya keluar rumah saya

jarang bagi tahu dekat dia.

En. Hakim :satu minggu baru kamu balik.

Hasan :emm.. saya selalu tidur rumah kawan.

En. Hakim :Dia Sorang( ibubapa) tentu tanya kamu pergi mana.

Hasan : taklah.

En. Hakim :Mama pun tidak tanya.

Page 19: kaedah menemuduga

19

Hasan :Tidaklah, dia ada juga tanya, tapi diorang tahu sudah, jadi diorang pun dah malas nakk

tanya lagi. (kelayan biasa tidak balik satu minggu ke rumah).

En. Hakim :masa tu, kamu tidak sekolah lagi kah? Kamu berhenti sekolah sampai tingkatan satu?

Hasan :Bukan, ditingkatan dua.

En. Hakim :tingkatan dua, tahun berapa? 2001 ke?

Hasan :ya, 2001

En. Hakim :ok, setelah kamu pulang ke rumah, malam atau pagi?

Hasan :pagi.

En. Hakim :selalunya, kalau kamu pulang, siapa yang ada di rumah. Mama, papa atau adik beradik.

Hasan :semua ada.

En. Hakim :jadi, satu minggu tu kamu tak balik, dia orang tak marahkah?

Hasan : Marahlah juga, tapi kalau di oarang marah, dia suruh saya jalan puas-puas dan jangan

balik lagi.

En. Hakim :Badan kamu ketika itu tak kuruskah?

Hasan :Kecil lah.

En. Hakim :mana besar dengan sekarang.

Hasan :kecil lagi dari dulu.

En. Hakim :Mama dan papa pun tidak perasan yang kamu ni ambil syabu. Ada di orang tanya kamu?

Hasan :Ada juga, dia tanya, kenapa muka saya nampak cengkung, itu saja.

Page 20: kaedah menemuduga

20

En. Hakim :tapi masih mereka tidak tahukah yang kamu berbohong.

Hasan :emmm...ya.

En. Hakim :maksudnya mereka tidak pedulilah kamu tu.....

Hasan :Entahlah.....

En. Hakim :Baiklah.. Cikgu dapat simpulkan terdapat pelbagai perasaan yang kamu hadapi ketika

ini, iaitu marah, takut dan persaan tidak puas harti dan sebagainya. Ok, perasaan marah

yang pertama ialah kamu marah disebabkan layanan ibu bapa kamu yang tidak adil,

Hasan :hmm..(menganggukkan kepala).

En. Hakim :Baiklah Hasan, kita berhenti setakat ini dahulu. Kita jumpa pada sesi yang berikutnya.

Cikgu ucapkapkan terima kasih atas segala kerjasama hasan ketika sesi kita berlangsung.