Kaedah Pembinaan Roket Air

7
KAEDAH PEMBINAAN ROKET AIR + PARACUT Struktur Asas Roket Air BAHAN-BAHAN 1. 1 BOTOL MINUMAN BERGAS 1.5L 2. KULIT FAIL PLASTIK 3. PLASTIK FOLIO 4. SELOTAPE 5. GUNTING 6. BENANG ANCHOR 7. BAG PLASTIC SAMPAH NIPIS (BIRU) 8. BINDING TAPE 9. PENEBUK LUBANG

Transcript of Kaedah Pembinaan Roket Air

Page 1: Kaedah Pembinaan Roket Air

KAEDAH PEMBINAAN ROKET AIR + PARACUT

Struktur Asas Roket Air

BAHAN-BAHAN

1. 1 BOTOL MINUMAN BERGAS 1.5L2. KULIT FAIL PLASTIK3. PLASTIK FOLIO4. SELOTAPE5. GUNTING6. BENANG ANCHOR7. BAG PLASTIC SAMPAH NIPIS (BIRU)8. BINDING TAPE9. PENEBUK LUBANG

Page 2: Kaedah Pembinaan Roket Air

KAEDAHAda 2 cara untuk membina badan roket air. Badan roket air boleh dipasang leher atau tidak dipasang leher.

CARA 1

Jika ingin memasang leher kaedahnya seperti dibawah :Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan digunakan nanti untuk membuat leher padabadan roket air.

1. 2.

Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang untuk diletakkan payung terjun nanti.

CARA 2

Jika anda tidak mahu memasang leher pada roket air anda, gambarnya seperti di bawah:

a) Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap bagi roket anda. b) Potong 4 keping kulit fail plastic mengikut saiz dan bentuk sayap yang anda kehendaki.

Kebiasaannya bentuk yang selalu dibuat ialah seperti gambar di bawah....anda boleh mencuba bentuk lain yang anda fikir lebih menarik untuk roket air anda.....bahan lain juga boleh digunakan untuk membuat sayap roket air anda antaranya 'craftboard', 'mounting board', 'manila card' dan lain-lain

Page 4: Kaedah Pembinaan Roket Air

d) Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik kulit folio @ menggunakan botol minuman bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya. Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian hujung kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon tersebut dan memberikan roket/kon lebih inertia. Dengan menggunakan gunting, potong/samakan bahagian bawah kon supaya betul-betul bulat. Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih lebar sedikit berbanding diameter botol yang dijadikan badan roket air.

1. 2.

3. 4.

5.

e) Ramai pelajar menghadapi masalah muncung/kon roket air akan terlekat pada badan roket air dan tidak terpisah pada puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara melekatkan tab pada bahagian badan roket air di mana muncung/kon akan diletakkan. Fungsi tab ialah untuk menghalang muncung/kon daripada terlekat pada badan roket air semasa dilancarkan nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut selari dengan sayap roket air anda.

Page 5: Kaedah Pembinaan Roket Air

KAEDAH MEMBUAT PARACUT

Paracut disediakan dengan menggunakan beg plastic sampah yang nipis.Caranya ialah bentangkan beg plastic sampah yang telah dipotong pada bahagian tepinya. Kemudian lipat kepada 4 bahagian. Kemudian lipatkan beg plastic sampah tersebut menjadi segi tiga dan pastikan bahagian yang terbuka terletak dibahagian bawah. Lipatkan segitiga itu menjadi segitiga yang lebih kecil dan akhirnya ukur jejari paracut yang dikehendaki dan tandakan dengan marker. Seterusnya bahagian yang ditanda dipotong dengan menggunakan gunting.

1. 2.

3. 4.

5. 6.

Page 6: Kaedah Pembinaan Roket Air

7.

Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada payung terjun adalah bergantung kepada anda. Kebiasaanya 16 – 32 tali di pasang pada setiap payung terjun. Sebelum anda mengikat tali pada payung terjun yang anda buat terlebih dahulu lekatkan selotape sebagai penahan daripada koyak pada tempat di mana tali akan diletakkan. Tebukkan selotape tersebut dengan menggunakan penebuk dan ikatkan tali payung di tempat itu sehinggalah semuanya telah dipasangkan tali.

Sekarang roket air anda telah sedia untuk dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk mengikat payung yang anda buat dengan badan roket air anda. Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara lipatan yang biasa digunakan sebelum payung terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan muncung/kon. Anda boleh cuba dengan pelbagai lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di atas tidak sesuai untuk roket air anda.

Page 7: Kaedah Pembinaan Roket Air

Gambar roket air yang terapung-apung diudara.....

SELAMAT MENCUBA……