Kaedah Pengajaran Tafsir Al-Qur’an Di Peringkat Menengah...

9
Running Head : KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH 173 ICLEHI 2015 48 Kaedah Pengajaran Tafsir Al-Qur’an Di Peringkat Menengah Negara Brunei Darussalam Hajah Sarinah binti Haji Yahya Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Jalan Pasar Baharu, Gadong, Negara Brunei Darussalam [email protected] ABSTRAK Pelajaran Tafsir al-Qur’an merupakan salah satu komponen mata pelajaran agama Islam. Di Negara Brunei Darussalam, pelajaran ini diajarkan di peringkat menengah seluruh negara. Ini termasuk sekolah-sekolah kerajaan dan swasta; sama ada sekolah Arab mahu pun sekolah biasa. Antara elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ilmu di sekolah pula ialah “kaedah pengajaran”. Ia juga berkait rapat dengan elemen “alat bantu mengajar (ABM)” agar proses pengajaran ilmu secara formal atau informal menjadi lebih berkesan dan difahami. Ini tidak terkecuali pengajaran tafsir al-Qur’an di sesebuah institusi pengajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an yang dipraktikkan di peringkat menengah di Negara Brunei Darussalam. Responden kajian terdiri daripada 84 orang guru yang mengajar mata pelajaran tersebut di 12 buah sekolah yang terpilih. Analisis data kajian dibuat secara metode deskriptif menggunakan SPSS version 16.0 melalui fekruensi atau taburan kekerapan dan peratus. Hasil kajian menemukan beberapa persamaan dan juga perbezaan kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an yang digunakan di sekolah menengah Arab dan sekolah menengah bukan Arab. Beberapa masalah pula didapati telah dihadapi oleh para guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dalam pengajaran tafsir al-Qur’an. Kata Kunci: Kaedah pengajaran, tafsir al-Qur’an, Negara Brunei Darussalam 1. Pengenalan Kerajaan Negara Brunei Darussalam melalui kementerian-kementerian yang diamanahkan telah berusaha memberi Pendidikan Agama yang secukupnya kepada seluruh rakyat. Lebih-lebih lagi pemimpin Negara yang amat menitik-beratkan kehidupan beragama dengan aspirasi “Negara Zikir”, pendidikan agama Islam dilihat amat signifikan dalam menghadapi era yang penuh cabaran ini. Pengajian al-Qur’an adalah antara bidang pendidikan yang amat diambil perhatian di Brunei. Tidak terkecuali tafsir al-Qur’an diajarkan di sekolah-sekolah bermula pada peringkat menengah. Ini selaras dengan Maqasid al-Qur’an sebagai hidayah dan panduan bagi seluruh kehidupan alam. 1.1 Pernyataan Masalah Pengajaran Pendidikan Islam masih menggunakan pendekatan tradisional. Ini kerana sumber utama ilmu Islam ialah al-Qur’an dan al-Sunnah. Begitu juga tafsir al-Qur’an yang merupakan satu komponen dalam Pendidikan Islam di peringkat menengah Negara Brunei Darussalam. Walaupun pelajaran Pendidikan Islam ini secara amnya diajarkan pada peringkat menengah, ketandusan ilmu tentang tafsir ayat-ayat al-Qur’an ternyata ketara apabila pelajar melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya adakah penyebabnya kaedah pengajaran lama yang digunakan untuk memberikan ilmu ini, atau adakah pengajaran kurang berkesan. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini bermatlamat untuk mencapai objektif berikut: (1) Mengenal pasti kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an yang dipraktikkan oleh para guru di peringkat menengah Negara Brunei Darussalam.

Transcript of Kaedah Pengajaran Tafsir Al-Qur’an Di Peringkat Menengah...

Running Head : KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH 173

ICLEHI 2015 48

Kaedah Pengajaran Tafsir Al-Qur’an Di Peringkat Menengah Negara Brunei Darussalam

Hajah Sarinah binti Haji Yahya

Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Jalan Pasar Baharu, Gadong, Negara Brunei Darussalam

[email protected]

ABSTRAK Pelajaran Tafsir al-Qur’an merupakan salah satu komponen mata pelajaran agama Islam. Di Negara Brunei Darussalam, pelajaran ini diajarkan di peringkat menengah seluruh negara. Ini termasuk sekolah-sekolah kerajaan dan swasta; sama ada sekolah Arab mahu pun sekolah biasa. Antara elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ilmu di sekolah pula ialah “kaedah pengajaran”. Ia juga berkait rapat dengan elemen “alat bantu mengajar (ABM)” agar proses pengajaran ilmu secara formal atau informal menjadi lebih berkesan dan difahami. Ini tidak terkecuali pengajaran tafsir al-Qur’an di sesebuah institusi pengajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an yang dipraktikkan di peringkat menengah di Negara Brunei Darussalam. Responden kajian terdiri daripada 84 orang guru yang mengajar mata pelajaran tersebut di 12 buah sekolah yang terpilih. Analisis data kajian dibuat secara metode deskriptif menggunakan SPSS version 16.0 melalui fekruensi atau taburan kekerapan dan peratus. Hasil kajian menemukan beberapa persamaan dan juga perbezaan kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an yang digunakan di sekolah menengah Arab dan sekolah menengah bukan Arab. Beberapa masalah pula didapati telah dihadapi oleh para guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dalam pengajaran tafsir al-Qur’an.

!

Kata Kunci: Kaedah pengajaran, tafsir al-Qur’an, Negara Brunei Darussalam

1.! Pengenalan

!Kerajaan Negara Brunei Darussalam melalui kementerian-kementerian yang diamanahkan telah

berusaha memberi Pendidikan Agama yang secukupnya kepada seluruh rakyat. Lebih-lebih lagi pemimpin Negara yang amat menitik-beratkan kehidupan beragama dengan aspirasi “Negara Zikir”, pendidikan agama Islam dilihat amat signifikan dalam menghadapi era yang penuh cabaran ini. Pengajian al-Qur’an adalah antara bidang pendidikan yang amat diambil perhatian di Brunei. Tidak terkecuali tafsir al-Qur’an diajarkan di sekolah-sekolah bermula pada peringkat menengah. Ini selaras dengan Maqasid al-Qur’an sebagai hidayah dan panduan bagi seluruh kehidupan alam. !

1.1 Pernyataan Masalah Pengajaran Pendidikan Islam masih menggunakan pendekatan tradisional. Ini kerana sumber utama

ilmu Islam ialah al-Qur’an dan al-Sunnah. Begitu juga tafsir al-Qur’an yang merupakan satu komponen dalam Pendidikan Islam di peringkat menengah Negara Brunei Darussalam. Walaupun pelajaran Pendidikan Islam ini secara amnya diajarkan pada peringkat menengah, ketandusan ilmu tentang tafsir ayat-ayat al-Qur’an ternyata ketara apabila pelajar melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya adakah penyebabnya kaedah pengajaran lama yang digunakan untuk memberikan ilmu ini, atau adakah pengajaran kurang berkesan. !

1.2 Objektif Kajian Kajian ini bermatlamat untuk mencapai objektif berikut:

(1)!Mengenal pasti kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an yang dipraktikkan oleh para guru di peringkat menengah Negara Brunei Darussalam.

KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH

THE!INTERNATIONAL!CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!HUMANITIES!&!INNOVATION!21st%&%22nd%MARCH,%2015%

!

174

(2)!Mengetahui pandangan para guru dan pelajar terhadap kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran tafsir al-Qur’an.

(3)!Merungkai permasalahan yang dihadapi oleh guru dan pelajar berkenaan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran tafsir al-Qur’an.

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini memiliki kepentingan tersendiri dalam menggarap maklumat tentang proses pengajaran dan pembelajaran tafsir al-Qur’an di Negara Brunei Darussalam, khasnya di peringkat menengah. Ini kerana pelajaran tafsir al-Qur’an mula diajarkan pada peringkat tersebut. !1.4 Skop Kajian

Kajian ini hanya akan terbatas seputar kaedah pengajaran pelajaran tafsir al-Qur’an di dua jenis sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam, iaitu sekolah menengah biasa di bawah kendalian Kementerian Pendidikan dan sekolah menengah Arab di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ini termasuk bahan bantu mengajar yang digunakan bersama-sama dengan kaedah pengajaran yang diamalkan oleh para guru. !1.5 Metodologi Kajian

Selain! daripada! metode! kepustakaan! yang! biasa! digunakan! dalam! manaHmana! kajian,! metode!

lapangan!juga!digunakan!untuk!mendapatkan!data.!

!

!

(1)! Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ialah guru-guru yang mengajar mata pelajaran tafsir al-Qur’an di peringkat menengah

Negara Brunei Darussalam. Manakala sampel kajian dipilih secara rawak mudah daripada 12 buah sekolah yang terpilih, iaitu seramai 84 orang guru. !

(2)! Instrumen Kajian Kajian ini mengumpulkan data primer melalui satu instrumen kajian iaitu soal selidik. Instrumen ini

bersandarkan kepada beberapa kajian lepas dan telah diubah suai untuk menepati persoalan kajian ini. Rujukan soal selidik yang telah digunakan itu ialah set soal selidik Zakiah Taib (2001), Adnan Basar (2006) dan Abd Latif Jamaluddin (1998). Sementara bagi mendapatkan maklumat-maklumat dan data sekunder, pengkaji mendapatinya dari buku-buku rujukan, artikel, kertas kerja seminar dan tesis serta penyelidikan yang berkaitan dan relevan dengan tajuk kajian. !1.6 Kajian Rintis

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terhadap sekumpulan responden daripada tiga buah sekolah yang bukan terdiri daripada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian sebenar. Tujuan kajian rintis ini adalah mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Pengkaji mendapati para responden kajian rintis ini dapat menjawab soal selidik dalam masa antara 30 ke 45 minit. Berdasarkan analisis pula, nilai Alpha yang diperolehi ialah 0.821. Nilai sebegini boleh dianggap satu nilai yang tinggi dan baik untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian (Lim Chap Sam & Chee Kim Mang, 2010: 172).

2. Tinjauan Literatur !2.1 Definisi dan Jenis-Jenis Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam

Kaedah pengajaran bermaksud tindakHtanduk! yang! dijalankan! oleh guru! dalam bilik! darjah semasa proses! pengajaran, yang berlaku secara! teratur untuk! mencapai objektif! khusus pengajaran. Ia! juga!bermaksud satu! aktiviti dan tindakan! yang! dilakukan oleh! guru, dan kesannya! terzahir! ke! atas! hasil pembelajaran yang!dicapai!oleh pelajar!(Samarah!&!alH‘Adili,!2008:!109).!!

Terdapat pelbagai jenis kaedah dan metode pengajaran, khususnya pengajaran Pendidikan Islam. Para guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk memilih dengan bijak kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran. Antara kaedah pengajaran pendidikan Islam ialah seperti:

KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH

THE!INTERNATIONAL!CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!HUMANITIES!&!INNOVATION!21st%&%22nd%MARCH,%2015%

!

175

(1)!Kaedah “Qudwah Hasanah” (Contoh Teladan)

Ayat-ayat al-Qur’an banyak merekodkan seruan kepada mengikuti contoh dan teladan yang baik serta mengamalkannya. Rasulullah s.a.w. merupakan qudwah atau contoh yang terbaik dan paling ulung dari segenap sudut. Oleh kerana tingginya akhlak Baginda s.a.w. dan berbudi pekerti yang cemerlang, maka sudah tentu Baginda s.a.w. diangkat menjadi utusan Allah dan seterusnya menjadi contoh teladan bagi manusia keseluruhannya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kebahagiaan) hari Akhirat serta banyak berzikir mengingat Allah” (Surah al-Ahzab, 33: 21) (Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya, 2014: 1075).

(2)!Kaedah “Talqin” (Secara Lisan) dan Hafazan Kaedah! ini! merupakan! satu! gaya lama dan tradisional dalam amalan pengajaran, dan masih!

diamalkan sehingga sekarang.! Ia lebih tertumpu kepada! mengajar mata! pelajaran, menghafaz, dan mengulanginya tanpa memahami! dengan! sebenarHbenarnya.! Menurut! alHMu‘ayitah! (2006:! 104)! para!

pendidik Islam masa kini telah! mengkritik cara! dan kaedah ini! dan! lebih memilih pendekatan lain. Ini disebabkan oleh kurang penekanan terhadap kefahaman pelajar tentang ilmu yang telah diajarkan kepada mereka.

(3)!Kaedah “Ilqa” (Pengucapan atau Penyampaian) Para guru memainkan peranan yang besar dan nyata jika menggunakan kaedah ini dalam pengajaran

mereka. Para pelajar menerima pelajaran yang diberikan dengan cara mendengar dan menulis poin-poin penting. Antara cara yang digunakan ialah seperti kuliah, penceritaan, syarahan dan lain-lain (Qatisyat, 2005: 334 & Tawilah, 2008: 47). !

(4)!Kaedah “Munaqasyah” dan “Hiwar” (Diskusi dan Dialog) Perbincangan atau diskusi melibatkan interaksi antara guru dan pelajar, atau antara sesama pelajar dan

guru memantau, dalam memahami, menganalisis, mentafsir dan menilai topik, idea, permasalahan atau persoalan, untuk mencapai sesuatu keputusan yang dipersetujui bersama (Madkur, 2006: 362). Perdebatan pula pada dasarnya merupakan dialog antara dua pihak atau lebih, melalui soal jawab. Perbahasan berkisar sekitar satu tajuk atau perkara tertentu. Hasilnya boleh jadi membawa kepada kesepakatan, atau kurang keyakinan dari sebelah pihak. Akan tetapi cara ini memberi impak yang bagus bagi semua pihak dalam memahami lebih mendalam tajuk perdebatan (al-Nahlawi, 1979: 167). !2.3 Kaedah Pengajaran Pengajian Al-Qur’an di Peringkat Menengah

Kaedah pengajaran berbentuk syarahan atau kuliah merupakan kaedah yang paling selalu digunakan oleh para pengajar Pendidikan Islam. Menurut Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007, 68) kos yang murah dan mudah digunakan tanpa memerlukan persediaan yang lama merupakan faktor utama pemilihan kaedah ini. Beberapa kajian tentang pengajaran pendidikan Agama Islam di peringkat menengah di Negara Brunei Darussalam mengetengahkan pelbagai hasil. Antaranya kajian Adnan (2006: 117-119) mengenai kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam menunjukkan bahawa kebanyakan strategi pengajaran yang sering digunakan oleh para guru dalam proses pengajaran mereka ialah soal-jawab, memberi peringatan, talqin, dan qudwah hasanah. Dalam masa yang sama, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa kaedah yang jarang digunakan pula ialah belajar dengan bantuan, belajar secara sendiri, lakonan atau permainan dan pemberian kerjarumah kepada pelajar. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa kaedah pengajaran bagi Pendidikan Islam masih menggunakan teknik tradisional iaitu dengan cara penyampaian kuliah. Alat bantu mengajar yang menolong kaedah yang digunakan ini pula ialah papan tulis, buku teks dan buku rujukan. Adapun alat-alat moden seperti video, komputer, radio dan internet sangat sedikit digunakan atau hampir tidak digunakan langsung. Ini membuktikan kedudukan penggunaan alat bantu pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam masih tiada kemajuan, sama halnya seperti strategi pengajaran.

Sementara itu, kajian Zakiah (2001, 83-84) pula menyatakan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Islam, khususnya mata pelajaran Tauhid di sekolah-sekolah menengah Arab pula adalah kaedah terjemahan, kuliah dan hafazan. Kaedah terjemahan merupakan metode lama dalam pengajaran ilmu yang menggunakan

KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH

THE!INTERNATIONAL!CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!HUMANITIES!&!INNOVATION!21st%&%22nd%MARCH,%2015%

!

176

bahasa Arab Ini kerana pelajar kurang mahir berbahasa Arab. Caranya ialah guru menterjemahkan teks pelajaran dari bahasa Arab ke Bahasa Melayu, kemudian menerangkannya dan seterusnya kaedah hafazan dipraktikkan.

3. Perbincangan Hasil Kajian !

3.1 Latar Belakang Responden Latar belakang responden kajian ini dinyatakan dalam jadual berikut:

Jadual 1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden mengikut Jenis Sekolah dan Latar Belakang

Keterangan Latar Belakang

Responden Sekolah Biasa

Responden Sekolah Arab

Taburan Kekerapan

Peratus (%)

Taburan Kekerapan

Peratus (%)

Jenis Lelaki 27 43.5 2 16.7 Perempuan 35 56.5 10 83.3

Kelayakan Akademik Tertinggi

Sijil Perguruan/Pendidikan

8 12.9 0 0

Diploma Perguruan 3 4.8 0 0 Sarjana Muda 48 77.4 11 91.7 Sarjana 3 4.8 1 8.3 Doktor Falsafah - - - - Lain-lain - - - -

Bidang Pengkhususan

Pengajian Islam 37 59.7 1 8.3 Bahasa Arab 3 4.8 1 8.3 Syari‘ah Islamiyyah 6 9.7 6 50 Fiqh dan Usul 0 0 1 8.3 Tafsir dan ‘Ulum al-Qur’an

0 0 2 16.7

Hadith dan ‘Ulum al-Hadith

0 0 0 0

‘Aqidah dan Da‘wah 1 1.6 1 8.3 Lain-lain 15 24.2 0 0

Pengalaman Mengajar

1-3 tahun 9 14.5 2 16.7 4-6 tahun 17 27.4 4 33.3 7-9 tahun 10 16.1 1 8.3 10-12 tahun 8 12.9 1 8.3 Lebih dari 12 tahun 18 29 4 33.3

Pengalaman Mengajar Tafsir al-Qur’an

1-3 tahun 26 41.9 5 41.7 4-6 tahun 16 25.8 4 33.3 7-9 tahun 5 8.1 0 0 Lebih dari 9 tahun 15 24.2 3 25

Peringkat Menengah

Bawah 44 71 4 33.3 Atas 24 38.7 8 66.7 Prauniversiti 7 11.3 3 25

Daripada jadual 1 di atas menunjukkan bahawa peratus responden perempuan adalah tinggi berbanding dengan peratus responden lelaki. Responden sekolah menengah biasa seramai 43.5% lelaki dan 56.5% perempuan. Responden sekolah menengah Arab pula seramai 16.7% lelaki dan 83.3% perempuan.

Kelayakan akademik tertinggi bagi reponden dan bidang pengkhususan mencatatkan peratus tertinggi bagi Sarjana Muda, iaitu seramai 77.4% responden sekolah menengah biasa dan 91.7% dari sekolah menengah Arab. Selebihnya ada yang memegang sijil perguruan atau sijil pendidikan, diploma pendidikan, dan ada juga berkelulusan sarjana. Ini bermaksud para guru responden kajian ini memiliki kelayakan akademik yang sesuai untuk mengajar di sekolah menengah. Kebanyakan mereka mempunyai pengkhususan dalam Pengajian Islam, iaitu seramai 59.7% responden sekolah menengah biasa dan 8.3% responden sekolah

KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH

THE!INTERNATIONAL!CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!HUMANITIES!&!INNOVATION!21st%&%22nd%MARCH,%2015%

!

177

menengah Arab. Pengkhususan bidang syariah bagi responden sekolah menengah Arab adalah yang paling ramai, iaitu 50%, dan 9.7% responden sekolah menengah biasa. Adapun pengkhususan Tafsir didapati amat kurang dan hanya dimiliki oleh kalangan responden sekolah menengah Arab seramai 16.7%. Responden sekolah menengah biasa didapati ramai mempunyai pengkhususan selain daripada yang disenaraikan dalam soal selidik, iaitu 24.2% seperti pengkhususan Pendidikan Islam, Sastera, Pengajian Brunei sebagai major dan Pengajian Islam sebagai minor. Hal seumpama ini perlu diperhatikan dan diteliti secara mendalam dari pihak yang berkenaan agar jawatan guru diberikan mengikut pengkhususan yang selayaknya. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kebanyakan responden bukan berkelulusan secara khusus dalam bidang pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, mereka menyatakan yang mereka memiliki sijil lepas ijazah dalam bidang pendidikan (Post Graduate Certificate of Education-PGCE).

Data pengalaman mengajar responden pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: pengalaman mengajar secara umum dan pengalaman mengajar secara khusus mata pelajaran tafsir al-Qur’an. Hasil dapatan menunjukkan perbezaan antara kedua-dua bahagian, di mana ini bermaksud mereka bukan mengajar tafsir al-Qur’an sahaja sepanjang kerjaya mereka sebagai guru. Kebanyakan responden mempunyai rekod perkhidmatan sebagai guru dalam masa yang lama, iaitu seramai 29% responden sekolah menengah biasa dan 33.3% responden sekolah menengah Arab berpengalaman lebih daripada 12 tahun dalam pengajaran dan perguruan.

Sementara peringkat menengah yang diajar oleh para responden menunjukkan data yang tidak seimbang. Ini bermaksud sebahagian besar responden ditugaskan mengajar lebih daripada satu peringkat menengah, seperti menengah bawah dan atas. 3.2 Kaedah Pengajaran yang digunakan !

Jadual 2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden mengikut Jenis Sekolah dan Kaedah Pengajaran yang

digunakan

No.

Kaedah

Responden Sekolah Biasa Responden Sekolah Arab Taburan

Kekerapan Peratus (%) Taburan

Kekerapan Peratus (%)

1 Talqin dan Hafazan 53 85.5 11 91.7 2 Kuliah dan Syarahan 48 77.4 12 100 3 Persembahan Cerita 32 51.6 6 50 4 Soal Jawab 57 91.9 12 100 5 Perbincangan dan Dialog

bersama Pelajar 45 72.6 10 83.3

6 Kaedah-Kaedah Lain 6 9.7 1 8.3 !

Jadual 2 di atas menunjukkan peratus yang tinggi daripada jumlah responden menggunakan kesemua kaedah pengajaran yang disenaraikan dalam soal selidik. Responden juga ada memilih kaedah-kaedah lain dan antara yang mereka nyatakan adalah kaedah pembentangan para pelajar dan kaedah latih tubi. Kebanyakan responden dari sekolah menengah biasa menggunakan kaedah soal jawab (91.9%), kemudian kaedah talqin dan hafazan (85.5%) dan seterusnya kaedah ilqa’ dengan cara kuliah dan syarahan (77.4%).

Responden dari sekolah menengah Arab pula kesemuanya memilih kaedah kuliah dan syarahan (100%) sebagai kaedah yang mereka gunakan dalam pengajaran tafsir al-Qur’an. Kemudian kaedah hafazan dengan nisbah (91.7%).

KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH

THE!INTERNATIONAL!CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!HUMANITIES!&!INNOVATION!21st%&%22nd%MARCH,%2015%

!

178

3.3!Alat Bantu Mengajar yang digunakan !

Jadual 3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden mengikut Jenis Sekolah dan Alat Bantu Mengajar yang

digunakan

No. Alat Bantu Mengajar

Responden Sekolah Biasa Responden Sekolah Arab Taburan

Kekerapan Peratus (%) Taburan

Kekerapan Peratus (%)

1 Papan Tulis 58 93.5 12 100 2 Gambar-Gambar 27 43.5 3 25 3 Video 12 19.4 1 8.3 4 Kaset 7 11.3 2 16.7 5 Komputer 42 67.7 3 25 6 Internet 22 35.5 1 8.3 7 Bahan Sumber &

Rujukan Bersesuaian 38 61.3 9 75

8 Lain-lain 12 19.4 2 16.7 !

Jadual 3 di atas jelas menunjukkan bahawa peratus yang tinggi daripada para responden lebih memilih papan tulis sebagai alat bantu mengajar yang utama dalam proses pengajaran mereka, iaitu dengan kadar 93.5% daripada responden sekolah menengah biasa dan 100% daripada responden sekolah menengah Arab. Sementara ABM lain yang mereka gunakan adalah komputer, gambar-gambar dan buku rujukan yang bersesuaian. Sementara ABM yang lain yang mereka pilih turut dinyatakan seperti: over-head projector, power point, compact disc, multimedia dan buku ringkasan. !

3.4 Permasalahan yang dihadapi !

Jadual 4 Taburan kekerapan dan Peratus Responden mengikut Jenis Sekolah dan Permasalahan dalam Kaedah

Pengajaran

No. Permasalahan Kaedah

Pengajaran Responden Sekolah Biasa Responden Sekolah Arab

Taburan Kekerapan

Peratus (%) Taburan Kekerapan

Peratus (%)

1 Tiada kepelbagaian kaedah pengajaran dan menggunakan kaedah lama turun-temurun

13 21 0 0

2 Tiada kepelbagaian kaedah pengajaran kerana kesuntukan masa/period mengajar

2 3.2 5 41.5

3 Masalah besar bagi pelajar non-muslim

7 11.3 0 0

4 Tiada Masalah 40 64.5 7 8.3 Dari jadual 4 ini menunjukkan peratus yang rendah daripada responden yang menghadapi masalah

dalam kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an. Masalah pertama iaitu tiada kepelbagaian kaedah pengajaran dan menggunakan kaedah lama turun-temurun bermaksud mereka tidak mengetahui atau kurang terdedah dengan kaedah pengajaran yang lain selain daripada yang biasa diamalkan sejak dulu lagi. Sejumlah 21% dari kalangan responden sekolah menengah biasa menghadapi masalah ini. Masalah kedua pula dihadapi oleh kedua-dua kumpulan responden, iaitu masalah tiada kepelbagaian kaedah pengajaran kerana kesuntukan masa atau period mengajar. Ramai responden dari sekolah menengah Arab (41.5%) menyatakan masalah ini kerana isi kandungan kurikulum pelajaran tafsir al-Qur’an adalah terlalu banyak. Sementara masalah ketiga dihadapi oleh responden sekolah menengah biasa (11.3%) dan tidak hadapi oleh responden sekolah menengah Arab. Masalah ini melibatkan pelajar yang bukan beragama Islam di mana mereka juga diwajibkan mempelajari

KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH

THE!INTERNATIONAL!CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!HUMANITIES!&!INNOVATION!21st%&%22nd%MARCH,%2015%

!

179

Pendidikan Islam di peringkat menengah bawah. Ini memaksa para guru untuk menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai mengikut keadaan pelajar. Manakala pelajar sekolah menengah Arab keseluruhannya terdiri daripada pelajar yang beragama Islam sahaja.

Jadual 5 Taburan kekerapan dan Peratus Responden mengikut Jenis Sekolah dan Permasalahan dalam Alat

Bantu Mengajar

No.

Permasalahan ABM Responden Sekolah Biasa Responden Sekolah Arab

Taburan Kekerapan

Peratus (%) Taburan Kekerapan

Peratus (%)

1 Kurang kemudahan ABM atau langsung tiada kemudahan

16 25.8 9 75

2 Susah menggunakan ABM disebabkan beberapa perkara

5 8.1 0 0

3 Tiada masalah 41 66.1 3 3

Permasalahan utama yang dihadapi oleh para responden dalam perkara alat bantu mengajar ialah kurang atau langsung tiada kemudahan disediakan. Sejumlah 75% dari responden sekolah menengah Arab dan 25.8% dari responden sekolah menengah biasa menghadapi masalah ini. Masalah kedua pula hanya dihadapi oleh responden dari sekolah menengah biasa (8.1%), iaitu masalah susah untuk menggunakan alat bantu mengajar disebabkan beberapa perkara. Perkara tersebut adalah seperti ketiadaan atau terputus tenaga eletrik, kekurangan atau langsung tiada kemudahan tempat khas untuk menggunakan alat bantu tersebut seperti komputer dan juga kurang kemahiran mengendalikannya.

4. Rumusan dan Cadangan

Berdasarkan dapatan dan hasil kajian yang dibincangkan di atas, kajian merumuskan beberapa perkara, dan seterusnya memberikan beberapa cadangan demi penambahbaikan kaedah dan alat bantu mengajar yang digunakan serta solusi kepada permasalahan yang dihadapi. !

4.1 Rumusan Dari perbincangan hasil kajian yang telah diterangkan, kajian ini merumuskan beberapa perkara

berikut: (1)! Pembahagian tugas mengajar tafsir al-Qur’an perlu diberikan kepada guru yang layak atau memiliki

kelulusan dalam bidang tersebut. (2)! Empat jenis kaedah pengajaran yang biasa digunakan oleh para guru dalam pengajaran tafsir al-

Qur’an adalah kaedah yang diamalkan turun-temurun, iaitu Hafazan, Kuliah, Soal Jawab dan Perbincangan serta Dialog bersama pelajar. Bagi pengkaji, mereka sudah terbiasa dengan kaedah ini kerana mereka juga melaluinya semasa menjadi pelajar. Mereka hanya mengikut dan terkesan dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru mereka dahulu. Juga kerana mereka kurang pendedahan tentang kaedah lain dan juga kekangan masa serta keluasan kurikulum yang diajar membataskan mereka untuk menggunakan kaedah lain atau sekurang-kurangnya mempelbagaikannya.

(3)!Alat bantu mengajar yang digunakan dalam proses pengajaran tafsir al-Qur’an juga alat bantu yang biasa digunakan sejak dulu lagi, iaitu papan tulis. Sungguhpun terdapat inisiatif responden menggunakan alat bantu moden dan terkini, namun belum begitu meluas penggunaannya. Hal ini disebabkan oleh kurang kemahiran dalam mengendalikan peralatan teknologi atau tidak biasa menggunakannya. Alat-alat bantu ini juga didapati tidak mencukupi, ditambah lagi dengan kesuntukan period pelajaran.

(4)! Permasalahan yang dihadapi oleh para responden kajian berbalik kepada data sebelumnya, seperti kurang pengetahuan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran, kurang atau tiada langsung kemudahan alat bantu mengajar dan isi kandungan yang banyak serta waktu yang padat menyukarkan penggunaan kaedah lain atau mempelbagaikannya.

KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH

THE!INTERNATIONAL!CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!HUMANITIES!&!INNOVATION!21st%&%22nd%MARCH,%2015%

!

180

!

4.2 Cadangan dan Rekomendasi Berdasarkan hasil dapatan dan rumusan yang telah dinyatakan, beberapa cadangan disenaraikan untuk

tujuan penyelesaian dan penambahbaikan. Antaranya seperti berikut: (1)! Para guru diharap agar tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan untuk mempelajari

kaedah pengajaran dan mendapatkan alat bantu pengajaran. Kedua-dua ini boleh didapati dengan mudah tanpa perlu menunggu. Misalnya dari pembacaan yang luas tentang bidang pedagogi dan pertukaran ilmu serta pengalaman antara sesama guru dalam dan luar Negara. Kaedah pengajaran sepatutnya tidak hanya terbatas kepada kaedah kuliah dan hafazan sahaja. Ia perlu dikembangkan lagi dengan kreativiti guru. Misalnya kaedah interaksi antara guru dan pelajar, atau antara sesama pelajar, yang mana bukan saja membuka minda pelajar supaya mereka terlatih untuk sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dan bersuara. Malah cara ini boleh mengelakkan rasa bosan pelajar dan memberi mereka rasa seronok dan suka untuk mempelajari tafsir al-Qur’an.

(2)!Keperluan mengadakan bengkel latihan berkaitan pedagogi dan kaedah pengajaran tafsir al-Qur’an serta bahasa Arab untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang Pendidikan Islam.

(3)! Penyediaan kemudahan alat bantu mengajar yang mencukupi dan efisien bagi merealisasikan matlamat dan tujuan Pendidikan Islam serta mengukuhkan kedudukannya.

(4)!Membuka peluang yang seluas-luasnya untuk para guru mempertingkatkan tahap kelulusan mereka dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini dilihat amat penting dalam memberi manfaat yang sangat berguna dalam mengembangkan kefahaman masyarakat berkenaan dengan tafsir al-Qur’an dan Pendidikan Islam secara keseluruhannya.

Penutup

!Pengajaran Pendidikan Islam memerlukan ilmu, pengalaman dan komitmen sepenuhnya daripada para

guru. Lebih-lebih lagi pelajaran tafsir al-Qur’an yang memerlukan pengetahuan meluas tentang ayat-ayat al-Qur’an dan tafsirannya secara tersurat dan juga tersirat. Sungguhpun kurikulum mata pelajaran ini di peringkat menengah boleh dikatakan peringkat asas sahaja, namun ia bukan alasan untuk memandangnya sebelah mata dan menganggapnya remeh. Para guru perlu sentiasa berusaha memperbaiki dan melengkapkan diri dengan kepelbagaian pedagogi pengajaran untuk menarik minat pelajar. Ini bukan saja semata-mata untuk menyebarkan fahaman ilmu al-Qur’an dan kecintaan terhadap Kitab Allah ini, bahkan juga dalam masa yang sama mengejar janji kebaikan dalam sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: ((Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya)) (Bukhari, 2001: 928).

BIBLIOGRAFI Abdul Latif bin Jamaluddin. 1998. Turuq Ta‘lim Tilawah al-Qur’an al-Karim bi al-Madaris al-Thanawiyyah

al-Wataniyyah bi al-Wilayah al-Fidraliyyah Kuala Lumpur. Dissertasi Sarjana. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Adnan bin Haji Basar. 2006. Manahij al-Tarbiyyah al-Islamiyyah fi al-Madaris al-Thanawiyyah fi Saltanah Brunei Dar al-Salam Bayna al-Waqi‘ wa al-Tumuh. Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

Al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il. 2001. Sahih al-Bukhari. Beirut, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Malaysia, UTM Press.

Al-Ma‘ayitah, ‘Abd al-‘Aziz. 2006. Al-Madkhal ila Usul al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Jordan, Dar al-Thaqafah.

Madkur, ‘Ali Ahmad. 2006. Nazariyyat al-Manahij al-Tarbawiyyah. Kaherah, Dar al-Fikr al-‘Arabiy. Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya. 2014. Negara Brunei Darussalam, Pusat Da‘wah Islamiah. Al-Nahlawi, ‘Abd al-Rahman. 1979. Usul al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa Asalibuha fi al-Bayt wa al-

Madrasah wa al-Mujtama‘. Damsyik, Dar al-Fikr. Qatisyat, Nazik. 2005. “Turuq Tadris Manahij al-Ta‘lim al-Diniy - Tahaddiyatuha wa Afaquha fi Dhaw’ie al-

Waqi‘ al-Mu‘asir”. Nadwah ‘Alamiyyah ‘an Manahij al-Ta‘lim al-Diniy fi al-‘Alam al-Islamiy al-Tahaddiyyat wa al-Afaq. Malaysia, al-Ma‘had al-‘Alamiy li Wahdah al-Ummah al-Islamiyyah, IIUM.

KAEDAH PENGAJARAN TAFSIR AL-QUR’AN DI PERINGKAT MENENGAH

THE!INTERNATIONAL!CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!HUMANITIES!&!INNOVATION!21st%&%22nd%MARCH,%2015%

!

181

Samarah, Nawaf Ahmad & al-‘Adili, Abd al-Salam Musa. 2008. Mafahim wa Mustalahat fi al-‘Ulum al-Tarbawiyyah. Jordan, Dar al-Masirah.

Tawilah, ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam. 2008. Al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa Fann al-Tadris. Cet. Ke-4. Kaherah, Dar al-Salam.

Zakiah Haji Taib. 2001. Pengajian Tauhid di Negara Brunei Darussalam: Kajian Perbandingan di Sekolah-Sekolah Menengah Arab Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan. Disertasi Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.