Kaedah Pengurusan Stok Dan Inventori

download Kaedah Pengurusan Stok Dan Inventori

of 6

description

pengurusan stok

Transcript of Kaedah Pengurusan Stok Dan Inventori

Pengertian PengurusanPengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturan juga tanggungjawab serta tugas-tugas kakitangan (Mohd Zamzuri, 2002). Pengurusan dalam aspek pendidikan adalah bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan teratur dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab seorang guru teknikal untuk mengurus dan menyediakan bengkel khb supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan (Megat Hashim, 1997). Robiah (1989), menegaskan bahawa pengurusan sebagai satu proses membahagikan tugas-tugas dikalangan anggota- anggota organisasi itu, mengatur sumber-sumber seperti alat-alat dan wang serta mengurus semuanya supaya berkaitan antara satu sama lain. Mereka itu menjadi satu kesatuan yang teguh.Menurut Yahya (1989) pula, pengurusan adalah apa jua bentuk aktiviti yang boleh memberi kepuasan kepada pengguna terhadap barangan atau servis yang mereka nikmati dan ini dilakukan dengan cara yang ekonomi dan berkesan. Aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam bidang pengurusan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal.Disamping itu, pengurusan juga merupakan satu proses mengagihkan semua input organisasi termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bertujuan untuk mengeluarkan output (segala barang-barang dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pengguna supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar, 1988).Pengurusan bahan dan peralatanPengurusan bahan dan peralatan dalam sesebuah bengkel adalah berkaitan dengan pengetahuan tentang keadaan peralatan dan bahan tersebut, kuantitinya, penyelenggaraan, cara mengendalikan dan cara penyimpanannya agar sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat. Bahan dan peralatan yang tidak sempurna akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. Ada yang menyatakan bahawa pengurusan bengkel yang baik adalah penting kerana segala peralatan yang digunakan di bengkel- bengkel memerlukan pengendalian dan penyelenggaraan yang sewajarnya. Oleh itu, pelajar-pelajar akan terdedah kepada bahaya jika tiada pengurusan bengkel yang baik dimana setiap individu yang terlibat dalam pengurusan bengkel mestilah bertanggungjawab di atas segala aktiviti yang dijalankan di dalam bengkel agar keselamatan terjamin.Dalam aspek peralatan di dalam bengkel, Azhari (1990) pula menyatakan kepentingan penjagaan peralatan bengkel supaya berada dalam keadaan baik dan selamat bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Ini kerana, jika tidak membuat penyemakan dan penyelenggaraan berkaitandengan keadaan peralatan, ia boleh menyebabkan kemalangan dan ketidaklancaran perjalanan kerja-kerja di bengkel yang disebabkan oleh alat tersebut tidak berfungsi dengan baik dan stok peralatan yang tidak mencukupi. Oleh itu, pihak pengurusan mestilah memainkan peranannya supaya keadaan ini dapat diatasi. Manakala Ahmad Tajuddin (2005), menekankan kepada kaedah pengurusan peralatan di bengkel yang kemas dan sistematik. Sistematik bermaksud segala peralatan yang terdapat di dalam bengkel dikategorikan mengikut kod warna dan label.manakala pengurusan peralatan yang kemas bermaksud susunatur meja kerja dan peralatan dalam keadaan tersusun rapi mengikut keutamaan penggunaannya supaya mudah dicapai atau diambil oleh guru dan pelajar.Pengurusan inventoriSetiap organisasi kecil ataupun besar perlu peka dan bijak dalam menguruskan inventori mereka. Pengurusan yang bersistematik dan efisien dalam menguruskan inventori memberi manfaat bukan sahaja dari aspek pengurusan malah aspek lain seperti mengurang kos perbelanjaan dan pengeluaran organisasi. Thomas C. Harrington (1990) di dalam artikelnya berkaitan implementing an effective inventory management system menekankan aspek kawalan sebagai elemen penting dalam pengurusan inventori yang efektif.a professional discipline that is primarily concerned with the management of document-based information systems. The application of systematic and scientific controls to recorded information required in the operation of an organizations business,(Priscilla Emery, 2005)Daripada petikan-petikan di atas, dapat kita simpulkan bahawa elemen kawalan dalam pengurusan inventori merupakan aspek penting dalam membangunkan sistem yang berkaitan dengan pengurusan inventori.Pengurusan storPengurusan stor pula ialah salah satu aspek pengurusan kewangan yang sangat penting kerana barang-barang dalam stor merupakan modal sesebuah syarikat yang tersimpan dalam bentuk barang-barang bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada kos yang minimum.Kesan daripada pengurusan stor yang lemah, tidak teratur dan tidak cekap boleh menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang besar akibat pembaziran modal yang terikat dalam bentuk stok, keusangan, kesusutan dan kecurian barang-barang yang disimpan. Di samping itu isu kelemahan pengurusan stor sering dibangkitkan dalam laporan audit tahunan.Definisi stokMengikut pekeliling perbendaharaan bil. 5 tahun 2009, stok bermaksud barang-barang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau penyelenggaraan termasuk bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti, keselamatan, makmal, bengkel, dapur, sukan, pertanian, latihan, penyiaran, domestik, dokumen atau buku yang dikawal dan sebagainya.Pengurusan stok dan inventoriSekolah-sekolah adalah diwajibkan menyimpan buku stok yang lengkap dan dikemaskinikan bagi semua alatan yang terdapat di sekolah termasuklah bengkel yang terdapat di sekolah tersebut. Pengawalan serta pengurusan stok meliputi cara menyimpan buku stok, cara-cara mengeluarkan alat-alat, menyimpan rekod dan mengira stok (Jaafar, 1988).Menurut Omardin (1996), suatu sistem yang cekap hendaklah ditunjukkan bagi merekod penerimaan barang-barang dan nota penyerahan disediakan bagi setiap pembelian. Barang dan alat-alat di bengkel perlu menggunakan kod sekiranya mempunyai jumlah yang banyak. Penggunaan sistem menyimpan alatan secara menulis nama alatan tersebut dan bilangan serta tempat alat-alat itu disimpan agar mudah dikendalikan apabila perlu.Disamping itu, alat-alat serta mesin yang terdapat di bengkel hendaklah disenaraikan.satu salinan senarai alat (inventori) perlu digantung di bilik di mana barang-barang itu berada.senarai itu patut disemak setiap penggal untuk memastikan kehilangan dan kerosakan untuk diambil tindakan yang sesuai (Jaafar, 1988).Pengurusan kawalan stok bertujuan memastikan paras keperluan yang betul dari segi kuantiti dapat disediakan apabila dikehendaki oleh pengguna/pemesan. Ia juga mengambil kira penjimatan penggunaan ruang simpanan, kos memesan, harga pembelian dan modal yang terlibat.Pengurusan kawalan stok yang cekap dan berkesan dapat memberikan banyak faedah antaranya ketiadaan stok dapat dielakkan dan keperluan pemesan dapat dipenuhi.penggunaan modal yang lebih ekonomik serta kurangnya wang terikat dalam bentuk stok. Dalam hal ini perhatian lebih tertumpu kepada barang-barang yang tinggi kadar pengeluarannya. Stok yang tidak bergerak, tamat tempoh penggunaan, rosak dan usang dapat dikurangkan. Ruang simpanan juga dapat dioptimumkan.Pengurusan kawalan stok juga bertujuan memastikan paras keperluan yang betul dari segi kuantiti dapat disediakan apabila dikehendaki oleh pengguna atau pemesan. Ia juga mengambil kira penjimatan penggunaan ruang simpanan, kos memesan, harga pembelian dan modal yang terlibat.Pengurusan kawalan stok yang cekap dan berkesan dapat memberikan banyak faedah antaranya ketiadaan stok dapat dielakkan dan keperluan pemesan dapat dipenuhi.Penggunaan modal yang lebih ekonomik serta kurangnya wang terikat dalam bentuk stok. Dalam hal ini perhatian lebih tertumpu kepada barang-barang yang tinggi kadar pengeluarannya. Stok yang tidak bergerak, tamat tempoh penggunaan, rosak dan usang dapat dikurangkan. Ruang simpanan juga dapat dioptimumkan.Manakala, tugas pegawai stor hendaklah menyemak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois, menyemak dan menghitung kuantiti yang diterima, memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadan baik dan cukup kuantitinya. Selain itu, pegawai penerima perlu menguruskan barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal, urusan penggantian hendaklah dicatatkan dalam baucar penerimaan barang-barang dan semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam kad kawalan stok kad petak atau lejar dengan secepat mungkin.Seterusnya, semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan mengawal paras stok. Oleh yang demikian, semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan oleh pegawai stor dengan mematuhi penggunaan rekod.Bagi penyimpanan stok di dalam stor hendaklah mengamalkan konsep 5s iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Amalan ini perlu dipraktiskan supaya stok tidak mudah rosak, senang dikeluarkan dan penggunaan ruang yang optimum. Manakala, bagi setiap pengeluaran stok barang-barang dari stor hendaklah dibuat hanya setelah dibenarkan oleh ketua panitia. Ketua panitia hendaklah mengeluarkan arahan bertulis kepada mana-mana guru yang ingin mengeluarkan sto barang baharu. Setiap pengeluaran hendaklah dicatatkan dalam kad petak dan kad stok dengan serta merta supaya baki sentiasa kemaskini.Selain itu juga, setiap barang yang dikeluarkan perlu disertai dengan borang permintaan barang-barang dan ketua panitia hendaklah memastikan borang penerimaan dikembalikan selepas barang-barang diambil. Kemudian, Pemeriksaan perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengesan dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan, berkurangan, rosak, usang, luput tempoh dan sebagainya supaya tindakan susulan dapat diambil. Keselamatan dan kebersihan stor juga hendaklah sentiasa dijaga dan perkara ini harus diambil berat oleh ketua jabatan dalam memastikan barangan atau peralatan tahan dan tidak rosak. Keselamatan juga harus dititikberatkan dalam memastikan tidak berlaku kehilangan atau kecurian barangan dari stor. Pelupusan pula merupakan satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Untuk memastikan penyimpanan stok yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan. Pengurusan stor dan stok di sekolahDi sekolah tugas ini biasanya akan dijalankan oleh ketua panitia, guru penyelenggaraan, guru aset, guru pusat sumber dan pembantu tadbir. Mereka ini bertanggungjawab memesan, menerima, memeriksa serta menyelengara bekalan tersebut. Prosedur yang digunakan di sekolah adalah sepertimana arahan perbendaharaan mengenai tatacara pengurusan stok.Pengurusan di sekolah adalah lebih sukar kerana kebanyakannya dikendalikan oleh guru atau pembantu tadbir, berbanding di jabatan atau kementerian ada pegawai atau pembantu tadbir yang menjaga dan mengurus stor dan stok. Kekangan kerja khasnya guru yang mana tugas hakiki mereka adalah mengajar menjadi masalah bagi mereka untuk menguruskannya dengan baik dan berkesan.Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menentukan pengurusan yang cekap dan berkesan serta efektif adalah bekalan barang dari stor perlu sentiasa mencukupi supaya sebarang masalah mengenai stok dan inventori tidak timbul apabila ingin digunakan. Segala maklumat stok yang terdapat di dalam stor perlu difailkan supaya mudah untuk dikemaskini. Penyimpanan stok haruslah sentiasa dalam keadaan yang baik. Kuantiti stok dan inventori perlu sentiasa dikemaskini supaya semua peralatan bengkel mencukupi.