KAEDAH PENILAIAN PRESTASI.docx

4
KAEDAH PENILAIAN PRESTASI Menurut Daley (1992) kaedah penilaian prestasi boleh dikategorikan di dalam 3 kelompok utama iaitu kaedah subjektif, kaedah interpersonal, dan kaedah objektif. Kaedah Subjektif Kaedah ini bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan dan kesukaan penilai dalam menilai prestasi pekerja tanpa merujuk kepada mana- mana pekerja sebagai titik bandingan. Kaedah penilaian ini boleh dibuat secara penulisan esei, skala pengkadaran, dan senarai semak. Penilaian Secara Esei Penilai diminta untuk menulis atau menceritakan gambaran tentang prestasi kerja pekerja. Skala Pengkadaran Grafik Penilai perlu menyediakan analisis kuantitatif dan mempunyai kemungkinan untuk membuat perbandingan antara prestasi pekerja dengan piawai yang telah ditetapkan. Senarai Semak Dapat mengurangkan sikap berat sebelah penyelia kerana mereka perlu memilih maklumat prestasi yang telah disediakan dengan teliti.

description

HUman resource managemnet

Transcript of KAEDAH PENILAIAN PRESTASI.docx

Page 1: KAEDAH PENILAIAN PRESTASI.docx

KAEDAH PENILAIAN PRESTASI

Menurut Daley (1992) kaedah penilaian prestasi boleh dikategorikan di dalam 3 kelompok utama

iaitu kaedah subjektif, kaedah interpersonal, dan kaedah objektif.

Kaedah Subjektif

Kaedah ini bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan dan kesukaan penilai dalam menilai

prestasi pekerja tanpa merujuk kepada mana-mana pekerja sebagai titik bandingan. Kaedah

penilaian ini boleh dibuat secara penulisan esei, skala pengkadaran, dan senarai semak.

Penilaian Secara Esei

Penilai diminta untuk menulis atau menceritakan gambaran tentang prestasi kerja

pekerja.

Skala Pengkadaran Grafik

Penilai perlu menyediakan analisis kuantitatif dan mempunyai kemungkinan

untuk membuat perbandingan antara prestasi pekerja dengan piawai yang telah

ditetapkan.

Senarai Semak

Dapat mengurangkan sikap berat sebelah penyelia kerana mereka perlu memilih

maklumat prestasi yang telah disediakan dengan teliti.

Satu set objektif atau pertanyaan telah disediakan oleh pihak pengurusan yang

memerlukan penilai atau penyelia mengisinya dengan mengambil perkara yang

difikirkan sesuai.

Page 2: KAEDAH PENILAIAN PRESTASI.docx

Kaedah Interpersonal

Kaedah ini dibuat melalui perbandingan prestasi pekerja dengan prestasi pekerja yang lain.

Perbandingan interpersonal dibuat berdasarkan kriteria subjektif atau objektif. Kaedah boleh

dibuat dengan cara perbandingan mudah perbandingan berpasangan, dan taburan paksa.

Perbandingan Mudah

Penilai perlu membandingkan prestasi pekerja dari tahap paling baik sehingga

tahap yang paling teruk.

Perbandingan Berpasangan

Melibatkan perkadaran setiap ahli dalam kumpulan dibandingkan dengan setiap

ahli yang lain.

Taburan Paksa

Memerlukan penilaiu meletakkan individu dalam bilangan kategori yang terhad.

Merupakan teknik dalam kaedah yang dilakukan dengan sengaja dalam skala

pengkadaran grafik.

Page 3: KAEDAH PENILAIAN PRESTASI.docx

Kaedah Objektif

Kaedah ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek kuantitatif seperti pengeluaran atau

pengukuran pencapaian hasil prestasi seperti keuntungan, kos, jumlah pembuangan sisa, masa

yang diambil, pengulangan kerja dan pulangan ke atas pelaburan. Kaedah ini boleh dibuat di

dalam bentuk Pengurusan Melalui Objektif, Skala Perkadaran Gelagat Bersauh, dan Skala

Pemerhatian Gelagat.

Pengurusan Melalui Objektif (PMO)

Pengukuran prestasi perlu disesuaikan dengan setiap kerja individu..

Objektif yang ditentukan perlulah spesifik, boleh diukur, lebih mencabar,

realistik, dan mampu diperoleh.

Skala Perkadaran Gelagat Bersauh (SPGB)

Sesuai diaplikasikan dalam kumpulan pekerja yang besar diman diskripsi kerja

individu pekerja boleh diselaraskan.

Memastikan penilai dapat memerhati dengan teliti gelagat pekerja dan untuk

merekod peristiwa kritikal di atas garisan penentuan keberkesanan.

Skala Pemerhatian Gelagat (SPG)

Menggunakan teknik yang kritikal untuk mengenal pasti satu siri sikap yang

merangkumi keseluruhan kerja.

Penilai akan mencatat pada skala sejauh mana kekerapan penilai memerhati dan

mengambil sikap spesifik

Page 4: KAEDAH PENILAIAN PRESTASI.docx