Kaedah penyelidikan (persampelan)

12
BAB 5 - PERSAMPELAN

Transcript of Kaedah penyelidikan (persampelan)

Page 1: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

BAB 5- PERSAMPELAN

Page 2: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

POPULASI

Sebelum memulakan penyelidikan, penyelidik perlu tahu siapa dan berapa ramaikah populasi kajian yang digunakan.

Definisi Populasi: sekumpulan manusia yang akan dikenal pasti serta mempunyai beberapa ciri tertentu yang sama dan seragam.

Contoh: populasi yang terdiri daripada penuntut di IPTA, pegawai kerajaan kumpulan profesional, dsb.

Page 3: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

SAMPEL Definisi Persampelan: proses pemilihan elemen-elemen

dalam populasi kajian bagi tujuan mewakili populasi sesebuah kajian.

Menurut Mohd. Majid Konting (1998), sampel yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama dengan populasi dalam penyelidikan.

Saiz sampel yang paling kecil dibenarkan untuk sesuatu ukuran ialah 30 orang responden.

Proses persampelan yang baik dan sempurna dapat membantu membuat generalisasi melalui pengujian hipotesis kajian.

Tujuan persampelan ialah: - Untuk meminimunkan kos membuat penyelidikan, - Untuk menjimatkan masa dan tenaga penyelidik, dan - Untuk mendapatkan ketepatan yang maksimum dan jangkaan yang akan berlaku dalam penyelidikan.

Page 4: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

KAEDAH PERSAMPELAN

Dalam sesuatu penyelidikan, terdapat dua (2) kaedah persampelan:

1. Persampelan kebarangkalian (rawak)2. Persampelan bukan kebarangkalian

Page 5: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

PERSAMPELAN RAWAK• Rawak Mudah• Rawak Sistematik• Rwak Berlapis /berstrata• Berkelompok

PERSAMPELAN BUKAN RAWAK• Persampelan Tidak Sengaja / Mudah /

Sukarela• Persampelan Kuota• Persampelan Bertujuan• Persampelan Bebola Salji(Snowball)

Page 6: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

Persampelan Rawak Mudah

Menurut Merrigan dan Huston (2004), terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan dalam pemilihan kaedah persampelan rawak mudah:1. Penyelidik perlu mengenal pasti sampel

kajian yang akan dipilih,2. Penyelidik perlu menyediakan senarai

lengkap ahli yang akan menjadi populasi kajian untuk diundi secara rawak, dan

3. Penyelidik perlu memilih sampel berdasarkan peluang dan kebarangkalian setiap ahli untuk dipilih menjadi sampel kajian.

Page 7: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

Persampelan Rawak Sistematik

Penyelidik perlu ada senarai lengkap ahli (responden).

Pemilihan terhadap ahli akan dibuat secara sistematik seperti memilih individu yang terdapat dalam senarai berdaftar ahli berangka ganjil atau melalui keduduka individu yang ditentukan.

Contoh: Jika populasi kajian 2,000 orang pelajar, maka sampelnya ialah 100 orang. Ini dapat ditunjukkan dengan formula seperti yang berikut: (2,000 ÷ 100 x 20).

Sampel akan dipilih bagi setiap ke-20 hingga 100 pelajar telah dipilih.

Page 8: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

Persampelan Rawak Berstrata Dilakukan apabila responden yang hendak dikaji

bersifat seragam. Sampel dipilih secara rawak mudah daripada

setiap kumpulan atau strata yang telah dikenal pasti.

Contoh: pemilihan sampel satu kolej kediaman yang menempatkan para pelajar daripada beberapa tahun pengajian.

Stratanya ialah tahun pengajian dan sampel rawak akan lebih mudah dilakukan jika penyelidik telah mengenal pasti jumlah pelajar dalam setiap strata yang akan dipilih sebagai sampel.

Page 9: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

Persampelan Kelompok Ptersampelan berkelompok seperti juga persampelan berstrata.

Pemilihan sampel berdasarkan kelompok-kelompok.

Kelompok berdasarkan kategori yang dibina oleh penyelidik seperti ciri demografi (bandar atau luar bandar; eksekutif atau bukan eksekutif; dan penghuni rumah pangsa atau kondominium).

Page 10: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

Persampelan Mudah Merupakan bentuk persampelan yang termasuk dalam

persampelan bukan kebarangkalian. Persampelan paling mudah dan senang untuk memilih

responden kajian dan tidak memerlukan kos yang mahal.

Persampelan jenis ini dilaksanakan apabila penyelidik ingin mendapatkan sesuatu keputusan dengan segera serta tidak mementingkan ketepatan.

Persampelan melalui kaedah ini tidak ditentukan oleh prosedur persampelan. Sesiapa sahaja boleh dijadikan sampel kajian.

Contoh: kajian mengenai persepsi pengunjung terhadap Pameran Kerjaya IPT. Sesiapa sahaja yang keluar dari dewan pameran yang sedang berlangsung boleh ditemu bual.

Page 11: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

Persampelan Bertujuan Persampelan secara tidak rawak

kerana memberi tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu dan sesuai dengan fokus penyelidikan yang ingin dilakukan.

Contoh: kajian tentang ketahanan fizikal dalam kalangan perokok. Oleh itu, pemilihan sampel hanya diambil dalam kalangan perokok sahaja.

Page 12: Kaedah  penyelidikan (persampelan)

Persampelan Bebola Salji Persampelan Bebola Salji atau Snowball

dimulakan dengan memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan.

Sampel awal tersebut akan memperkenalkan pula sampel lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

Proses ini akan diteruskan kepada sampel yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.

Contoh: Pengguna produk XYZ akan memperkenalkan pula pengguna produk yang sama yang dia kenal. Sampel kajian akan dipilih sehingga memenuhi saiz sampel yang dikehendaki oleh kajian tersebut.