Soalan latih tubi kaedah penyelidikan

download Soalan latih tubi kaedah penyelidikan

of 26

  • date post

    13-Jan-2017
  • Category

    Education

  • view

    1.853
  • download

    20

Embed Size (px)

Transcript of Soalan latih tubi kaedah penyelidikan

  • SOALAN LATIH TUBI KAEDAH PENYELIDIKAN

  • P a g e | 1

    SOALAN LATIH TUBI KAEDAH PENYELIDIKAN

    Bil. Soalan Jawapan

    1. Ciri-ciri penyataan

    masalah

    Ciri-ciri penyataan masalah adalah terdapatnya masalah yang hendak dikaji dan menerangkan tentang

    kepentingan untuk membuat kajian dan kesannya jika dibiarkan dan juga kena memastikan bahawa

    masalah yang dikaji adalah sesuai untuk dikaji.

    Penyelidik juga harus memastikan masalah kajian adalah praktikal di mana ianya sesuai untuk dikaji

    dan dianalisis datanya.

    Penyelidik juga perlu menerangkan variable utama dan sasaran, mengenalkan latar belakang dan

    membuktikan masalah kajian dengan bukti yang sah.

    2. Perbezaan tujuan kajian

    dan objektif kajian

    Tujuan kajian:

    Tujuan kajian perlu dinyatakan setelah mengenal pasti masalah dan menerangkan hasrat utama kajian

    serta menghuraikan secara umum berkaitan tujuan kajian dalam bentuk matlamat kajian.

    Objektif kajian:

    Manakala objektif kajian adalah untuk mengariskan skop kajian, memberikan gambaran berkaitan

    cara-cara untuk melakukan kajian dan hasil yang akan diperolehi. Penyelidik juga perlu

    memperkenalkan subjek yang dipilih untuk membuat kajian.

    3. Nyatakan dua objektif

    kajian dan dua persoalan

    kajian

    Objektif kajian:

    1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar.

    2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar.

    Persoalan kajian:

    1. Bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar? 3. Adakah penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan

    pelajar?

  • P a g e | 2

    4. Nyatakan jenis pendekatan penyelidikan yang sesuai

    dan sebab.

    Kualitatif:

    Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/ data yang bersifat kualitatif. Data

    kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk

    mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian kualitatif ini lebih kecil berbanding dengan

    kajian kuantitatif.

    Jenis-jenis kajian kualitatif:

    1) Kajian tindakan 2) Kajian kes 3) Kajian lapangan 4) Analisis dokumen

    Kuantitatif:

    Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/data yang bersifat kuantitatif. Data

    kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal

    selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding dengan kajian kualiataif.

    Jenis-jenis kajian kuantitatif:

    1) Kajian deskriptif 2) Kajian korelasi 3) Causal comparative 4) Kajian eksperimental

    5. Senaraikan kata kunci bagi

    tajuk penyelidikan

    Persepsi, Hubungan, Pekaitan

    6. Pemilihan laporan

    penyelidikan blog, surat

    khabar, analisis jabatan

    polis, dan artikel. Pilihan

    yang mana sesuai dan

    mengapa?

    Artikel ialah bahan yang paling sesuai digunakan kerana kebolehpercayaannya yang tinggi dan

    mempunyai ketepatan data.

  • P a g e | 3

    7. Bezakan kaedah

    penyelidikan kuantitatif

    dan kualitatif

    Kuantitatif Kualitatif

    Kaedah

    Eksperimental Interpretif

    Data numerika Penghuraian

    Ujian statistik Kajian lapangan

    Kajian sejarah

    Kajian kes

    Data verbal

    Triangulasi data

    Konsep utama

    Variabel Makna

    Operasional Esei

    Hipotesis kebolehpercayaan Pemahaman

    Kesahan Pembentukan fenomena

    Signifikan Konteks

    Triangulasi

    Tujuan

    Menguji teori Melengkapkan teori

    Membina fakta Meningkatkan kefahaman

    Menunjukkan perbezaan Menghuraikan kenyataan

    Menunjukkan perhubungan Menyatakan kejadian semula jadi

    Meramal tingkah laku Menerangkan kejadian secara verbal

    Menerangkan kejadian secara

    statistik

    Reka bentuk kajian

    Eksperimental Pemerhatian

    Kuasi-eksperimental Pemerhatian perserta

    Temu bual berstruktur Temu bual tidak berstruktur

    Pemerhatian berstruktur Rujukan maklumat dokumentasi

    Tinjauan Kajian kes

  • P a g e | 4

    Sampel

    Saiz sampel besar Saiz sampel kecil

    Kaedah persampelan

    kebarangkalian

    Persampelan bukan kebarangkalian

    Pemilihan rawak Pemilihan bertujuan

    Kumpulan kawalan

    Berlapis

    Data

    Kuantiti Penghuraian deskriptif

    Bilangan Nota pandangan

    Pengukuhan Catatan verbal

    Statistik Rakaman pemerhatian aau temu

    bual

    Maklumat dari bahan dokumentasi

    Analisis data

    Deduktif Tertutup

    Statistik Jangka masa panjang

    Mendalam

    Instrumen

    Formal Tidak formal/ lebih bebas

    Spesifik Tidak berstruktur

    Berstruktur Tidak ditetapkan

    Skala Item sedikit

    Item banyak Tidak mempunyai cadangan

    jawapan Mempunyai cadangan jawapan

    untuk dipilih

    Generalisasi

    Tujuan untuk generalisasi tinggi Tujuan generalisasi terhad

  • P a g e | 5

    8. Contoh-contoh bagi

    persampelan

    kebarangkalian dan bukan

    kebarangkalian

    Persampelan kebarangkalian:

    1) Persampelan Rawak Mudah 2) Persampelan Sistematik 3) Persampelan Rawak Berlapis 4) Persampelan Kawasan Pelbagai Lapisan 5) Persampelan Kelompok

    Persampelan bukan kebarangkalian:

    1) Persampelan Secara Kebetulan 2) Persampelan Bertujuan 3) Persampelan Kuota 4) Persampelan Bola Salji 5) Persampelan Dimensional 6) Persampelan Kes Kritikal 7) Persampelan Variasi Maksimum

    9. Tentukan jenis skala

    darjah persetujuan,

    pendapatan, senarai

    keutamaan strategi

    pembelajaran, satu pilihan

    kereta dari senarai.

    Skala pengukuran

    Darjah persetujuan: ordinal, likert

    Pendapatan: sela

    Senarai keutamaan strategi pembelajaran: nominal

    Satu pilihan kereta dari senarai: nominal

    10. Terangkan dua jenis reka

    bentuk eksperimental dan

    kuasi-eksperimental

    REKA BENTUK KAJIAN EKSPERIMENTAL:

    Variabel adalah kaedah mengajar jantina, markah ujian, sikap dan sebagainya (daripada perkataan

    bahasa inggeris Variable). Contohnya variabel jantina mempunyai dua nilai; iaitu lelaki dan

    perempuan, dan mungkin lazimnya diberi angka 1 untuk lelaki dan angka 2 untuk perempuan.

    Bagi variabel markah ujian ianya mempunyai nilai 0 hingga 100 atau 0 hingga 50 dan sebagainya.

    Reka bentuk kajian eksperimental merupakan reka bentuk penyelidikan positiviti yang dilakukan

    untuk memahami perhubungan variabel-variabel melalui pengenalpastian dan pengukuran yang tepat

  • P a g e | 6

    dan teliti. Reka bentuk kajian eksperimental dilakukan dengan melakukan perubahan ke atas variabel

    bebas dan memerhatikan kesan perubahannya pada variabel bersandar.

    Dalam sesuatu eksperimen terdapat beberapa jenis varisbel yang penting iaitu variabel bebas dan

    variabel bersandar.

    Variabel bebas: ialah variabel yang dimanupulasi oleh penyelidik yang diandaikan membawa perubahan kepada variabel bersandar. Terdapat dua jenis variabel bebas iaitu variabel rawatan

    dan variabel kawalan.

    (i) Variabel rawatan Variabel rawatan (treatment variable) ialah yang dijangka akan menyebabkan perubahan secara

    sistematik kepada variabel bersandar. Ia merupakan sebab yang akan mengakibatkan kesan pada

    variabel bersandar dalam perhubungan sebab-akibat (cause-effect relatioship). Reka bentuk

    eksperimental juga boleh di reka supaya kajian mempunyai lebih daripada satu variabel bebas.

    Sebagai contoh, dalam kajian di atas, dua variabel bebas yang mungkin dimanipulasi dan

    dijadikan sebagai sebab dalam perhubungan sebab-akibat ialah jenis imej (berwarna, tidak

    berwarna) dan corak imej (komik atau gambar foto). Dalam kes ini, pengkaji perlu mengenal

    pasti kesan daripada setiap variabel bebas ke atas variabel bersandar.

    (ii) Variabel kawalan Variabel kawalan (control variable) adalah variabel bebas lain yang bukan menjadi objektif kajian

    yang mungkin akan memberi kesan ke atas perubahan variabel bersandar. Variabel-variabel ini

    termasuk jantina, umur, pencapaian akademik, tahap IQ dan latar belakang pendidikan. Dalam

    reka bentuk eksperimental, semua variabel kawalan perlu dikawal iaitu disamakan dalam kedua-

    dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

    Variabel bersandar: ialah akibat daripada sesuatu eksperimen dan tidak boleh dimanipulasi. Variabel yang secara tidak sengaja wujud dan mengganggu perhubungan antara variabel bebas

    dan variabel bersandar. Variabel-variabel seperti ini perlu diambil perhatian secara serius

    supaya dalam kajian eksperimen perubahan pada variabel bersandar (motivasi membaca)

    hanya disebabkan oleh variabel bebas yang dimanipulasikan (bentuk buku sains).

  • P a g e | 7

    REKA BENTUK KAJIAN KUASI-EKSPERIMENTAL

    Terdapat tiga reka bentuk yang biasa digunakan dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan.

    Mengikut Chua (2011), tiga reka bentuk kajian kuasi-eksperimental yang biasa digunakan ialah:

    1) Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-Kumpulan Tidak Sembang 2) Reka Bentuk Regresi Tidak Bersambungan 3) Reka Bentuk Siri Masa

    1) Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-Kumpulan Tidak Sembang Merupakan reka bentuk yang paling popular digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang

    pendidikan. Reka betuk ini terdiri daripada dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan da