Kaedah terbaik mendidik anak-anak · PDF filehiperaktif (ADHD) yang memerlukan perhatian...

3
Kaedah terbaik mendidik anak-anak BUKU ini ditulis oleh pengasas pusat pendidikan Al-Fateh Homeschooling, Nurul Ilyani Munsarikh yang berpengalaman menghasilkan modul pembelajaran kanak-kanak di rumah. Naskhah yang mempunyai 40 bab ini memaparkan pengalaman ketika menjaga tiga anaknya yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa yang mahu mendidik anak-anak sendiri tanpa menghantar mereka kepada pengasuh dan tadika. Banyak petua mendidik kanak-kanak yang telah dicubanya setelah berhenti kerja sebagai perunding ke- wangan bertauliah untuk menjaga sendiri anak-anak kerana kurang berpuas hati dengan prestasi pengasuh. Langkah itu juga dibuat kerana salah seorang anaknya menghidap gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) yang memerlukan perhatian khusus. Antara isu menarik yang disentuh dalam buku berkenaan adalah mengenai perlunya ibu bapa membuang jauh-jauh sikap suka memarahi anak-anak. Menurut penulis, ada ibu bapa yang memarahi anak-anak semata-mata kerana mengganggu mereka yang sedang khusyuk membelek skrin telefon bimbit. Sikap tersebut, tegasnya, tidak sepatutnya dilakukan kerana anak-anak yang akan menjaga ibu bapa berkenaan ketika sakit atau semasa usia tua nanti dan bukan telefon bimbit.

Transcript of Kaedah terbaik mendidik anak-anak · PDF filehiperaktif (ADHD) yang memerlukan perhatian...

Page 1: Kaedah terbaik mendidik anak-anak · PDF filehiperaktif (ADHD) yang memerlukan perhatian khusus. ... Ayat ruqyah merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang sering digunakan untuk rawatan

Kaedah terbaik mendidik anak-anak

BUKU ini ditulis oleh pengasas pusat pendidikan Al-Fateh Homeschooling, Nurul Ilyani Munsarikh yang

berpengalaman menghasilkan modul pembelajaran kanak-kanak di rumah.

Naskhah yang mempunyai 40 bab ini memaparkan pengalaman ketika menjaga tiga anaknya yang boleh

dijadikan panduan oleh ibu bapa yang mahu mendidik anak-anak sendiri tanpa menghantar mereka

kepada pengasuh dan tadika.

Banyak petua mendidik kanak-kanak yang telah dicubanya setelah berhenti kerja sebagai perunding ke-

wangan bertauliah untuk menjaga sendiri anak-anak kerana kurang berpuas hati dengan prestasi

pengasuh.

Langkah itu juga dibuat kerana salah seorang anaknya menghidap gangguan kurang daya tumpuan dan

hiperaktif (ADHD) yang memerlukan perhatian khusus.

Antara isu menarik yang disentuh dalam buku berkenaan adalah mengenai perlunya ibu bapa

membuang jauh-jauh sikap suka memarahi anak-anak.

Menurut penulis, ada ibu bapa yang memarahi anak-anak semata-mata kerana mengganggu mereka

yang sedang khusyuk membelek skrin telefon bimbit.

Sikap tersebut, tegasnya, tidak sepatutnya dilakukan kerana anak-anak yang akan menjaga ibu bapa

berkenaan ketika sakit atau semasa usia tua nanti dan bukan telefon bimbit.

Page 2: Kaedah terbaik mendidik anak-anak · PDF filehiperaktif (ADHD) yang memerlukan perhatian khusus. ... Ayat ruqyah merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang sering digunakan untuk rawatan

Penulis juga memberi beberapa contoh situasi yang boleh menyebabkan ibu bapa memarahi anak-anak

dan memukul mereka. Menjerit sebab anak-anak bising atau membebel kerana anak tidak menjaga

adiknya. Atau pukul anak, suruh diam, sebab menangis.

Sikap suka marah adalah tidak baik pada jangka masa panjang kerana akan menyebabkan anak-anak

bersikap lebih agresif dan sukar mematuhi peraturan dan arahan.

Anak-anak yang dididik ibu bapa pemarah apabila dewasa nanti tidak akan menjadi individu kreatif dan

mereka juga takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Kaedah memarahi anak dan membebel juga tidak akan berkesan untuk mengubah tingkah laku

khususnya anak lelaki. Pengalaman penulis mendidik anak-anak membuatkan beliau sedar bahawa anak

lelaki tidak akan mengubah perangai, biar pun ibu bapa membebel panjang. Mereka akan buat tidak

tahu sahaja dengan leteran berkenaan.

Menurut Nurul Ilyani, antara kaedah bagi menghilangkan perasaan marah adalah pertama,

meninggalkan segala emosi yang negatif di muka pintu rumah.

Ini kerana apabila keluar bekerja, ibu bapa terdedah dengan pelbagai emosi negatif. Mereka mungkin

marah dengan orang atau dimarahi.

Mereka juga mungkin geram dengan orang atau benci dengan individu lain atau dibenci.

Tekanan yang dihadapi ketika bekerja jika tidak dibuang jauh-jauh apabila pulang di rumah akan

menyebabkan ibu bapa mudah menjadi pemarah.

Antara cara yang boleh dilakukan oleh orang Islam untuk membuang emosi negatif ketika bekerja adalah

dengan menunaikan solat maghrib terlebih dahulu di surau atau masjid sebelum pulang ke rumah.

Berdasarkan pengalaman penulis, kedua-dua tempat berkenaan akan dapat menenangkan seseorang itu

sebelum menjejakkan kaki di rumah.

Kedua, apabila suami atau isteri melakukan tindakan yang menyebabkan perasaan tidak puas hati

pasangan, dia hendaklah segera meminta maaf dan tidak memanjangkan perkara itu.

Ketiga, suami atau isteri buat-buat tak tahu sahaja apabila pasangan melakukan tindakan atau

mengeluarkan ungkapan yang menimbulkan perasaan marah.

Keempat, apabila seseorang itu marah, cepat-cepat membuang perkara itu dan tidak memikirkan

perkara berkenaan lagi.

Dalam pada itu, jika anak-anak cepat marah dan kuat bergaduh, ibu bapa dicadangkan supaya

memasang ayat ruqyah untuk didengar oleh anak-anak.

Ayat ruqyah merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang sering digunakan untuk rawatan perubatan Islam.

Page 3: Kaedah terbaik mendidik anak-anak · PDF filehiperaktif (ADHD) yang memerlukan perhatian khusus. ... Ayat ruqyah merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang sering digunakan untuk rawatan

Ayat itu adalah dari surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Ali-Imran, Al-A’raaf, Yunus, Tohaa, Al-Mukminun, As-

Saaffaat, Al-Ahqaaf, Ar-Rahman, Al-Hasyr, Al-Jin, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Jelas beliau, apabila kanak-kanak mengamuk, buat perangai atau bertindak agresif, mereka sebenarnya

mempunyai bebanan emosi yang berat.

Jika ibu bapa menahan emosi berkenaan dengan marah atau mengenakan hukuman, mereka

sebenarnya membuatkan emosi anak-anak terpendam dan satu masa nanti akan terluah dengan cara

tidak terkawal.

Penulis juga mencadangkan diwujudkan satu ruang khas dalam rumah sebagai bilik bertenang yang

berperanan sebagai tempat untuk modifikasi tingkah laku.

Apabila anak-anak sedang marah, ibu bapa disaran memeluk dan mengurut dada kanak-kanak itu sambil

menyebut ayat-ayat yang berbentuk empati (kata-kata yang bertujuan menyelami dan memahami

perasaan atau emosi orang lain).

Seterusnya, suruh anak-anak masuk ke bilik bertenang dan apabila sudah baik, barulah dibenarkan

keluar.