kajian

download kajian

of 15

description

kes

Transcript of kajian

1.0 TAJUK2.0 ABSTRAK3.0 LATAR BELAKANG MASALAHSekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2 merupakan sekolah yang baru 5 tahun ditubuhkan. Struktur dan reka bentuk bangunannya masih dalam keadaan baru dan dalam tanggapan orang ramai adalah segala kemudahan berfungsi dengan baik. Bengkel kemahiran hidup sekolah ini juga mempunyai reka bentuk yang baru dan segala peralatan masih dalam keadaan yang baru.Reka bentuk bengkel adalah penting bagi memastikan keberkesanan penggunaan ruang dan keselamatan individu yang terlibat dalam kerja-kerja di dalam bengkel. Menurut Salina (1992), menyatakan bahawa reka bentuk yang tidak sesuai dengan tubuh manusia juga menjadi masalah utama yang perlu ditekankan oleh pihak tertentu bagi mengatasi ketidakselesaan semasa bekerja. Oleh itu, bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan latihan kemahiran, reka bentuk bengkel yang efisien dan pengurusan yang praktikal adalah aspek utama. Pengurusan bengkel sekolah secara amnya menekankan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta memastikan keselamatan terjamin dan keperluan kesihatan dipatuhi. Pengurusan yang baik dan berkesan akan meningkatkan produktiviti pelajar serta menyumbang kepada kepuasan kerja tenaga pengajar. Oleh itu, bagi memastikan matlamat utama pengurusan bengkel tercapai, keadaan bengkel yang selamat dan sihat perlu diwujudkan.Reka bentuk yang efisien dan pengurusan yang praktikal hendaklah diaplikasi ke atas bengkel kemahiran hidup di sekolah bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat. Didapati bahawa bengkel-bengkel sekolah masa kini tidak mengaplikasikan aspek-aspek tersebut. Oleh itu, kajian kes terhadap aspek reka bentuk dan pengurusan bengkel bakal dilakukan di Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2.

4.0 KAJIAN LITERATUR5.0 PENYATAAN MASALAHKurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Bagi menjayakannya, keadaan persekitaran murid iaitu bengkel kemahiran hidup hendaklah mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu perkembangan mereka dalam mengalami proses pengajaran dan pembelajaran.Berdasarkan persoalan inilah, kajian ini ingin melihat sejauh manakah tahap pelaksanaan aspek reka bentuk dan pengurusan di bengkel kemahiran hidup. Perkara ini penting bagi memastikan pelajar selesa dan dapat menumpukan perhatian ketika belajar dan melakukan kerja-kerja amali sekaligus menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kajian yang bertajuk : Keberkesanan Pengaplikasian Aspek Reka Bentuk dan Pengurusan di Bengkel Kemahiran Hidup SK Seremban Jaya 2 telah dipilih.

6.0 PERSOALAN KAJIAN Situasi dan saiz bengkel Amalan keselamatan bengkel Pengurusan peralatan dan bahan Pengurusan dan pentadbiran bengkel

7.0 OBJEKTIF KAJIAN8.0 KEPENTINGAN KAJIAN9.0 REKA BENTUK KAJIAN10.0 SAMPELAN / POPULASI 11.0 INSTRUMEN KAJIAN 11.1 Situasi dan saiz bengkel- (soal selidik) ASPEK A11.2 Amalan keselamatan bengkel-(pemerhatian) ASPEK B11.3 Pengurusan peralatan dan bahan-(pemerhatian) ASPEK C11.4 Pengurusan dan pentadbiran bengkel-(temu bual) ASPEK D

12.0 ANALISIS DATA12.1 ASPEK A : SITUASI DAN SAIZ BENGKEL

Aspek pertama yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan situasi dan saiz bengkel kemahiran hidup Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2. Berikut merupakan carta pai yang menunjukkan peratus pendapat guru-guru kemahiran hidup sekolah tersebut mengikut soalan-soalan yang telah dinyatakan di dalam item boring kaji selidik.

12.2 ASPEK B : AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

12.3 ASPEK C : PENGURUSAN PERALATAN DAN BAHANAspek ketiga yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan situasi dan saiz bengkel kemahiran hidup Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2. Berikut merupakan carta pai yang menunjukkan peratus pendapat guru-guru kemahiran hidup sekolah tersebut mengikut soalan-soalan yang telah dinyatakan di dalam item boring kaji selidik.

12.4 PERBINCANGAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

13.0 RUJUKAN