Kajian dialek TRENGGANU
-
Upload
cikgu-nazarinanawawi -
Category
Documents
-
view
8.245 -
download
2
Transcript of Kajian dialek TRENGGANU
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
1.0 Pendahuluan
Pada dasarnya, bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang
sangat penting di dalam kehidupan seharian. Menurut Asmah Haji Omar
(1986), seseorang individu telah menggunakan bahasa untuk bertutur
melalui beberapa bahagian di dalam tubuh individu tersebut. Contoh yang
paling jelas, pertuturan boleh terhasil melibatkan penggunaan bibir, lidah,
lelangit dan pita suara.
Fonologi diertikan sebagai ilmu kajian yang melibatkan bunyi
bahasa. Dalam erti kata lain, fonologi adalah kajian tentang bunyi-bunyi
dalam sesebuah bahasa. Inotasi fonetik, konsep dan istilah amat
diperlukan dalam fonologi sebagai elemen tambahan.
Menurut Merriam Webster’s Collegaite Dictionary, fonologi juga
dapat diertikan sebagai sains bunyi sesebuah ucapan termasuklah sejarah
dan teori perubahan bunyi dalam satu atau lebih daripada satu jenis
bahasa.
Adrian Akmajianet pula telah memberi pengertian fonologi sebagai
sub bidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik
bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi juga bertindak sebagai
rumus yang mengawal bunyi yang disebarkan di dalam pertuturan.
Dialek pula bererti sesebuah bahasa yang sama dibunyikan atau
dituturkan dalam bunyi yang berbeza mengikut kawasan kependudukan.
Elemen dalam sebutan, kosa kata dan tatabahasa juga berbeza. Sesebuah
1
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
bahasa yang dituturkan dengan seragam telah diubah kerana telah
dipengaruhi daripada pelbagai faktor seperti faktor geografi.
1.1 Pemilihan Dialek
Kami telah bercadang untuk memilih dialek Terengganu bergantung
kepada beberapa faktor. Dialek Terengganu biasanya akan digunakan
dalam seharian oleh masyarakat negeri Terengganu yang menetap di
dalam negeri itu sendiri mahupun di mana sahaja mereka berada. Negeri
Terengganu pula terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia.
Dalam kajian ini, dialek Terengganu dipilih untuk dikaji adalah
kerana dialek ini mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.
Keunikannya terserlah melalui istilah dan makna sesebuah perkataan
yang diucapkan. Sebutan yang terhasil memberi perbezaan berbanding
dengan bahasa baku.
Penggunaan dialek Terengganu ternyata semakin meluas berikutan
faktor pendidikan dan penghijrahan seseorang yang berasal dari negeri
pantai timur itu. Ternyata dialek itu disambut baik oleh seluruh
2
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
masyarakat sebagai penghormatan atas keunikan bahasa yang digunakan
bagi perlambangan negeri itu sendiri.
Dialek ini juga dapat disebarkan melalui media massa berikutan
penggunaan dialek Terengganu dalam sesetengah drama tempatan
mahupun iklan-iklan di corong radio. Masyarakat Malaysia rata-rata boleh
memahami dialek yang dituturkan walaupun berbeza daripada bahasa
baku yang dipelajari di institusi pendidikan sebagai bahasa rasmi. Makna
yang berbeza dan pemahaman yang tidak setara adalah merupakan
beberapa elemen yang dititikberatkan dalam pemilihan dialek ini sebagai
kajian kami.
1.2 Permasalah Kajian
Gaya penggunaan dialek Terengganu oleh penutur adalah tidak kurang
bezanya dengan dialek negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, ianya
terdapat perbezaan dari segi sebutan. Elemen utama dalam penggunaan
dialek ini ialah penambahan huruf ‘g’ bagi setiap perkataan yang diakhiri
dengan huruf ‘n’.
Bahasa baku Dialek Terengganu
Tangan Tangang
Makan Makang
Ikan Ikang
3
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Badan Badang
Taman Tamang
Hujan Hujang
Kemaman Kemamang
Di dalam dialek Terengganu juga, perkataan yang diakhiri dengan huruf
‘a’ juga ditukar kepada huruf ‘e’.
Bahasa Baku Dialek Terengganu
Mana Mane
Siapa Sape
Apa Ape
Ada Ade
4
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Terdapat beberapa istilah perkataan yang lain juga telah dituturkan
dengan bunyi yang berbeza seperti:
Bahasa Baku Dialek Terengganu
Pantai Pata
Jumpa Jupe
Sampai Sapa
Pandai Panda
Perkataan yang di akhiri dengan huruf ‘s’ juga dituturkan dengan
pengakhiran huruf ‘h’.
Bahasa Baku Dialek Terengganu
Panas Panah
Deras Derah
Lepas Pah
Bas Bah
1.4 Objektif Kajian
5
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Terdapat beberapa objektif yang terkandung dalam pengajian dialek ini,
iaitu:
1. Menjelaskan penggunaan huruf lain di akhir perkataan yang sebenar.
2. Menjelaskan pembabitan organ yang penting dalam penghasilan bunyi
dialek.
3. Mendedahkan makna yang sebenar di dalam bahasa Melayu baku.
1.5 Batasan Kajian
Sesetengah perkataan yang dituturkan dalam dialek ini telah disalah
ertikan oleh masyarakat luar tempatan.
2.0 Sorotan Kajian Lalu
Kajian mengenai dialek Terengganu ini telah lama dilakukan oleh
pengkaji-pengkaji bahasa pada masa yang lalu. Walau bagaimanapun,
kajian yang lepas dapat dijadikan rujukan oleh para pengkaji terkini yang
akan muncul dengan sesuatu penemuan kajian yang baru dan lebih baik.
6
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Bahasa Melayu Terengganu merupakan bahasa lisan setempat yang telah
dituturkan di negeri Terengganu kecuali di Daerah Besut dan Pulau
Perhentian. Hal ini terjadi adalah kerana kebanyakan masyarakat di sana
menggunakan dialek Kelantan. Selain itu, dialek ini juga digunakankan di
luar negeri Terengganu seperti di Kuantan, Pahang serta di Rompin, Johor.
Walaupun dialek ini kadangkala sukar difahami oleh penutur bahasa
Melayu standard, namun ia tidak jauh daripada maksud asal dan
pengertiannya lebih kurang sama.
Terdapat beberapa kajian oleh pakar bahasa yang memberi pendedahan
tentang dialek Terengganu seperti Asmah Haji Omar dan Abdul Hamid
Mahmood boleh dirujuk oleh pengkaji kini.
i) Menurut pengkaji pertama iaitu Asmah Haji Omar:
Bahasa boleh dipecahkan kepada beberapa kelompok kawasan. Terdapat
lima kelompok bahasa yang telah diterangkan oleh beliau dan dialek
Terengganu ternyata berada di dalam kelompok Timur.
Di dalam kajian beliau, Asmah telah menggariskan dialek Kelantan,
Terengganu, dan Pahang sebagai satu kelompok pertuturan bahasa.
7
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Dialek negeri ini lazimnya akan digunakan dalam pertuturan sesama
masyarakat yang menetap di Darul Iman itu mahupun anak jati negeri itu
yang menetap di luar penempatan tersebut.
Dialek ini telah turut dijadikan sebagai alat komunikasi dalam pergaulan harian
bagi mewujudkan sesebuah kemasyarakatan yang harmoni dan bermuafakat. Di samping itu,
dialek unik ini bukan sahaja diucapkan oleh masyarakat berbangsa Melayu, malah kaum Cina
dan India turut menuturkan dialek ini tanpa dipengaruhi dengan pelat bahasa ibunda mereka
sendiri.
Menurut beliau lagi, subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu telah diangkat
sebagai dialek Terengganu standard. Selain itu juga, beliau telah mengulas bahawa Kuala
Terengganu merupakan salah sebuah kawasan pusat budaya di mana kerja pentadbiran juga
dilakukan selain daripada urusan perniagaan. Hal yang demikian, subdialek yang dituturkan
di Kuala Terengganu juga sedikit sebanyak telah menjadi sumber rujukan bagi pencetusan
dialek negeri tersebut.
ii) Menurut pengkaji bahasa lain iaitu Abdul Hamid Mahmood pula:
Abdul Hamid Mahmood telah merujuk kepada Mario Pei yang telah menyatakan bahawa
dialek merupakan variasi daripada sesuatu bahasa tertentu yang digunakan dalam percakapan
seharian oleh sesebuah masyarakat di sesuatu kawasan. Dialek yang dituturkan oleh
masyarakat di sesebuah kawasan yang tertentu amat berbeza dengan bahasa melayu baku
yang dipelajari secara rasmi dalam pendidikan.
8
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Dialek sesebuah negeri amat berlainan baik dari segi sebutan, tatabahasa, mahupun
penggunaan kata-kata yang tertentu. Walau bagaimanapun, dialek ini tidaklah membawa
kepada bahasa yang baru.
Dialek negeri Terengganu bukan sahaja digunakan dalam percakapan
oleh penduduk negeri Terengganu. Dialek ini juga turut digunakan oleh
masyarakat yang menetap di sekitar sempadan negeri Terengganu iaitu
Kelantan dan Pahang.
Menurut pengkaji bahasa ini, dialek Terengganu mempunyai keunikan
yang tersendiri dan ternyata mempunyai perbezaan dengan bahasa
Melayu baku yang digunakan baik dari segi bunyi, tetapi juga dari segi
morfologi.
3.0 Metodologi
Seperti yang telah diketahui, setiap bunyi atau fonologi sesuatu dialek bahasa Melayu dapat
dibezakan dari sudut makna, dan juga gaya penuturan perkataan pada setiap akhir kata.
Terdapat beberapa konsonan telah digantikan dalam sesuatu perkataan yang dituturkan
melalui dialek Terengganu ini.
Selain itu, berikut merupakan beberapa konsonan yang telah ditukar dalam penuturan dialek
Terengganu seperti konsonan ‘l’, ‘t’, dan ‘r’ yang telah ditukar dalam sebutan dialek negeri
ini.
9
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Bahasa baku Dialek Terengganu
Hal Ha
Kapal Kapa
Buat Buak
Pakat Pakak
Gebar Gebo
Hantar Ato
Besar Beso
Fonologi yang dipraktikkan dalam penuturan dialek ini telah ditunjukkan dalam carta di atas
berkenaan dengan beberapa konsonan yang berbeza.
3.1 Dialektologi Generatif
Menurut Zaharani (1993), dialektologi generatif adalah merupakan bidang
teori nahu transformasi generatif yang berfungsi dalam penghuraian dan
perbandingan kelainan yang wujud di antara beberapa dialek.
Di samping itu, aspek fonologi adalah sebuah aspek yang mengandungi
paling banyak perbezaan antara penuturan dialek sesebuah negeri
dengan sesebuah negeri yang lain.
10
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Menurut Newton (1972) pula, dialek-dialek yang digunakan oleh
masyarakat di pelbagai tempat mempunyai andaian yang sama
memandangkan dialek yang dituturkan mereka berasal daripada satu
bahasa yang sama.
Perbezaan-perbezaan yang wujud dalam dialek bahasa Melayu ini telah
terhasil daripada pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman ini. Justeru itu,
dalam analisis teori dialektologi generatif, bahasa sumber itu dianggap sebagai representasi
dalaman, manakala dialek-dialek turunannya dianggap sebagai representasi permukaan.
Kewujudan dialek dalam bahasa Melayu juga telah terjadi berdasarkan beberapa faktor
seperti:
Penambahan rumus.
Penghilangan rumus.
Atur rumus.
Simplikasi rumus.
3.2 Penambahan Rumus
Penambahan rumus merupakan sebuah bentuk perubahan bunyi yang
melibatkan pertambahan satu rumus. Selain itu, apabila terdapat banyak
penambahan rumus yang banyak boleh menyebabkan dialek menjadi
bahasa sukuan.
11
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Hal ini akan terjadi apabila sudah wujud keadaan saling tidak memahami
dialek pertuturan yang digunakan antara satu sama.
lain.
Perubahan bunyi yang berlaku adalah disebabkan oleh
proses fonologi yang terdiri daripada proses:
Pengguguran
Perubahan
Penyisipan
Rumus penggeluncuran:
l j / _____#
3.3 Penghilangan Rumus
Menurut King (1969), penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujud
dalam bahasa sumber, tetapi tidak lagi dikekalkan dalam dialek keturunannya. Lazimnya
kaedah perbandingan sinkronis digunakan untuk menentukan rumus asal dalam bahasa
sumber.
12
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Apabila sesuatu rumus itu dimanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumus
itu dapat dianggap sebagai rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber.
Rumus pengguguran:
r Ǿ/ __#
3.4 Perbezaan Atur Rumus
Dalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakan
mengikut turutan. Satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain. Atur rumus sangat
penting kerana aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza.
Perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza berdasarkan konteks kajian
dialek.
Rumus pembundaran:
a Ə / ___ #
3.5 Simplikasi Rumus
13
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Simplikasi rumus merupakan rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja,
dan kemudiannya dipermudahkan dengan penglibatan beberapa bunyi lain.
Bunyi-bunyi ‘i’ biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama.
Misalnya, rumus pengguguran /r/ y wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkan
konsonan /r/ sahaja. Rumus ini beroperasi secara aktif dalam dialek negeri Johor.
Namun, dalam dialek negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, rumus
pengguguran ini telah dipermudahkan dengan menggugurkan semua bunyi likuida dan
penggeluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/.
Pengguguran konsonan sonoran bukan nasal:
/,r,j,w Ǿ/ __#
4.0 Hasil Kajian
Dialek Terengganu mengandungi maksud yang telah dinyatakan iaitu
dialek yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di kawasan
Terengganu, dan ciri-ciri inilah yang membezakan dialek ini dari dialek-
dialek lain. Dalam kajian yang dijalankan ini, kami akan membandingkan
beberapa subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialek
Terengganu itu.
14
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Selain itu, dialek ini menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang
menerima pengaruh dari luar. Subdialek-subdialek yang akan
diperkatakan itu ialah yang dituturkan di Ulu Telemong, Jerengau, Kuala
Jengai, bandar baru Kuala Terengganu (khususnya Kampung Manir), Ulu
Nerus dan Ulu Dungun.
4.1 Sistem vokal
Ulu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu. Ulu
Telemong terletak di antara daerah Kuala Terengganu dan Ulu
Terengganu.
Kawasan ini juga dikatakan tidak banyak menerima pengaruh dari luar.
Subdialek Terengganu mempunyai enam fonem vokal, iaitu [ i ], [ ə ],
[ e ], [ a ], [ u ], [ o ]. Dengan itu [ a ] akhir kata dalam ejaan diucapkan
sebagai [ ə ] dalam subdialek Ulu Telemong.
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
Baca Bacə
Kuala Kualə
Dia Diə
15
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Bagaimanapun, bunyi [ ə ] akhir kata dalam subdialek juga mempunyai
kesejajaran dengan diftong [ ai ] dalam bahasa Melayu standard .
Sebagai contoh :
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
Semai Semə
Misai Misə
Tirai Tirə
Vokal [ a ] dalam bahasa standard yang terdapat dalam suku kata akhir
tertutup mempunyai berbagai-bagai pengwujudan. Pertama vokal ini
tetap sebagai [ a ] jika konsonan yang mengikutnya itu hentian glotis
atau nasalnya [ ŋ ].
16
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
rodat ghudaq
kandaŋ kərbau caq
tahan tahaŋ
ikan ikaŋ
Di samping itu juga, sebelum [ h ], [ a ] dalam bahasa standard itu
mempunyai kesejajaran dengan [ o ] dalam subdialek negeri ini.
Contohnya adalah seperti berikut:
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
mərah mighoh
rumah ghumoh
4.2 Diftong
Fonem [ a ] dalam subdialek Ulu Telemong dapat menduduki lingkungan
akhir kata, tetapi yang kesejajarannya adalah diftong atau [ ai ]. Vokal [ i ]
17
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan
rangkap [ei ] yang diikuti oleh [ k ] dalam subdialek ini. Contohnya:
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
ubi ubeik
tinggi tinggəik
Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong dalam
bahasa standard bersejajaran dengan satu-satu vokal dalam subdialek
tertentu. Dengan demikian [ ai ] ada kalanya sejajar dengan [ ə ] atau
dengan [ a ]. Diftong [ au ] dalam bahasa standard mempunyai
kesejajaran dalam [ o ] dalam subdialek ini. Contohnya seperti berikut:
Bahasa Standard Ulu Telemong
pakai paka
balai bala
pisau piso
18
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Selain daripada itu, subdialek negeri ini mempunyai rangkap vokal seperti
berikut [ ei ], [ aə], [ iə ], [ iu ], [ ua ] dan [ ao ], seperti dalam contoh-
contoh yang berikut:
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
duri dugheiq
sən səng
dunia duniə
liar lio
liaŋ liong
liur liu
diam diang
kuala kualə
daun daong
4.3 Konsonan Plosif
Semua konsonan plosif boleh menempati lingkungan pravokal dan antara
vokal. Lingkungan akhir kata, sebelum kesenyapan hanya boleh ditempati
19
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
oleh hentian glotis [ q ] sahaja. Dengan demikian [ p ] dan [ t ] yang
dalam bahasa standard menempati lingkungan tersebut mempunyai
kesejajaran dengan [ k ] dalam subdialek ini. Contoh-contoh adalah
seperti berikut:
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
darat daghak
ikut ikuk
gəlap gəlak
4.4 Konsonan Nasal
Berkenaan dengan konsonan nasal pula, hanya [ ng ] yang dapat
menempati kesemua lingkungan yang diperkatakan. Konsonan-konsonan
nasal lainnya hanya dapat menempati lingkungan pravokal dan antara
vokal. Dengan itu [ ng ] dalam bahasa standard yang terletak dalam
lingkungan akhir kata mempunyai kesejajaran dengan [ ng ] dalam
subdielek ini. Sebagai contoh adalah seperti berikut:
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
20
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
jalan jalong
cawan cawong
gunung gunong
ənam nong
dalam daləng
4.5 Konsonan Frikatif
Konsonan frikatif [ s ] dan [ gh ] hanya terdapat dalam lingkungan pravokal dan antara vokal
sahaja, dan dengan demikian memperlihatkan ciri persamaan dengan dialek-dialek lain
seperti dialek Kedah, Kelantan dan Pahang. Konsonan [ h ] pula hanya terdapat dalam
lingkungan akhir kata sahaja.
Berhubung dengan itu, [ s ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan
[ h ] dalam subdialek Ulu Telemong. Perubahan [ s ] ke [ h ] itu boleh jadi mempengaruhi
nilai vokal sebelumnya. Khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ ə ]. Demikian juga,
vokal [ i ] berubah nilai bunyinya menjadi [ e ]. Contohnya seperti:
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
dəras dəghəh
alih aləh
tikus tikuh
21
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
4.6 Pengguguran vokal
Konsonan [ r ] akhir kata digantikan dengan kesenyapan. Penguguran
konsonan tersebut boleh mempengaruhi nilai vokal yang mendahuluinya,
khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ o ]. Sebagai contoh:
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
tabir tabi
fikir piki
liar lio
tidur tido
liur liu
təlur təlu
akar ako
4.7 Konsonan Afrikat
Seperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam
subdialek negeri ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan-
konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
22
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Cicak Cicok
Jerat Jeghak
Jaga Jagə
4.8 Konsonan Lateral
Kadangkala, konsonan [ o ] dalam bahasa standard mempunyai
kesejajaran dengan [ u ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh :
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
ekor iku
təlur tilu
Rangkap konsonan jenis lain juga terdapat dalam subdialek ini iaitu
rangkap yang terdiri dari konsonan plosif, frikatif [ s ] atau nasal yang
diikuti oleh konsonan nasal [ l ], [ r ], misalnya [ ml ], [ gl ], [ sl ] atau juga
23
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
gabungan-gabungan lain seperti [ sm ], [ jm ], [ tp ], [ jn ] dan sebagainya.
Contoh-contohnya:
Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong
tidur mlinu
labah-labah glabə
pəlaga plagə
panjat kghabək
tidur dghəloh
səluar sluwo
tərfikir tpike
tərmakan tmakang
mənikah mnikoh
Boleh dikatakan bahawa rangkap konsonan jenis kedua itu merupakan kelainan untuk urutan
KVK, di mana vokal digugurkan. Dengan demikian contoh-contoh di atas itu boleh juga
diwujudkan sebagai [ məlinu ], [ gəlabe ], [ təpike ] dan sebagainya, khususnya dalam
pertuturan yang kurang tepat.
Pemanjangan Konsonan
24
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Dalam subdialek negeri ini juga terdapat gejala pemanjangan konsonan khususnya pada awal
kata. Apabila dibandingkan dengan bahasa standard dan dialek-dialek lain, didapati bahawa
pemanjangan konsonan itu adalah ciri pengganti bagi suku kata yang hilang. Suku kata yang
berkenaan yang letaknya di awal kata boleh merupakan morfem awalan, kata depan atau suku
kata yang tidak mempunyai apa-apa makna. Contohnya:
Bahasa Standard Ulu Telemong
məngingatkan mengingək
di dalam ddaləng
di sini ssini
di kampung kkapong
5.0 Kesimpulan
Dari perbandingan di atas itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa ciri vokal depan luas yang
disengaukan itu adalah ciri gangguan yang masuk ke dalam subdialek Ulu Nerus dari dialek
Kelantan, baik berdasarkan resapan ataupun perpindahan. Dengan itu juga, boleh dikatakan
bahawa dalam subdialek Ulu Nerus pada asalnya terdapat urutan “ang” sama seperti
subdialek Kuala Terengganu dan bahawa ciri asli dialek Terengganu pada keseluruhannya
ialah “ang”.
25
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Dibandingkan dengan subdialek yang dituturkan di Gong Terap yang terletak di daerah
Besut, maka didapati bahawa subdialek ini juga mempunyai ciri vokal depan luas yang
disengaukan pada akhir kata itu sebagai kesejajaran dengan “ang”. Dalam aspek-aspek
fonologi lainnya subdialek ini boleh dikatakan sama dengan subdialek Kuala Terengganu
kecuali dalam pengucapan [ a ] akhir kata, kerana dalam hal ini persamaannya ialah dengan
subdialek Ulu Telemong.
Dari perbandingan yang dilakukan ke atas bahasa Melayu yang dituturkan di berbagai-bagai
tempat di Terengganu, kita dapat membuat kesimpulan sendiri. Pertama, subdialek yang
dituturkan di bandar Kuala Terengganu dapat dianggap sebagai subdialek yang mewakili
dialek Terengganu Standard.
Kedua, Besut dan Ulu Nerus merupakan kawasan peralihan antara dialek Terengganu dan
dialek Kelantan.
Ketiga, subdialek Ulu Telemong mewakili ciri-ciri yang boleh dikatakan banyak juga
menyimpang dari subdialek bandar Kuala Terengganu. Ciri-ciri penyimpangan itu
mencerminkan proses perubahan yang berlaku dalam masa yang silam.
Bahawa subdialek bandar Kuala Terengganu tidak mengalami proses itu adalah disebabkan
hubungannya yang terus menerus dengan dialek lain, khususnya dialek Johor, barangkali
melalui penutur-penutur golongan atasan, misalnya di kalangan istana. Dari sejarah, kita
ketahui bahawa antara istana Terengganu dan istana Johor terdapat hubungan yang erat.
26
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
Di samping itu juga Terengganu pernah menjadi sebahagian dari kerajaan besar Johor. Selain
dari itu ciri-ciri persambungan dialek juga boleh menyebabkan bertahannya ciri-ciri seperti e-
pepet dalam lingkungan akhir kata dan bertahannya a dalam –ang. Dalam hal ini kita lihat
bahawa Kuala Terengganu lebih dekat hubungannya dengan Pekan daripada dengan Kota
Bharu.
Keempat, kawasan-kawasan bandar (A), walaupun kecil , lebih banyak memperlihatkan
persamaan ciri-ciri pertuturannya dengan bandar Kuala Terengganu (B) dibandingkan antara
bandar Kuala Terengganu dengan kawasan pedalaman (C) walaupun jarak antara A dengan
C lebih dekat daripada A dengan B. Kelima, kesinambungan antara subkawasan-subkawasan
dialek itu jelas dari ciri-ciri pertuturannya, dan dengan itu tidak ada pemisahan yang
mendadak.
Bibliografi
1. Asmah Haji Omar, 2008.“Susur Galur Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
2. Zaharani Ahmad,2006. “Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis
Tatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
27
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEM 2 2012
3. Asmah Haji Omar,1977. “Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu”.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan
FonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd.
28