Kajian Kegagalan Cerun Di Gunung Jerai Yan Kedah

12
KAJIAN KEGAGALAN CERUN DI GUNUNG JERAI YAN KEDAH Kumpulan 10 Ahli:-Azzimuddin -Zul Fadli -Zurairee -Firdaus

description

efgddfdfhbfghb

Transcript of Kajian Kegagalan Cerun Di Gunung Jerai Yan Kedah

  • PengenalanProses Kegagalan cerun merupakan satu masalah yang biasa berlaku di kawasan yang bercerun.Antara kegagalan cerun yang sering berlaku termasuklah kejadian tanah runtuh. Peristiwa kegagalan cerun yang menarik minat kami adalah kejadian yang berlaku di Pos Depang, 30 Ogos 1996 .Hujan lebat telah menyebabkan tanah runtuh berlaku di sekitar hulu Sungai Dipang . Oleh kerana air yang diempang tidak dapat menahan jumlah air yang ada, akhirnya dengan jumlah air yang banyak, berpadu dengan kelajuan aliran debris di Sungai Dipang yang luar biasa menyebabkan kemusnahan besar di perkampungan orang asli di sekitar Pos Dipang.Tragedi ini telah meragut 44 nyawa dan kerosakan yang teruk berlaku di perkampungan orang asli di sekitar Pos Dipang. Selain itu, terdapat satu lagi tragedi yang telah menarik minat terhadap proses kegagalan cerun, iaitu tragedi yang berlaku bertempat di Gunung Pulai, 27 Disember 2001.Kadar penurunan hujan yang luar biasa telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Kejadian ini telah meragut 5 nyawa yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk tempatan. Akibat daripada tragedi ini juga, beberapa buah kenderaan dan rumah telah mengalami kerosakkan dan kawasan rekriasi di situ turut juga menerima tempias yang sama. Kegagalan cerun yang berlaku dalam tragedi ini bolehlah dijadikan iktibar kepada masyarakat agar sentiasa bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan. Peristiwa-peristiwa yang telah tersebut telah menarik minat saya untuk mengkaji sendiri kegagalan cerun yang berlaku di Gunung Jerai Yan Kedah. Kawasan tersebut dipilih kerana ia mempunyai banyak cerun-cerun yang berisiko untuk menyebabkan runtuhan.

  • Objektif KajianKajian yang dijalankan ini mempunyai lima objektif utama iaitu adalah seperti berikut:1.Mengenalpasti Bentuk-bentuk cerun yang terdapat di Gunung Jerai Yan Kedah.2.Menjelaskan proses kegagalan cerun di Gunung Jerai Yan Kedah3.Mengesan faktor berlakunya kegagalan cerun di Gunung Jerai Yan Kedah.4.Mengenalpasti kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia.5.Mencadangkan langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di Gunung Jerai Yan Kedah

  • Kawasan KajianCiri fizikal peletakan kawasan kajianGunung Jerai Yan Kedah mempunyai ketinggian kira-kira 2107 meter. Ia terletak di utara semenajung Malaysia dan mengadap ke pantai barat Semananjung Malaysia serta berkoordinat 291 10 , 123 N. Gunung Jerai terletak di dalam Daerah Yan, Kedah. Jarak antara Gunung Jerai dengan Alor Setar ialah 33 KM dan 25 KM dari Bandar Sungai Petani. Gunung ini merumahkan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika di gunung ini termasuklah pokok-pokok yang ratusan tahun usiannya. Kawasan hutan di Gunung Jerai termasuklah kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.Gunung Jerai merupakan hutan simpan kekal yang dipelihara sehinggalah ke hari ini.Gunung Jerai adalah sebuah hutan hujan topika yang beriklim khatulistiwa.Ciri budaya kawasan kajianMeskipun dikelilingi hutan,Gunung Jerai merupakan sebuah tempat yang menjadi pusat rekreasi serta terdapat juga kegiatan ekonomi yang beroperasi. Antara contoh gunung ini sebagai pusat rekreasi termasuklah gunung ini telah menjadi tempat hala tuju bagi mereka yang ingin mendaki gunung ini.Disamping itu, Gunung Jerai juga dijadikan pilihan untuk tapak perkemahan bagi mereka yang ingin menikmati kesegaran alam semula jadi di hutan Gunung Jerai. Di puncak gunung ini juga terdapat sebuah resort. Di sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Terdapat sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Selain itu, berhampiran dengan Telaga Tok Sheikh, terdapat satu ladang cendawan dan kobis yang menggambarkan terdapatnya kegiatan ekonomi berjalan di situ. Di kaki gunung pula,terdapat lading-ladang getah serta buah-buahan tempatan seperti durian dan nangka, manakala di tanah pamah dataran Kedah ditanam pula dengan tanaman padi. Akhir sekali, terdapat juga berjalannya perniagaan-perniagaan kecil di kaki gunung seperti gerai buah-buahan dan retoran makanan.

  • Dapatan KajianMengenalpasti bentuk-bentuk cerun yang terdapat di Gunung Jerai Yan Kedah Cerun berbentuk cengkung merupakan kebanyakan cerun yang boleh didapati di Gunung Jerai,Yan Kedah.Kawasan kajian merangkumi jarak kilometer 6.2 kawasan Gunung Jerai, Jenis cerun adalah cerun jenis cekung yang dianggarkan kecuramannya kira-kira 60 darjah. Semakin tinggi kecerunan semakin meningkat risiko berlakunya kegagalan cerun di kawasan tersebut. Cerun-cerun di kawasan kajian terdiri daripada batu-batuan dan tanah laterit.Jenis hutan di kawasan Gunung tersebut merupakan jenis hutan khatulistiwa yang merupakan kawasan hutan simpan kekal yang dipelihara daripada diterokai.Kebanyakan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut adalah terdiri daripada pokok-pokok yang tinggi dan berusia ratusan tahun.

  • Menjelaskan proses kegagalan cerun di Gunung Jerai Yan Kedah Gunung Jerai Yan Kedah berlokasi di bahagian utara negeri Kedah DarulAman.Gunung Jerai mempunyai iklim khatulistiwa dan menerima hujan sebanyak 2000 mm setahun.Kawasan ini terdiri daripada tanah laterit, iaitu sejenis tanah yang mempunyai saliran yang baik(mudah resap air). Air hujan yang turun dengan kuantiti besar menyebabkan tanah di Gunung Jerai yang berjenis laterit tersebut meresap air dengan kuantiti yang banyak. Hal ini menyebabkan berat tanah di kawasan tersebut bertambah dan menjadi tepu dengan air. Didorong pula dengan kecerunan yang tinggi kira-kira 60 darjah, tarikan graviti secara tidak langsung meningkat dan wujudlah potensi bagi berlakunya tanah runtuh dimana tanah dari atas cerun jatuh ke bawah cerun.

  • Mengesan faktor berlakunya kegagalan cerun di Gunung Jerai, Yan Kedah

    Terdapat pelbagai punca yang boleh mendorong kepada berlakunya kegagalan cerun. Seperti di Gunung Jerai, antara penyebab utama berlakunya kegagalan cerun seperti tanah runtuh ialah faktor kecerunan. Kecuraman sesuatu cerun menjadi penyebab berlakunya gerakan jisim kerana ia mempengaruhi tarikan graviti. Di Gunung Jerai,cerun-cerun yang terdapat di situ kebanyakannya curam. Hal ini telah menyumbang kepada berlakunya kegagalan cerun di Gunung Jerai kerana tarikan gravitinya tunggi.

    Selain itu, litupan tumbuhan juga memainkan peranan dalam proses kegagalan cerun di Gunung Jerai Yan Kedah dan menyumbang kepada situasi seperti tanah runtuh. Gunung Jerai Yan Kedah merupakan sebuah Hutan hujan tropika iaitu majoriti pokok-pokok disitu mempunyai akar tunjang yang mempunyai daya cengkaman yang terhad, akibatnya tanih di cerun Gunung Jerai kurang stabil.

    Penyahhutanan juga jelas sekali menyumbang kepada proses kegagalan cerun.Di Gunung Jerai,penyahutanan dijalankan bagi pembinaan jalanraya bagi memudahkan pengunjung naik ke puncak Gunung Jerai. Berikutan daripada aktiviti ini,kejadian tanah runtuh kerap kali berlaku di cerun-cerun curam Gunung Jerai, bersebelahan dengan jalan raya tar menuju ke puncak gunung

  • Mengenalpasti kesan kegagalan cerun terdhadap persekitaran fizikal dan manusia Kegagalan cerun mendatangkan pelbagai implikasi.Antaranya,dari aspek alam sekitar manusia termasuklah kemusnahan flora dan fauna.Habitat semulajadi haiwan-haiwan juga turut terancam hasil daripada kemusnahan yang berlaku dalam tanah runtuh yang berlaku.Tanah runtuh yang berlaku,telah meranapkan bahagian hutan yang berhampiran dengan cerun. Hal ini bukan sahaja memusnahkan habitat semula jadi kawasan tersebut,malahan khazanah pokok-pokok yang berusia ratusan tahun lamanya turut juga musnah. Dalam perjalanan menuruni Gunung Jerai, dapati terdapat suatu kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di suatu kawasan dalam lingkungan kilometer 6.2. Kejadian tersebut telah memusnahkan bahagian yang besar di kawasan tersebut,malahan beberapa batang pohon berusia turut juga menerima tempias apabila mereka juga tergelongsor ke bawah cerun jika diteliti melalui longgokan bekas kejadian tanah runtuh disitu.Kemusnahan yang dianggarkan berukuran 400 meter persegi merupakan suatu kerugian besar terhadap alam semula jadi di Gunung Jerai Yan Kedah yang merupakan sebuah hutan simpan kekal yang mengandungi pelbagai khazanah alam semula jadi.

  • Mencadangkan langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di Gun ung Jerai Setelah berlakunya bencana tanah runtuh,pihak berkuasa biasanya menjalankan langkah-langkah pemulihan terhadap kawasan yang terlibat dengan tanah runtuh ini.Setelah diteliti,terdapat pelbagai langkah penstabilan yang dapat dilakukan bagi memulihkan tanah runtuh yang berlaku ini.Misalnya,langkah paling awal bagi menstabilkan sesuantu tanah tuntuh yang berlaku daripada berterusan adalah melalui kaedah singkupan plastik.Kaedah ini biasanya dijalankan setelah berlakunya sesuatu tanah runtuh sebagai langkah awal.Kaedah sungkupan plastik ini berkesan dalam menangani tanah runtuh dengan mengelakkan air daripada menyerap di sekitar kawasan yang dilanda bencana tersebut.Tanah runtuh yang biasanya berlaku adalah disebabkan oleh ketidakupayaan tanah untuk menampung beban kuantiti air hujan yang banyak yang telah diserap.Oleh itu,Kaedah lingkupan plastik ini merupakan langkah awal yang amat berkesan dengan mengelakkan sebahagian besar air hujan yang turun daripada mengenai kawasan yang berisiko tersebut sebelum ia betul-betul diselengara kemudian hari oleh pihak berkuasa. Selain itu,antara langkah menstabilkan cerun termasuklah kaedah simentasi di kawasan yang berpotensi tinggi untuk tanah runtuh.Sepanjang tinjauan di Gunung Jerai,terdapat banyak simentasi yang dilakukan di kawasan ini.Kaedah simentasi bertujuan untuk menghalang air daripada meresap ke dalam tanah tempat berpotensi berlakunya tanah runtuh.Hal ini menghalang daripada berlakunya lagi tanah runtuh di sekitar tempat berisiko tersebut.Meskipun menggunakan pendekatan yang sama dengan singkupan plastik,kaedah simentasi merupakan langkah kekal yang memelihara kawasan kajian daripada meresap air hujan dalam kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan tanah runtuh. Akhir sekali,Kaedah gabion juga merupakan langkah penstabilan yang cekap.Dalam sebuah gabion,batu-batuan didawai bersama dalam satu deretan merangkumi kawasan yang terlibat berfungsi menstabilkan kawasan terlibat. Permukaan tanah dengan suatu cara untuk menghasilkan permukaan vertikal.Gabion adalah kumpulan kubus yang terbuat dari galvanized steel mesh disusun bersama-sama membentuk satu penstabil yang kukuh untuk jangka masa yang lama.

  • KesimpulanSetelah sempurna kajian yang telah dijalankan di kawasan kajian yang dipilih, telah didapati bahawa kuantiti hujan yang turun memainkan peranan utama dalam proses kegagalan cerun yang berlaku.Selain itu, kecuraman cerun juga merupakan faktor berlakunya tanah runtuh contohnya di kawasan kajian didapati terdapat banyak cerun curam 60 darjah yang selalunya mempunyai potensi yang tinggi berlakunya tanah runtuh. Disamping itu,faktor tanah juga memainkan peranan dalam proses kegagalan cerun.Misalnya, tanah di kawasan kajian adalah tanah jenis laterit iaitu sejenis tanah yang mudah meresap air. Oleh itu,langkah mengatasi haruslah dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sering-kali telah digunakan antaranya teknik gabion,simentasi,sungkupan plastik dan lain-lain. Demi memastikan kelestarian alam semula jadi di kawasan Gunung Jerai Yan Kedah,semua pihak haruslah memainkan peranan agar flora dan fauna di situ tidak terjejas.Pendedahan tentang penjagaan serta pemulihan alam sekitar amatlah penting terhadap masyarakat khususnya golongan remaja. Hal ini kerana,kesedaran tidak dapat dibina tanpa ilmu mengenai sesuatu perkara.Semoga generasi akan datang juga dapat menghayati dan menikmati keindahan dan kecantikan alam semula jadi anugerah tuhan di Gunung Jerai.

  • Peta

  • MUTIARA KATA