kerja kursus geo maahad yan.

26
~PENGHARGAAN~ Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Abdullah Bin Haron, Pengetua Maktab Mahmud Yan kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini di kawasan sekolah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Siti Mawar Binti Hashim, guru Geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan serta wang ringgit sepanjang kajian dijalankan. Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, Mohd Aiman, Mohd Asyraf dan Amirul Amri kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat.

description

nie simple punya..amik la yang mana baik.."sesungguhnya,yang baik itu datang dari allah,dan yang buruk tue dari kesilapan diri saya sndiri.." peace 4 mmy...

Transcript of kerja kursus geo maahad yan.

Page 1: kerja kursus geo maahad yan.

~PENGHARGAAN~

Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Abdullah Bin Haron, Pengetua Maktab Mahmud Yan kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini di kawasan sekolah.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Siti Mawar Binti Hashim, guru Geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menjalankan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan serta wang ringgit sepanjang kajian dijalankan.

Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, Mohd Aiman, Mohd Asyraf dan Amirul Amri kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat.

Seinfiniti penghargaan juga diberikan kepada Encik Abdullah bin Karim dan Encik Parasath, kakitangan Syarikat Perumahan Perda Sdn. Bhd., Bukit mertajam, kerana memberi maklumat dan sebagainya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan kami.

Page 2: kerja kursus geo maahad yan.

=_=Pendahuluan=_=

Saya dan rakan-rakan kumpulan telah memilih tajuk Petempatan dan Perkembangan di Taman Bandar Perda serta membandingkannya dengan negara Singapura sebagai tugasan PMR kami bagi tahun 2009. Kami memilih kawasan ini kerana kawasan ini banyak kegiatan yang dilakaukan dan berdekatan tempat tinggal kami. Kawasan ini merupakan salah sebuah petempatan baru bagi Bandar Baru Perda. Saya beranggapan bahawa kawasan perumahan ini memainkan peranan penting sebagai keperluan asas kehidupan manusia. Tanpa kawasan perumahan ini, banyak masalah yang akan berlaku kepada manusia yang sukar dibendung. Saya menjalankan kajian ini selepas pulang dari asrama dan ketika waktu cuti. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan maklumat lapangan yang dikumpulkan secara berkumpulan . Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan bermula dari bulan Febuari hingga bulan Mei 2009.

Page 3: kerja kursus geo maahad yan.

Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk :

a) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Taman Bandar Perda serta membandingkannya dengan negara Singapura.

b) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kawasan Taman Bandar Perda.

c) Mengenal pasti fungsi petempatan di kawasan tersebut serta negara Singapura yang dijadikan bandingannya.

d) Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut..

e) Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku di petempatantersebut..

f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita..

Page 4: kerja kursus geo maahad yan.

kawasan kajian..

Kawasan yang saya kaji ialah Taman Bandar Perda. Petempatan ini dimajukanoleh Syarikat Perumahan Perda pada tahun 2002. Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat kawasan hutan-hutan di sekeliling kawasan petempatan ini. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang berlaku di petempatan ini. Taman Bandar Perda terletak di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam. Jarak petempatan ini dengan bandar terdekat iaitu Bukit Mertajam ialah kira-kira 5 kilometer. Kawasan ini terletak di arah timur negeri Pulau Pinang.

Peta Kajian1) Peta daerah : Bukit Mertajam

Page 5: kerja kursus geo maahad yan.

2) Peta petempatan negara yang dibandingkan : Singapura

Page 6: kerja kursus geo maahad yan.

3) Peta kawasan kajian : Taman Bandar Perda.

Page 7: kerja kursus geo maahad yan.

Kaedah Kajian………..

Kami telah menggunakan kaedah pemerhatian. Kami menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi, sumber-sumber semula jadi, dan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan kajian.

Selain itu, kami juga memerhatikan kesan penerokaan sumber yang terdapat di situ.Selain itu juga, kami menggunakan kaedah temubual. Kami mengumpulkan maklumat tentang jenis pola petempatan penduduk dengan menemu bual pegawai yang bertugas di Syarikat Perumahan Perda tersebut. Kami juga menggunakan kaedah soal selidik sebagai kaedah lain yang kami gunakan. Kami telah membuat temu bual dengan 20 orang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut tentang perkembangan yang telah berlaku di Taman Bandar Perda.

Page 8: kerja kursus geo maahad yan.

Hasil Kajian….

8.1 Jenis dan pola petempatan

1) Jenis dan pola petempatan di Taman Bandar Perda ialah berjajar. Kawasan perumahan ini disusun secara berjajar. Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah yang boleh didapati di kawasan tersebut.

2) Negara Bandingan : Singapura

Jenis pola petempatan di negara Singapura ialah berpusat. Kawasan petempatan di negara Singapura lebih padat berbanding kawasan Taman Bandar Perda.Kawasan perumahan penduduk di negara Singapura tertumpu ke kawasan pusat bandar.

3) Nilai dan unsur patriotisme Nilai yang dapat kita ketahu daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya bersyukur kepada negara Malaysia kerana negara kita mempunya tanah yang mencukupi untuk dijadikan tempat tinggal kita.

Page 9: kerja kursus geo maahad yan.

8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan

1) Taman Bandar Perda.

Sejarah Taman Bandar Perda ini dibuka pada tahun 2002. Kawasan ini dibangunkan Syarikat Perumahan Perda. Bilangan penduduk di sini telah meningkat setiap tahun. Kawasan ini menarik perhatian semua penduduk kerana kawasan yang strategik.

2) Bentuk muka bumi Kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata. Kawasan ini dahulunya hutan tanah paya sebelum dibangunkan. Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di Taman Bandar Perda.

3) Kegiatan Ekonomi

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Taman Bandar Perda. Antara kegiatan ekonomi tersebut ialah perniagaan, perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Kegiatan ekonomi ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada penduduk kawasan ini.

Page 10: kerja kursus geo maahad yan.

DASAR KERAJAAN..

Dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajan di sini. Contoh kemudahan yang disediakan ialah sekolah rendah dan sekolah menengah.

2) NEGARA BANDINGAN: Singapura

Bentuk muka bumi..

Bentuk muka bumi negara Singapura ialah tanah pamah yang rata. Kedudukannya ialah di bahagian selatan negara Malaysia.

Kegiatan ekonomi ..

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di negara Singapura. Contoh kegiatan ekonomi di Singapura ialah perniagaan, perkilangan, perkhidmatan, perikanan serta kegiatan pelancongan yang menguntungkan ekonomi Singapura.

Dasar kerajaan..

Oleh kerana saiz negara Singapura kecil, kawasan petempatan sangat padat. Kerajaan mereka terpaksa menghadkan bilangan rumah-rumah yang dibina dan kawasan tanah tidak mencukupi untuk membina lebih banyak rumah untuk penduduk-penduduk Singapura.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME..

Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan antara kawasan petempatan kita dengan Singapura. Kita seharusnya berbangga kepada negara kita kerana mempunyai dasar kerajaan yang baik dan terancang demi masa depan kita.

Page 11: kerja kursus geo maahad yan.

8.3 Fungsi petempatan

1) Fungsi di kawasan petempatan Taman Bandar Perda ini ialah sebagai pusat perniagaan. Terdapat banyak tempat berniaga yang telah disediakan oleh Syarikat Perumahan Naim Cendera untuk penduduk menjalankan kegiatan perniagaan sendiri.

2) Negara Bandingan : Singapura

Negara Singapura berfungsi sebagai pusat pelabuhan antarabangsa. Kedudukan negara ini yang strategik menjadikan negara Singapura negara pelabuhan yang terkenal di rantau ini. Selain itu, negara Singapura juga mengimport banyak barangan ke luar negara untuk kepentingan ekonomi sendiri.

Nilai dan unsur patriotisme..

Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita. Kita seharusnya bekerjasama antara satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

Page 12: kerja kursus geo maahad yan.

8.4 Masalah petempatan

1) Terdapat pelbagai masalah petempatan di Taman Bandar Perda ini. Antara masalah petempatan tersebut ialah kekurangan infrastruktur, kesesakan lalulintas serta pencemaran. Masalah kekurangan infrastruktur berlaku kerana hanya segelintir tempat sahaja yang mempunyai kemudahan ini. Contoh kemudahan infrastruktur yang kurang ialah telefon awam. Masalah kesesakan lalulintas pula sentiasa berlaku semasa awal pagi apabila semua orang sibuk hendak ke tempat kerja dan menghantar murid ke sekolah. Masalah ini telah berlaku sejak beberapa tahun. Masalah pencemaran pula terjadi akibat dari asap-asap kenderaan dan kilang-kilang yang terdapat di sekitar kawasan petempatan ini.

2) Negara Bandingan : Singapura

Singapura juga mempunyai masalah petempatannya yang tersendiri. Antara masalahmasalah yang tersenarai ialah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat tinggal. Nampaknya negara Singapura mempunyai masalah petempatan yang hampir sama dengan Desa Taman Bandar Perda. Kesesakan lalulintas berlaku akibat saiz jalan yang kecil. Kekurangan tempat tinggal berlaku akibat kekurangan tapak tanah untuk membina bangunan yang baru.

Page 13: kerja kursus geo maahad yan.

Keadaan ini juga berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.

8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan

1) Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah petempatan di Taman Bandar Perda adalah seperti berikut:

Bagi masalah kekurangan kemudahan infrastruktur, pihak syarikat sepatutnya menambahkan lagi kemudahan ini. Mereka harus membina kemudahan ini di kawasan perumahan yang belum mempunyai apa-apa kemudahan infrastruktur ini.

Bagi masalah kesesakan lalulintas pula, jalan raya yang disediakan harus dilebarkan atau ditambah jaraknya lagi.

Dan masalah pencemaran pula, pihak tempatan seharusnya menguatkuasakan undangundang supaya keadaan pencemaran dapat dikurangkan secara berperingkat.

2) Negara Bandingan : Singapura

Bagi negara Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah petempatan ini.

Masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus dielakkan. Seperti keadaan Taman Bandar Perda, melebarkan jalan raya harus digunakan sebagai alternatif utama dalam membantu menyelesaikan perkara ini.

Page 14: kerja kursus geo maahad yan.

Bagi masalah kekurangan tempat tinggal pula, kita tidak dapat membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal tersebut. Jadi sebagai langkah menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak kerajan seharusnya membina rumah kos rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium.

Page 15: kerja kursus geo maahad yan.

Bahan Grafik

Jenis kaum responden yang disoal-selidik..

KAUM/KAWASAN TAMAN BANDAR PERDAMELAYU 3CINA 4 INDIA 2SIKH 2LAIN-LAIN 3

BAHAN GRAFIK KEDUA

Page 16: kerja kursus geo maahad yan.

Rumusan

Taman Bandar Perda mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan serta masalah petempatan sentiasa menjadi elemen sesebuah petempatan. Penduduk di kawasan ini seharusnya bekerjasama untuk membangunkan petempatan ini supaya menjadi maju. Sikap para penduduk yang sentiasa menjaga tepi kain para jiran telah menjadi satu keutamaan supaya penduduk dapat hidup aman dan damai serta sejahtera.

Page 17: kerja kursus geo maahad yan.

NEGARA: SINGAPURA..

3) Bandar Baru Perda yang merangkumi Taman Bandar Perda.

Page 18: kerja kursus geo maahad yan.

Rujukan

•Internet - http://www.wikipedia/penang.com/ - http://www.malaysia-maps.com/malaysia-states-map.htm • Orang sumber - Puan Siti Mawar(Guru Matapelajaran Geografi) • Buku teks - Geografi Tingkatan 3

Page 19: kerja kursus geo maahad yan.