Kajian Kes Belanjawan Tunai
Transcript of Kajian Kes Belanjawan Tunai
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
KAJIAN KES: BELANJAWAN TUNAI
Nama Syarikat: Norzan Bakeri dan Kek
Alamat: B8,Kawasan Industri Mara(KIM)
Batu 7 ½ Jalan Tambun
31150 Ulu Kinta
Perak Darul Ridzuan.
No.Pendaftaran IP0192972-T
Perniagaan:
No.Fail Lesen MBI: G8/B/1/16/5/03
Modal Pembukaaan: RM150,000.00
Jumlah Pekerja: 15 Orang
Kenderaan: Nissan Vanette
Norzan Bakeri dan Kek yang ditubuhkan pada 6 Jun 2003 merupakan sebuah
perniagaan milik bumiputera sepenuhnya. Perniagaan ini mengeluarkan pelbagai produk
seperti kek, roti, pizza, biskut dan donat.. Nama syarikat Norzan Bakeri dan Kek
diilhamkan daripada gabungan dua nama pengurus dan timbalan pengurus iaitu
En.Azizan Bin Saari dan Pn. Nor Hasimah Binti Abdul Karim. Mereka berdua adalah
pasangan suami isteri yang bekerjasama menubuhkan syarikat ini.
Perniagaan Norzan Bakeri dan Kek seterusnya beralamat di B8,Kawasan Industri
Mara (KIM),Batu 7 ½ Jalan Tambun , 31150 Ulu Kinta,Perak Darul Ridzuan terletak di
tengah-tengah antara The Lost World Of Tambun dengan Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) dan beberapa buah sekolah rendah serta menengah di kawasan Ulu Kinta.
Kini Norzan Bakeri dan Kek mempunyai tiga cawangan kedainya iaitu di Bercham Jaya,
Chemor dan di Chandan Desa.
1
1.0 PROFIL SYARIKAT1.0 PROFIL SYARIKAT
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
Dalam urusan perniagaan Norzan Bakeri dan Kek ini, perniagaan ini juga
mempunyai pemiutangnya yang tersendiri. Antara pemiutangnya terdiri daripada
pengeluar, pembekal dan pemborong utama bahan mentah yang membekalkan bekalan
kepada perniagaan ini. antaranya ialah seperti United Malayan Floor (1996) Sdn Bhd,
Delima Oil Product Sdn Bhd, Lam Soon Edible Oil, FFM Berhad, Kasihku Makerting
Sdn Bhd, Wah Seng (1986) Sdn Bhd Intrico Sdn Bhd, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd,
Ara Frozen Food & Fresh, Perniagaan Liew Pheng, Rushydar Enterprise, Rostazi
Enterprise dan Merit Food Ingredients Supply.
Seorang peniaga yang pandai mengendalikan wang sentiasa memastikan perniagaannya
mempunyai wang tunai yang cukup supaya perniagaannya dapat berjalan dengan lancar,
sistematik dan terkawal. Peniaga mesti memastikan modal perniagaan tidak terikat pada
stok atau asset bukan semasa yang sukar ditukar ke bentuk tunai.
Oleh kerana baki tunai di tangan perniagaan sentiasa berubah, peniaga harus
memastikan terdapat tunai yang cukup untuk membeli stok baru, membiayai segala
perbelanjaan pengendalian perniagaan, serta menjelaskan hutang kepada pemiutang. Jika
aliran masuk tunai melebihi aliran keluar tunai, maka perniagaan tidak akan menghadapi
masalah aliran tunai. Jika aliran masuk tunai melebihi aliran keluar tunai, maka tabung
wang perniagaan bertambah dan perniagaan mampu bayar. Sebaliknya, jika aliran masuk
tunai kurang daripada aliran keluar tunai, maka tabung wang perniagaan berkurang dan
perniagaan tidak mampu membuat bayaran. Oleh itu, “Belanjawan Tunai” perlu
disediakan untuk merancang dan mengawal aliran wang tunai bagi sesuatu tempoh
tertentu, biasanya satu tahun.
Belanjawan tunai merupakan satu jadual yang menunjukkan anggaran tunai
masuk dan tunai keluar bagi sesuatu tempoh. Misalnya tiga bulan, empat bulan, atau
enam bulan. Penyediaan belanjawan tunai adalah penting kerana ia dapat memberi
maklumat tentang penerimaan tunai, pembayaran tunai, dan bakinya bagi satu tempoh.
Ianya juga dapat menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan sama ada
2
2.0 IDEA2.0 IDEA
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
perniagaan mampu membayar perbelanjaan pengurusan perniagaan serta menjelaskan
hutangnya atau tidak. Selain dari itu, penyediaan belanjawan tunai dapat membantu
perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaan serta membolehkan perniagaan
membuat perbandingan antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang sebenar dengan
anggaran yang telah dibuat dalam Belanjawan Tunai.
Antara masalah yang dihadapi oleh Norzan Bakeri dan Kek adalah seperti berikut:
i. Kedudukan ekonomi yang tidak menentu
Keadaan ekonomi yang tidak menentu juga merupakan satu ancaman kepada
pihak Norzan. Misalnya harga bahan mentah seperti tepung amat mempengaruhi
harga produk Norzan. Norzan juga terpaksa menaikkan harga produknya
sekiranya harga bahan mentah turut naik. Ini akan memberi kesan kepada
permintaan dari pelanggan yang mana permintaan akan menurun akibat dari
kenaikan harga.
ii. Risiko hutang lapuk
Selain itu, Norzan juga berdepan dengan risiko hutang lapuk. Ini kerana terdapat
juga urusniaga dijalankan secara kredit. Risiko ini lebih tinggi jika pelanggan
tersebut merupakan orang perseorangan atau dari peniaga kecil.
iii. Pengurusan Sistem perakaunan yang kurang sistematik
Norzan Bakeri dan Kek tidak mempunyai sistem perakaunan yang sistematik.
Pihak pengurusan hanya membuat catatan jualan di dalam buku jualan setiap hari.
Ini diakui oleh Norzan Bakeri dan Kek itu sendiri yang mengatakan mereka masih
menggunakan kaedah manual dalam urusan perakaunan dak kurang bersistematik.
iv. Peningkatan Penggunaan Teknologi Masa Kini
Perubahan dalam teknologi juga menjadi satu ancaman dan masalah kepada pihak
Norzan terutamanya peralatan-peralatan mesin yang digunapakai pada masa
sekarang. Sekiranya pihak Norzan tidak peka terhadap perkembangan mesin-
3
3.0 MASALAH YANG DIHADAPI (LEARNING ISSUES)3.0 MASALAH YANG DIHADAPI (LEARNING ISSUES)
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
mesin tersebut, ia akan menyebabkannya mereka ketinggallan dan mungkin akan
memberi kesan kepada produktiviti perniagaan mereka.
v. Kesetiaan pekerja
Kesetiaan pekerja Norzan Bakeri dan Kek akan menurun sekiranya pihak Norzan
tidak prihatin akan kebajikan pekerjanya. Sekiranya tiada pekerja yang mahir,
kualiti produk akan terjejas seterusnya akan mempengaruhi permintaan pelanggan
terhadap Norzan.
vi. Kesetiaan pelanggan
Kesetiaan pelanggan juga boleh terjejas sekiranya Norzan Bakeri dan Kek tidak
mengambil langkah untuk meningkatkan kepakaran mereka terhadap penggunaan
teknologi terkini. Pelanggan mungkin akan beralih kepada organisasi perniagaan
yang dapat memberi perkhidmatan dan produk yang selari dengan perkembangan
teknologi terkini.
vii. Kekurangan pekerja
Norzan tidak mempunyai kerani akaun dan kerani am untuk menguruskan hal-hal
perakaunan dan pengurusan. Keadaan ini agak menyulitkan operasi perniagaan.
viii. Tidak dapat membezakan entiti perniagaan dengan entiti peribadi dalam
berbelanja.
Norzan Bakeri dan Kek telah mencampuradukkan perbelanjaan peribadi dengan
perbelanjaan perniagaan. Semasa urusan perbelanjaan, Norzan tidak
mengasingkan antara perbelanjaan entiti perniagaan dengan entiti peribadi.
Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya kekeliruan semasa mengira untung
rugi.
ix.Pesaing ramai
Norzan mempunyai pesaing yang sangat ramai dalam industry ini. Kebanyakan
pesaing-pesaing tersebut merupakan peniaga berbangsa Cina yang mendapat
bekalan barang yang lebih murah dan mampu menawarkan harga jualan yang
lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh Norzan.
4
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
Norzan Bakeri dan Kek perlu mempunyai sistem perakaunan yang sistematik untuk
mengetahui kedudukan dan kestabilan perniagaannya yang sebenar. Norzan boleh
menggunakan sistem perakaunan yang terkini supaya makumat-maklumat perakaunan
lebih tersusun. Selain dari itu, organisasi Norzan juga boleh mengambil kerani akaun
untuk melakukan tugasan-tugasan berkaitan perakaunan supaya sistem perakaunan
Norzan lebih terurus. Norzan juga perlu membezakan entiti perniagaan dengan entiti
peribadi supaya mereka tidak terkeliru semasa membuat perkiraan untung dan rugi.
Bagi mengurangkan beban tentang masalah kenaikan harga bahan mentah dan
risiko hutang lapuk, perniagaan ini boleh menyediakan belanjawan tunai untuk
merancang dan mengawal aliran wang tunai mereka.penyediaan Belanjawan Tunai
adalah penting kerana ia dapat memberi maklumat tentang penerimaan tunai, pembayaran
tunai, dan bakinya bagi satu tempoh. Ianya juga dapat menunjukkan keupayaan tunai
sesebuah perniagaan, serta membantu perniagaan merancang pendapatan dan
perbelanjaan
Bagi meningkatkan kesetiaan pelanggan, Norzan Bakeri dan Kek boleh
mempelbagaikan lagi produk mereka untuk menarik minat pelanggan. Norzan Bakeri dan
Kek boleh menambah perkhidmatan dan produk sampingan misalnya menjual peralatan
kek dan roti. Pelanggan akan tertumpu ke kedai Norzan Bakeri dan Kek sekiranya
mereka ingin membeli peralatan membuat kek seperti acuan dan sebagainya. Norzan juga
boleh meluaskan pasaran baru dengan meningkatkan promosi. Nama Norzan Bakeri dan
Kek belum tersebar luas dan kurang dikenali. Sekiranya nama Norzan Bakeri dan Kek
dikenali,pasti permintaan akan meningkat kerana status bumiputera dan produknya yang
halal dapat mempengaruhi pengguna untuk membeli produk dari Norzan.
Pihak Norzan perlu mengikuti perkembangan semasa berkaitan dengan
penggunaan teknologi dan mesin-mesin yang terkini. Ini bertujuan untuk mengelakkan
mereka ketinggalan dalam era teknologi masa kini.Untuk meningkatkan kesetiaan pekerja
pula, pihak Norzan perlu mengambil kira kebajikan, motivasi, nasihat atau teguran dan
sebagainya kepada semua ahli pekerja. Sekiranya ada masalah antara pekerja, mestilah
diselesaikan secepat yang mungkin.
5
4.0 CADANGAN TINDAKAN (ACTION PLAN)4.0 CADANGAN TINDAKAN (ACTION PLAN)
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
Soalan 1
Pada hujung setiap bulan, pihak bank akan menyediakan satu salinan rekod Akaun
Semasa pelanggannya. Salinan ini dipanggil…
A Penyata Penyesuaian Bank.
B Makluman Debit.
C Penyata Bank.
D Makluman Kredit.
Soalan 2
Baki Buku Tunai melebihi baki Penyata Bank apabila terdapat…
I deposit/cek belum dikreditkan.
II cek tak layan.
III dividen pelaburan.
IV caj bank.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan IV
D I, II, III, dan IV
6
5.0 CONTOH SOALAN5.0 CONTOH SOALAN
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
Soalan 3
Encik Azizan memulakan perniagaan bakeri dan kek di Perak. Norzan Bakeri dan Kek
dijangka beroperasi pada 1 Oktober 2003 dengan modal tunai RM 2 000 dan tunai di
bank RM38 000. Yang berkut adalah anggaran penerimaan dan pembayaran bagi 3 bulan
berakhir 31 Disember 2003.
i. Belian kredit bahan mentah adalah seperti berikut:
ii. Pada bulan Oktober, 6 orang pekerja diambil dan ditambah 4 orang lagi pada
bulan Disember. Gaji bulanan seorang pekerja ialah RM600.
iii. Sewa premis bulanan ialah RM1 800.
iv. Pada bulan November, perniagaan mendapat pinjaman bank RM20 000. Bayaran
balik pinjaman ialah RM650 setiap bulan bermula Disember.
v. Perabot bernilai RM4 800 dibeli secara tunai pada bulan Oktober. Semua perabot
disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
vi. Belanja angkutan RM290 setiap bulan manakala pada bulan Disember bertambah
sebanyak 30% daripada bulan sebelumnya.
Berdasarkan maklumat di atas, sediakan Belanjawan Tunai Norzan Bakeri dan Kek
bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2003.
Soalan 4
Baki Akaun Bank dalam Buku Tunai Norzan menunjukkan baki kredit sebanyak
RM 3 500. Baki ini berbeza dengan baki Penyata Bank pada 30 November 20X3. Setelah
disemak dengan teliti, didapati perbezaan baki berpunca daripada perkara-perkara
berikut.
i. Cek bernilai RM850 daripada Syarikat Faizal dan RM1 050 daripada Ella yang
didepositkan pada 29 November 20X3 belum lagi dikreditkan oleh bank.
ii. Cek yang dikeluarkan oleh Norzan belum dikemukakan kepada bank untuk
bayaran:
a. Cek No. 10020 RM6 030
7
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
b. Cek No. 10039 RM1 520
iii. Bank telah membayar ansuran perabot sebanyak RM80 bagi pihak Norzan
mengikut perintah sedia ada.
iv. Bank telah menerimabayaran sebanyak RM350 daripada Encik Rayner, seorang
penghutang.
v. Norzan telah membayar sekeping cek bernilai RM1 800 kepada Hamidi Bhd.,
tetapi tersalah catat dalam Buku Tunai sebanyak RM1 800.
vi. Bank telah mengenakan faedah RM85 atas overdraf dan komisen RM20 yang
tidak dicatatkan dalam Buku Tunai.
Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 November 20X3.
Soalan 5
Perniagaan Norzan Bakeri dan Kek telah menyediakan anggaran kewangan bagi suku
tahun berakhir 30 September 20X4. Anggaran tersebut adalah seperti yang berikut:
i. Jualan tunai bagi bulan Julai 20X4 dianggarkan berjumlah RM20 000 dan
dijangka akan bertambah pada tiap-tiap bulan sebanyak 10% daripada jualan
sebelumnya.
ii. Belian sebenar bulan Jun 20X4 berjumlah RM12 000. Anggaran belian adalah
seperti yang berikut:
a. Julai RM14 000
b. Ogos RM15 000
c. September RM16 000
Semua belian diberikan tempoh kredit sebulan.
iii. Anggaran pembayaran tunai setiap bulan adalah seperti berikut:
a. Komisen jurujual 5% daripada jualan
b. Kadar bayaran RM150
c. Sewa RM600
d. Upah RM1 000
8
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
e. Telefon RM250
iv. Perniagaan Norzan Bakeri dan Kek bercadang untuk membeli sebuah computer
bernilai RM3 000 secara tunai pada awal bulan Ogos 20X4.
Maklumat tambahan:
i. Baki tunai 1 Julai 20X4 adalah RM3 000.
ii. Komputer disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
Anda dikehendaki menyediakan satu Belanjawan Tunai dari bulan Julai sehingga
September 20X4 bagi Perniagaan Norzan Bakeri dan Kek.
9
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
Jawapan Soalan Objektif
1. C
2. C
Jawapan soalan 3
Kedai Norzan Bakeri dan Kek
Penyata Belanjawan Tunai Bagi 3 Bulan Berakhir 31 Disember 20X3
Oktober (RM) November (RM) Disember (RM)Baki awal - 35 410 46 120PenerimaanModalPinjamanJualan
40 000-
5 900
-20 000
-
---
45 900 20 000 46 120PembayaranPemiutangGajiSewa PremisBayaran balik pinjamanPerabotBelanja angkutan
-3 6001 800
-4 800290
3 6003 6001 800
--
290
4 3006 0001 800650
-377
10 490 9 290 13 127Baki akhir 35 410 46 120 32 993
10
6.0 SKEMA JAWAPAN6.0 SKEMA JAWAPAN
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
Jawapan soalan 4
Penyata penyesuaian Bank pada 30 November 20X3
RM RM RM
Baki kredit Buku Tunai
Campur Cek-cek belum dikemukakan
No. 10020
No. 10039
En. Rayner
Tolak Deposit yang belum dikreditkan:
Syarikat Faizal
Ella
Ansuran perabot
Hamidi Bhd (kesilapan)
Faedah Overdraf
Komisen
Baki kredit Penyata Bank
6 030
1 520
850
7 550
350
1 050
1 900
80
720
85
20
(3 500)
7 900
4 400
2 805
1 595
11
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
Jawapan Soalan 5
Penyata Aliran Tunai bagi 3 bulan Berakhir 30 September 20X4
Butir Julai (RM) Ogos (RM) September (RM)
Penerimaan Tunai
Jualan 20 000 22 000 24 200
Jumlah 20 000 22 000 24 200
Pembayaran Tunai
Pemiutang
Komisen Jurujual
Kadar Bayaran
Sewa
Upah
Telefon
Belian Komputer
12 000
1 000
150
600
1 000
250
-
14 000
1 100
150
600
1 000
250
3 000
15 000
1 210
150
600
1 000
250
-
Jumlah 15 000 20 100 18 210
Lebihan/ (kurangan)
Baki awal
Baki akhir
5 000
3 000
8 000
1 900
8 000
9 900
5 990
9 900
15 890
12
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
Rajah 1: Kilang Bakeri dan Kek Norzan.
Rajah 2: Cawangan Kedai Di Bercham Raya
Rajah 3: Cawangan Kedai Di Chemor.
13
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
PROFIL PEMILIK SYARIKAT
REKOD
URUSNIAGA
REKOD
PENGELUARAN
14
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
RESIT DARI PEMBEKAL
15
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
CATATAN BULANAN
16
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
17
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
18
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
19
Kaedah Mengajar Perkaunan (PPE3033)
20