Kajian Literatur

3
Kajian literatur Juan R. Pimentel (1999) mentakrifkan VLE (virtual learning environment) sebagai persekitaran maya yang memberi ruang kepada pelajar untuk melihat sekeliling, membuat penilaian kendiri dan melakukan tindakan menerusi pengalaman dan pembelajaran yang memangkin mereka untuk menjadi lebih cemerlang. Pembelajaran melalui persekitaran seperti ini melibatkan pemerhatian, pengalaman, situasi, peraturan, konsep dan teknik yang berterusan dalam meningkatkan prestasi pelaksanaan sesuatu tugas. Definisi ini menekankan bahawa Virtual Learning Environment (VLE) ialah platform pembelajaran. Ia ialah satu sistem pendidikan e-pembelajaran berdasarkan web secara individu dengan menyediakan akses maya mengandungi pembelajaran di dalam kelas, pengisian pembelajaran, ujian, kerja rumah, gred, penilaian, dan sumber-sumber luaran seperti akademik atau pautan laman web pendidikan. Penggunaan VLE yang berdasarkan web ini di Malaysia selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Siti Ezaleila dan Azizah (2011), rakyat Malaysia meluangkan purata masa hampir 20 jam seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi, perkongsian maklumat serta hiburan. Mereka juga bersetuju bahawa laman sosial merupakan satu platform tambahan kepada interaksi luar talian yang biasa digunakan dan diyakini mampu menggantikan komunikasi lain dalam masa terdekat.

description

frog vle

Transcript of Kajian Literatur

Page 1: Kajian Literatur

Kajian literatur

Juan R. Pimentel (1999) mentakrifkan VLE (virtual learning environment) sebagai

persekitaran maya yang memberi ruang kepada pelajar untuk melihat sekeliling,

membuat penilaian kendiri dan melakukan tindakan menerusi pengalaman dan

pembelajaran yang memangkin mereka untuk menjadi lebih cemerlang. Pembelajaran

melalui persekitaran seperti ini melibatkan pemerhatian, pengalaman, situasi,

peraturan, konsep dan teknik yang berterusan dalam meningkatkan prestasi

pelaksanaan sesuatu tugas.

Definisi ini menekankan bahawa Virtual Learning Environment (VLE) ialah

platform pembelajaran. Ia ialah satu sistem pendidikan e-pembelajaran berdasarkan

web secara individu dengan menyediakan akses maya mengandungi pembelajaran di

dalam kelas, pengisian pembelajaran, ujian, kerja rumah, gred, penilaian, dan sumber-

sumber luaran seperti akademik atau pautan laman web pendidikan. Penggunaan VLE

yang berdasarkan web ini di Malaysia selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Siti

Ezaleila dan Azizah (2011), rakyat Malaysia meluangkan purata masa hampir 20 jam

seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi, perkongsian maklumat serta

hiburan. Mereka juga bersetuju bahawa laman sosial merupakan satu platform

tambahan kepada interaksi luar talian yang biasa digunakan dan diyakini mampu

menggantikan komunikasi lain dalam masa terdekat.

Menurut Burnett (2010), kanak-kanak pada zaman kini dibesarkan dalam

persekitaran textual landscape. Textual landscape adalah satu persekitaran digital

dimana kanak-kanak terdedah dengan pelbagai cara untuk berinteraksi dan bermain

yang aktif. Persekitaran digital yang dimaksudkan adalah seperti permainan komputer,

telefon bimbit dan dunia maya. Oleh itu penggunaan ICT dalam pembelajaran

membolehkan pelajar berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif serta mampu mencapai

sesuatu ilmu secara kendiri tanpa terlalu bergantung kepada guru dalam pendidikan

formal.

Page 2: Kajian Literatur

Zainuddin (2004) pula menyatakan bahawa dalam pengajarana dan

pembelajaran, guru dan pelajar mempunyai persepsi yang positif dalam penggunaan

bahan-bahan ICT. Norini (2013) juga menyokong kenyataan ini di dalam kertas kajian

tinjauannya yang menyatakan suasana pembelajaran maya akan memaksa pelajar

secara tidak langsung untuk lebih berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya

kerana guru dan murid boleh berbincang secara maya. Pelajar tidak perlu berasa malu

untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan

pemahaman mereka. Di dalam tinjauan ini juga dinyatakan pembelajaran cara ini

mempunyai masa yang lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana boleh dilakukan

dimana sahaja asalkan ada komputer dan talian internet.

Michael Fullan (2012) dalam artikelnya The New Pedagogy: Students and

Teachers as Learning Partners telah menggariskan empat kriteria bagi

mengintegrasikan teknologi dan pedagogi dalam menghasilkan pembelajaran yang

inovatif untuk semua murid dalam pembelajaran abad ke-21. Keempat-empat kriteria

adalah seperti yang berikut:

i. Wujud keadaan mendesak supaya berlaku penglibatan guru dan murid.

ii. Cekap dan mudah untuk diguna.

iii. Kemudahan untuk mendapatkan teknologi bila-bila sahaja.

iv. Berkaitan dengan penyelesaian masalah kehidupan sebenar.

Penggunaan VLE adalah sebagai langkah meningkatkan kualiti murid melalui

pendidikan berkualiti adalah sejajar dengan dasar yang termaktub di dalam PPPM

(KPM, 2013). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Alessi dan Trollip (2010)

tersebut, transformasi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyediakan

paltform persekitaran pembelajaran maya atau Virtual Learning Environment (VLE)

untuk kegunaan semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta ibu bapa di seluruh

Malaysia ternyata merupakan suatu langkah positif untuk menjadikan pendidikan di

Malaysia setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju lain.