Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

34
SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR “KEGIATAN PELANCONGAN” TAJUK: MENGKAJI KEGIATAN EKONOMI PELANCONGAN DI TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG DARUL MAKMUR. KAWASAN KAJIAN: TAMAN NEGARA PAHANG,

Transcript of Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Page 1: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFIALAM SEKITAR MANUSIA

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR “KEGIATAN PELANCONGAN”

TAJUK: MENGKAJI KEGIATAN EKONOMI PELANCONGAN DI TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

KAWASAN KAJIAN:TAMAN NEGARA PAHANG,KUALA TAHAN,27020 JERANTUT,PAHANG.

NAMA GURU: ENCIK NIK SUHAIMI BIN NIK JAAFAR

NAMA AHLI KUMPULAN:

WAN PEI YI WONG POI LING YAP ZHI QUAN TAMIL KODY FADHLINA BT.MANSOOR RABIATUL ADAWIYAH BT.MASNAN CHEOK CHUN HOW CHEE HANN FEI JEEVAN RAJ MOHD.SHAKIRAN

Page 2: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Senarai Kandungan

Bilangan Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif Kajian 2

3.0 Kawasan Kajian 3-4

4.0 Kaedah Kajian 5

5.0 Hasil Kajian

5.1 Jenis Aktiviti

5.2 Sumbangan

5.3 Kesan

5.4 Langkah-Langkah

6-7

7-8

9

10

6.0 Kesimpulan 11

Rujukan 12

Lampiran 13-15

Page 3: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Tajuk Kajian:

Mengkaji Kegiatan

Ekonomi Pelancongan

Di Taman Negara Kuala Tahan,

Pahang.

Page 4: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Penghargaan

Salam sejahtera kepada semua pembaca, syukur dan hadrat ilahi kerana dengan

limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan kajian luar Geografi tepat pada masa

yang telah ditetapkan.

Kami telah menjalankan kajian luar ini di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Darul Makmur pada 12 Mac-14 Mac 2011. Kami ahli Kumpulan 2 terdiri daripada:

1. Wan Pei Yi

2. Wong Poi Ling

3. Yap Zhi Quan

4. Tamil Kody

5. Fadhlina bt. Mansoor

6. Rabiatul Adawiyah bt. Masnan

7. Cheok Chun How

8. Chee Hann Fei

9. Jeevan Raj

10. Mohd. Shakiran

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi kita, Encik Nik

Suhaimi kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Tidak

dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian sahaja daripada kami, Kumpulan 2.

Page 5: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Ringkasan Eksekutif

Kajian luar geografi ini telah dijalankan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Darul Makmur pada 12 Mac-14 Mac 2011 yang lalu. Semua pelajar 6AA yang

mengambil mata pelajaran Geografi digalakkan untuk menyertai lawatan sambil

belajar ini sebagai persediaan untuk menjawab salah satu soalan dalam peperiksaan

Geografi STPM yang berkaitan dengan kajian luar. Perjalanan dari Kajang ke Taman

Negara Kuala Tahan, Pahang telah mengambil kira-kira 8 jam. Seramai 28 orang

pelajar dari kelas 6AA dan disertai oleh 6 guru pengiring berserta keluarga telah

menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi

pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang jenis-jenis aktiviti pelancongan yang

dijalankan di Taman Negara. Selain itu, pelajar-pelajar juga dapat mengenal pasti

sumbangan dan kesan-kesan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap kita. Pada masa

yang sama, pelajar-pelajar juga mendapat infomasi tentang langkah-langkah untuk

mengatasi kesan kegiatan aktiviti pelancongan di Taman Negara. Dengan segala

maklumat dan pengetahuan yang didapati di Taman Negara adalah tujuan untuk

Page 6: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

menyiapkan kerja kursus ini. Diharapkan agar laporan kajian luar ini dapat

diselesaikan dengan lancar dan dihantar pada tempoh masa yang telah ditetapkan

sebelum ini.

1.0 Pengenalan

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang Darul Makmur dibuka pada 1938/1939

sebagai Taman Negara King George V. Ia dinamakan sebagai Taman Negara selepas

kemerdekaan. Keluasan Taman Negara ialah 4343km². Taman Negara terletak di

antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Taman ini menjadi sebuah destinasi ekopelancongan terkenal di Malaysia.

Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman

Negara. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan

semakin pupus seperti harimau, tenuk, seladang, gajah, rusa dan babi hutan. Sungai

Tahan menjadi kawasan habitat kepada ikan kelah, sejenis ikan pertandingan.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan seperti laluan kanopi, Gua

Telinga dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan

tropika, kicauan burung dan permandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Semua pengunjung mesti mendapat permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan

Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara.

Page 7: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Pelancong juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya

di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari

keluarga kap seperti ikan kelisa dan ikan kelah. Pelancong juga boleh menyewa bot

untuk aktiviti memancing dan sukan air. Aktiviti paling popular di Taman Negara

ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan kanopi yang

terdapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat permandangan jarak

dekat aktiviti dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.

Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat unutk memerhati

hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan

pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya.

Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.

Taman Negara adalah sebuah hutan hujan tertua di dunia yang dianggarkan

berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian flora dan fauna di sini sangat

menakjubkan dan menjadikannya salah satu ekosistem yang paling rumit di dunia.

2.0 Objektif Kajian

2.1 Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Taman Negara.

2.2 Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi

penduduk sekitar.

2.3 Mengenal pasti kesan-kesan aktiviti pelancongan.

2.4 Mencadangkan langkah-langkah mencegah/mengatasi kegiatan aktiviti

pelancongan di Taman Negara.

3.0 Kawasan Kajian

Page 8: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Kami bertolak dari sekolah pukul 8.30 pagi dan sampai ke Taman Negara

hampir pukul 5 petang. Perjalanan kami telah mengambil masa selama 8 jam.

Kami menjalankan kajian di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Kami

menjalankan kajian kami di Hutan Taman Negara, dan Laluan Kanopi. Hutan Taman

Negara tersebut menpunyai 4,343km² perluasan yang terletak di antara sempadan 3

negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Taman ini menjadi sebuah destinasi ekopelancongan terkenal di Malaysia. Gunung

Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara

yang mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus.

Laluan kanopi yang terdapat di situ juga sungguh menarik bagi memberikan

pelawat permandangan jarak dekat aktiviti dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan

yang tinggi. Projek ini telah kami diusahakan secara besar-besaran iaitu dalam

sebahagian luas dalam 4343km, dan kami pun telah menggunakan 3 hari 2 malam

bagi mengenalkan dan mengumpulkan maklumat-maklumat di Taman Negara Kuala

Tahan, Pahang.

4.0 Kaedah Kajian

Kaedah atau metodologi kajian yang telah digunakan di dalam kajian ini ialah:

4.1 Penggunaan buku rujukan:

- Teks Pra-U STPM, Geografi Alam Sekitar Manusia

4.2 Menilai melalui pemerhatian:

- Memerhati kawasan kajian dengan teliti sambil menangkap gambar di sekitar

kawasan kajian.

4.3 Menemu bual responden:

Page 9: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

- Fasilitator Kumpulan 2, Labang.

4.4 Merujuk laman web:

- www.taman negara.com ( oleh Habli Basir).

- www.wikipedia.com.

5.0 Hasil Kajian

5.1 Jenis Aktiviti

Berdasarkan kepada hasil pemerhatian kumpulan kami, kami mendapati terdapat

pelbagai aktiviti-aktiviti ekonomi dijalankan di sekitar Taman Negara Pahang.

Aktiviti-aktiviti tersebut adalah pertanian, penternakan, perniagaan, pembalakan,

pengangkutan dan juga terdapat perkhidmatan pelancongan.

Salah satu aktiviti ekonomi yang dijalankan di sekitar Kuala Tahan adalah

pertanian. Sepanjang perjalanan kami ke Taman Negara Pahang (Lampiran 1) , kami

mendapati terdapat banyak tanaman kelapa sawit yang berkonsepkan sistem

perladangan ekstensif. Kami juga mendapati terdapat banyak pusat mengumpul buah

kelapa sawit dan penjualan benih kelapa sawit yang bermutu. Penduduk di sekitar

Taman Negara Pahang turut menjalankan pertanian tetap seperti penanaman ubi kayu

dan pokok buah-buahan seperti durian dan rambutan.

Page 10: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Aktiviti ekonomi seterusnya ialah penternakan. Berdasarkan pemerhatian kami,

terdapat banyak lembu yang dibiarkan berkeliaran di sekitar ladang kelapa sawit.

Kami juga dapat memerhatikan terdapat banyak ikan Kelah dan Patin dijual dari

Sungai Tembeling semasa perjalanan ke Taman Negara Pahang.

Selain itu, aktiviti perniagaan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang

dijalankan oleh penduduk di Taman Negara Pahang. Terdapat kedai-kedai makan,

kedai cenderamata dan kedai runcit berdekatan dengan jeti Taman Negara (Lampiran

2). Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah untuk menyara kehidupan penduduk

dan perniagaan yang dijalankan merupakan pekerjaan tetap penduduk-penduduk.

Salah satu faktor Taman Negara ini menjadi kawasan pilihan pelancong adalah

disebabkan kos yang murah dan berpatutan dikenakan terhadap para pelancong.

Keempat, semasa perjalanan kami ke Taman Negara, kami mendapati terdapat

aktiviti pembalakan dijalankan secara giat. Hal ini terbukti apabila kami nampak

terdapat lori-lori yang mengangkut balak-balak. Pembalakan ini dijalankan untuk

tujuan pembinaan. Pembalakan ini akan menyumbang kepada perubahan bentuk muka

bumi dan menjadikan kawasan tersebut menjadi tandus. Ini juga akan menyebabkan

hutan primer menjadi hutan sekunder.

Kelima, terdapat aktiviti pengangkutan dijalankan. Terdapat perkhidmatan

pengangkutan seperti van untuk menghantar pelancong-pelancong dari kawasan

penginapan ke jeti. Juga disediakan perkhidmatan bot-bot berenjin untuk menghantar

pelancong-pelancong ke kawasan hutan simpan Taman Negara dan untuk menghayati

permandangan sepanjang Sungai Tembeling tersebut. Ini akan memudahkan

pergerakan pelancong-pelancong dan meningkatkan darjah ketersampaian Taman

Negara.

Seterusnya, terdapat banyak perkhidmatan dan servis pelancongan yang

disediakan kepada pelancong-pelancong. Kebanyakan pelancong dari Australia dan

Page 11: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

New Zealand. Wujudnya resort dan chalet sebagai tempat penginapan pelancong.

Contohnya seperti Persona Resort dan chalet Mat Leon yang terletak bersekitaran

dengan Sungai Tembeling. Terdapat juga perkhidmatan yang menyediakan pemandu

pelancong untuk membimbing dan memberitahu para pelancong tentang ciri-ciri

geografi, sejarah dan juga aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan.

5.2 Sumbangan Terhadap Sosioekonomi

Sumbangan terhadap sosioekonomi kawasan kajian, Taman Negara Kuala Tahan,

Pahang Darul Makmur ialah sebagai penyumbang kepada pendapatan negara,

menyediakan peluang pekerjaan, menggalakkan rantaian ekonomi, dan menggalakkan

perkembangan teknologi.

Sektor pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang memberi sumbangan

yang besar kepada pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing. Menurut

fasilitator Kumpulan 2, Encik Labang (Lampiran 3) dan Encik Isma Saring (Lampiran

4) mengatakan banyak pelancong asing berasal dari negara Australia dan Singapura

mempunyai nilai mata wang yang tinggi. Hasil perbelanjaan untuk penginapan,

pengangkutan dan komunikasi telah menambahkan pendapatan negara.

Sumbangan kedua adalah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk

tempatan. Dengan ini, kadar pengangguran dapat dikurangkan dan taraf hidup

penduduk dapat ditingkatkan. Contoh peluang pekerjaan yang wujud adalah peniaga

kedai runcit dan cenderahati, pemandu bot dan juga pemandu pelancong. Keadaan ini

juga dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk tempatan.

Selain itu, sumbangan ketiga adalah menggalakkan rantaian ekonomi. Contohnya

penghasilan kraf tangan, perniagaan makanan dan perhotelan. Terdapat juga penjualan

Page 12: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

T-Shirt dan anyaman unik ditawarkan kepada pelancong-pelancong asing. Produk

yang menarik dijual dapat menarik perhatian pelancong asing untuk dibawa balik ke

negara mereka.

Sumbangan keempat adalah sektor pelancongan dapat menggalakkan

perkembangan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara.

Contohnya badan kerajaan akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO)

untuk mengadakan pameran pelancongan, forum dan juga memperhebatkan iklan

tentang bidang pelancongan di media elektronik dan cetak. Ini dapat memberitahu

orang ramai tentang kejayaan sektor pelancongan di negara kita dan dapat

menggalakkan orang ramai untuk melancong di dalam negara kita.

5.3 Kesan Aktiviti Pelancongan Di Sekitar Kawasan Kajian

Berdasarkan kepada pemerhatian, kami mendapati banyak kesan aktiviti

pelancongan di sekitar kawasan kajian. Kesan-kesannya adalah perubahan bentuk

muka bumi, ketidakstabilan suhu, pencemaran air, dan gangguan kepada ekosistem

daratan.

Kesan pertama aktiviti pelancongan terdapat alam sekitar adalah menyebabkan

perubahan bentuk muka bumi. Kawasan hutan di sekitar kawasan kajian ditarah dan

digondolkan untuk membina resort. Contohnya, pembinaan Resort Mat Leon, hutan

terpaksa diterokai untuk tujuan pembinaan.

Kesan kedua adalah menyebabkan ketidakstabilan suhu setempat. Apabila hutan

Page 13: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

telah ditebang secara besar-besaran, tumbuh-tumbuhan yang berperanan untuk

membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida akan musnah. Penebangan

pokok juga akan menyebabkan kandungan oksigen di udara berkurangan dan suhu

setempat akan meningkat 2ºc-3ºc.

Kesan ketiga aktiviti pelancongan telah menyebabkan pencemaran air. Sisa

kumbahan domestik dan pembuangan sampah berpunca dari chalet, resort, restoran

dan gerai. Akibatnya, kualiti air akan tercemar dengan bakteria E-Coli seperti

ammonia yang boleh memusnahkan ekosistem sungai.

Seterusnya, didapati bahawa aktiviti pelancongan telah membawa gangguan

kepada ekosistem daratan daripada penerokaan hutan. Hutan adalah berfungsi sebagai

habitat haiwan, membekalkan oksigen dan sebagai pengeluar dalam rantaian makanan

untuk pelbagai hidupan. Akibatnya, hutan terpaksa dimansuhkan dan pelbagai spesies

flora dan fauna akan pupus.

Kelima, penarahan dan pemotongan bukit di bawah 45ºbukit untuk tujuan

pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan pembangunan akan menyebabkan

keseimbangan bukit terganggu. Tanah runtuh dan gelongsoran tanah akan berlaku giat

apabila sesuatu kawasan dihakis oleh air hujan dan air larian permukaan secara

langsung. Akhirnya kawasan tersebut akan menjadi tidak stabil kerana akar tumbuhan

yang berfungsi untuk mencengkam tanah daripada dihakis musnah.

5.4 Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Kesan Aktiviti

Pelancongan Di Sekitar Kawasan Kajian

Page 14: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Aktiviti pelancongan telah mendatangkan banyak masalah dan kesan kepada alam

sekitar kita. Oleh itu, langkah-langkah perundangan, pengurusan dan pendidikan perlu

diambil untuk mengatasi kesan aktiviti pelancongan di sekitar kawasan kajian.

Langkah perundangan yang boleh diambil adalah melalui penguatkuasaan

undang-undang. Contohnya, penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara yang melarang

penebangan, memotong atau penorehan pokok di hutan simpan Taman Negara. Akta

ini juga melarang sesiapa sahaja untuk membawa balik, mengumpul dan mengambil

sebarang tumbuh-tumbuhan di hutan simpan Taman Negara.

Hukuman dan denda seperti denda kompaun, sebatan dan penjara boleh

dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang yang melanggar peraturan berkaitan dengan

alam sekitar. Pemantauan juga harus dijalankan dengan lebih aktif lagi oleh pegawai-

pegawai Jabatan Alam Sekitar untuk mencegah aktiviti seperti pembalakan haram

dijalankan.

Langkah pengurusan yang boleh diambil adalah dengan menubuhkan bank-bank

genetik. Bank genetik ini perlu menyimpan pelbagai spesimen seperti DNA setiap

haiwan dan tumbuh-tumbuhan bagi mengelakkan flora dan fauna ini terus lenyap.

Melalui penubuhan bank-bank genetik ini, harap kualiti flora dan fauna dapat

dipertingkatkan dan masalah kepupusan dapat diatasi.

Melalui kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan memelihara dan

memulihara alam sekitar perlu diadakan secara global. Kempen-kempen kesedaran

yang dijalankan boleh memberi infomasi dan pendedahan kepada masyarakat tentang

cara untuk menjaga dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar, yang betul. Melalui

kempen ini juga, masyarakat akan sedar tentang kepentingan melindungi alam sekitar

dan berusaha untuk melindungi flora dan fauna kita.

Page 15: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Kesimpulan

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang Darul Makmur merupakan sebuah kawasan

pelancongan yang terkenal di seluruh dunia. Para pelancong dari seluruh pelosok

dunia berkunjung ke tempat ini setiap tahun dan sekaligus membantu ekonomi negara

dari segi pelancongan meningkat dengan begitu pesat sekali.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di sekitar Taman

Negara. Antaranya ialah pertanian, penternakan, pengangkutan dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah banyak menyumbangkan kepada sosioekonomi

penduduk setempat. Antara sumbangannya adalah dapat membantu meningkatkan

pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk

setempat.

Walau bagaimanapun, kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan di Taman

Negara Kuala Tahan, Pahang telah membawa impak terhadap alam sekitar fizikal

tempatan. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil untuk membendung masalah yang

tidak diingini menimpa alam sekitar kita.

Akhirnya, kami berasa sungguh gembira kerana dapat menjayakan kajian kuar

kami dengan lancar dan sempurna. Kami juga berjanji bahawa akan berusaha untuk

menjaga khazanah negara yang tidak ternilai ini supaya tidak ditelan zaman moden.

Rujukan1) Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah, 2009, Geografi Alam Sekitar

Manusia, Longman Petaling Jaya.

2) www.taman negara.com.

3) www.wikipedia/taman negara.com.

Page 16: Kajian Luar Geografi STPM: Kegiatan Ekonomi Pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang