Kajian Mengenai Penggunaan Kemahiran Berfikir Dalam

download Kajian Mengenai Penggunaan Kemahiran Berfikir Dalam

of 23

description

kemahira berfikir

Transcript of Kajian Mengenai Penggunaan Kemahiran Berfikir Dalam

  • KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM TAJUK PEMBEZAAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

    LIMA

    NURUL EMAZAH BINTI RAMLI

    Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

    FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    APRIL, 2010

  • iii

    DEDIKASI

    Teristimewa buat keluargaku

    Ayah~ Ramli bin Musa

    Mak~ Anisah binti Ismail

    Along~ Nurul Ernie

    Achik~ Nurul Iffah Wadiah

    Ateh~ Nurul Syamimi

    Ade~Nurul Afina

    Abang~ Ahmad Fathu Rahman

    Adik~ Nurul Alleya Irdina

    Terima kasih kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan.

    Doa kalian sentiasa mengiringi kejayaan Angah.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Bismillahirahmanirahhim

    Segala puji bagi Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dilimpahi taufiq nur hidayah-Nya, penulisan ini berjaya disiapkan. Penulis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah pembimbing bagi projek ini, Prof. Madya Md. Nor Bakar di atas kesudian memberi tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan menyumbang idea sepanjang projek ini disiapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pengetua, guru dan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam projek ini. Alhamdulillah, Projek Sarjana Muda ini disiapkan juga akhirnya dengan kerjasama anda semua. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan membalas segala jasa baik anda.

  • v

    ABSTRAK

    Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen yang penting dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh itu, penguasaan kemahiran berfikir ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pemikiran pelajar kepada lebih bersifat kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif. Maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti komponen-komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang telah diterapkan dalam tajuk Pembezaan serta penguasaannya dalam kalangan pelajar. Terdapat tiga instrumen yang digunakan dalam kajian iaitu instrumen Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) yang dijalankan dalam aspek soalan latihan, set soal selidik yang diedarkan kepada 67 orang pelajar tingkatan lima dan temubual yang dilakukan kepada 6 orang pelajar dalam kalangannya. Data dianalisis menggunakan perisisan SPSS untuk mencari kekerapan, peratus dan nilai purata. Hasil kajian mendapati komponen menilai paling kerap diterapkan dalam aspek soalan latihan dalam tajuk Pembezaan. Manakala terdapat lima komponen yang tidak langsung diterapkan iaitu menyusun mengikut keutamaan, membuat inferens, meramal, membuat hipotesis dan mengitlak. Kajian juga mendapati pelajar paling menguasai komponen mengumpul dan mengelas manakala pelajar paling tidak menguasai komponen mereka cipta. Secara keseluruhannya didapati penguasaan KBKK pelajar dalam tajuk Pembezaan berada pada tahap lemah. Bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap KBKK, satu contoh rancangan pengajaran bagi tajuk Pembezaan dikemukakan sebagai panduan kepada guru Matematik Tambahan.

  • vi

    ABSTRACT

    Critical and Creative Thinking Skill (CCTS) is an important element in our educational system. Hence the mastery in Critical and Creative Thinking is expected to enhance students abilities to be more innovative, imaginative and creative. Therefore, this study was conducted to identify CCTSs components that had been infused in Differentiation topic and it mastery levels among students. The research instruments used in this study are Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) in question and exercises aspect, questionnaires that had been distributed to 67 form five students and the interview towards 6 students among them. Raw data were analyzed using SPSS software to obtain frequencies, percentages and means. The result shows that the evaluating component is most often used in Differentiation topic. While there are five components that were never used such as prioritizing, making inferences, predicting, making hypotheses and making genaralisations. The result also shows that students master excellently in grouping and classifying while the least mastery in modifying component. In general, the result of this research shows that the mastery level in CCTS

    among students is at a very low level. In order to enhance the mastery level among students towards CCTS, a lesson plan which incorporates the thinking skills is introduced as a reference to Additional Mathematics teachers.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    JUDUL i PERAKUAN PELAJAR ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v

    ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv

    1 PENGENALAN 1-11 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 2

    1.2 Pernyataan Masalah 4

    1.3 Objektif Kajian 5 1.4 Persoalan Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Batasan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah/Operasi

    1.7.1 Penguasaan 7

    1.7.2 Kemahiran Berfikir 8

    1.7.3 Mengumpul Dan Mengelas 8

  • viii

    1.7.4 Menganalisis 8 1.7.5 Menilai 9 1.7.6 Membuat Kesimpulan 9 1.7.7 Menghubung Kaitkan 9 1.7.8 Mensintesis 9 1.7.9 Mengitlak 10 1.7.10 Membuat Gambaran Mental 10 1.7.11 Mereka Cipta 10

    1.7.12 Membuat urutan 10 1.7.13 Menjana idea 11 1.7.14 Pelajar 11

    1.8 Penutup 11

    2 SOROTAN LITERATUR 12-29 2.0 Pendahuluan 12 2.1 Kerangka Kajian 13 2.2 Pendidikan Matematik Masa Kini 14 2.3 Matematik Tambahan, Kalkulus

    Dan Pembezaan 16 2.4 Kesukaran Pelajar Dalam Bidang

    Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21

    2.8 Jenis-jenis Pemikiran 22 2.9 Model Kemahiran Berfikir 23 2.9.1 Model CoRT 1 Dan CoRT 4 24 2.9.2 Model KWHL 24

  • ix

    2.9.2. Model R. Swarts Dan Sandra Parks 25 2.9.3 Model PILTS 26 2.9.4 Model Kemahiran Berfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) 27 2.10 Kepentingan Kemahiran Berfikir 28

    2.11 Penutup 29

    3 METODOLOGI 30-47 3.0 Pendahuluan 30 3.1 Rekabentuk 30 3.2 Tempat/Lokasi Kajian 31 3.3 Sampel Kajian 32 3.4 Instrumen Kajian 32

    3.4.1 Instrumen Analisis Penggunaan

    Komponen KB 33 3.4.2 Set Soal Selidik Ujian Bertulis 33

    3.4.2.1 Bahagian A 33 3.4.2.2 Bahagian B 34

    3.4.3 Petunjuk Kemahiran Berfikir Kritis 36 3.4.4 Petunjuk Kemahiran Berfikir Kreatif 38 3.4.5 Temu bual 40

    3.5 Prosedur Kajian 42 3.6 Kajian Rintis 43 3.7 Analisis Data 44

    3.7.1 Kuantitatif 44 3.7.2 Kualitatif 45

    3.8 Jangkamasa 46

  • x

    3.9 Penutup 47

    4 ANALISIS DATA 48-82 4.0 Pendahuluan 48 4.1 Analisis Data 48

    4.1.1 Analisis Buku Teks 48 4.1.1.1 Komponen Kemahiran

    Berfikir Kritis dan Kreatif 49 4.1.1.2 Komponen Kemahiran

    Berfikir Kritis 54 4.1.1.3 Komponen Kemahiran

    Berfikir Kreatif 55 4.1.2 Kajian Rintis 56 4.1.3 Analisis Penguasaan Kemahiran Berfikir 58 4.1.3.1 Latar Belakang Responden 58 4.1.3.2 Tahap Penguasaan KBKK

    Untuk Keseluruhan Item 59 4.1.3.3 Tahap Penguasaan KBKK

    Untuk Item 1 62 4.1.3.4 Tahap Penguasaan KBKK

    Untuk Item 2 64 4.1.3.5 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 3 65 4.1.3.6 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 4 66 4.1.3.7 Tahap Penguasaan KBKK

    Untuk Item 5 67 4.1.3.8 Tahap Penguasaan KBKK

  • xi

    Untuk Item 6 68 4.1.3.9 Tahap Penguasaan KBKK Untuk Item 7 70 4.1.3.10Tahap Penguasaan KBKK

    Untuk Item 8 72 4.1.3.11Tahap Penguasaan KBKK

    Untuk Item 9 73 4.1.3.12Tahap Penguasaan KBKK

    Untuk Item 10 74 4.1.3.13Tahap Penguasaan KBKK

    Untuk Item 11 75 4.1.3.14Purata Markah Pencapaian 76 4.14 Analisis Temu bual 78

    4.2 Penutup 82

    5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 83-87 5.0 Pendahuluan 83 5.1 Rumusan 83 5.2 Implikasi Kajian 85 5.3 Cadangan 85 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 86 5.5 Penutup 87

    RUJUKAN 88-95 LAMPIRAN 96-131

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Bilangan sampel yang digunakan dalam kajian 32 3.2 Taburan item soal selidik mengikut objektif huraian Sukatan pelajaran 34 3.3 Taburan item soal selidik mengikut KBKK 35 3.4 Petunjuk KB kritis yang terlibat dalam kajian 36 3.5 Petunjuk KB kreatif yang terlibat dalam kajian 38 3.6 Taburan item temu bual mengikut aspek 41 3.7 Jadual spesifikasi tahap penguasaan pelajar dalam Komponen KB 45 3.8 Jangka masa pelaksanaan kajian 46 4.1 Instrumen analisis penggunaan KB bagi setiap sub-topik 50 4.2 Jadual analisis kajian rintis 57 4.3 Latar belakang responden 58 4.4 Peratus tahap penguasaan KBKK

    untuk keseluruhan item 60 4.18 Markah pencapaian responden dalam

    set soal selidik ujian bertulis 77

  • xiii

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kerangka kajian 13 2.2 Model Kemahiran Berfikir 27 3.1 Prosedur-prosedur kajian 42 4.1 Bilangan komponen KB yang diterapkan

    dalam soalan latihan 51 4.2 Peratus kekerapan komponen KB yang diterapkan

    dalam soalan latihan mengikut kritis dan kreatif 52 4.3 Peratus kekerapan komponen KB kritis

    yang diterapkan dalam soalan latihan 54 4.4 Peratus kekerapan komponen KB kreatif

    yang diterapkan dalam soalan latihan 55 4.5 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk

    Keseluruhan Item 61 4.6 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 1 62 4.7 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 2 64 4.8 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 3 65 4.9 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 4 66 4.10 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 5 67 4.11 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 6 68 4.12 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 7 70

    4.13 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 8 72 4.14 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 9 73 4.15 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 10 74 4.16 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 11 75 4.17 Peratus tahap penguasaan dari aspek

    markah pencapaian 77

  • xiv

    SENARAI SINGKATAN

    AK - Analisis Kandungan

    CATSS - Content Analysis of Thinking Skills Stella

    F - Kemahiran Berfikir Kreatif

    KB - Kemahiran Berfikir

    KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    P - Pengkaji PMR - Penilaian Menengah Rendah

    R - Responden

    S - Kemahiran Berfikir Kritis

    SPM - Siil Pelajaran Malaysia

  • xv

    LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Instrumen analisis penggunaan KBKK 96

    B Rancangan pengajaran 105

    C Set soalan ujian bertulis 110

    D Skema jawapan 116

    E Surat Kebenaran Kementerian 126

    F Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 127

    G Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 128

    H Pengesahan Kajian Rintis 129

  • BAB 1

    PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan

    Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. John Dewey (1977) dalam Sabri Ahamad et all (2006) menjelaskan bahawa pendidikan ialah satu proses pertumbuhan atau perkembangan yang merupakan daya usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada pada seseorang individu. Pendidikan dan pengetahuan mempunyai impak yang besar dalam kehidupan seseorang manusia serta menjadi kayu ukur kepada kekuatan dan pertahanan sesebuah negara. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2009). Pembangunan negara juga bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan. Rakyat mestilah berintelek, berpengetahuan tinggi dan sentiasa berfikir bagi menjamin perkembangan negara ke arah menjadi sebuah negara maju. Asas pembentukan intelek adalah kemahiran berfikir yang meliputi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Unsur ini mampu mengembangkan daya pemikiran agar kita mampu membuat huraian, menganalisa, menaakul, merumus dan seterusnya menghasilkan idea-idea yang baru dan bernas (Nazlina, 2006). Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga diberi penekanan dalam matlamat dan objektif pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Tahap penggunaan kemahiran ini mampu mendorang seseorang untuk menguji kebenaran keputusan yang dibuat dan mengelakkan penyelesaian masalah yang salah. Unsur-unsurnya perlu disepadukan dalam semua matapelajaran agar pelajar

  • 2

    dapat meningkatkan daya intelek mereka selari dengan pembentukan jasmani, emosi, rohani dan sahsiah mereka (Som dan Mohd Dahalan, 2003).

    Perkembangan negara yang sedang pesat membangun sekarang mendorong kerajaan menyemak semula serta mengubahsuai kurikulum supaya sejajar dengan kehendak semasa. Kurikulum adalah rancangan operasi yang menghuraikan idea matematik yang harus diberikan kepada pelajar dan bagaimana pelajar memperoleh dan menggunakan idea tersebut (Romberg, 1975). Kurikulum Matematik sekolah di Malaysia sentiasa mengalami perubahan sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu, penyemakan semula kurikulum dilakukan dengan tujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada alaf 21(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan, adalah penting semua peringkat sistem pendidikan kita mendidik dan menghasilkan rakyat yang berpengetahuan, berketrampilan, dan boleh berfikir secara kritis dan kreatif, serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak. Oleh itu, institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang penting dari segi memastikan adanya kesinambungan program peningkatan kemahiran berfikir yang sedang diusahakan di sekolah rendah dan menengah kita (Hanafi, 1995). Pelbagai kajian tentang pemikiran serta kemahiran berfikir telah dilakukan oleh para cendikiawan untuk memperkasakan minda ke arah berfikir secara berintelek tinggi. Ini jelas menunjukkan kepentingan berfikir dalam kehidupan seseorang demi memastikan pembangunan negara.

    1.1 Latar Belakang Masalah

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Menurut Mohd Fathi (2004)

  • 3

    salah satu objektif KBSM adalah menjurus kepada perkembangan intelek serta pemikiran yang rasional. Penggubalan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) kepada KBSM merupakan salah satu cara untuk mencapai atau merealisasikan kehendak negara terutamanya dalam kemajuan negara seperti dalam bidang sains dan teknologi. Misalnya kurikulum matematik sekolah di Malaysia mengalami beberapa perubahan yang signifikan. Kurikulum ini telah melalui tiga peringkat iaitu matematik tradisi, matematik moden dan matematik seperti dalam KBSM yang ada sekarang. Sebelum ini dikenali sebagai KLSM (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). KBSM juga menekankan kepada penerapan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam setiap mata pelajaran yang diperkenalkan seperti Matematik Tambahan. Kepelbagaian aliran juga diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi kemajuan negara dalam pelbagai aspek seperti dengan memperkenalkan aliran sains tulen, aliran teknik dan vokasional dan aliran sastera pada peringkat sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, pelajar yang berada dalam aliran sains tulen di seluruh sekolah di Malaysia diwajibkan mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan tetapi ia hanyalah subjek elektif kepada pelajar lain.

    Pelajar akan menjadi seorang pemikir yang baik melalui penerapan kemahiran berfikir semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru adalah individu yang berperanan penting dalam merancang aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar mereka boleh menjana minda pelajar untuk terus berfikir. Guru perlulah mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam setiap soalan-soalan yang dikemukakan dan menerapkan teknik-teknik menggunakan kemahiran berfikir. Maka pelajar akan terus berfikir dalam menjawab semua soalan bukan sekadar mengingati langkah-langkah untuk memperolehi jawapan tanpa mengetahui dan memahami soalan tersebut. Menurut Fattima Zahara (2007) kefahaman dan kemahiran matematik tidak hanya terhad kepada kebolehan menjalankan algorithma seperti operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi sebagaimana yang terkandung dalam tradisi tetapi juga peringkat kefahaman yang jauh lebih tinggi. Pelajar pada masa kini juga membudayakan budaya menghafal lebih berbanding budaya memahami sesuatu kandungan pelajaran itu sendiri. Dengan menghafal, pelajar sememangnya

  • 4

    dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik tetapi pelajar telah mengabaikan suatu aspek penting iaitu melatih minda untuk berfikir sedangkan untuk mencapai kemajuan dalam diri sendiri (Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli dalam Fattima Zahara, 2007) memerlukan pemikiran yang beraras tinggi yang dapat dipupuk melalui pendidikan KBKK. Sehubungan dengan itu, penyebatian dan penyepaduan unsur-unsur KBKK dalam semua aktiviti adalah perlu agar pelajar dapat meningkatkan daya intelek mereka seiring dengan perkembangan sahsiah pelajar.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Pembezaan merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran Matematik Tambahan tingkatan empat. Pembezaan merupakan satu cabang Kalkulus yang diperkenalkan kepada pelajar. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan kesukaran tajuk ini untuk dikuasai oleh pelajar. Antara faktor yang menyumbang kepada kesukaran pelajar untuk menguasai tajuk ini adalah kerana kurang atau tidak menguasai sepenuhnya komponen kemahiran berfikir dengan baik.

    Menurut Mohd Fauzi Said (2000) diperingkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah, rungutan daripada guru-guru tentang kelemahan murid-muridnya dalam Matematik memang sering kedengaran. Kelemahan murid-murid didapati lebih ketara apabila menghadapi topik-topik yang lebih sukar, contohnya dalam tajuk pembezaan. Mengikut Faridah (1996) kebanyakan pelajar lemah dalam tajuk Pembezaan, walaupun mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

    Kesulitan lain yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran matematik ialah kesulitan bahasa matematik. Menurut Orton (1983) dalam Wan Norliza Wan Bakar (2004) pelajar kalkulus tidak berupaya untuk memahami kalkulus kerana mereka lemah

  • 5

    dalam konsep fungsi disiplin tersebut. Menurut Orton (1983) lagi, kajian yang dijalankan olehnya mengenai kefahaman pelajar kalkulus tentang konsep pembezaan dalam kadar perubahan menunjukkan mereka menganggapnya sebagai nombor nisbah. Menurut White (1996) dalam Wan Norliza Wan Bakar (2004) pula, pelajar-pelajar kalkulus hanya menggunakan simbol untuk dimanipulasikan dan bukan mencari perkaitan antaranya.

    Selain menghadapi kesukaran untuk memahami istilah matematik, pelajar kalkulus juga menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah kalkulus kerana tidak mempunyai kemahiran berfikir yang baik. Menurut Sabri Ahmad et all (2006) majoriti pelajar di sekolah tidak dapat menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi membantu mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dengan yakin dan berkesan dalam mata pelajaran lain dalam bidang sains tulen. Masalah ini dapat diatasi dengan penerapan kemahiran berfikir dengan baik bermula dari pihak guru-guru dan seterusnya disampaikan kepada pelajar-pelajar. Maka disini wujudlah kesinambungan antara guru-guru dan pelajar-pelajar, di mana asas yang betul telah diterapkan kepada guru untuk disalurkan kepada pelajar dalam melahirkan insan yang berdaya intelektual yang tinggi pada masa hadapan. Saraswathi (2004), turut mencadangkan kemahiran berfikir disebatikan dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar dapat berfikir apa yang mereka telah pelajari dan seterusnya meminimumkan kesilapan berfikir.

    1.3 Objektif Kajian

    1.3.1 Mengkaji komponen kemahiran berfikir yang paling kerap diterapkan dalam tajuk Pembezaan dalam aspek soalan latihan.

  • 6

    1.3.2 Mengkaji tahap penguasaan pelajar menggunakan kemahiran berfikir semasa menjawab soalan berkaitan tajuk Pembezaan.

    1.3.3 Mencadangkan rancangan pengajaran (lesson plan) yang menerapkan kemahiran berfikir bagi tajuk Pembezaan.

    1.4 Persoalan Kajian

    Berdasarkan objektif di atas, pengkaji berharap dapat menjawab persoalan-persoalan berikut:

    1.4.1 Apakah komponen kemahiran berfikir yang paling kerap diterapkan dalam tajuk Pembezaan dalam aspek soalan latihan?

    1.4.2 Apakah tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan aspek kemahiran berfikir semasa menjawab soalan bagi tajuk Pembezaan?

    1.5 Kepentingan Kajian

    Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti komponen-komponen kemahiran berfikir yang diterapkan dalam buku teks bagi tajuk Pembezaan dalam elektif mata pelajaran Matematik Tambahan bagi tingkatan empat. Setelah mengenal pasti komponen yang tidak dan kurang diterapkan dalam buku teks serta berdasarkan soal selidik ke atas responden, pengkaji akan mengutarakan rancangan, satu modul ringkas