KAJIAN PENGURUSAN KOLEKSI ZOOLOGI DI MUZIUM … PENGURUSAN KOLEKSI ZOOLOG… · pembangunan ekonomi...
Transcript of KAJIAN PENGURUSAN KOLEKSI ZOOLOGI DI MUZIUM … PENGURUSAN KOLEKSI ZOOLOG… · pembangunan ekonomi...
KAJIAN PENGURUSAN KOLEKSI ZOOLOGI DI MUZIUM SARAWAK
NORSIMAH BINTI LAKASSA
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan
Kepujian
( Pengurusan Seni )
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai SULIT atau
TERHAD
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: KAJIAN PENGURUSAN KOLEKSI ZOOLOGI DI MUZIUM SARAWAK
SESI PENGAJIAN : 2004/2007
Saya NORSIMAH BINTI LAKASSA
mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara instituisi pengajian tinggi.
5. * sila tandakan
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan
oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Tandatangan Penulis
Tarikh:
Alamat tetap:
Desa Bombalai, Ladang Table,
Golden Hope Plantation,
Peti Surat 135,91007
Tawau, Sabah.
Disahkan
Tandatangan Penyelia
Tarikh:
Projek bertajuk ‘Kajian Pengurusan Koleksi Zoologi di Muzim Sarawak’ telah
disediakan oleh Norsimah Binti Lakassa dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
______________________________
(Puan Rahah Haji Hassan)
Tarikh:
______________________________
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian penyelidikan dalam hasil penulisan ilmiah/tesis ini
telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada
kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.
___________________________
(NORSIMAH BINTI LAKASSA)
No.Matrik : 12657
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya
dapat juga akhirnya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan
juga buat Puan Rahah Haji Hassan. Melalui bimbingan, tujuk ajar dan nasihat beliau juga
maka saya dapat menyiapkan kajian ini dengan baik.
Setelah beberapa bulan berusaha mendapatkan maklumat dan membuat kajian akhirnya
dapat juga saya menyiapkan kajian ini. Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya kerana banyak memberikan
dorongan dan bantuan yang diperlukan dalam menyiapkan kajian ini. Kepada pensyarah-
pensyarah lain yang memberikan tunjuk ajar, terima kasih buat kalian. Tidak lupa juga
buat kawan-kawan yang sudi memberi pandangan dan pendapat, jasa kalian tetap
dikenang. Untuk kakitangan bahagian zoologi terima kasih kerana sudi memberikan
kerjasama, tanpa kalian sudah tentu kajian ini akan tergendala. Buat semua yang terlibat
dalam kajian ini terima kasih sekali lagi.
Dari daik pulang ke daik,
Sehari-hari berkebun pisang,
Budi baik di balas baik,
Dalam hati dikenang orang.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
TAJUK PENYELIDIKAN……………………………….……………………..........i
BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN…………………….………........ii
PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA……………………….........iii
PENGAKUAN.............................................................................................................iv
PENGHARGAAN……………………………………………………….……...........v
ISI KANDUNGAN………………………………………………………….….........vi
ABSTRAK………………………………………………………………….…...........ix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan.........................................................................................................1
1.1.1 Asal usul muzium Sarawak....................................................................1
1.1.2 Bahagian Zoologi...................................................................................3
1.1.3 Pengurusan koleksi................................................................................5
1.1.4 Menguruskan koleksi.............................................................................7
1.1.5 Kajian lapangan,pengumpulan dan penyelidikan..................................8
1.1.6 Mendokumenkan Koleksi......................................................................9
1.2 Definisi.............................................................................................................11
1.2.1 Definisi Muzium...................................................................................11
1.2.2 Definisi Zoologi....................................................................................13
1.2.3 Definisi Pengurusan Koleksi.................................................................14
1.3 Objektif.............................................................................................................15
1.4 Hipotesis...........................................................................................................16
1.5 Skop Kajian.......................................................................................................17
1.6 Permasalahan Kajian.........................................................................................19
1.7 Kepentingan Kajian...........................................................................................20
1.8 Kesimpulan........................................................................................................22
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Kaitan dari segi Sejarah / Asal usul...................................................................23
2.2 Kaitan dari segi Pengurusan Koleksi.................................................................27
2.3 Kaitan dari segi menjalankan kajian.................................................................37
2.4 Kesimpulan........................................................................................................39
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan........................................................................................................40
3.2 Lokasi Kajian....................................................................................................41
3.3 Sumber Data......................................................................................................42
3.2.1 Data Primer............................................................................................42
3.2.2 Data Sekunder .......................................................................................43
3.4 Populasi.............................................................................................................45
3.5 Persampelan.......................................................................................................47
3.6 Instrumen Kajian...............................................................................................49
3.7 Limitasi Kajian..................................................................................................50
3.8 Kesimpulan........................................................................................................52
BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan……………………….…………………………………………....53
4.2 Penganalisaan Data............................................................................................55
4.2.1 Temuramah............................................................................................55
4.2.2 Pelaksanaan Pengurusan Koleksi Zoologi.............................................57
4.2.3 Kaedah Mendapatkan Koleksi Zoologi..................................................61
4.2.4 Prosedur Penjagaan Koleksi Zoologi.....................................................67
4.2.5 Bahan-bahan yang digunakan dalam menyediakan koleksi..................76
4.2.6 Keberkesanan Pengurusan Koleksi Zoologi..........................................78
4.3 Kesimpulan........................................................................................................80
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan.........................................................................................................81
5.2 Rumusan............................................................................................................82
5.3 Cadangan...........................................................................................................83
5.3.1 Menggunakan sistem komputer.............................................................83
5.3.2 Memberikan latihan kepada kakitangan................................................85
5.3.3 Mendapatkan tenaga pakar....................................................................86
5.3.4 Menetapkan bidang tugas setiap kakitangan.........................................87
5.3.5 Menyediakan ruang kerja yang selesa...................................................91
5.3.6 Bekerjasama dengan Muzium-muzium lain..........................................93
5.3.7 Memperbaharui prosedur sedia ada.......................................................94
5.3.8 Menyediakan ruang penyimpanan koleksi dan peralatan bersesuaian...95
5.4 Cadangan untuk kajian akan datang.................................................................102
5.5 Kesimpulan.......................................................................................................105
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
ABSTRAK
Kajian ini mengenai pengurusan koleksi zoologi yang telah dilakukan di Muzium
Sarawak yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Pengurusan koleksi adalah salah
satu aspek penting dalam sesebuah muzium kerana tanpa pengurusan yang baik sudah
tentu koleksi yang dimiliki mengalami kemusnahan. Lantaran itu kajian ini dilakukan
untuk mengupas dengan lebih lanjut lagi mengenai pengurusan koleksi tersebut. Secara
keseluruhannya, kajian ini dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya
pihak yang berkepentingan seperti pengkaji lain dan pelajar.
ABSTRACT
This case study looks at zoology collection management in the Sarawak museum.
Collection management is the main focus of this study because without proper
management, many problems will arise in the collection. This study hopes to give better
guidance in good collection management. As a whole, the public can benefit from this case
study especially for those who are interested in conducting a similar research.
1.1 PENGENALAN
1.1.1 Asal Usul Muzium Sarawak
Muzium pertama di Borneo ditubuhkan pada tahun 1886 iaitu di Kuching. Walau
bagaimanapun, cadangan untuk menubuhkan sebuah muzium telah di cadangkan pada 26
mac 1878. Banyak bahan-bahan pameran yang didapati daripada penderma-penderma
untuk kegunaan muzium pada masa tersebut tetapi perkembangannya agak lambat. Pada
mulanya bahan-bahan pameran diletakkan di Astana dan kemudiannya dipindahkan ke
sebuah bilik dalam bangunan menara Jam (Clock Tower) iaitu berhadapan dengan
Pangkalan Batu. (Chin , 1983).
Kemudian cadangan untuk menubuhkan muzium berkembang semula pada tahun
1886 dan keputusan telah dibuat untuk membeli koleksi yang ada pada H. Booke Low.
Koleksi ini adalah berkaitan dengan spesimen etnografik yang diperolehinya dari kawasan
Rajang. Bahan-bahan tersebut diletakkan disebuah kawasan berdekatan dengan Pasar dan
dibuka dengan rasmi oleh Raja Charles Brooke pada 30 oktober 1886. (Chin, 1983).
Selepas itu, reka bentuk bangunan Muzium Sarawak telah dibuat pada tahun 1888.
Reka bentuknya mengikut reka bentuk dewan Bandar Normandy Perancis yang dibuat oleh
seorang kakitangan Raja Charles Brooke. Muzium Sarawak telah ditubuhkan oleh Raja
Kedua Sarawak, Sir Charles Brooke pada tahun 1860 dengan bantuan kepakaran ahli
Sejarah Alam Semulajadi, Sir Alfred Russel Wallace.Bangunan ini dibuka dengan rasmi
pada 4 ogos 1891. Kemudian ruang pameran bangunan telah diperbesarkan seperti reka
bentuk yang ada sekarang pada tahun 1911. (Chin, 1983).
Sarawak telah memasuki Malaysia pada tahun 1963 dan dalam tempoh tersebut
muzium Sarawak kekal sebagai institusi atau tempat pembelajaran. Objektif muzium
Sarawak sejak dulu dan kini iaitu mendapatkan apa sahaja dan mengumpul pelbagai benda
termasuklah tumbuh-tumbuhan, ular, rama-rama, artifak dan sebagainya. Selain itu, pihak
muzium Sarawak juga berusaha menjaga segala koleksi dan pameran serta mengelakkan
daripada ia kelihatan agak statik. Pihak muzium Sarawak turut menerangkan cara-cara
mendapatkan koleksi melalui ceramah dan menerbitkan artikel di pasaran.
Secara amnya di dalam sesebuah muzium terdapat banyak bahagian dan begitu
jugalah dengan Muzium Sarawak. Muzium ini terdiri daripada bahagian arkeologi,
etnologi, pemuliharaan, perhubungan awam, pameran, pentadbiran dan banyak lagi.
Muzium memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan
pembangunan ekonomi bagi setiap negara dan masyarakat. Malah Muzium turut
membentuk dan mengambil bahagian yang utama membangunkan masyarakat dan negara
melalui peranannya yang pelbagai. Jelaslah bahawa muzium adalah satu institusi yang
memainkan peranan penting dan kewujudanya sememangnya sesuatu yang berbaloi dan
tidak merugikan pun malahan kewujudannya memberikan sesuatu yang positif.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1886, 121 tahun yang silam, jutaan orang dari seluruh
dunia telah mengenali Muzium Sarawak bermula dari sebuah muzium, kini terdapat tujuh
buah muzium di bawah pentadbiran jabatan ini dan pada masa akan datang beberapa buah
lagi muzium akan didirikan seperti yang dirancangkan. Semuanya ini adalah untuk
memenuhi fungsi jabatan dan memenuhi citarasa pelanggan dalam negeri dan juga para
pelancong. Dengan yang demikian khazanah warisan bangsa akan dapat dikumpul,
dipelihara dan dikaji untuk pembangunan bangsa. Muzium Sarawak dikenali dan diiktiraf
oleh masyarakat antarabangsa sebagai pusat penyelidikan Borneo yang unggul dengan
penerbitan jurnal setiap tahun untuk diedarkan ke seluruh dunia sejak tahun 1910.
http://www.museum.sarawak.gov.my
Muzium ini menyimpan khazanah pelbagai warisan budaya dan sejarah Negeri
Sarawak serta merupakan sebuah institusi yang terulung di Borneo kerana menyimpan
koleksi terbesar pelbagai jenis flora dan fauna Kepulauan Borneo.
1.1.2 Bahagian Zoologi
Kita sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-
tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan
kemudahan infrastruktur. Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan
kemajuan sehinggakan kita korbankan flora dan fauna bagi memberi laluan kepada
pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesis flora dan fauna
yang semakin diancam kepupusan. Oleh itu bahagian zoologi ditubuhkan untuk
menyimpan koleksi flora dan fauna yang telah hampir pupus untuk rujukan masa hadapan.
“Bahagian zoologi ditubuhkan dalam tahun 1894 oleh Kurator J.C. Moulton.
Bahagian ini menyimpan koleksi fauna Sarawak dan Borneo yang terbesar di dunia.
Koleksi yang terdapat di sini termasuk taxa utama seperti serangga, burung-burung,
mamalia, ikan, Krustacea, reptalia dan amphibia. Spesimen-spesimen ini disimpan dalam
bentuk kulit kering atau dalam 'wet spirit'. Para penyelidik boleh meminjam koleksi
spesimen ini untuk tujuan penyelidikan dengan permohonan secara bertulis kepada pihak
muzium”. http://www.museum.sarawak.gov.my/bmver/mudepartfile/function.htm
“Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah dan beliau bertanggungjawab
dalam perancangan dan pembangunan penyelidikan warisan sejarah di Sarawak. Di
samping itu, bahagian ini menyelaras semua aktiviti yang melibatkan zoologi alam
semulajadi bagi menjaga khazanah semulajadi negeri Sarawak. Bahagian ini juga giat
menganjurkan beberapa pameran yang berkaitan ke seluruh negeri Sarawak untuk memberi
kesedaran tentang kualiti alam sekitar kepada masyarakat”.
http://www.museum.sarawak.gov.my/bmver/mudepartfile/function.htm
Untuk pengetahuan bahagian zoologi merupakan unit yang terawal di muzium
Sarawak yang telah ditubuhkan dalam tahun 1894. Kebanyakan bahan koleksi bahagian ini
adalah berkaitan dengan spesimen-spesimen seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan,
serangga dan lain-lain yang didapati dari negeri Sarawak . Kerja-kerja pembekuan
(taxidermy) biasanya dilakukan di bilik makmal bahagian ini dan spesimen-spesimen ini
adalah penting terutamanya dalam penyelidikan dan perbandingan. Jumlah bahan-bahan
koleksi bahagian ini sehingga kini adalah lebih kurang lapan puluh ribu spesimen.
Sebahagian spesimen ini dipamerkan di bangunan pameran terutamanya di tingkat bawah
bangunan lama muzium Sarawak.
1.1.3 Pengurusan Koleksi
“Mengikut panduan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) (1974), prinsip asas
bagi pengurusan sesebuah muzium itu, hendaklah mempunyai etika untuk menyediakan
standard minimum bagi operasi muzium, iaitu menyenggara dengan baik, memajukan
semua aspek muzium dengan baik dan menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya.
Kemunculan muzium pada peringkat awal lebih mementingkan koleksi dan barang, tidak
menitikberatkan hal yang berkaitan dengan konservasi. Banyak koleksi muzium yang
mudah rosak didapati musnah kerana kurang penjagaan dan tidak diselenggara secara tetap
mengikut kaedah saintifik” ( Md.Redzuan, p.20). Oleh yang demikian aspek pengurusan
perlu diberi perhatian yang lebih serius terutamanya dari segi pengurusan koleksi.
Menurut Anne Fahy (1995), pengurusan koleksi ialah “It is blanket term applied to
the physical care and documenation of collection. Because it is so abroad, it effectively
encompasses a wide range of activities which may at times appear to be disparate”.
Ini bermaksud pengurusan koleksi adalah merangkumi jangka masa yang
ditentukan dalam penjagaan fizikal dan pendokumenan koleksi. Ia adalah bahagian yang
luas dan merangkumi pelbagai aktiviti dan ia perlu dibezakan. Selalunya objektif utama
adalah untuk menjaga atau menyelamatkan koleksi dan berkongsi pengetahuan bagi
mengelakkan daripada koleksi musnah, dicuri dan kebenaran dalam mendapatkan
maklumat.
Menurut Anne Fahy (1995) juga panduan untuk menyediakan polisi pengurusan
koleksi iaitu pertama adalah dari pengenalan kepada polisi tersebut. Kedua, lebih kepada
mendefinisikan perkara-perkara yang perlu terkandung dalam polisi tersebut. Apabila
semua telah selesai barulah proses untuk membuat polisi tersebut boleh diteruskan. Melalui
polisi ini pengkaji dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai pengurusan
koleksi dan polisi yang berkaitan dengannya.
Secara amnya pengurusan koleksi menyentuh tentang mendokumenkan koleksi,
polisi perolehan dan pelupusan koleksi, kerja lapangan, penyelidikan dan pengumpulan,
pemeliharaan dan pemuliharaan serta keselamatan dan risiko setiap koleksi. Menurut
Ambrose, T. (1993) Dalam menguruskan koleksi terdapat beberapa perkara yang perlu
diberi penekanan iaitu polisi perolehan dan pelupusan, kerja lapangan, pengumpulan dan
penyelidikan, sumbangan, pembelian dan pinjaman, pendokumenan koleksi, keselamatan
dan risiko dan pemeliharaan. Dalam polisi perolehan ia mestilah mengandungi aspek-aspek
seperti tujuan dan objektif muzium, penjadualan polisi, peraturan am untuk pengumpulan
mengikut sekatan undang-undang, prosedur perolehan, termasuklah pinjaman serta
kawasan pengumpulan.
“Many corporate museum and galleries have collections of artifacts, specimens,
artworks, and various historical materials. These collections sometime already exist in the
company archives, storerooms, libraries, art collections, and other such places. Other
times, it is necessary to develop a collection without such resources”. (Danilov, V. J. 1992,
p.173-174).
Daripada petikan ini menjelaskan bahawa setiap muzium walaupun ia adalah
muzium korporat atau muzium kerajaan masing-masing mempunyai koleksi yang
tersendiri terdiri daripada artifak, spesimen dan bahan-bahan lain.
Menurut Danilov, V.J (1992), walau daripada mana sekalipun sesuatu bahan atau
barangan itu diperolehi ia perlu di rekod dengan berhati-hati. Aspek penjagaan koleksi
tersebut perlu diketahui misalnya dari segi suhu, pemeliharaan dan pemuliharaan,
penjagaan ketika ia di pamerkan kepada awam dan banyak lagi. Beliau juga ada
menyatakan galeri atau muzium yang kecil, pengarahlah orang yang bertanggung jawab
menghimpunkan dan menyelia aspek pengurusan koleksi. Tetapi bagi muzium yang lebih
besar kuratorlah orang yang bertanggung jawab dalam bidang ni. Kurator akan dibantu
oleh registrar iaitu orang yang bertanggung jawab dalam merekod koleksi dan
mengaturkan peminjaman.
1.1.4 Menguruskan Koleksi
Menguruskan koleksi bukanlah perkara yang mudah kerana ia perlu mengambil
kira banyak aspek seperti yang dijelaskan oleh Timothy Ambrose dalam bukunya
Managing New Museums. Menurut beliau, dalam menguruskan koleksi perlu ada polisi
perolehan dan pelupusan.
Setiap muzium perlu membuat polisi perolehan dan pelupusan setiap koleksi yang
ada dengan jelas. Polisi perolehan adalah aspek utama yang berhubungkait dengan muzium
dan asas kepada pembangunan koleksi. Polisi ini mentakrifkan bagaimana koleksi yang
hendak dibangunkan contohnya melalui sumbangan, pengumpulan, warisan, pembelian,
kawasan pengumpulan dan objek yang menjadi koleksi seperti sejarah sosial, teknologi,
seni gunaan atau sejarah semula jadi. Polisi ini mesti mengandungi penyataan kawasan
geografi dalam kawasan pengumpulan dan menunjukkan kawasan mana objek diperolehi
dan kenapa ia diterima masuk dalam koleksi. Secara amnya polisi ini berfaedah kepada
semua pihak. Selain itu, polisi yang dinyatakan seharusnya dapat membantu pengguna
untuk mengetahui bagaimana cara pihak muzium membangunkan koleksi dan kenapa ia
perlu dipelihara.
Secara kesimpulannya, polisi perolehan mengandungi aspek-aspek seperti tujuan
dan objektif muzium, pengurusan polisi, peraturan am untuk pengumpulan mengikut
sekatan undang-undang, prosedur perolehan seperti pinjaman dan kawasan pengumpulan.
Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa setiap muzium mendapati ia perlu mengatur
setiap koleksi yang dimiliki.
Polisi pelupusan pula berkait rapat dengan polisi perolehan namun setiap polisi
mempunyai aspek-aspek yang tersediri. Polisi pelupusan termasuklah prinsip-prinsip
umum yang berkaitan dengan pelupusan, sebab-sebab pelupusan, prosedur pelupusan,
pelupusan dengan memusnahkan dengan sama sekali koleksi tersebut.
1.1.5 Kajian lapangan, pengumpulan dan penyelidikan
Perolehan objek atau material dan pembangunan koleksi adalah aspek kerja yang
utama dalam sesebuah muzium. Terdapat perbezaan kaedah untuk memperoleh sesuatu
objek. Dalam bahagian ini kita akan melihat peranan-peranan muzium yang secara aktif
mengumpul bahan-bahan dan maklumat berkaitan. Pendekatan yang sistematik dalam
pengumpulan objek dilihat sebagai sesuatu yang dapat meningkatkan keberkesanan
muzium sebagai tempat pengumpulan warisan.
Terdapat pendekatan yang berbeza untuk kajian lapangan, pengumpulan maklumat
dan barang baru untuk dijadikan koleksi. Setiap bahagian seperti arkeologi, kajian
tumbuhan dan binatang, sejarah sosial atau seni gunaan mempunyai kaedah kajian
tersendiri. Sesetengah perkara seperti tinjauan, pencarigalian dan rakaman tapak arkeologi,
orang yang berkemahiran dan terlatih dikehendaki untuk memantau hal tersebut.
Oleh itu sebelum membuat kerja lapangan mereka perlu membuat kajian yang teliti
sebelum mendapatkan bahan koleksi. Bahangian zoologi misalnya, perlu membuat kajian
mengenai sesuatu spesimen yang hendak di perolehi termasuklah kawasan, jenis dan
habitat spesimen tersebut.
1.1.6 Mendokumenkan Koleksi
Tanpa pendokumenan yang efektif, koleksi muzium tidak akan bermakna dan
pelaburan wang dan masa adalah membazir. Oleh itu, perlu bagi memastikan koleksi
didokumen dan direkodkan dengan sebaik mungkin. Selain itu, setiap koleksi juga perlu
ada rekod fotografi. Maksudnya setiap koleksi digambar dan direkodkan sebagai rujukan
sekiranya berlaku sesuatu masalah. Komponen utama dalam pendaftaran muzium adalah
pendokumenan koleksi yang berkualiti.
Pihak muzium mesti mengetahui bahawa setiap objek atau koleksi perlu diberi
perhatian yang serius dan kedudukanya di dalam muzium juga perlu diambil kira.
Sebenarnya tanpa pendokumenan yang baik, pertikaian terhadap pemilikan koleksi tersebut
akan berlaku. Pendokumenan yang tidak sesuai boleh menyebabkan objek untuk pameran
atau tujuan penyelidikan menjadi tidak efektif. Selain itu, tanpa rekod yang baik,
keselamatan koleksi tidak terjamin.
1.2 DEFINISI
1.2.1 Definisi Muzium
Perkataan 'Muzium' yang diguna pakai hari ini dipetik daripada perkataan Inggeris.
Bagaimanapun 'Museum' dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Yunani
'Mouseion' yang bermaksud rumah suci 'MUSE' iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi
lambang ilmu dan kesenian. 'MUSE' dalam bahasa Yunani juga bermaksud 'Gembira'
(enjoy) atau dalam bahasa Inggerisnya 'Amusement'.
http://www.muzium.terengganu.gov.my/web/definisi.htm
Muzium pertama dipercayai telah ditubuhkan di Iskandariah, Mesir pada abad ke 3
sebelum Masehi. Sejak itu institusi muzium mula mendapat perhatian ramai terutama
daripada cendikiawan dan para ilmuan berlumba-lumba memberikan definisi muzium yang
paling sesuai. Geo Brown Goode (1895) mendefinisikan muzium sebagai 'An institution for
the preservation of those objects which best illustrate the phenomena of nature and the
work of man, and utilization of these to increase knowledge and for the culture and the
enlightenment of the people'
Namun masih terdapat beberapa definisi berbentuk sementara atau masih kabur
yang diutarakan. Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM), Kesatuan Muzium Kanada
(CMN) dan Kesatuan Muzium America (AAM) mendefinisikan muzium berlandaskan
kepada fungsi dan pengurusannya serta bidang-bidang yang berkaitan dengan institusi
tersebut. ICOM pada Mesyuarat Agongnya 1974 menggariskan definisi Muzium sebagai
“A non-profit making, permanent institution, in the service of society and its development,
and open to the public, which acquires, conserves, researches, communicates and exhibits,
for the purposes of study, education and enjoyment, material evidence of man and his
environment”.
Ini bermaksud muzium adalah institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan,
memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum,
memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran,
pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.
Tindak balas daripada definisi ini, beberapa aktiviti dan bidang dikaitkan sama
sebagai sokongan. Antaranya Muzium ditakrifkan juga sebagai institusi yang terlibat
dengan Pemuliharaan, pameran dan Pusat Arkib, pemuliharaan dan pengekalan alam
semula jadi, arkeologi, Etnologi, Monumen dan Tapak bersejarah, pameran benda hidup
seperti Taman Botani, Zoologi, Akuarium dan sebagainya serta Pusat Sains dan
Planetarium.
Sehubungan itu, pada 1989 Kesatuan Muzium Great Britain (MAGB) telah
mendefinisikan Muzium dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Institusi Muzium
ditakrifkan sebagai 'An institution which collects, documents, preserves, exhibits and
interprets material evidence and associated information for public benefit'.
Biarpun terdapat berbagai bentuk tanggapan dan definisi yang berbeza terhadap
institusi Muzium, namun begitu adalah tepat jika Muzium itu diterangkan melalui aktiviti
serta kemampuan yang ditunjukkan oleh sesebuah Muzium itu. Kejayaan sesebuah
Muzium menangani segala permasalahan yang ada dalam usaha mencapai objektif
penubuhannya adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan rasa tanggungjawab
kakitangannya.
Oleh yang demikian sesebuah Muzium itu adalah sesuai didefinisi berdasarkan
kemampuan serta kejayaan yang ditunjukkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
dengan bersandar kepada fungsi dan garis objektifnya.
http://www.muzium.terengganu.gov.my/web/definisi.htm
1.2.2 Definisi Zoologi
Bila disebut perkataan zoologi, tiada lain boleh difikirkan oleh kita selain semua
yang berkaitan dengan zoo. “Pengertian klasik zoologi ialah segala kajian mengenai alam
binatang. Dua bidang yang berkaitan secara langsung dengan zoologi ialah ekologi dan
kepelbagaian biologi. Kamus Bahasa Melayu-English dengan definisi Bahasa Melayu
mendefinisikan Zoologi adalah ilmu berkenaan haiwan atau ilmu berkenaan ilmu haiwan.
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa zoologi adalah berkenaan dengan segala jenis atau spesis
haiwan yang terdapat di dunia dan di kategorikan dalam bidang ini.
Selain itu menurut Kamus Dewan edisi ketiga muka surat 1559, zoologi adalah
bermaksud kajian tentang haiwan, termasuk pengelasan, kehidupan, habitat dan
strukturnya.