Kajian Perbezaan Individu

9
Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaam individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Bagi Borich & Tombari (1997) pula berpendapat, perbezaan individu sebagai “the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachment.” Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dihuraikan oleh tokoh-tokoh yang tersebut di atas, perbezaan individu adalah lebih cenderung kepada perbezaan dalam diri individu itu sendiri. Perbezaan yang terdapat dalam seseorang individu itu boleh saja merangkumi fizikal, emosi, mental, tingkah laku, dan cara dia bersosialisasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dalam perbezaan individu yang melibatkan emosi boleh membawa kepada cara ia bertindak balas kepada ransangan yang berbentuk gembira, duka, suka, marah, benci,kasih sayang, takut dan sebagainya. Perbezaan individu yang melibatkan mental lebih ketara apabila kita memerhati seseorang individu terutama sekali pelajar di dalam pengawasan kita semasa di dalam kelas. Kebolehan seseorang pelajar yang sering diperhati oleh seseorang guru merangkumi tahap kebolehan individu dari segi daya berimaginasi, keupayaan belajar, kebolehan menggunakan bahasa, dan sebagainya. Dari aspek sosial, adalah jelas dengan pendapat Borich & Tombari (1997) bahawa aspek yang melibatkan hubungan kanak-kanak dengan ibu-bapa boleh mempengaruhi kehidupan kanak-kanak dalam tatacara pergaulan mereka. Ciri-ciri perbezaan individu

description

Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaam individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Bagi

Transcript of Kajian Perbezaan Individu

Page 1: Kajian Perbezaan Individu

Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap

individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya

walaupun kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaam individu bermaksud

variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi

sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek

yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.

Bagi Borich & Tombari (1997) pula berpendapat, perbezaan individu sebagai “the

variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such

as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachment.”

Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dihuraikan oleh tokoh-tokoh yang tersebut di

atas, perbezaan individu adalah lebih cenderung kepada perbezaan dalam diri individu itu

sendiri. Perbezaan yang terdapat dalam seseorang individu itu boleh saja merangkumi

fizikal, emosi, mental, tingkah laku, dan cara dia bersosialisasi dengan orang-orang di

sekelilingnya.

Dalam perbezaan individu yang melibatkan emosi boleh membawa kepada cara ia

bertindak balas kepada ransangan yang berbentuk gembira, duka, suka, marah,

benci,kasih sayang, takut dan sebagainya.

Perbezaan individu yang melibatkan mental lebih ketara apabila kita memerhati

seseorang individu terutama sekali pelajar di dalam pengawasan kita semasa di dalam

kelas. Kebolehan seseorang pelajar yang sering diperhati oleh seseorang guru

merangkumi tahap kebolehan individu dari segi daya berimaginasi, keupayaan belajar,

kebolehan menggunakan bahasa, dan sebagainya.

Dari aspek sosial, adalah jelas dengan pendapat Borich & Tombari (1997) bahawa

aspek yang melibatkan hubungan kanak-kanak dengan ibu-bapa boleh mempengaruhi

kehidupan kanak-kanak dalam tatacara pergaulan mereka.

Ciri-ciri perbezaan individu

Page 2: Kajian Perbezaan Individu

• Temperamen

• Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagiannya diwarisi

daripada ibu bapa.

• Tahap Tenaga

• Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan bertamina semasa terlibat dalam

sesuatu aktiviti.

• Pola Persahabatan

• Merujuk kepada aktiviti persahabatan dalam kumpulan rakannya.

• Ada hubungan perapatan – ikatan kasih sayang degan ibu bapa dan amat istimewa

dalam hidupnya. (vertikal).

• Ada hubungan dengan kawan-kawan dikenali sebagai hubungan mendatar. (horizontal)

(b) ASPEK PERSONALITI YANG BERBEZA

Perkataan personaliti berasal daripada istilah Latin, persona, yang membawa maksud

topeng muka. Secara signifikannya, dalam teater kuno Latin, topeng muka tidak sama

sekali digunakan sebagai bahan sesuatu plot untuk menyamar sesuatu identiti watak,

sebaliknya ia melambangkan atau mewakili watak tersebut. Mohd.Salleh Lebar (1999)

berpendapat bahawa tafsiran kepada maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia

ingin menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk.

Menurut Ryckman (2004), personaliti boleh didefinisikan sebagai “a dynamic and

organized set of characteristics possessed by a person that uniquely influences his or her

cognitions, motivations, and behaviors in various situations”

Huffman (2002) pula berpendapat bahawa personaliti adalah merupakan pola pemikiran,

perasaan dan tindakan seseorang individu yang relatif unik dan stabil. Menurut beliau

lagi personaliti menerangkan sesorang sebagai individu iaitu bagaimana seseorang itu

berbeza dengan individu lain serta apakah pola tingkahlaku yang tipikal mengenai

seseorang itu.

Pendapat Santrock(2001) mengenai personality pula adalah sebagai “distinctive thoughts,

emotions and behaviors that characterize the way individual adapts to the world”

Page 3: Kajian Perbezaan Individu

Hasil daripada pendapat-pendapat diatas, kita dapat simpulkan bahawa personliti

seseorang individu itu adalah sangat berkait-rapat dengan faktor persekiran. Faktor

persekiran yang dimaksudkan termasuklah sekolah, rakan sebaya, komuniti setempat

serta pengalaman-pengalaman yang pernah dilaluinya. Pembentukan keluarga yang

banyak menerapkan unsur-unsur yang positif, penuh dengan kasih-sayang, serta hormat-

menghormati akan dapat mempengaruhi tingkahlaku seseorang ke arah mencapai

perkembangan personaliti yang positif.

Terdapat pelbagai jenis personaliti. Carl Jung mengklasifikasikan personaliti kepada

kategori iaitu introvert, ekstrovert dan ambivert. Ketiga-tiga jenis ciri personaliti ini

mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi perwatakan dan sebagainya.

i. introvert

Seseorang yang memiliki personaliti ini suka menyimpan perasaan dan emosinya. Bila

bersosialisasi dia agak pendiam dan lebih banyak menjadi pendengar yang pasif sahaja.

Selain pendiam, individu yang memiliki personaliti ini serius, tidak mempunyai cita-cita

yang tinggi, pemalu tetapi mempunyai kecenderungan kepada sistem hidup yang teratur.

ii. ekstrovert :

Orang yang memiliki personaliti ini agak berlawanan dengan individu yang

berperwatakan introvert. Meminati dunia luar, individu ekstrovert bersemangat aktif dan

sukakan pergaulan dengan orang. Beliau gemar bersosialisasi, sering mengambil inisiatif,

sukakan perubahan. Orang yang ekstrovert juga agak sukar diramal pendiriannya kerana

sebagaimana beliau sering cepat membongkarkan perasaannya, begitu jugalah ia cepat

mengubah pendiriannya.

iii. ambivert :

Tiada seorang pun insan yang betul-betul memiliki personaliti introvert atau ekstrovert

sepenuhnya. Sebagai individu, kita mempunyai kedua-dua ciri-ciri tersebut yang terletak

pada satu titik dalam kontinum di antara keduanya.

Page 4: Kajian Perbezaan Individu

Kadangkala seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu situasi

tetapi dengan ciri-ciri ekstrovert dalam sesuatu situasi yang berbeza. Sebagai contoh,

seorang pelajar yang didapati sangat periang di rumah akan bertukar menjadi seorang

yang pendiam dan pemalu ketika berada di dalam kelas. Pelajar atau individu seperti

dalam contoh tadi yang memiliki kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert dikategorikan

sebagai mempunyai personaliti ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi sensitif, suka

berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum

memberi pendapat.

Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang

individu di bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali

sebagai OCEAN.

5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:

(O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka

(C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran

(E) EXTROVENT - Bersifat sosial (suka bergaul)

(A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)

(N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)

Opennes to experience ( Mempunyai sikap terbuka)

Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka

terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin sangat terdedah kepada

sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat

Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima

atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya.

Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam.

Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini

juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan

orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri

(individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.

Orang yang kurang mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai daya presepsi dan

pemikiran yang cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus

Page 5: Kajian Perbezaan Individu

terang dan kurang kompleks.Mereka mempunyai tangapan (prasangka) atau kekhuatiran

(wasangka) yang salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan

ini lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik.

Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah

sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.Walau

bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran

yang berbeza.

Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderung

untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis , bahagian pemasaran dan jualan

dan amat bagus dalam bidang-bidang ini.

Conscientiousness (Mempunyai kesedaran)

Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang

individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan,atau satu kualiti yang

wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.

Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya

merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya.

Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita

berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan

impuls yang diterima.

Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup

berkerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian

luarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang

teratur (organized) .

Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu

berkerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut

sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang

tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka

yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less

adventurous).

Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness) lazimnya akan di

kritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi,

golongan ini tidak akan di copkan sebagai orang yang membosankan.

Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada

bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran

yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped)

Page 6: Kajian Perbezaan Individu

,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala

yang berbentuk seakan bujur (oval shaped)

Extrovent (Bersifat Sosial)

Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh

bertenaga dan biasanya bersikap positif.Individu yang tergolong dalam kumpulan ini

mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri.

Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup

ini pada kebiasaannya ialah positif.Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman

Permainan” mereka.Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat

bercakap,menilai diri mereka dan mendapat perhatian.

Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza

dari kumpulan Extrovent iaitu kumpulan yang di kenali sebagai golongn Introvent.

Golongan introvent ini kurang dari segala aspek yang di miliki oleh kumpulan golongan

Extrovent. Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang

bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan masyarkat

sekeliling.

Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini “Anti-sosial”,

sedih (depressed) atau berasa malu ,tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi dari

persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam golongan extrovent dan lebih

memilih untuk bersendirian .

Agreeable (Berpendapat sama)

Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentag sesuatu perkara yang

berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya. Individu

yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan diantara orang

ramai .Jadi lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini

berperikemanusian,peramah, suka menolong ,dermawan dan sanggup berkompromi

dengan orang lain walaupun dengan kepentingan mereka yang akan mungkin tergugat.

Individu yang senang berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap

manusia, mereka senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang. Individu yang

senang berkompromi ini senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang

lain.Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan baik.

Individu yang kurang mempunyai trait ini meletakkan kepentingan diri sendiri daripada

bergaul dengan orang ramai .Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain

dan tidak kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka.Kadang- kala mereka

Page 7: Kajian Perbezaan Individu

berprasangka terhadap motif orang lain dan ini membuatkan mereka bersifat wasangka ,

tidak berkerjasama dan kurang peramah.

Tetapi keburukan memiliki.trait ini ialah antaranya orang ini kurang sesuai untuk

membuat kerja-kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan yang

berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang koprat.Individu yang sebaliknya pula

boleh menjadi seorang saintist, pegawai tentera,ahli koprat, pengkritik, ahli perniaga atau

tentera.

Neuroticism (Menpunyai ganguan emosi)

Trait ini merujuk kepada mereka yang kebiasannya berpandangan negatif. Mereka yang

bertahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang spesifik

contoh seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada

sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari salah satu emosi-

emosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga.

Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian

kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa

yang pada padangan atau response orang lain adalah biasa.Reaksi mereka terhadap

perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.

Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai

mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang

sangat susah.Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya

golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini

tidak dapat berfikir secara logik.

(c) i. PELAJAR ISTIMEWA

Mahmood Nazar (2000) mentakrifkan pelajar istimewa sebagai kanak-kanak

yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi

memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau

mentalnya. Umum berpendapat bahawa golongan ini adalah sebahagian daripada mereka

yang termasuk dalam kelompok Orang Kurang Upaya (OKU).

Berpandukan definisi yang telah diutarakan oleh Mahmood Nazar(2000)

golongan yang bermasalah seperti pendengaran, autisme, sindrom down, hiper aktif,

Page 8: Kajian Perbezaan Individu

disleksia, palsi serebrum, , dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

dapatlah dikategorikan dalam kumpulan pelajar istimewa ini.

ii. CARA-CARA MENGENALI PELAJAR ISTIMEWA

Untuk perbincangan dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan cara

bagaimana untuk mengenali pelajar yang tergolong dalam golongan istimewa ini.

Memandangkan skopnya agak luas, saya hanya akan menyentuh tentang cara mengenali

para pelajar yang bermasalah seperti autisme dan disleksia sahaja.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia mempunyai masalah menguasai

tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Masalah asas

pelajar disleksia adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol

visual dengan bunyi. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar disleksia mungkin

bermasalah dan menghadapi kesukaran dalam aktiviti-aktiviti seperti menulis, membaca,

memahami, mengeja, dan juga mengira.

Di alam persekolahan, kanak-kanak disleksia juga berkemungkinan menunjukkan

cirri-ciri berikut :

o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor/bacaan terbalik:

15 dengan 51

“was” menjadi “saw”

„b‟ dengan „d‟„

o Kurang koordinasi seperti sukar membutang baju

o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Page 9: Kajian Perbezaan Individu

Pada peringkat awal autisme dapat dikesan melalui kurang dan terbatasnya kemahiran

sosial, berbeza dalam kedudukan postur badan dan tindak balas lemah, hidup seorang

diri, pasif, emosi tidak sihat, lewat menerima bahasa seperti suka termenung, pemalu dan

gangguan penerimaan maklumat. Laporan Mayo Clinic melaporkan bahawa kanak-kanak

yang menghadapi masalah autisme mengalami tiga kesukaran pertumbuhan yang kritikal,

iaitu masalah bersosialisasi, masalah bahasa/pertuturan, dan disiplin kendiri.