Kajian Program Keagamaan Di Pusat Pemulihan Akhlak

download Kajian Program Keagamaan Di Pusat Pemulihan Akhlak

of 44

Transcript of Kajian Program Keagamaan Di Pusat Pemulihan Akhlak

PEMULIHAN AKHLAK DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN: PENGALAMAN DAN IMPAK PROGRAM KEAGAMAAN TERHADAP PELATIH

ROSMIDAH NURUHUDA BT ISHAK

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL (ANTROPOLOGI DAN DAKWAH) DENGAN KEPUJIAN

JABATAN SAINS SOSIAL FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KUALA TERENGGANU 2011

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.

07 APRIL 2011

ROSMIDAH NURUHUDA BT ISHAK

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja yang asli di bawah penyeliaan saya kecuali petikan-petikan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya.

07 APRIL 2011

AZLINA BT ABDULLAH

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat sikap dan impak program keagamaan terhadap pemulihan akhlak pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmana keberkesanaan program pemulihan yang dijalankan terhadap pemulihan akhlak pelatih itu sendiri. Di pusat ini, wanita dan gadis yang terlibat perlu mengikuti program keagamaan yang menjadi salah satu program pemulihan untuk memperbaiki akhlak dan meningkatkan ilmu pengetahuan agama. Kajian ini dilakukan dalam bentuk deskriptif dan instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Seramai 47 orang daripada 78 pelatih yang ada di Baitul Ehsan telah menjadi responden untuk kajian ini. 4 orang daripada responden telah ditemubual secara mendalam untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik peratusan, min dan sisihan piawai untuk mengetahui latar belakang responden dan keberkesanan program keagamaan yang dijalankan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelatih bersikap positif terhadap program keagamaan yang dijalankan. Program yang dijalankan juga memberi impak positif terhadap diri pelatih itu sendiri. Keberkesanan program keagamaan yang dijalankan adalah berada di tahap rendah. Ini kerana walaupun ramai pelatih mengakui mereka semakin menjaga akhlak mereka selepas mengikuti program keagamaan, tetapi terdapat responden yang masih melakukan kesalahan akhlak ketika berada di Baitul Ehsan.

ABSTRACT

This study aim is to see an attitude and impact of religious programme on trainee at Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak bernam. It also to know how far rehabilitation programmes effectiveness to residents moral rehabilitation. At these centre, woman and girl which involved have to follow in religious programmes which became one of rehabilitation programme that improve moral and increase religious knowledge. This study perpetrated in descriptive form and instrument study that used is questionnaire. 47 from 78 trainee in Baitul Ehsan has become respondent to this study. Four of them have been interviewed profoundly to get detail information. Data analysed use percentage statistical method, mean and standard deviation to know respondent background and religious programme effectiveness that carried out. Findings show that trainee behave positively on religious programmes that carried out. Programme that carried out also gave positive impact on trainee self itself. Religious programme effectiveness that carried out is in low level. This is because although many trainee admit them increasingly care their moral after follow religious programmes, but many of respondents still do moral offence in Baitul Ehsan.

SENARAI KANDUNGAN

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI CARTA SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Permasalahan kajian 1.3 Tujuan kajian 1.4 Definisi konsep 1.5 Pendekatan teoritikal 1.6 Sorotan kajian lepas 1.7 Metodologi kajian 1.7.1 Kaedah pengumpulan data 1.7.2 Persampelan 1.8 Analisis data 1.9 Kawasan kajian 1.10 Kepentingan kajian 1.11 Batasan kajian

Halaman ii iii iv v vi ix x xi xii

1 4 6 6 9 14 26 27 27 28 28 29

BAB II PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN 2.1 2.2 2.3 2.4 Pendahuluan Latar belakang Baitul Ehsan Pelatih 2.3.2 Prosedur kemasukan pelatih Kemudahan dan perkhidmatan 2.4.1 Jagaan dan perlindungan 2.4.2 Kaunseling 2.4.3 Pendidikan 2.4.4 Program vokasional dan kemahiran 2.4.5 Riadah 2.4.6 Kesenian Rutin harian pelatih 30 31 34 36 38 38 39 40 41 41 41

2.5

2.5.1 Rutin harian pelatih 2.5.2 Jadual harian pelatih 2.6 2.7 Program keagamaan Kesimpulan

42 43 44 45

BAB III SIKAP DAN PENGALAMAN PELATIH TERHADAP PROGRAM KEAGAMAAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Pendahuluan Latar belakang responden Pengalaman dan sikap pelatih mengikuti program keagaman di Baitul Ehsan Masalah yang dihadapi oleh pelatih Kesimpulan 47 48 53 58 63

BAB IV IMPAK PROGRAM KEAGAMAAN TERHADAP PEMULIHAN PELATIH 4.1 4.2 4.3 4.4 Pendahuluan Impak program keagamaan terhadap pelatih Keberkesanan program keagamaan terhadap pemulihan pelatih Kesimpulan 64 65 69 74

BAB V PENUTUP 5.1 Kesimpulan 5.2 Sikap dan pengalaman pelatih terhadap program keagamaan 5.3 Masalah yang dihadapi pelatih ketika mengikuti program keagamaan 5.4 Impak program keagamaan terhadap pelatih 5.5 Tahap pengamalan ibadat pelatih sebelum dan selepas masuk ke Baitul Ehsan 5.6 Keberkesanan program pemulihan akhlak pelatih 5.7 Kesimpulan

77 77 79 81 82 83 84

BIBLIOGRAFI xiii LAMPIRAN

A B C

BORANG SOALSELIDIK STATISTIK KEMASUKAN PELATIH TAHUN 2010 JADUAL KELAS FARDHU AIN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN

SENARAI JADUAL

No Jadual 2.1 2.2 2.3 3.1 3.2 3.7 4.0 4.1 4.3

Halaman 35 37 42 48 49 56 61 68 74

Statistik tahap umur kemasukan wanita dan gadis ke Baitul Ehsan pada tahun 2010 Dokumen yang diperlukan untuk permohonan mengikut kategori pelatih Program harian pelatih Umur responden Tempoh masa penghuni berada di Baitul Ehsan Respon kepada penyataan Saya tidak pernah ponteng atau lari dari mengikuti program keagamaan. Hubungan antara tempoh masa pelatih di Baitul Ehsan dengan kemudahan kelas Penyataan mengenai impak program keagamaan terhadap pelatih Penyataan mengenai keberkesanan program keagamaan terhadap pemulihan akhlak pelatih

SENARAI CARTA

No. Carta 2.3 3.4 Prosedur kemasukan pelatih Kaedah kemasukan ke Baitul Ehsan

Halaman 38 52

SENARAI RAJAH

No. Rajah 3.3 3.5 3.6 3.8 3.9 4.2 Kesalahan yang pernah dilakukan Program yang diminati oleh pelatih Program keagamaan yang tidak diminati oleh pelatih Hubungan antara tempoh masa dengan program keagamaan memberi faedah kepada pelatih Hubungan tahap pendidikan dengan respon bagi penyataan Kelas fardhu ain terlalu pendek dan sukar untuk diikuti dan difahami Hubungan kesalahan akhlak yang dilakukan dengan respon bagi penyataan Setelah mengikuti program keagamaan, saya semakin menjaga akhlak saya di Baitul Ehsan

Halaman 51 54 55 57 59 72

SENARAI SINGKATAN Singkatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Baitul Ehsan LLP SPSS PMR SPM SUHAKAM BAKEWANIS Nama Penuh Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Life Learning Program Statistical Package For Social Science Penilaian Menengah Rendah Sijil Pelajaran Malaysia Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Badan Kebajikan Wanita Selangor

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Remaja merupakan golongan yang melalui peringkat kritikal perubahan diri dari segi mental dan fizikal (Asmak Ali, 2006). Siapa diri seseorang remaja itu pada masa kini adalah cermin kepada identiti mereka apabila menjadi dewasa nanti. Saban hari, kita dihidang dengan berita sama ada di kaca televisyen atau surat khabar mengenai kes pembuangan bayi, mengandung tanpa nikah, gengsterisme, mat rempit dan penagihan dadah yang melibatkan golongan remaja. Keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda jika tidak dibendung dan dikawal akan menghasilkan generasi yang tidak bermoral dan gelap masa depan.

Antara faktor utama yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala sosial dan salah laku ini ialah faktor institusi keluarga. Kurangnya kawalan ibu bapa terhadap kebebasan anak mereka menyebabkan remaja mudah bergaul dengan rakanrakan yang salah. Kesibukan ibu bapa dalam pekerjaan sehingga mengabaikan anak akan menyebabkan anak-anak mencari keseronokan dan perhatian luar dari kawasan rumah. Selain itu, keluarga yang sentiasa berkonflik dan kucar kacir menyebabkan

berlakunya delinkuen dan sejarah delinkuen di kalangan remaja (Sarafina & Amstrong, 1986) menyebabkan murid hilang hormat dan kepercayaan terhadap guru mereka.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan dan mengatasi masalah sosial remaja kini. Ia melibatkan pengemblengan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa, pihak sekolah, kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO). Pendekatan yang digunakan untuk mengurangkan gejala sosial dilakukan melalui kawalan sosial ibu bapa dan sekolah serta pendekatan remedi iaitu mengubati dan memulihkan remaja yang terjebak di dalam gejala sosial ini.

Antara solusi yang dijalankan ialah menubuhkan institusi pemulihan dan perlindungan bagi remaja yang terlibat di dalam masalah sosial. Di Malaysia, terdapat banyak institusi pemulihan ditubuhkan oleh kerajaan untuk melindungi dan merawat remaja yang terlibat di dalam salah laku dan masalah sosial seperti asrama akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan pusat perlindungan wanita. Sekolah Harapan yang baru dibuka pada akhir tahun 2010 khusus untuk gadis yang mengandung tanpa nikah menambahkan jumlah institusi pemulihan yang berperanan untuk memulihkan akhlak remaja. Badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta juga turut menubuhkan pusat pemulihan seperti Pusat Jagaan Baitul Islah untuk menampung peningkatan remaja yang bermasalah.

Sehingga kini, jumlah kemasukan ke institusi pemulihan semakin meningkat. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, majoriti negeri menunjukkan peningkatan jumlah kanak-kanak yang memerlukan

perlindungan dan pemulihan daripada tahun 2005 hingga 2007. Peningkatan yang paling ketara ialah berlaku di negeri Johor dan Selangor yang mana di Johor, kes kanak-kanak meningkat dari 63 orang pada tahun 2006 kepada 92 orang pada tahun 2007. Manakala di Selangor, kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan meningkat dari 46 orang pada tahun 2006 kepada 86 orang pada tahun 2007. Penglibatan remaja di dalam masalah sosial mengikut jantina sama ada lelaki atau perempuan adalah hampir sama. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, bilangan penghuni perempuan di asrama Sekolah Tunas Bakti adalah melebihi separuh daripada jumlah penghuni lelaki pada tahun 2009 iaitu seramai 323 orang (Sumber: www.jkm.gov.my)

Institusi pemulihan akhlak memberi pilihan kepada remaja yang terlibat dalam salah laku dan masalah sosial untuk memperbaiki diri selama beberapa bulan berbanding daripada menerima hukuman di dalam penjara. Kewujudan institusi ini juga dilihat tidak menggelapkan masa depan remaja yang mana remaja tidak

mempunyai rekod buruk atau jenayah seperti di penjara. Pelbagai program seperti program kemahiran dan vokasional, kesenian, program kokurikulum dan program keagamaan yang dijalankan mempunyai fungsi tersendiri dalam proses

mensosialisasikan semula remaja supaya memperbaiki tingkahlaku.

Disebabkan elemen-elemen yang terdapat

di

pusat pemulihan yang

dirancang khusus untuk pemulihan akhlak remaja, ramai ibu bapa yang menghantar anaknya ke pusat pemulihan walaupun tahap salah laku dan penglibatan anak mereka di dalam gejala sosial adalah rendah. Namun, persoalan yang sering ditimbulkan adalah sejauhmana program-program yang dijalankan benar-benar memberi kesan

terhadap diri remaja dan adakah ia bersesuaian dengan tahap pelatih yang tinggal di instusi pemulihan tersebut? Program-program yang diadakan di pusat pemulihan seharusnya memberi kesan positif kepada pelatih supaya tidak berlaku pengulangan terhadap gejala negatif apabila pelatih keluar dari institusi tersebut.

1.2 Permasalahan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneliti pengalaman pelatih dalam menyertai program keagamaan yang dijalankan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam untuk memulihkan akhlak pelatih. Pelbagai program diadakan khusus untuk mengubah tingkah laku remaja bermasalah seperti program kemahiran, kesenian dan bimbingan kaunseling dan program keagamaan. Program keagamaan memainkan peranan penting sebagai wadah santapan rohani dan mendidik jiwa remaja. Kemantapan program berbentuk keagamaan akan lebih memberikan impak positif terhadap pemulihan akhlak remaja di pusat pemulihan.

Seiring dengan pandangan Ghafani bin Awang Teh yang menjelaskan bahawa terdapat dua kaedah utama untuk merawat kenakalan remaja iaitu melalui program bina insan dan kemahiran keibubapaan (Arief Salleh dan Wardah Mokhtar, 2006). Program bina insan meliputi beberapa pendekatan iaitu melalui pendidikan hati, menghayati ibadat khusus dan kaedah qiamulail.

Kaedah pendidikan hati ialah membersih dan mendidik hati dengan perkara kebaikan. Ini kerana dalam diri manusia terdapat dua naluri yang saling berlawanan untuk mempengaruhi hati supaya melakukan perkara baik atau buruk. Imam Ghazali

menyatakan bahawa hati dalam tubuh manusia diibaratkan sebagai maharaja yang mengarah dan mengawal tabiat manusia. Mendidik dan membersih hati seperti pengamalan zikir adalah perlu untuk membentuk akhlak seseorang individu.

Pendekatan kedua di dalam program bina insan ialah menghayati ibadat yang khusus. Ibadat yang difardhukan ke atas umat Islam seperti puasa, solat dan zakat melatih diri umat Islam supaya sentiasa bepegang teguh dengan agama Islam. Di antara ibadat yang khusus ini, solat merupakan ibadat utama yang mencegah manusia dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah: Sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah seseorang dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar Surah Ankabut(29):45 Manakala pendekatan ketiga ialah kaedah qiamulail. Qiamulail adalah amalan sunat yang digalakkan bagi individu yang mampu melaksanakan. Program qiamulail yang dibuat secara berterusan amat berkesan untuk meningkatan ketaqwaan kepada Allah. Sabda Rasulullah S.A.W: Kerjakanlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan dirimu kepada Tuhan-mu, juga sebagai penebus keburukan-keburukanmu, pencegah dosa serta dapat menghalaukan penyakit dari badan. Riwayat Bukhari dan Termizi Program keagamaan merupakan elemen yang penting dalam proses pemulihan akhlak kerana kebanyakkan remaja yang terjebak dengan gejala sosial adalah mereka yang kurang mendapat pendidikan agama yang sempurna. Keinsafan Al-

dan pegangan kuat terhadap agama akan mengelakkan pengulangan terhadap salah laku moral remaja. Di samping itu, penyelidik ingin melihat impak program

keagamaan yang dijalankan terhadap diri pelatih. Ini amat penting dalam menilai sejauhmana program tersebut berkesan dan bersesuaian ke atas pelatih. Kajian ini diperlukan untuk meneliti kelebihan dan membaik pulih kelemahan yang sedia ada di dalam modul program keagamaan

1.3

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk meneliti pengalaman dan sikap pelatih yang mengikuti program keagamaaan di Baitul Ehsan. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti masalah yang dihadapi pelatih ketika mengikuti program keagamaan. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti impak program keagamaan terhadap pelatih Baitul Ehsan. Seterusnya, pengkaji ingin meneliti keberkesanan program keagamaan dalam pemulihan akhlak pelatih di Baitul Ehsan.

1.4

Definisi Konsep

Kajian ini menggunakan beberapa konsep yang perlu dijelaskan dengan lebih terperinci. Ia perlu dijelaskan kerana pengertian secara umum agak berbeza dengan pengertian yang terdapat di dalam kajian ini. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa konsep yang didefinisi secara literal dan operasional untuk kajian ini.

1.4.1

Pemulihan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), pemulihan ialah perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan yang semula, pemulangan atau pengembalian sebelumnya atau paras yang lebih tinggi. Pemulihan juga merupakan proses kembali kepada kehidupan yang berguna melalui terapi dan pendidikan (www.wikipedia.com). Oleh itu, pemulihan akhlak merupakan tindakan dan proses untuk memulihkan tingkah laku seseorang yang bertentangan dengan norma masyarakat dan agama supaya individu tersebut menjadi manusia yang baik dan berakhlak mulia. Berdasarkan kajian ini, pemulihan akhlak difokuskan terhadap remaja bermasalah yang ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam Selangor. Remaja ini perlu dibimbing dan ditarbiah dengan baik melalui program keagamaan yang dijalankan supaya dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

1.4.2

Akhlak

Akhlak menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005) ialah budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan tingkah laku manusia sama ada baik atau jahat.

Menurut Imam Ghazali, akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinya terbentuk perbuatan dengan mudah dan tidak memerlukan pertimbangan terlebih dahulu (Nasir,1986). Manakala Prof Dr Ahmad Amin di dalam bukunya AlAkhlaq merumuskan maksud akhlak sebagai suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus

diperbuat. Akhlak di klasifikasikan kepada dua bahagian iaitu akhlak mulia atau akhlak terpuji (mahmudah) dan akhlak terkeji (mazmumah).

Jika dilihat mengikut perspektif barat, kelakuan dan budipekerti seseorang itu lebih dikenali sebagai etika dan moral. J.L Mackie di dalam bukunya Ethics menjelaskan bahawa moral dan etika akan dapat menerangkan perbuatan itu betul atau salah dan seseorang itu dapat membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang dilakukan olehnya (Nasir,1986). Selain itu, Steven Covey pernah menyebut mengenai akhlak di dalam buku terkenalnya iaitu Tujuh Tabiat Orang yang Amat Berkesan. Beliau mengakui bahawa etika akhlak mengajar tentang prinsip asas kehidupan berkesan dan orang hanya boleh mengalami kejayaan sebenar dan kebahagiaan kekal apabila mereka belajar dan mengintegrasikan prinsip ini dalam tingkah laku mereka (http://www.fathuri.com)

1.4.3

Program Keagamaan

Merujuk kepada Kamus Melayu Global (2006), terdapat banyak maksud bagi istilah program seperti rancangan yang menentukan sesuatu pelaksanaan sesuatu projek, acara pertandingan dan susunan rancangan televisyen. Program keagamaan merupakan rancangan atau aktiviti yang lebih bersifat menyampaikan kepercayaan terhadap agama. Program keagamaan mengandungi aktiviti dan rancangan yang mengandungi unsur-unsur Islam dan bertujuan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Program keagamaan seperti kelas fardhu ain, qiamullail, tazkirah dan solat berjemaah dijalankan di Baitul Ehsan sebagai cara untuk membersihkan jiwa dari anasir buruk dan juga mendekatkan diri pelatih terhadap ajaran Islam yang sebenar. Ini kerana, agama menjadi satu bentuk kawalan sosial yang membendung manusia dari melakukan perilaku yang bertentangan dengan norma sosial dan ajaran agama.

1.5 Pendekatan Teoritikal Pendekatan yang digunakan untuk menerangkan pemulihan yang dilakukan oleh pusat perlindungan wanita ialah teori kawalan sosial dan pendekatan dakwah. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan merupakan salah satu bentuk kawalan formal yang membendung remaja bermasalah untuk mengulangi tingkah laku negatif mereka. Pendekatan dakwah Bil Hikmah dan Bil Lisan yang digunakan di Baitul Ehsan menjadi satu cara untuk memperbaiki kerosakan jiwa remaja yang

menyebabkan mereka terjebak di dalam tingkah laku negatif.

1.5.1 Teori Kawalan Sosial Teori kawalan sosial digunakan di dalam kajian ini untuk menerangkan kepentingan institusi pemulihan akhlak. Kawalan sosial adalah semua proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat termasuk undang-undang jenayah, pihak

polis, mahkamah dan institusi tahanan (Rokiah Ismail, 2002:89). Melalui kawalan sosial, kedudukan seseorang ditentukan melalu penilaian norma sosial dan budaya masyarakat.

Menurut teori kawalan sosial, tingkah laku delinkuen adalah kesan dari kelemahan individu atau ikatan yang renggang dengan masyarakat. Keakraban, komitmen, penglibatan dan kepercayaan menurut Hirschi (1996) adalah empat

elemen yang membawa ikatan dengan masyarakat. Seseorang tidak akan melakukan perbuatan devian sekiranya rakan sebayanya tidak bersetuju dengannya untuk melakukan perkara tersebut. Apabila seseorang ingin terlibat di dalam tingkah laku devian, dia perlu menyedari masa dan tenaga yang terbuang akibat tingkah laku

tersebut. Seseorang terlibat di dalam aktiviti seperti persatuan, kelab atau apapun aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat sekeliling untuk mengisi masa lapang, agak sukar untuk terlibat di dalam delinkuensi. Di samping itu, apabila seseorang mempunyai kepercayaan yang kuat di dalam norma masyarakat, dia kurang untuk menganggu masyarakat tersebut (Hirshi, 2002). Institusi keagamaan adalah

diandaikan mempunyai kepercayaan dan menghubungkan keakraban, komitmen dan penglibatan seseorang di dalam masyarakat (Hirshi, 2002).

Terdapat empat jenis kawalan sosial (Ivan Nye,1958) iaitu kawalan formal, tidak formal, kawalan berbentuk dalaman dan kawalan melalui kepuasan kehendak. Kawalan formal ialah hukuman dilakukan sebagai ancaman untuk kelakuan yang salah. Ia digunakan oleh ibu bapa, keluarga dan pihak berkuasa. Manakala kawalan dalaman iaitu remaja meninggalkan delinkuensi atas kesedaran sendiri. Kawalan tidak formal pula melihat kesan yang diterima oleh orang sekeliling kerana

perbuatan negatifnya. Remaja tidak akan terlibat dalam masalah sosial kerana boleh menyebabkan ibu bapa mereka kecewa dan sakit hati. Seterusnya ialah kawalan sosial melalui kepuasan kehendak. Jika semua kehendak individu didapati, tidak ada sebab mengapa mereka perlu melakukan jenayah.

Kawalan sosial formal melibatkan sistem tatacara dan sistem autoriti seperti peraturan, undang-undang dan peranan agen-agen seperti polis, mahkamah, pusat tahanan atau pusat kebajikan masyarakat (Rokiah Ismail, 2002:90). Pusat perlindungan wanita Baitul Ehsan merupakan salah satu kawalan sosial berbentuk formal yang menggunakan pendekatan berbentuk pemulihan remaja yang terjebak di dalam masalah sosial. Remaja ini melalui proses sosialisasi semula untuk

memudahkan mereka diterima oleh masyarakat. Institusi pemulihan

akhlak

memainkan peranan penting untuk membentuk kelakuan seseorang daripada melakukan kesalahan berulang.

1.5.3 Pendekatan Dakwah Dakwah secara umumnya bermaksud menyeru seseorang supaya melakukan

kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta memperbaiki diri untuk menjadi individu yang lebih baik. Setiap individu yang bergelar Islam perlu menjalankan kewajipan berdakwah sama ada terhadap umat Islam atau bukan Islam. Untuk mendakwah seseorang, perkara yang perlu diberi perhatian ialah pendekatan atau metodologi yang perlu digunakan supaya apa yang didakwahkan itu sampai dengan mudah. Penentuan metodologi juga perlu diambil kira berdasarkan beberapa kriteria yang perlu dikaji oleh pendakwah. Disebabkan pusat pemulihan dan perlindungan wanita Baitul Ehsan menjalankan pemulihan akhlak untuk wanita dan gadis beragama Islam, program keagamaan yang diadakan menjadi salah satu elemen dakwah terhadap remaja yang bermasalah.

Asas penentuan metodologi dakwah yang sesuai digunakan ialah sasaran dakwah, pendekatan yang sesuai, kesesuaian isi dan masalah yang berlaku. Sasaran dakwah merupakan kedudukan atau status individu atau masyarakat yang perlu didakwahkan. Sasaran dakwah di Baitul Ehsan adalah kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang bermasalah. Seterusnya, kesesuaian isi dakwah juga perlu dititikberatkan dalam aspek kesesuaian anutan agama dan pegangan agama golongan sasaran, peringkat sasaran iaitu peringkat umur antara 13 tahun hingga 25 tahun dan latarbelakang kehidupan mereka serta kesesuaian dengan masalah yang

dihadapi oleh pelatih Baitul Ehsan. Akhir sekali, masalah yang berlaku juga perlu diketahui dan difahami oleh pendakwah iaitu penglibatan pelatih di dalam masalah sosial dan juvana. Faktor kurangnya didikan agama menyebabkan mereka terjebak di dalam gejala sosial.

Disebabkan zaman remaja merupakan zaman peralihan dari zaman kanakkanak, pendekatan dakwah di kalangan remaja juga perlu disesuaikan dengan perasaan dan emosi yang bergolak di dalam diri mereka. Pendekatan dakwah yang dilakukan di Baitul Ehsan ialah lebih kepada Dakwah Bil Hikmah dan juga Dakwah Bil Lisan. Pendekatan Dakwah Bil Hikmah iaitu melakukan dakwah secara lemah lembut tanpa memaksa. Dakwah disampaikan secara arif dan berhikmah sehingga golongan sasaran boleh melaksanakan sesuatu ibadat atau ajaran agama atas kemahuannya sendiri, tanpa dipaksa. Said Qutb (1971) di dalam Tafsir Fi Zillail Quran menyebutkan bahawa pendekatan hikmah melihat kepada situasi dan kemampuan mereka yang didakwahkan. Terdapat tiga pendekatan dakwah utama yang telah digariskan oleh Allah di dalam al-quran sebagai panduan iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud: Serulah kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat-nasihat yang baik dan bertukar fikiranlah kepada mereka dengan cara yang baik Surah An-Nahl (16):125

Pengertian pendekatan hikmah menurut Syed Mustafa Al-Maroghi ialah perkataan yang jelas dan tegas disertai dengan dalil yang dapat membuktikan

kebenaran dan menghilangkan keraguan. Berdasarkan ayat surah An-Nahl ayat 125, Syeikh Muhammad Abduh merumuskan bahawa terdapat tiga golongan umat yang

akan didakwah oleh pendakwah mengikut cara yang berbeza. Pertama ialah golongan cerdik pandai yang cintakan kebenaran dan berfikiran kritis perlu didakwah secara hikmah iaitu dengan hujah dan bukti yang kukuh dan dapat diterima oleh akal mereka. Kedua, golongan awam dan orang bawahan yang agak rendah pemikirannya perlu digunakan pendekatan Mauizatul Hasanah berupa anjuran dan didikan yang baik dengan jalan yang mudah difahami. Manakala ketiga, golongan yang tinggi keintelektualannya dan tidak dapat didakwah dengan pendekatan hikmah perlu

menggunakan pendekatan Mujadilati Bil Ihsan iaitu bertukar fikiran dan mendorong supaya berfikiran lebih terbuka.

Pendekatan hikmah digunakan di dalam proses mentarbiah dan memulihkan akhlak pelatih di Baitul Ehsan supaya mereka boleh berubah sedikit demi sedikit secara sukarela tanpa dipaksa. Pihak Baitul Ehsan juga tidak pernah memandang rendah terhadap pelatih walaupun mereka pernah terlibat di dalam perkara maksiat. Perlaksanaan dakwah kepada remaja bermasalah perlulah seimbang mengikut situasi pelatih. Pendekatan lembut dan toleransi diutamakan ketika menghadapi pelatih di Baitul Ehsan. Sekiranya terdapat pelatih yang melakukan kesalahan, pihak Baitul Ehsan mengenakan hukuman denda ke atas semua pelatih untuk melatih mereka saling menjaga akhlak masing-masing.

Pendekatan Dakwah Bil Lisan pula merupakan penyampaian maklumat atau nasihat dengan menggunakan lisan secara langsung dengan objek dakwah. Pendakwah perlu menggunakan kata-kata yang lembut dan berhikmah untuk menarik golongan sasaran menerima dakwah dengan mudah. Metodologi ini telah disebutkan di dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

Siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu,ubahlah dengan lisan,jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya, dan yang terakhir itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Bukhari) Menurut Rafiudin Manan (1997), kaedah yang selalu digunakan mengikut pendekatan ini ialah qaulan marufan, muzakarah, nassihatuddin, majlis ilmu dan pengajian umum. Qaulan marufan ialah komunikasi di dalam pergaulan seharian yang mengandungi mesej-mesej dakwah seperti menyebarkan salam dan mengamalkan sunnah-sunnah nabi seperti memulakan bacaan Bismillah apabila memulakan sesuatu pekerjaan. Muzakarah ialah mengingatkan orang lain sekiranya mereka melakukan kesalahan sama ada dalam ibadat atau perbuatan yang negatif. Nasihatuddin pula ialah memberi nasihat kepada orang yang sedang dilanda masalah kehidupan agar mampu melaksanakan agamanya dengan baik. Majlis talim dibuat dengan membuat perbahasan bab-bab agama dengan menggunakan buku atau kitab. Manakala pengajian umum lebih kepada mengajar agama kepada golongan sasaran dakwah. Pendekatan Dakwah Bil Lisan yang digunakan di Baitul Ehsan ialah dalam bentuk pendidikan iaitu sesi tazkirah dan kelas-kelas fardhu ain.

1.6

Sorotan Kajian Lepas

Kajian mengenai keberkesanan program di institusi pemulihan sama ada pemulihan akhlak atau pemulihan penagihan dadah telah banyak dijelaskan oleh pengkajipengkaji terdahulu. Kajian-kajian tersebut menumpukan keberkesanan program-

program yang dijalankan di pusat pemulihan akhlak seperti program keagamaan, kemahiran, bimbingan dan kaunseling serta program kokurikulum dalam mengubah tingkah laku pelatih. Selain itu, penggunaan elemen agama dalam pemulihan tingkah

laku telah banyak diamalkan di institusi tahanan serta pemulihan dan ternyata memberi kesan yang baik terhadap peserta yang terlibat. Ini menunjukkan bahawa program keagamaan berperanan penting dalam pemulihan tingkah laku delinkuensi atau devian seseorang. Pulih atau tidak seseorang itu, adalah amat bergantung

kepada pengisian dan kaedah program keagamaan itu dijalankan.

Menurut laporan SUHAKAM (2001) yang mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak mendapati bahawa rutin pembelajaran kerohanian penghuni tidak berubah dan hambar kerana cara pengajian tidak mengambil pendekatan bahawa kekosongan jiwa harus diisi dengan pendekatan yang relevan mengikut peringkat usia. Bimbingan agama dan kaunseling juga mestilah dijalankan secara berterusan untuk memastikan penghuni tidak akan kembali terlibat di dalam gejala sosial. Selain itu, aktiviti yang lebih diminati oleh golongan remaja perlu diperbanyakkan selain daripada program yang telah sedia ada. Ini akan menarik minat remaja tersebut untuk mempelajari ilmu agama dengan mudah dan santai tanpa rasa terpaksa.

Selain itu, keberkesanan programprogram pemulihan yang dijalankan perlu diberi perhatian oleh pihak pelaksana. Ini kerana ia akan mempengaruhi kepercayaan masyarakat terutamanya ahli keluarga pelatih terhadap kemampuan dan keupayaan pusat pemulihan yang berfungsi sebagai tempat memulihkan akhlak dan membendung remaja yang bermasalah daripada mengulangi tingkah laku negatif tersebut.

Jamaluddin, Zaheruddin et. al telah menjalankan kajian mengenai Persepsi Keluarga Pelatih Terhadap Institusi Pemulihan Dadah (Fauziah dan Abd Razak, 2001) yang diteliti dari sudut pengurusan, program pemulihan dan kemudahan asas yang disediakan. Kajian meliputi 130 responden yang terdiri daripada keluarga penagih yang ahli keluarganya sedang atau telah mendapat pemulihan di Kedah. Penyelidikan ini mendapati keluarga penagih memberikan persepsi positif terhadap pusat serenti terutama terhadap pengurusan pihak pusat serenti. Selain itu, faktorfaktor seperti jantina, tahap pendidikan, perbezaan umur, bilangan ahli keluarga yang terlibat dengan dadah dan tempoh terlibat didapati memberi kesan yang berbeza dari aspek persepsi yang diberikan oleh keluarga penagih. Ahli keluarga responden yang telah terlibat dalam penagihan dadah selama 15 tahun menunjukkan tahap penerimaan negatif yang agak ketara terhadap pusat pemulihan berbanding tempoh lain.

Manakala Azizi Yahya dan Yow Kiaw Geok (2003) telah menjalankan kajian mengenai keberkesanan program pemulihan akhlak di Sekolah Henry Gurney dan Tunas Bakti. Seramai 184 orang responden telah dipilih secara rawak mudah

daripada sekolah-sekolah yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mengenalpasti bahawa program kokurikulum mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi berbanding program pemulihan yang lain. Ini kerana majoriti responden bersetuju bahawa aktiviti berkawat dapat membantu meningkatkan disiplin diri dan banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang keindahan alam, semangat setiakawan dan kebebasan. Selain itu, Azizi Yahya dan Yow Kiaw Geok menerangkan bahawa terdapat perbezaan program vokasional, kokurikulum, keagamaan serta bimbingan dan kaunseling di antara Sekolah Henry Gurney dan

Sekolah Tunas Bakti. Ini kerana, kemudahan dan kelengkapan yang disediakan untuk program-program tersebut adalah berbeza. Berdasarkan keadaan ini, penyelidik mendapati bahawa suasana, bilik darjah dan persekitaran pembelajaran kedua-dua institusi ini adalah berbeza.

Pegangan agama yang tidak kuat akan menyebabkan seseorang itu akan kembali melakukan perkara negatif. Kajian Adam Mohamed (2006) mengenai punca penagihan dan pemulihan kerohanian mengikut perspektif Islam terhadap penagih relapse di Rumah Bakti Kasih, Persatuan Pengasih Malaysia. Seramai 45 orang pelatih yang sedang mengikuti program pemulihan semula dadah telah dipilih sebagai responden. Rumusan daripada kajian tersebut, penyelidik mengenalpasti bahawa situasi tidak patuh kepada ajaran agama terutamanya pengamalan ibadat seperti solat, membaca alquran, zikir dan puasa memiliki hubungan yang positif ke atas pengambilan dadah. Di samping itu, hubungan dengan keluarga renggang, situasi dengan masyarakat yang tidak harmoni dan situasi rakan-rakan yang banyak menghabiskan masa untuk perkara buruk turut mempengaruhi seseorang itu untuk mengambil dadah.

Adam Mohamed juga mencadangkan beberapa cara untuk menangani masalah penagihan dadah mengikut perspektif Islam iaitu dengan mengikuti aktiviti jemaah tabligh, kunjugan ustaz dan orang alim kepada residen secara berterusan, kursus agama dan fardhu ain serta mengadakan program khidmat masyarakat supaya residen dapat bergaul dengan masyarakat dan tidak berasa disisihkan . Selain itu, terdapat juga institusi keagamaan yang menawarkan perkhidmatan pemulihan akhlak dan ketagihan dadah di Malaysia. Mahmood Nazar (2006) di

dalam bukunya Mencegah, Merawat dan Memulihkan Penagihan Dadah menyebut mengenai institusi Inabah Jabal Suf di Kedah yang ditubuhkan untuk merawat dan memulihkan penagih dadah dan juga remaja bermasalah dengan menggunakan metodologi Tarikat Qadariyyah Naqsyabandiyyah. Ia menggunakan pendekatan kerohanian yang merangkumi tiga aspek iaitu pendekatan tasauf dan syariat, program kemasyarakatan dan vokasional serta program lanjutan. Antara rawatan harian yang dilakukan di institusi ini ialah Zikir Jahar (secara lisan) dan Khofi (di dalam hati), solat sunat dan wajib, mandi taubat, kelas fardhu ain dan riadah. Menurut Tarikat Qadariyyah Naqsyabandiyyah, penagihan dadah dan kenakalan remaja adalah disebabkan sebahagian manusia kurang atau tiada bimbingan hidup dalam

menangani situasi kehidupan. Sifat tidak sempurna, lupa dan tidak dapat mengawal nafsu ini lahir daripada jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, cara untuk menyembuhkannya ialah melalui jalan zikir yang akan menenangkan mereka. Zikir membantu mendapatkan tempat untuk berserah hidup iaitu kepada Allah.

Menurut Mahmood Nazar, rawatan mingguan juga turut dijalankan di Inabah Jabal Surf seperti program khotaman dan program penglibatan kemasyarakatan. Khotaman merupakan ibadah yang mengandungi doa dan wirid-wirid khas. Program ini dilakukan bersama-sama masyarakat setempat dan para ikhwan sekali seminggu. Seterusnya, program penglibatan kemasyarakatan dan riadah seperti gotong royong dilaksanakan setiap hari di dalam kawasan Inabah. Terdapat penglibatan masyarakat sepanjang masa ketika majlis khotoman, majlis kenduri, majlis keagamaan dan gotong royong dijalankan. Aktiviti vokasional adalah terbuka kepada semua penghuni yang lebih dikenali sebagai anak bina. Anak bina boleh melakukan apa-apa

sahaja kerja berdasarkan kemahiran dan minat mereka di Inabah seperti memasak, pertukangan dan membantu dalam kerja perkomputeran.

Menurut Yusof Boon dan Shahrin di dalam Pemulihan Juvana (2007) mengatakan bahawa tugas memberi didikan keagamaan kepada para juvana bukanlah satu tugas yang mudah. Mereka perlu dibimbing untuk mengenali hukum-hukum agama. Disamping itu, mereka juga perlu didedahkan dengan langkah-langkah bertaubat. Pesalah juvana perlu diberi harapan bahawa mereka masih berpeluang utk menjadi orang soleh sekiranya mereka benar-benar bertaubat. Bagi pesalah juvana yang beragama Islam pula, mereka perlu dimahirkan membaca al quran dan mahir mengerjakan solat samada solat wajib atau sunat. Program-program berupa penceritaan dari kisah-kisah al-quran perlu dijadikan drama atau persembahan teater. Mereka akan mudah mengambil iktibar dari persembahan berbentuk sedemikian.

Terdapat juga kajian mengenai keberkesanan program pemulihan di pusat pemulihan yang disediakan oleh kerajaaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO). Azizi Yahya dan Jesmin (2008) telah membuat penyelidikan mengenai Keberkesanan Program-Program Pemulihan Tingkah Laku di Taman Seri Putri di Batu Gajah dan Kompleks Darul Assaadah. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengetahui keberkesanan program latihan dan pemulihan yang dijalankan di keduadua pusat ini. Seramai 79 orang pelatih yang telah menjalani program latihan dan pemulihan sekurang-kurangnya selama enam bulan telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menunjukkan bahawa kemudahan dan kelengkapan yang sedia ada dan perkhidmatan kaunseling berada di tahap sederhana keberkesanannya. Program yang mempunyai keberkesanan yang tinggi ialah program keagamaan, program vokasional

dan program kokurikulum. Penyelidikan ini hanya memfokuskan keberkesanan semua program pemulihan yang dijalankan di pusat pemulihan akhlak secara menyeluruh. Kajian mendalam terhadap setiap program yang dijalankan perlu dibuat untuk melihat penerimaan pelatih, kesesuaian program dan mencungkil kelebihan dan kelemahan program dalam memulihkan akhlak pelatih.

Pengulangan tingkahlaku negatif seseorang yang pernah memasuki institusi pemulihan dan tahanan juga dipengaruhi oleh sejauhmana kesan program pemulihan ke atas diri individu itu ketika berada di institusi tersebut. Sementara itu, Fauziah Ibrahim (2008) menjalankan kajian mengenai pengaruh faktor indvidu, persekitaran sosial dan keberkesanan program pemulihan dadah terhadap kecenderungan

penagihan relaps. Kajian menunjukkan penagih relaps mempunyai ciri-ciri emosi negatif, tekanan sosial yang tinggi dan cenderung untuk kembali menagih selepas dibebaskan dari pusat pemulihan. Ini kerana majoriti responden yang dikaji mempunyai keyakinan yang rendah. Kajian beliau mendapati bahawa faktor individu dan persekitaran sosial mempengaruhi kecenderungan penagih untuk kembali menagih.

Pendidikan dan pembelajaran pelatih yang tinggal di pusat pemulihan juga diambil kira oleh pengkaji lepas. Yusof Dan Athirah (2008) mengkaji mengenai Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Sekolah Tunas Bakti Perempuan di Sungai Lereh, Melaka. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti pendapat pelatih mengenai pengajaran guru dan kemahiran yang mereka perolehi sepanjang berada di Sekolah Tunas Bakti. Seramai 40 orang responden yang sedang mengikuti pembelajaran di sekolah tersebut dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik.

Berdasarkan pendapat pelajar, pengajaran guru yang mereka perolehi adalah berada pada tahap sederhana iaitu 3.47. Daripada hasil kajian, Yusuf dan Athirah merumuskan bahawa penglibatan pelajar di dalam pembelajaran di Sekolah Tunas Bakti masih berada di tahap sederhana. Pengkaji mencadangkan bahawa langkahlangkah tertentu perlu diambil untuk mengatasi kemungkinan berkurangan penglibatan pelajar dalam pembelajaran pada masa akan datang.

Selain itu, pendekatan agama di dalam pemulihan moral telah dipraktikkan oleh kebanyakan institusi penjara dan institusi pemulihan di luar negara. Ini kerana, pegangan kuat terhadap agama akan mendorong seseorang untuk bertindak mengikut garis panduan kehidupan yang ditetapkan oleh sesebuah agama. Tidak ada agama di dunia ini yang mengajar penganutnya bertingkah laku negatif dan terlibat di dalam perkara yang sia-sia dan merosakkan diri sendiri serta masyarakat. Karen Swanson (2009) di dalam kajiannya Faith And Moral Development: A Case Study of a Jail Faith-Based Correctional Education Program memfokuskan mengenai peserta Life Learning Programme (LLP) di Penjara Chicagoland, Holland Selatan. Program ini merupakan pendidikan pemulihan yang mengabungkan pelajaran agama dan kemahiran hidup dengan tujuan untuk memberi perubahan kepada hidup banduan yang dipenjarakan serta mengembalikan banduan kepada masyarakat sebagai mereka yang sanggup dan bersedia menjadi penduduk yang berguna dan bertangungjawab di dalam komuniti. Terdapat tiga tema utama di dalam kajian Karen yang membawa kepada pembentukan nilai dan kepercayaan peserta program LLP iaitu pemikiran, kemahuan dan perhubungan.

Berdasarkan hasil temubual dengan lima

bekas peserta LLP, Karen

mendapati bahawa LLP telah menambahkan pengetahuan peserta mengenai kepercayaan agama melalui pembelajaran kitab Bible dan mengikuti kelas yang mengajar kepercayaan Kristian. Setiap peserta telah meningkatkan hubungan mereka dengan tuhan dan merasai hidup dengan kelompok agama yang mana mereka berkongsi keinginan yang sama untuk mengamalkan ajaran Bible dalam kehidupan mereka. Selain itu, mereka juga sukarela mengikuti program LLP untuk mencari ketenangan, perubahan di dalam hidup mereka dan jauh daripada masyarakat biasa. Karen menjelaskan bahawa apabila peserta membina hubungan dengan tuhan dan mereka memahami kod moral di dalam Bible, mereka akan bersikap lebih sensitif terhadap tingkah laku bermoral dan tidak bermoral. Kajian karen juga mendapati bahawa pemikiran, kemahuan dan hubungan mesti saling wujud bersama untuk membentuk nilai dan kepercayaan beragama. Ia juga berkait rapat dengan beberapa faktor termasuk struktur LLP, pembelajaran Bible dan kemahiran hidup, pendedahan kepada contoh ikutan yang baik dan komitmen terhadap program.

Robyn Mapp (2009) di dalam kajiannya bertajuk The Role of Religiosity and Spirituality in Juvenile Delinquency melihat sejauhmanakah perlakuan beragama menentukan salah laku juvana. Seramai 684 remaja yang berusia 18 hingga 22 tahun telah ditemubual melalui telefon. Hasil kajian mendapati bahawa penglibatan remaja di dalam masalah juvana mempunyai hubung kait dengan tahap penglibatan mereka dalam agama. Penyelidik mendapati bahawa remaja yang menghadiri upacara agama sekali seminggu atau lebih, tidak pernah ditangkap atau terlibat dengan jenayah berat atau ringan dan tidak mengambil Marijuana. Berdasarkan dapatan kajian, Robyn mencadangkan supaya beberapa dasar kerajaan seperti cukai untuk badan

keagamaan dimansuhkan supaya menggalakkan badan ini bekerjasama membantu mengurangkan masalah salah laku remaja.

Sikap dan persepsi pelatih atau penghuni yang menjalani program-program pemulihan perlu diberikan perhatian untuk memastikan keberkesanan sesebuah program. Muhammad Rashid dan Dayang Farzeeha (2009) melakukan kajian mengenai persepsi pelatih lelaki terhadap program vokasional di Sekolah Henry Gurney. Kajiannya mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelatih lelaki terhadap latihan vokasional yang diikuti mereka. Seramai 116 orang pelatih telah dipilih menjadi responden untuk menjawab borang soal selidik. Dalam penyelidikan mereka mendapati bahawa majoriti pelatih mempunyai minat yang tinggi terhadap latihan vokasional yang dijalankan dan sedar mengenai kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan mereka. Pengkaji menjelaskan bahawa pentingnya menyediakan program vokasional yang bersesuaian dengan pelatih supaya mencapai matlamat program. Faktor minat, kesedaran, keyakinan dan faktor suasana pembelajaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi faktor keberkesanan program yang dilaksanakan.

Begitu juga Rosni dan Nur Hidayu (2010) di dalam kajiannya di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru yang mana pelatih disana menunjukkan persepsi yang positif terhadap latihan kemahiran vokasional yang dipelajari di pusat serenti. Majoriti pelatih juga mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajarinya apabila tamat latihan nanti.

Manakala Azizi Yahya, Anuar et.al (2010) telah menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan program pemulihan akhlak wanita di Pusat Perlindungan Wanita dan Gadis, Taman Seri Puteri Cheras, Jerantut dan Rembau serta Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka. Hasil kajian mendapati bahawa program bimbingan dan kaunseling serta program pendidikan akhlak yang disediakan di institusi tersebut berada di tahap sederhana keberkesanannya. Manakala program perkhidmatan sosial seperti acara sukan dilihat kurang berkesan perlaksanaannya.

Azizi juga mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelatih dalam mengikuti program yang diadakan di sana. Dalam program bimbingan dan kaunseling, tidak terdapat kaunselor yang bertauliah yang bertugas sepenuh masa di pusat tersebut. Manakala aktiviti yang diadakan di dalam program pendidikan akhlak tidak menarik dan membosankan. Seharusnya program yang dirancang hendaklah mengikut kesesuaian pelatih yang datang dari pelbagai latar belakang kehidupan. Program kebudayaan dan sosial yang diadakan juga tidak bersifat menyeluruh kerana tidak melibatkan semua pelatih di pusat tersebut.

Penerimaan yang baik oleh pelatih terhadap program keagamaan yang dijalankan sangat mempengaruhi keberkesanan program pemulihan yang

direncanakan. Rokiah Ismail (2010) di dalam kajiannya mengenai keberkesanan program rawatan dan pemulihan terhadap penagih dadah wanita di Pusat Serenti Bachok (PSBW), Kelantan. Keberkesanan program dilihat berdasarkan penilaian pelatih sendiri melalui pengalaman mereka sepanjang berada di pusat tersebut dan juga kesan yang dialami oleh mereka. Hasil kajian Rokiah menujukkan bahawa pendidikan agama dan moral memberi kesan yang menggalakkan kepada pelatih

kerana mereka menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari agama. Tahap penerimaan pelatih terhadap program keagamaan juga agak tinggi. Ini kerana pelatih menganggap bahawa agama adalah pegangan hidup dan berdosa jika tidak mengikuti ajaran dan suruhan agama. Program agama dan moral yang diadakan memberi peluang kepada pelatih untuk meningkatkan ilmu agama dan mewujudkan keinsafan di dalam diri pelatih secara tidak langsung.

Rokiah menyatakan bahawa pendekatan program rawatan dan pemulihan perlu mengambil perhatian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh penagih. Sekiranya masalah tersebut tidak dikenalpasti dan diberi perhatian dikhuatiri akan menggagalkan proses pemulihan penagih tersebut. Elemen-elemen yang ada di dalam program pemulihan samada di pusat pemulihan dadah atau pemulihan akhlak perlu dikaji dan diteliti keberkesanannya yang bukan sahaja mampu memulihkan tingkahlaku pelatih ketika di dalam pusat, tetapi ia turut berkesan apabila pelatih tersebut keluar dari pusat. Sememangnya kebanyakan pelatih menerima kesan yang baik ketika di pusat pemulihan, tetapi apabila mereka kembali ke dalam persekitaran kehidupan mereka, ilmu yang didapati di pusat pemulihan belum tentu dapat membendung pelatih dari mengulangi kesalahan lalu.

1.7

Metodologi kajian

1.7.1

Kaedah Pengumpulan Data

1.7.1.1 Jenis Data

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua jenis data utama iaitu data sekunder dan primer. Pengumpulan data sekunder dilakukan melalui penyelidikan

keperpustakaan. Penyelidikan keperpustakaan ini dilakukan di Perpustakaan Daerah Temerloh, Perpustakaan Daerah Bera, Perpustakaan Al-Mukhtar, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Rujukan data sekunder ini diambil dari buku, jurnal, latihan ilmiah, tesis, akhbar dan artikel. Selain itu, data statistik mengenai pelatih juga telah diambil dari pihak Baitul Ehsan. Kebanyakan maklumat mengenai Baitul Ehsan telah diambil dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Selangor dan laporan latihan Industri ketika pengkaji menjalani latihan industri di Baitul Ehsan selama dua bulan.

Data primer dikumpul melalui kerja lapangan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dengan mengedar borang soal selidik kepada responden. Pengkaji juga menemubual empat orang pelatih Baitul Ehsan untuk menyokong ketepatan maklumat yang diberi. Beberapa soalan di dalam borang soal selidik ini telah dirujuk dari kajian Azizi Yahya, Mohd Anuar et, al (2008) mengenai keberkesanan pusat perlindungan wanita membantu proses pemulihan akhlak. Borang soal selidik yang diberikan kepada responden mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A, B, C. Soalan bahagian A merupakan latar belakang responden, manakala bahagian B merupakan pengalaman dan impak program keagamaan kepada pelatih dan bahagian C merupakan keberkesanan program keagamaan terhadap pemulihan akhlak pelatih.

1.7.2

Persampelan

Populasi merupakan serapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang diserap mestilah mampu mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau

sifat yang sama antara satu sama lain (Mohd Majid, 1993). Populasi yang ingin dikaji di dalam penyelidikan ini ialah pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.

Sampel kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kaedah ini memilih subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu untuk dijadikan responden. Disebabkan kajian ini tertumpu kepada program keagamaan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, pengkaji telah mendapatkan 47 orang pelatih daripada 78 orang pelatih yang ada di Baitul Ehsan untuk dijadikan responden dengan bantuan kakitangan Baitul Ehsan. Daripada 47 sampel yang diambil, pengkaji telah memilih 4 orang responden untuk ditemubual secara mendalam untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

1.8 Analisis data

Data yang tepat dapat dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik akan dianalisis menggunakan Stastical Package Of Social Science (SPSS) . Manakala temubual dianalisis berasaskan deskriptif (keperihalan) dan naratif. Perkara utama yang akan dianalisis ialah pengalaman pelatih dan impak program keagamaan terhadap pemulihan akhlak pelatih .

1.9 Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam yang bernaung dibawah Majlis Agama Islam Selangor. Baitul Ehsan ditubuhkan di

bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor melalui peruntukan dibawah seksyen 53 dan seksyen 54(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor no. 9 tahun 1995 (EJSS 2003) .Melalui peruntukan yang sama, satu kaedah telah digubal dan telah diluluskan di dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu Perintah Tetap 2001 yang membolehkan Baitul Ehsan mentadbir, memulih, membimbing dan melindungi golongan wanita yang bermasalah di Negeri Selangor khususnya.

1.10

Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini menyumbang kepada korpus ilmu yang menambahkan pengetahuan terutamanya kepada ahli akademik dan juga kepada masyarakat sekitar mengenai peranan yang dimainkan oleh pusat pemulihan untuk memperbaiki akhlak dan sahsiah remaja yang terlibat di dalam masalah sosial. Selain itu, kajian ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada pelajar universiti dan juga pengkaji yang hendak membuat kajian berterusan mengenai program-program di pusat pemulihan akhlak. Kajian ini sedikit sebanyak dapat menilai keberkesanan program keagamaan di pusat perlindungan wanita secara keseluruhan. Ia akan dapat menilai sejauhmana aktiviti yang dibuat berasaskan kesesuaian dan tahap pelatih yang berasal dari latar belakang yang berbeza.

Kajian ini juga dapat memberi manfaat dan input yang berguna kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam menguruskan dan merencana program di pusat perlindungan wanita dan gadis untuk memantapkan dan memperbaiki aktiviti keagamaan yang sedia ada. Ini kerana, program yang dijalankan perlulah mendapat

maklum balas daripada pelatih sama ada positif dan negatif. Dengan itu, ia boleh dijadikan garis panduan dalam memperbaiki kualiti program tersebut.

1.11 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini juga menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Kajian ini hanya tertumpu kepada responden di dalam Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan terbatas kepada populasi dan sampel di sini sahaja. Oleh itu, kajian ini hanya boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam membuat kajian secara menyeluruh mengenai keberkesanan program keagamaan di pusat perlindungan wanita dan gadis serta pusat pemulihan akhlak.

Selain itu, lokasi yang agak jauh dengan tempat tinggal dan tempat pengajian pengkaji menyukarkan pengkaji untuk membuat tinjauan secara berterusan. Pengkaji membuat tinjauan awal terhadap program keagamaan di Baitul Ehsan berasaskan pengalaman latihan industri disana selama dua bulan sebelum penyelidikan ini dibuat.

BIBLIOGRAFI

Ab Aziz, Nor Raudhah, Mohd Zin et, al (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Abdul Djaliel Manan, Rafiudin & S.Ag Dakwah. Semarang: CV. Pustaka Setia. (1997). Prinsip dan Strategi

Adam bin Mohamed (2006). Tingkahlaku Penagihan Semula, Punca-Punca Penagihan dan Pemulihan Kerohanian Menurut Perspektif Islam. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan, Univerisiti Teknologi Malaysia. Anwar Masyari (1981). Study Tentang Ilmu Dawah, Cetakan Pertama, Surabaya: PT Bina Ilmu. Asmak Ali (2006). Salah Laku Sosial Remaja Masa Kini: Cabaran dan Penyelesaiannya. Dalam Abd Rahim, Sufean et, al. (Ed) Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran Alaf Baru (hlm 89-113) Asmawati Suhid (tanpa tarikh), Pengajaran Adab dan Akhlak Islam Dalam Membangunkan Modal Insan. Jurnal Pengajian Umum Bil 8, (hlm 167168). Fakulti Pengajian Pendidikan,Universiti Putra Malaysia. Arieff Salleh & Wardah Mokhtar (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Pahang: PTS Professional. Azizi Yahya & Jaafar Sidek Latif (2006). Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS Professional. Azizi Yahya, Anuar et, al (2010) Program Pemulihan Akhlak Wanita: Sejauhmanakah Keberkesanan Pusat Perlindungan Wanita Membantu Proses Pemulihan? Tesis. Jabatan Pendidikan Asas, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahya & Jesmin Abd Wahab (2008). Keberkesanan Program-Program Pemulihan Tingkahlaku di Taman Seri Putri Batu Gajah dan Kompleks Dar-Assaadah.Tesis . Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahya & Yow Kiaw Geok (2003). Keberkesanan Program Pemulihan Akhlak di Sekolah Henry Gurney Dan Tunas Bakti. Tesis yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahya, Shahrin & Yusof Boon (2007). Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Azlina Abdulah (2006). Hubungan Sosial Wanita dan Gadis di Institusi Pemulihan: Satu Kajian Kes di Taman Seri Puteri Rembau, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Selangor: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Fauziah Ibrahim (2008), Pengaruh Faktor Individu, Persekitaran Sosial dan Keberkesanan Program Pemulihan Dadah dalam Kalangan Penagihan Relaps, Abstrak Tesis Doktor Falsafah , Universiti Putra Malaysia. Gerace, Adam, Day et. al. (2010). Criminal Rehabillitation: The Impact of Religious Programming. Jurnal of Psycohology And Christianity. www.findarticles.com Hasan Hamzah (2006). Kamus Melayu Global. Kuala Lumpur: Piramid Perdana (M) Sdn. Bhd. Jamaluddin, Zaheruddin et. al (2002). Persepsi Keluarga Penagih Terhadap Institut Penagihan Dadah. Dalam Abd Razak & Zakiyah (Ed.), KerjaKerja Sosial: Artikel-Artikel Pilihan (hlm. 246-259). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor. Johnson Byron R., Larson David B. et,al. (1997). Religious Programs, Institutional Adjustment And Recidivism Among Inmates In Prison Fellowship Programs. Justice Quarately, Vol A4. No 1, March 1997. www.leaderu.com/humanities Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Laporan Lawatan SUHAKAM Ke Pusat Pemulihan Akhlak Wanita Batu Gajah, Perak (2001). 8 November 2001 Lundman Richard J.(1993) Prevention and Control of Juvenile Deliquency, New York: Oxford Universty Press. Mahmood Nazar Mohamed (2006) Mencegah, Merawat dan Memulihkan Penagih Dadah: Beberapa Pendekatan dan Amalan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Mapp, Robyn (2009). The Role of Religiosity and Spirituality in Juvenile Deliquency, Senior Thesis In Economics, The College Of New Jersey. Mardzelah Makhsin & Mohd Fadhli (2004, Julai-September). Kenakalan Remaja. Pemikir, 37. Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan .Ed. Ke -2 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Mohd Nasir Omar (1986) Falsafah Etika: Perbandingan Pendekatan Islam Dan Barat, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Murphy, Jeffrie G (1973) Punishment And Rehabilitation, California: Wardsworth Publishing Company. Nye, F.I. (1958), Family Relationships And Delinquent Behavior. New York: John Wiley. Rashid & Dayang Fareeha (2009). Persepsi Pelatih-Pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional yang Dijalankan. Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. Rokiah Ismail (2010). Pemerkasaan Pengguna Dadah dalam Institusi Pemulihan Di Malaysia: Ke Arah Menjamin Kesejahteraan Indidvidu dan Masyarakat, Malaysian Journal Of Society and Space 8 Isu 1(p3149). Rokiah Ismail (2002). Kawalan Sosial dan Pelbagai Dimensi Fungsinya Dalam Strategi Menangani Masalah Jenayah dan Delinkuensi di Malaysia. Dlm Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail. Masyarakat, Budaya dan Pemodenan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Roslizawati, Sapora & Suhailiza (2008). Metodologi Dakwah Terhadap Remaja: Kajian Kes di Jemaah Islah Malaysia (JIM). Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Islam Malaysia. Rosni & Nur Hidayu (2010). Persepsi Pelatih Terhadap Program Vokasional di Pusat Serenti Tampoi. Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

S.Mahadzir & Jaafar Man (2007). Permasalahan Remaja.. Selangor: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd. Shahrin & Yusof (2007). Pemulihan Juvana. Dlm Azizi, Shahrin & Yusof. Masalah sosial dalam kalangan remaja. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Swanson, Karen (2009). Faith and Moral Development: A Case Study of a Jail Faith Based Correctional Education Program, Journal of Correctional Education. www.findarticles.com.

Shamsaadal Salleh & Abdullah.(2006). Konflik Remaja Masa Kini Dan Cabaran Menanganinya. Dalam Abd Rahim, Sufean et, al . (Ed) Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran Alaf Baru (hlm 116-126) Witrowski Michael D, Griswold David B. et ,al (1981). Social Control Theory and Deliquency, American Sociological Review, Vol 46, No. 5, Pp.525-541. Retrieved March 2,2011, from JSTOR database. Yusrina (2006) Pengaruh Pendidikan Agama Islam Terhadap Pembentukan Akhlak Siswa di SMP YPI Cempaka Putih Bintaro. Tesis yang tidak diterbitkan. Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Yusof & Athirah. (2008). Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Sekolah Tunas Bakti Perempuan di Sungai Lereh, Melaka. Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. Zaini Hamzah (1989). Dakwah dalam Masyarakat Majmuk: Satu Kajian Kes di Malaysia. Cetakan Pertama, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. www.mais.gov.my www.fathuri.com www.pkukm.edu.my www.esyariah.gov.my www.jkm.gov.my