kajian tidakan - kekemasan tulisan

9

Click here to load reader

Transcript of kajian tidakan - kekemasan tulisan

Page 1: kajian tidakan - kekemasan tulisan

Pengenalan

Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pengkaji iaitu

Noraini binti Ombi telah menjalankan kajian terhadap kekemasan tulisan murid tahun dua

dalam kelas pemulihan khas bahasa Melayu. Daripada kajian yang dijalankan, didapati

bahawa murid yang dikaji yang bernama Nur merupakan seorang murid yang pintas dan

pandai tetapi tulisan yang ditulis itu adalah tidak kemas pada masa dahulu sampai dikesan

oleh pengkaji. Nur telah mendapat perhatian daripada pengkaji dan pengkaji berhasrat untuk

membantu Nur dalam membetulkan tulisan serta menambahbaikan kekemasan tulisannya

sebelum tamatnya tempoh praktikumnya selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan SEM.

Pengkaji mendapati bahawa ketidakkemasan tulisan bagi Nur menyebabkannya kurang

cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan oleh ketidakkemasan

tulisan bagi Nur menyebabkannya mendapat kepujian dan markah yang amat rendah dalam

penilaian oleh guru- gurunya. Hal ini disebabkan tulisan yang tidak jelas dan sukar dilihat

oleh penilai. Maka, markah yang diberikan oleh penilai- penilai adalah rendah. Dengan

metodologi yang digunakan serta pengubahsuaian cara menulis yang betul telah menolong

Nur dapat menguasai tulisan yang kemas.

Objektif Kajian

Pengkaji menjalankan kajian ini disebabkan untuk memastikan Nur memgang pensel

dengan betul semasa menulis serta memperbaiki tulisan Nur agar menjadi lebih kemas dan

boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.

Punca Masalah

Berdasarkan pemerhatian dalam kajian kesnya, pengkaji mendapati bahawa punca utama

masalah tulisan tidak kemas dapat diklasifikasikan kepada dua. faktor yang pertama ialah

cara memegang pensel yang tidak betul ketika menulis. Menurut Levin (1987), cara

memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid.

Page 2: kajian tidakan - kekemasan tulisan

Pengkaji mendapati cara Nur memegang pensel ialah dengan menggengam keseluruhan

penselnya. Oleh hal sedemikian, pengkaji mendapati Nur akan berasa sakit pada bahagian

jarinya dan sukar untuk menggerakan jari ketika menulis. Pengkaji menyifatkan fenomena ini

mendorong Nur untuk menulis dengan tidak kemas dan tidak teratur.

Selain itu, pengkaji juga ada menyatakan bahawa faktor yang menyumbang kepada

ketidakkemasan tulisan pelajar disebabkan oleh saiz pensel yang tidak sesuai digunakan

untuk menulis. Penggunaan saiz pensel yang terlalu pendek untuk menulis menyebabkan

posisi badan Nur cenderung berada dalam keadaan menunduk ketika menulis. Justeru itu,

Nur tidak selesa ketika menulis. Oleh hal yang demikian, pengkaji menyimpulkan bahawa

penggunaan pensel yang kurang sesuai mendorong kepada masalah dalam tulisan pelajar.

Cara Mengatasi

Dalam usaha untuk memperbaiki corak tulisan pelajar supaya lebih kemas lagi, pengkaji

telah merangka beberapa aktiviti dan latihan bimbingan. Antaranya ialah memberikan

pengajaran pemulihan tulisan kepada Nur. Latihan– latihan dalam pengajaran ini banyak

melibatkan pergerakan asas tangan dan jari supaya menulis dengan betul. Dalam usaha

membimbing Nur supaya menulis dengan baik, pengkaji menerangkan cara yang betul

untuk memegang pensel serta bagaimana kedudukan jari yang sepatutnya semasa

menulis. Pengkaji juga akan memastikan bahawa setiap latihan dan aktiviti yang diberikan

kepada Nur mesti ada melibatkan penulisan serta berdasarkan sukatan pelajaran yang

sepatutnya. Selain itu juga, beliau akan memastikan bahawa ada latihan atau aktiviti

penulisan diberikan kepada Nur setiap hari. Pengkaji percaya bahawa melalui latihan–

latihan yang berterusan ini Nur dapat menguasai gerak tangan dan jari dengan bebas

semasa menulis. Seterusnya pengkaji akan memperuntukan masa bagi menyemak dan

memberi penerangan berkenaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.

Page 3: kajian tidakan - kekemasan tulisan

Selain itu, pengkaji juga memastikan posisi duduk badannya adalah betul ketika menulis.

Posisi yang betul ialah tidak terlalu tunduk ke meja dan lengan seharusnya berada di atas

meja ketika menulis.

Model Kajian Tindakan

Model Stringer , (2004)

Rajah di atas merupakan model kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajiannya iaitu

Model Stringer, (2004). Model tersebut mengandungi lima langkah dalam menguruskan satu

kajian. Langkah pertama bagi model Stringer adalah untuk merekabentuk kajian bagi

mengenalpastikan jenis kajian yang hendak dibuat. Contohnya , kajian kes ke atas

kekemasan tulisan murid tahun dua dalam kelas pemulihan khas Bahasa Melayu. Langkah

kedua adalah mengumpul data di mana pengkaji telah mengumpul data iaitu hasil tulisan

Nur sejak beliau mula mengajarnya. Seterusnya, langkah ketiga iaitu menganalisis data di

mana pengkaji telah mengenalpasti dan menganalisis data sejak mendapat hasil tulisan

daripada Nur. Pengkaji mendapati beberapa kelemahan bagi tulisan Nur seperti huruf u

1. Merekabentuk

2. Mengumpul Data

3. Menganalisis Data

4. Menyampai Hasil

5. Mengambil Tindakan

Page 4: kajian tidakan - kekemasan tulisan

ditulis sebagai h, a ditulis sebagai o, perkataan berpecah, dan sebagainya. Langkah

keempat yang diambil tindakan iaitu menyampaikan hasil di mana pengkaji telah mengenal

pasti kelemahan tulisan Nur yang sebenar dan mencipta beberapa langkah pengajaran

pemulihan tulisan khas untuk membimbing Nur daripada membetulkan cara penulisannya.

Langkah terakhir yang dijalankan adalah mengambil tindakan di mana pengkaji telah

meluangkan masa untuk memperbaiki tulisan melalui cara – cara penyelesaian yang

dirancang.

Langkah – langkah Kajian Tindakan

1. Teknik mengumpul data

Pengkaji telah mengumpul data iaitu mengutip hasil tulisan Nur sebelum beliau bermula

untuk dikaji. Hasil tulisan yang tidak kemas itu telah dikomen oleh pengkaji dan ditunjukkan

dalam Rajah 1 di bawah. Masalah yang wujud seperti huruf u sebagai h, a ditulis sebagai o,

jarak huruf terlalu jauh, dan sebagainya merupakan kelemahan tulisan bagi Nur.

1.1 Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap Nur sepanjang masa pengkaji

mengajarnya dalam kelas, iaitu waktu pangajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Di

mana pemerhatian yang didapati bahawa tulisan Nur adalah sangat tidak kemas. Pengkaji

berhasrat untuk membaiki tulisan bagi Nur sepanjang tempoh pengajarannya dalam sekolah

Page 5: kajian tidakan - kekemasan tulisan

tersebut. Pengkaji telah berfikir untuk meluangkan masa bagi Nur sebagai waktu tambahan

demi membaiki tulisannya dengan cara membetulkan cara memegang pensel, postur duduk,

dan pengkaji juga membekalkan pensel yang lebih panjang kepadanya.

1.2 Temu Bual

Pengkaji telah menemubual guru pemulihan serta Nur bagi mendapatkan cara penyelesaian

yang lebih efektif dalam membantu Nur. Perbualan antara pihak- pihak yang terlibat telah

membekalkan maklumat yang lebih jitu seperti didapati bahawa tulisan Nur yang tidak

kemas telah mempengaruhi pembelajaran Nur selama ini terutamanya semasa waktu

membuat ulangkaji. Tulisan yang tidak kemas itu pun Nur sendiri tidak tahu akan maklumat

serta nota yang dia tulis. Dengan itu, adalah jelas bahawa kenapa keputusan Nur adalah

tidak memuaskan.

1.3 Bukti Dokumen

Selama pengkajian itu dibuat, pengkaji telah mengutip hasil tulisan bagi Nur pada setiap

minggu. Dengan kutipan setiap minggu, maka pengkaji dapat membuat perbandingan

kekemasan tulisan Nur daripada seminggu dengan seminggu yang seterusnya. Bukti yang

terdapat daripada kutipan tersebut, cara mengatasi yang digunakan oleh pangkaji telah

mendapat kesan yang positif di mana tulisan Nur adalah semakin bertambah baik.

2 Teknik Menganalisis Data

Pengkaji telah menggunakan teknik manganalisis data berdasarkan carta yang dinamakan

The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibelities in Handwriting. Carta ini disediakan

berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan pelbagai jenis tulisan dan bentuk

tulisan yang tidak dapat dibaca. Di antaranya seperti perkataan terlalu rapat, terlalu

condong, perkataan berpecah, huruf a seperti u, e tertutup, dan sebagainya.

Page 6: kajian tidakan - kekemasan tulisan

3 Dapatan kajian

Pada akhir kajian, pengkaji mendapati bahawa Nur telah pun membaiki kekemasan

tulisannya dengan berjaya sekali. Di mana, tulisan Nur senang dilihat serta senang difahami.

Tulisannya kemas dan cantik atas usaha daripada pengkaji serta Nur sendiri. Selain itu, cara

penyelesian yang digunakan tersebut menunjukkan bahawa betapa berjayanya

mengubahkan tulisan seseorang sejak awal kanak- kanak lagi. Dapatan daripada kajian

sememangnya boleh menolong budak- budak lain di mana wujud keadaan yang sama

seperti Nur.

Kesimpulan

Dengan metodolagi yang digunapakai oleh pangkaji terbukti bahawa cara tersebut adalah

sangat berkesan. Daripada pengkajian tersebut, keputusan Nur telah ditingkatkan dan

menurut kata guru pemulihan Nur bahawa dia akan dikeluarkan dari kelas pemulihan

menjelang akhir tahun berikutan peningkatan mendadaknya dalam ujian kelas biasa.

Dengan kata lain, kekemasan dalam tulisan membantu Nur dalam membuat ulangkaji

dengan lebih mudah serta memahami nota yang dicatat itu. Perkara ini telah banyak

menolong Nur semasa waktu pengajaran dan pembelajaran serta mendapat keputusan

yang sangat memuaskan.

Page 7: kajian tidakan - kekemasan tulisan

Bibliografi

Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders.Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

Noraini Binti Ombi. (2009). Kajian kes ke atas kekemasan tulisan murid tahun 2 dalam kelas pemulihan khas Bahasa Melayu. Dimuat turun daripada http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2009/23%20Noraini.pdf pada 22 julai 2010.

Model – model Kajian Tindakan. Kajian Tindakan dalam Pendidikan.