kajian-tindakan-1

download kajian-tindakan-1

of 15

Transcript of kajian-tindakan-1

OBJEKTIF

KAJIAN TINDAKAN

GETAH EVA SEBAGAI BAHAN ALTERNATIF

DALAM PROSES PENGHASILAN

PRODUK UKIRAN

Disediakan oleh:

Salsabila Tang Binti Abdullah

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

SMK Sungai Rambai, Melaka.

KANDUNGAN

Mukasurat

ABSTRAK

3

1.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

4

2.0ISU / FOKUS KAJIAN

5

3.0OBJEKTIF KAJIAN

6

4.0KUMPULAN SASARAN

6

5.0PELAKSANAAN KAJIAN

7

5.1 Metodologi Kajian

5.2 Pendekatan Model DBAE- Kaedah Pemerhatian

8

- Analisa Data

11

- Kaedah Temubual

13

- Penilaian Hasil Kerja

14

6.0RUMUSAN

14

7.0CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

15

GETAH EVA SEBAGAI BAHAN ALTERNATIF DALAM PROSES PENGHASILAN PRODUK UKIRAN

Oleh:

Salsabila Tang Binti Abdullah

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

SMK Sungai Rambai, Melaka.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar perempuan tingkatan 5 di dalam tajuk seni ukiran. Sebagai satu usaha untuk mengenali sifat bahan dan mempermudahkan proses menyediakan produk ukiran. Kajian ini dijalankan selama 3 bulan, seramai 30 pelajar 5 Ekonomi, SMK Sg. Rambai dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Dalam usaha memenuhi keperluan kertas 2611/3 (Kajian Rekaan Seni Visual), calon SPM yang mendaftar mata pelajaran PSV dikehendaki menyiapkan satu folio dengan hasilan satu produk.

Hasil dari dapatan kajian didapati bahawa bahan getah EVA sesuai untuk pelajar perempuan dalam menghasilkan ukiran jenis bunga timbul dan tebuk terus. Penggunaan alatan yang minima dan mudah serta penjimatan masa jelas diperolehi, Kepuasan pelajar yang menggunakan getah EVA setanding pelajar yang menggunakan media biasa, namun nilai estetik terutamanya pelbagai silat yang ada pada ukiran kayu tidak dapat diperolehi sepenuhnya dengan menggunakan bahan getah EVA.

1.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUMata pelajaran Pendidikan Seni Visual 2611 merangkumi 3 kertas iaitu kertas 1 - 50 soalan objektif, kertas 2 menggambar dan kertas 3 merupakan kerja kursus yang bersifat penilaian berasaskan sekolah. Tanggapan masyarakat bahawa mata pelajaran PSV mudah lulus tetapi sukar skor A, namun, tanggapan ini bukan satu fakta yang nyata dan terbukti. Berdasarkan maklumbalas daripada guru yang lebih berpengalaman, kertas 2611/3 selain membantu pelajar SPM lulus dalam PSV, ia juga memberi peluang tinggi bagi pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang A1 dan A2 dalam PSV apabila berjaya memperolehi 90% markah dalam kerja kursus. Kertas 2611/3 biasanya mengandungi 9 soalan yang merangkumi pelbagai tajuk. Antara tajuk yang lazim keluar ialah seni halus - Ukiran. Pelajar (khususnya pelajar perempuan) kurang minat memilih tajuk ukiran dalam kerja kursus 2611/3 kerana merasa tajuk itu amat sukar dalam proses penghasilan produk. Pelajar perempuan takut memegang mesin zig saw dan trimmer. Mereka menganggap seni ukiran hanya sesuai bagi pelajar lelaki kerana kelebihan fizikal yang semulajadi.

Berdasarkan catatan maklumat dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, sebanyak 36 buah sekolah yang mendaftar seni visual dalam peperiksaan SPM, 6 buah sekolah sahaja yang memilih tajuk ukiran sebagai kerja kursus. Guru pembimbing juga menganggap tajuk ukiran memerlukan masa dan kemahiran yang tinggi untuk menyiapkan tugasan.

2.0 ISU / FOKUS KAJIAN

Fokus masalah ialah pelajar perempuan takut mengambil tajuk ukiran, bahan kayu jelutung yang biasa dijadikan pilihan utama juga dianggap sukar untuk dipahat. jika masalah ini tidak diselesaikan, lama-kelamaan seni ukiran akan menjadi satu topik yang hanya diajar sebagai topik teori sahaja dan penghayatan seni budaya juga tidak dapat membantu dalam membina jati diri pelajar.

Bahan adalah perantaraan diantara tukang pandai ukir di dalam mengolah idea asli ke dalam bentuk seni tampak yang mempunyai nilai estetik. Manakala teknik pula berkait rapat dengan jenis bahan dan permasalahan penyelesaian, samada penerapan kesan jalinan atau kekemasan.

Preble, Duane.(1994), A medium is a particular material, along what its accompanying technique. Artist select media that best suit the ideas and feelings they wish to present when a medium is used in such away that the object or performance contributes to our understanding or enjoyment of life, we experience the final product as art.Bahan berperanan memperjelaskan bentuk ukiran secara fizikal dan realistic. Ciri-ciri bahan dan sifatnya yang tersendiri haruslah dihormati dan mendapatkan keunikan sifat bahan tersebut. Terdapat banyak bahan yang sering digunakan dalam proses menghasilkan karya ukiran. Contohnya: batu, kepingan logam, timah, tembaga dan yang paling biasa ialah kayu. Bahan industri yang bersifat kontemporari termasuk plaster of paris yang digunapakai luas dalam bidang pembinaan.

Bahan getah EVA (Ethylene Vinyl Acetate) adalah getah sintetik yang biasa digunakan dalam industri getah seliper Jepun. Ia adalah polymer yang elastik, lembut dan fleksibel. Kualiti bahan adalah tinggi, ia tahan tekanan, retakan, karis air dan tahan daripada radia UV.

Penggunaan bahan sebenarnya bukanlah menjadi ukuran nilai yang mutlak dalam penilaian seni ukiran. Olahan bahasa seni tampak yang baik serta gaya atau cara persembahan yang unik juga diambil kira sebagai aspek utama.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar perempuan diharapkan dapat mencapai objektif berikut:3.1Objektif Umum

menghasilkan ukiran bunga timbul dan tebuk terus .dalam masa yang ditetapkan.

3.2Objektif khusus

Mengekspro bahan yang sesuai untuk mengantikan bahan sedia diketahui dalam seni ukiran.

Membina keyakinan diri pelajar perempuan dalam penghasilan seni ukiran.

Menjimat / mependekkan masa dalam proses penghasilan produk ukiran serta menjamin keselamatan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar tingkatan 5 Ekonomi seramai 31 orang pelajar (lelaki 15 orang, perempuan16 orang) yang mengambil mata pelajaran PSV dalam peperiksaan SPM. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran PSV antara 45 60 markah. Pengetahuan sedia ada terhadap topik seni ukiran telah mengenali pisau pahat dan kayu sebagai media utama. Secara amnya pelajar belum ada pengalaman secara terus dalam penghasilan produk ukiran.

5.0PELAKSANAAN KAJIAN5.1Metodologi Kajian

Kajian ini adalah kajian tindakan dalam bentuk kualitatif. Ianya lebih banyak ke arah perbincangan dan kupasan hasil daripada pemerhatian, temubual dan hasilan kerja akhir dengan palajar yang terlibat.

Kajian tindakan ini merupakan satu usaha untuk mengenali sifat bahan serta dapat menambah kepelbagaian penggunaan bahan dan teknik dalam proses penghasilan ukiran. 5.2Pendekatan Model DBAEPendekatan Dicipline-based Art Education digunakan dalam proses pengajaran seni ukiran kerana ia merangkumi 4 disiplin yang amat sesuai dalam kurikulum pendidikan seni visual iaitu;

* Projek studio

* Kritikan Seni

* Sejarah Seni

* Estetik.

Kerja kursus SPM adalah berpusatkan projek studio dimana folio dan produk perlu dilengkapkan oleh calon dalam masa 4 bulan. Kemahiran memanipulasikan bahan, penggunaan bahan serta teknik, begitu juga dengan kemahiran melihat dimana penyelesaian masalah dari 2-dimensi kepada 3-dimensi diberi penekanan. Dalam model DBAE , pelajar juga ditekankan kepada aspek memahami sejarah seni, estetik yang berkaitan dengan penghasilan karya masing-masing agar dapat meningkatkan daya kreatif dan kritis pelajar.

5.2.1Kaedah Pemerhatian

Perbezaan proses penghasilan produk ukiran antara dua bahan

Bil.Ukiran kayu jelutungUkiran getah EVA

1.Menekap / melukis corak

Menekap corak

2.Menebuk lubang

Memotong dengan pisau mata serong

3.Memotong corak (mesin zig saw)

Menggosok dengan kertas pasir

Bil.Ukiran kayu jelutungUkiran getah EVA

4.Trim lapisan ukiran. Sekurang-kurangnya 3 lapisan.

Semburan warna mengikut kajian

5.Pahat dengan pisau ukir

6.Melicin / menggosok kayu

Bil.Ukiran kayu jelutungUkiran getah EVA

7.Syalak/ kiwi

8Produk Akhir

Produk Akhir

*Untuk menyiapkan satu produk ukiran kayu memerlukan 7 langkah, manakala ukiran getah EVA hamya 4 langkah sahaja.

5.2.2Analisa Data

Anggaran perbelanjaan antara dua bahan

BahanAlatanKos

Ukiran kayu

JumlahKayu jelutong 30 x 45

Kertas pasir

Pahat

Pengilat kasut kiwi

Mesin tebuk, zij saw dan trimmer (sedia ada)RM 20.00

RM 4.00

RM 25.00

RM 5.50

RM 54.50

Ukiran Getah EVA

JumlahGetah EVA 30 x 45

Pisau serong

Kertas Pasir

Penyembur catRM 9.00

RM 3.00

RM 2.00

RM 6.00

RM 20.00

Perbezaan kosRM 34.00

Peruntukan masa dalam menyiapkan satu produk ukiran

LangkahMasa

Ukiran kayu

JumlahMelukis corak

Menebuk lubang

Memotong corak

Trim

Pahat

Gosok

Syalak

20 minit

10 minit

1 hari

1 hari

3 minggu

3 hari

1 hari

30 hari

Ukiran Getah EVA

JumlahMenekap corak

Memotong

Menggosok

Menyembur cat20 minit

1 hari

3 hari

1 hari

6 hari

PerbezaanUkiran kayu lebih 3 langkah24 Hari

5.2.3Kaedah temubual

Kepuasan pelajar selepas penghasilan produk ukiran

BahanBil. PelajarTidak sukaSukaAmat suka

Ukiran kayu15 (L)1 (6.6%)12 (80%)2 (13.4)

Ukiran Getah EVA15 (P)3 (20.%)12 (80%)0

5.2.4Penilaian hasil kerja

Sebanyak 6 karya ukiran bunga timbul dan tebuk terus ( 3 ukiran kayu, 3 ukiran getah EVA) telah hantar dinilai oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pada bulan 21 Jun 2009. Pencapaian pelajar bagi ketiga-tiga ukiran kayu adalah 25 / 25 markah, manakala 2 ukiran getah EVA dapat 21 / 25 markah dan 1 ukiran getah EVA dapat 22 / 25 markah.

Perbezaan penilaian pencapaian pelajar dari segi produk

6.0RUMUSAN

Berdasarkan data yang dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temubual dan penilaian hasil kerja dari pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, didapati penggunaan getah EVA dapat penjimatan kos sebanyak 63%, manakala penjimatan masa untuk menyiapkan satu produk sebanyak 80%. Kepuasan pelajar dalam proses menghasilkan produk ukiran tebuk terus didapati kedua-dua bahan mencapai kepuasan yang sama. Pencapaian markah pelajar yang menggunakan getah EVA dan kayu jelutong hanya berbeza 3 markah sahaja.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Getah EVA merupakan bahan alternatif untuk dipilih sebagai media menghasilkan karya ukiran. Ia meringgankan kerja guru dan mempercepatkan masa penghasilan produk ukiran tebuk terus. Kekurangan pelbagai jenis silat boleh dikaji dan diperbaiki dari segi ketebalan getah dan teknik-teknik atau alatan baru yang dapat menghasilkan pelbagai silat serta meningkatkan nilai estetika.

EMBED MSGraph.Chart.8 \s

PAGE 15SALSABILA TANG ABDULLAH

KP PSV, SMK SUNGAI RAMBAI

_1182428327.xls