kajian tindakan 2015

2
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH Nama : Aidah Binti Rabu Nama Sekolah : SK Bandar Rengam, Kluang. A. MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR / E-PERSEDIAAN MENGAJAR TARIKH : 24 MEI 2015 WAKTU : 7.50 pagi hingga 8.50 pagi TAHUN : 3 PINTAR TAJUK : Memahami kegigian haiwan OBJEKTIF : Murid boleh menyatakan dan membezakan dengan tepat tabiat makan haiwan. Refleksi : Seramai 5/18 orang murid tidak dapat menyatakan dan membezakan dengan tepat tabiat makan haiwan mengikut kegigian haiwan tersebut. B. PELAKSANAAN TINDAKAN YANG SAYA JALANKAN IALAH; Memperkenalkan kaedah “SENYUM SELALU” Penyelesaian : a. Murid diberikan gambar kegigian haiwan iaitu jenis herbivor, karnivor dan omnivor. Murid meneliti jenis kegigian haiwan tersebut. Karnivor Herbivor Omnivor b. Kemudian, murid diberikan pelbagai gambar haiwan yang tersenyum menunjukkan gigi haiwan tersebut. Murid dikehendaki meneliti gambar kegigian haiwan dan tabiat makannya.

description

ok

Transcript of kajian tindakan 2015

Page 1: kajian tindakan 2015

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAHNama : Aidah Binti RabuNama Sekolah : SK Bandar Rengam, Kluang.

A. MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR / E-PERSEDIAAN MENGAJAR

TARIKH : 24 MEI 2015WAKTU : 7.50 pagi hingga 8.50 pagiTAHUN : 3 PINTARTAJUK : Memahami kegigian haiwanOBJEKTIF : Murid boleh menyatakan dan membezakan dengan tepat tabiat makan haiwan.

Refleksi :

Seramai 5/18 orang murid tidak dapat menyatakan dan membezakan dengan tepat tabiat makan haiwan mengikut kegigian haiwan tersebut.

B. PELAKSANAAN TINDAKAN YANG SAYA JALANKAN IALAH;Memperkenalkan kaedah “SENYUM SELALU”Penyelesaian :a. Murid diberikan gambar kegigian haiwan iaitu jenis herbivor, karnivor dan omnivor. Murid

meneliti jenis kegigian haiwan tersebut.

Karnivor Herbivor Omnivor

b. Kemudian, murid diberikan pelbagai gambar haiwan yang tersenyum menunjukkan gigi haiwan tersebut. Murid dikehendaki meneliti gambar kegigian haiwan dan tabiat makannya.

c. Semasa P&P saya meminta murid menyatakan dan membuat pemerhatian jenis gigi haiwan tersebut. Murid memadankan kegigian haiwan dengan tabiat makannya. Murid mengelaskan haiwan mengikut kegigian yang betul.

Page 2: kajian tindakan 2015

C. HASIL PELAKSANAAN TINDAKAN INI IALAH;

Tindakan yang saya jalankan dalam P&P saya ialah mengenai tabiat makan haiwan adalah mengikut kegigian haiwan tersebut. Murid dapat mengelaskan dengan membuat pemerhatian daripada gambar haiwan yang tersenyum menampakkan giginya. Murid dapat menyatakan dengan betul tabiat makan haiwan. Bilangan murid yang menguasai ialah 18/18 orang daripada 13/18 orang murid.