Kajian Tindakan Bm Skj

11
KAJIAN TINDAKAN BM SKJ MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT GRAMATIS MURID TAHUN 5 DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A) MENGGUNAKAN KAEDAH PELAN MAKLUMAT DAN KATA TANYA Oleh PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT,16370 BACHOK KELANTAN AHLI JAWATANKUASA: FUZIAH BT ISMAIL SABARIAH BT AWANG AHMAD MAZNAH BT DERAHMAN GHAZALI B. LATIFF ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada 20 orang murid Tahun 5 , Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan bahagian A menggunakan kaedah Pelan Maklumat Dan KataTanya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid- murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi pengskoran mereka. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran kami sebagai guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding pengajaran sebelum ini. LATAR BELAKANG KAJIAN Bahasa Melayu penulisan mengandungi 3 bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu bahagian A,bahagian B dan bahagian C.Bahagian A dikenali

Transcript of Kajian Tindakan Bm Skj

Page 1: Kajian Tindakan Bm Skj

KAJIAN TINDAKAN BM SKJ

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT  GRAMATIS  MURID TAHUN 5

DALAM PENULISAN  BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A) MENGGUNAKAN KAEDAH

PELAN MAKLUMAT DAN KATA TANYA

Oleh

PANITIA BAHASA MELAYU

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT,16370 BACHOK KELANTAN

AHLI JAWATANKUASA:

FUZIAH BT ISMAIL

SABARIAH BT AWANG AHMAD

MAZNAH BT DERAHMAN

GHAZALI B. LATIFF

ABSTRAK

            Kajian tindakan ini adalah  disasarkan kepada 20 orang murid Tahun 5 , Sekolah Kebangsaan

Jelawat, Bachok bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan bahagian A menggunakan

kaedah Pelan Maklumat Dan KataTanya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk

melatih murid-murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kaedah pengumpulan data

yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian ini

mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi pengskoran mereka.

Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran

kami sebagai guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding pengajaran  sebelum ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN

            Bahasa Melayu penulisan mengandungi  3 bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu bahagian

A,bahagian B dan bahagian C.Bahagian A dikenali sebagai item memindahkan maklumat. Calon

dikehendaki memindahkan  maklumat daripada bahan ransangan kepada maklumat berbentuk

ayat.Ayat yang dibina haruslah gramatis iaitu betul struktur dan tatabahasanya. Sebarang bahan

Page 2: Kajian Tindakan Bm Skj

rangsangan berbentuk grafik seperti gambar tunggal,gambar bersiri,graf,carta,rajah,data dan  peta

boleh digunakan..Jawapan calon perlulah mengandungi perkara-perkara tersurat daripada gambar

berkenaan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama 15 minit. Markah yang

cemerlang antara 8 hingga 10 markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis iaitu

mengikut prinsip-prinsip tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat dalam bahan

grafik .

PERNYATAAN MASALAH.

            Kami mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 5 pada tahun 2011 iaitu sebanyak 4

kelas. Memandangkan pada tahun  hadapan  iaitu 2012, murid-murid ini akan menduduki Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah ditingkatkan.Faktor yang dikenal

pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan kemahiran menulis ayat yang gramatis .

Sebuah kelas tahun lima telah dipilih dalam kajian ini  yang melibatkan seramai 25 orang murid.

Berdasarkan keputusan peperiksaan  Penulisan Bahasa Melayu pertengahan tahun 2011 yang lalu,

kami dapati masih ramai murid kelas ini mendapat pengskoran  pada tahap baik dan memuaskan

seperti yang digambarkan pada Jadual 1.

PENGSKORAN BIL PERATUS

CEMERLANG

(8 HINGGA 10 MARKAH) 5 20%

BAIK

(5 HINGGA 7 MARKAH) 18 72%

MEMUASKAN

(3 HINGGA 4 MARKAH) 2 8%

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUN

( 0 HINGGA 2 MARKAH) 0 0%

Jadual 1: Analisis Pengskoran Bahagian A Penulisan Bahasa Melayu  pertengahan    tahun  

2011.

 Berdasarkan Jadual 1, didapati 80% iaitu 20 daripada 25 orang murid kelas ini mendapat pengskoran

pada tahap baik dan memuaskan. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid

Page 3: Kajian Tindakan Bm Skj

kelas ini yang masih lagi sederhana pencapaian mereka dalam Penulisan bahagian A Bahasa Melayu.

Kami telah memulakan tinjauan awal kajian ini pada awal  bulan Julai 2011 yang lalu. Melalui

maklumat awal ini, kami telah meneliti dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan

harian mereka. Rajah 1 merupakan salah satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan.

RAJAH 1- CONTOH LATIHAN HARIAN MURID

Latihan tersebut menunjukkan murid berkenaan masih lemah yang mana perkataan  yang digunakan

amat terhad dan kurang sesuai dengan bahan grafik.Pemilihan kosa kata juga kurang sesuai disamping

kelemahan dalam menguasai sistem tanda baca dan ejaan.Murid ini gagal untuk membuat ayat yang

gramatis dan sesuai dengan tahap kematangan pelajar tahun Lima.

Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang sederhana. Pertama,

murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana kurang membuat rujukan dan bahan bacaan

serta tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kedua, kaedah pengajaran yang kami

gunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk: 

i)  Meningkatkan kemahiran murid membina ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik yang diberikan

dengan menggunakan pelan maklumat.

 ii)  Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan kebolehan

     mereka.

iii)  Memperbaiki  amalan pengajaran kami sebagai guru Penulisan Bahasa agar

     memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan

     Kaedah Kata Tanya.

PERSOALAN KAJIAN

Page 4: Kajian Tindakan Bm Skj

Kami telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-

persoalan tersebut ialah:

a)   Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini masih kurang mahir membina ayat yang gramatis

menggunakan bahan grafik?

b)  Adakah kaedah yang  digunakan sebelum ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman murid-murid

berkenaan?

c)  Apakah kaedah lain yang patut  digunakan untuk membantu mereka   

     mengatasi  masalah ini?

      

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

 Dalam kajian ini ,kami telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui soalan ujian

dan pemerhatian.Soalan Pra Ujian,ujian bulanan dan Pasca Ujian telah disediakan bagi mengukur

kelemahan murid-murid ini. Selain itu, pemerhatian juga dilakukan oleh kami melalui latihan yang

diberi di dalam kelas,aktiviti perbincangan yang diadakan serta tindakbalas mereka terhadap soaljawab

semasa pengajaran dilaksanakan. Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran

yang jelas terhadap  bilangan murid yang terlibat serta tahap pencapaian mereka. Berpandukan

maklumat daripada tinjauan awal ini, kami  telah meneliti buku latihan harian murid. Hasil daripada

penelitian ini, kami telah memperolehi maklumat tentang kelemahan murid-murid ini. Seterusnya

kami pun memulakan langkah untuk melaksanakan kajian ini pada 11.07.2011 (Isnin). Dalam

pelaksanaan kajian ini, kami telah mengumpul data melalui 3  siri Ujian Penulisan Bahasa Melayu.

Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat dalam Borang Analisis Markah Latihan. Maklumat ini

telah dianalisis dan keputusannya menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian

ini.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini telah kami rancang bermula awal Julai 2011 sehingga penghujung bulan Oktober 2011.

Kami telah mengenal pasti 20 orang murid untuk dijadikan  kumpulan sasaran dalam kajian ini. Kami

melaksanakan pengajaran menggunakan Kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya. Kami

memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari Ahad untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran  menggunakan kaedah ini. Kami menggunakan 1 waktu  untuk perbincangan dan aktiviti

pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu lagi untuk murid-murid

Page 5: Kajian Tindakan Bm Skj

membuat latihan membina ayat. Kami akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini

dengan mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian ini.

Kami telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran&pembelajaran menggunakan kaedah ini.

Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang kami sediakan untuk sesi pengajaran tersebut.

Set Induksi      :     Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggarisi klu                                                    

soalan.Fahami kehendak sebenar soalan.  

Langkah 1       :    Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat 

                            yang tepat.Sekiranya grafik gambar,utamakan aktiviti yang                                  dipaparkan.

Langkah 2      :   Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik

                           tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik.

Langkah 3      :     Menggunakan kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana)

                             pada setiap maklumat yang diperolehi.

Langkah 4     :   Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis berpandukan

                          pelan maklumat.      

               

Penutup   :  Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan.

           

Kami memulakan langkah pengajaran&pembelajaran dengan menyuruh murid membaca arahan

dengan teliti  sambil menggarisi klu soalan agar mereka memahami kehendak soalan samada menulis

ayat berdasarkan aktiviti/situasi berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik minat dan perhatian

mereka. 

Seterusnya di dalam langkah pertama, murid hendaklah meneliti bahan grafik untuk memahami

aktiviti/situasinya. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan sekurang-kurannya lima maklumat

yang tepat yang terdapat dalam gambar. Sekiranya grafik berkaitan gambar, murid-murid hendaklah

mencatatkan lima kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar. Sekiranya berkaitan data/jadual , murid-

murid hendakah mencatatkan isi penting  tentang grafik tersebut.

Page 6: Kajian Tindakan Bm Skj

Di dalam langkah  kedua, kami menunjukkan cara untuk membina pelan maklumat dengan

menggunakan teknik tarik dan tulis.Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah membuat

garisan pada gambar dan mencatatkan aktiviti yang dilakukan.Contoh penggunaan teknik tarik dan

tulis seperti dalam Rajah 2

RAJAH 2- TEKNIK TARIK DAN TULIS

Seterusnya di dalam langkah ketiga, kami  membimbing murid menggunakan kata tanya bagi setiap

aktiviti yang ditulis.

Contoh soalan : Siapakah yang membina istana pasir?

Contoh jawapan murid : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Contoh soalan: Di manakah mereka membina istana pasir?

Contoh jawapan murid : Mereka membina istana pasir di tepi pantai.

Contoh soalan : Bagaimanakah mereka membina istana pasir?

Contoh jawapan murid: Mereka membina istana pasir menggunakan pasir pantai.

 Untuk langkah yang terakhir, kami telah memberi latihan membina ayat kepada murid-murid. Semasa

membuat latihan, kami memberi bimbingan secara individu. Kami membimbing dan melatih  mereka

membina ayat supaya gramatis dengan menggunakan kosa kata yang tepat. Setelah murid-murid

selesai menulis ayat,mereka diarahkan supaya menyemak ayat masing-masing supaya tiada kesalahan

ejaan,tanda baca sebagainya.

Contoh ayat yang gramatis : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan sedang membina

istana pasir di tepi pantai dengan menggunakan pasir pantai.

Page 7: Kajian Tindakan Bm Skj

Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini dari awal

bulan Julai 2011 hingga penghujung bulan Oktober 2011, kami telah mengadakan 3 siri ujian.   Ujian

ini diadakan pada hujung setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan

adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian subjek kajian dalam

Penulisan Bahasa Melayu.

DAPATAN KAJIAN

Kami telah mengumpul pengskoran daripada 3 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut

telah dicatat dalam Borang Analisis pengskoran  seperti Jadual 2.

BIL NAMA MURID JENIS UJIAN

PRA UJIAN UJIAN BULAN

SEPTEMBER

PASCA

UJIAN

1 AHMAD IMRAN B. AB.RAHMAN 4 6 9

2 AHMAD SYAKIR AIMAN B. SUDIN 6 7 10

3 ALKAF AMIRULLAH B. ROZAIMIE 5 6 8

4 IZZ AZRI B. ZAKI 4 6 8

5 MUHAMAD FAHMI B. RUSLAN 6 7 9

6 MUHAMAD IRFAN AIMAN B. AZMI 5 7 9

7 MUHAMAD ZHAFAN B. MOHD ZAKI 7 8 10

8 MUHAMMAD FAIZI B. MOHD ZIN 6 8 9

9 MUHAMMAD FIKRI AIMAN B. NAZRI 5 7 9

10 MUHAMMAD KAMIL B. MAZLAN 4 7 8

11 MUHAMMAD MU'AZ B. RUSMAN 6 8 10

12 MUHAMMAD MUSTAQIM B. RUSLAN 5 6 7

13 MUHAMMAD SYAFIQ B. ABD GHANI 6 8 9

14 MUHAMMAD ZUNNUR HAKIM 4 6 7

15 TENGKU MUHAMMAD AIMAN 5 8 10

16 TUAN MUHAMAD FAISAL B. ROSLI 6 8 9

17 AISYAH AMANI BT. MOHAMMED 6 8 10

Page 8: Kajian Tindakan Bm Skj

18 HUSNA AHDA BT. RUSTAM 5 7 9

19 MUKHLISAH BT. MUSTAFA 6 8 10

20 NOR AINAA ALYA BT. MOHD NAWI 5 7 8

JADUAL 2- ANALISIS PENGSKORAN BAHAGIAN A

Berdasarkan analisis pengskoran dalam Jadual 2, didapati berlaku peningkatan markah bagi murid-

murid kelas ini. Seramai 18 orang murid iaitu 90% murid telah mendapat pengskoran tahap cemerlang.

Hanya 2 orang sahaja lagi berada pada tahap baik iaitu sebanyak 10%. Secara keseluruhannya

penggunaan kaedah ini amat brkesan kerana telah berlaku peningkatan yang positif dalam kalangan

pengskoran murid-murid.

Kami juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan kaedah yang digunakan dalam

kajian ini dan keputusan ujian mereka. Berikut merupakan transkrip temubual tersebut.

Cikgu :    Husna, cikgu nampak keputusan pengskoran kamu bertambah baik setelah                menggunakan kaedah ini.

Husna :     Ya, cikgu. Setelah belajar menggunakan kaedah bina pelan maklumat dan                    

penggunaan kata tanya saya lebih mahir membina ayat dalam bahagian ini.

Cikgu  :     Bagaimana pula pendapat kamu, Ainaa?

Aina    :     Saya telah memahami cara untuk membina ayat supaya lebih gramatis, cikgu.

Cikgu :   Hakim, cikgu perhatikan pengskoran kamu  masih pada tahap baik berbanding                

rakan-rakan kamu yang telah mencapai tahap cemerlang. Adakah kamu faham              kaedah yang

cikgu gunakan ?

Hakim :     Faham ,cikgu. Tetapi saya tidak berminat untuk menulis ayat yang panjang-                  

panjang.

Cikgu  :  Kamu mesti berusaha bersungguh-sungguh Hakim. Pada tahun hadapan kamu               akan

menduduki UPSR dan bahagian ini wajib dijawab. Mu’az, kamu minat                              kaedah yang

cikgu gunakan?

Mu’az :    Ya, cikgu. Saya ada idea untuk kembangkan ayat menggunakan kaedah ini.

Temubual  dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap mereka terhadap penggunaan kaedah

ini. Kami dapati  penggunaan pelan maklumat dan kata tanya  memudahkan mereka untuk

mengembangkan idea supaya ayat yang ditulis menjadi gramatis. Tiga orang daripada murid yang

ditemubual ini bersetuju bahawa penggunaan bina pelan maklumat dan kata tanya telah membantu

Page 9: Kajian Tindakan Bm Skj

mereka menulis ayat yang gramatis. Salah seorang daripada mereka yang ditemubual menunjukkan

sikap malas yang menjadi punca kelemahannya menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini.

REFLEKSI

            Pada awal kajian ini, kami dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan perhatian

semasa perbincangan.  Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak tahu  sahaja.  Mereka

kurang memberi tumpuan semasa kami  memberi penerangan. Kami  telah membuat teguran terhadap

sikap mereka ini. Selepas beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka

telah menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam aktiviti perbincangan. Kami

sangat berpuas hati dengan sikap yang mereka tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka.

            Didapati penggunaan kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya dalam kajian ini ada

memberi kesan yang positif terhahap pemahaman murid-murid . Kaedah ini dapat mempertingkatkan

pengskoran mereka ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Kami juga berpuas hati dengan hasil kajian ini

kerana kaedah yang digunakan dalam amalan pengajaran kami telah menampakkan hasil yang

memberansangkan berbanding dengan kaedah yang  digunakan sebelum ini.

             Kami bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk menghuraikan isi-isi penting dalam

Bahagian B. Pada persepsi kami, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk  menulis karangan. Kami

juga akan terus menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Melayu kerana kaedah ini dapat

memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan ayat yang baik. 

            Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini didapati sebagai seorang guru, kita perlu

mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan

dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari berbagai segi. Kami

berpuas hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk meneruskan

lagi penyelidikan kami.

KESIGNIFIKANAN KAJIAN

            Dapatan kajian ini telah meningkatkan lagi pencapaian murid-murid Tahun Lima  dalam

pengskoran bahagian A dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu .Kajian ini juga

Page 10: Kajian Tindakan Bm Skj

diharap dapat dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian Tindakan SK.Jelawat , guru-guru

sekolah ini melalui aktiviti perkembangan staf serta guru-guru bahasa Melayu SK.Jelawat.

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

Bahan dan alat bantuan mengajar RM 200.00

Percetakan 3 siri soalan ujian RM 150.00

Percetakan modul pengajaran RM 100.00

Jumlah Keseluruhan RM450.00

JADUAL KERJA

AKTIVITI TARIKH

Penulisan Kertas Cadangan 30.6.2011

Mesyuarat Perancangan Kajian Tindakan 3.7.2011

Mesyuarat  pembinaan soalan ujian 7.7.2011

Pelaksanaan Pra Ujian 11.7.2011

Analisis data Pra Ujian dan pemerhatian 26.7.2011

Pelaksanaan ujian bulan September 28.9.2011

Analisis data ujian bulan September dan pemerhatian 5.10.2011

Pelaksanaan Pasca Ujian 31.10.2011

Analisis Data Pasca Ujian 9.11.2011

Refleksi dan penilaian 16.11.2011

Penulisan Laporan Kajian 28.11.2011

BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 11: Kajian Tindakan Bm Skj

Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.

Jeffery anak Menggu. (2003). “Aya Du.” Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147.

Haji Razali Yahya. (2010). Karangan Imperatif Tahun 4,5 dan 6. Serdang: Cemerlang Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Nor Aslina Mamat. (2007). Contoh Karangan Memindahkan Maklumat/Ulasan: PNI Neorun. Sdn. Bhd.