Kajian Tindakan Bmm Baru

56
PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT GAMBAR TUNGGAL MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH JADUAL SAK. Oleh Zuraidah bt Abdullah [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan Jadual SAK dalam membantu seorang murid Tahun Empat membina ayat gambar tunggal. Kajian ini juga bertujuan untuk menambah baik amalan saya dari segi pengajaran kemahiran membina ayat bergambar tunggal Bhasa Melayu Tahun Empat menggunakan Jadual SAK. Kaedah ini adalah berdasarkan Hukum Latihan Thorndike ( 1906 ) . Latihan diberikan berdasarkan kaedah ansur maju. Kaedah mengumpul data terdiri daripada pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Data dianalisis secara kandungan dan pola manakala penyemakan data adalah melalui triangulasi sumber. Hasil analisis menunjukkan Jadual SAK berkesan membantu murid dalam membina ayat gambar tunggal dan menambah baik amalan kendiri saya dalam pengajaran dan pembelajaran pembinaan ayat gambar tunggal. Kata kunci : Kesan Jadual SAK, ayat gambar tunggal, Hukum Latihan Thorndike, kaedah ansur maju, murid Tahun Empat. ABSTRACT This research was conducted to investigate the effect of SAK Time table in helping a Year Four pupil construct single picture sentences. This study also aimed to improve myself in teaching a Year Four pupil to construct single picture sentences using SAK formula. This method is based on Thorndike’s

description

din

Transcript of Kajian Tindakan Bmm Baru

Page 1: Kajian Tindakan Bmm Baru

PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT GAMBAR TUNGGAL MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH JADUAL SAK.

Oleh

Zuraidah bt Abdullah

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan Jadual SAK dalam membantu seorang murid Tahun Empat membina ayat gambar tunggal. Kajian ini juga bertujuan untuk menambah baik amalan saya dari segi pengajaran kemahiran membina ayat bergambar tunggal Bhasa Melayu Tahun Empat menggunakan Jadual SAK. Kaedah ini adalah berdasarkan Hukum Latihan Thorndike ( 1906 ) . Latihan diberikan berdasarkan kaedah ansur maju. Kaedah mengumpul data terdiri daripada pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Data dianalisis secara kandungan dan pola manakala penyemakan data adalah melalui triangulasi sumber. Hasil analisis menunjukkan Jadual SAK berkesan membantu murid dalam membina ayat gambar tunggal dan menambah baik amalan kendiri saya dalam pengajaran dan pembelajaran pembinaan ayat gambar tunggal.

Kata kunci : Kesan Jadual SAK, ayat gambar tunggal, Hukum Latihan Thorndike, kaedah ansur maju, murid Tahun Empat.

ABSTRACT

This research was conducted to investigate the effect of SAK Time table in helping a Year Four pupil construct single picture sentences. This study also aimed to improve myself in teaching a Year Four pupil to construct single picture sentences using SAK formula. This method is based on Thorndike’s Learning Theory ( 1906 ). The exercises were given based on the pupil’s progress. Observations, document analysis and interviews were used to collect data. Data were anlyzed based on content and pattern analysis, while checking of data were carried out through triangulation of sources. The analysis showed that SAK Time table effectively assisted the pupil in constructing single picture sentences and improved my teaching practises of single picture sentences contruction.

Key words : SAK Time table, single pictures sentences, Thorndike’s Learning Theory, pupil’ progress, Year Four pupils

Page 2: Kajian Tindakan Bmm Baru

KONTEKS

Setelah hampir empat tahun mengajar di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk

mengajar murid tahap dua iaitu Tahun 4 Beta pada tahun ini. Sekian lama bergelumang

dengan murid tahap satu, saya menganggap amanah ini suatu penghargaan atas segala

kerja buat saya selama ini. Saya menerima tanggungjawab ini dengan hati yang terbuka

dan berazam akan melakukan yang terbaik demi anak didik saya. Walaupun pada

asasnya, mereka agak besar tetapi tingkah laku mereka masih lagi tidak matang dan

keanak-anakkan.

Dalam kelas yang mempunyai kapasiti pelajar seramai 24 orang iaitu 10 orang

murid lelaki dan 14 orang murid perempuan, saya tertarik dengan seorang pelajar

perempuan kerana masalah yang dihadapinya. Walaupun rasa kurang percaya, tetapi

itulah hakikat yang harus saya terima, responden tidak boleh membina ayat dengan

betul seperti rakan-rakannya yang lain. Responden merupakan seorang pelajar yang aktif

dan sentiasa mendapat kedudukan yang baik dalam setiap peperiksaan sejak berada di

tahap satu lagi.

Mungkin soalan-soalan peperiksaan sewaktu di tahap satu lebih banyak

melibatkan kaedah padankan,warnakan, bulatkan dan tidak melibatkan banyak aktiviti

penulisan membantu responden mendapat markahyang tinggi dalam peperiksaan.

Dengan pengalaman serta pengetahuan yang ada , saya berazam untuk membantu

responden mengatasi masalah membina ayat gambar tunggal. Responden membina ayat

yang tidak berkaitan dengan gambar. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk

membantu beliau menggunakan kaedah Jadual SAK secara latih tubi agar masalah ini

tidak berlarutan. Saya percaya seandainya masalah ini tidak di atasi segera, ia akan

membuatkan responden tidak mampu mendapat markah yang baik bagi kertas penulisan

Bahasa Melayu.

Page 3: Kajian Tindakan Bmm Baru

FOKUS KAJIAN

Saya cukup terkesan dengan masalah yang dihadapi oleh responden ini.

Sepanjang dua bulan berhadapan dengan situasi ini, pada awalnya saya beranggapan ia

adalah perkara biasa dan permulaan bagi murid tahap satu yang melangkah ke tahap dua.

Namun sangkaan saya meleset kerana daripada pemerhatian dan latihan-latihan yang

diberikan,binaan ayat yang dihasilkan oleh responden agak ketara kesalahannya dan

seolah-olah dia berada di dunianya sendiri. Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan,

saya bertekad untuk membantu responden membina ayat menggunakan Jadual SAK.

Saya percaya sekiranya masalah ini dibiarkan sudah pasti ia akan berlarutan dan

semakin sukar untuk dipulihkan.

Daripada pemerhatian saya, sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas, responden dan rakan-rakannya yang lain merupakan kumpulan murid yang aktif.

Untuk penguasaan penulisan ayat yang mudah,boleh dikatakan semua murid faham dan

boleh membina ayat dengan baik kecuali responden. Dia seolah-olah tidak faham

bagaimana binaan ayat gambar tunggal dapat dilakukan. Pernah juga saya berbual dan

bertanyakan kepadanya, dia hanya menggelengkan kepala dan mengatakan tidak tahu

bagaimana untuk membina ayat seperti rakan-rakannya yang lain. Saya sangat sedih

apabila mendengar pengakuannya itu.

Saya perasan yang responden ini seolah-olah tidak berminat untuk belajar pada

setiap hari Selasa kerana mengikut KSSR ,setiap hari fokus utama pembelajaran adalah

berbeza. Hari Ahad kemahiran mendengar dan bertutur menjadi fokus utama, pada hari

Isnin pula,fokus utama ialah membaca manakala pada hari Selasa menulis menjadi fokus

utama. Kemahiran Didik Hibur dan Sistem Bahasa pula difokuskan pada hari Rabu dan

Khamis. Walaupun kelima-lima kemahiran ini boleh digabungjalinkan pada setiap hari

tetapi fokus utama pengajaran kita perlulah diutamakan.

Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung,saya bagaikan ditipu

dengan keupayaan prestasi responden. Apabila disoal secara lisan, jawapan atau binaan

ayat yang dihasilkan agak memuaskan. Mungkin kerana kebanyakan aktiviti membina

Page 4: Kajian Tindakan Bmm Baru

ayat , saya jalankan dalam bentuk perbincangan dan kumpulan membolehkan responden

‘menumpang’ ayat-ayat daripada ahli kumpulannya yang lain. Hal yang sebaliknya

berlaku, apabila responden diminta membina ayat secara sendirian dia seolah-olah

terpinga-pinga dan tidak mampu membina ayat dengan betul.

Berdasarkan latihan yang disemak, saya mendapati binaan ayat responden tidak

sebaik ayat rakan-rakannya yang lain. Walaupun markah yang diperuntukkan bagi

bahagian ini hanyalah10 markah, tetapi sekiranya bahagian ini tidak dikuasai, sudah

tentu murid tidak mendapat gred A dalam kertas penulisan Bahasa Melayu.Responden

juga mempunyai masalah kosa kata yang agak terhad dan menyebabkan dia tidak

mampu membina ayat dengan lebih baik. Selain itu, dia tidak tahu cara menulis ayat

berdasarkan gambar yang diberi .Di sini saya akan fokuskan kepada masalah responden

menulis ayat menggunakan gambar tunggal sahaja.Beliau dipilih kerana dia bersetuju

untuk menjadi peserta kajian dan mempunyai azam untuk meningkatkan kemahiran serta

pencapaiannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk:

1.1 Objektif umum

Membantu murid 4 Beta meningkatkan kemahiran membina ayat menggunakan

gambar tunggal.

1.2 Objektif Khusus

i) Menggunakan Kaedah Jadual SAK untuk membina ayat gambar tunggal

dengan mudah .

ii) Menambahbaik amalan p d p guru dalam aspek membina ayat gambar

tunggal Tahun 4.

Page 5: Kajian Tindakan Bmm Baru

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan Kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini ialah :

i) Apakah Kaedah Jadual SAK dapat membantu membina ayat dengan mudah ?

ii) Apakah Kaedah Jadual SAK dapat menambah baik amalan mengajar membina

ayat gambar tunggal?

SUMBER LITERATUR

Pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah memberikan tumpuan kepada pelajar

untuk menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran

membaca, dan kemahiran menulis. Antara kemahiran-kemahiran ini, kemahiran menulis

adalah dianggap paling sukar untuk dikuasai.

Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar.

Kemahiran membina ayat adalah satu aspek penting dalam Bahasa Melayu.Banyak

kajian yang telah dijalankan mendapati kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam

penulisan terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap.

Soroton literatur ialah hasil dapatan yang diperoleh oleh pengkaji-pengkaji yang

lalu. Melalui dapatan kajian-kajian ini, saya mendapatkan maklumat yang berkaitan

dengan tajuk kajian saya. Berikut adalah beberapa maklumat tentang kajian lalu

berkaitan dengan kemahiran membina ayat. Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun

(2003) telah menggunakan teknik S-R 8W1H dalam kajian mereka yang bertajuk

“Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topic dengan

menggunakan teknik S-R 8W1H” dalam kalangan murid Tahun 3B di Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan Cina Ave Maria, Convent, Ipoh. Murid-murid telah diberi latihan

membina ayat dengan menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi, membina ayat

menggunakan situasi atau topik yang tidak mengunakan kata hubung. Hasil kajian

menunjukkan telah berlaku peningkatan dan membuktikankepentingan penggunaan

formula dalam pembelajaran.

Page 6: Kajian Tindakan Bmm Baru

Iskandar Muda bin Ishak (2005), telah menjalankan kajian yang bertajuk

“Penggunaan Latih Tubi Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian

Dan Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat Bahasa Inggeris” di Sekolah

Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, 27040 Jerantut, Pahang.Kajian ini dibuat untuk

mengatasi masalah 95 orang murid tahun lima dalam membina ayat Bahasa

Inggeris.Beliau dapat membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran

murid dalam membina ayat yang baik dan sempurna melalui ujian PKSR 3. Hasil kajian

beliau telah menunjukkan peningkatan dalam membina ayat Bahasa Inggeris telah

berlaku sebanyak 75 peratus. Selain itu, Habsah bt Nan (2006), telah membuat kajian

yang bertajuk “Teknik Four Wifes And One Husband: Membina Ayat Penyata

berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri”. Hasil daripada kajian beliau ke atas 32

orang murid Tahun Lima Pintar di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis mendapati

bahawa pencapaian murid dalam kemahiran murid dalam membina lima ayat penyata

berpandukan gambar atau gambar bersiri telah meningkat sebanyak 63 peratus.

Adrian Steward Ngau ( 2010 ), telah membuat kajian tentang Kesan Rumus ‘

Pelaku + Perbuatan + Huraian ‘Dalam Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat

Karangan Bahagian A UPSR Bahasa Melayu Tahun 4. Pada pendapat saya, rumus ini

tidak dapat digunakan untuk semua jenis gambar kerana tidak semua gambar meminta

murid menulis ayat yang menerangkan perbuatan dalam gambar. Oleh itu, saya telah

membuat sedikit pengubahsuaian terhadap rumus ini agar ia dapat digunakan untuk

gambar tunggal.

Hukum Latihan Thorndike ( 1906 ) ada menyatakan bahawa pertalian antara

rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan , aplikasi serta aktiviti

pengukuhan diberikan. Hukum ini saya terapkan dalam penggunaan Jadual SAT secara

latih tubi selain daripada gambar tunggal yang menjadi bahan rangsangan pembelajaran.

Mengikut Teori Pembelajaran Gagne ( 1974 ), terdapat susunan urutan pelbagai

kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai

sesuatu kemahiran sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam diskriminasi iaitu

membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat

membentuk konsep.Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat diskriminasi

Page 7: Kajian Tindakan Bmm Baru

antara unsur, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk

membentuk hukum. Oleh itu, kemahiran kecerdasan membolehkan seseorang

‘mengetahui bagaimana’ hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-

mata ‘ mengetahui apa’ keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran kecerdasan

meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta

kebolehan menggunakan maklumat itu. Teori Pembelajaran Gagne saya terapkan dalam

menghasilkan kaedah Jadual SAK ini. Melalui peta minda tentang Jadual SAK ini,

murid perlu tahu membezakan simbol ‘S’ ‘A’ ‘K’ untuk membentuk konsep. Setelah

memahami konsep ini, barulah murid dapat mengetahui bagaimana untuk membina ayat

gambar tunggal.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati

banyak strategi dan kaedah yang boleh kita gunakan bagi membantu murid membina

ayat. Kaedah penggunaan kata tanya dan gambar merupakan satu asas penting dalam

mencungkil idea murid bagi membina sesuatu ayat. Selain itu, penggunaan teknik latih

tubi amat berkesan dalam mengukuhkan kemahiran murid.

SUBJEK KAJIAN

Kajian ini telah melibatkan saya sendiri sebagai penyelidik dan seorang murid

Tahun 4 Beta.Saya juga terlibat secara langsung dalam kajian ini kerana menurut

Kemmis dan Mctaggart ( 1988 ), proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu

pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Responden dipilih sebagai peserta

kajian kerana dia mempunyai masalah membina ayat gambar tunggal seperti yang

dikenal pasti semasa tinjauan awal.

Oleh yang demikian , saya berasakan wajar bagi saya membantu beliau

menggunakan kaedah Jadual SAK ini sebagai satu cara mengatasi masalahnya daripada

terus berlarutan.

Page 8: Kajian Tindakan Bmm Baru

MERANCANG PELAN TINDAKAN

Pelan tindakan yang telah saya jalankan menggunakan Model Stephen Kemmis

& Mc Taggart. Model ini menerangkan bahawa penyelidikan tindakan sebagai satu

proses gelungan yang di dalamnya mengandungi beberapa tahap yang saling berkaitan.

Setiap tahap terdiri daripada 4 peringkat, iaitu bermula dengan merancang, diikuti

dengan tindakan, seterusnya pemerhatian dan diakhiri dengan mereflek. Sekiranya

dapatan tidak mencapai objektif kajian, maka gelungan kedua perlu dilakukan dengan

memerlukan penambahbaikan.

Perancangan dirangka setelah masalah murid dikenalpasti melalui pemerhatian

sewaktu p d p serta refleksi pengajaran yang lalu. Saya telah menyediakan kerangka

kajian, iaitu intervensi yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

responden iaitu Jadual SAT. Selain itu, saya juga telah menentukan objektif kajian,

bentuk persoalan, kepentingan kajian, rujukan kajian, kumpulan sasaran, tempoh

pelaksanaan , cara pengumpulan data atau instrumen yang digunakan sepanjang

melaksanakan kajian tindakan yang berdasarkan Jadual SAT.

Tindakan ialah melaksanakan strategi penyelidikan berdasarkan perancangaan

yang dibina mengikut urutan yang digariskan. Fokus utama kajian saya adalah untuk

meningkatkan penguasaan pembinaan ayat gambar tunggal menggunakan kaedah Jadual

SAT. Tempoh pelaksanaan selama 4 minggu, dibahagikan kepada beberapa sesi

pengajaran dan aktiviti – aktiviti yang dijalankan adalah seperti peta minda pengenalan

Jadual SAT, latihan berjadual secara latih tubi serta penilaian kendiri. Saya telah

menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Jadual SAT mengikut

pelan yang telah dirancang.

Pemerhatian telah saya laksanakan menggunakan instrumen pemerhatian,

temu bual dan analisis dokumen. Ketiga-tiga instrumen akan digunakan sebelum dan

selepas penggunaan kaedah Jadual SAT.

Page 9: Kajian Tindakan Bmm Baru

Pemerhatian telah dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat yang

diperoleh daripada murid menggunakan borang alat kajian,menganalisis data dan

diakhiri dengan interpretasi data. Saya telah merekod setiap data yang diperoleh dan

menganalisis serta menginterpretasi data. Pungutan data telah dibuat menggunakan

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.Ketiga-tiga instrumen mempunyai 2 fasa,

iaitu fasa pra dan fasa pasca.

Refleksi merupakan langkah yang terakhir. Refleksi telah dilakukan untuk

melihat hasil kajian sama ada tindakan atau kaedah yang dilaksanakan mencapai objektif

kajian atau sebaliknya. Sekiranya objektif kajian tidak dapat dicapai, gelungan kedua

perlu saya lakukan dengan mengulangi semula langkah atau menukar intervensi.

Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan gelungan pertama ( cycle 1). Jika

masalah itu tidak dapat di atasi, maka saya akan menjalankan gelungan kedua ( cycle 2 )

sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan.

Rajah 1 : Model Stephen Kemmis.

Page 10: Kajian Tindakan Bmm Baru

MELAKSANA PELAN TINDAKAN

Pernyataan Masalah

Setelah membuat pengumpulan data dengan menggunakan tiga medium utama

iaitu pemerhatian, temubual dan juga analisis data, saya telah mengetahui kelemahan

responden dalam penguasaan kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar tunggal.

Berdasarkan perancangan yang telah dibuat untuk kajian tindakan ini , saya telah

memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu Kaedah Jadual SAK. Jadual SAK ini adalah

singkatan kepada Jadual Siapa ( S), Apa ( A ), Keterangan ( K ). Satu jadual ringkas

telah saya perkenalkan kepada responden khususnya dan semua murid 4 Beta amnya.

Daripada gambar tunggal yang disertakan, responden telah mengenalpasti ketiga-tiga

unsur ini sebelum mencatatnya dalam ruangan jadual yang ditetapkan. Berdasarkan

model Kemmis, berikut adalah langkah –langkah yang telah saya laksanakan.

Langkah 1

Sebagai permulaan ke arah pelaksanaan kaedah ini, saya telah memperkenalkan konsep

SAK menggunakan peta minda yang mudah. Ini kerana kita mengetahui murid akan

lebih tertarik dan berminat dengan sesuatu yang bewarna dan ringkas. Ini dapat

dibuktikan oleh Novak dan Gowin (1984) bahawa pembelajaran bermakna dan berkesan

dapat dilakukan melalui strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui

pengaplikasian peta konsep. Usaha yang telah beliau jalankan di Universiti Cornell

untuk mengkaji strategi pembelajaran dan pengajaran ini didapati boleh meningkatkan

tahap pemprosesan maklumat dan mengintegrasikan maklumat baru. Kejayaan

penggunaan peta konsep sebagai satu strategi kognitif telah membuktikan pelajar

meningkatkan kebolehan prasyarat pemikiran ke tahap yang lebih baik berbanding

keadaan sebelum pembelajaran menggunakan strategi ini, manakala Gagne (1996)

menyatakan bahawa penggunaan peta konsep merupakan satu strategi kognitif yang

Page 11: Kajian Tindakan Bmm Baru

mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabila

pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang

berbentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan

kemahiran intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan

mata pelajaran yang diajar. Pelajar yang menghadapi masalah akan memilih cara mudah

untuk memilih dan memahami kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik

dengan bantuan rakan sebaya atau guru. Bertitik tolak daripada pernyataan inilah, saya

turut menggunakan peta konsep yang mudah bagi menerangkan konsep SAK kepada

responden.

Page 12: Kajian Tindakan Bmm Baru

Rajah 2 : Peta Konsep Jadual SAK

Berdasarkan peta konsep di atas saya telah menerangkan unsur SAK ini dengan panjang

lebar kepada responden dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai dan mudah.’ S’

digunakan untuk manusia atau watak yang terdapat dalam gambar sahaja. Begitu juga

dengan unsur ‘A’ dan ‘K’ yang melibatkan aktiviti, perbuatan atau kata kerja dan

keterangan menduduki tempat yang terakhir dalam binaan sesuatu ayat yang akan

dibina. Pada mulanya responden agak keliru dan setelah penerangan berserta contoh

diberikan, beliau mengangguk faham dan saya teruskan lagi dengan menguji

pemahamannya itu menggunakan gambar tunggal yang mudah.

JADUAL

SAK

Page 13: Kajian Tindakan Bmm Baru

Rajah 3 : Gambar Tunggal

Berpandukan gambar yang diberi , responden telah diminta untuk menyebut dan

menyenaraikan unsur SAK yang terdapat dalam gambar mengikut apa yang

difahaminya. Responden telah mencatatkan unsur SAK ini di dalam jadual SAK yang

telah disediakan.

Page 14: Kajian Tindakan Bmm Baru

Rajah 4 : Jadual SAK yang telah diisi oleh responden

Berdasarkan jawapan responden dalam jadual di atas, beliau telah semakin faham dan

dapat menyenaraikan unsur SAK dengan betul walaupun terdapat beberapa

penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memantapkan lagi pemahamannya.

Page 15: Kajian Tindakan Bmm Baru

Langkah 2

Setelah penyemakan dilakukan ke atas latihan pertama, saya telah membincangkan

bersama responden setiap kesalahan yang telah dilakukannya. Dalam langkah ini ,

responden telah diberikan latihan yang serupa di mana beliau diminta membuat semula

latihan yang pertama bagi mengukuhkan pemahamannya terhadap penggunaan unsur

SAK.

Rajah 5 : Pembetulan yang telah dilakukan oleh responden

Dalam langkah ini juga , pemahaman responden terhadap unsur SAK telah semakin baik

dan beliau memahami bagaimana untuk memilih aktiviti atau kata kerja yang sesuai agar

pengulangan aktiviti tidak berlaku . Keadaan ini membantu responden mendapat markah

yang baik dalam setiap latihan ataupun penilaian.

Page 16: Kajian Tindakan Bmm Baru

Langkah 3

Setelah agak berpuas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan , latihan membina

ayat berdasarkan gambar tunggal terus diberikan kepada responden. Kali ini gambar

yang agak sukar disediakan kepada responden. Ini kerana di samping menguji

kefahamannya terhadap penggunaan unsur SAK dalam binaan ayat, saya juga ingin

menguji kemampuan kosa kata yang dimiliki oleh responden.

Rajah 6 : Gambar dan Jadual SAK yang telah disiapkan

Page 17: Kajian Tindakan Bmm Baru

Langkah 4

Pada tahap ini, responden sudah menunjukkan pemahaman yang baik dalam

menggunakan unsur SAK untuk membina ayat. Saya telah memberikan latihan

bergambar yang hanya terdapat arahan tanpa jadual SAK. Ini bertujuan untuk menguji

sejauhmana responden dapat membina ayat tanpa berpandukan jadual. Saya tidak

meletakkan harapan yang tinggi terhadap responden kerana saya berasakan beliau masih

perlu dipandu dengan jadual bagi membina ayat dengan baik. Setelah latihan ini

disiapkan, saya amat teruja apabila melihat hasil yang sangat memberangsangkan

daripada responden. Binaan ayatnya memenuhi kriteria ayat yang gramatis tanpa

meninggalkan unsur SAK walaupun tanpa dipandu dengan jadual. Ini dapat dibuktikan

berdasarkan rajah di bawah.

Rajah 7 : Gambar tanpa jadual SAK

Page 18: Kajian Tindakan Bmm Baru

Langkah 5.

Setelah agak yakin dengan kemampuan responden dalam membina ayat yang baik

menggunakan gambar tunggal, saya meneruskan lagi latihan bergambar tanpa jadual

SAK bagi kali kedua. Ini bagi mempastikan responden benar-benar faham dan boleh

berdiri sendiri dalam menyiapkan latihan membina ayat dengan baik dan gramatis.

Hasilnya memang sangat membanggakan kerana binaan kelima – lima ayat tersebut

sangat baik dan mampu mencapai markah penuh iaitu 10 markah. Buktinya dapat

dijelaskan melalui rajah di bawah.

Rajah 8 : Latihan bergambar tanpa jadual SAK

Page 19: Kajian Tindakan Bmm Baru

Sebagai kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian serta semakan latihan yang

disediakan secara berperingkat dan ansur maju, responden telah menunjukkan

peningkatan dalam kemahiran membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Dengan

kaedah Jadual SAK ini, responden telah berjaya memahami akan kepentingan

menggunakan unsur-unsur ini dalam membina ayat yang gramatis. Responden juga telah

menunjukkan perubahan sikap yang ketara di mana dia tidak lagi malu-malu untuk

bersaing dengan rakan-rakannya ketika aktiviti membina ayat ini dijalankan. Keadaan

ini sangat mengembirakan hati saya, kerana mampu mambantu responden mengatasi

masalahnya dalam kemahiran membina ayat.

Rajah 9 : Kaedah Pengumpulan Data

Untuk tujuan mengumpul data, saya akan menggunakan kaedah triangulasi, di mana ia

menggunakan lebih daripada satu instrumen kajian. Tiga instrumen tersebut ialah kaedah

Page 20: Kajian Tindakan Bmm Baru

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk memperoleh data tentang tindakan

yang dijalankan.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai

digunakan bagi mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang

proses tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa

bahagian antaranya pemerhatian di awal tindakan, pemerhatian ketika tindakan berjalan

dan pemerhatian di akhir tindakan.

Pembelajaran di awal tindakan, saya telah membuat pemerhatian terhadap

aktiviti pembelajaran responden khususnya dan murid lain amnya di dalam bilik darjah

seperti minat dan sikap mereka terhadap pembelajaran membina ayat dan hasil kerja

murid yang lepas. Pemerhatian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan gambaran awal

mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal tahap prestasi mereka.

Teknik Pemerhatian ketika tindakan pula telah saya lakukan sepanjang proses

tindakan itu berjalan . Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat

menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Melalui

pemerhatian ini, saya telah dapat melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan

perubahan yang berlaku terhadap prestasi rsponden ketika menjalankan kaedah tersebut.

Ini penting kerana saya telah dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat

perubahan positif dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan saya atau sebaliknya.

Bagi pemerhatian di akhir pula, saya telah melaksanakan tindakan selepas

kaedah Jadual SAT dijalankan. Pemerhatian ini bertujuan bagi memastikan responden

serta murid-murid lain dapat membina ayat gambar tunggal dengan betul dan dapat

menilai sama ada kaedah yang digunakan ini mampu dilaksanakan dengan jayanya atau

pun tidak.

Page 21: Kajian Tindakan Bmm Baru

Temu bual Tidak Berstruktur

Terdapat beberapa jenis instrumen yang digunakan untuk mengumpulkan

maklumat dalam penyelidikan. Satu daripada instrumen yang mempunyai kaitan dengan

kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temu bual. Temu bual adalah satu lagi

kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif termasuk

penyelidikan tindakan.

Saya menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah.Temu bual melibatkan

perbualan antara guru dengan murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang releven

dengan kajian.Dalam penyelidikan tindakan sebagai guru,saya telah menemu bual murid

tentang sikap,minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman

mereka tentang pembelajaran yang telah berlaku. Saya akan menemubual mereka

sebelum, semasa dan selepas kaedah ini dijalankan. Murid akan dapat memberikan

jawapan serta penjelasan secara langsung dan jawapan bukan bersifat andaian atau

tafsiran.

.

Analisis dokumen

Saya telah menggunakan analisis dokumen dalam bentuk lembaran kerja. Peserta kajian

saya telah membuat lima bentuk lembaran kerja sebelum beliau dibenarkan berdikari

dan dilepaskan untuk membina ayat yang betul tanpa bantuan jadual dan sebagainya.

Analisis dokumen ini dapat memberikan gambaran tentang prestasi dan perkembangan

responden setelah kaedah Jadual SAT ini diperkenalkan dalam membantunya membina

ayat gambar tunggal

Page 22: Kajian Tindakan Bmm Baru

ANALISIS DAN HURAIAN DATA

Dapatan analisis pemerhatian

Dalam usaha untuk mendapatkan analisis pemerhatian ini, saya telah membuat

pemerhatian tingkah laku dan sikap responden semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara berstruktur dan di

sini saya telah menyediakan senarai semak bagi membuat pemerhatian terhadap

responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pemerhatian ini , senarai

semak tentang sikap dan tingkah laku responden dijalankan sebelum dan selepas kajian

telah saya laksanakan dilaksanakan. Saya telah membuat penilaian tingkah laku

responden pada dua waktu yang berlainan iaitu penilaian senarai semak sebelum dan

selepas kajian ini dijalankan.

Kedua-dua pemerhatian tingkah laku dan sikap responden ini dibuat semasa

proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dijalankan di dalam kelas.

Saya telah menggunakan jadual senarai semak yang mana ia memerlukan pemerhatian

yang saya lakukan sewaktu poses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menilai

responden ini, pemerhatian dilakukan secara kelas di mana ianya melibatkan tingkah

laku dan sikap responden semasa aktiviti pembelajaran dijalankan.

Kesungguhan dan semangat responden juga diperhatikan secara tidak formal

dalam usaha menentukan minat atau keinginan responden dalam menjalankan aktiviti

yang telah disusun sebagai langkah kajian tindakan. Setelah dibuat pemerhatian, hasil

dapatan perubahan tingkah laku dan sikap responden yang diperoleh dapat dilihat dalam

jadual senarai semak di bawah. Jawapan yang ditanda ini merupakan pemerhatian yang

dilakukan oleh saya.

Page 23: Kajian Tindakan Bmm Baru

Jadual 1 : Senarai semak pemerhatian responden

NAMA MURID : ……………………………………………………………………….

BIL PERKARASEBELUM SELEPAS

YA TIDAK YA TIDAK

1 Memberi tumpuan semasa guru mengajar / /

2 Mendengar arahan / /

3Menyiapkan latihan yang diberikan di dalam kelas

/ /

4Memberikan kerjasama sewaktu melakukan aktiviti

/ /

5 Bertanya guru jika tidak faham / /

6 Berani ke hadapan / /

7 Sentiasa hadir ke sekolah / /

8 Ceria di dalam kelas / /

9 Sentiasa membawa buku latihan / /

10Membuat pembetulan yang diarahkan guru

/ /

Berdasarkan senarai semak di atas, responden merupakan seorang murid yang

sentiasa hadir ke sekolah, sentiasa menyiapkan latihan yang diberikan, rajin membuat

pembetulan, ceria dan tidak pernah meninggalkan buku latihannya. Secara

jelasnya,responden ini mengalami masalah pembelajaran dalam membina ayat yang

menyebabkannya kurang memberi tumpuan dan tidak bersemangat untuk melakukan

aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, perkara sebaliknya telah berlaku apabila

Kaedah Jadual SAK ini diperkenalkan kepada responden. Beliau telah menunjukkan

suatu perubahan sikap untuk maju dalam penulisan Bahasa Melayu terutama dalam

penulisan membina ayat.

Page 24: Kajian Tindakan Bmm Baru

Sejujurnya, melalui pemerhatian yang telah dijalankan, responden telah mula

yakin dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang memberangsangkan. Ini bolehlah

dikatakan bahawa Kaedah Jadual SAK ini telah membantu responden untuk lebih

bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti menulis ayat , di mana

beliau telah dapat membina ayat gramatis menggunakan unsur SAK berdasarkan gambar

tunggal yang diberikan sebagai rangsangan. Hal ini adalah bersesuaian dengan dapatan

kajian Torrance ( 1963 ), yang mengatakan bahawa melalui rangsangan persekitaran

membolehkan potensi kreatif kanak-kanak berkembang dengan baik berbanding dengan

kanak-kanak terbiar di mana potensi mereka akan kaku dan beku. Peningkatan demi

peningkatan dalam kemahiran membina ayat telah dapat dibuktikan dengan pemerhatian

yang dilakukan semasa aktiviti pembelajaran dijalankan berdasarkan latihan-latihan

yang telah diberikan.

Dapatan analisis temu bual

Selain itu , saya juga menggunakan teknik temu bual iaitu perbualan bersama rakan-

rakan serta guru mata pelajaran yang lain. Dalam temu bual ini, saya telah menggunakan

temu bual separa struktur. Temu bual jenis ini lebih mudah digunakan untuk mencungkil

maklumat daripada murid dan mereka yang terlibat. Soalan yang tidak dirancang juga

perlu untuk mendapatkan maklumat yang tidak dijangka daripada peserta kajian.

Berikut adalah contoh temu bual tidak berstruktur yang saya gunakan semasa menemu

bual responden .

Page 25: Kajian Tindakan Bmm Baru

a) Transkrip perbualan bersama responden sebelum kajian dilakukan

Guru : Kenapa awak tidak tuliskan nama kepada watak dalam gambar ni ?

Responden : Saya tak tahu nak letak nama apa cikgu. Nanti kawan-kawan akan ketawakan saya. ( menundukkan mukanya ).

Guru : Begini. Awak boleh letakkan nama sesiapa saja yang sesuai asalkan mudah untuk dieja seperti Siti, Ana, Ani, Ali dan lain-lain.

Responden : Ooo gitu ke cikgu..

Guru : Ya. Awak boleh bertanya jika awak tak faham..

b) Transkrip perbualan bersama responden selepas kajian dilaksanakan.

Guru : Cikgu nampak awak sudah boleh membina ayat dengan baik.

Responden : Betullah cikgu. Saya rasa sangat mudah untuk membina ayat selepas guna jadual ni cikgu.

Guru : Selepas ni, awak bolehlah ajar kawan-kawan yang lain.

Responden : ( Ketawa). kawan-kawan semua dah pandai cikgu. Saya je yang baru

faham. Saya rasa seronok cikgu. Kawan-kawan semua dah tak ketawakan ayat saya lagi.

Guru : Baguslah kalau begitu.

Berdasarkan temu bual bersama responden sebelum dan selepas kajian ini

dijalankan, saya mendapati responden telah mengalami perubahan sikap dan tingkah

laku yang sangat ketara. Beliau lebih bersemangat dan yakin dalam menulis ayat latihan

yang disediakan. Dengan pelaksanaan kaedah ini, ia telah berjaya meningkatkan

penguasaan responden dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan bahan

rangsangan.

Page 26: Kajian Tindakan Bmm Baru

Kesimpulannya, dengan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran mengikut

kaedah kajian tindakan ini telah meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran

membina ayat gramatis menggunakan unsur SAK. Sehubungan itu, kaedah ini telah

memberi peluang kepada responden untuk lebih berminat dalam belajar kemahiran

membina ayat. Kini , responden telah mampu bersaing dengan rakan-rakan sekelasnya

yang lain dalam kemahiran membina ayat gramatis. Beliau juga sentiasa ingin ke depan

untuk membacakan ayat-ayat yang telah dibinanya dengan gembira. Tiada lagi rasa

rendah diri dan kecil hati dengan rakan-rakan yang lebih baik daripadanya.

Sebagai seorang guru, saya tidak pernah lupa untuk memberikan peneguhan

seperti pujian dan tepukan kepada responden ketika berjaya menghasilkan ayat dengan

baik. Seperti pendapat Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh

diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan

sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan dan beliau telah membahagikan peneguhan ini

kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan negatif. Dalam bilik darjah, peneguhan

positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Manakala menurut Brophy (1981) pula ciri-ciri pujian (peneguhan positif)

yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa

pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik dan

memuji jawapan atau respons yang spontan. Dan ternyata peneguhan yang diberikan ini

telah berjaya meningkatkan motivasi terhadap responden khasnya dan murid-murid 4B

keseluruhannya.

Page 27: Kajian Tindakan Bmm Baru

Dapatan analisis dokumen

Hukum Latihan Thorndike ( 1906 ) ada mengatakan bahawa, pertalian antara

rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti

pengukuhan diberikan. Hukum ini saya terapkan dalam penggunaan unsur SAK secara

latih tubi untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Ini kerana latih tubi

merupakan salah satu bentuk pengajaran dan pembelajaran perisian kursus yang popular.

Menurut Paul dan David (1994), latih tubi bertujuan untuk mengadun "consolidate",

memperjelas "clarify" dan memberi penekanan kepada perkara yang telah dipelajari.

Paul dan David (1994 turut menegaskan bahawa sesi latih tubi lebih bermakna jika:

* dijalankan secara berterusan "spread out over time" (bukan sehari selepas

dipelajari);

* dikendalikan dalam konteks; semua bahagian pelajaran dimasukkan

(whole issue are examined rather then parts), dan

* digunakan dalam aktiviti yang berbeza-beza.

Latih tubi melibatkan proses mengulang maklumat tertentu sehingga maklumat

tersebut mantap dalam minda pelajar. Ia menjadikan sesuatu yang dipelajari itu menjadi

kebiasaan atau mampu dikekalkan dalam masa yang lama. Oleh itu matlamat latih tubi

adalah untuk menentukan pelajar dapat bertindak balas terhadap masalah dengan

memberi jawapan yang betul dan cepat. Pelajar dapat membentuk asosiasi tanpa melalui

proses berfikir apabila asosiasi itu diperlukan (Grambs &Carr, 1991). Paul & Mynga

(1990) memberi beberapa alasan yang boleh menggunakan latih tubi;

1. Untuk mengekalkan kemahiran yang telah dipelajari

2. Untuk mengotomatiskan kemahiran yang telah dipelajari

3. Untuk mengingatkan pelajar tentang maklumat atau kemahiran yang

diperlukan bagi mempelajari kemahiran baru.

Page 28: Kajian Tindakan Bmm Baru

Berdasarkan pendapat ini dan daripada pemerhatian yang telah dijalankan, saya

telah memperkenalkan kaedah Jadual SAK ini kepada responden secara latih tubi dan

berperingkat-peringkat dengan harapan responden akan memahami konsep SAK dengan

cepat dan mudah.

Sebagai data awal, binaan ayat yang dibuat oleh responden sangat lemah dan tidak

menepati syarat untuk mendapat markah yang baik. Ini boleh ditunjukkan dalam rajah di

bawah.

Rajah 10 : Dapatan awal binaan ayat responden

Page 29: Kajian Tindakan Bmm Baru

Dalam rajah di atas , responden telah membina 5 ayat berdasarkan gambar

tunggal yang diberi. Ayat - ayat ini sangat lemah dan tidak menepati syarat yang

diperlukan untuk mendapat markah yang baik. Responden tidak menggunakan unsur

SAK yang sepatutnya. Responden masih keliru untuk menulis unsur ‘S ‘ dengan tepat.

Begitu juga dengan unsur ’ A’ dan ‘ K ‘. Walaupun kedua-dua unsur ini digunakan

namun ia masih kurnag tepat dan masih boleh ditambah baik. Penggunaan kosa kata

yang terhad menyebabkan binaan ayat responden tidak berkualiti dan hanya

memperoleh 2 markah daripada 10 markah yang diperuntukkan.

Setelah kaedah Jadual SAK ini diperkenalkan dan latih tubi secara berterusan

dilakukan, peningkatan demi peningkatan dalam kemahiran membina ayat telah dapat

diperoleh. Pebezaan yang ketara telah dapat dilihat dan ayat –ayat yang dibina oleh

responden telah berjaya memperolehi markah yang baik dari masa ke masa. Berdasarkan

graf di bawah, markah responden telah dapat dibuktikan

Rajah 11 : Graf perolehan markah responden

Page 30: Kajian Tindakan Bmm Baru

Latihan 1 merupakan merupakan latihan sebelum kaedah ini dijalankan dan

hanya 2 markah yang diperoleh oleh responden. Keadaan ini menunjukkan kepada kita

bahawa binaan ayat responden sangat lemah dan ia perlu diberi perhatian serta latih tubi

yang berterusan mesti dilakukan agar pekara begini tidak berulang lagi.

Latihan 2,3,4 dan 5 ialah latihan yang dijalankan selepas Kaedah Jadual SAK ini

dilaksanakan. Terdapat peningkatan yang sangat ketara daripada skor markah yang

diperoleh responden. Pada masa ini, responden telah menunjukkan pemahaman yang

baik dalam penggunaan unsur SAK dan memgetahui keperluan menggunakan unsur

SAK bagi membina ayat yang gramatis. Latihan secara intensif dan latih tubi yang

betrerusan menggunakan Jadual SAK telah memberikan pemahaman,keyakinan serta

kejelasan yang baik kepada responden seterusnya mampu mencapai skor markah yang

baik dalam setiap latihan yang dilakukan. Secara tidak langsung , peningkatan dalam

markah keseluruhan kertas penulisan akan turut berlaku dengan bertambahnya markah

dalam bahagian A iaitu penulisan ayat berdasarkan gambar.

Dalam latihan 4 dan 5, responden telah diberi latihan tanpa Jadual SAK. Ini

adalah untuk menguji sejauhmana tahap kefahaman responden terhadap penggunaan

unsur SAK dalam binaan ayat tanpa dipandu. Secara jelasnya ,responden telah mampu

membina ayat- ayat dengan baik dan mengaplikasikan unsur SAK walaupun tanpa

jadual. Responden telah memahami bagaimana untuk membina ayat yang gramatis

menggunakan unsur SAK yang terdapat dalam gambar rangsangan. Dalam latihan 4 ini,

markah yang diperoleh oleh responden adalah 9 markah. Latihan 4 ini juga telah

disemak secara bersama oleh saya dan rakan sekerja saya iaitu En Zunaidi b Daud yang

merupakan seorang ketua penanda kertas UPSR. Ini sebagai bukti dan untuk membina

keyakinan terhadap kredibiliti data yang saya kumpulkan dan analisis. Rajah di bawah

menunjukkan semakan yang telah dibuat oleh saya dan En Zunaidi.

Page 31: Kajian Tindakan Bmm Baru

Semakan saya Semakan En Zunaidi

Rajah 12 : Semakan latihan oleh saya dan En Zunaidi

Menurut En Zunaidi, binaan ayat responden sangat baik dan memenuhi kriteria

cemerlang, namun terdapat beberapa kesalahan tanda baca seperti tanda noktah yang

menyebabkan markah penuh iaitu 10 tidak dapat diberikan kepada responden. Saya telah

menerangkan kepada responden tentang beberapa kesalahan kecil yang dilakukan

olehnya dan latihan ke 5 merupakan latihan terakhir yang saya jalankan terhadap

responden dalam kajian tindakan ini.

Seperti yang diharapkan, ternyata responden tidak menghampakan saya. Beliau

benar-benar telah faham dan mampu mengaplikasikan unsur SAK dalam binaan ayatnya

dengan baik dan sempurna. Bagi latihan yang terakhir ini, responden telah berjaya

membina 5 ayat yang gramatis dengan unsur – unsur SAK yang tepat dan berjaya

memperoleh markah penuh iaitu 10 markah.

Page 32: Kajian Tindakan Bmm Baru

Rajah 13 : Latihan 5

Page 33: Kajian Tindakan Bmm Baru

Dalam menilai penggunaan unsur SAK oleh responden dalam setiap latihan yang dilakukan, jadual di bawah dapat menunjukkan kekerapannya.

LATIHAN / UNSUR S A K MARKAH

1 0 3 0 22 3 3 1 43 5 4 4 74 5 5 5 95 5 5 5 10

Jadual 2 : Kekerapan penggunaan unsur SAK dalam latihan

Berdasarkan jadual di atas dapatlah dibuat perbandingan berkenaan peningkatan

penggunaan unsur SAK dalam setiap latihan yang telah dilakukan. Ini membuktikan

bahawa responden semakin memahami cara terbaik untuk membina ayat berdasarkan

gambar tunggal mesti menggunakan unsur SAK supaya mendapat markah yang baik dan

memuaskan. Perolehan markah oleh responden dapat dilihat dalam jadual di atas ,di

mana peningkatan ini berlaku secara berterusan,Keadaan ini juga membuktikan kepada

saya bahawa penguasaan responden dalam kemahiran membina ayat gramatis telah

dapat ditingkatkan dengan penggunaan kaedah Jadual SAK ini.

Kaedah ini juga jelas berjaya membantu respondan meningkatkan kemahiran

membina ayat dan kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberi perubahan kepada

penguasaan responden dalam membina gramatis serta mampu memberi maklumat yang

jelas kepada orang lain.

Page 34: Kajian Tindakan Bmm Baru

Di bawah ini turut dipaparkan graf perbandingan yang menunjukkan penggunaan unsur

SAK sebelum dan selepas kaedah Jadual SAK ini dilaksanakan.

Rajah 14

Berdasarkan graf perbandingan di atas , ia menunjukkan peningkatan kekerapan

penggunaan unsur SAK telah berlaku secara berperingkat-peringkat seiring kefahaman

responden yang semakin baik dalam menggunakan unsur SAK. Latihan 1 merupakan

latihan sebelum kajian dilaksanakan, manakala latihan 2,3,4 dan 5 merupakan hasil yang

diperoleh selepas kaedah Jadual SAK ini diperkenalkan .

Dengan penggunaan unsur SAK yang betul dan tepat, responden telah dapat

membina ayat yang gramatis seterusnya memperoleh markah yang baik dalam setiap

latihan yang dilaksanakan. Ini jelas membuktikan bahawa responden telah berjaya

memahirkan diri dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar rangsangan

menggunakan unsur SAK.

Page 35: Kajian Tindakan Bmm Baru

PELAN BAGI TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan pencapaian positif dalam penyelidikan tindakan ini, saya mendapati

Kaedah Jadual SAK ini amat membantu murid- murid lain dalam mengatasi masalah

mereka dalam masalah penulisan ayat berdasarkan gambar tunggal. Dengan kejayaan

yang dalam kajian ini saya berharap agar dapat membuat kajian tindakan untuk

kemahiran yang lain pula seperti penggunaan tanda bacaan, perbezaan penulisan kata

nama am dan kata nama khas dan sebagainya. Melihatkan kepada kejayaan yang

dicapai, saya juga mencadangkan agar Kaedah Jadual SAK ini dapat dilaksanakan

untuk guru-guru meningkatkan kemahiran penulisan terutamanya menulis karangan

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaan kaedah ini juga dapat dijadikan

sebagai satu panduan kepada guru-guru dalam meningkatkan kemahiran membina ayat.

Penggunaan kaedah ini juga boleh diaplikasikan kepada mata pelajaran lain

seperti Bahasa Inggeris. Penggunaan konsep kaedah ini adalah bersesuaian dengan mata

pelajaan Bahasa Inggeris kerana ia melibatkan kemahiran membina ayat dan menulis

karangan.Kaedah ini juga boleh membantu para pendidik melihat keberkesanan serta

impaknya terhadap murid-murid yang berbeza dari pelbagai tahap termasuklah tahap

pencapaian akademik, tahap umur, serta tahap sosioekonomi.

Sebagai warga pendidik, kita hendaklah sentiasa mencai idea untuk

meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembelajaran. Di samping itu , guru

perlulah prihatin dengan permasalahan yang dihadapi murid dan cuba mencari jalan

penyelesaiaanya. Sehubungan itu, satu kajian tindakan perlu dilaksanakan oleh guru-

guru di sekolah untuk kejayaan murid. Saya berharap agar kajian tindakan yang telah

saya laksanakan ini akan menjadi panduan kepada rakan-rakan guru dalam memastikan

peningkatan kemahiran murid dalam penulisan ayat yang gramatis dan sempurna.

Page 36: Kajian Tindakan Bmm Baru

REFLEKSI KAJIAN TINDAKAN

Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, pelbagai pengalaman dan ilmu

pengetahuan yang diperoleh sebagai seorang guru. Perasaan puas hati tidak dapat saya

gambarkan apabila responden telah menunjukkan peningkatan kemahiran dalam

membina ayat dengan memberangsangkan sekali. Secara tidak langsung keadaan ini

membantu responden meningkatkan keyakinan diri dan mampu menghilangkan rasa

rendah diri yang dihadapinya selama ini.

Selain daripada perubahan sikap yang dialami oleh responden, keadaan yang

sama turut berlaku kepada saya sebagai seorang guru. Saya menjadi lebih matang dalam

amalan pengajaran saya dari pelbagai aspek. Penggunaan Kaedah Jadual SAK telah

membantu saya memperbaiki masalah responden saya dalam membina ayat berdasarkan

gambar tunggal.Saya tidak perlu lagi risau akan rospnden kerana berdasarkan

pemerhatian dan hasil dapatan telah membuktikan responden ini telah berjaya

menempatkan dirinya bersama rakan-rakannya yang lain. Kaedah Jadual SAK ini telah

menjadi landasan kepada reponden dalam membina ayat yang sempurna. Saya hanya

menyebut “SAK” untuk memberikan panduan kepada responden dan rakan-rakannya

untuk membina ayat.

Saya juga telah menunjukkan kemajuan dari segi sikap saya terhadap murid-

murid. Saya menjadi lebih sabar kerana saya perlu memberikan masa kepada responden

betul-betul menguasai kemahiran yang diajar.Walaupun tidak semestinya hasil

penyelidikan tindakan yang dijalankan mendapat hasil yang positif , tapi saya telah

meletakkan harapan yang tinggi terhadap responden untuk membantunya dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Selain itu, hubungan saya dan murid semakin akrab. Walaupun saya memberikan

focus yang lebih kepada responden, saya juga memberikan lembaran kerja yang sama

kepada murid lain agar mereka semua menerima manfaat yang sama seperti responden.

Page 37: Kajian Tindakan Bmm Baru

Pelaksanaan kajian tindakan ini telah memberi peluang kepada saya sebagai guru

untuk mencari idea dan langkah-langkah yang kreatif, inovaif, efektif dan menarik untuk

memastikan murid yang bermasalah dalam pembelajaran menjadi murid yang berminat

terhadap pelajaran dan seterunya meningkat pencapaiannya dalam pelajaran. Setiap

langkah yang dijalankan dalam kajian tindakan ini merupakan satu proses untuk

membantu murid meningkat potensinya dalam kemahiran yang diingini. Dengan

pelaksanaan kajian tindakan ini, seseorang guru itu dapat mengukur kemampuannya

dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak muridnya.

Saya berharap hasil kajian tindakan ini dapat digunakan oleh rakan-rakan guru

dalam usaha mningkatkan potensi murid dalam proses meningkatkan potensi murid

dalam proses pembelajaran terutamanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian

tindakan ini juga dapat diharapkan dapat mengemukakan dengan jelas tentang

permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu

juga, kajian tindakan ini dapat diaplikasikan untuk mata pelajaran lain untuk

meningkatkan potensi pelajar dalam pembelajaran. Kajian tindakan yang melibatkan

proses pengajaran dan pembelajaran ini sememangnya wajar dilakukan scara berterusan

demi mencapai kegemilangan guru dalam dunia pendidikan.

Page 38: Kajian Tindakan Bmm Baru

KESIMPULAN

Berjaya atau gagalnya sesuatu amalan dalam pengajaran dan pembelajaran antara

guru dengan murid dapat dinilai dan diukur selepas berakhirnya sesuatu sesi pengajaran

serta pencapaian objektif pelajaran yang telah ditetapkan oleh seseorang guru. Bagi

Murid, hal ini dapat dinilai dalam ujian penilaian yang dibuat dari semasa ke semasa

sama ada secara formal atau tidak. Jika murid berjaya melepasi tahap minima yang

ditetapkan, keadaan ini membuktikan bahawa mereka telah berjaya menguasai

kemahiran tersebut dan jika sebaliknya, suatu tindakan segera perlu dilakukan sebelum

murid hilang minat terhadap pelajaran tersebut. Jika hal ini tidak diatasi dengan segera,

masalah ini akan berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sesungguhnya

tindakan awal yang diambil oleh guru setelah mereka mengenalpasti masalah yang

timbul terhadap pelajar mereka akan membantu pelajar tersebut mengatasi masalah

dalam pembelajaran mereka.

Secara jelasnya, kajian tindakan merupakan satu cara yang berkesan untuk

meningkatkan pencapaian pendidiksn dengan memperbaiki segala kelemahan dan

kekurangan dalam bidang tertentu.Sebagai seorang guru yang berwibawa dan

bertanggungjawab, kita perlu proaktif dalam mencari idea yang kreatif dan inovatif

dalam menghadapi dan mengharungi sebarang masalah dalam dunia pendidkan yang

semakin mencabar ini. Sesungguhnya guru menjadi pemangkin kepada kejayaan murid

dalam bidang pelajaran dan membantu ke arah pendidikan yang berkualiti dan berdaya

saing.

Page 39: Kajian Tindakan Bmm Baru

SUMBER RUJUKAN

BUKU

Atan Long ( 1982 ). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Juriah Long et.al (1990 ). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin ( 1998 ). Pedagogi Bahasa. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng. Jaizah Mahamud ( 2011 ). Kajian Tindakan : Konsep dan Amalan dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2012 ). Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Adrian Steward Ngau. (2010).Kesan Rumus ‘Pelaku + Perbuatan + Huraian’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Karangan Bahagian A UPSR Bahasa Melayu Tahun 4.Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar PenyelidikanTindakan 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah ), 27-36.

Page 40: Kajian Tindakan Bmm Baru

LAMAN SESAWANG

Mohd Nor Izwan Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Diperoleh pada 10 Februari 2015 drp

http://mohdnorizwansulaiman. Blogspot.com.

Norhadi Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Diperoleh pada 12 Februari drp

http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu mengajar/html

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ( 2011 ). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Dicapai pada 20 Februari 2015, daripada

http://www.ukm.my/jpbm/ViewVolume.aspx?vid=1

Zamri Mahamod, Nor Azah. ( t.t ). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Dicapai pada 28 Februari 2015, daripada

http://www.ukm.my/jpbm/pdf/51-65_Zamri,NorRazah_UKM.pdf