kajian tindakan kh

download kajian tindakan kh

of 6

Transcript of kajian tindakan kh

  • 7/27/2019 kajian tindakan kh

    1/6

    Tajuk

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 5

    DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP MELALUI

    PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid seterusnya minat

    mereka dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.Seramai 42 orang murid tahun 5 dan seorang

    guru penyelidik terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah

    pemerhatian dan soal selidik.Hasil tinjauan awal mendapati murid kurang berminat kerana tidak

    dapat mengaitkan kemahiran yang diajar dengan situasi semasa di luar bilik darjah.Bagi

    meningkatkan minat,kemahiran dan kefahaman murid dalam mata pelajaran ini,pendekatan

    pembelajaran secara kontekstual telah dijalankan. Secara keseluruhannya kajian ini telah dapat

    meningkatkan minat,kemahiran dan kefahaman murid dalam tajuk tajuk sukatan Kemahiran

    Hidup sebagai salah satu persediaan menghadapi situasi di sekolah menengah dan seterusnya

    dunia yang kian mencabar.

    1

  • 7/27/2019 kajian tindakan kh

    2/6

    2.0 Refleksi Masalah

    Dalam sesi pegajaran yang telah saya jalankan,saya dapati murid kurang berminat dengan

    pengajaran yang saya jalankan (Kemahiran Hidup). Ini disebabkan murid tidak dapat

    mengaplikasikan dan menghubungkait situasi pembelajaran dengan situasi di luar

    pembelajaran.Masa yang ditetapkan untuk pengajaran dan pembelajaran juga tidaksesuai.Berdasarkan situasi ini saya mengambil langkah untuk membantu murid untuk untuk

    meningkatkat kemahiran dan kefahaman mereka seterusnya menarik minat mereka dalam mata

    pelajaran Kemahiran Hidup.

    3.0 Fokus Kajian.

    Kajian ini dijalankan memfokuskan kepada meningkatkan kemahiran mengaplikasi dan

    kemahiran menghubungkait isi pelajaran dengan situasi di luar bilik darjah.Kumpulan sasaran

    untuk kajian ini adalah dari kelas yang sederhana dalam prestasi akademik iaitu kelas 5 Bntang.

    Apabila didedahkan dengan pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini,murid lebih

    berminat dengan mata pelajaran kemahiran hidup.

    4.0 Objektif Kajian.

    4.1 Objektif Am

    Membantu meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid tahun 5 dalam mata pelajaran

    kemahiran hidup menggunakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual.

    4.2 Objektif Khusus

    Meningkatkan kemahiran mengaplikasi mata pelajaran kemahiran hidup.

    Meningkatkan kemahiran menghubungkait aktivit dengan situasi semasa.

    Membina keyakinan,daya kreativiti dan inovasi murid-murid

    Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mewujudkan

    suasana yang lebih ceria dan menyeronokkan.

    2

  • 7/27/2019 kajian tindakan kh

    3/6

    5.0 Kumpulan Sasaran.

    Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 42 orang murid tahun 5 yang

    sederhana dan baik dalam pencapaian akademik.

    6.0 Perlaksanaan Kajian tinjauan masalah6.1.1 Pemerhatian

    Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian

    dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel. Soalan yang

    diajukan secara lisan.

    6.1.2 Soal Selidik

    Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid murid untuk

    mengetahui maklumat yang berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Borang ini di isi oleh murid apabila sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir.

    6.1.3 Ujian Pra

    Ujian Pra dijalankan pada awal setiap sesi pembelajaran untuk mengetahui sejauh mana

    pengetahuan murid tentang tajuk yang diajarkan.Dengan kaedah ini guru dapat menilai

    sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.

    5.2 Analisa Tinjauan Masalah

    5.2.1 Pemerhatian

    Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    didapati 70% murid tidak minat dalam sesi pembelajaran kerana murid tidak

    dapat mengaitkan pelajaran dengan situasi semasa. Walaupun mereka pernah atau ada

    pengalaman berkaitan tentang pelajaran yang diajar.Pada pendapat saya,untuk mengatasi

    masalah ioni ialah dengan menjalankan aktiviti yang hamper serupa dengan keadaan

    sebenar.

    6.2.2. Soal Selidik

    Soal selidik dijalankan pada akhir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Murid akan

    mengisi borang soal selidik yang telah disediakan seperti lampiran.

    3

  • 7/27/2019 kajian tindakan kh

    4/6

    6.2.3 Ujian Pra

    Ujian Pra dijalankan pada awal setiap sesi pembelajaran untuk mengetahui sejauh mana

    pengetahuan murid tentang tajuk yang diajarkan.Berdasarkan Ujian Pra yang

    dijalankan,guru dapat menilai pengetahuan sedia ada murid sebelum sesi pengajaran dan

    pembelajaran. ( Lihat Lampiran )

    6.3. Tindakan yang dijalankan.

    6.3.1 Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk murid memperolehi maklumat awal tentang

    pembelajaran sebelum sesi pengajaran sebenar dijalankan. Secara tidak langsung

    menerapkan unsur pendidikan bestari dan meningkatkan kemahiran ICT murid.

    Aktiviti 1.

    1. Kelas dijalankan di makmal computer.

    2. Murid dikehendaki mencari maklumat berkaitan tajuk menggunakan internet,

    3. Guru meminta murid menyalin maklumat yang diperolehi ke dalam buku nota.

    Aktiviti 2.

    1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.

    2. Murid dikehendaki menyediakan laporan projek yang diberikan.

    3. Kumpulan terbaik diberikan ganjaran.

    Bahan bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah :

    1. Lembaran Kerja

    2. Perisian Multimedia

    3. Bahan/alatan sebenar.( Untuk Projek ).

    4. Bahan sokongan TMK.

    4

  • 7/27/2019 kajian tindakan kh

    5/6

    6.4 Instrumen dan langkah langkah pemerhatian.

    1. Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 6 bulan bermula dari Januari 2006 hingga Jun

    2006.

    2. Persediaan mengajar guru hendaklah disediakan menggunakan pendekatanpembelajaran kontekstual dan bahan/alatan yang mencukupi.

    3. Ujian pra dijalankan sebelum memulakan sesi pengajaran.( sediakan soalan yang

    berkaitan dengan tajuk yang akan diajar ).

    4. Laksanakan pengajaran untuk beberapa sesi pengajaran.

    5. Lakukan ujian Pasca ( soalan yang sama dengan ujian pra ) setelah selesai sesi

    pengajaran dan pembelajaran.

    6. Edarkan borang soal selidik kepada murid untuk diisi.

    6.5 Perlaksanaan Tindakan

    6.5.1 Rancangan pengajaran

    Refleksi

    Saya merasakan melalui pendekatan ini persediaan saya lebih teratur dan

    sitematik bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

    6.5.2 Mengumpul Maklumat

    Refleksi.

    Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,murid secara tidak langsung didedahkan

    dengan penggunaan ICT.Ini selaras dengan Konsep Pembestarian sekolah.Kaedah

    ini memberikan murid maklumat awal sebelum pengajaran dan pembelajaran

    sebenar dijalankan/

    6.5.3 Ujian Pra / Ujian Pasca

    Refleksi

    Melalui kaedah ini saya secara tidak langsung mengetahui pengetahuan sedia ada

    murid sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan cara ini

    juga saya dapat menilai tahap pencapaian murid dan juga menilai sejauh mana

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan.

    5

  • 7/27/2019 kajian tindakan kh

    6/6

    7.0 Cadangan

    Melalui pendekatan pembelajaran secara kontekstual yang telah dijalankan ini,saya

    bercadang untuk mengaplikasikan kajian ini untuk kesemua tajuk dalam Kemahiran

    Hidup Tahun 4.5 dan 6. Dengan pendekatan ini juga saya berharap murid-murid dapatmengaplikasikan kaedah,teknik,kemahiran dan kefahaman mereka dalam situasi di

    persekitaran mereka.

    6