kajian tindakan muzik rekoder

13
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN : Kaedah Penjarian Not Rekoder Menggunakan Sistem Pernomboran PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu cepat membangun dalam semua bidang.Hasrat kerajaan Malaysia ialah untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju pada 2020.Untuk mencapai hasrat ini, keperluan untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang ditadbir oleh golongan pendidik yang mempunyai ikhtisas pendidikan. Pentadbiran sekolah melalui proses berstruktur yang merangkumi sistem pendidikan negara bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Dalam bidang akademik, matlamat sesebuah sekolah ialah untuk memberi pendidikan yang maksimum dalam semua mata pelajaran yang ditawarkan untuk membolehkan kefahaman pembelajaran yang menyeluruh dan sempurna supaya potensi mereka dalam bidang-bidang tersebut dapat dipertingkatkan di peringkat kerjaya dan hidup seterusnya. 1.1 REFLEKSI P&P Saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik bagi tahap 1 dan juga 2. Walaupun demikian saya hanya mengajar murid Tahun 3 , Tahun 4 dan Tahun 5 di SK. Peramu Jaya. Saya akan membuat

Transcript of kajian tindakan muzik rekoder

Page 1: kajian tindakan muzik rekoder

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN :Kaedah Penjarian Not Rekoder Menggunakan Sistem Pernomboran

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu cepat membangun dalam semua

bidang.Hasrat kerajaan Malaysia ialah untuk menjadikan negara ini sebuah negara

maju pada 2020.Untuk mencapai hasrat ini, keperluan untuk meningkatkan taraf

pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk

Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang

dalam bidang pendidikan.

Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang ditadbir oleh golongan

pendidik yang mempunyai ikhtisas pendidikan. Pentadbiran sekolah melalui proses

berstruktur yang merangkumi sistem pendidikan negara bagi mencapai matlamat

Falsafah Pendidikan Negara. Dalam bidang akademik, matlamat sesebuah sekolah

ialah untuk memberi pendidikan yang maksimum dalam semua mata pelajaran yang

ditawarkan untuk membolehkan kefahaman pembelajaran yang menyeluruh dan

sempurna supaya potensi mereka dalam bidang-bidang tersebut dapat dipertingkatkan

di peringkat kerjaya dan hidup seterusnya.

1.1REFLEKSI P&P

Saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik bagi tahap 1 dan juga 2.

Walaupun demikian saya hanya mengajar murid Tahun 3 , Tahun 4 dan Tahun 5 di SK.

Peramu Jaya. Saya akan membuat kajian terhadap Tahun 4 Cemerlang bagaimana

Sistem Penjarian Bernombor dapat dapat mempercepatkan lagi kemahiran bermain

rekoder.Murid-murid kelas ini merupakan murid yang pertengahan dalam semua mata

pelajaran. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid.

Penguasaan permainan rekoder di dalam kelas ini amat merisaukan kerana mereka

bukan sahaja tidak dapat meniup dengan betul malahan tidak dapat memainkan tempo

dengan betul serta membaca skor lagu dengan baik.. Salah satu puncanya adalah

Page 2: kajian tindakan muzik rekoder

kurangnya dari segi amali dan teori ini pada masa mereka di tahun 3 dahulu dan juga

tidak mempunyai pengalaman yang lepas serta pengaruh persekitaran yang

membuatkan mereka tidak mahir dan tahu untuk menggunakan alat-alat muzik tersebut.

Murid saya berminat dalam mata pelajaran ini.Terutamanya jika diminta untuk meniup

rekoder tersebut.Mereka lambat dalam penjarian yang sedia ada digunakan dalam

P&P. Objektif.Pengajaran tidak didapat dicapai. Apakah yang perlu saya lakukan untuk

menarik mereka dengan lebih cekap lagi dalam tiupan rekoder?. Saya memberi

semangat dan dorongan kepada murid kelas itu dengan memberi pelbagai ganjaran

seperti hadiah kecil dalam usaha untuk mengubah situasi tersebut.

Justeru itu perkembangan dan penguasaan murid terhadap pembelajaran muzik adalah

berbeza di kalangan mereka. Ada yang boleh menguasai dengan cepat namun terdapat

sesetengah murid sebaliknya. Oleh yang demikian kajian ini cuba mencari punca

masalah yang menyebabkan murid-murid Tahun 4 Cemerlang , SK. Peramu Jaya ,

Pekan tidak dapat mengaplikasikan penjarian rekoder dengan betul semasa membuat

persembahan rekoder. Kajian yang telah dijalankan ini merujuk kepada perkembangan

mata pelajaran muzik di kalangan murid Tahap 2 tahun 4.

1.2SOROTAN LITERATUR

Sejak dahulu lagi, para ilmuan ‘psikologi perkembangan’ mengatakan mendengar muzik

dapat mempengaruhi perkembangan otak dan kesihatan mental manusia.Menurut Dr

Alfred Tomatis yang bertugas di Peranchis, menyatakan muzik dapat memberi energi

ataupun tenaga kepada otak. Eksperimen telah dilakukan oleh seorang ‘pemuzik

professional, Dorothy Retallack pada tahun 1970 di Temple Buell College, Colorado

kepada tanaman beliau. Beliau telah menanam labu dan terdapat perbezaan pada

tanaman beliau , misalnya labu yang dihalakan kepada muzik klasik telah tumbuh

dengan subur dan batangnya telah melingkari radio tersebut, manakala labu yang

dihalakan kearah radio yang mempunyai muzik rock tidak tumbuh dengan baik. Ini

menunjukkan muzik memainkan peranan dalam pertumbuhan sesuatu hidupan.

Page 3: kajian tindakan muzik rekoder

Begitu juga dengan pendidikan muzik, telah menjadi sebahagian daripada alam

kehidupan manusia dan juga budaya masyarakat. Kanak-kanak ataupun orang dewasa

akan memberi tindak balas secara spontan terhadap sesuatu yang berbunyi dan

melahirkan ekspresi diri melalui muzik. Dalam perbualan harian juga terdapat perkara

asas dalam muzik iaitu misalnya seperti irama dan juga tona. Disekolah rendah

pendidikan muzik terdiri dari beberapa aspek contohnya nyanyian, gerakan ,kemahiran

dalam mengendali alat perkusi yang tidak berpic atau yang berpic dan juga permainan

alat rekoder.

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam

pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep penjarian. Dalcroze

menggunakan gerak tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan

kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik.

Menurut Stephanie Merrit, Direktur Pusat Muzik Dan Pencitraan California

menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi seorang guru, dimana pada suatu

hari dilihat murid-muridnya tidak bersemangat serta daya kefahaman mereka lemah,

jadi beliau bertanya kepada muridnya adakah mereka bersarapan sambil mendengar

muzik, mereka menjawab tidak, jadi mulai detik itu beliau menyuruh murid-muridnya

mendengar muzik diwaktu pagi sambil bersarapan. Semenjak murid-murid beliau

memngamalkan apa yang telah beliau sarankan, perubahan telah berlaku kepada

muridnya menjadi lebih cerdas, ceria dan bersemangat. Melakukan aktiviti pergerakan

ataupun bermain merupakan langkah yang baik dalam perkembangan kemampuan

seseorang.Aktiviti yang dilakukan tanpa paksaan akan meningkatkan lagi

perkembangan kanak-kanak. Aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan

peringkat umur kanak-kanak serta kemampuan mereka. Menurut Depdikbud 1999,

mengatakan perkembangan individu dan kemampuan boleh dikembangkan secara

beransur-ansur dengan cara bermain sambil belajar, dengan ini kanak-kanak tidak akan

rasa dipaksa dan tertekan dalam proses pembelajaran.

Page 4: kajian tindakan muzik rekoder

Pendidikan muzik di sekolah rendah, telah memberi pengalaman muzik kepada kanak-

kanak ( murid ) dalam permainan rekoder. Kanak-kanak akan mendengar, membuat

tepukan irama dengan alatan muzikal, latihan pada skor lagu dan seterusnya akan

mengaplikasikan permainan rekoder.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik, kaedah Carl Orff dapat di

gunakan dimana akan menggalakkan murid-murid melalui empat aspek pembelajaran

yang utama iaitu mengekspresi samada dari segi emosi ataupun gerakan apabila

mendengar bunyi, ini juga bermaksud murid belajar melalui pengalaman , Imitasi iaitu

cara peniruan dan guru boleh dijadikan role model kepada murid, Literasi iaitu

membaca skor ataupun notasi dan akhir sekali Improvisasi iaitu mengubah suai kepada

yang lebih kreatif. Disamping penguasaan kemahiran murid-murid juga akan diterapkan

nilai-nilai murni dalam diri mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, Pendidikan Muzik juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai

kebudayaan dan adat resam masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita.

Muzik dapat merapatkan hubungan diantara pelbagai kaum, ini kerana dalam sesuatu

majlis muzik dari pelbagai kaum akan dipersembahkan. Pendidikan muzik juga akan

memberi pendedahan kepada murid untuk mempelajari notasi muzik seperti

mengetahui jenis dan nama-nama not, tanda rehat , meter, tanda masa, dan simbol-

simbol yang terdapat semasa Pendidikan Muzik. Disamping itu juga dapat memberi

ruang kepada murid untuk mencipta irama sendiri ( kreativiti ). Pendidikan Muzik di

sekolah rendah hanya meliputi perkara asas sahaja iaitu asas bahasa muzik seperti

irama, melodi, ekspresi dan sistem notasi sama ada simbol ataupun notasi lidi.

Sokongan yang diberi oleh ibu bapa tetutamanya dari aspek sosial ekonomi juga akan

mempengaruhi kejayaan murid-murid, kerana setiap latihan yang diadakan akan

berjalan dengan lancar. Manakala faktor baka atau keluarga yang berminat terhadap

muzik secara tidak langsung akan mempengaruhi anak-anak mereka kearah minat

yang sama. Selain faktor ibu bapa, faktor persekitaran ataupun rakan juga dapat

mempengaruhi minat murid terhadap permainan alat muzik. Kebanyakan murid mudah

Page 5: kajian tindakan muzik rekoder

terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Sekiranya murid tersebut berkawan

dengan rakan yang berminat untuk menyertai aktiviti muzik, mereka secara tidak

langsung akan terikut dengan ajakan rakan untuk turut sama menyertainya.

Menurut Dr Mohamad Salleh dalam laman web http://www.teknikmuzik.com ,

pembelajaran muzik terlalu rumit sekiranya seorang pelajar itu tidak berminat untuk

melibatkan diri dalam muzik. Kemahiran membaca dan ’merasai ’ corak irama juga

merupakan faktor asas dalam penghayatan muzik (Gordon, 1968). Oleh itu murid perlu

menguasai kemahiran-kemahiran ini supaya persembahan muzikal menjadi lebih

bemutu.

Melalui tenik atau kaedah yang betul akan membolehkan murid-murid mengetahui dan

menguasai aspek-aspek pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Muzik serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru semasa pendidikan

muzik di dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung membantu guru muzik mengatasi

masalah tersebut selain daripada dapat mencungkil minat dan bakat murid semulajadi

murid ekoran kerjasama sokongan keluarga dan pengaruh persekitaran. Aspek-aspek

ini tidak mungkin akan dapat dikuasai dengan baik tanpa penghayatan yang lebih

terhadap latar belakang Pendidikan Muzik.

Justeru itu mata pelajaran Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ini disediakan untuk

mengenal pasti punca kegagalan murid mengendalikan alat perkusi dengan baik

supaya dapat memberikan persembahan yang berkualiti terutamanya semasa majlis di

peringkat sekolah. Dapatan yang diperolehi nanti akan menjawab beberapa persoalan

mengapa murid Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya , Pekan tidak dapat

mengaplikasikan tiupan rekoder atau mempersembahkan ensembel rekoder dengan

baik. Dapatan kajian ini akan meningkatkan penguasaan murid terhadap permainan

rekoder.

2.0 FOKUS KAJIAN

Page 6: kajian tindakan muzik rekoder

Kajian ini dijalankan dengan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran penjarian

rekoder menggunakan kaedah penomboran. Disamping itu, kajian ini juga akan menarik

minat murid dalam pembelajaran berkaitan not rekoder.

2.1 TINJAUAN MASALAH

Pendidikan Muzik di sekolah rendah meliputi bidang nyanyian, gerakan dan permainan

alat perkusi dan permainan rekoder. Terdapat sebahagian murid berpotensi tinggi

dalam kemahiran muzik mereka dan sebaliknya. Malahan minat yang ditunjukkan juga

berbeza di antara setiap murid. Kemahiran dan minat terhadap mata pelajaran muzik

juga turut menunjukkan perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan.

Penguasaan kemahiran muzik juga dapat dilihat di kalangan murid semasa sesi

pembelajaran di kelas. Sesetengah murid dapat meniup rekoder dengan cepat tanpa

sebarang kekeliruan dan meniup dengan baik . Namun terdapat murid ramai yang

tidak dapat meniup rekoder dengan baik walaupun menggunakan not-not yang mudah.

Kebanyakan mereka akan tidak dapat menunjukkan bakat persembahan yang baik

apabila diminta memainkannya. Lagu yang dimainkan pula adalah mudah dari segi

melodinya

Persoalan yang di kemukakan dalam kajian ini ialah tentang kaedah yang diamalkan

oleh guru sama ada dapat mengendalikan penjarian rekoder dengan berkesan ataupun

tidak. Memandangkan terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid-

murid tahun 4 Cemerlang dalam penjarian rekoder, amatlah baik sekiranya masalah-

masalah pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan.

Justeru itu, kajian akan dijalankan untuk mengetahui punca kegagalan atau masalah

yang dihadapi dalam penjarian rekoder di kalangan murid Tahun 4 Cemerlang di SK.

Peramu Jaya supaya pengkaji dapat mengenal pasti permasalahan tersebut dan

Page 7: kajian tindakan muzik rekoder

dapat menghasilkan murid yang berkemahiran meniup rekoder dengan baik di kalangan

murid Tahun 4 Cemerlang.

2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Analisis tinjauan masalah akan difokuskan untuk mengenal pasti sejauh mana murid dapat :

a. Mengenal not rekoderb. Mengenal penjarian rekoder

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kaedah penjarian rekoder dengan menggunakan sistem nombor menggunakan media pengajaran yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji.

Kajian ini dijalankan bertujuan menghuraikan beberapa persoalan seperti berikut :

i. Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam meniup rekoder.

ii Mengetahui punca yang menyebabkan kegagalan murid Tahun 4 Cemerlang di

SK. Peramu Jaya , Pekan tidak dapat meniup rekoder dengan baik.

iii Membantu murid Tahun 4 Cemerlang untuk menghuraikan permasalahan yang

dihadapi dalam permainan rekoder.

3.1 OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan pencapaian keseluruhan mata pelajaran Pendidikan Muzik dan menarik minat murid untuk belajar permainan rekoder.

Page 8: kajian tindakan muzik rekoder

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Membantu murid-murid :

1. Megenal not-not muzik.2. Mengingat penjarian kaedah bernombor.3. Meniup rekoder dengan lancar

3.3 SOALAN KAJIAN

Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan berikut :

i Apakah betul minat dan latar belakang murid akan mempengaruhi mereka

dalam tiupan rekoder dengan baik ?

ii Apakah pandangan murid dan faedah pendidikan permainan rekoder ?

iii Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam

mengendalikan kelas rekoder ?

iv Bagaimanakah cara ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran tiupan rekoder

dapat di pertingkatkan dikalangan murid Tahun 4 Cemerlang dan juga di sekolah

amnya.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Tumpuan kajian ini adalah untuk 10 orang murid Tahun Empat Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya ,Pekan , Pahang. Ini bermakna kajian ini melibatkan murid yang sederhana bagi membantu mereka mengingati penjarian rekoder dan lulus dalam ujian amali. Mereka terdiri dari 5 murid perempuan dan 5 murid lelaki.

5.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan hanya bertumpu kepada murid Tahun 4 Cemerlang sahaja. Rensponden adalah seramai 10 orang dari kelas yang sama. Kajian ini hanya berfokus kepada penjarian rekoder sahaja.dan penekanan diberi dalam sistem pernomboran. Perlaksanaan kajian ini hanya mengambil sebahagian masa daripada masa sebenar

Page 9: kajian tindakan muzik rekoder

yang telah ditetapkan oleh KPM untuk memberi ruang kepada murid-murid mengikuti kelas seperti biasa.

5.1 PROSEDUR PERLAKSANAAN TINDAKAN

Kajian tindakan ini adalah untuk :

1. Menyampaikan secara hubungkait penjarian dengan notasi.2. Membentuk fokus kajian.3. Membuat refleksi ke atas soalan kajian.4. Mengumpul dan menganalisis data.5. Keputusan kajian kearah tindakan.6. Membuat keputusan.

Banyak terdapat ilustrasi untuk membantu meneguhkan kafahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diberikan.Pada setiap unit terdapat objektif tersendiri dan ini banyak membantu pelajar mencapai kefahaman maksimum.

5.2CARA PENGUMPULAN DATA

Data dikumpulkan melalui beberapa kaedah iaitu :1. Pemerhatian. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemerhatian

akan dilakukan terhadap perhatian dan respon murid.2. Ujian Amali. Ujian yang berkaitan dengan kemahiran penjarian rekoder.3. Temubual. Sesi temubual dengan kumpulan sasaran akan dijalankan bagi

mendapatkan maklumat secara terus daripada mereka tentang minat mereka terhadap permainan rekoder. Maklumat yang diperolehi daripada sesi temubual akan digunakan untuk untuk melihat sejauh mana kesahan dapatan.

5.3CARA ANALISIS DATA

Statistik deskriptif akan digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan paiawai. Penganalisian data menggunakan SPSS. Hasil dapatan akan diilustrasikan dalam bentukgraf/rajah bagi memudahkan proses menginterpretasikan keberkesanan media pengajaran yang digunakan.

5.4PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN

Perlaksanaan tindakan akan dijalankan seperti berikut :

1. Mengadakan sesi temubual dan sola selidik terhadap kumpulan sasaran.2. Membuat data menggunakan SPSS.3. Membuat ujian amali.

Page 10: kajian tindakan muzik rekoder

Bibliografi

Lampiran