PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
TAJUK KAJIAN :Kaedah Penjarian Not Rekoder Menggunakan Sistem Pernomboran
PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu cepat membangun dalam semua
bidang.Hasrat kerajaan Malaysia ialah untuk menjadikan negara ini sebuah negara
maju pada 2020.Untuk mencapai hasrat ini, keperluan untuk meningkatkan taraf
pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk
Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang
dalam bidang pendidikan.
Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang ditadbir oleh golongan
pendidik yang mempunyai ikhtisas pendidikan. Pentadbiran sekolah melalui proses
berstruktur yang merangkumi sistem pendidikan negara bagi mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Negara. Dalam bidang akademik, matlamat sesebuah sekolah
ialah untuk memberi pendidikan yang maksimum dalam semua mata pelajaran yang
ditawarkan untuk membolehkan kefahaman pembelajaran yang menyeluruh dan
sempurna supaya potensi mereka dalam bidang-bidang tersebut dapat dipertingkatkan
di peringkat kerjaya dan hidup seterusnya.
1.1REFLEKSI P&P
Saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik bagi tahap 1 dan juga 2.
Walaupun demikian saya hanya mengajar murid Tahun 3 , Tahun 4 dan Tahun 5 di SK.
Peramu Jaya. Saya akan membuat kajian terhadap Tahun 4 Cemerlang bagaimana
Sistem Penjarian Bernombor dapat dapat mempercepatkan lagi kemahiran bermain
rekoder.Murid-murid kelas ini merupakan murid yang pertengahan dalam semua mata
pelajaran. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid.
Penguasaan permainan rekoder di dalam kelas ini amat merisaukan kerana mereka
bukan sahaja tidak dapat meniup dengan betul malahan tidak dapat memainkan tempo
dengan betul serta membaca skor lagu dengan baik.. Salah satu puncanya adalah
kurangnya dari segi amali dan teori ini pada masa mereka di tahun 3 dahulu dan juga
tidak mempunyai pengalaman yang lepas serta pengaruh persekitaran yang
membuatkan mereka tidak mahir dan tahu untuk menggunakan alat-alat muzik tersebut.
Murid saya berminat dalam mata pelajaran ini.Terutamanya jika diminta untuk meniup
rekoder tersebut.Mereka lambat dalam penjarian yang sedia ada digunakan dalam
P&P. Objektif.Pengajaran tidak didapat dicapai. Apakah yang perlu saya lakukan untuk
menarik mereka dengan lebih cekap lagi dalam tiupan rekoder?. Saya memberi
semangat dan dorongan kepada murid kelas itu dengan memberi pelbagai ganjaran
seperti hadiah kecil dalam usaha untuk mengubah situasi tersebut.
Justeru itu perkembangan dan penguasaan murid terhadap pembelajaran muzik adalah
berbeza di kalangan mereka. Ada yang boleh menguasai dengan cepat namun terdapat
sesetengah murid sebaliknya. Oleh yang demikian kajian ini cuba mencari punca
masalah yang menyebabkan murid-murid Tahun 4 Cemerlang , SK. Peramu Jaya ,
Pekan tidak dapat mengaplikasikan penjarian rekoder dengan betul semasa membuat
persembahan rekoder. Kajian yang telah dijalankan ini merujuk kepada perkembangan
mata pelajaran muzik di kalangan murid Tahap 2 tahun 4.
1.2SOROTAN LITERATUR
Sejak dahulu lagi, para ilmuan ‘psikologi perkembangan’ mengatakan mendengar muzik
dapat mempengaruhi perkembangan otak dan kesihatan mental manusia.Menurut Dr
Alfred Tomatis yang bertugas di Peranchis, menyatakan muzik dapat memberi energi
ataupun tenaga kepada otak. Eksperimen telah dilakukan oleh seorang ‘pemuzik
professional, Dorothy Retallack pada tahun 1970 di Temple Buell College, Colorado
kepada tanaman beliau. Beliau telah menanam labu dan terdapat perbezaan pada
tanaman beliau , misalnya labu yang dihalakan kepada muzik klasik telah tumbuh
dengan subur dan batangnya telah melingkari radio tersebut, manakala labu yang
dihalakan kearah radio yang mempunyai muzik rock tidak tumbuh dengan baik. Ini
menunjukkan muzik memainkan peranan dalam pertumbuhan sesuatu hidupan.
Begitu juga dengan pendidikan muzik, telah menjadi sebahagian daripada alam
kehidupan manusia dan juga budaya masyarakat. Kanak-kanak ataupun orang dewasa
akan memberi tindak balas secara spontan terhadap sesuatu yang berbunyi dan
melahirkan ekspresi diri melalui muzik. Dalam perbualan harian juga terdapat perkara
asas dalam muzik iaitu misalnya seperti irama dan juga tona. Disekolah rendah
pendidikan muzik terdiri dari beberapa aspek contohnya nyanyian, gerakan ,kemahiran
dalam mengendali alat perkusi yang tidak berpic atau yang berpic dan juga permainan
alat rekoder.
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam
pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep penjarian. Dalcroze
menggunakan gerak tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan
kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik.
Menurut Stephanie Merrit, Direktur Pusat Muzik Dan Pencitraan California
menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi seorang guru, dimana pada suatu
hari dilihat murid-muridnya tidak bersemangat serta daya kefahaman mereka lemah,
jadi beliau bertanya kepada muridnya adakah mereka bersarapan sambil mendengar
muzik, mereka menjawab tidak, jadi mulai detik itu beliau menyuruh murid-muridnya
mendengar muzik diwaktu pagi sambil bersarapan. Semenjak murid-murid beliau
memngamalkan apa yang telah beliau sarankan, perubahan telah berlaku kepada
muridnya menjadi lebih cerdas, ceria dan bersemangat. Melakukan aktiviti pergerakan
ataupun bermain merupakan langkah yang baik dalam perkembangan kemampuan
seseorang.Aktiviti yang dilakukan tanpa paksaan akan meningkatkan lagi
perkembangan kanak-kanak. Aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan
peringkat umur kanak-kanak serta kemampuan mereka. Menurut Depdikbud 1999,
mengatakan perkembangan individu dan kemampuan boleh dikembangkan secara
beransur-ansur dengan cara bermain sambil belajar, dengan ini kanak-kanak tidak akan
rasa dipaksa dan tertekan dalam proses pembelajaran.
Pendidikan muzik di sekolah rendah, telah memberi pengalaman muzik kepada kanak-
kanak ( murid ) dalam permainan rekoder. Kanak-kanak akan mendengar, membuat
tepukan irama dengan alatan muzikal, latihan pada skor lagu dan seterusnya akan
mengaplikasikan permainan rekoder.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik, kaedah Carl Orff dapat di
gunakan dimana akan menggalakkan murid-murid melalui empat aspek pembelajaran
yang utama iaitu mengekspresi samada dari segi emosi ataupun gerakan apabila
mendengar bunyi, ini juga bermaksud murid belajar melalui pengalaman , Imitasi iaitu
cara peniruan dan guru boleh dijadikan role model kepada murid, Literasi iaitu
membaca skor ataupun notasi dan akhir sekali Improvisasi iaitu mengubah suai kepada
yang lebih kreatif. Disamping penguasaan kemahiran murid-murid juga akan diterapkan
nilai-nilai murni dalam diri mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, Pendidikan Muzik juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai
kebudayaan dan adat resam masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita.
Muzik dapat merapatkan hubungan diantara pelbagai kaum, ini kerana dalam sesuatu
majlis muzik dari pelbagai kaum akan dipersembahkan. Pendidikan muzik juga akan
memberi pendedahan kepada murid untuk mempelajari notasi muzik seperti
mengetahui jenis dan nama-nama not, tanda rehat , meter, tanda masa, dan simbol-
simbol yang terdapat semasa Pendidikan Muzik. Disamping itu juga dapat memberi
ruang kepada murid untuk mencipta irama sendiri ( kreativiti ). Pendidikan Muzik di
sekolah rendah hanya meliputi perkara asas sahaja iaitu asas bahasa muzik seperti
irama, melodi, ekspresi dan sistem notasi sama ada simbol ataupun notasi lidi.
Sokongan yang diberi oleh ibu bapa tetutamanya dari aspek sosial ekonomi juga akan
mempengaruhi kejayaan murid-murid, kerana setiap latihan yang diadakan akan
berjalan dengan lancar. Manakala faktor baka atau keluarga yang berminat terhadap
muzik secara tidak langsung akan mempengaruhi anak-anak mereka kearah minat
yang sama. Selain faktor ibu bapa, faktor persekitaran ataupun rakan juga dapat
mempengaruhi minat murid terhadap permainan alat muzik. Kebanyakan murid mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Sekiranya murid tersebut berkawan
dengan rakan yang berminat untuk menyertai aktiviti muzik, mereka secara tidak
langsung akan terikut dengan ajakan rakan untuk turut sama menyertainya.
Menurut Dr Mohamad Salleh dalam laman web http://www.teknikmuzik.com ,
pembelajaran muzik terlalu rumit sekiranya seorang pelajar itu tidak berminat untuk
melibatkan diri dalam muzik. Kemahiran membaca dan ’merasai ’ corak irama juga
merupakan faktor asas dalam penghayatan muzik (Gordon, 1968). Oleh itu murid perlu
menguasai kemahiran-kemahiran ini supaya persembahan muzikal menjadi lebih
bemutu.
Melalui tenik atau kaedah yang betul akan membolehkan murid-murid mengetahui dan
menguasai aspek-aspek pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Muzik serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru semasa pendidikan
muzik di dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung membantu guru muzik mengatasi
masalah tersebut selain daripada dapat mencungkil minat dan bakat murid semulajadi
murid ekoran kerjasama sokongan keluarga dan pengaruh persekitaran. Aspek-aspek
ini tidak mungkin akan dapat dikuasai dengan baik tanpa penghayatan yang lebih
terhadap latar belakang Pendidikan Muzik.
Justeru itu mata pelajaran Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ini disediakan untuk
mengenal pasti punca kegagalan murid mengendalikan alat perkusi dengan baik
supaya dapat memberikan persembahan yang berkualiti terutamanya semasa majlis di
peringkat sekolah. Dapatan yang diperolehi nanti akan menjawab beberapa persoalan
mengapa murid Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya , Pekan tidak dapat
mengaplikasikan tiupan rekoder atau mempersembahkan ensembel rekoder dengan
baik. Dapatan kajian ini akan meningkatkan penguasaan murid terhadap permainan
rekoder.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran penjarian
rekoder menggunakan kaedah penomboran. Disamping itu, kajian ini juga akan menarik
minat murid dalam pembelajaran berkaitan not rekoder.
2.1 TINJAUAN MASALAH
Pendidikan Muzik di sekolah rendah meliputi bidang nyanyian, gerakan dan permainan
alat perkusi dan permainan rekoder. Terdapat sebahagian murid berpotensi tinggi
dalam kemahiran muzik mereka dan sebaliknya. Malahan minat yang ditunjukkan juga
berbeza di antara setiap murid. Kemahiran dan minat terhadap mata pelajaran muzik
juga turut menunjukkan perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan.
Penguasaan kemahiran muzik juga dapat dilihat di kalangan murid semasa sesi
pembelajaran di kelas. Sesetengah murid dapat meniup rekoder dengan cepat tanpa
sebarang kekeliruan dan meniup dengan baik . Namun terdapat murid ramai yang
tidak dapat meniup rekoder dengan baik walaupun menggunakan not-not yang mudah.
Kebanyakan mereka akan tidak dapat menunjukkan bakat persembahan yang baik
apabila diminta memainkannya. Lagu yang dimainkan pula adalah mudah dari segi
melodinya
Persoalan yang di kemukakan dalam kajian ini ialah tentang kaedah yang diamalkan
oleh guru sama ada dapat mengendalikan penjarian rekoder dengan berkesan ataupun
tidak. Memandangkan terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid-
murid tahun 4 Cemerlang dalam penjarian rekoder, amatlah baik sekiranya masalah-
masalah pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan.
Justeru itu, kajian akan dijalankan untuk mengetahui punca kegagalan atau masalah
yang dihadapi dalam penjarian rekoder di kalangan murid Tahun 4 Cemerlang di SK.
Peramu Jaya supaya pengkaji dapat mengenal pasti permasalahan tersebut dan
dapat menghasilkan murid yang berkemahiran meniup rekoder dengan baik di kalangan
murid Tahun 4 Cemerlang.
2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Analisis tinjauan masalah akan difokuskan untuk mengenal pasti sejauh mana murid dapat :
a. Mengenal not rekoderb. Mengenal penjarian rekoder
3.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kaedah penjarian rekoder dengan menggunakan sistem nombor menggunakan media pengajaran yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji.
Kajian ini dijalankan bertujuan menghuraikan beberapa persoalan seperti berikut :
i. Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam meniup rekoder.
ii Mengetahui punca yang menyebabkan kegagalan murid Tahun 4 Cemerlang di
SK. Peramu Jaya , Pekan tidak dapat meniup rekoder dengan baik.
iii Membantu murid Tahun 4 Cemerlang untuk menghuraikan permasalahan yang
dihadapi dalam permainan rekoder.
3.1 OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan pencapaian keseluruhan mata pelajaran Pendidikan Muzik dan menarik minat murid untuk belajar permainan rekoder.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Membantu murid-murid :
1. Megenal not-not muzik.2. Mengingat penjarian kaedah bernombor.3. Meniup rekoder dengan lancar
3.3 SOALAN KAJIAN
Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan berikut :
i Apakah betul minat dan latar belakang murid akan mempengaruhi mereka
dalam tiupan rekoder dengan baik ?
ii Apakah pandangan murid dan faedah pendidikan permainan rekoder ?
iii Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam
mengendalikan kelas rekoder ?
iv Bagaimanakah cara ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran tiupan rekoder
dapat di pertingkatkan dikalangan murid Tahun 4 Cemerlang dan juga di sekolah
amnya.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Tumpuan kajian ini adalah untuk 10 orang murid Tahun Empat Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya ,Pekan , Pahang. Ini bermakna kajian ini melibatkan murid yang sederhana bagi membantu mereka mengingati penjarian rekoder dan lulus dalam ujian amali. Mereka terdiri dari 5 murid perempuan dan 5 murid lelaki.
5.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan hanya bertumpu kepada murid Tahun 4 Cemerlang sahaja. Rensponden adalah seramai 10 orang dari kelas yang sama. Kajian ini hanya berfokus kepada penjarian rekoder sahaja.dan penekanan diberi dalam sistem pernomboran. Perlaksanaan kajian ini hanya mengambil sebahagian masa daripada masa sebenar
yang telah ditetapkan oleh KPM untuk memberi ruang kepada murid-murid mengikuti kelas seperti biasa.
5.1 PROSEDUR PERLAKSANAAN TINDAKAN
Kajian tindakan ini adalah untuk :
1. Menyampaikan secara hubungkait penjarian dengan notasi.2. Membentuk fokus kajian.3. Membuat refleksi ke atas soalan kajian.4. Mengumpul dan menganalisis data.5. Keputusan kajian kearah tindakan.6. Membuat keputusan.
Banyak terdapat ilustrasi untuk membantu meneguhkan kafahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diberikan.Pada setiap unit terdapat objektif tersendiri dan ini banyak membantu pelajar mencapai kefahaman maksimum.
5.2CARA PENGUMPULAN DATA
Data dikumpulkan melalui beberapa kaedah iaitu :1. Pemerhatian. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemerhatian
akan dilakukan terhadap perhatian dan respon murid.2. Ujian Amali. Ujian yang berkaitan dengan kemahiran penjarian rekoder.3. Temubual. Sesi temubual dengan kumpulan sasaran akan dijalankan bagi
mendapatkan maklumat secara terus daripada mereka tentang minat mereka terhadap permainan rekoder. Maklumat yang diperolehi daripada sesi temubual akan digunakan untuk untuk melihat sejauh mana kesahan dapatan.
5.3CARA ANALISIS DATA
Statistik deskriptif akan digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan paiawai. Penganalisian data menggunakan SPSS. Hasil dapatan akan diilustrasikan dalam bentukgraf/rajah bagi memudahkan proses menginterpretasikan keberkesanan media pengajaran yang digunakan.
5.4PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN
Perlaksanaan tindakan akan dijalankan seperti berikut :
1. Mengadakan sesi temubual dan sola selidik terhadap kumpulan sasaran.2. Membuat data menggunakan SPSS.3. Membuat ujian amali.
Bibliografi
Lampiran
Top Related