kajian tindakan.docx

6
KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER MELALUI KAEDAH RUMAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2B3 SMK BANDAR SERI ALAM ABSTRAK Matematik merupakan matapelajaran yang sangat penting kerana digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah sains, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Namun demikian penguasaan murid terhadap matapelajaran ini adalah ditahap yang sangat minimum. Hal ini adalah disebabkan oleh tanggapan negatif murid terhadap pelajaran itu sendiri. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak mengambil inisiatif yang positif untuk menentukan kemajuan dan peningkatan murid dalam mata pelajaran tersebut. Ini termasuklah memperkenalkan satu kaedah baru yang lebih mudah dalam menyelesaikan operasi Integer. Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada sejauhmana seseorang murid dapat menguasai konsep asas ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah penguasaan kefahaman murid dalam konsep penambahan dan penolakan integer memandangkan tajuk integer ini merupakan satu kemahiran dan pengetahuan asas yang amat penting. Kemahiran ini merentasi banyak tajuk dalam sukatan pelajaran. Kelemahan dalam operasi Integer akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dalam topik seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra, indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soalan spontan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, semakan hasil kerja rumah dan Ujian Pentaksiran Sekolah(UPK1). Soal selidik murid juga turut dijalankan bagi meninjau pandangan murid-murid dan tingkah laku murid ketika pembelajaran berlangsung. Melalui kaedah rumah ini dapat membantu

Transcript of kajian tindakan.docx

KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER MELALUI KAEDAH RUMAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2B3 SMK BANDAR SERI ALAM

ABSTRAK

Matematik merupakan matapelajaran yang sangat penting kerana digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah sains, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Namun demikian penguasaan murid terhadap matapelajaran ini adalah ditahap yang sangat minimum. Hal ini adalah disebabkan oleh tanggapan negatif murid terhadap pelajaran itu sendiri. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak mengambil inisiatif yang positif untuk menentukan kemajuan dan peningkatan murid dalam mata pelajaran tersebut. Ini termasuklah memperkenalkan satu kaedah baru yang lebih mudah dalam menyelesaikan operasi Integer. Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada sejauhmana seseorang murid dapat menguasai konsep asas ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah penguasaan kefahaman murid dalam konsep penambahan dan penolakan integer memandangkan tajuk integer ini merupakan satu kemahiran dan pengetahuan asas yang amat penting. Kemahiran ini merentasi banyak tajuk dalam sukatan pelajaran. Kelemahan dalam operasi Integer akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dalam topik seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra, indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soalan spontan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, semakan hasil kerja rumah dan Ujian Pentaksiran Sekolah(UPK1). Soal selidik murid juga turut dijalankan bagi meninjau pandangan murid-murid dan tingkah laku murid ketika pembelajaran berlangsung. Melalui kaedah rumah ini dapat membantu murid bagi menguasai dan mengubah persepsi murid terhadap konsep penambahan dan penolakkan integer.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Berdasarkan pengalaman saya mengajar tajuk yang berhubung kait dengan konsep integer, didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Sewaktu penyemakan buku latihan murid dilaksanakan, saya dapati terdapat murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan dan penolakan integer. Ini adalah kerana murid lemah dalam memahami konsep tersebut. Murid juga tidak peka terhadap simbol positif dan negatif sesuatu nombor. Ada diantara mereka yang mempunyai sikap malas untuk mengira. Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada mereka kehilangan banyak markah. Ini dapat saya perhatikan daripada Ujian Pentaksiran Sekolah (UPK1) yang lalu.

Namun begitu kesilapan yang dilakukan mereka tidak keseluruhannya hanya berpihak kepada mereka sahaja pihak guru juga mungkin ada silapnya. Ini kerana pada peringkat rendah lagi murid tidak didedahkan dengan nombor positif. Sebagai contoh, kita hanya menyebut 2 sebagai dua sahaja dan bukannya positif dua. Inilah kesannya yang saya perolehi di peringkat menengah. Kesan secara langsung dapat dilihat melalui latihan di dalam kelas dan semakan buku latihan pelajar. Contoh kesalahan adalah seperti berikut:

- 7 + 2 = 5 (sepatutnya -5) - 7 + 2 = 9 (sepatutnya -5)

Daripada contoh jawapan yang diberikan oleh pelajar saya dapati mereka gagal mengenal tanda bagi setiap nombor. Pelajar juga tidak memahami maksud Integer lebih-lebih lagi Integer negatif. Mereka mengabaikan tanda negatif tersebut. Mereka hanya melakukan prosess penambahan dan penolakkan semata-mata.Masalah ini juga berkait dengan cara hidup pelajar dan guru. Maksud saya dalam kehidupan seharian, kita tidak pernah menggunakan istilah Integer negatif atau positif semasa berurusan. Keadaan ini jika kita perhalusi memang berkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar untuk diadaptasi di dalam bilik darjah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan ini berfokuskan kepada untuk menyelesaikan permasalahan murid bagi menyelesaikan soalan berkaitan penambahan dan penolakan integer. Justeru, kajian ini meninjau permasalahan pelajar dalam menjawab soalan yang melibatkan tambah dan tolak iaitu simbol positif dan negatif pada sesuatu nombor. Fokus kajian saya ialah:

I. Murid menguasai kemahiran penambahan dan penolakan integer menggunakan kaedah rumah dengan cepat dan betul.

II. Murid tidak melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah melibatkan penambahan dan penolakan integer

III. pertamanya adalah untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan melibatkan penambahan dan penolakkan integer. Keduanya, mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir sekali mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am:

Secara amnya,objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer dengan menggunakan Kaedah Rumah.

3.2 Objektif Khusus:

Secara khususnya kajian ini adalah untuk:

I. Meningkatkan bilangan murid yang dapat menjawab soalan berkaitan konsep integer dengan tepat.

II. Meningkatkan keupayaan murid mengaplikasikan kaedah rumah dalam menyelesaikan soalan berkaitan integer.

III. Menentukan keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dan tolak terhadap Integer.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid Tingkatan 2B3 di SMK Bandar Seri Alam. Murid-murid ini terdiri dikalangan murid yang sederhana dan lemah.Tinjauan awal telah dilaksanakan ketika waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, semakan kerja rumah dan ujian pentaksiaran 1 (UPK1).

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian penilaian dan soal selidik.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Separuh daripada kelas mempunyai sikap suka berbual dan kurang memberi tumpuan semasa guru mengajar. Sebelum kajian dijalankan murid-murid kurang memberi respon kepada soalan-soalan yang diajukan dan ada yang memberi jawapan sambil lewa dan rasa takut untuk mencuba. Murid juga memerlukan pendekatan yang lebih konkrit dan nyata bagi melihat atau mengaitkan kegunaan ilmu tersebut dalam situasi sebenar.

5.1.2 Ujian Penilaian

Ujian penilaian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai penambahan dan penolakan integer. Ujian penilaian ini mengandungi 10 soalan perlu dijawab dalam 30 minit.

5.1.3 Soal Selidik

Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahaman murid-murid ini tidak menguasai konsep penambahan dan penolakan integer. Borang soal selidik diberikan kepada kumpulan sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan Ujian Penilaian dengan betul.