KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk...

12
563 KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN TERPILIH TAHUN 2013-2016 Fatin Nabilah Abdul Wahid, Rohani Abdul Aziz, Ruslina Ibrahim, Helmi Norman, Norazah Nordin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Massive open online courses (MOOCs) kini telah menjelma sebagai salah satu persekitaran pembelajaran yang mengubah paradigma bidang pendidikan terbuka dan jarak jauh. Namun, pengkaji dan penyelidik belum lagi memahami sepenuhnya kesan pembelajaran secara MOOC dalam pendidikan. Oleh yang demikian, kajian ini menganalisis trend penyelidikan MOOC dari tahun 2013 sehingga 2016. Kajian ini memberi tumpuan kepada kajian yang dijalankan terhadap MOOC yang diterbitkan oleh Elsevier. Sebanyak 78 artikel telah dikenal pasti sebagai kajian yang berkaitan dengan MOOC dan hanya 31 artikel adalah bertaraf akses terbuka atau ‘open access’. 14 artikel telah dipilih secara rawak untuk analisis lanjutan berdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk diaplikasikan oleh para pengkaji yang berminat tentang kajian trend penyelidikan MOOC. Kata kunci: MOOC, pendidikan terbuka dan jarak jauh, tinjuan sistematik, trend penyelidikan PENGENALAN Beberapa kajian terkini pendidikan berasaskan teknologi yang dijalankan merumuskan idea tentang perubahan-perubahan drastik yang berlaku terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (Liyanagunawardena, Adams, & Williams, 2013; Siemens, 2013); Grünewald, et al., 2013). MOOC atau Massive Online Open Courses yang berdasarkan Open Educational Resources (OER) adalah antara kaedah terkini yang menawarkan akses kepada bentuk pembelajaran yang lebih berkualiti (Siemens, 2013), selain menarik minat para pelajar untuk belajar serta memberi perspektif baru kepada tenaga pengajar serta kumpulan pakar yang mencari alternatif baru kepada kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada (Liyanagunawardena, Adams, & Williams, 2013), serta sebagai nilai tambah kepada pengajaran dan pembelajaran secara e-learning serta pendidikan jarak jauh sedia ada (Zheng, 2015). MOOC sebagai platform pembelajaran kendiri menjadi trend hangat yang diaplikasikan dalam pelbagai disiplin ilmu terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Kajian analisis sistematik dalam bidang psikoterapis misalnya telah mengenalpasti l7 kajian kuantitatif yang telah dijalankan setakat ini (Hossain, Md. Shofiqul & Joanne, 2015). Kajian analisis sistematik pelaksanaan MOOC dalam bidang pendidikan juga telah mengemukakan dapatan bahawa berlakunya peningkatan yang amat ketara terhadap artikel- artikel jurnal dan kertas-kertas konferens berkaitan MOOC (Liyanagunawardena, Adams, & Williams, 2013). Kaedah pembelajaran kendiri melalui platform MOOC ini juga berupa jaringan pembelajaran secara atas talian yang mengupayakan pembelajaran kolaboratif antara para pelajar yang terlibat (Allal-Chérif, & Bidan, 2016). Dalam perspektif ekologi simbiosis, interaksi antara bidang dalam pelbagai disiplin ilmu adalah satu keperluan. Kajian transdisiplin yang bersifat reflektif, integratif antara pelbagai ilmu saintifik dan sosiologi (Lang et al. 2012) turut menggambarkan usaha-usaha penyelidikan yang mengintegrasikan

Transcript of KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk...

Page 1: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

563

KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI

KAJIAN TERPILIH TAHUN 2013-2016

Fatin Nabilah Abdul Wahid, Rohani Abdul Aziz, Ruslina Ibrahim, Helmi Norman,

Norazah Nordin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Massive open online courses (MOOCs) kini telah menjelma sebagai salah satu persekitaran pembelajaran

yang mengubah paradigma bidang pendidikan terbuka dan jarak jauh. Namun, pengkaji dan penyelidik

belum lagi memahami sepenuhnya kesan pembelajaran secara MOOC dalam pendidikan. Oleh yang

demikian, kajian ini menganalisis trend penyelidikan MOOC dari tahun 2013 sehingga 2016. Kajian ini

memberi tumpuan kepada kajian yang dijalankan terhadap MOOC yang diterbitkan oleh Elsevier.

Sebanyak 78 artikel telah dikenal pasti sebagai kajian yang berkaitan dengan MOOC dan hanya 31 artikel

adalah bertaraf akses terbuka atau ‘open access’. 14 artikel telah dipilih secara rawak untuk analisis lanjutan

berdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

diaplikasikan oleh para pengkaji yang berminat tentang kajian trend penyelidikan MOOC.

Kata kunci: MOOC, pendidikan terbuka dan jarak jauh, tinjuan sistematik, trend penyelidikan

PENGENALAN

Beberapa kajian terkini pendidikan berasaskan teknologi yang dijalankan merumuskan idea tentang

perubahan-perubahan drastik yang berlaku terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran

(Liyanagunawardena, Adams, & Williams, 2013; Siemens, 2013); Grünewald, et al., 2013). MOOC atau

Massive Online Open Courses yang berdasarkan Open Educational Resources (OER) adalah antara kaedah

terkini yang menawarkan akses kepada bentuk pembelajaran yang lebih berkualiti (Siemens, 2013), selain

menarik minat para pelajar untuk belajar serta memberi perspektif baru kepada tenaga pengajar serta

kumpulan pakar yang mencari alternatif baru kepada kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran

sedia ada (Liyanagunawardena, Adams, & Williams, 2013), serta sebagai nilai tambah kepada pengajaran

dan pembelajaran secara e-learning serta pendidikan jarak jauh sedia ada (Zheng, 2015).

MOOC sebagai platform pembelajaran kendiri menjadi trend hangat yang diaplikasikan dalam pelbagai

disiplin ilmu terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Kajian analisis sistematik dalam bidang

psikoterapis misalnya telah mengenalpasti l7 kajian kuantitatif yang telah dijalankan setakat ini (Hossain,

Md. Shofiqul & Joanne, 2015). Kajian analisis sistematik pelaksanaan MOOC dalam bidang pendidikan

juga telah mengemukakan dapatan bahawa berlakunya peningkatan yang amat ketara terhadap artikel-

artikel jurnal dan kertas-kertas konferens berkaitan MOOC (Liyanagunawardena, Adams, & Williams,

2013).

Kaedah pembelajaran kendiri melalui platform MOOC ini juga berupa jaringan pembelajaran secara atas

talian yang mengupayakan pembelajaran kolaboratif antara para pelajar yang terlibat (Allal-Chérif, &

Bidan, 2016). Dalam perspektif ekologi simbiosis, interaksi antara bidang dalam pelbagai disiplin ilmu

adalah satu keperluan. Kajian transdisiplin yang bersifat reflektif, integratif antara pelbagai ilmu saintifik

dan sosiologi (Lang et al. 2012) turut menggambarkan usaha-usaha penyelidikan yang mengintegrasikan

Page 2: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

564

pelbagai perspektif akademik dengan perspektif non-akademik (Klein, 2010). Para peserta MOOC yang

juga terdiri daripada berbilang peringkat pelajar vokasional, penyelidik dan pendidik, pelajar peringkat

pendidikan tinggi, pelajar ‘hobi’, dan pelajar prospek (Baturay, 2015) menunjukkan aspek transdisiplin

dalam aplikasi MOOC. Justeru, kajian-kajian seperti ini merupakan nilai tambah kepada kerencaman

disiplin ilmu dalam aplikasi MOOC pada masa kini.

Selain itu, trend penyelidikan dalam pelbagai disiplin ilmu mengaplikasikan analisis kandungan dan

analisis trend secara meluas (Shih, Feng, & Tsai, 2008). Justeru, analisis kandungan dan analisis trend akan

membantu kajian ini melihat dengan lebih dekat tentang kepelbagaian konteks kajian seperti variasi sampel

kajian, kepelbagaian kaedah kajian, serta analisis data yang digunakan dalam kajian-kajian berkaitan

MOOC secara transdisiplin.

OBJEKTIF KAJIAN

Kertas ini bertujuan melihat dan mengenal pasti trend kajian MOOCdalam jurnal atas talian daripada

pangkalan data Elsevier.Berdasarkan analisis kuantitatif dan kualitatif yang dijalankan, pengkaji berharap

untuk melihat trend kajian dan penghasilan artikel tentang MOOC secara umumnya. Juga, trend MOOC

yang boleh dikenal pasti dalam kajian ini akan membantu para penyelidik untuk mendapat gambaran

tentang implimentasi MOOC secara global termasuk trend pelaksanaannya dan diversiti atau

perkembangan kajian MOOC dalam tahun-tahun terkini serta minat para penyelidik transdisiplin terhadap

subjek penyelidikan MOOC. Justeru, diharapkan kajian ini akan menjadi titik tolak kepada penyediaan

kosa ilmu asas kepada kajian transdisiplin dalam sistem pendidikan negara untuk masa akan datang.

Kajian ini memberi tumpuan kepada 14 artikel terkini daripada Elsevier dari tahun 2013 hingga 2016.

Artikel-artikel ini dianalisis kandungannya berdasarkan skop kajian dan kategori topik yang diutarakan.

Impak kajian-kajian MOOC juga dapat dilihat melalui trend penerbitan dan isu yang dikemukakan. Dalam

konteks ini, fokus utama adalah untuk membuat analisis kandungan berdasarkan beberapa skop

kajianseperti reka bentuk kajian, kaedah kajian, instrumentasi, serta kaedah analisis data dan dapatan

kajian.

Antara lain, objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti trend penerbitan artikel tentang MOOCdalam pangkalan data Elsevier sepanjang

2013 hingga 2016.

2. Mengenal pasti kategori topik berkaitan MOOCdalam pengkalan data Elsevier untuk tahun terkini

2013 hingga 2016.

3. Menganalisis skop kajian berkaitan MOOC yang diterbitkan dalam pangkalan data Elsevier dalam

tempoh tahun-tahun terkini.

KAEDAH KAJIAN

Sebagai kajian penyediaan kosa ilmu asas kepada bidang MOOC yang sedang berkembang dalam konteks

sistem pendidikan Malaysia, maka kajian ini dilaksanakan secara emperikal. Dua kaedah analisis

diimplementasi dalam kajian ini iaitu analisis kuantitatif (diskriptif dan trend) dan analisis kualitatif

(analisis kandungan).

Analisis kuantitatif (Diskriptif dan Trend)

Secara kuantitatif, artikel-artikel yang diperoleh dianalisis secara diskriptif menggunakan analisis

frekuensi. Selain itu, analisis trend juga dijalankan untuk melihat pola penerbitan artikel dalam sela masa

tertentu. Analisis trend sesuatu artikel dapat menunjukkan kupasan ilmu berkala dalam sesuatu disiplin

ilmu (Erford et al., 2010). Dalam analisis frekuensi dan trend, justifikasi pemilihan artikel adalah artikel

Page 3: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

565

yang terdapat dalam pangkalan data Elsevier sahaja. Manakala dilimitasi sumber kajian pula adalah

berdasarkan dua jenis sumber iaitu i. artikel jenis ‘all access’ dan ii. artikel jenis ‘open access’. Selain itu,

analisis deskriptif (frekuensi) juga digunakan untuk menganalisis jumlah penerbitan artikel berkaitan

MOOC yang dalam pangkalan data Elsevier bagi tempoh 4 tahun iaitu bermula pada 2013 hingga 2016.

Analisis ini akan melibatkan 78 artikel dan dibahagikan kepada 4 fasa terbitan mengikut tahun iaitu 2013,

2014, 2015, 2016.

Analisis Kualitatif (Analisis kandungan)

Selain menggunakan kaedah analisis secara kuantitatif, kajian ini turut mengaplikasikan kaedah analisis

secara kualitatif. Berdasarkan kaedah analisis kandungan iaitu proses merumuskan dan melaporkan data

bertulis (Cohen, Manion, & Morrison, 2013), topik kajian daripada artikel-artikel terpilih dianalisis dan

dikategorikan mengikut skop kajian yang dijalankan. Analisis kandungan secara tematik (mengikut tema)

dilaksanakan bagi melihat pelbagai aspek kajian MOOC yang dijalankan dalam kajian-kajian transdisiplin

yang dipilih. Melalui analisis ini, skop kajian akan dapat dipolakan secara tematik berdasarkan aspek-aspek

tertentu.

LIMITASI KAJIAN

Kajian ini yang bertujuan untuk menganalisis pelbagai skop kajian berkaitan MOOC, adalah berdasarkan

pertimbangan sistematik terhadap artikel-artikel yang dijanakan daripada penulisan artikel berkaitan

MOOC. Sumber penulisan yang lain seperti penulisan blog dan laporan atau prosiding yang tidak

diterbitkan tidak termasuk dalam kajian ini. Penulisan ilmiah daripada sumber-sumber tersebut tidak dipilih

lantaran kesubjektifan dan kredibilitinya yang diperlu diambil kira kerana tidak melalui proses peer review

(Liyanagunawardena, Adams, & Williams, 2013). Artikel-artikel yang dipilih untuk analisis kandungan

pula hanya melibatkan artikel berbentuk ‘open access’ sahaja. Ini bagi memudahkan proses perolehan dan

muat turun artikel terbabit. Selain itu, kajian ini juga hanya memilih artikel-artikel yang ditulis dalam

bahasa Inggeris. Terdapat empat artikel ‘open access’ berkaitan MOOC yang ditemui ditulis dalam bahasa

Perancis, justeru, ia dikeluarkan daripada senarai artikel yang dianalisis.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Artikel-artikel berkaitan MOOC yang dikenal pasti dalam pengkalan data Elsevier dianalisis berdasarkan

dua aspek iaitu analisis kuantitatif dan analisis kualitatif. Bagi analisis kuantitatif, trend penerbitan artikel

dapat dilihat melalui jumlah penerbitan artikel mengikut tahun serta bidang yang mendasarinya.

Analisis frekuensi dan trend

Bagi mendapatkan jawapan bagi objektif kajian yang pertama iaitu; i. Mengenal pasti trend penerbitan

artikel tentang MOOC dalam pangkalan data Elsevier sepanjang 2013 hingga 2016, dan ii. Mengenal pasti

kategori topik berkaitan MOOC dalam pengkalan data Elsevier untuk tahun terkini 2013 hingga 2016,

analisis secara kuantitatif dijalankan.

Berdasarkan analisis frekuensi, terdapat 78 artikel yang disenarai pendek berkaitan topik MOOCdalam

pangkalan dataElsevier dari tahun 2013 hingga 2016.Daripada jumlah ini, sembilan artikel diterbitkan pada

2013, 12 artikel pada 2014, 51 artikel tahun 2015 dan 37 artikel adalah terbitan tahun 2016. Artikel-artikel

ini pula adalah berdasarkan dua jenis akses iaitu ‘all access’ dan ‘open access’. Analisis bilangan artikel

berdasarkan tahun dan jenis artikel ditunjukkan dalam Rajah 1.

Page 4: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

566

Rajah 1. Terbitan artikel berdasarkan tahun.

Analisis jumlah terbitan berdasarkan senarai tajuk artikel dan jenis pula dipaparkan dalam Jadual 2.

Berdasarkan jadual ini, didapati bahawa bilangan penerbitan tertinggi mengikut tajuk artikel dan

berdasarkan jenis ‘all access’dan ‘open access’, tajuk penerbitan tertinggi adalah dalam Jurnal Procedia-

Social and Behavioural Sciences (32 artikel).

Jadual 1. Trend penerbitan berdasarkan jenis akses artikel-artikel MOOC.

Bil Jurnal All access Open access

1 Computers in Human Behavior 9 1

2 Computers & Education 9 2

3 Procedia - Social and Behavioral

Sciences 16 16

4 The Internet and Higher Education 3 1

5 Procedia Computer Science 4 4

6 Computer Standards & Interfaces 1 -

7 European Psychiatry 2 -

8 Knowledge-Based Systems 1 -

9 Computer Networks 1 -

10 Travel Medicine and Infectious Disease 2 -

11 Journal of Innovation & Knowledge - 1

12 International Journal of Nursing Sciences - 1

13 Journal of King Saud University -

Computer and Information sciences - 1

7 8

34

29

24

17

8

0

5

10

15

20

25

30

35

40

2013 2014 2015 2016

All access

Open access

Page 5: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

567

14 Evaluation and Program Planning 1 -

15 Future Generation Computer Systems 1 -

16 Journal of Cleaner Production 1 -

17 Neurocomputing 1 -

18 Pattern Recognition Letters 1 -

19 Science of Computer Programming 1 -

20 Social Networks 1 -

21 Technovation 1 -

22 Trends in Genetics 1 -

23 Trends in Pharmacological Sciences 1 -

JUMLAH 58 27

Jadual 1 menunjukkan analisis frekuensi jenis akses topik-topik artikel yang telah disenarai pendek secara

rawak. Berdasarkan jadual tersebut didapati 58 daripada keseluruhan artikel MOOC yang dikenal pasti

dalam pengkalan data Elsevier merupakan jenis artikel ‘all types’, dan hanya 27 artikel sahaja adalah

artikel-artikel yang boleh diperolehi secara ‘open access’. Daripada jumlah ini juga, jurnal Procedia-Social

and Behavioral Sciences mendominasi penerbitan artikel berkaitan MOOC iaitu dengan 16 artikel

berkaitan MOOC yang boleh diperolehi secara ‘open access’. Bagi Jurnal Procedia Computer Science serta

Jurnal Computers & Education, masing-masing telah menerbitkan empat dan dua artikel yang

menyumbangkan kosa ilmu dalam bidang MOOC.

Analisis kandungan

Bagi mendapatkan jawapan bagi objektif kajian yang ketiga iaitu; menganalisis skop kajian berkaitan

MOOC yang diterbitkan dalam pangkalan data Elsevier dalam tempoh tahun-tahun terkini, maka analisis

kandungan dijalankan. Hasil analisis kandungan secara tematik ini akan dilaporkan dalam dua bahagian

iaitu, i. skop reka bentuk kajian yang dijalankan dan, ii. analisis data yang digunakan serta dapatan kajian

yang diperoleh. Bahagian pertama hasil analisis kandungan yang dijalankan dapat dilihat berdasarkan

Jadual 2 yang dipaparkan di bawah.

Analisis Bahagian Pertama; Reka bentuk Kajian

Jadual 2. Skop reka bentuk kajian-kajian MOOC yang dijalankan.

Bil Jurnal Tajuk Sampel Kaedah Instrumen

1 Social and

Behavioral

Sciences

(2014)

MOOCs Motivation and

Communication in the

Cyber Learning

Environment

132 pelajar

tahun pertama

Fakulti

Informasi dan

Pengurusan

Kuantitatif;

Kajian

tinjauan

Soal selidik

2 Journal of

Physiotherapy

(2015)

A massive open online

course (MOOC) can be

used to teach

physiotherapy students

about spinal cord injuries:

a randomised trial

48 orang

pelajar

fisioterapi di

Bangladesh

Kuantitatif;

Kajian

eksperiment

al

Ujian Pra

dan Pasca

Page 6: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

568

3 Procedia -

Social and

Behavioral

Sciences

(2014)

A Theoretical Analysis of

MOOCs Types From A

Perspective of Learning

Theories

Kualitatif

;Analisis

dokumen

Artikel-

artikel

MOOC

4 Procedia -

Social and

Behavioral

Sciences

(2014)

Analysis Of The Impact Of

Social Feedback On

Written Production And

Student Engagement In

Language MOOCs

5 guru dan

50,272 pelajar

Kualitatif;

Kajian

Tindakan

Maklum

balas

menerusi

media sosial

5 Procedia -

Social and

Behavioral

Sciences

6(2015)

An overview of the world

of MOOCs Kualitatif;

Analisis

dokumen

Artikel-

artikel

MOOC

6 Procedia –

Social and

Behavioral

Sciences

(2014)

MOOCs in Our

University: Hopes and

Worries

67 pelajar dan

33 staf Fakulti

Psikologi dan

Sains

Pendidikan

Kualitatif

dan

Kuantitatif;

Kajian kes

Temu bual

kumpulan

fokus, soal

selidik atas

talian, dan

pemerhatian

7 Procedia -

Social and

Behavioral

Sciences

(2014)

Students' preferences and

views about learning in a

MOOC

49 pelajar

pelbagai

disiplin dalam

program

latihan guru di

kolej Al-

Qasemi.

Kualitatif;

Kajian

tinjauan

Soal selidik

atas talian

dan

Temubual

8 Procedia -

Social and

Behavioral

Sciences

(2016)

The reform and innovation

in English Course: A

coherent whole of (MFE)

MOOC flipped classroom

and ESP(English for

specific purpose)

35 orang

pelajar

Kualitatif

dan

Kuantitatif;

Kajian

tindakan

Soal selidik

9 International

Journal Of

Nursing

Sciences 3

(2016)

Digital resources for

nursing education: Open

courseware and massive

open online courses

Kualitatif;

Analisis

dokumen

Perisian

kursus

terbuka dan

MOOC

10 Computers &

Education

(2016)

Exploring the factors

affecting MOOC retention:

A survey study

379 pelajar

Universiti

Cairo

Kuantitatif;

Kajian

tinjauan

Soal selidik

11 Procedia -

Social and

Behavioral

Sciences

(2014 )

How health professionals

regulate their learning in

massive open online

courses

35 peserta Kualitatif;

Kajian kes

Temubual

12 Computers in

Human

Behavior

(2015)

Massive Online Open

Courses and Language

Learning: the Case for a

Beginners' English Course

364 pelajar

Bahasa

Inggeris di

Perancis

Kuantitatif;

Kajian

tinjauan

Soal selidik

Page 7: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

569

13 Procedia -

Social and

Behavioral

Sciences

(2016)

Motivation to learn in

massive open online

courses: Examining

aspects of language and

social engagement

289 pelajar

bahasa

Inggeris dan

36 pelajar

bahasa Arab

Kuantitatif

dan

Kualitatif;

Kajian

fenomenolo

gi

soal selidik,

forum dan

e-mel

14 Procedia -

Social and

Behavioral

Sciences (

2016)

Study on Designing a

Curriculum Suitable for

MOOC Platforms Starting

Out the Romanian

Students’ Expectations

100 pelajar

Universiti

“Politehnica”

of Bucharest

Romania

Kuantitatif;

Kajian

tinjauan

Soal selidik

Berdasarkan analisis tematik dalam Jadual 2 terhadap skop kajian MOOC yang dijalankan, didapati

bahawa, majoriti artikel yang dihasilkan adalah dalam pelbagai konteks dan bidang ilmu. Artikel-artikel

yang diterbitkan dalam Procedia Social and Behavioral Sciences misalnya, merangkumi pelbagai aspek

iaitu motivasi, komunikasi, kurikulum, teori, faktor, dan kajian impak mengenai MOOC. Satu artikel

adalah terbitan Jurnal Pendidikan Fisioterapi dan Kejururawatan dan selebihnya adalah artikel-artkel

berkaitan bidang komputer dan teknologi.

Daripada 14 artikel yang dikaji dan dikenal pasti, bilangan ‘artikel berasaskan kajian’ adalah lebih

banyak daripada ‘artikel bukan berasaskan kajian’ iaitu terdapat 11 artikel yang diterbitkan merupakan

hasil kajian yang dijalankan manakala tiga lagi artikel yang diterbitkan adalah penulisan ilmiah yang

mengupas kosa ilmu dan teori dibawah bidang MOOC. Berdasarkan analisis tematik yang dijalankan

juga, skop kajian artikel-artikel tersebut dapat dipolakan seperti berikut:

1. Kajian perkonsepsian MOOC; teori dan ulasan kosa ilmu

2. Kajian pembangunan Modul MOOC

3. Kajian Penilaian Modul MOOC

4. Kajian Penilaian Impak Penggunaan MOOC

Selain itu, dari aspek kaedah penyelidikan yang dijalankan, hasil pemetaan tematik artikel-artikel

mendapati bahawa, enam daripada artikel-artikel yang dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif, lima

lagi menggunakan kaedah kualitatif manakala tiga dari artikel tersebut menggunakan kaedah campuran.

Analisis kaedah dan jenis kajian yang digunakan adalah seperti yang terkandung dalam Jadual 3 di

bawah.

Jadual 3. Jenis-jenis Kaedah Penyelidikan yang digunakan.

Bil Kaedah Penyelidikan yang digunakan Jenis kajian

1 Kaedah Kuantitatif Kajian Tinjauan

Kajian Eksperimental

2 Kaedah Kualitatif Kajian Analisis Dokumen

Kajian Kes

Kajian Tindakan

4 Kaedah Gabungan Kuantitatif dan Kualitatif Kajian Fenomenologi

Page 8: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

570

Dari segi sampel kajian, majoriti sampel terdiri dari pelajar-pelajar di beberapa buah universiti dan fakulti

yang berlainan di beberapa buah negara iaitu Bangladesh, Mesir, Perancis, dan Romania.Manakala

instrumen yang digunakan adalah kaji selidik (3), soal selidik (5), maklum balas (1), pemerhatian (1),

temu bual (3), forum (1), dan tiga dari artikel tersebut menggunakan artikel-artikel MOOC sebagai

instrumen kajian.

Analisis Bahagian Kedua; Kaedah Analisis Data dan Dapatan Kajian

Jadual 4. Kaedah analisis data dan dapatan kajian-kajian MOOC yang dijalankan.

Bil Tajuk Artikel Data Analisis Dapatan

1 MOOCs Motivation and

Communication in the

Cyber Learning

Environment

Analisis

deskriptif dan

inferensi

Kepelbagaian dan interaktif MOOC

menjadikan pengajaran lebih menarik dan

kualiti pengajian dapat ditingkatkan.

2 A massive open online

course (MOOC) can be

used to teach

physiotherapy students

about spinal cord

injuries: a randomised

trial

Analisis

deskriptif dan

inferensi

Modul pembelajaran MOOC, dapat

meningkatkan pengetahuan, keyakinan atau

kepuasan. Selain itu, pelajar dalam kumpulan

MOOC dapat berinteraksi dalam kumpulan

mereka, sama ada dalam dan luar negara

menerusi kumpulan MOOC Facebook.

3 A Theoretical Analysis

of MOOCs Types From

A Perspective of

Learning Theories

Analisis

kandungan

Individu yang menjalankan kursus

menggunakan MOOC mesti mempunyai tahap

asas literasi digital, dan mereka akan

bertanggungjawabke atas pembelajaran

mereka sendiri.

4 Analysis Of The Impact

Of Social Feedback On

Written Production And

Student Engagement In

Language Moocs

Analisis

tematik

deskriptif

MOOC dalam konteks semasa pendidikan

formal dan tidak formal mempunyai potensi,

fleksibel, dan menarik, pembelajaran

kolaboratif dan interaksi sosial yang

menjadikan MOOC sesuai untuk pembelajaran

bahasa.

5 An overview of the

world of MOOCs

Analisis

Kandungan

MOOC adalah pembelajaran percuma atas

talian secara terbuka berasaskan video, modul

pengajaran, dan forum. Dengan masa dan

tempat fleksibiliti, MOOC dapat

mengumpulkan cendiakawan dan pelajar di

seluruh dunia dalam satu sistem. Ia adalah

trend terkini dalam bidang pendidikan jarak

jauh

6 MOOCs in Our

University: Hopes and

Worries

Analisis

deskriptif dan

analisis

kandungan,

MOOC dapat memberi manfaat yang lebih

besar untuk pelajar dan staf dan sekaligus dapat

menjadi pembekal ilmu secara atas talian yang

berpotensi untuk berkembang.

Page 9: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

571

7 Students' preferences

and views about

learning in a MOOC

Analisis

deskriptif dan

inferensi

Penglibatan pelajar boleh dipengaruhi oleh

empat ciri reka bentuk yang menentukan nilai

MOOC: penerangan yang jelas, visualisasi

konsep abstrak, sokongan dan komunikasi,

serta pelbagai tugasan. Pelajar yang tidak

mempunyai kompetensi asas, walaupun

mereka mengkaji pembangunan MOOC,

mungkin akan gagal sepanjang kursus. Begitu

juga bagi pelajar yang mahir, pembelajaran

dalam MOOC yang kurang berstruktur,

mungkin akan gagal untuk menyelesaikan

kursus.

8 The reform and

innovation in English

Course: A coherent

whole of (MFE) MOOC

flipped classroom and

ESP(English for

specific purpose)

Analisis

deskriptif dan

tematik

MFE MOOC mempunyai kesan yang positif

untuk meningkatkan skor pelajar dengan

strategi pembelajaran yang berkesan. Namun

MFE MOOC mempunyai kelemahan dan ia

perlukan peningkatan dari sudut penilaian

sistem, komunikasi interaktif, rekabentuk

pengajaran dan pembelajaran sendiri

9 Digital resources for

nursing education:

Open courseware and

massive open online

courses

Analisis

kandungan

OCR dan MOOC dapat membekalkan

maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan

amali jururawat, sekaligus dapat meningkatkan

motivasi untuk pelajar kejururawatan

merekabentuk video pembelajaran

10 Exploring the factors

affecting MOOC

retention: A survey

study

Analisis

deskriptif dan

inferensi

Kursus kandungan MOOC memberi kesan

kepada pengukuhan pelajar

11 How health

professionals regulate

their learning in

massive open online

courses

Analisis

tematik

deskriptif

Memahami bagaimana mengawal selia proses

pedagogi MOOC

12 Massive Online Open

Courses and Language

Learning: the Case for

a Beginners' English

Course

Analisis

deskriptif dan

analisis

tematik

Kaedah pembelajaran dan pengajaran MOOC

dapat menarik minat pelajar untuk belajar

bahasa kedua.

13 Motivation to learn in

massive open online

courses: Examining

aspects of language

and social engagement

Analisis

deskriptif,

inferensi dan

analisis

tematik

Peserta MOOC didorong untuk belajar dengan

matlamat yang sama, menekankan motivasi

intrinsik dan keazaman. Lima manfaat MOOC

telah dikenal pasti: penyelesai masalah,

jaringan, penyumbang, mereka cipta inovasi,

dan pembelajaran tambahan.

14 Study on Designing a

Curriculum Suitable

for MOOC Platforms

Starting Out the

Romanian Students’

Expectations

Analisis

deskriptif

Pelajar pelbagai bidang bersedia dan mahu

menggunakan MOOC sebagai medium

pembelajaran atas talian untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran mereka.

Page 10: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

572

Berdasarkan pemetaan tematik yang dijalankan dalam Jadual 4 di atas, didapati bahawa kajian-kajian

kuantitatif yang dijalankan menggunakan analisis data secara deskriptif dan inferensi, manakala bagi

kajian-kajian kualitatif yang dijalankan, analisis data dilakukan secara analisis tematik dan analisis

kandungan. Bagi kajian fenomenologi yang dijalankan pula, gabungan analisis diskriptif, inferensi dan

analisis tematik dilakukan. Bagi analisis tematik berdasarkan dapatan kajian pula, pemetaan hasil dapatan

bagi kajian-kajian dapat dipolakan seperti berikut:

1. Peningkatan kualiti dan mutu pembelajaran

2. .Peluasan jaringan dan interaksi sosial.

3. Pemantapan pedagogi pengajaran.

4. Pemantapan nilai dan motivasi.

5. Penambahbaikan model MOOC untuk mengatasi kelemahan sedia ada.

Hasil dapatan kajian-kajian yang telah dijalankan juga memperlihatkan beberapa aspek yang dikupas.

Antaranya, pelbagai manfaat diperoleh oleh para pengguna MOOC seperti dapat meningkatkan

pengetahuan, keyakinan dan kepuasan pelajar (Hossain, Md. Shofiqul & Joanne, 2015; Kate & Ghada,

2016), menjadi platform pembekal ilmu pengetahuan secara maya yang sangat efisyen (Catalina & Anca,

2014; Valerie & Zhan, 2016), meningkatkan skor pelajar dengan strategi pembelajaran yang berkesan (Da

Liu, 2016), dan menarik minat pelajar untuk belajar (Rubén, 2015). Malahan, lima manfaat MOOC juga

telah dikenal pasti iaitu penyelesaian masalah, jaringan, penyumbang, mereka cipta inovasi, dan

pembelajaran tambahan (Miri, Abeer W & Hossam H, 2016).

Selain itu, berdasarkan analisis dapatan kajian, pelbagai faktor juga dikenal pasti terlibat dalam penerimaan

dan pelaksanaan MOOC dalam kalangan pelajar. Antaranya, tahap asas literasi digital diperlukan untuk

para pengguna MOOC, sikap dan nilai tanggungjawab (Mehmet & Hakan, 2014; Watted & Barak, 2014)

serta motivasi (Miri, Abeer & Hossam, 2016) dilihat sebagai pendorong kepada pelaksanaan MOOC dalam

kalangan pelajar.

Malahan, beberapa penambahbaikan terhadap struktur pelaksanaan MOOC juga telah dicadangkan dalam

kajian-kajian yang dijalankan. Antaranya, pemantapan ciri reka bentuk yang menentukan nilai MOOC iaitu

penerangan yang jelas, visualisasi konsep abstrak, sokongan teknikal dan komunikasi, serta kepelbagaian

tugasan dalam platform MOOC (Watted & Barak, 2014), peningkatan dari sudut penilaian sistem,

komunikasi interaktif, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran sendiri (Da Liu, 2016) selain daripada asas

literasi digital yang perlu dibekalkan kepada para pengguna MOOC (Mehmet & Hakan, 2014).

KESIMPULAN

Secara umumnya, hasil analisis yang dibuat terhadap artikel-artikel yang diterbitkan dalam pangkalan data

Elsevier menunjukkan trend kajian tentang MOOCsangat pesat berkembang merentas tahun merangkumi

pelbagai disiplin ilmu. Justeru, dapatan kajian ini akan memberikan panduan kepada penyelidik dalam

kajian-kajian MOOC khususnya dan bidang transdisiplin umumnya. Selain itu, pengalaman pelbagai

bidang ilmu dalam aplikasi MOOC ini juga akandapat menjadi garis panduan kepada para penyelidik untuk

mempelbagaikan kajian-kajian mereka pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak dapat

menggambarkan keseluruhan trend penyelidikan berkaitan MOOC secara transdisiplin. Oleh itu, adalah

diharapkan kajian-kajian seumpama boleh dijalankan secara lebih ekstensif pada masa akan datang bagi

memperluas kosa ilmu dalam aplikasi MOOC merentas disiplin.

Page 11: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

573

RUJUKAN

Baturay, M. H. (2015). An overview of the world of MOOCs. Procedia-Social and Behavioral Sciences,

174, 427-433.

Catalina Ulrich& Anca Nedelcu. (2014). MOOCs in Our University: Hopes and Worries. Procedia – Social

and Behavioral Sciences, 180, 1541-1547.

Chen, Y. H., & Chen, P. J. (2015). MOOC Study Group: Facilitation Strategies, Influential Factors, And

Student Perceived Gains. Computers & Education, 86, 55-70.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2013). Research methods in education (edisi ke-7). New York:

Routledge; Allal-Chérif, O., & Bidan, M. (2016). Collaborative open training with serious games:

Relations, culture, knowledge, innovation, and desire. Journal of Innovation &Knowledge, 24, 1-8.

ColinMilligan & Allison Littlejohn. (2014). How health professionals regulate their learning in massive

open online courses. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 31, 113-121.

Dagmar El-Hmoudova. (2014). MOOCs Motivation and Communication in the Cyber Learning

Environment.Social and Behavioral Sciences, 131, 29-34.

Da Liu. (2016). The reform and innovation in English Course: A coherent whole of (MFE) MOOC flipped

classroom and ESP (English for specific purpose). Procedia-Social and Behavioral Sciences, 232, 280-

286.

Erford, B. T., Miller, E. M., Duncan, K., & Erford, B. M. (2010). Submission Patterns: Measurement and

Evaluation in Counseling and Development Author and Article Characteristics from 1990 to 2009.

Measurement & Evaluation in Counseling & Development, 42(4), 296-307.

Grünewald, F., Meinel, C., Totschnig, M., & Willems, C. (2013). Designing MOOCs for the support of

multiple learning styles. Dalam European Conference on Technology Enhanced Learning (pp. 371-382).

Berlin: Springer Heidelberg.

Kate S. Hone & Ghada R. El. (2016). Exploring the factors affecting MOOC retention: A survey study.

Computers & Education, 98, 157-168.

Lang, D.J., Wiek, A., Bergmann, M., Michael Stauffacher, Pim Martens, Peter Moll, Mark Swilling,

Christopher J. Thomas. (2012). Transdisciplinary research in sustainability science: practice, principles,

and challenges. Sustainability science, 7(1), 25-43.

Liyanagunawardena, T. R., Adams, A. A., & Williams, S. A. (2013). MOOCs: A systematic study of the

published literature 2008-2012. The International Review of Research in Open and Distributed Learning,

14(3), 202-227.

Mehmet Kesima & Hakan Altınpulluk. (2014). A Theoretical Analysis of MOOCs Types from A

Perspective of Learning Theories. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 186, 15-19.

Meltem Huri Baturay. (2015). An overview of the world of MOOCs. Procedia-Social and Behavioral

Sciences, 6 (174), 427-433.

Miri Barak, Abeer Watted, Hossam Haick. (2016). Motivation to learn in massive open online courses:

Examining aspects of language and social engagement. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 94, 49-

60.

Olga Bucovetchi, Radu D. Stanciu, Cristina Petronela Simion. (2016). Study on Designing a Curriculum

Suitable for MOOC Platforms Starting Out the Romanian Students’ Expectations. Procedia-Social and

Behavioral Sciences, 22, 1135-1141.

Patricia Ventura, Elena Bárcena, Elena Martín-Monje. (2014). Analysis of The Impact Of Social Feedback

On Written Production And Student Engagement In Language MOOCs. Procedia-Social and Behavioral

Sciences, 141, 512-517.

Page 12: KAJIAN TINJAUAN SISTEMATIK MOOC BAGI KAJIAN  · PDF fileberdasarkan topik kajian, reka bentuk kajian, kaedah kajian, dan analisis. Hasil kajian ini berpotensi untuk

574

Hossain, Mohammad S., Md. Shofiqul Islam, Joanne V Glinsky. (2015). A massive open online course

(MOOC) can be used to teach physiotherapy students about spinal cord injuries: a randomised trial. Journal

of Physiotherapy, 61(1), 21-27.

Rubén Chacón-Beltrán. (2015). Massive Online Open Courses and Language Learning: the Case for a

Beginners' English Course. Computers in Human Behavior, 141, 242-246.

Siemens, G. (2013). Massive open online courses: Innovation in education. Open educational resources:

Innovation, research and practice, 5, 5-15.

Valerie Swigart & Zhan Liang. (2016). Digital Resources for Nursing Education: Open Courseware And

Massive Open Online Courses. International Journal of Nursing Sciences, 3, 307-313.

Watted Abeera & Barak Miri. (2014). Students' preferences and views about learning in a MOOC.

Procedia-Social and Behavioral Sciences, 152, 318-323.

Zheng, S. (2015). Retention in MOOCs: Understanding Users' Motivations, Perceptions and Activity

Trajectories. Proceedings of the 33rd Annual ACM Conference Extended Abstracts on Human Factors in

Computing Systems 2015, 247-250.