kalay-edu

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN. JABATAN ILMU PENDIDIKAN EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (TUGASAN TUTORIAL) NAMA NO KAD PENGENALAN KELAS KALAYARASI A/P GNANASEGARAN 910409-02-5100 PISMP PL 1 AMBILAN : JAN 2012 SEMESTER : 7 / 2015 MATA PELAJARAN : EDU 3073

description

nota

Transcript of kalay-edu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.JABATAN ILMU PENDIDIKANEDU 3073BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (TUGASAN TUTORIAL)NAMANO KAD PENGENALANKELAS

KALAYARASI A/P GNANASEGARAN910409-02-5100PISMP PL 1

AMBILAN : JAN 2012SEMESTER : 7 / 2015MATA PELAJARAN : EDU 3073NAMA PENSYARAH : CIK OOI SIEW TIN

Soalan 11) Teori pemusatan insan merupakan teori yang menekankan kepentingan mebina hubungan baik bersama kliennya. Teori ini adalah berdasarkan pendekatan humanistik. Huraikan lima pandangan teori ini terhadap manusia.Rogers (1942) telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui kepercayaan di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama cirri-ciri positif di dalam diri seseorang.Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila ahli terapi dapat benar-benar menghubungi dan menyelami kehidupan klien yang sebenar secara mendalam, mengambil berat, member perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara.Rogers (1987) menolak andaian bahawa manusia ialah individu yang tidak boleh dipercayai,perlu dipaksa, digalakkan, diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal, dan diuruskan oleh orang lain yang lebih berkuasa,lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang tertentu. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai satu kecenderungan dan keupayaan semula jadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri.Beliau menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana menggalakkan pembinaan diri seseorang sehingga membolehkan mereka bergerak maju, menjadi apa yang mereka mahu dan boleh lakukan. Tiga sifat itu ialah : a) Kongruens (Keikhlasan dan ketulenan)b) Penerimaan tanpa syarat (sedia menerima dan mengambil berat)c) Empati (kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain Menurut Rogers (1987), jika semua sifat ini digunakan oleh kaunselor, klien akan menjadi lebih berdikari, lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupan dan dapat bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina.

2. Ratioal Emotif Behavior Theraphy (REBT) telah diperkenalkan oleh Albert Eilis. Asas penting pendekatan teori ini ialah penggunaan falsafah AB-CD. Bincangkan falsafah teori ini dan berikan contoh yang sesuai.

B) Rational Emotive Therapy dimulai dengan ABC:A.activating experiencesatau pengalaman-pengalaman pemicu, seperti kesulitan-kesulitan keluarga, kendala-kendala pekerjaan, trauma-trauma masa kecil, dan hal-hal lain yang kita anggap sebagai penyebab ketidak bahagiaan.B.beliefs, yaitu keyakinan-keyakinan, terutama yang bersifat irasional dan merusak diri sendiri yang merupakan sumber ketidakbahagiaan kita.C.consequence, yaitu konsekuensi-konsekuensi berupa gejala neurotik dan emosi-emosi negatif seperti panik, dendam dan marah keranan tekanan yang bersumber dari keyakinan--keyakinan kita yang keliru. Pada dasarnya, kita merasakan sebagaimana yang kita fikirkan. Maka, alangkah lebih baiknya apabila kita selalu memiliki perasaan positif.Tindakan paling efisien untuk membantu orang-orang dalam membuat perubahan-perubahan kepribadiannya adalah dengan membantu mereka secara langsung dengan falsafah hidup mereka sendiri, menerangkan kepada mereka bagaimana cara berfikir secara logik, sehingga mengajari mereka untuk mampu mengubah atau bahkan menghapuskan keyakinan-keyakinan rasionalnya. Ellis menambahkanDdanEuntuk rumus ABC ini. Seorang terapis harus melawan (dispute; D) keyakinan-keyakinan irasional itu agar kliennya bisa menikmati dampak-dampak (effects; E) psi-kologis positif dari keyakinan-keyakinan yang rasional. Dalam pelaksanaan Rational Emotive Therapy ini, terapis harus benar-benar mengenal dirinya sendiri dengan baik, sehingga ia bisa memisahkan falsafah hidupnya dan tindak memaksakan keyakinannya pada klien. Disamping itu, terapis juga harus mengetahui timing yang tepat untuk memberikan dorongan pada klien. Sebagai contoh, orang yang mengalami tekanan mudah berasa sedih dan suka bersendirian kerana dia keliru berfikir bahawa dirinya agak lemah dan berasa tersingkir. Padahal, penampilan orang yang mengalami tekanan sama saja dengan orang yang tidak mengalami tekanan. Jadi, tugas seorang ahli terapi bukanlah menyerang perasaan sedih dan kesepian yang dialami orang tekanan, melainkan menyerang keyakinan mereka yang negatif terhadap diri sendiri. Walaupun tidak terlalu penting bagi seorang ahli terapi mengetahui titik utama keyakinan-keyakinan rasional tadi, namun dia harus mengerti bahawa keyakinan tersebut adalah kebiasaan-kebiasaan yang muncul secara automatik, kebiasaan kita yang langsung mengangkat dan menjawab telefon setelah mendengarnya berdering.

Soalan 22. Pelaksanaan proses kaunseling individu adalah dijalankan mengikut tahap-tahap tertentu,namun secara umumnya proses tersebut boleh dibahagikan kepada 3 peringkat utama iaitu sebelum,semasa dan selepas sesi kaunseling.

a) Berikan lima hujah anda mengapa persediaan dan tindakan prasesi perlu dilakukan.

b) Jelaskan satu bukan lisan klien semasa sesi kaunseling yang dapat membantu kaunselor untuk membuat interpretasi dengan lebih tepat.Komunikasi bukan lisan atau bahasa badan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting, semula jadi, bahasa yang tidak disedari yang menunjukka perasaan sebenar. Apabila sesorang berinteraksi dengan orang lain, lazimnya ia akan terus memberi dan menerima mesej tanpa kata-kata. Kesemua tingkah laku bukan lisan ( gerak isyarat, cara duduk, kecepatan dan intonasi suara, cara berdiri, kontak mata) menyampaiakn banyak mesej.mesej ini tidak berhenti meskipun klien telah berhenti berkata-kata. Malah ketika berdiam diri komunikasi bukan lisan masih berlaku. Kaunselor perlu membuat pilihan sama ada akan mempercayai bahasa bukan lisan atau bahasa badan akan menjadi pilihan. Tingkah laku bukan lisan terbahagi kepada beberapa jenis. Antara salah tingkah laku bukan lisan ialah ekspresi muka. Senyuman merupakan contoh ekspresi muka yang paling mudah. Di Malaysia, senyuman menggambarkan kemesraan dan persahabatan tetapi dalam kalangan masyarakat Russia , senyuman merupakan perlakuan yang dianggap kurang sopan. Senyuman juga boleh bermaksud kepedihan dan rasa malu. Hal ini, akan membantu kaunselor mengintepretasikan masalah yang dikemukan. Seorang kaunselor perlu memberi maklum balas kepada klien supaya klien berupaya melihat masalah dari sudut berbeza.Oleh itu, seorang kaunselor perlu tahu membezakan senyuman yang membawa makna mesra, pedih atau malu yang ditunjukkan oleh klien. Namun, begitu kaunselor perlu menunjukkan ekspresi senyuman mesra.