Kandungan Buku 1

3
Mengikut muqadimah pengarang (atau, penyusun) Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), “… pada satu majlis … ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, “Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Gowa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya”. Maka, terhasillah “Sejarah Melayu”, ditulis (atau, disusun) oleh Tun Muhammad namaya, Tun Seri Lanang timang-timangnya, Bendahara orangnya, selesai dalam tahun 1612. Hampir – hampir genap 400 tahun kemudian, boleh kita rasakan bisikan, ‘… sering juga kita dengar ada banyak kajian telah dibuat akan tamadun Bangsa Melayu oleh orang lain berkurun lamanya; barang kita kumpulkan dan perbaiki kiranya akan rumusannya dengan rasa sanubari kita sendiri supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya’. Maka, terhasillah “Tamadun Alam Melayu”, ditulis dan disusun oleh Mohd Arof Ishak namanya, ahli Persatuan Sejarah Malaysia karyawannya, selesai dalam tahun 2009.

Transcript of Kandungan Buku 1

Page 1: Kandungan Buku 1

Mengikut muqadimah pengarang (atau, penyusun) “Sejarah Melayu ” (Sulalatus Salatin),

“… pada satu majlis … ada seorang Orang Besar, terlebih

mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang

lain. Maka berkata ia kepada fakir, “Hamba dengar ada

Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Gowa; barang kita

perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh

segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan

boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh

faedah ia daripadanya”.

Maka, terhasillah “Sejarah Melayu”, ditulis (atau, disusun) oleh Tun Muhammad namaya, Tun Seri Lanang timang-timangnya, Bendahara orangnya, selesai dalam tahun 1612.

Hampir – hampir genap 400 tahun kemudian, boleh kita rasakan bisikan,

‘… sering juga kita dengar ada banyak kajian telah dibuat

akan tamadun Bangsa Melayu oleh orang lain berkurun

lamanya; barang kita kumpulkan dan perbaiki kiranya

akan rumusannya dengan rasa sanubari kita sendiri supaya

diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian

daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu.

Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya’.

Maka, terhasillah “Tamadun Alam Melayu”, ditulis dan disusun oleh Mohd Arof Ishak namanya, ahli Persatuan Sejarah Malaysia karyawannya, selesai dalam tahun 2009.

Page 2: Kandungan Buku 1

Bab 1 Pengenalan

Bab 2 Bermulanya Tamadun di Asia Tenggara

Bab 3 Orang Melayu : Asal Usul dan Tanah Air

Bab 4 Bangsa Melayu Tersebar

Bab 5 Keluarga Bahasa Melayu

Bab 6 Sebab Tersebarnya Bangsa Melayu Zaman Kuno

Bab 7 Bangsa Melayu di Tanah Besar Asia

Bab 8 Pulau Taiwan

Bab 9 Sifat Tamadun Melayu

Bab 10 Negara-negara Melayu Moden

Bab 11 Bingkisan Budaya Orang Melayu

Bab 12 Penutup

Page 3: Kandungan Buku 1

TAMADUN ALAM MELAYU

TAMADUN ALAM MELAYU – buku terbaru tentang orang Melayu.

TAMADUN ALAM MELAYU - menghuraikan subjek tamadun orang Melayu dengan satu pakej yang menyeluruh dan menarik, termasuk asal usul bangsa dan tamadun Melayu (satu bangsa yang tua). Dengan huraian dan gambar (44 gambar dan lakaran) yang menarik.

Ia mengupas tajuk tamadun orang Melayu mengikut pendapat-pendapat penting dan terkini para sarjana dan peminat tajuk ini. Subjek tamadun orang Melayu telah dikaji oleh pelbagai sarjana sejak beberapa ratus tahun, semenjak orang Eropah mula menemui orang Melayu.

Buku ini tidak dibentangkan secara buku akademik. Sebaliknya, buku ini diolah sebagai bacaan umum – yakni untuk bacaan orang ramai.

TAMADUN ALAM MELAYU - menghidangkan cerita sepenuhnya tentang orang Melayu - tidak salah kalau buku ini boleh dianggap sebagai buku yang mesti dimiliki oleh setiap keluarga orang Melayu.

Terbitan : 31 Ogos 2009, oleh Persatuan Sejarah Malaysia

Pengarang : Mohd Arof Ishak

Tebal : 4… halaman

Harga : Kulit Tebal RM90

Kulit Lembut RM70