KandunganKKandunganandungan PENILAIAN PRESTASI PROGRAM · PENILAIAN PRESTASI PROGRAM ... APC ...5...

16
BIL: 2/2008 MEI-NOVEMBER 2008 PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK PENILAIAN PRESTASI PROGRAM AKADEMIK PRASISWAZAH UKM MENGIKUT KEPERLUAN MQA Penilaian prestasi akademik UKM yang meliputi sembilan domain memberi gambaran jelas pada keseluruhannya pada min pemarkatan 3.55 dan ini adalah pada tahap sederhana menurut skala yang digunakan iaitu diantara 1 hingga 5. Proses penilaian ini telah dilakukan pada 1-30 Julai 2008 ke atas 85 program pengajian prasiswazah yang merentasi 12 fakulti di UKM dan melibatkan seramai 92 orang panel penilai. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard Code of Pactice Programme Accreditation (COPPA) dan Code of Practice Institutional Audit (COPIA). Berdasarkan rajah tersebut menunjukkan bahawa domain kod amalan yang mendapat min pemarkatan paling tinggi ialah: Curriculum Design (3.70), diikuti oleh Academic Staff (3.67), dan Leadership and Governance (3.67).Manakala domain yang mendapat min pemarkatan paling rendah ialah Total Continous Quality Improvement- CQI (3.32). Kedua terendah ialah Programme Monitoring and Review (3.38) dan diikuti oleh Students Selection and Student Support Services (3.47). Sebagai persediaan untuk penilaian oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada bulan Januari 2009, semua fakulti diharap dapat meneliti dan menilai semula program pengajian prasiswazah agar dapat memenuhi standard yang ditetapkan oleh pihak MQA. Ini penting untuk memastikan kualiti program pengajian yang ditawarkan di UKM menunjukkan peningkatan berterusan dan menjadi pilihan utama pelajar. BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 1 Kandungan Kandungan Kandungan Penilaian Prestasi Program Akademik Prasiswazah ...1 Lawatan Malim Sarjana ...2 Penubuhan PMPM ...4 Anugerah UNESCO ...5 Penyelidikan ...5 APC ...5 JTLHE ...5 Bengkel Buku ...7 Bengkel SPIN ...8 Kursus P&P Online ...8 SPIN Latihan ...9 Program SLAB ...10 Program Pemantapan ...10 Bengkel Penilaian KKM ...11 Penilaian Program Prasiswazah ...12 Program Kerjasama MARA ...13 Program Kerjasama KISDAR ...14 Lawatan USIM ...14 Struktur Organisasi ...15 Penerbitan ...16 Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor. Tel: (603) 8921 3890 (603) 8921 3891 Fax: (603) 8926 4816 e-mel: [email protected] web: www.ukm.my/ppa BULETIN BULETIN

Transcript of KandunganKKandunganandungan PENILAIAN PRESTASI PROGRAM · PENILAIAN PRESTASI PROGRAM ... APC ...5...

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 1

BIL: 2/2008 MEI-NOVEMBER 2008 PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK

PENILAIAN PRESTASI PROGRAM AKADEMIK PRASISWAZAH UKM

MENGIKUT KEPERLUAN MQAPenilaian prestasi akademik UKM yang meliputi sembilan domain memberi gambaran jelas pada keseluruhannya pada min pemarkatan 3.55 dan ini adalah pada tahap sederhana menurut skala yang digunakan iaitu diantara 1 hingga 5.

Proses penilaian ini telah dilakukan pada 1-30 Julai 2008 ke atas 85 program pengajian prasiswazah yang merentasi 12 fakulti di UKM dan melibatkan seramai 92 orang panel penilai. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard Code of Pactice Programme Accreditation (COPPA) dan Code of Practice Institutional Audit (COPIA).

Berdasarkan rajah tersebut menunjukkan bahawa domain kod amalan yang mendapat min pemarkatan paling tinggi ialah: Curriculum Design (3.70), diikuti oleh Academic Staff (3.67), dan Leadership and Governance (3.67).Manakala domain yang mendapat min pemarkatan paling rendah ialah Total Continous Quality Improvement- CQI (3.32). Kedua terendah ialah Programme Monitoring and Review (3.38) dan diikuti oleh Students Selection and Student Support Services (3.47).

Sebagai persediaan untuk penilaian oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada bulan Januari 2009, semua fakulti diharap dapat meneliti dan menilai semula program pengajian prasiswazah agar dapat memenuhi standard yang ditetapkan oleh pihak MQA. Ini penting untuk memastikan kualiti program pengajian yang ditawarkan di UKM menunjukkan peningkatan berterusan dan menjadi pilihan utama pelajar.

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 1

KandunganKandunganKandungan

Penilaian Prestasi ProgramAkademik Prasiswazah ...1

Lawatan Malim Sarjana ...2

Penubuhan PMPM ...4

Anugerah UNESCO ...5

Penyelidikan ...5

APC ...5

JTLHE ...5

Bengkel Buku ...7

Bengkel SPIN ...8

Kursus P&P Online ...8

SPIN Latihan ...9

Program SLAB ...10

Program Pemantapan ...10

Bengkel Penilaian KKM ...11

Penilaian Program Prasiswazah ...12

Program Kerjasama MARA ...13

Program Kerjasama KISDAR ...14

Lawatan USIM ...14

Struktur Organisasi ...15

Penerbitan ...16

Pusat Pembangunan AkademikUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor. Tel: (603) 8921 3890 (603) 8921 3891Fax: (603) 8926 4816

e-mel: [email protected]: www.ukm.my/ppa

BULETINBULETIN

2 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • MEI-NOV 2008

LAWATAN MALIM SARJANA

Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menerima kunjungan daripada dua profesor pelawat pada 5 hingga 13 November 2008 iaitu Prof. Emeritus Dr. Jens Aage Hansen dari Aalborg University, Denmark dan Prof. Dr. Mohamed Ally dari Athabasca University, Canada. Dr. Jens Aage adalah pakar dalam bidang kejuruteraan awam dan sekitaran, namun beliau banyak terlibat dan aktif dalam projek penyelidikan berkaitan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasakan Masalah (Problem Based Learning -PBL). Manakala Dr. Mohamed Ally adalah pakar dalam bidang e-Learning dan Mobile-Learning. Pelbagai program yang diaturkan sepanjang lawatan tersebut dan ramai warga akademik UKM hadir mengambil peluang ini.

SEMASABULETINBULETIN

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK

PengarahProf. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat

Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran)Prof. Dr. Mohamed Amin Embi

Timbalan Pengarah(Latihan & Perkembangan Akademik)Dr. Salleh Amat

Timbalan Pengarah(Perkembangan & Inovasi Kurikulum)Dr. Rosadah Abd. Majid

Penolong PendaftarPn. Zaharah Zainal En. Mohd. Najib Adun

Sidang Pengarang Buletin PPA

PenasihatProf. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat

EditorProf. Dr. Mohamed Amin EmbiEn. Mohd. Najib Adun

Pengeluaran

Ketua Pengeluaran - En. Md. Nora Md. Don Grafi k / Pereka /Citra Elektronik - En. Mohd Iqbal Ishak

Pengedaran - En. Mohd Qurbani Mohd Badris Pn. Shaidatulnurahim Mohd Bakir

MISI

Merancang, melaksana dan memantau program latihan akademik, perkembangan dan inovasi kurikulum serta e-pembelajaran.

VISI

Bertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak program pembangunan akademik bagi merealisasikan UKM sebagai pusat ilmu terpilih.

MATLAMAT

Memantap dan meningkatkan kualiti program pembangunan akademik UKM

DASAR KUALITI

Menyediakan perkhidmatan secara profesional bagi menjamin dan memantapkan program PPA untuk menepati kepuasan pelanggan.

2 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 3

Biodata Prof. Emeritus Dr. Jens Aage HansenDr. Jens Aage Hansen adalah seorang profesor dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Sekitaran di University of Aalborg, Denmark. Beliau telah menghasilkan lebih 30 buah penerbitan. Antara penerbitan tersebut turut terdapat dalam jurnal-jurnal terkemuka seperti Waste Management & Research dan Journal of Cleaner Production. Selain itu beliau juga pernah terlibat di dalam projek UNESCO bertajuk Capacity Building in Higher Education and Research : A key Component of Effi cient Global Development. Disamping terlibat dengan penyelidikan serta penerbitan dalam bidang kejuteraan beliau juga aktif menjalankan projek berkaitan pendidikan khususnya kaedah Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning-PBL).

Biodata Prof. Dr. Mohamed Ally Dr. Ally is a Professor at Athabasca University in Canada. He completed his Ph.D. at the University of Alberta in Edmonton, Canada; his MA at Concordia University in Montreal, Canada, and his B.Sc. in Toronto, Canada. He is a Certifi ed Training and Development Professional (CTDP) by the Canadian Society for Training and Development. Dr. Ally is a recognized leader in the areas of mobile learning (M-learning), E-learning, workplace training, and distance education. This is evident from his national and international activities around the world.

SEMASA

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 3

4 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • MEI-NOV 2008

Pendekatan pembelajaran secara maya (e-learning) telah dibudaya dan dipertingkatkan terutamanya di semua IPT di Malaysia. Kemajuan dan kepesatan ICT memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa sempadan tidak mengira masa dan tempat.

Kini, kaedah pembelajaran bergerak (Mobile Learning) baru diperkenalkan di Malaysia dan pengguna hanya memerlukan telefon bimbit (hand phone) sahaja untuk mendapatkan maklumat. Ini membolehkan pensyarah dan pelajar mencapai

PENUBUHAN PERSATUAN MOBILE PEMBELAJARAN MALAYSIA (PMPM)

maklumat dengan pantas dan dapat berinteraksi dengan mudah dan cepat.

Menyedari perubahan ini, UKM telah mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Mobile Pembelajaran Malaysia (PMPM) pada 12 November 2008 di Hotel Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya. Penubuhan persatuan ini dilakukan sempena penganjuran International Workshop on Developing and Implementing Successful Distance Education, e-Learning and Mobile Learning.

SEMASA

4 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 5

SEMASA

PROF. DR. MOHAMED AMIN EMBIDicalonkan Anugerah Unesco King Hamid bin Isa Al-Khalifa

Prize For The Use Of ICT In Education

Buat julung kalinya Universiti Kebangsaan Malaysia telah mencalonkan Prof. Dr. Mohamed Amin Embi ke Anugerah Unesco King Hamid bin Isa Al-Khalif, Prize For The Use Of ICT In Education pada 22 Ogos 2008.

Beliau yang merupakan pensyarah di Fakulti Pendidikan kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik UKM sejak 1 Jun 2007. Kebolehan dan kemampuan beliau dalam bidang ICT dan e-Pembelajaran amat terserlah dengan kejayaan memenangi Anugerah Pengajar Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006. Selain itu beliau juga telah menerima Anugerah Melayu Cemerlang (Bidang Pendidikan) sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-62 pada 10 Mei 2008. Diperingkat UKM pula, beliau pernah menggondal Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Penyelidikan.

TIGA PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH PPAPusat Pembangunan Akademik UKM telah berjaya mendapatkan tiga projek penyelidikan di bawah Geran Operasi Universiti Penyelidikan (OUP) dan Geran Universiti Penyelidikan (GUP) untuk Nic Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya dan Globalisisasi.

Projek penyelidikan ini memfokuskan tentang e-pembelajaran dan latihan serta perkembangan profesional ahli akademik UKM.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG UKM 2008Tahniah diucapkan kepada Mohd Najib Adun dan Rosmah Mohd Noor di atas penerimaan anugerah perkhidmatan cemerlang UKM pada 31 Oktober 2008 daripada Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar.

Projek Penyelidikan PPA.

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 5

6 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • MEI-NOV 2008

SEMASA

JOURNAL OF TEACHING AND LEARNING IN HIGHER EDUCATION (JTLHE) www.ukm.my/jtlhe

nanareP isasinagrO amaN .liB evitucexE )DhP( dijaM ludbA hadasoR 1

2

3

4

5

6

7

8

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

EditorMohamed Amin Embi (PhD) Professor

Salleh Amat (PhD)

Centre for Academic Advancement, UKM

Azami Zaharin (PhD) Associate Professor

Faculty of Engineering, UKM

Muhammad Kamrul Kabilan Abdullah (PhD)

School of Educational Studies, USM

Raja Maznah Raja Hussain

(PhD) Professor

Academic Development Centre, UM

Sidek Abdul Aziz (PhD) Associate Professor

Centre for Academic Development, UPM

Mohamed Noor Hasan (PhD) Professor

Centre for Academic Development, UTM

Ahmad Jelani Shaari (PhD) Associate Professor

Centre for University Teaching & Learning, UUM

Berhannudin Mohd Salleh (PhD)

Centre for Academic Development, UTHM

Editors

Zaharah Zainal

Mohd Najib Adun

Mohd Iqbal Ishak

Centre for Academic Advancement, UKM

TechnicalEditor

isasinagrO amaN .liB

Syed Hasan Shahabudin Vice ChansellorUniversiti Kebangsaan Malaysia

OfficeUniversity of Southern Queensland, Australia

Department of Chemistry, Biotechnology & Environmental Engineering Aalborg University, Germany

Director, Centre for Distance Education Athabasca University, Canada

Military Institute of University Education Hellenic Naval Academy, Greece

Institute of Educational Studies & DevelopmentAirlangga University, Indonesia

School of Electrical Engineering & Biomedical

Dept of Development & Planning,Aalborg University, Germany

Engineering Program Bandung Institute of Technology, Indonesia

Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menerbitkan Journal Of Teaching And Learning In Higher

Education yang memberi tumpuan kepada kaedah terkini pengajaran dan pembelajaran di IPT.

Kewujudan jurnal ini memberi peluang kepada warga akademik UKM khasnya dan warga akademik

IPT lain amnya untuk menyumbangkan artikel yang bersesuaian dengan peringkat pengajian tinggi.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Lembaga Editor yang diketuai oleh Pengarah PPA, Prof. Ir. Dr. Riza Atiq

Abdullah O.K Rahmat telah ditubuhkan dan dibantu oleh editor lain seperti berikut:

Keluaran pertama jurnal ini dijangka pada bulan Disember 2008 dan seluruh warga akademik dijemput untuk menghantar artikel. Sehingga kini PPA telah menerima lebih daripada 15 jurnal dan sedang diwasit oleh Panel seperti berikut:

Saemah Abd Rahman (PhD) Faculty of Education, UKM

Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah

Prof. Lynne Hunt Pro Vice-Chansellor (Teaching & Learning)

Prof. Jens Aage Hansen

Prof. Dr. Mohamed Ally

Prof. Dr. Mikos E. Mastorakis

Prof. Dr. Widji Soeratri

Dr. Yoke Saadia Irawan

Prof. Dr. Anete Kolmos

6 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 7

SEMASA

PPA telah mengadakan bengkel penerbitan buku pengajaran dan pembelajaran pada 28-30 November 2008 di Hotel Avillion Legacy Melaka. Seramai 21 penulisan telah dilantik untuk membantu PPA menerbitkan buku ini. Penerbitan buku ini sangat penting sebagai panduan kepada semua ahli akademik UKM untuk mengaplikasikan kaedah dan teknik terkini dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Buku ini ang dirancang untuk diterbitkan pada Januari 2009 dibahagikan kepada lima tema yang meliputi 24 bab seperti berikut:

BENGKEL PENULISAN BUKU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DI IPT :

TEORI, APLIKASI DAN PRAKTIS

siluneP baB kujaT ameTKurikulum Pengajian Tinggi Berdasarkan

Pembelajaran Berasaskan Hasil

Prof. Ir. Dr. Wan Hamidon Wan

Badaruzzaman

Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan

Kerangka Kelayakan Malaysia

Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah

O.K Rahmat

Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus Dr. Rosadah Abdul Majid

Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar Prof. Madya Dr. Abdul Halim Tamuri

Pembangunan Kurikulum

Pengajian Tinggi

kahsI hairoN .rD aydaM .forP kireneG narihameK

iniazroN .rD aydaM .forP asaweD narajalebmePAzman

Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif Dr. Saemah Rahman

ibmE nimA demahoM .rD .forP iridneK harareT narajalebmeP

Pembelajaran Berasaskan Masalah Prof. Dr. Nabishah Mohamad

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran Berasaskan Projek Prof. Madya Dr. Ruhizan Mohd

Yassin

nidroN dhoM hazaroN .rD narajagneP kutnebakeR

Media Pengajaran & Alat Bantu Mengajar Dr. Mohd Arif Ismail

Pembangunan Bahan Pembelajaran Kendiri Menggunakan SPIN

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi

Pembangunan Bahan Tutorial Multimedia Dr. Badrulhisham Bahadzor

Pengendalian Forum Atas Talian Prof. Madya Dr. Supyan Hussin

Teknologi Pengajaran dan

Pembelajaran

Pengendalian Kuiz Kendiri Atas Talian Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abd. Razak

Penilaian Formatif & Sumatif Mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia

Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin

anawriN amI .rD .forP naialineP kutneBSoelaiman

Pembentukan Item Ujian Berdasarkan Hasil Pembelajaran

Prof. Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad

Penilaian Berasaskan Kompetensi Prof. Dr. Nabishah Mohamad

Penaksiran dan Penilaian

kahsI hairoN .rD aydaM .forP kireneG narihameK naialineP

Motivasi dalam Pengajaran & Pembelajaran Dr. Salleh Amat

dumhaM airuZ .rD aydaM .forP narotneM & nagnibmiB

Pendekatan Humanistik

dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Profesionalisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 7

8 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • MEI-NOV 2008

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ON-LINE

Dengan kemudahan teknologi maklumat terkini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Pelajar dan pensyarah boleh berkomunikasi secara maya tanpa perlu berjumpa dan menggalakkan proses pembelajaran sepanjang hayat.

Di UKM, SPIN (Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif) merupakan satu sistem yang dibangunkan khas untuk membantu pensyarah dan pelajar melaksanakan pembelajaran secara on-line. Pensyarah bukan sahaja dapat memuatkan kandungan kursus/ syllabus, nota kuliah dan soalan kuiz dalam SPIN malahan aktiviti forum dan perbincangan dalam dilaksanakan secara on-line.

Berdasarkan hakikat tersebut, PPA telah mengambil langkah proaktif melaksanakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran On-line kepada semua pensyarah bagi tujuan pembudayaan aktiviti e-pembelajaran di kalangan pensyarah. Sebanyak dua siri kursus tersebut telah diadakan pada 17-20 Jun 2008 dan 28-31 Oktober 2008 yang dihadiri seramai 75 pensyarah. Peserta yang hadir didedahkan dengan teori dan aplikasi e-pembelajaran, kaedah penyediaan nota kuliah interaktif dengan menggunakan perisian camtasia dan membangunkan bahan multimedia, kuiz serta ujian atas talian. Selain itu, peserta juga berpeluang membina item ujian menggunakan hot potatoes, pengurusan forum serta pembelajaran kolaboratif dan koperatif.

e-PEMBELAJARAN

UKM telah membangunkan sistem e-pembelajaran baru yang dikenali sebagai SPIN (Sistem

Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif) bagi menggantikan Learning-Care. SPIN merupakan sistem yang berinteraksi dengan Sistem Maklumat Universiti (SMU) berperanan memasukkan nama pensyarah dan pelajar secara automatik pada setiap semester.

Selain memasukan silibus dan nota kuliah, peserta yang hadir bengkel ini juga dilatih kaedah untuk melaksanakan kuiz secara online, pembahagian kumpulan untuk tugasan pelajar, tutorial dan forum.

Pembudayaan penggunaan e-pembelajaran antara pensyarah dan pelajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa dengan adanya SPIN. Bagi tujuan tersebut, PPA telah melaksanakan beberapa siri bengkel SPIN di kalangan pensyarah untuk membolehkan mereka menggunakan SPIN sepenuhnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

BENGKEL SPIN (SISTEM PENGURUSAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF)

hkiraT lekgneB .liB 8002 ieM 50 8002/3 iriS NIPS .1

8002 nuJ 61 8002/4 iriS NIPS .2

3. SPIN Khas Dekan/ Pengarah 21 Jun 2008

4. SPIN Khas Tenaga Pengajar Kursus PPA

15 Julai 2008

8 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 9

Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dengan kerjasama PPA telah melaksanakan bengkel spin pada 17 November 2008. Bengkel ini bertujuan melatih kakitangan PTSL yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan kursus sama ada sebagai penceramah dan fasilitator untuk membangunkan modul secara online. Peserta didedahkan dengan pelbagai fungsi SPIN yang boleh diguna pakai untuk tujuan latihan secara online seperti memuat naik nota ceramah, soalan kuiz dan latihan, forum dan sebagainya. Selain itu, peserta juga dilatih menggunakan perisian camtasia untuk menyediakan nota kuliah dan tutorial secara interaktif.

PPA juga sedang merancang untuk memperluaskan penggunaan SPIN Latihan ini kepada Unit Latihan Jabatan Pendaftar, Pusat Teknologi Maklumat dan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang secara aktif mengendalikan program latihan/ bengkel/kursus.

BENGKEL SPIN LATIHAN UNTUK PTSL

PPA merancang untuk menjalankan projek membangunkan bahan kuliah secara interaktif dengan menggunakan SPIN. Sebagai permulaan, sebelas kursus wajib dari Pusat Pengajian Umum (PPU) telah dipilih sebagai pilot projek untuk merealisasikan hasrat ini. Bagi membangunkan bahan kuliah interaktif, SCORM merupakan alat utama dan penting.

Seramai 10 peserta terdiri dari kakitangan PPA dan PTM yang terlibat secara langsung membangunkan bahan kuliah interaktif telah hadir Bengkel Scorm di Universiti Multimedia pada 5-6 November 2008. Bengkel ini penting untuk mendedahkan peserta dengan pendekatan terkini e-pembelajaran dan pembangunan bahan interaktif.

BENGKEL SCORM(Sharable Content Object Reference Mode)

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif (SPIN) yang dibangunkan mempunyai empat enjin iaitu SPIN Kampus Bangi, SPIN Kampus Kula Lumpur, SPIN PKP dan SPIN Latihan dan Perkembangan Profesional.

SPIN Latihan dan Perkembangan Profesional adalah di bawah kawalan dan seliaan PPA. Namun begitu, semua Fakulti, Pusat, Jabatan dan Bahagian yang ada menganjurkan kursus digalakkan menggunakan SPIN Latihan untuk memastikan kursus dapat dilaksanakan dengan efektif.

Mulai Oktober 2008, semua kursus anjuran PPA akan menggunakan SPIN Latihan dan Perkembangan Profesional. Dengan adanya medium ini, peserta yang telah mendaftar kursus anjuran PPA akan diaktifkan namanya dalam SPIN ini dan boleh membuat persediaan awal sebelum menghadiri kursus. Ini kerana semua nota

dan soalan ujian pengukuhan boleh dilayari oleh peserta sebelum hadir berkursus.

Sehingga kini Kursus berikut telah dimasukkan dalam SPIN Latihan: i. PTK 3, PTK 4, PTK 5 dan PTK 6 ii. Kursus SLAB iii. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Secara Online iv. Kursus Pemantapan Tenaga Akademik

SPIN – LATIHAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

e-PEMBELAJARAN

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 9

10 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • MEI-NOV 2008

Program SLAB untuk kakitangan akademik yang akan bercuti belajar telah dilaksanakan oleh PPA dengan jayanya pada 24-

27 Ogos 2008 dan 23-26 Oktober 2008. Fasa pertama dikendalikan oleh Unit Latihan, Jabatan Pendaftar yang lebih menjurus kepada maklumat umum berkenaan prosedur dan syarat cuti belajar, urusan perundangan, hal-ehwal kewangan dan falsafah penyelidikan. Manakala

fasa kedua dikendalikan oleh PPA yang memfokuskan kepada penulisan cadangan penyelidikan, pendedahan mengenai reka bentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, latihan penggunaan perisian SPSS, NVIVO, SAS dan AMOS. Peserta juga didedahkan dengan kaedah penganalisisan dan pengesahan data di samping membuat pembentangan cadangan penyelidikan di depan

panel penilai dalam bidang tujahan gugusan. Seramai 45 peserta hadir ke kursus ini.

LATIHAN & PERKEMBANGAN AKADEMIK

PROGRAM PEMANTAPAN TENAGA AKADEMIK

PROGRAM SLAB: KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN

KUANTITATIF DAN KUALITATIF

Perkembangan profesionalisme ahli akademik UKM sering diberi perhatian seiring dengan status UKM sebagai Universiti Penyelidikan. PPA sentiasa merancang program-program yang bersesuaian untuk ahli akademik supaya dapat terus berdaya saing dan kekal cemerlang di persada antarabangsa. Peranan PPA berfokus kepada peningkatan kualiti program akademik UKM yang selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi.

Bagi menzahirkan hasrat tersebut, PPA telah melaksanakan Kursus Analisis Data Penyelidikan Kualitatif pada 23-25 Mei 2008 di Hotel Blue Wave Shah Alam. Kursus yang telah dihadiri serama 35 peserta sangat membantu ahli akademik terutamanya dalam bidang tujahan sains sosial dan sains kesihatan untuk menjalankan penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif.

Selain itu, PPA juga telah melaksanakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Efektif di IPT khususnya untuk tenaga pengajar ko-kurikulum UKM. Kursus ini telah diadakan pada 27-29 Jun 2008 yang telah dihadiri seramai 48 peserta. Kebanyakan peserta yang hadir dari kalangan pentadbir yang terlibat secara langsung mengajar kursus ko-kurikulum dan kursus ini mendedahkan teknik pengajaran dan penyampaian yang berkesan.

10 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008

Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif Bil.3/2008

24 – 27 Ogos 2008 Bilik Latihan Kolej Keris Mas UKM.

Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif Bil.4/2008

23 – 26 Okt. 2008 Hotel Residence Uniten, Bangi.

Bil Kursus Tarikh Tempat1

2

Bil Kursus Tarikh Tempat Kursus Analisis Data Penyelidikan

Kualitatif Siri 2/2008

23-25 Mei 2008 Hotel Blue Wave Shah Alam

Kursus Pengajaran dan

Pembelajaran Efektif di IPT

27-29 Jun 2008 Hotel Concorde Inn, KLIA Sepang

1

2

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 11

PTK3 yang telah diadakan pada 27 hingga 30 Mei 2008 bertempat di Hotel Palm Garden dihadiri oleh 32 orang dan 3 orang daripadanya adalah dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kursus PTK5, telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. PTK5 Kumpulan 9 telah diadakan pada 3 hingga 6 Jun 2008, bertempat di Hotel Residence, Bangi yang dihadiri seramai 37 orang. Manakala PTK5 Kumpulan 10 yang telah diadakan pada 10 hingga 13 Jun 2008 telah dihadiri seramai 38 orang yang juga diadakan di Hotel Residence, Bangi.

Sementara PTK6 Kumpulan 13 telah diadakan pada 24 hingga 27 Jun 2008, bertempat di Hotel Residence,

Bil. Nama Kursus Tarikh Tempat JumlahPeserta

1

2

3

4

Kursus PTK 3 Kumpulan 17e-Pembelajaran (on-line)

Bilik Makmal Java, FTSM, UKM

6Mei 2008

32

Kursus PTK 5 Kumpulan 9e-Pembelajaran (on-line)

Bilik Makmal Java, FTSM, UKM

13Mei 2008

37

Kursus PTK 5 Kumpulan 10e-Pembelajaran (on-line)

Bilik Makmal Java, FTSM, UKM

20 Mei 2008

38

Kursus PT6 Kumpulan 13e-Pembelajaran (on-line)

Bilik Makmal Java, FTSM, UKM

2 Jun 2008

12

Bangi yang dihadiri seramai 12 orang. Terdahulu kesemua peserta PTK3/PTK5 dan PTK6 tenaga akademik telah menghadiri taklimat separuh hari e-Pembelajaran secara on-line.

PROGRAM PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)

Pusat Pembangunan Akademik dipertanggungjawabkan mengendalikan pelaksanaan kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dikalangan ahli akademik. Kursus PTK adalah sebahagian syarat ahli akademik memohon kenaikan pangkat dan pergerakan gaji dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM). Kursus PTK yang dilaksanakan oleh PPA meliputi Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus yang mempunyai Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum PTK yang dilantik atas kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik) untuk diberi mandat untuk menyediakan sinopsis, kurikulum, menyemak dan mengkaji semua kandungan silibus kursus.

Program kursus PTK yang dijalankan pada bulan Mei 2008 dan berakhir pada Jun 2008 seperti berikut:

Bil. Nama Kursus Tarikh Tempat JumlahPeserta

1

2

3

4

Kursus PTK 3 Kumpulan 17 Hotel Palm Garden, Putrajaya

27-30Mei 2008

32

Kursus PTK 5 Kumpulan 9 Hotel Residence,Bangi

3-6Jun 2008

37

Kursus PTK 5 Kumpulan 10 Hotel Residence, Bangi

10-13 Jun 2008

38

Kursus PT6 Kumpulan 13 Hotel Residence,Bangi

24-27 Jun 2008

12

LATIHAN & PERKEMBANGAN AKADEMIK

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 11

12 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • MEI-NOV 2008

BENGKEL PENILAI KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA (MQF)

Se b a g a i p e r s e d i a a n m e n g h a d a p i

p r o s e s p e n i l a i a n p r o g r a m p e n g a j i a n p ras iswazah dar i p ihak Agensi Kelayakan Malaysia/ Malays ian Qua l i f i ca t ion Agency (MQA), PPA telah melaksanakan Bengkel Penilai Kerangka Kelayakan Malaysia pada 22 Mei 2008 di Hotel Equatorial Bangi. Bengkel yang dihadiri seramai 120 peserta telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin, Naib Canselor UKM.

Peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan akademik yang telah dicalonkan oleh kedekanan fakulti masing-masing dan telah dilanitk sebagi panel penilai dalaman oleh Universiti. Semua peserta yang hadir telah didedahkan dengan Code of Practice Programme Accreditation (COPPA) dan Code of Practice Institutional Audit (COPIA). Kedua-dua kod amalan ini telah dibangunkan oleh pihak MQA dan merupakan garis panduan ynag perlu dipatuhi dan

PERKEMBANGAN & INOVASI KURIKULUM

PENILAIAN PROGRAM AKADEMIK PENGAJIAN PRASISWAZAH UKM

Pu s a t P e m b a n g u n a n A k a d e m i k ( P PA ) bertanggungjawab memantau dan memastikan

semua program pengajian prasiswazah di setiap fakulti mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia/ Malaysian Qualifi cation Framework (MQF) seperti mana yang telah dipersetujui oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sehubungan itu, Kurikulum bagi setiap program yang dibangunkan perlu ada Hasil Pembelajaran/ Leraning Outcome (LO) dan Hasil Program/ Programme Outcome (PO) dan Hasil Kursus/ Course Outcome (CO).

Bagi memastikan UKM bersedia dinilai oleh pihak MQA pada bulan Januari 2009, PPA telah mengaturkan program penilaian terhadap semua program pengajian prasiswazah di setiap fakulti pada 10 – 30 Julai 2008. Seramai 98 panel penilai membantu dalam proses penilaian ini yang melibatkan 87 program pengajian prasiswazah. Semua panel penilai tersebut telah diberi latihan oleh PPA sebelum mereka layak untuk menilai program pengajian prasiswazah.

diikuti oleh semua panel penilai ketika melakukan proses penilian dalam di semua fakulti. Selain itu, peserta turut diterapkan dengan amalan etika yang perlu wujud dalam diri sebagai seorang penilai serta memupuk kerjasama dalam satu pasukan dan membina keyakinan untuk melaksanakan penilaian dengan efektif.

Selain daripada Prof. Zita Hj. Mohd Fahmi yang diundang sebagai fasilitator, bengkel ini turut dibantu oleh fasilitator yang berpengalaman dan sering terlibat dengan proses penilaian program akademik oleh pihak MQA iaitu Prof. Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badarozzaman dan Prof. Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad.

Kesemua laporan penilaian tersebut telah dimaklumkan kepada semua fakulti untuk diambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi meningkat dan memantapkan lagi dari masa ke semasa terhadap program pengajian yang sedia ada. Laporan ini juga amat penting bagi pihak fakulti untuk menerima kunjungan dari pihak MQA pada bulan Januari 2009 nanti.

12 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 13

HUBUNGAN LUAR

PROGRAM KERJASAMA MARA DENGAN PPA:KURSUS “ENGLISH LANGUAGE FOR MATHEMATICS”

dan teknik yang efekti f untuk meningkatkan tahap kefahaman dikalangan pelajar sewaktu di dalam kelas. Diakhir kursus peserta secara individu berpeluang membuat pembentangan pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan dinilai oleh fasilitator. Maklumbalas daripada fasilitator dalam sesi pengajaran mikro ini dapat diambil perhatian dan tindakan oleh semua peserta bagi tujuan penambahbaikan dan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran sewaktu di bilik kuliah dari masa ke semasa.

Seramai 8 kakitangan akademik UKM telah dilantik sebagai fasilitator untuk membantu kursus ini, iaitu Prof. Madya Dr. Kamisah Osman, Pn. Azizah Yaakob, En. Azhar Jaluddin, Pn. Nor Fariza Mohd. Noor, Pn. Azizah Mohd Zahidi, Cik Roslinda Rosli, Cik Rozita Ramli dan Cik Siti Norafi dah Mohd. Ramli.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik (PPA) UKM telah mengendalikan Kursus English Language For Mathematics pada 22 – 26 Jun 2008 di Hotel De Palma Inn Shah Alam yang telah dirasmikan oleh Dr. Salleh Amat, Timbalan Pengarah (Latihan dan Perkembangan Akademik), PPA UKM. Seramai 28 peserta telah hadir yang terdiri daripada kalangan guru Institut Kemahiran MARA (IKM) seluruh Malaysia.

Objektif penganjuran kursus untuk meningkatkan tahap keyakinan mengajar subjek matematik d e n g a n m e n g g u n a k a n b a h a s a I n g g e r i s dikalangan guru tersebut. Disamping membantupeser ta menul is has i l pembela jaran ser ta membentuk soalan yang tepat dalam bahasa Inggeris, mereka juga didedahkan tentang kaedah

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 13

14 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • MEI-NOV 2008

LAWATAN KERJA DARI USIMPPA telah menerima kunjungan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 18 Jun 2008. Lawatan kerja bertujuan mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan program latihan untuk kakitangan akademik UKM iaitu Kursus Pemantapan Tenaga Akademik, Kursus PTK, Kursus SLAB, Kursus e-Pembelajaran dan Kursus Bahasa Inggeris.

Sebagai IPTA baru, pihak USIM memerlukan

Kojel Islam Darul Ridzuan (KISDAR) Perak telah menjalinkan kerjasama dengan PPA UKM menganjurkan Kursus Pengukuran dan Penilaian Peperiksaan di IPT pada 29 -31 Oktober 2008. Kursus yang dirasmikan oleh Rektor KISDAR telah dihadiri seramai 32 pensyarah KISDAR.

Kursus ini bertujuan untuk melatih peserta membuat dan menganalisa soalan-soalan peperiksaan peringkat pengajian tinggi mengikut aras kesukaran yang tertentu. Selain itu peserta juga didedahkan dengan teknik membina soalan ujian berdasarkan sinopsis kursus serta bagaimana untuk memilih, mengumpul, menyusun dan membina soalan peperiksaan berkualiti mengikut taksonomi bloom dan berdasarkan jadual spesifi kasi.

Penceramah dan fasilitator UKM terdiri daripada Prof. Madya Dr. Abdul Gahfur Ahmad, Dr. Rokiah@Rozita Ahmad, Dr. Azmin Sham Rambly dan Cik Faridatulazna Ahmad Shahabuddin yang kesemuanya merupakan pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi.

PROGRAM KERJASAMA KISDAR DENGAN PPA: KURSUS PENGUKURAN DAN PENILAIAN

PEPERIKSAAN DI IPT

bantuan dari segi pengalaman dan kemahiran untuk menubuhkan sebuah pusat yang berperanan memberi lat ihan kepada bagi peningkatan profesionalisme kakitangan akademik mereka. PPA mengharapkan hubungan yang terjalin dengan USIM akan dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk berkongsi pengalaman dalam apa juga bidang demi kepentingan bersama.

HUBUNGAN LUAR

14 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 15

STRUKTUR ORGANISASI

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008 • 15

16 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 1 • MEI-NOV 2008

PENERBITAN

16 • BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK • Bil. 2 • MEI-NOV 2008

Senarai harga buku :

1) Online Teaching and Learning in ELT RM 36.002) Reading In Online Language Learning RM 32.003) Teknologi Maklumat & Komunikasi RM 35.00

Untuk pembelian buku sila hubungi :- En. Mohd. Najib Adun Tel: 603-8921 3791 email: [email protected]