Kantin Sihat

5
PANTAU PENJUALAN MAKANAN DI SEKOLAH Senario di kantin-kantin sekolah pada hari ini menghidangkan pelbagai jenis makanan yang menjadi pilihan pelajar-pelajar. Namun, yang menjadi isu pokok yang dibimbangi ibu bapa ialah jenis dan kepelbagaian makanan yang dijual di kantin adalah makanan rapu, makanan segera dan tidak berkhasiat. Penjualan burger, hotdog, nugget, ‘junk food', minuman ringan dan berperisa terus berleluasa dijual kerana makanan inilah yang paling laris dan menarik perhatian pelajar-pelajar. Bermakna, pengusaha kantin hanya melihat keuntungan yang cepat manakala pihak sekolah hanya memandang isu pemakanan sihat hanya sebelah mata dan ia semata-mata bergantung kepada pemilihan para pelajar. Kanak-kanak yang banyak mengambil makanan segera dan tidak berkhasiat akan meningkatkan risiko masalah kesihatan. Sekiranya setiap hari dihidangkan dan diberi pilihan dengan makanan tersebut, ia akan menjadi suatu kelaziman dalam amalan pemakanan mereka. Golongan yang masih belum matang ini tidak diberi pilihan dan dipandu untuk mendapatkan yang terbaik dalam pendidikan pemakanan dan status kesihatan mereka. Kajian yang dijalankan oleh University California of Medical School mendapati kanak-kanak yang mengambil 12 batang atau lebih ‘hotdog' dalam sebulan mempunyai risiko 9 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit leukimia. Penggunaan bahan pengawet, pewarna tiruan dan perisa tambahan dalam makanan segera memberi kesan buruk kepada kesihatan. Banyak risiko kesihatan yang lain akan timbul sekiranya mereka berterusan menjadikan makanan segera sebagai hidangan harian. Contohnya masalah obesiti, kanser, diabetes, penyakit jantung, masalah penghadaman, peningkatan kolestrol dan sebagainya yang akan meruncingkan lagi tahap kesihatan mereka. Oleh sebab itu, pendidikan pemakanan sihat perlu diterapkan pada anak-anak. Di samping peranan ibu bapa di rumah, peranan pihak sekolah dan pengusaha kantin perlu disinergikan untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak dalam proses tumbesaran mereka. Pihak sekolah perlu melaksanakan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan

description

nota

Transcript of Kantin Sihat

Page 1: Kantin Sihat

PANTAU PENJUALAN MAKANAN DI SEKOLAH

Senario di kantin-kantin sekolah pada hari ini menghidangkan pelbagai jenis

makanan yang menjadi pilihan pelajar-pelajar.  Namun, yang menjadi isu pokok yang

dibimbangi ibu bapa ialah jenis dan kepelbagaian makanan yang dijual di kantin adalah

makanan rapu, makanan segera dan tidak berkhasiat. Penjualan burger, hotdog, nugget,

‘junk food', minuman ringan dan berperisa terus berleluasa dijual kerana makanan inilah

yang paling laris dan menarik perhatian pelajar-pelajar. Bermakna, pengusaha kantin

hanya melihat keuntungan yang cepat manakala pihak sekolah hanya memandang isu

pemakanan sihat hanya sebelah mata dan ia semata-mata bergantung kepada pemilihan

para pelajar.

Kanak-kanak yang banyak mengambil makanan segera dan tidak berkhasiat akan

meningkatkan risiko masalah kesihatan. Sekiranya setiap hari dihidangkan dan diberi

pilihan dengan makanan tersebut, ia akan menjadi suatu kelaziman dalam amalan

pemakanan mereka. Golongan yang masih belum matang ini tidak diberi pilihan dan

dipandu untuk mendapatkan yang terbaik dalam pendidikan pemakanan dan status

kesihatan mereka.

Kajian yang dijalankan oleh University California of Medical School mendapati

kanak-kanak yang mengambil 12 batang atau lebih ‘hotdog' dalam sebulan mempunyai

risiko 9 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit leukimia. Penggunaan bahan

pengawet, pewarna tiruan dan perisa tambahan dalam makanan segera memberi kesan

buruk kepada kesihatan. Banyak risiko kesihatan yang lain akan timbul sekiranya mereka

berterusan menjadikan makanan segera sebagai hidangan harian. Contohnya masalah

obesiti, kanser, diabetes, penyakit jantung, masalah penghadaman, peningkatan

kolestrol dan sebagainya yang akan meruncingkan lagi tahap kesihatan mereka.

Oleh sebab itu, pendidikan pemakanan sihat perlu diterapkan pada anak-anak. Di

samping peranan ibu bapa di rumah, peranan pihak sekolah dan pengusaha kantin perlu

disinergikan untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak dalam proses tumbesaran

mereka. Pihak sekolah perlu melaksanakan garis panduan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia menjadi satu

batu asas yang kukuh dalam mewujudkan kantin yang sihat dan selamat untuk pelajar

sekolah. 

ELAKKAN MAKANAN KANTIN YANG TIDAK SIHAT

Page 2: Kantin Sihat

Kanak-kanak menghabiskan masa sekurang-kurangnya satu pertiga dalam sehari di

sekolah dan ketika ini mereka makan sekurang-kurangnya satu hidangan di kantin

sekolah. Makanan merupakan faktor penting untuk perkembangan dan kesihatan

manusia terutama sekali bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Ia bukan hanya

berkhasiat tetapi juga menyihatkan.

Mengambil makanan yang berkhasiat dan menerapkan gaya hidup sihat akan

membolehkan pelajar membesar dan mengembangkan potensi optimum mereka,

membawa kepada prestasi pendidikan yang lebih baik. Diet yang sihat juga memainkan

peranan pencegahan berhubung dengan keadaan yang berkaitan dengan pemakanan

dan penyakit seperti berat berlebihan, obesiti dan penyakit gigi dan osteoporosis,

penyakit kardiovaskular, diabetes mellitus dan pelbagai kanser dikemudian hari.

Kebanyakan kantin sekolah measih menjual makanan dan snek yang tidak sihat!

Ini diakui oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau dipetik oleh pihak

akhbar pada 15 Ogos sebagai berkata: Pemeriksaan menunjukkan banyak kantin masih

menjual makanan bergoreng yang tidak memenuhi garis panduan kementerian

berhubung makanan yang sihat. Beliau berkata kajian terhadap 10,000 kanak-kanak

berusia antara enam dan 12 tahun mendedahkan bahawa 24 peratus daripada mereka

mempunyai berat berlebihan atau obes.

Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dengan jelas menyatakan gula-gula, jeruk

dan snek yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan tidak dibenarkan. Garis panduan

itu juga menyatakan makanan yang mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan, mi

segera, kek, aiskrim, minuman dengan pewarna tiruan, minuman berperisa, teh, kopi

dan minuman ringan tidak digalakkan.

Garis panduan itu juga menyediakan beberapa perkara yang jelas bagi

pengendali makanan kantin bagaimana untuk menyediakan makanan yang kurang gula,

garam dan lemak dan juga kepentingan untuk memasukkan makanan yang kaya dengan

serat dalam setiap hidangan mereka. Tiada alasan untuk pihak pengendali kantin tidak

mempedulikannya.

Adalah penting juga bagi ibu bapa, guru-guru dan pelajar bekerjasama untuk

menyokong pendekatan menyeluruh untuk menerapkan budaya di mana pelajar sekolah

rendah dan menengah secara aktif memilih makanan berkhasiat dan gaya hidup yang

lebih sihat.

15 JENIS MAKANAN DILARANG JUAL DI KANTIN SEKOLAH

Page 3: Kantin Sihat

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh

dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di

semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. 

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan

aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan,

minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan

Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, terdapat 70 jenis makanan termasuk nasi lemak dihadkan

kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan

yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani

masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata

cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin

sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak

Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin

Yassin, pada 4 April lalu. 

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan

15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan

mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan

1985. 

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan

dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya

mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar. 

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia

enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7

peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak

sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati

menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk

di hadapan komputer.

Page 4: Kantin Sihat