Karangan

2
Tajuk: Berbagai-bagai kemudahan telah disediakan oleh pihak berkuasa dalam usahanya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini. Kejayaan usaha ini bergantung kepada kegigihan rakyat jelata, bak kata peribahasa, “Kalau tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya”. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan penyataan di atas. Memang sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa semenjak negara kita mencapai kemerdekaan, kerajaan Brunei telah menyediakan pelbagai kemudahan dalam usahanya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini. Hal ini dilaksanakan melalui dasar kerajaan seperti Rangkaian Kemajuan Negara (RKN). Namun, usaha ini tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak berusaha untuk menjayakan rancangan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Hal sedemikian kerana kejayaan yang wujud itu bergantung kepada kegigihan rakyat yang bertepatan dengan bak kata peribahasa “Kalau tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya”. Oleh itu, setiap rakyat wajar berusaha untuk mencapai kejayaan kerana peribahasa ada mengatakan “yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang”. Isi: 1. Menyediakan peluang pendidikan di peringkat rendah, menengah dan tinggi. Usaha pertama yang disediakan oleh kerajaan ialah menyediakan peluang pendidikan. Bertujuan untuk membasmi buta huruf dan melahirkan masyarakat berilmu. Kerajaan menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak dari Pra-sekolah rendah hingga ke Tingkatan 5 (Menengah 5). Kerajaan juga menyediakan pendidikan yang agak tinggi iaitu Pusat Tingkatan Enam. Kerjaan juga menyediakan biasiswa untuk para pelajar yang mempunyai kelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dengan menubuhkan pusat pengajian tinggi seperti universiti dan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. 2. Membangunkan kawasan desa dan menyediakan pelbagai infrastruktur. Kerajaan menyedari bahawa penduduk kawasan desa dan luar bandar keitnggalan dalam pelbagai bidang kerana kekurangan kemudahan asas. Kerajaan menyediakan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air dan etc. Dengan adanya kemudahan dan infrastruktur ini, rakyat di kawasan luar bandar perlu berusaha untuk mencapai matlamat kerajaan supaya semua rakyat dapat menikmati hidup yang baik. Oleh itu, mereka perlu bekerja kuat untuk mendapat kemudahan daripada prasarana yang telah disediakan. Misalnya tidak ada gunanya kerajaan menyediakan bekalan elektrik sekiranya rakyat tidak mampu membeli peralatan elektrik seperti kipas angin, televisyen, peti sejuk dan etc. Bagi membolehkan mereka memiliki alat-alat elektrik, rakyat perlu berusaha untuk memperolehi pendapatan yang mencukupi supaya mampu membeli peralatan tersebut.

Transcript of Karangan

Page 1: Karangan

Tajuk: Berbagai-bagai kemudahan telah disediakan oleh pihak berkuasa dalam usahanya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini. Kejayaan usaha ini bergantung kepada kegigihan rakyat jelata, bak kata peribahasa, “Kalau tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya”. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan penyataan di atas.

Memang sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa semenjak negara kita mencapai kemerdekaan, kerajaan Brunei telah menyediakan pelbagai kemudahan dalam usahanya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini. Hal ini dilaksanakan melalui dasar kerajaan seperti Rangkaian Kemajuan Negara (RKN). Namun, usaha ini tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak berusaha untuk menjayakan rancangan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Hal sedemikian kerana kejayaan yang wujud itu bergantung kepada kegigihan rakyat yang bertepatan dengan bak kata peribahasa “Kalau tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya”. Oleh itu, setiap rakyat wajar berusaha untuk mencapai kejayaan kerana peribahasa ada mengatakan “yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang”.

Isi:1. Menyediakan peluang pendidikan di peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Usaha pertama yang disediakan oleh kerajaan ialah menyediakan peluang pendidikan. Bertujuan untuk membasmi buta huruf dan melahirkan masyarakat berilmu. Kerajaan menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak dari Pra-sekolah rendah hingga ke

Tingkatan 5 (Menengah 5). Kerajaan juga menyediakan pendidikan yang agak tinggi iaitu Pusat Tingkatan Enam. Kerjaan juga menyediakan biasiswa untuk para pelajar yang mempunyai kelayakan bagi melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dengan menubuhkan pusat pengajian tinggi seperti universiti dan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.

2. Membangunkan kawasan desa dan menyediakan pelbagai infrastruktur. Kerajaan menyedari bahawa penduduk kawasan desa dan luar bandar keitnggalan dalam pelbagai bidang

kerana kekurangan kemudahan asas. Kerajaan menyediakan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air dan etc. Dengan adanya kemudahan dan infrastruktur ini, rakyat di kawasan luar bandar perlu berusaha untuk

mencapai matlamat kerajaan supaya semua rakyat dapat menikmati hidup yang baik. Oleh itu, mereka perlu bekerja kuat untuk mendapat kemudahan daripada prasarana yang telah disediakan. Misalnya tidak ada gunanya kerajaan menyediakan bekalan elektrik sekiranya rakyat tidak mampu membeli

peralatan elektrik seperti kipas angin, televisyen, peti sejuk dan etc. Bagi membolehkan mereka memiliki alat-alat elektrik, rakyat perlu berusaha untuk memperolehi

pendapatan yang mencukupi supaya mampu membeli peralatan tersebut.

3. Mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. Rakayat wajar mengambil peluang dan tidak berpeluk tubuh. Rakyat perlu berhijrah dari status kemiskinan untuk meraih kejayaan serta sumber pendapatan yang baik. Jika rakyat tidak mengambil peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh kerajaan, ini memungkinkan

peluang pekerjaan tersebut akan diisi oleh pekerja asing. Contoh: guru asing, pegawai pelajaran asing.

4. Memberi subsidi dan bantuan kewangan kepada rakyat. Kerajaan telah memberi subsidi: minyak Bantuan kewangan kepada orang yang memerlukan. Segala usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat tidak akan tercapai sekiranya rakyat masih

berpeluk tubuh dan berpegang kepada peribahasa “yang secupak tidak akan menjadi segantang”.

5. Memberi peluang pelaburan dan perniagaan. Fikirkan bersama.. hehe=)