PENDAHULUAN KARANGAN.

30
PENDAHULUAN KARANGAN PENDAHULUAN KARANGAN a) Gambaran awal tentang tahap pencapaian pelajar dalam penulisan. b) Memberikan gambaran tentang arah tuju karangan. c) Memberitahu pemeriksa lebih awal tentang perkara yang mahu disampaikan dalam sesebuah karangan. Para pelajar seharusnya sudah mengetahui bahawa karangan mereka akan diperiksa buat kali pertama oleh pemeriksa. Pelajar tidak seharusnya lupa bahawa di sekolah, karangan mereka diperiksa oleh guru yang sudah biasa dengan karangan dan keupayaan mereka. Hal demikian tidak berlaku dalam peperiksaan sebenar. Pelajar seharusnya memberikan gambaran yang baik dari segi pengolahan dan penggunaan bahasa yang digunakan dalam karangan sejak awal lagi iaitu bahagian pendahuluan. Kita akan membincangkan teknik-teknik menulis pendahuluan berdasarkan satu soalan sahaja. Teknik menulis pendahuluan Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam perenggan pendahuluan. Perkara penting dalam pendahuluan Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut : · Kehendak soalan yang dikemukakan · Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan · Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan · HALA TUJU SOALAN (sebab / langkah / kesan)

description

PENDAHULUAN-Pendahuluan KARANGAN.

Transcript of PENDAHULUAN KARANGAN.

Page 1: PENDAHULUAN KARANGAN.

PENDAHULUAN KARANGAN

PENDAHULUAN KARANGAN

a) Gambaran awal tentang tahap pencapaian pelajar dalam penulisan.

b) Memberikan gambaran tentang arah tuju karangan.

c) Memberitahu pemeriksa lebih awal tentang perkara yang mahu disampaikan dalam sesebuah karangan.

Para pelajar seharusnya sudah mengetahui bahawa karangan mereka akan diperiksa buat kali pertama oleh pemeriksa. Pelajar tidak seharusnya lupa bahawa di sekolah, karangan mereka diperiksa oleh guru yang sudah biasa dengan karangan dan keupayaan mereka.

Hal demikian tidak berlaku dalam peperiksaan sebenar. Pelajar seharusnya memberikan gambaran yang baik dari segi pengolahan dan penggunaan bahasa yang digunakan dalam karangan sejak awal lagi iaitu bahagian pendahuluan. Kita akan membincangkan teknik-teknik menulis pendahuluan berdasarkan satu soalan sahaja.

Teknik menulis pendahuluan

Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam perenggan pendahuluan.

Perkara penting dalam pendahuluan

Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut :

· Kehendak soalan yang dikemukakan

· Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan

· Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan

· HALA TUJU SOALAN (sebab / langkah / kesan)

Bahagian terpenting yang kerap ditinggalkan oleh pelajar ialah HALA TUJU SOALAN yang menjuruskan karangan kepada kehendak soalan.

Contoh pendahuluan

Soalan : Setiap orang mempunyai cita-cita dan keinginannya masing-masing. Jelaskan impian anda dan langkah yang akan anda ambil bagi memastikan impian tersebut dapat dicapai.

Page 2: PENDAHULUAN KARANGAN.

Setiap orang tanpa mengira pangkat, kedudukan dan usia pasti mempunyai suatu matlamat dalam kehidupan yang dikenali sebagai impian.(ayat 1)

Sebagai manusia biasa, saya juga mempunyai impian yang ingin saya capai pada suatu hari nanti (ayat 2)

Saya mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang menjelajah angkasa yang luas tidak bersempadan itu (ayat 3)

Bagi memastikan impian itu tercapai, saya telah bersedia dengan langkah-langkah ke arah impian itu sejak di bangku sekolah lagi (ayat 4)

Bentuk pendahuluan yang popular dan mudah

Bentuk-bentuk pendahuluan ini sesuai digunakan dalam karangan sama ada karangan berformat rasmi ataupun tidak berformat rasmi. Sekiranya karangan berformat rasmi, pelajar hanya perlu menuliskan format rasmi berkenaan dan terus kepada bentuk pendahuluan yang dikehendaki.

1. Bentuk pendapat / pandangan tokoh

Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar menguasai nama-nama tokoh yang relevan dengan tajuk soalan yang dikemukakan.

Misalnya :

· Isu pendidikan - Menteri Pelajaran Malaysia.

· Isu pendatang asing - Menteri Dalam Negeri

· Tokoh-tokoh lain yang bersesuaian juga boleh digunakan tetapi pastikan tokoh berkenaan mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan.

Kandungan perkara dalam pendahuluan

Ayat 1 Tentukan isu yang dibincangkan

Ayat 2 Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut

Ayat 3 Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh berkenaan

Ayat 4 Nyatakan hala tuju karangan mengikut kehendak soalan

Soalan contoh : Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak belakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.

Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah membabitkan remaja pada masa kini (ayat 1)

Page 3: PENDAHULUAN KARANGAN.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini (ayat 2)

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang remaja terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini (ayat 3)

Bagi menangani masalah ini daripada berterusan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya (ayat 4)

2. Bentuk persoalan

Bentuk persoalan merupakan bentuk pendahuluan yang agak mudah untuk dikuasai oleh pelajar dan agak menarik untuk digunakan bagi merangsang pembaca tentang isu yang akan dibincangkan. Pelajar hanya perlu mengemukakan beberapa persoalan yang berkaitan dengan isu yang mahu dihuraikan dalam karangan.

Kandungan perkara dalam pendahuluan

Ayat 1 Pernyataan isu yang dijadikan asas dalam soalan

Ayat 2 Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu yang akan dibincangkan

Ayat 3 Ulasan persoalan yang telah dikemukakan

Ayat 4 Hala tuju soalan dalam bentuk persoalan

3. Bentuk definisi

Pendahuluan jenis definisi agak mudah untuk dihasilkan. Pelajar perlu mengenal pasti perkara pokok dalam soalan. Berikan definisi yang tepat dan jelas tentang perkara tersebut. Kaitan antara definisi yang diberikan dan pokok persoalan dalam soalan perlu ketara. Pelajar tidak seharusnya memberikan definisi yang salah tentang perkara pokok yang ingin disampaikan. Misalnya soalan tentang “kesan kedatangan pendatang asing ke negara ini” seharusnya memberikan definisi yang ringkas, tepat dan jelas tentang “pendatang asing” . Tanpa definisi yang tepat, pendahuluai yang ditulis akan menjadi kabur.

Kandungan perkara dalam pendahuluan

Ayat 1 Definisi perkara pokok yang terkandung dalam soalan

Ayat 2 Ulasan tentang definisi yang diberikan dan kaitannya dengan isu yang akan dihuraikan

Ayat 3 Ulasan isu yang dinyatakan

Ayat 4 Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan

Page 4: PENDAHULUAN KARANGAN.

Soalan contoh

Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.

‘Jenayah Remaja’ dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja di bawah usia lapan belas tahun (ayat 1)

Remaja yang melakukan jenayah ketika ‘di bawah umur’ akan dibicarakan di Mahkamah Juvana (ayat2) Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah yang membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin bertambah dari masa ke masa (ayat 3)

Mahu ataupun tidak mahu kita perlu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan (ayat4)

4. Bentuk isu semasa

Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku. Pelajar perlu mengaitkan peristiwa semasa dengan isu yang akan dibincangkan dalam karangan. Pendahuluan ini sekadar mengulas isu semasa yang berlaku dan membuat perkataan dengan kehendak soalan.

Kandungan perkara dalam pendahuluan

Ayat 1 Isu semasa yang relavan dengan kehendak soalan

Ayat 2 Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok dalam pendahuluan

Ayat 3 Ulasan isu dan kaitannya dengan perkara yang berlaku pada masa kini

Ayat 4 Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan

Soalan contoh

Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.

Sejak akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai cerita salah laku dalam kalangan remaja (ayat 1)

Kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes jenayah kecil seperti memukul rakan sebaya sehingga kes jenayah berat seperti membunuh (ayat 2)

Page 5: PENDAHULUAN KARANGAN.

Semakin banyak kes yang dilaporkan semakin kerap berlaku kejadian jenayah dalam kalangan remaja (ayat3)

Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini sebelum menular menjadi lebih serius (ayat 4)

5. Bentuk berita

Setiap hari berita-berita dalam akhbar memaparkan pelbagai perkara. Sesetengah perkara tersebut boleh dieksploitasi untuk dijadikan pendahuluan dalam sesebuah karangan. Pelajar boleh menulis tajuk-tajuk berita sebagaimana yang sering dibaca di dalam akhbar bagi memulakan karangan dengan menggunakan tanda baca. Penggunaan tanda baca penting kerana ayat dalam tajuk berita biasanya tidak lengkap subjek dan predikatnya kerana ditulis secara ringkas sebagai kepala berita.

Kandungan perkara dalam pendahuluan

Ayat 1 Tajuk berita yang ditulis berdasarkan isu dalam soalan

Ayat 2 Kaitan berita yang ditulis atau dicipta dengan isu dalam soalan

Ayat 3 Ulasan isu dalam soalan

Ayat 4 Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan

6. Bentuk perbandingan

Bentuk pendahuluan ini mudah untuk dihasilkan kerana semua perkara atau isu dapat dibandingkan dengan mudah. Secara mudah perbandingan ini membandingkan dua perkara ataupun peristiwa yang berkaitan dengan isu dalam soalan.

Kandungan perkara dalam pendahuluan

Ayat 1 Pernyataan isu yang dijadikan persoalan dalam soalan

Ayat 2 Perbandingan isu berkenaan pada masa kini dan pada masa lalu

Ayat 3 Ulasan berdasarkan perbandingan yang telah ditulis

Ayat 4 Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan

Soalan contoh

Page 6: PENDAHULUAN KARANGAN.

Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.

Dahulu, kejadian jenayah dalam kalangan remaja merupakan sesuatu yang amat asing kepada masyarakat kita (ayat l)

Kejadian salah laku yang sering dilakukan remaja pada masa itu hanya sekadar mencuri buah-buahan di dusun orang kampung (ayat 2)

Namun kini, tiada lagi kes mencuri buah-buahan di dusun, sebaliknya kes mencuri motosikal dan kenderaan lain yang semakin banyak diperkatakan (ayat3)

Malahan terdapat remaja yang lebih berat pelakuan jenayahnya seperti mengedarkan dadah dan membunuh. Dalam mencari jalan menangani masalah ini pihak berkenaan perlulah bertindak bagi membendung masalah ini (ayat4)

Contoh 1 ‘Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.’ Isu ………………………..semakin kerap dipaparkan melalui media massa. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan ……………………………………………………….. menjadi barah yang memusnahkan kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan ………………………………………………… berlaku?

Contoh 2 Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu ……………………………………, isu tersebut sering kita dengar dan baca daripada media massa. ………………………….sering berkaitan dengan masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu, langkah-langkah/cara-caramengatasinya harus dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktor-faktor yang menyebabkannya perlu diteliti.

Contoh 3 Isu …………………………………………………….. sering diperkatakan oleh semua pihak. Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah …………………………………………. Sekiranya semua pihak bekerjasama, hal ini dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.

Contoh 4 Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang ………………………………………………… melalui dada-dada akhbar serta media elektronik. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dan juga pada peringkat global. Pelbagai pihak telah mengambil …………………………………..yang semakin serius ini. Peribahasa ‘Sediakan paying sebelum hujan’ wajar dijadikan pedoman individu dalam mengatasi masalah ini.

Page 7: PENDAHULUAN KARANGAN.

Contoh 5 Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu …………………………..telah menjadi perbualan dalam kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di tangga. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang ………………………………………………..TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA

Masyarakat Malaysia Alaf Baru

Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat

Unit 2 : AMBANG REMAJA

Remaja dan Cabaran

Remaja dan Keluarga

Disiplin Remaja dan Kokurikulum

Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH

Kad Elektronik

Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi

E-mel dan anda

Unit 4 : KERANAMU Malaysia

Patriotisme

Malaysia Alaf Baru

Pengorbananku

Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Pendidikan Alam Sekitar

Kualiti Udara

Page 8: PENDAHULUAN KARANGAN.

Pencemaran Sungai Kita

Unit 6 : RIADAH

Hobi, Sukan dan Rekreasi

Cabaran di Puncak Kinabalu

Hobi dan Cabarannya

Unit 7 : GENERASI KITA

Wawasan Generasi Kita

Patriotisme Generasi Muda

Generasi Pelapis

Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT

Amalan Gaya Hidup Sihat

Remaja dan Kesihatan

Obesiti dan Pencegahannya

Unit 9 : KERJAYA

Minggu Kerjaya

Cita-cita dan Kerjaya

Surat Permohonan

Unit 10 : WARISAN BANGSA

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Warisan Seni Bina MelayuTradisional

Pemuliharaan Warisan Sejarah

Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

Kebudayaan dan Pelancongan

Malaysia dan Destinasi Pelancongan

Page 9: PENDAHULUAN KARANGAN.

Warna-warna Malaysia

TEMA KARANGAN TINGKATAN 5

UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA

Rumah Terbuka AidilfitriRumah Terbuka MalaysiaKemanusiaan Sejagat

UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INIE-PendidikanPendidikan MayaKepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi

UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INITren ERLKejayaan Negara dalam Perindustrian Tren LajuHarapan Masa Depan

UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIABandar dalam TamanPutrajaya Mercu Tanda Kemajuan NegaraPerpaduan Menjamin Keamanan

UNIT 5 : ALAM PEKERJAANKerjaya Masa DepanKejayaan dalam kerjayaImpian, Usaha dan Kejayaan

UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRIPendidikan Industri di IPTPendidikan Industri Teras Pembangunan NegaraCabaran Pendidikan Industri

UNIT 7 : BIOLEMBANGANKejayaan Melalui PertanianBioteknologi dalam PertanianPerkembangan Pertanian

UNIT 8 : PELABURANPelaburan Mengubah Masa DepanPelaburan Menerusi Saham Amanah

Page 10: PENDAHULUAN KARANGAN.

Pelaburan Dalam Sektor Hartanah

UNIT 9 : TELEPERUBATANKesihatan Sepanjang HayatAmalan Pemakanan SeimbangCegah Sebelum Parah

UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIAMalaysia Jaguh Sukan SEASukan Mengharumkan Nama NegaraMalaysia Penganjur Sukan Antarabangsa

UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBALMykad Ciptaan Kita Internet dan Dunia Tanpa SempadanSeni Sastera Khazanah Bangsa

UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISANMemelihara Budaya BangsaAnugerah Seni NegaraAdat Perkahwinan Masyarakat Malaysia

Adakah anda sudah mengorak langkah untuk menempuh BMSPM? Masih awal lagi? Awas, sediakanlah payung sebelum hujan! Janganlah terhantuk baru tengadah!

Hal ini demikian kerana banyak calon SPM yang jahil akan teknik menjawab aspek KAJIAN NOVEL. Jawapan calon tersasar jauh daripada skema pemarkahan. Dengan erti kata lain, jawapan calon langsung tidak menepati skema pemarkahan.

Demi membantu anda mencapai A+ dalam BMSPM, petunjuk menjawab berpandukan skema pemarkahan telah cikgu paparkan. Terapkanlah strategi menjawab ini dalam ulang kaji anda. Usahlah bersikap laksana pohon kayu tidak berbuah!

CONTOH:

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan amalan nilai bertimbang rasa.

[8 markah]

SKEMA PEMARKAHAN

Markah isi ialah 6 (3 x 2), maka anda perlu menyatakan 3 peristiwa nilai bertimbangan rasa serta huriaan/contoh. Markah bahasa pula 2.

TEKNIK MENJAWAB:

Page 11: PENDAHULUAN KARANGAN.

[Ayat pernyataan] ……………………………………………………………………

……………………………………. [Ayat huraian/contoh] ………………………………..

……………………………………………………………………………………………………….

[2 markah]

CONTOH JAWAPAN BERPANDUKAN SKEMA PEMARKAHAN

Berdasarkan novel Perlumbaan Kedua, terdapat nilai bertambang rasa menawarkan bantuan dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, Sang Gajah yang kasihan melihat Tuk Kura lambat bergerak gara-gara usianya lanjut telah menawarkan bantuan kepada Tuk Kura demi menjinjingnya ke kemuncak bukit ketika meninjau kawasan perlumbaan kedua. [2 markah]

KEPINCANGAN JAWAPAN PELAJAR

Ketika Tuk Kura mendaki bukit untuk meninjau tempat perlumbaan, Sang Gajah yang bertimbang rasa telah menawarkan diri untuk membantu Tuk Kura mendaki bukit. Tetapi, Tuk Kura menolak tawaran Sang Gajah itu. [0 markah]

PERHATIAN:

1. Jika jawapan anda berbentuk huraian/contoh, markah isi tidak akan diberikan.

2. Jika pernyataan dan huraian/contoh bercampur aduk dalam satu ayat, markah tetap tidak akan diberikan.

Page 12: PENDAHULUAN KARANGAN.

Rata-rata calon SPM jahil tentang teknik menjawab seperti yang dikehendaki oleh pemeriksa (skema pemarkahan). Mereka mengamalkan ‘gaya bebas’; ada yang menggunakan gaya rama-rama, gaya katak, dll. Dengan erti kata lain, didapati penguasaan terhadap cara mengorganisasikan idea masih tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Pelajar cenderung untuk mencampuradukkan isi dengan huraian. Mengapakah senario ini berlaku?

Pertama, sikap sambalewa; pelajar tidak berprakarsa untuk menguasai kemahiran menjawab. Kedua, sikap memandang enteng; pelajar lazimnya memandang remeh tentang teknik menjawab. Ketiga, kurangnya pendedahan; teknik menjawab yang menjurus kepada skema pemarkahan kurang didedahkan.

Jadi, saya mengambil inisitif ini untuk memberikan petua/panduan menjawab yang sebaik-baiknya, yakni menepati skema pemarkahan, bukan mengikuti emosi kerana buruk padahnya; ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Misalnya:

ARAS SOALAN KBKK/KBSB: Kebijaksanaan menyelesaikan masalah merupakan salah satu persoalan yang sering dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.

Jelaskan dua persoalan kebijaksanaan dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

Pelajar perlu menyatakan terlebih dahulu isi atau idea umum sebelum diiringi dengan huraian peristiwa daripada novel. Isi yang dikemukakan mestilah dibataskan kepada tugasan soalan, iaitu “kebijaksanaan…” yang cuba dipaparkan oleh pengarang.

Isi untuk “Perlumbaan Kedua” sebagai contoh:

Kebijaksanaan menyelesaikan masalah kekurangan fizikal

Kebijaksanaan mengelirukan musuh / memperdayakan pihak lawan

Page 13: PENDAHULUAN KARANGAN.

Isi untuk “Julia”, antara lain:

Kebijaksanaan menyelesaikan masalah keluarga

Kebijaksanaan menyelesaikan masalah perniagaan

Isi biarkan umum sahaja tanpa watak, tempat atau peristiwa yang khusus. Sebaik-baiknya penyataan isi dibuat dalam ayat yang tersendiri. Huraian isi hendaklah ditulis secara ringkas dengan memasukkan watak yang berkenaan, perlakuan dalam peristiwa yang menyokong isi yang dikemukakan.

CONTOH JAWAPAN:

Dalam novel Julia, persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah perniagaan dikemukakan oleh pengarang. Julia telah berjaya menghadapi muslihat Encik Baharom yang berniat menjual BMPRO Transport kepada Dato’ Khor. Soalan-soalan Julia menyebabkan Encik Baharom terkedu.

Sekian, selamat maju jaya …

SUMBER: CIKGU AZHAR RBeberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massaapabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibaratmakan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng?

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

Page 14: PENDAHULUAN KARANGAN.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

1. PERENGGAN INTRODUKSI

[Ayat Rangsangan] Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa ini ialah bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seantero negara. [Ayat Hurain] Jika ditinjau secara umum, kebanyakan bangunan bersejarah yang dipulihara akan disuaigunakan semula sebagai muzium, pejabat, tempat kediaman, premis perniagaan, dan kegunaan awam. [Ayat Huraian]Sejak UNESCO mengiktirafkan bandar Melaka dan Geogetown sebagai bandar warisan bersejarah, baru timbullah kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah. [Ayat Arahan] Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia?

PERIBAHASA DALAM KARANGAN MENGIKUT TEMA

PERIBAHASA DAN TEMA

1.PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

Page 15: PENDAHULUAN KARANGAN.

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Tepuk dada tanya selera

Air dalam terenang

Yang muda disayangi yang tua dihormati

Sudah terang lagi bersuluh

2.PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA:

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Tepuk dada tanya selera

Sudah terang lagi bersuluh

Melukut di tepi gantang

3. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

Sudah terang lagi bersuluh

4.FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA

menyelam sambil minum air”.

“ tak kenal maka tak cinta.

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Sudah terang lagi bersuluh

5.JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Page 16: PENDAHULUAN KARANGAN.

“ tak kenal maka tak cinta.

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”,

”seperti aur dengan tebing”, “

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Sudah terang lagi bersuluh

mulut biar manis, hati biar baik

‘bersatu teguh bercerai roboh’

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga

Buang yang keruh , ambil yang jernih

Adat pulau limburan pasang

Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa

Jiran sepakat membawa berkat

Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

6.FAEDAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

menyelam sambil minum air”.

“ tak kenal maka tak cinta.

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

Sudah terang lagi bersuluh

Page 17: PENDAHULUAN KARANGAN.

7.KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

"Produk Malaysia, Kebanggaan Kita"

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

menyelam sambil minum air”.

“ tak kenal maka tak cinta.

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

Sudah terang lagi bersuluh

8. USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

menyelam sambil minum air”.

“ tak kenal maka tak cinta.

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

Sudah terang lagi bersuluh

Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

Alah membeli menang memakai

9.USAHA-USAHA MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

Page 18: PENDAHULUAN KARANGAN.

serampang dua mata

seperti api dalam sekam

Bagai duri dalam daging

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

sediakan payung sebelum hujan

“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

Biar lambat asalkan selamat

Sudah terang lagi bersuluh

Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

Sudah terantuk baru terngadah

Mencurah air ke daun keladi

Bagai enau dalam belukar melepaskan puicuk masing-masing

Masuk telinga kiri keluar telinga kanan

Pandu cermat jiwa selamat

Berhati-hati di jalan raya

Ingat orang tersayang

10.CIRI- CIRI PENULIS BERJAYA

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

“ tak kenal maka tak cinta.

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Angan-angan menerawang langit

Page 19: PENDAHULUAN KARANGAN.

Asal ditugal, adalah benih

Sudah terang lagi bersuluh

11.KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Bagai duri dalam daging

Sudah terang lagi bersuluh

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

seperti api dalam sekam

menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

sediakan payung sebelum hujan

“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”

,”seperti aur dengan tebing”,

“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

‘bersatu teguh bercerai roboh’

. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

mulut biar manis, hati biar baik

Agak-agak bertutur malam hari

Asal ditugal, adalah benih

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Page 20: PENDAHULUAN KARANGAN.

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

12. USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN.

Bagai duri dalam daging

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

sediakan payung sebelum hujan

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

seperti api dalam sekam

menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”,

”seperti aur dengan tebing”,

“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

‘bersatu teguh bercerai roboh’

mulut biar manis, hati biar baik

. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

Adat pulau limburan pasang

Agak-agak bertutur malam hari

Asal ditugal, adalah benih

Sudah terang lagi bersuluh

Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

Page 21: PENDAHULUAN KARANGAN.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

Alang-alang berminyak, biar licin

Genggam bara api biar sampai jadi arang

13.KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

“ tak kenal maka tak cinta.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

Ke tengah boleh ke tepi boleh

ketam mengajar anaknya berjalan betul

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian

Ilmu penyuluh hidup

Ilmu itu pelita hati

Ilmu pelita hidup

Asal ditugal, adalah benih

Sudah terang lagi bersuluh

Sudah terantuk baru terngadah

Mencurah air ke daun keladi

Tanpa ilmu, seseorang itu diibaratkan seperti si buta kehilangan tongkat

14.PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA

Page 22: PENDAHULUAN KARANGAN.

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

Bagaiman acuan begitulah kuihnya

serampang dua mata

ketam mengajar anaknya berjalan betul

melentur buluh biar dari rebungnya

anak-anak ibarat kain putih

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

Sudah terang lagi bersuluh

Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu. Mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air

Bapa borek anak rintik

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’.

Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud ”Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, malah Nabi sendiri menggesa umatnya supaya menuntut ilmu walaupun hingga ke negeri China.

surah al-Quran yang pertama sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. berbunyi ”Bacalah, bacalah olehmu wahai Muhammad”.

15.PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH

Page 23: PENDAHULUAN KARANGAN.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tepuk dada tanya selera

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

seperti api dalam sekam

sediakan payung sebelum hujan

Sudah terantuk baru terngadah

Mencurah air ke daun keladi

Sudah terang lagi bersuluh

Ada tangga hendak memanjat tiang

Tiada angin masakan pokok bergoyang

Alang-alang berminyak, biar licin

Genggam bara api biar sampai jadi arang

15. CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

Yang muda disayangi yang tua dihormati

Sudah terang lagi bersuluh

Air susu dibalas dengan air tuba

Kacang lupakan kulit

Page 24: PENDAHULUAN KARANGAN.

Melukut di tepi gantang

Banyak makan garam

Patah tumbuh hilang berganti

16. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

menyelam sambil minum air

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

sediakan payung sebelum hujan

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

Sudah terang lagi bersuluh

Badan yang sihat datangnya daripada badan yang sihat

Mencegah lebih baik daripada mengubati

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara;muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati,”

“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas

17.PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Tepuk dada tanya selera

sediakan payung sebelum hujan

18.USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Page 25: PENDAHULUAN KARANGAN.

Tepuk dada tanya selera

sediakan payung sebelum hujan.

Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.

Sudah terang lagi bersuluh

Air dicencang tidak akan putus

Alang-alang berminyak, biar licin

Genggam bara api biar sampai jadi arang

19.CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL.

Tepuk dada tanya selera

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

menyelam sambil minum air”.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

melepaskan batuk di tangga

serampang dua mata

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

Sudah terang lagi bersuluh

Hidup segan mati tak mahu

Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang

Alang-alang berminyak, biar licin

Genggam bara api biar sampai jadi arang

20. CARA BADAN PENGAWAS MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR

menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

Tepuk dada tanya selera

Page 26: PENDAHULUAN KARANGAN.

seperti api dalam sekam

Bagai duri dalam daging

Ada tangga hendak memanjat tiang

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

Adat tua menahan ragam

Sudah terang lagi bersuluh

Ikut hati mati ikut rasa binasa

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Alang-alang berminyak, biar licin

Genggam bara api biar sampai jadi arang